sce 3143

12
SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat 5.1 LANGKAH PENGURUSAN TENAGA SECARA BERHEMAH DI PERINGKAT GLOBAL Istilah pemuliharaan tenaga dan kecekapan (efisien) tenaga adalah dua istilah yang sangat berbeza tapi berkait. Terdapat banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga (pemuliharaan) dan menggunakan tenaga dengan bijak (efisien). Pemuliharaan tenaga adalah sebarang tindakan yang mengurangkan penggunaan tenaga. Mematikan lampu apabila meninggalkan bilik dan kitar semula tin minuman aluminium merupakan cara - cara pemuliharaan tenaga. Kecekapan tenaga ialah penggunaan teknologi yang memerlukan kurang tenaga untuk menjalankan fungsi yang sama. Menggunakan tenaga secara bijak bermaksud menggunakan tenaga dengan cekap dan efisien. Dengan menggunakan tenaga secara bijak kita boleh mengurangkan bahan pencemar di dalam udara dan air, menghasilkan alam sekitar yang lebih baik kepada semua. 5.0 : LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER TENAGA

Upload: noraini-abd-rahim

Post on 03-Feb-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rumusan objektif

TRANSCRIPT

Page 1: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

5.1 LANGKAH PENGURUSAN TENAGA SECARA BERHEMAH DI

PERINGKAT

GLOBAL

Istilah pemuliharaan tenaga dan kecekapan (efisien) tenaga adalah

dua istilah yang sangat berbeza tapi berkait. Terdapat banyak perkara yang

kita boleh lakukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga (pemuliharaan)

dan menggunakan tenaga dengan bijak (efisien). 

Pemuliharaan tenaga adalah sebarang tindakan yang mengurangkan

penggunaan tenaga. Mematikan lampu apabila meninggalkan bilik dan kitar

semula tin minuman aluminium merupakan cara - cara pemuliharaan

tenaga.

        

Kecekapan tenaga ialah penggunaan teknologi yang memerlukan

kurang tenaga untuk menjalankan fungsi yang sama. Menggunakan tenaga

secara bijak bermaksud menggunakan tenaga dengan cekap dan efisien.

Dengan menggunakan tenaga secara bijak kita boleh mengurangkan bahan

pencemar di dalam udara dan air, menghasilkan alam sekitar yang lebih baik

kepada semua.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan Program Pengawasan Kualiti

Air. Sampel air  boleh diambil dari stesen-stesen berkenaan untuk dianalisa

bagi menghasilkan Indeks Kualiti Air (WQI). JAS menjalankan kajian ke atas

lembangan-lembangan sungai yang terpilih untuk mengenalpasti semua

5.0 : LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN

SUMBER TENAGA

Page 2: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

punca pencemaran, mengira beban yang dihasilkan oleh punca-punca

berkenaan dan mengesan impak ke atas sungai itu. Maka pelan tindakan

yang melibatkan langkah struktur seperti pembinaan wetlands, kajian

perangkap sediment, pemasangan perangkap sampah dan langkah

mengawal ‘point pollution’ serta langkah bukan struktur seperti peningkatan

kesedaran awam dan ‘stakeholders’, memperkemaskan polisi alam sekitar,

memperkukuhkan peranan institusi dan rangka perundangan,

mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan meningkatkan aktiviti

pemantauan.

Kerajaan juga boleh melaksanakan kempen dan pendidikan alam

sekitar yang dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mengawal

atau mencegah pencemaran. Kempen boleh dilaksanakan melalui pelbagai

saluran media massa seperti kempen Cintailah Sungai Kita, atau

menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong royong membersihkan

sungai. Pendidikan alam sekitar pula perlu bermula di peringkat sekolah,

universiti dan juga masyarakat. Penyebaran informasi tentang kesan

mencemarkan sungai bukan sahaja boleh dilakukan melalui kaca televisyen

tetapi juga perlu dilakukan di radio dan media cetak seperti akhbar arus

perdana. Kini, penggunaan internet juga dilihat sebagai senjata baru dalam

memastikan kempen yang dijalankan berjaya membekas di hati masyarakat.

Ceramah dan pengedaran risalah tentang penjagaan kebersihan sungai dan

impak pencemaran sungai juga boleh dilakukan di kawasan perumahan

supaya masyarakat sedar akan tabiat buruk membuang sampah sarap ke

dalam sungai.

TNB pula perlu menggalakkan para pengguna untuk menggunakan

elektrik secara cekap. Sebagai contoh, pengguna boleh menggunakan lampu

dan peralatan elektrik yang lebih cekap tenaga. Peralatan yang berkadaran

kuasa tinggi seperti pemanas, penghawa dingin dan motor industri haruslah

digunakan secara berhemah untuk menjimatkan tenaga. Pengguna juga

Page 3: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

disarankan untuk bertukar kepada peralatan-peralatan yang mempunyai

kecekapan tenaga yang tinggi.

TNB telah menjana elektrik daripada sumber-sumber bersih seperti

hidro, hidro mini dan sisa-sisa buangan. Di antara projek-projek RE utama

yang bakal dilaksanakan kelak ialah projek hidro Hulu Terengganu dan Ulu

Jelai dan juga loji janakuasa berasaskan biomass yang dibangunkan dengan

kerjasama Felda dan juga projek pilot solar PV berkapasiti 5MW di Putrajaya.

Walau bagaimanapun, penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga

Boleh Diperbaharu (Renewable Energy, RE) adalah lebih mahal berbanding

dengan sumber konvensional terutamanya bagi penjanaan elektrik berskala

besar. Selain daripada itu, teknologi terkini RE hanya membolehkan

penjanaan tenaga dalam kapasiti dan skala yang terhad.

Pendidikan alam sekitar merupakan satu pendidikan yang amat

penting bagi melahirkan warga Malaysia yang bukan sahaja faham,

berkebolehan, berkemampuan bahkan mempunyai keprihatinan terhadap

pengurusan dan pencemaran alam sekitar. Program yang dibina dan

dilaksanakan dengan baik dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti

hidup masyarakat di Malaysia. Ini kerana pendedahan kepada penjagaan

alam sekitar akan dapat memastikan modal insan yang dilahirkan menjadi

warganegara yang bertanggungjawab.

Page 4: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

Secara umumnya, Rancangan Malaysia ke-10 hinggan ke-12 telah

menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil demi rasa

ketertanggungjawaban terhadap penggunaan sumber tenaga dan kesannya

kepada alam sekitar.

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program

sokongan dan

komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;

• Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk,

aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian,

perkadaran, pelabelan;

• Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan

Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang

lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan

• Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi

mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai

Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai. 

 ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan

perkhidmatan;

• Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar

Page 5: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan

Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;

• Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;

• Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau

oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan

melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;

• Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke

pasaran global;

• Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan

Tempoh Seterusnya)

• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;

• Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber

secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;

• Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;

• Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;

• Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global;

dan

• Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti

tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

Memanfaatkan tenaga alternatif dalam dalam kehidupan seharian

menjadikan ia sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik yang terbaik. Lebih

menakjubkan, sumber tenaga ini dianggap lebih bersih dan tidak

Page 6: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi dan tidak

terhad serta berterusan penggunaannya. Sekiranya arang gas asli dan arang

batu masih lagi digunakan, sudah pasti negara akan mengalami masalah

dan kerugian yang besar. Sumber alternatif ini mampu mengatasi masalah

krisis penjanaan tenaga serta menjamin kestabilan ekonomi negara. Sebagai

contoh, penjanaan tenaga solar dapat dijana pada sebelah pagi dan petang

dan kemudiannya boleh disimpan untuk digunakan pada waktu malam pula.

Ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di

Malaysia. Ini sudah pasti menunjukkan penjanaan dan pengunaan tenaga

elektrik boleh dijana pada tahap yang optimum.Isu yang lebih besar adalah

ia menjana cukup tenaga pada harga serendah yang mungkin untuk

membangunkan pengeluaran tenaga yang berdaya maju.

Penghasilan tenaga alternatif ini tidak membebaskan sebarang gas

karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan

radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini

berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu

mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak.

Tenaga elektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat

digunakan dan sangat efisien kepada pengguna .Sumber tenaga nuklear

turut memberi kebaikan dalam bidang perubatan. Hal ini dapat dijelaskan

apabila sumber tenaga alternatif khasnya sinaran gamma yang terhasil

daripada tenaga nuclear dapat mencegah penyakit kanser. Sehubungan

dengan itu, sinaran gamma juga dapat mengesan keadaan sistem organ dan

tulang dalaman manusia. Hal ini dapat mengelakkan manusia daripada

menghidap penyakit barah yang berbahaya kerana rawatan perubatan dapat

diambil sebelum penyakit memasuki peringkat yang serius.

Page 7: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

Beberapa langkah yang perlu diambil secara individu untuk

menjimatkan penggunaan tenaga.

1. Matikan lampu dan televisyen atau lain peralatan elektrik apabila tidak

menggunakannya. Pada siang hari, apabila di luar terang, buka langsir

supaya cahaya matahari menyinari ruang dalam rumah daripada

menyalakan lampu.

2. Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila penghawa

dingin dihidupkan. Ini menyebabkan alat penghawa dingin bekerja

kuat dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk

menyejukkan rumah.

3. Apabila keadaan di luar adalah hari yang panas, jemur baju di luar

daripada menggunakan alat pengering.

4. Jangan biarkan air menitik di pili air. Periksa setiap sinki dan bilik air di

dalam rumah untuk kebocoran. Kebocoran membazirkan air.

Kebocoran pili air panas membazir air dan tenaga.

5. Matikan alat pengering pinggan mangkuk sebaik sebelum kitaran

pengeringan dan biarkan udaranya kering.

6. Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka. Fikirkan terlebih dahulu apa

yang anda ingin ambil dari peti sejuk.

7. Periksa pelekat pada pintu peti sejuk dengan menutupnya pintu

dengan sekeping kertas. Tarik perlahan – lahan kertas tersebut dan

lihat jika ia mendakap dengan baik pada pelekat pintu. Jika ia

tertanggal dengan cepat, pelekat pintu itu tidak berapa elok untuk

memerangkap udara sejuk di dalam peti sejuk dan memastikan udara

panas tidak memasuki peti sejuk. 

8. Gunakan mentol lampu pendarfluor kompak berbanding lampu pijar.

Mentol lampu pendarfluor kompak yang mana menggunakan kurang

tenaga berbanding mentol pijar untuk menghasilkan jumlah cahaya

yang sama, dan ini adalah contoh penggunaan tenaga yang cekap.

Page 8: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

9. Kita juga boleh menjimatkan tenaga apabila menggunakan kenderaan.

Pastikan tayar tidak kurang angin. Apabila kereta dinyalakan, pastikan

penapis udara dan penapis minyak berfungsi dengan baik supaya ia

dapat mengurangkan penggunaan minyak.

10. Jangan sesekali menambah beban kereta. Setiap lebihan 100

pound, ia mengurangkan perbatuan sebanyak satu batu setiap gelen.

Apabila membeli kereta baru, beli kereta yang menggunakan minyak

dengan cekap dan beli kereta yang boleh pergi jauh setiap gelen.

5.2 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TENAGA SECARA BERHEMAH

DI

PERINGKAT SK AYER PUTIH BATU 10, MUAR

Sekolah memainkan peranan sangat penting dalam usaha

menguruskan penggunaan sumber tenaga secara berhemah. Guru-guru

boleh menyelitkan kepentingan penggunaan sumber tenaga secara

berhemah di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sivik,

Kemahiran Hidup, Teknologi Malklumat dan Sains. Realitinya, mata pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah mampu menyemai perasaan

cinta akan sumber tenaga dalam diri anak-anak. Benarlah kata bijak pandai

Page 9: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

dahulukala, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika anak-anak ini dapat

dipupuk dengan rasa tersebut, maka masalah pengurusan tenaga secara

berhemah tentu dapat dibendung pada masa hadapan memandangkan

merekalah generasi yang akan meneruskan legasi kehidupan dan

menggunakan nikmat tersebut.

Pihak sekolah juga perlu memupuk semangat cintakan alam hijau

kepada generasi muda. Cara ini boleh dilakukan dengan mengadakan

Program Lestari Sekolah yang berteraskan 1 Murid 1 Pokok. Ini bermaksud

setiap murid perlu membawa sendiri pelbagai tumbuhan hiasan ke sekolah

dan menanamnya di persekitaran sekolah. Penjagaan berterusan kepada

tumbuhan hiasan ini di tangan murid-murid ini secara tidak langsung akan

menyemai rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap alam sekitar.

Maka dengan ini, program Bumi Hijau yang dilaungkan di peringkat

kebangsaan akan tercapai.

Selain itu, pihak sekolah juga melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling

perlu aktif menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kepentingan

penjagaan sumber tenaga. Aktiviti yang boleh dijalankan sebagai contoh

ialah Ceramah berkaitan dengan Kesedaran Menjaga Sumber Tenaga. Panel

yang layak membincangkan tajuk ini sudah pasti mereka yang berhubung

langsung dengan bidang ini. Panel dari Tenaga Nasional Berhad dan juga

Syarikat Air Johor boleh dihubungi untuk merealiasikan ceramah yang akan

dijalankan.

Kata-kata hikmah tidak lekang ditampal oleh guru kelas di dalam kelas

bertujuan untuk menaikkan semangat anak didik. Perkara yang sama juga

boleh dilakukan dengan menampal kata-kata yang berkaitan dengan

penjimatan penggunaan tenaga, (Rujuk lampiran 4). Kata-kata berunsur

nasihat ini perlu ditampal di sudut yang berkaitan dengan punca sumber

Page 10: sce 3143

SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

tenaga seperti berhampiran dengan suis penghawa dingin, suiz kipas dan

lampu dan juga di dalam tandas berhampiran dengan sinki.

Sesungguhnya kesedararan terhadap melestarikan sekolah ini

bukanlah perkara yang perlu dipandang ringan. Ini kerana pewaris generasi

akan datang ini akan mewarisi khazanah alam. Oleh itu, untuk menanamkan

lagi rasa kesedaran terhadap alam sekitar, pertandingan poster berkaitan

Bumi Hijau atau Alam Sekitar turut juga boleh dijalankan menerusi amalan

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan di atas, objektif

bagi kajian ilmiah berkaitan Potensi Melestarikan SK Ayer Putih Batu 10,

Muar diharapkan tercapai untuk kebaikan generasi akan datang.