sce 3133 kajian tindakan- baru
DESCRIPTION
R&DTRANSCRIPT
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
TUGASAN 1
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
TAJUK :
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGENAL PASTI PEMBOLEHUBAH DALAM SOALAN STRUKTUR BAHAGIAN B BAGI 8 ORANG MURID
TAHUN 6 MENGGUNAKAN TEKNIK BACA,GARIS,TULIS
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Penyelidik sangat berpengalaman mengajar mata pelajaran Sains. Dengan
pengalaman ini, penyelidik berasa ada satu kekurangan daripada pengajaran penyelidik.
Mengapakah ada sebilangan pelajar yang tidak boleh menguasai kemahiran mengenal pasti
pembolehubah dengan betul dan baik? Setiap kali ujian dan peperiksaan dijalankan, ada
murid yang gagal dan tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Terdapat 8 orang murid yang
sering mendapat markah rendah . Pelajar-pelajar ini sememangnya agak lemah dalam
semua mata pelajaran. Setelah diamati secara mendalam punca kegagalan mereka dalam
menjawab bahagian B, Ini kerana mereka tidak dapat mengenal pasti pembolehubah
dengan betul berdasarkan soalan yang dikemukan. penyelidik tidak mahu mereka terus
ketinggalan dalam mata pelajaran Sains. penyelidik ingin membantu mereka mengatasi
kelemahan mereka ini dan seterusnya mereka lulus dalam kertas peperiksaan Sains
khususnya dalam UPSR kelak.
Oleh itu penyelidik perlu memikirkan satu pendekatan baru atau mengubahsuai gaya
mengajar supaya dapat membantu pelajar-pelajar ini untuk meningkatkan kompetensi
mereka dalam pembelajaran sains sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian
sains yang akan datang. Memandangkan mereka akan menghadapi peperiksaan yang
sangat penting iaitu UPSR pada hujung tahun ini. Maklum balas yang diterima menunjukkan
pelajar-pelajar ini amat berminat untuk belajar subjek Sains . Penyelidik amat gembira
daripada maklum balas yang diberikan, dan penyelidik berazam untuk terus memberikan
pengajaran yang terbaik kepada pelajar-pelajar ini .Ini mendorong penyelidik untuk
menjalankan kajian tindakan ini.
Penyelidik telah meneliti sukatan mata pelajaran Sains bagi tahun 6 dan telah
mendapati bahawa objektif dan hasil pembelajaran adalah berfokus kepada menyatakan,
mengenalpasti, menerangkan,memperihalkan dan meramal. Banyak dari topik di dalam
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 1
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
sukatan pelajaran ini boleh sering disoal dalam kertas peperiksaan UPSR bahagian B iaitu
soalan struktur . Oleh sebab itu saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan
kaedah Baca , Garis, Tulis sebagai teknik menjawab soalan struktur Bahagian B untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran mengenalpasti pembolehubah.
Pelajar - pelajar juga adalah pelajar yang lemah. Mereka ditempatkan dalam kelas
yang lemah dalam satu kelas. Ini bertujuan bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan perbincangan penyelidik bersama guru kelas 6 Bestari, beliau
menyatakan sebahagian besar pelajar berasal dari keluarga kelas pertengahan dan
kebanyakan dari mereka tidak menghadiri kelas tuisyen. Oleh itu, apa yang dapat penyelidik
simpulkan adalah kebanyakan pelajar hanya bergantung pada pengajaran dan
pembelajaran sains di dalam kelas yang hanya berjumlah 5 waktu dalam seminggu. Masa
pembelajaran yang sangat terhad yang telah diperuntukkan menyebabkan pelajar-pelajar
lemah kurang menguasai kemahiran proses sains.
Kemahiran yang pilih adalah kemahiran mengawal atau mengenal pasti
pembolehubah. Penyelidik dapati sebahagian besar murid kelas ini sangat lemah walaupun
bilangan muridnya tidak ramai.Ini bermakna walaupun pengajaran dam pembelajaran
mudah dilaksanakan, tetapi masih terdapat murid yang tidak fahami pemboleh ubah. Hal
yang demikian menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan . Seterusnya
menyebabkan mereka gagal.
Tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran mereka juga kurang . Ini
menyebabkan murid yang tidak menjawab soalan yang diberikan. Hasil daripada
pemerhatian yang telah dijalankan pengkaji mendapati bahawa pelajar tidak didedahkan
dengan teknik yang betul dalam menjawab soalan di bahagian B. Sebahagian pelajar dapat
menjawab soalan yang diajukan secara langsung mengenai topik sains yang mereka telah
pelajari bagaimanapun mereka masih mempunyai masalah untuk menjawab soalan yang
berkaitan dengan konsep sains Bahagian B iaitu tidak dapat mengenal pasti pemboleh
ubah, membina hipothesis dan membuat kesimpulan.
Setelah diamati secara mendalam punca kegagalan mereka dalam menjawab
bahagian B adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah yang betul
berdasarkan soalan. Oleh itu pengkaji perlu memikirkan satu pendekatan baru atau
mengubahsuai gaya mengajar supaya dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
kompetensi mereka dalam pembelajaran sains sekaligus meningkatkan pencapaian mereka
dalam ujian sains. Post mortem yang dilakukan oleh pihak sekolah telah mengenal pasti
masalah sebenar murid berpunca dari tidak mahir mengenal pasti pembolehubah-
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 2
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
pembolehubah dalam sesuatu soalan eksperimen. Mereka gagal mengenal pasti
pembolehubah sekaligus gagal menulis jawapan bagi soalan struktur bahagian B.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik berpendapat bahawa guru memainkan
peranan yang penting bagi mencetuskan minat pelajar terhadap sains melalui kepelbagaian
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran serta alat bantu mengajar yang
berorentasikan teknologi maklumat dan komunikasi perlu ditekankan. Lantas, penyelidik
telah memperkenalkan KAEDAH BACA, GARIS, TULIS setiap kali menjawab solan
struktur bahagian B . Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga perlu untuk
mengenal pasti pemboleh ubah bagi setiap topik yang diajar. Kaedah ini dilakukan dengan
menjawab lembaran kerja yang disediakan. Soalan yang disediakan untuk kenal pasti
pembolehubah serta lembaran kerja yang disediakan mengandungi soalan-soalan mengenal
pasti pembolehubah.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 3
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
2.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
2.1 Tinjauan Masalah
Berdasarkan ujian sumatif , berikut dikemukakan analisis markah 8 orang murid yang dikaji
bagi mata pelajaran Sains :
Jadual 1 : Analisis Markah Responden
BIL RESPONDEN BAHAGIAN A BAHAGIAN B JUMLAH
(%)
1 A 15 5 40
2 B 16 4 40
3 C 14 6 40
4 D 15 5 40
5 E 15 4 38
6 F 12 6 36
7 G 11 3 28
8 H 10 5 30
CARTA ANALISIS MARKAH MENGIKUT RESPONDEN
Responden
A
Responden
B
Responden
C
Responden
D
Responden
E
Responden
F
Responden
G
Responden
H0
5
10
15
20
25
30
35
40
CARTA ANALISIS MARKAH
Bahagian ABahagian BJumlah
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 4
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Berdasarkan ujian sumatif satu yang telah dijalankan , jelas sekali menunjukkan pencapaian
8 orang pelajar sebagai responden yang dipilih mendapat markah yang rendah dan 4 orang
gagal dalam kertas sains. 4 orang lagi hanya mendapat 40 %.
Daripada analisis soalan yang telah dibuat oleh penyelidik, pelajar berkenaan tidak
menjawab bahagian B soalan struktur dengan tidak menjawab langsung bahagian tersebut.
Ini menyebabkan pelajar tersebut gagal. Soalan struktur bahagian B kesemuanya
memerlukan pelajar mengenal pasti pembolehubah. Kegagalan pelajar mengenal pasti
pemboleh ubah menyebabkan mereka gagal menjawab bahagian B soalan struktur.
Mengenal pasti pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah dimanipulsi, pemboleh ubah
bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan adalah nadi untuk menjawab soalan struktur
bahagian B. Penguasaan mengenal pasti pemboleh ubah akan memudahkan pelajar untuk
menjawab soalan struktur Bahagian B dengan baik. Penyelidik menggunakan pendekatan
kaedah “Baca, Garis, Tulis” ini dilaksanakan. Sasaran penyelidik kepada 8 orang pelajar
sebagai responden kajian. Pemilihan pelajar ini bersesuaian kerana dari segi pencapaian
pelajar ini dalam ujian 1 yang telah dijalankan di sekolah penyelidik. Pemerhatian serta
perbincangan bersama guru kelas pelajar tersebut.
Kajian ini hanya tertumpu untuk mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan
struktur bahagian B yang telah dikenal pasti. Soalan yang dipilih telah disediakan dan
diberikan pada reponden yang dipilih sebelum dan selepas teknik “Baca, Garis, Tulis”
diperkenalkan. analisis markah dibuat sebelum dan selepas teknik ini digunakan.
Pelajar-pelajar belum mahir mengenal pasti pembolehubah dalam setiap
soalan yang dikemukakan. Oleh itu, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan
yang biasa disoal dalam bahagian B seperti berikut:
i) Nyatakan pembolehubah manipulasi, bergerak balas dan dimalarkan.
ii) Nyatakan pembolehubah yang perlu dikawal.
iii) Nyatakan 2 maklumat yang perlu dikumpul dalam eksperimen ini.
iv) Nyatakan tujuan penyiasatan ini.
v) Tuliskan satu hipotesis berdasarkan eksperimen tersebut.
vi) Nyatakan hubungan antara dua pembolehubah.
vii) Berikan inferens
viii) Berdasarkan hipotesis di atas, tuliskan satu kesimpulan.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 5
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Jika pelajar tidak mahir mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah,
sudah pasti hampir semua soalan struktur bahagian B tidak dapat dijawab.
Fenomena ini menyebabkan pencapaian murid yang sepatutnya beroleh gerd yang
lebih baik.Ketidakupayaan mereka mengenal pasti pembolehubah menyebabkan
mereka tidak dapat menulis jawapan soalan struktur Kertas Sains Bahagian B. Ini
menyebabkan mereka tidak mendapat markah yang baik.
8 orang murid kelas 6 Bestari ini telah dipilih sebagai responden dalam
kajian ini bagi merealisasikan hasrat sekurang-kurang mendapat gred B dalam
mata pelajaran Sains bagi kelas ini.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Masalah atau isu ini dibuktikan dengan isu yang berkaitan seperti berikut:
2.2.1 Isu Ujian 1
Berdasarkan keputusan Ujian 1 memunjukkan 18 orang murid kelas 6 Bestari hanya
mendapat Gred C dalam mata pelajaran Sains dan 4 orang daripadanya gagal dalam mata
pelajaran ini.
Soalan struktur Bahagian B adalah berkaitan dengan mengenal pasti pemboleh
ubah, tujuan, kesimpulan serta pemerhatian. Kesemua responden yang dipilih tidak dapat
menjawab bahagian tersebut. Ada antaranya tidak menjawab langsung dengan
meninggalkan ruang kosong pada ruang jawapan. Graf berikut adalah keputusan bagi 18
orang murid tersebut.
Jadual 2 : Analisis Bilangan Murid lulus dan gagal Sains Ujian 1
Mata pelajaran Lulus Gagal
Sains 14 4
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 6
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
GRAF PETUNJUK PENCAPAIAN MURID DALAM UJIAN 1
Sains0
2
4
6
8
10
12
14
16
LulusGagal
CARTA PERATUS MARKAH MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS UJIAN 1
PERATUS
LulusGagal
2.2.2 Isu berkaitan mengenal pasti pemboleh ubah
Apabila menyemak buku nota pelajar, penyelidik telah menyedari bahawa pelajar
tidak didedahkan dengan kemahiran atau teknik mengenal pasti pemboleh ubah.Mereka
tidak dapat memahami dan mengingati cara untuk mengenal pasti pemboleh ubah dalam
soalan yang diberikan.Kebanyakan latihan yang berkaitan pemboleh ubah tidak dapat di
jawab dengan betul.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 7
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Sasaran penyelidik bagi mengukuhkan kemahiran pelajar mengenal pasti pemboleh
ubah. Kebolehan mengenalpasti pemboleh ubah akan dapat meningkatkan lagi kompetensi
pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan pemboleh ubah.
Berikut adalah dapatan dari pemerhatian awal berkaitan isu:
a) Terdapat terlalu banyak fakta dalam buku nota pelajar.
b) Kekurangan latihan menjawab soalan struktur bahagian B kertas sains membuatkan
mereka tidak mahir menjawab soalan berkaitan dengan pemboleh ubah.
c) Pelajar hanya menerima pelajaran yang diberikan oleh guru tanpa terlibat secara
aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
2.2.3 Penilaian Guru
Berdasarkan perbincangan dengan guru kelas berkaitan dengan pemerhatian
penyelidik berkenaan keputusan Ujian 1. Kami telah bersetuju bahawa kelemahan utama
pelajar adalah tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah yang menyebabkan mereka tidak
dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan pemboleh ubah. Penyelidik telah membuat
keputusan menggunakan kaedah “Baca, Garis, Tulis” sebagai teknik untuk meningkatkan
kemahiran pelajar mengenalpasti pemboleh ubah dalam soalan struktur Bahagian B kertas
Sains.
Berdasarkan isu ini, terdapat beberapa perkaitan penting tentang konsep mengenalpasti
pemboleh ubah dan kebolehan pelajar menjawab soalan yang berkaitan . Pada pendapat
penyelidik adalah:
a) Mengenalpasti pemboleh ubah adalah asas dalam membina hipotesis (hubungan
antara pemboleh ubah).
b) Pemboleh ubah digunakan untuk menentukan tujuan sesuatu penyiasatan.
c) Mengenal pemboleh ubah membantu pelajar untuk menulis kesimpulan yang betul
tentang sesuatu penyiasatan.
d) Kebolehan mengenal pemboleh ubah membantu pelajar memahami perkaitan di
antara gambarajah, jadual dan graf.
e) Mengenalpasti pemboleh ubah boleh dianggap sebagai kata kunci untuk menjawab
soalan di bahagian B kertas sains.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 8
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Berdasarkan isu yang dibincangkan tersebut, kajian ini memfokuskan tentang
bagaimana untuk meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengenal pasti pemboleh ubah
dengan menggunakan teknik “Baca, Garis, Tulis”. Selain itu, rasional untuk menjalankan
kajian ini adalah berdasarkan beberapa aspek berikut:
a) Dalam huraian sukatan pelajaran tahun enam kemahiran mengenalpasti pemboleh
ubah perlu ditekankan tetapi mungkin pelajar tidak faham.
b) Mengenal pasti pemboleh ubah merupakan kata kunci untuk pelajar menjawab
soalan di bahagian B kertas sains.
c) Pelajar perlu mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengenal pasti
pemboleh ubah dan kemahiran asas proses sains sebelum meneruskan untuk topik
yang lebih sukar.
d) Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains sekolah boleh ditingkatkan
Berikut merupakan catatan daripada respon awal pelajar tentang kemahiran mereka
mengenal pasti pemboleh ubah.
a) “Cikgu dah ajar tapi dah lupa”, Respoden 1
b) “ tak tau cikgu susahlah”, Responden 2
c) “dimalarkan perlu cari yang sama, berubah cari yang berbeza tapi
bergerakbalas tu apa cikgu”, Responden 3
d) “Cikgukan dah ajar”, Responden 4
2.3.Definisi secara operasi
Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah boleh diertikan sebagai mengetahui
faktor yang memberi kesan dan mengubah faktor penyumbang didalam sesuatu ujikaji untuk
melihat kesan atau fenomena.
Teknik “Baca, Garis, Tulis” adalah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan
peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya
mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila
disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi adalah maklumat khusus yang
perlu diketahui.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 9
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Jadual 2.3.1: Ringkasan Tentang Mengenal Pasti Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah dimanipulasi
(1):
Pemboleh ubah yang
sengaja di ubah oleh saintis
Kita boleh mengenal pasti
pemboleh ubah dengan
bertanya:
*apakah yang diubah oleh
saintis dalam ujikaji ini?
Pemboleh ubah bergerak
balas (1):
Pemboleh unah yang
bergerak balas akibat
daripada perubahan
pemboleh ubah
dimanipulasi.
Kita boleh mengenal pasti
pemboleh ubah bergerak
balas dengan bertanya
*apa yang dicari oleh saintis
atau sesuatu yang cuba
diukur?
Pemboleh ubah kawalan(3):
semua pemboleh ubah yang
kekal sama untuk untuk
membolehkan pemboleh
ubah dimalarkan adakah
disebabkan oleh hanya satu
pemboleh ubah yang
dimanipulasi
Kita boleh mengenalpasti
pemboleh ubah dengan
bertanya apa yang perlu
dikekalkan atau sama dalam
ujikaji?
3.0 KAJIAN LITERATUR (rujuk tugasan 2)
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 10
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Kajian
4.1.1 Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya untuk meningkatkan penguasaan 8 orang murid Tahun 6
Bestari Sekolah Penyelidik dalam mengenal pasti pemboleh ubah bagi soalan struktur
bahagian B kertas sains UPSR.
Diharapkan teknik “Baca, garis, Tulis” yang diperkenalkan kepada pelajar tersebujt dapat
diaplikasikan semasa menjawab soalan bahagian B mengenal pasti pemboleh ubah dalam
soalan yang dikemukakan.
4.1.2 Objektif Khusus
Meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian terutamanya soalan struktur bahagian
B
Memastikan bahawa pelajar boleh menjawab soalan yang memerlukan mereka
mengenal pasti pemboleh ubah dari gambar, jadual dan graf.
Mendedahkan pelajar kepada pelbagai istilah yang berkaitan dengan pemboleh ubah
seperti:
dimalarkan
dimanipulasikan
bergerakbalas
Meningkatkan kemampuan pelajar untuk mengenal pasti pemboleh ubah melalui
teknik “Baca,Garis, Tulis”
Pelajar dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan pemboleh ubah seperti
“apakah keputusan penyiasatan?” dan apakah tujuan penyiasatan?Apakah
maklumat yang boleh dikumpulkan berdasarkan penyiasatan, Nyatakan pemboleh
ubah dalam penyiasatan ini.
4.2 Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan-soalan kajian yang berikut:
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 11
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
4.2.1 Adakah tahap penguasaan terhadap kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah
pelajar sangat lemah?
4.2.2 Sejauhmanakah tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengenal pasti
pemboleh ubah dipertingkatkan?
4.2.3 Adakah pencapaian pelajar dapat dipertingkatkan dengan menguasai kemahiran
mengenal pasti pemboleh ubah?
4.2.4 Adakah teknik yang digunakan ini dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam
mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan struktur bahagian B?
5.0 KUMPULAN SASARAN
Jadual berikut adalah buitran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini.
Jadual : 5.0 Kumpulan sasaran penyelidikan tindakan
Bilangan sasaran 8 daripada 18 orang pelajar tahun 6 Bestari ( Dipilih berdasarkan
keputusan ujian 1)
Jantina Lelaki
Umur 12 tahun
Prestasi akademik Lemah ( gagal ) dalam mata pelajaran sains.
Tidak dapat menguasai kemahiran proses sains mengenal pasti
pemboleh ubah.
Tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan struktur
Bahagian B kertas Sains.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 12
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Reka Bentuk Kajian
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-
langkah (a spiral of steps). Berikut merupakan proses penyelidikan tindakan yang
akan dilaksanakan berdasarkan adaptasi Model Lewin.
6.2 Perancangan langkah-Langkah Tindakan
Penyelidik telah memilih tiga pendekatan khusus yang disesuaikan untuk digunakan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu pendekatan ini juga dapat
digunakan untuk meningkatkan kemahiran proses sains pelajar. Ketiga-tiga langkah adalah
seperti berikut :
1. Mengajar semula tentang konsep, maksud dan jenis pemboleh ubah kepada pelajar.
2. Memberikan soalan struktur Bahagian B satiap hari untuk membiasakan pelajar
mengenal pasti pemboleh ubah.
3. Latih tubi yang berterusan sebagai aktiviti pengayaan
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 13
Merancang (Tindakan susulan)
Bertindak(Kaedah aktiviti
hands-on)
Memerhati(pengumpulan
dan analisis data)
Mereflek(refleksi
pengalaman p&p)
Ujian pra
Ujian pos
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
6.2.1 Pengajaran Semula
Setiap hari pelajar akan belajar banyak perkara baru dan jika penyelidik hendak
menjalankan pengajaran semula bagi keseluruhan topik, ianya agak susah untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, pengajaran
semula bermaksud mengajar semula tentang cara mengenal pasti pembolehubah. Selain
pembolehubah, penyelidik juga dapat menerapkan kemahiran proses sains yang lain secara
tidak langsung. Dengan ini, pelajar bukan sahaja mempertingkatkan kemahiran mereka
dalam mengenal pasti pemboleh ubah tetapi juga dalam kemahiran proses sains.
Langkah 1: Pengenalan kembali kepada definisi pemboleh ubah
Langkah 2: Menggunakan Power Point bergambar untuk mengajar tajuk pemboleh ubah
tentang kata kunci tentang konsep pemboleh ubah
6.2.2 Latihan soalan struktur (Latih tubi) menggunakan teknik Baca,Garis, Tulis.
Penyelidik menyediakan soalan-soalan struktur Bahagian B. Soalan diedarkan
kepada pelajar dan penyelidik meminta pelajar (responden yang yg dipilih) membaca soalan
yang diberikan. Soalan dibaca berulang kali supaya pelajar dapat memahami kehendak
soalan dengan dibantu oleh penyelidik.
Setelah membaca soalan pelajar akan menggariskan kata kunci pemboleh ubah
yang terdapat dalam penyataan soalan contohnya :
Jadual dibawah menunjukkan satu penyiasatan mengkaji pemanasan air selama 10 minit.
Suhu air dicatatkan pada setiap 2 minit
Pelajar akan menggaris penyataan seperti contoh yang disediakan. Kemudian pelajar akan
menulis pemboleh ubah yang dikenal pasti.
Jadual dibawah menunjukkan satu penyiasatan
mengkaji pemanasan air selama 10 minit.(dimalarkan)
Suhu air dicatatkan ( pemboleh ubah bergerak balas) pada setiap 2 minit (dimanipulasi)
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 14
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
6.2.3 latih-tubi berterusan
Latih tubi bertindak sebagai penguat dan pengukuhan kepada pemahaman dan
penguasaan pelajar tentang konsep mengenal pasti dan mengawal pembolehubah. Latih
tubi juga digunakan bagi tujuan menilai perkembangan pelajar.
Tambahan pula kepekaan pelajar bagi menyiapkan latihan juga membantu mereka
mengulangkaji sesuatu topik sekaligus menolong meningkatkan penguasaan mereka
berkenaan suatu konsep itu. Bagi memastikan pelajar dapat mencapai sasaran, penyelidik
telah menggunakan latih tubi menjawab soalan berkaitan berdasarkan soalan struktur yang
disediakan.
6.3 Perancangan Cara Pengumpulan Data
Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan empat instrumen khusus untuk
mengumpul data dan maklumat. Iinstrumen khusus yang telah dipilih adalah;
6.3.1 soal selidik ( rujuk lampiran)
6.3.2 ujian pra dan ujian pos (rujuk lampiran)
6.3.3 pemerhatian
6.3.4 temu bual
6.3.1 soal selidik ( rujuk lampiran)
Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar
tentang perasaan atau pandangan mereka terhadap kaedah tradisional yang digunakan
untuk mereka belajar mengenal pasti pemboleh ubah dan dibandingkan dengan cara
mereka belajar menggunakan teknik Baca, Garis, Tulis . Soal selidik ini akan dijalankan
pada dua peringkat. Pada asasnya soalan bagi kedua-dua soal selidik ini membawa maksud
yang sama, hanya berlaku perubahan dari segi susunan ayat untuk memberi keselesaan
kepada pelajar menjawabnya tanpa mempersoalkan mengapa perlu membuat kerja
sebanyak dua kali.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 15
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Pada peringkat pertama soal selidik dilakukan sebelum tindakan penambahbaikan
dan yang peringkat kedua soal selidik dijalankan selepas tindakan penambahbaikan
diambil. Dapatan dari soal selidik boleh dijadikan rujukan atau gambaran terhadap tahap
kemampuan dan kefahaman pelajar terhadap kemahiran proses sains yang berkaitan
dengan kemahiran mengenal pasti pembolehubah. Kemudian tindakan rawatan yang
dicadangkan akan diaplikasi kepada responden dengan mengikut jadual perancangan yang
telah diatur. Pada akhir selepas tindakan rawatan selesai responden akan menjawab soal
selidik dan memberi maklum balas mengenai tindakan rawatan yang mereka terima.
Dengan menggunakan jawapan Ya/Tidak data ini dianalisis dan kedua-dua tinjauan ini
membantu kita mengetahui kesan rawatan terhadap responden.
Menganalis data selepas ia dikumpulkan dan data-data tersebut diurus, ditadbir,
dikodkan, dikategorikan mengikut tema dan corak data .Data dianalisis secara kuantitatif.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 16
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI DALAM PEMBELAJARAN SAINS (1)
Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
1. Tahun:
Jantina: lelaki
2. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan teknik Baca,Garis,Tulis dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:
Ya/tidak
Jadual 5.3.1.1: Soal Selidik Mengkaji Keberkesanan Aktiviti
Item y t
Saya suka belajar dengan menggunakan teknik baca, garis ,tulis
membantu saya mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan teknik baca,garis ,tulis
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan menulis pemboleh ubah yang dikenal pasti
Saya dapat tahu cara menjawab soalan berkaitan tujuan dengan mengenal pasti pemboleh ubah
Saya harap cikgu menyediakan lebih banyak yang berkaitan pemboleh ubah
Saya dapat menjawab bahagian B sains dengan mudah dengan mmenggunakan teknik baca,garis, tulis.
Saya akan guna teknik ini semasa menjawab soalan struktur bahagian B
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 17
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI DALAM PEMBELAJARAN SAINS (2)
Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
1. Tahun:
Jantina: lelaki
2. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan teknik Baca,Garis,Tulis dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:
Ya/tidak
Jadual 5.3.1.1: Soal Selidik Mengkaji Keberkesanan Aktiviti
ItemY
yat
tidak
Saya suka belajar dengan menggunakan teknik baca, garis ,tulis
membantu saya mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan teknik baca,garis ,tulis
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan menulis pemboleh ubah yang dikenal pasti
Saya dapat tahu cara menjawab soalan berkaitan tujuan dengan mengenal pasti pemboleh ubah
Saya harap cikgu menyediakan lebih banyak yang berkaitan pemboleh ubah
Saya dapat menjawab bahagian B sains dengan mudah dengan mmenggunakan teknik baca,garis, tulis.
Saya akan guna teknik ini semasa menjawab soalan struktur bahagian B
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 18
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
6.3.2.Ujian Pra dan Ujian Pos (rujuk lampiran soalan)
Ujian pra dan dan ujian pos merupakan satu rangkaian soalan bagi menguji kesan
tindakan rawatan ke atas responden menggunakan teknik baca, garis ,tulis. Di antara ujian
pra dan ujian pos terdapat selang masa bagi perlaksanaan tindakan rawatan. Instrumen ini
dapat digunakan untuk memberi gambaran kepada penyelidik tentang keberkesanan
proses tindakan rawatan yang telah diambil. Kebolehpercayaan dan kesahihan
menggunakan “test-retest”.
Dapatan ujian pra, boleh dijadikan rujukan atau gambaran awal tentang pengukuran
penguasaan pelajar terhadap kebolehan pelajar untuk mengenal pasti pemboleh ubah.
Selepas itu tindakan rawatan akan dilaksanakan dan disusuli dengan ujian pos. Daripada
kedua-dua ujian ini kita dapat melihat sama ada akan berlaku perubahan atau tidak ke atas
responden selepas berlakunya tindakan rawatan. Analisis soalan yang dijawab.
6.3.3 pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu lagi instrumen pengumpulan data yang dijalankan
sepanjang kajian ini. Satu senarai semak yang ringkas telah dibina bagi memantau
perkembangan pelajar sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Beberapa aspek telah
dinilai berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah pemerhatian yang berstruktur
kerana pemerhatian dibuat adalah berdasarkan senarai semak. Sepanjang tempoh kajian
penyelidik telah melakukan pemerhatian secara terus dengan memantau responden setiap
kali pelajar menjawab soalan yang diberikan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh kajian penyelidiki telah membuat
pemerhatian secara langsung sebanyak empat kali sepanjang tempoh tindakan rawatan
dijalankan. Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan analisi kualitatif berdasarkan
senarai semak seperti berikut:
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 19
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Jadual 6.3.3: Senarai Semak Untuk Pemerhatian Kajian Tindakan (berdasarkan soalan
yang disediakan)
N
o
Aspek Aktiviti 1Tarikh :Masa :
Aktiviti 2Tarikh :Masa :
Aktiviti 3Tarikh :Masa :
Aktiviti 4Tarikh :Masa :
1. Pelajar boleh mengenalpasti
pemboleh ubah yang dimalarkan
2. Pelajar boleh mengenalpasti
pemboleh ubah yang
dimanipulasikan
3. Pelajar boleh mengenalpasti
pemboleh ubah yang bergerak
balas
4. Pelajar boleh mengenalpasti
tujuan penyiasatan dengan
menggunakan pemboleh ubah.
5. Pelajar boleh menulis 3
pemboleh ubah dengan betul.
*Dicatatkan semasa P&P menggunakan teknik baca, garis, tulis
6.3.4 temu bual
Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana membantu penyelidik
meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Penyelidik memilih temu
bual secara berstruktur dengan menyediakan soalan kepada responden yang ditemubual.
Ini bertujuan supaya penyelidik dapat menyoal responden secara sistematik.
Penyelidik akan menjalankan temubual kepada setiap responden yang dipilih untuk
mendapatkan respon daripada responden.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 20
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
KAJIAN TINDAKAN SOALAN TEMU BUAL
Nama : Responden ........ Tarikh : ..................................
Soalan 1
Adakah kamu tahu mengenai pemboleh ubah dalam kemahiran proses sains?
Jawapan:
Soalan 2
Adakah kamu telah diajar kaedah untuk mengenal pasti pemboleh ubah?
Jawapan:
Soalan 3
Jika Ya, apakah kaedahnya
Jawapan:
Soalan 4
Apakah pemboleh ubah yang kamu ketahui?
Jawapan
Soalan 5
Sejauh mankah kamu memahami kaedah ini?
Jawapan
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 21
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
7.0 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN/CARTA GRANTT
Jadual pelaksanaan perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan
mengikut jadual dan waktu yang telah ditetapkan. Jadual yang dirancang adalah seperti
berikut:
Jadual Pelaksanaan kajian Tindakan
BIL AKTIVITI TARIKH1 mengenal pasti masalah
Pemerhatian dijalankan semasa P&P sainsJanuari – Februari
2 Pengumpulan data tinjauan awal-soal selidikTemunualpemerhatian
Februari
3 Menentukan objektif dan soalan kajian-objektif umum-objektif khusus-soalan kajian
Februari
4 Merancang tindakan Mac5 Menulis Proposal Mac6 Melaksana tindakan 1 Mei7 Pengumpulan data tindakan 1 Mei8 Menganalisis data tindakan 1 Jun9 Menulis laporan tindakan 1 Jun10 Melaksana tindakan 2 Julai11 Pengumpulan data tindakan 2 Julai12 Menganalisis data tindakan 2 Ogos13 Menulis laporan tindakan 2 Ogos14 Refleksi September15 Menulis laporan kajian Oktober- November
CARTA GRANTT
BIL AKTIVITI BULAN1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
1 mengenal pasti masalahPemerhatian dijalankan semasa P&P sains
2 Pengumpulan data tinjauan awal-soal selidikTemunualpemerhatian
3 Menentukan objektif dan soalan kajian-objektif umum-objektif khusus-soalan kajian
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 22
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
4 Merancang tindakan5 Menulis Proposal6 Melaksana tindakan 17 Pengumpulan data tindakan 18 Menganalisis data tindakan 19 Menulis laporan tindakan 110 Melaksana tindakan 211 Pengumpulan data tindakan 212 Menganalisis data tindakan 213 Menulis laporan tindakan 214 Refleksi15 Menulis laporan kajian
8.0 KOS KAJIAN
Cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan tindakan yang
akan dilakukan. Berikut adalah jangkaan perbelanjaan pengkaji:
BIL BAHAN KOS
1 kertas A4 (4 RIM) RM 40.00
2 Bahan cetakan RM 40.00
3 Dakwat cetakan/printer RM 50.00
4 Lain-lain RM100.00
JUMLAH RM 230.00
9.0 PENUTUP
Sebagai penyelidik , diharapkan kajian yang akan dijalankan ini mendapat hasil
yang boleh membantu dalam peningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains
serta pelajar dapat mengenalpasti pembolehubah dalam setiap soalan yang dikemukakan.
Kajian yang akan dijalankan ini berupaya mendatangkan hasil yang diharapkan.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 23
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
LAMPIRAN
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI DALAM PEMBELAJARAN SAINS (1)
Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
3. Tahun:
Jantina: lelaki
4. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan teknik Baca,Garis,Tulis dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:
Ya/tidak
Jadual 5.3.1.1: Soal Selidik Mengkaji Keberkesanan Aktiviti
Item y t
Saya suka belajar dengan menggunakan teknik baca, garis ,tulis
membantu saya mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan teknik baca,garis ,tulis
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan menulis pemboleh ubah yang dikenal pasti
Saya dapat tahu cara menjawab soalan berkaitan tujuan dengan mengenal pasti pemboleh ubah
Saya harap cikgu menyediakan lebih banyak yang berkaitan pemboleh ubah
Saya dapat menjawab bahagian B sains dengan mudah dengan mmenggunakan teknik baca,garis, tulis.
Saya akan guna teknik ini semasa menjawab soalan struktur bahagian B
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 24
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
LAMPIRAN
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI DALAM PEMBELAJARAN SAINS (2)
Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
3. Tahun:
Jantina: lelaki
4. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan teknik Baca,Garis,Tulis dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:
Ya/tidak
Jadual 5.3.1.1: Soal Selidik Mengkaji Keberkesanan Aktiviti
ItemY
yat
tidak
Saya suka belajar dengan menggunakan teknik baca, garis ,tulis
membantu saya mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan teknik baca,garis ,tulis
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan menulis pemboleh ubah yang dikenal pasti
Saya dapat tahu cara menjawab soalan berkaitan tujuan dengan mengenal pasti pemboleh ubah
Saya harap cikgu menyediakan lebih banyak yang berkaitan pemboleh ubah
Saya dapat menjawab bahagian B sains dengan mudah dengan mmenggunakan teknik baca,garis,
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 25
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
tulis.
Saya akan guna teknik ini semasa menjawab soalan struktur bahagian B
SENARAI SEMAK KAJIAN TINDAKAN
Senarai Semak Untuk Pemerhatian Kajian Tindakan (berdasarkan soalan yang
disediakan)
N
o
Aspek Aktiviti 1Tarikh :Masa :
Aktiviti 2Tarikh :Masa :
Aktiviti 3Tarikh :Masa :
Aktiviti 4Tarikh :Masa :
1. Pelajar boleh mengenalpasti
pemboleh ubah yang dimalarkan
2. Pelajar boleh mengenalpasti
pemboleh ubah yang
dimanipulasikan
3. Pelajar boleh mengenalpasti
pemboleh ubah yang bergerak
balas
4. Pelajar boleh mengenalpasti
tujuan penyiasatan dengan
menggunakan pemboleh ubah.
5. Pelajar boleh menulis 3
pemboleh ubah dengan betul.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 26
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
LAMPIRAN
KAJIAN TINDAKAN SOALAN TEMU BUAL
Nama : Responden ........ Tarikh : ..................................
Soalan 1
Adakah kamu tahu mengenai pemboleh ubah dalam kemahiran proses sains?
Jawapan:
Soalan 2
Adakah kamu telah diajar kaedah untuk mengenal pasti pemboleh ubah?
Jawapan:
Soalan 3
Jika Ya, apakah kaedahnya
Jawapan:
Soalan 4
Apakah pemboleh ubah yang kamu ketahui?
Jawapan
Soalan 5
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 27
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Sejauh manakah kamu memahami kaedah ini?
Jawapan
LAMPIRAN (CONTOH SOALAN)
1. Muhammad Fikri menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kelajuan suatu objek. Dia menggunakan kereta mainan berspring yang boleh dipusing seperti rajah di bawah.
Keputusan penyiasatan direkodkan dalam jadual di bawah.
Bilangan pemutar spring dipusing 4 6 8 10
Jarak yang dilalui oleh kereta mainan dalam tempoh 30 saat (cm)
50 70 90 110
(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
(b) Nyatakan
(i) apa yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan)
______________________________________________________________
[ 1 markah ]
(ii) apa yang diukur (pemboleh ubah bergerak balas)
______________________________________________________________
[ 1 markah ]
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 28
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
(iii) apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)
[ 1 markah ]
______________________________________________________________
LAMPIRAN (CONTOH SOALAN)
2 Rajah menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid untuk menyiasat isi padu guli.
Keputusan penyiasatan itu ditunjukkan dalam jadual.
Bilangan guli Isi padu air dalam silinder penyukat (ml)
10 20
15 30
25 50
(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
_______________________________________________________________
____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
(b) Nyatakan
(i) apa yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan)
________________________________________________________
[ 1 markah ]
(ii) apa yang diukur (pemboleh ubah bergerak balas)
_________________________________________________________
(iii) apa yang diubah(pemboleh ubah dimanipulasikan)
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 29
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
_________________________________________________________
[ 1 markah ]
LAMPIRAN (CONTOH SOALAN)
3 Sekumpulan murid menyiasat bilangan ayunan bandul dengan panjang tali benang.
(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
(b) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan di dalam penyiasatan ini.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[ 2 markah ]
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 30
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
LAMPIRAN (CONTOH SOALAN)
4 Rajah di bawah menunjukkan dua buah bekas yang mengandungi anak benih X dan Y. Anak benih setiap bekas ditanam di dalam tanah yang mengandungi baja.
Pemerhatian selepas satu minggu direkodkan di dalam jadual berikut.
Bekas X Y
Purata ketinggian anak benih selepas satu minggu (cm)
5 3
(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[ 1 markah ]
(b) Nyatakan
(i) apakah yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)
______________________________________________________________
[ 1 markah ]
(ii) apakah yang diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)
______________________________________________________________
[ 1 markah ]
(iii) apakah yang ditetapkan ( pemboleh ubah dimalarkan)
_________________________________________________
[ 1 markah ]
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 31
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
SENARAI RUJUKAN
Abu Hassan bin Kasim (2001), Pendidikan Amali Sains, Kemahiran Sainstifik, UTM Skudai.
Denny.M (1986), “Science Practical: What do pupil think?” European Journal of Science
Education.
F.William and John Rowe,(1996). The Enhancement Of Science Process Skills In Primary
Teacher Education Students, Edith Cowan University. Retrieved Mac,24, 2015 from
http://ajte.education.ecu.edu.au/ISSUES/PDF.pdf
Fusco,D. and Barton A.C (2001). “Representing students achievement in science,” Journal
of Research in Science Teaching
H.Douglas Brown.(2001). Teaching by Priciples An Interactive Approach to Language
Pedagogy. Longman International
Harlen, W. (2000). The teaching of science in primary schools. London: David Fulton.
Hodson, D. (1996). Rethinking the role and status of observation in science education.
European Education,28(3), 37-58.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 32
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Howes, E. V. (2008). Educative experiences and early childhood science education:
A Deweyan perspective on learning to observe. Teaching and Teacher Education,
24(3), 536-549.
Johnston, J. (2005). Early explorations in science. Maidenhead: Open University Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Kuhn,D.(1993),”Science as argument implication for teaching and learning scientific thinking”
Science Education. 77(3) 319-337
M. W. Hacklinga; P. J. Garnetta(1991),Effect of context and gender on application of
Science Investigation Skills journal International Journal of Science Education,
retrived FEB 24,2015 http://www.springerlink.com/content/
Norris, S. P. (1984). Defining observational competence. Science Education, 68(2),
129-142.perspective on learning to observe. Teaching and Teacher Education, 24(3),
536-549.
Rohani Bt Tarmizi (1996), Pengukuran Kemahiran Sainstifik di Kalangan Pelajar Lepasan
SPM. Kertas Kerja di Bentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM
Suwaibatullaslamiah Bt Jalaluddin,Sapia Binti Md Yasin,Tan Mun Wai (2014), Sains Tahun 5
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 33
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
Sekolah Kebangsaan.Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Slavin, R.E. (2003). Educational Psychology: Theory and Practice (Seventh ed). Boston:
Pearson Education, Inc.
Smith, B. K. & Reiser, B. J. (2005). Explaining behavior through observational investigation
and Theory articulation. The Journal of the Learning Sciences, 14(3), 315-360
Tobin K.G dan Capie, W, (1980) Teaching process skills in the middle school.” Journal of
School Science and Mathematics
University of California, (2005). Overview variables grades 5 and 6. Retrieved February, 28,
2015 from http://lhsfoss.org/scope/folio/pdfs/Variables_Matrix.
Zurida bt Ismail. (1998). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar Sekolah Rendah dan
Menengah.” Jurnal Kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 34
SCE3133-KAJIAN TINDAKAN TUGASAN 1
HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI 700514025852 SAINS 1 PPG KOHORT 2 35