ktindakan bmm 3133-cg din.docx

Upload: brandi-burke

Post on 08-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KAEDAH SALOMA DAPAT MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID MENULIS AYAT MAJMUK BERPANDUKAN GAMBAROLEH ZAINUDDIN BIN HUSSAIN

1.0 PENGENALAN

Menguasai kemahiran menulis adalah penting bagi para pelajar. Menulis adalah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan sebagainya. Zaba (1952) mengatakan bahawa menulis ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-kata untuk dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Kemahiran menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyebaran ilmu,idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulis supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh itu, kemahiran menulis bukan sesuatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sehingga kini, masalah penulisan yang dilakukan oleh murid-murid terutama dari segi tatabahasa tidak pernah selesai. Saban hari, ada sahaja kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh mereka ketika melaksanakan kemahiran menulis boleh menyebabkan murid tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan berkesan. Kegagalan ini juga secara tidak langsung boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku mereka dan turut mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Menurut Applebee, Langer dan Mullis (seperti yang dipetik dalam Lilies Suryanti, 2010, hal 1) laporan National Asessment of Educational Progress (NAEP) Amerika menyatakan bahawa tidak sampai satu perlima penulisan murid memuaskan sejak dari tahun 1986. Kebanyakan murid menghadapi masalah menyusun pandangan dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresikan dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan. Sehingga ke hari ini, Kemahiran menulis terus menjadi masalah ketara dalam kalangan murid sekolah terutama dalam aspek tatabahasa. Penulisan yang baik dari peringkat awal ini bakal melahirkan seseorang penulis berwibawa dengan penuh yakin hasil penulisannya yang mampu menyalurkan pelbagai idea dengan penuh yakin dan bergaya bagi mempengaruhi pemikiran dan menyatakan sesuatu perkara dengan tepat, jelas, menarik dan mudah difahami orang lain. Selain itu, bidang penulisan ini juga merupakan satu daripada cabang yang diuji bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di negara kita. Penulisan dan kefahaman telah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia mewakili A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga tahun 2015. Tatabahasa ilmu dan idea yang berkesan kepada setiap pembaca atau kumpulan sasaran yang ditujukan. Kepentingan kemahiran membina dan menulis ayat bukan sekadar untuk tujuan pencapaian akademik sahaja seperti lulus cemerlang dalam peperiksaan, malah untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian. Dalam usaha negara kita untuk menjadi sebuah negara yang maju pada 2020, guna tenaga mahir amat diperlukan. Penggunan tenaga mahir bukan hanya dalam konteks sains dan teknologi sahaja malah kemahiran berbahasa khususnya dalam kemahiran menulis.(kenapa ada font saiz 11 & 12)1.1 Konteks / Latar Belakang

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid.Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa Melayu.Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Permasalahan ini menjadi rutin dalam pengajaran dan pembelajaran kelas saya. Sepanjang mengajar kemahiran menulis, saya menyedari bahawa masih terdapat murid-murid Tahun 5 Teratai dari Sekolah Kebangsaan Apal ini kurang mahir dalam membina ayat terutamanya bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A. Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran ( P & P) , beberapa orang murid kelas ini kurang memberi respon dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penulisan. Hal ini amat merisaukan saya Berdasarkan semakan buku latihan dan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati tahap penguasaan perbendaharaan kata murid juga agak terhad. Mereka menggunakan perkataan yang biasa digunakan dan secara berulang kali dalam membina ayat ditambah pula banyak kesalahan dalam aspek tatabahasa. Hal ini menyebabkan ayat yang dibina oleh murid banyak kesalahannya. Anehnya kesalahan yang dilakukan holeh murid adalah kesalahan yang sama atau berulang,walaupun telah diberikan penjelasan berulang kali.Antara ungkapan-ungkapan yang sering bermain diucapkan mereka apabila saya memberi latihan membina ayat berpandukan gambar adalahi. buat ayat apa,cikguii. payah cikgu buat ayat.iii. Cikgu,nak tulis macam mana niiv. kita tak pandai buat ayat cikguSehubungan dengan itu saya perlu membuat perubahan dalam merangka kaedah terbaik agar masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya dapat dikurangkan dan membolehkan mereka membina ayat yang lebih lengkap dan gramatis.

2.0 FOKAS KAJIAN / AMALAN GURU YANG PERLU DIMURNIKAN

Kesukaran murid dalam menguasai kemahiran membina ayat majmuk yang gramatis mengundang persoalan pada diri saya untuk mencari punca sebenar permasalahan ini. Setelah dibuat pemerhatian selama sebulan, saya telah dapat merungkai beberapa punca masalah ini, antaranya adalah1. Subjek kajian tidak faham tentang pola ayat dan cara untuk mengolah sesuatu gambar untuk dijadikan ayat. 2. Latihan membina ayat yang diberi tidak siap dan ada di antara mereka tidak hadir ke sekolah jikalau ada mata pelajaran bahasa Melayu keesokan harinya.3. Subjek kajian saya juga bosan dan sering merungut apabila pengajaran membina ayat dijalankan. Ada antara mereka meniru kawan apabila dikehendaki menjawab latihan membina ayat. 4.Terdapat juga subjek kajian menunjukkan tingkah laku negatif seperti tidak memberi respon, lambat mengeluarkan buku, teragak-agak menjawab soalan secara lisan, banyak termenung semasa menulis, kerap mengganggu rakan dan membuat tugasan tidak menepati arahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 5. Subjek kajian ini mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya dapat membina ayat pendek dengan tiada huraian mahupun kata kerja sepertimana kemahuan kehendak soalan yang sebenarnya. 6. Amalan saya dalam pengajaran juga mempengaruhi keupayaan murid menguasai kemahiran pembelajaran yang diharapkan. Ketika saya mengajar kemahiran membina ayat, saya lebih ke arah membina ayat penyata yang mudah. Sedangkan untuk mendapat markah yang baik murid perlu membina ayat bersifat majmuk. Kadang-kala saya agak garang apabila sesi penerangan dan kaedah yang dilaksanakan murid tidak mampu membuatnya. Saya perlu lebih peka dan bersabar dengan ragam dan kerenah murid-murid saya yang pelbagai aras kebolehan dan latar belakang kehidupan. Dalam hal ini saya mesti berinteraksi secara berfokas untuk mencari permasalahan yang mereka hadapi dan cuba menyelesaikannya.7. Saya perlu juga membuat perubahan ke arah yang lebih baik dalam strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Mungkin strategi lalu tidak berkesan kerana saya lebih banyak mengajar secara sehala dan kurang melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran.8. Di samping itu juga saya perlu meminta pendapat atau idea daripada guru-guru lain sebagai langkah penyelesaian bersama ke arah mengubah tingkah laku murid ke arah yang lebih baik. Menemui pentadbir sekolah,guru bimbingan dan guru cemerlang akan dapat menjana keputusan yang positif untuk kebaikan saya dan murid-murid saya. Justeru itu saya akan menggunakan kaedah SALOMA untuk membantu meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid-murid membina ayat majmuk dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran tahap penguasaan murid-murid dalam membina ayat majmuk berpandukan gambar melalui penggunaan kaedah SALOMA bagi memenuhi kehendak kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A. 3.2 Objektif Khusus Objektif khusus bagi kajian ini adalah untuk: i. Kaedah SALOMA dapat membantu meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk(objtif xlengkaprujuk soalan kajian 1)ii. Meningkatkan minat murid Tahun 5 membina ayat majmuk dengan baik menggunakan kaedah SALOMA

3.3 Soalan KajianAntara soalan-soalan tersebut adalah:i. Apakah kaedah SALOMA dapat membantu murid Tahun 5 membina ayat majmuk dengan baik dan gramatis?ii. Bagaimanakah kaedah SALOMA dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 untuk membina ayat majmuk dengan baik ?

4.0 SUBJEK KAJIAN

Dalam kajian ini saya memilih murid daripada kelas 5 TERATAI Sekolah Kebangsaan Apal, Besut, Terengganu iaitu seramai 5 orang. Tiga orang adalah lelaki dan 2 orang adalah perempuan. Namun demikian, perbezaan jantina tidak diambil kira kerana tidak mempengaruhi data kajian ini. Murid 5 Teratai ini merupakan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dan segelintirnya ada juga yang lemah. Kelas 5 Teratai merupakan kelas kedua daripada dua kelas di sekolah ini.Kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang susah dan adik beradik yang ramai. (tak perlu)Dalam pencapaian akademik rata-rata daripada mereka memperolehi markah yang lebih kurang sama dalam setiap kali ujian dijalankan. Dalam ujian terakhir yang saya jalankan baru-baru ini, seramai 11 orang murid yang mendapat markah 7-10 dalam bahagian A Bahasa Melayu Kertas Dua.Saya mendapati kelima-lima subjek kajian mempunyai persamaan dari segi :a. Menulis dengan tanda baca yang tidak tepat.b. Penulisan huruf kecil dan huruf besar yang tidak bersesuaian.c. Struktur ayat yang dibina tidak lengkap.d. Penggunaan kosa kata yang terhad

4.1 Tujuan Kajian

4.1.1 Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh peningkatan pencapaian bahasa Melayu penulisan terutama dalam Bahagian A bagi murid tahun lima. Diharap dengan adanya kajian sebegini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian bahasa Melayu penulisan di sekolah ini pada masa hadapan.

4.1.2 Ianya sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti amalan pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis tentang amalan dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuari yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru lain.

4.1.3 Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan yang paling strategik yang sentiasa boleh diaplikasikan.

4.1.4 Mengetahui minat murid tentang kaedah sesuai dengan kemampuan dan kebolehan murid.

5.0 SUMBER LITERATUR

Sumber literatur ialah mengkaji hasil karya orang lain yang pernah dijalankan oleh mereka. Tujuan dilakukan tinjauan literatur ini adalah untuk memahami bagaimana mereka yang terdahulu telah menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pentingnya melakukan tinjauan literatur ini kerana dapat memberikan idea serta hala tuju berkaitan penyelidikan yang akan saya lakukan nanti.Aplikasi strategi, sikap dan masalah guru yang dihadapi dalam kelas memberi kesan kepada pembelajaran kemahiran penulisan. Menurut kajian Yahya bin Othman (2005) tentang sikap dan masalah guru dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah, mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah untuk menangani jenis masalah yang berkaitan dengan murid iaitu kelemahan penguasaan asas bahasa Melayu dalam kalangan murid, masalah untuk berfikir serta mengumpul idea, masalah malas dan tiada minat.Jika kemahiran menulis murid telah dikuasai, pengalaman menulis akan menyeronokkan murid. Walau bagaimanapun masa yang diperlukan bagi mengajar kemahiran menulis adalah agak lama, mengajar untuk menghabiskan sukatan, berkongsi maklumat dengan rakan,penyediaan persediaan mengajar membebankan, namun begitu mengajar kemahiran menulis harus diteruskan dan guru mengambil berat tentang kemahiran menulis. Guru-guru mengambil berat tentang kemahiran menulis kerana ia merupakan salah satu aspek wajib dalam mengajar bahasa selain aspek lisan dan kefahaman. Selain itu, sikap murid yang dikaji adalah penting untuk diambil kira dalam menjalankan aktiviti penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran, mengikuti pengajaran kemahiran menulis mengikut kebolehan murid, dan mengadakan perbincangan dengan rakan serta guru untuk memperbaiki cara penulisan. Selain itu, masalah penulisan murid juga turut berpunca daripada gaya pengajaran guru di dalam kelas. Strategi pengajaran penting kerana menurut Esah Sulaiman (2003) pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah dikatakan strategi pengajaran. Penggunaan bahan rangsangan tanpa teknik yang berkesan, mendorong kepada kelemahan penguasaan kemahiran penulisan.

Menurut Abdullah Hassan (2009), guru-guru menghadapi masalah mengajar Sukatan Baharu Bahasa Melayu 2003 kerana guru-guru tidak terlatih dalam sukatan baharu yang mengandungi kemahiran komunikasi interpersonal, Ini khusus untuk sekolah menengah kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran bahasa Melayu. Oleh sebab itu mereka menggunakan pengalaman dan maklumat peribadi dan tidak berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal sebenar. Kemahiran-kemahiran ini tidak diajarkan sebagai kursus dalam pendidikan guru serta sudah tentu tiada kaedah mengajarnya.

Selain itu, kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, membuat pengitlakan dan kajian masa depan dalam kemahiran bernilai tambah tidak diberi fokus dalam pendidikan guru tetapi perlu diajarkan oleh guru di sekolah. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada guru-guru untuk mengajar kemahiran menulis berdasarkan sukatan baru dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala Yahya Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2007) menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi jugaoleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.

Susunan kata-kata yang lengkap mengandungi makna yang lengkap. Susunan unsur-unsur perkataan dalam ayat dasar yang lazim adalah subjeknya mendahului predikat. Abdullah Hasan (2009) menjelaskan bahawa dalam sesuatu binaan ayat, terkandung susunan urutan perkataan dalam binaan sintaksisi yang boleh dihuraikan antaranya melalui satu rumus atau peraturan yang dinamakan Rumus Struktur Frasa (RSF) Rumus RSF ini menyatakan bahawa ayat boleh dibentuk oleh beberapa ayat yang bertaraf setara yang dihubungkan oleh kata hubung gabungan.Sumber literatur tidak cukup..tidak ada sumber dari barat

6.0 MERANCANG PELAN TINDAKAN

Merancang bermaksud mengatur terlebih dahulu,mempersiapkan atau merencanakan (Kamus Dewan,2003).Dalam konteks ini,merancang tindakan bermaksud membuat persiapan awal sebelum bertindak.Tujuan saya membuat perancangan adalah untuk mencari mekanisma penyelesaian terbaik bagi menangani sebarang isu berbangkit atau permasalahan yang telah dikenal pasti. Di sini saya perincikan perancangan yang perlu saya buat agar ketika proses melaksanakan seiring dengan dirancang,Antara perancangan yang perlu saya persiapkan adalah:

6.1 Matlamat Kajian

Saya perlu memastikan matlamat tindakan yang hendak diambil selari dengan objektif kajian.Ini penting supaya saya tidak tersasar ketika menjalankan kajian nanti.Objektif Umum Meningkatkan kemahiran tahap penguasaan murid-murid dalam membina ayat majmuk berpandukan gambar melalui penggunaan teknik SALOMA bagi memenuhi kehendak kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A.

6.2 Tempoh pelaksanaan

Perancangan seterusnya saya perlu menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti.

Tempoh/mingguAktiviti

1Refleksi isu / masalah keperihatinan

2-3Tinjauan Awal:1. Mereka bentuk soalan untuk ujian terdahulu dan ujian semasa bagi mengenal pasti kemahiran murid1. Membuat pemerhatian dan menilai tentang latihan yang telah diberi.

1i. Menjalankan ujian terdahulu ii. Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum aktiviti intervensi

1Analisis data tinjauan awal

21. Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian terdahulu - bilangan dan peratus yang lulus/yg dapat menjawab dengan betul. 1. Melaporkan dapatan pemerhatian

1Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan

Jadual 1 : Tempoh pelaksanaan kertas cadangan penyelidikan

6.3 Bahan-bahan Kajian Tindakan

Saya perlu menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran peserta kajian saya seperti

i.Penerangan melalui Power Point mengenai teknik SALOMA.ii.Teks iii.kad gambariv. Teka Buat,danv.jadual SALOMA

6.4 Kaedah PenilaianPerancangan seterusnya saya perlu menentukan cara pemantauan dan kaedah penilaian bagi mengenal pasti keberkesanan tindakan yang dijalankan.Untuk itu saya memilih kaedah menemubual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk mendapatkan maklumat subjek kajian saya.

7.0 TINDAKAN

Jadual kerja atau juga skedul kerja kajian penting semasa membut kajian tindakan kerana jadual ini ianya akan menjadi panduan untuk saya mengatur hala tuju kajian tindakan yang hendak dibuat. Di sini saya catatkan jadual kerja yang telah dibuat ketika proses membuat penyelidikan ini:BILPERKARATARIKH

1.Pengajaran dan pembelajaran membina ayat berdasarkan gambar tunggal24 Ogos 2014

2.Melaksanakan ujian pengesahan permasalahan26 Ogos 2014

3.Pemerhatian dan analisis dokumen 1 Sept 2014

4Temu bual subjek kajian yang dipilih21 Januari 2015

5Melaksanakan ujian sebelum intervensi.22 Januari 2015

6Pemerhatian dan analisis dokumen25 Januari 2015

7Perlaksanaan intervensi dan pemerhatian1 Feb 2015

8Ujian selepas intervensi5 Feb 2015

9Pemerhatian dan analisis dokumen6 Feb 2015

10Gelungan kedua 12 Feb 2015

11Temu bual akhir18 Feb 2015

12Menunjukkan kepada pensyarah hasil dapatanpenyelidikan untuk dibuat ulasan dan penambahbaikan7 Mac 2015

13

Jadual 3 : Jadual kerja kajian tindakan

8.0 MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN

Untuk membuat kajian tindakan ini,saya akan memilih model Stephen Kemmis dalam melakukan penyelidikan. Menurut Stephen Kemmis, terdapat empat peringkat dalam penyelidikan Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian iaitu refleksi, rancangan, tindakan, dan pemerhatian. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

Model Kemmis dan Mc Taggart bersesuaian dengan kaedah yang akan saya laksanakan kerana proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian saya perlu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya saya akan melaksanakan pelan tindakan yang dirancang. Dalam proses pelaksanaannya saya perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai gelungan pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka saya bolehlah memulakan proses semula ke gelungan kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelungan kedua saya mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang telah dibuat. Satu kelebihan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya . Oleh itu, ketika saya menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan yang akan saya laksanakan selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

MEREFLEK (1)Mereflek untuk melihat kekekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran sendiri

MERANCANG (2)Merancang tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapiMEMERHATI (4)Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan

GELUNGAN 1

BERTINDAK (3)Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokas

Ke gelung kedua

Rajah 1 : Model Reka Bentuk Kajian Oleh Stephen Kemmis dan Mc Taggart

8.1 Mereflek Melalui peringkat mereflek nanti, mungkin saya dapati bahawa subjek kajian berhadapan dengan masalah dalam membina ayat dengan betul dan gramatis. Masalah ini dilihat sebagai masalah yang perlu ditangani kerana membina ayat merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam kemahiran menulis. Antara kesalahan-kesalahan yang mungkin dikesan adalah:

a. Menulis dengan tanda baca yang tidak tepat.b. Penulisan huruf kecil dan huruf besar yang tidak bersesuaian.c. Struktur ayat yang dibina tidak lengkap.d. Penggunaan kosa kata yang terhade. Tidak dapat mengembangkan ayat

8.2 Merancang Saya merancang satu pelan tindakan iaitu satu teknik pembelajaran yang dikenali sebagai SALOMA yang akan digunakan oleh murid dalam membantu mereka menguasai kemahiran membina ayat. Melalui teknik ini, murid-murid akan diberitahu maksud perkataan SALOMA yang menjurus kepada kemahiran membina ayat dimulai dengan S (siapa),A (aktiviti)LO (lokasi),M (masa),A (alasan) .Di samping itu juga ditambah bahagian-bahagian untuk memperbanyak kosa kata, serta beberapa bahagian lain seperti menyenaraikan isi berdasarkan gambar dan membina ayat lengkap menggunakan tanda baca yang betul. Di sini saya senaraikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan seperti:i.Penerangan melalui Power Point mengenai teknik SALOMA.ii.Teks iii.kad gambariv. Teka Buat,danv.jadual SALOMA 8.4 Tindakan Pelaksanaa Intervensi Untuk aktiviti ini, murid akan menyenaraikan seberapa banyak kata kerja yang mereka tahu. Di sini saya akan memberi bimbingan beserta contoh contoh kata kerja sekiranya peserta kajian menghadapi masalah dalam aspek mengenal kata kerja. Kemudian saya akan menyediakan petikan kepada murid. Murid diminta membaca teks secara akliah, seterusnya murid dikehendaki menggariskan kata kerja. Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan dan menulis dalam jadual yang disediakan.Kata kerja merupakan elemen dalam membina ayat majmuk berpandukan gambar. Melalui cara ini akan membiasakan subjek kajian mengesan kata kerja dan mampu membina ayat majmuk dengan lebih baik. Saya akan meminta mereka menyebut kata kerja yang tercatat pada teks tersebut.Untuk aktiviti seterusnya saya akan merancang untuk mengadakan permainan bahasa iaitu Teka Buat dengan menyediakan beberapa gambar dan perkataan. Bahan-bahan ini diadakan sebagai rangsangan minda subjek kajian untuk mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya. Berdasarkan gambar tersebut, murid akan menulis kata kerja yang berkaitan gambar di dalam lembaran kerja. Sebagai contoh gambar guru, subjek kajian diminta menulis kata kerja dan menulis ayat berkenaan seorang guru. Latihan diulang beberapa kali agar mereka peka dan tahu tentang kata kerja yang akan digunakan ketika membina ayat majmuk nanti. Murid dikehendaki mengingat kata kerja yang disenaraikan. Saya akan meminta mereka mengingat kata kerja yang dilengkapkan dalam Teka Buat. Aktiviti ini untuk menambah kosa kata murid. Perkenalkan Kaedah SALOMASaya akan memberi penerangan mengenai penggunaan kaedah SALOMA kepada murid melalui paparan Power Point. Saya akan menerangkan secara mendalam berkaitan kaedah SALOMA dan menyertakan contoh yang sesuai serta paparan ini dihasilkan secara berwarna warni. Perkara ini bertujuan agar murid-murid tertarik dan seterusnya membantu mereka mengingati maklumat-maklumat penting dalam paparan Power Point tersebut. Saya akan mengedarkan gambar kepada murid dalam bentuk helaian kertas dan gambar tersebut turut ditayangkan pada skrin putih di hadapan kelas bagi memudahkan saya untuk bersama-sama melihat gambar tersebut bersama murid. Berdasarkan gambar yang diberikan, murid diminta untuk berbincang bersama rakan mengenai gambar dan diberikan masa untuk meneliti gambar tersebut. Melalui aktiviti ini mereka akan menyebut tentang apa yang ada terdapat pada gambar tersebut secara bebas.Ini untuk menyemai nilai yakin diri ketika memberi pendapat di kalangan mereka yang sama aras kebolehan. Sebenarnya apabila mereka berada di kalangan kumpulan kebolehan setara, mereka mungkin aktif dan berusaha memberi pendapat. Kata-kata semangat dan pujian perlu diberikan selalu agar mereka berasa seronok dan dihargai. Di sini harapan saya supaya kerjasama di kalangan mereka akan dapat disemai agar ianya menjadi rutin dalam aktiviti pembelajaran.Saya akan menggunakan kaedah SALOMA untuk memastikan murid dapat membina ayat dengan baik dan tersusun. Melalui penggunaan jadual, subjek kajian diminta mengisi perkataan berpandukan kod perkataan pada jadual SALOMA. Murid perlu mencatat apa sahaja aktiviti yang dapat dilihat daripada gambar tersebut. Maksud perkataan SALOMA adalah S untuk siapa. Siapa merupakan pelaku yang terdapat di dalam sesuatu gambar yang ditunjukkan dan tidak semestinya melibatkan manusia semata-mata. Untuk A iaitu aktiviti , memerlukan murid untuk mentafsir apa yang dilakukan oleh siapa daripada langkah kedua tadi. Murid perlu menyatakan perbuatan atau perlakuan yang dilakukan. Selepas itu ialah kata kunci LO bagi lokasi ,M bagi masa dan A untuk alasan. Dengan menggunakan kata kunci yang telah diberikan, murid akan membina ayat mengikut urutan teknik yang telah dinyatakan oleh saya S [Siapa]

A [Aktiviti]LO [Lokasi]M [Masa]A [Alasan]

AyahmembasuhkeretaDi halaman rumahpada waktu petangsupaya bersih

Kakakmenyiram pokok bungadi halaman rumahPagi tadiagar pokok hidup subur

Pak Mailpergi berburu kijangdi hutankelmarinkerana isterinya mengidam.

Jadual 2 : Jadual SALOMA8.5 Pemerhatian Pada peringkat ini, pemerhatian dan membuat analisis akan saya jalankan bagi menguji tahap pemahaman dan penerimaan murid berkaitan teknik yang diperkenalkan. Saya akan merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi seperti analisis dokumen, pemerhatian secara tidak langsung dan temu bual berstruktur. Perbandingan keputusan Ujian Dahulu dan Ujian Semasa akan saya buat secara rumusan. Dalam analisis kajian, peserta kajian mungkin akan menghadapi masalah dalam penggunaan kata kerja yang sesuai, masalah kesalahan ejaan dan struktur ayat.Walau bagaimanapun kebolehan mereka membina ayat keluar dari kepompong kebiasan sudah dikira satu kejayaan bagi saya.Apa yang penting mereka akan dapat membina ayat dengan lebih panjang dengan kesalahan yang minima,8.6 Gelungan kedua Refleksi Sekiranya pemerhatian dalam lingkaran pertama dibuat dan mendapati subjek kajian masih menghadapi masalah dalam penggunaan kata kerja yang sesuai dengan gambar dan kesalahan ejaan, maka perancangan tindakan gelungan kedua perlu dibuat dengan adanya beberapa penambahbaikan dan pemurnian nanti.Perancangan Dalam lingkaran kedua, saya akan memulakan semula kajian daripada peringkat rancangan. Pada masa ini, saya akan merancang untuk menggunakan latihan interaktif berbantukan komputer untuk penambahbaikan intervensi yang telah dibuat.. Latihan interaktif ini mempunyai beberapa peringkat daripada mudah kepada sukar untuk peningkatan kosa kata murid. Pada peringkat perancangan, kaedah dan cara yang digunakan masih lagi sama dengan sebelum ini. Namun begitu, penambahbaikan pada alat intervensi yang menggunakan latihan interaktif yang melibatkan permainan bahasa yang diharap dapat memberikan kesan yang berbeza kepada subjek kajian. Tindakan Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan penambahbaikan intervensi yang akan dilakukan. Pemerhatian berstruktur juga akan dilakukan pada masa ini. Satu lagi ujian selepas intervensi ini akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan penambahbaikan tersebut.

Pemerhatian Pada fasa pemerhatian kedua ini, saya akan mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan melalui pemerhatian dan ujian dahulu. Dapatan daripada ujian semasa ,temu bual, pemerhatian ini akan dibandingkan dengan ujian terdahulu 1 dan pemerhatian 1. Semasa pemerhatian, pengkaji menilai peningkatan kosa kata subjek kajian dan kecenderungan mereka.

9.0 MENGUMPUL DATA

Untuk membuat kajian tindakan ini,saya akan memilih model Stephen Kemmis dalam melakukan penyelidikan. Menurut Stephen Kemmis, terdapat empat peringkat dalam penyelidikan Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart (1988). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian iaitu refleksi, rancangan, tindakan, dan pemerhatian. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

Dalam kajian ini,saya telah mengumpul data melalui 3 kaedah iaitu kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen (lembaran kerja). Saya memilih kaedah ini memandangkan kaedah ini adalah yang paling sesuai bagi murid sederhana dan bagi saya ia merupakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan maklumat dan tinjauan kepada masalah yang hendak saya selesaikan.

9.1 Menjalankan Ujian Sebelum IntervensiPerlaksanaan ujian sebelum intervensi adalah untuk mendapat maklumat awal bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud. Saya memberikan satu set soalan ujian untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap keupayaan murid saya membina ayat majmuk berpandukan gambar.Di sini ditunjukkan markah ujian sebelum yang diperolehi oleh subjek kajian

Jadual 1.:Skor murid sebelum menggunakan kaedah Saloma dalam membina ayatSubjek KajianJumlah Skor

murid 14 daripada 10

murid 24 daripada 10

murid 35 daripada 10

murid 45 daripada 10

murid 54 daripada 10

Jadual 4: Skor ujian sebelum yang di perolehi subjek kajian

9.2 Melalui kaedah pemerhatian.Melalui kaedah ini, banyak maklumat mengenai sikap subjek kajian yang saya perolehi. Antara pemerhatian yang telah dibuat adalah seperti di jadual 1.BILPEMERHATIAN

1.Kehadiran ke sekolah

2.Kesediaan untuk menerima pelajaran pada hari ini

3.Tumpuan terhadap pelajaran yang diajar

4

Memberi respon terhadap isi pelajaran

5Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran

6Kecenderungan dan minat terhadap pelajaran

7Membuat latihan yang diberi

8Menyudahkan dengan sempurna kerja rumah yang diberi

Jadual 5: Item PemerhatianPemerhatian Item 1Semasa kajian ini dilaksanakan iaitu bermula pada 18 Januari hingga 18 Februari.Kehadiran subjek kajian dalam tempoh tersebut cukup memuaskan.Saya telah memberi semangat dan motivasi kepada mereka supaya selalu hadir ke sekolah.Ini penting sekiranya masalah ketidakhadiran ke sekolah berlaku,ianya akan menganggu perjalanan kajian ini.

Pemerhatian Item 2Ketika hendak memulakan sesi pengajaran,saya akan mempastikan semua murid sudah ada buku teks bahasa Malaysia di atas meja mereka.Saya telah membuat pemerhatian aspek kesediaan belajar subjek kajian. Ada di antara mereka lambat mengeluarkan buku seperti yang diminta sebelum ini.Sehubungan dengan itu saya telah memperingatkan mereka supaya peka tentang arahan ini,Pemerhatian Item 3, 4 Dan 6Semasa dalam pengajaran dan pembelajaran,saya telah membuat pemerhatian ke lima-lima subjek kajian ini dalam aspek tumpuan, respons dan kecenderungan terhadap pelajaran. Rata-rata di antara mereka kurang memberi tumpuan terhadap apa yang diajar. Ada di antara mereka membuat hal lain, bercakap dan memandang keluar. Untuk mengatasi masalah ini, sekali-sekala saya memperkuatkan suara supaya mereka sedar dan memberi perhatian.Pemerhatian Item 5Ketika menjalankan aktiviti pembelajaran,pemerhatian terhadap sikap dan penglibatan subjek kajian cukup baik. Rupa-rupanya mereka ini boleh memberi kerjasama yang diharapkan.Sebagai contoh dalam aktiviti membaca, Amalina (bukan nama sebenar) sering mengangkat tangan ketika aktiviti membaca. Begitu juga penglibatan subjek kajian yang lain dalam aktivit bacaan.Analisis Pemerhatian Item 7 Dan 8 Pemerhatian tentang latihan membina ayat yang telah diberi serta sikap menyempurnaakan tugasan.Kelima-lima subjek kajian dapat membuat ayat, tetapi sekadar ayat penyata yang mengandungi empat hingga lima perkataan sahaja. Sebenarnya mereka ada keupayaan untuk maju dalam pelajaran, Bertitik tolak daripada pemerhatian itu saya telah mengambil langkah-langkah positif untuk meningkatkan potensi mereka ke tahap yang lebih baik.

Skor

4321

Tahap

Amat baikbaikKurang baikLemah

Jadual 6 : Skala Pemerhatian Kepada Subjek Kajian

SUBJEK KAJIANITEM

JUMLAH

12345678

A4

222323321/32

B4

322323322/32

C3

222423320/32

D3

222323320/32

E4

222423321/32

Jadual 7 : Skor pemerhatian keatas subjek kajian9.3 Melalui Kaedah Temu bual.Kaedah ini juga amat sesuai digunakan bagi saya untuk mendapat data daripada subjek kajian ini. Temu bual ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana kekerapan membaca mempengaruhi keupayaan murid membina ayat yang baik. Temu bual yang telah dijalankan adalah seperti di bawah.Subjek Kajian 1Seorang murid yang aktif, selalu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. peramah dan rajin.Temu bual1Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?Murid :MinatGuru :Buku apa yang awak selalu baca?Murid :Buku pelajaran dan buku cerita cikguGuru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?Murid :Tiga kali, cikgu.Saya baca hari Sabtu.Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?Murid :Tak ingat,cikguGuru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?Murid :Sepuluh buah, cikgu

Subjek Kajian 2Seorang yang agak aktif,rajin,sering memberi kerjasama dalam aktiviti pembelajaran kadang-kadang leka dan hilang fokas.Temu bual 2Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?Murid :MinatGuru :Buku apa yang awak selalu baca?Murid : saya suka baca buku cerita cikguGuru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?Murid :Dua kali, cikgu.Saya baca hari Jumaat dan Sabtu.Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?Murid :Tak ingat,cikguGuru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?Murid :Dua buah, cikguSubjek Kajian 3Seorang yang pendiam, kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran tetapi rajin apabila membuat latihan yang diberikan.Temu bual 3Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?Murid :MinatGuru :Buku apa yang awak selalu baca?Murid : Buku teksGuru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?Murid :Sekali,.Saya baca hari Jumaat Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?Murid :Tak ingatGuru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?Murid :Sebuah.Subjek Kajian 4Seorang yang pendiam,Sering termenung tetapi rajin menyiapkan latihan yang diberi.Temu bual 4Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?Murid :MinatGuru :Buku apa yang awak selalu baca?Murid : Buku ceritaGuru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?Murid : Tiga kali,.Saya baca hari Jumaat Guru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?Murid :Sang KancilGuru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?Murid :Tak adaSubjek Kajian 5Seorang yang agak pendian rajin,suka melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.Tetapi sering dibuli oleh rakan sekelasTemu bual 5Guru :Pada waktu lapang,awak minat tak membaca buku?Murid :MinatGuru :Buku apa yang awak selalu baca?Murid : Buku ceritaGuru : Berapa kali awak baca buku dalam seminggu?Murid : Lima kali,.Saya baca pada hari Khamis,Jumaat dan SabtuGuru : Berikan satu tajuk buku yang paling awak gemari?Murid :King of the CupGuru :Adakah awak pernah menulis ringkasan cerita dalam buku Nilam?Murid :Ada9.4 Analisis Temubual Sebelum IntervensiHasil dapatan melalui temubual ini menunjukkan bahawa subjek kajian hanya suka membaca buku cerita sahaja. Buku bercirikan ilmiah dan pengetahuan kurang mendapat tempat di hati mereka Bilangan buku yang dibaca pun tidaklah banyak. Mereka hanya membaca pada hari minggu sahaja .Jumlah catatan di dalam buku Nilam, menunjukkan mereka tidak berminat untuk menulis ringkasan cerita yang dibaca. Oleh sebab itulah dalam kemahiran membina ayat berpandukan gambar, mereka hanya dapat menulis beberapa perkataan sahaja.9.5 Melaksanakan InovasiMelakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah SALOMA bagi menulis ayat majmuk. Kajian dijalankan secara individu dalam melaksanakan aktiviti Saya telah memberikan petikan kepada subjek kajian dan memberi arahan supaya mereka mengaris kata kerja yang terdapat di dalam petikan tersebut.Pengetahuan tentang kata kerja ini telah diajar sebelum ini.Kebiasaannya dalam penulisan ayat berpandukan gambar pada bahagian A, murid perlu menyenaraikan kata kerja sebagai kata kunci dalam pembinaan ayat.Saya memberikani gambar tunggal tentang jenis-jenis pekerjaan kepada peserta kajian.Saya meminta mereka mencari ayat yang bersesuaian dengan gambar tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat mengetahuai tugas sesuatu kerjaya Ketika aktiviti ini mereka cuba mengesan kata kerja yang terdapat pada ayat tersebut. Seterusnya saya menayangkan gambar bertema di skrin, Sebagai contoh gambar berkelah. Pengajaran berfokaskan sumber dan murid berlaku di sini. Suasana pembelajaran yang ceria dan kondusif memberi ruang dan peluang kepada peserta kajian memberi pendapat dan respons. Saya meminta mereka menyenaraikan aktiviti-aktiviti (kata kerja) yang dilakukan berpandukan gambar tersebut.Mereka begitu teruja apabila saya menulis di atas layar, Ini kerana mereka tidak pernah melihat apa yang saya telah tunjukkan itu. Saya mempersilakan salah seorang daripada mereka untuk menulis aktiviti (kata kerja) yang dibincangkan tadi di layar. Pelbagai lagak lucu subjek kajian ditunjukkan ketika menulis di atas layar tersebut. Selepas mereka menulis dilayar dan menyenaraikan di lembaran kerja yang diberi, saya memperkenalkan Jadual Saloma kepada subjek kajian sebagai kaedah penambahbaikan untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah ini kepada mereka dalam membina ayat majmuk berpandukan gambar.Pada peringkat awal pengenalan kaedah ini, saya memberi penerangan perkataan akronim dalam jadual SALOMA yang membawa maksud S (Siapa), Untuk kolum ini, saya menggalakkan subjek kajian menggunakan kata ganti nama diri , seperti saya, mereka, beberapa orang.Jika melibatkan keluarga, gunakan kata panggilan seperti ayah, ibu, abang, kakak, adik dan sebagainya. Kolum yang kedua iaitu A (Aktiviti). Pengisian kolum ini iaitu penggunaan kata kerja. Di sini saya telah membulatkan pelaku di dalam gambar tunggal tersebut dengan menyatakan apa yang dilakukan oleh pelaku tersebut. Saya galakkan mereka menulis kata kerja pada pelaku atau watak pada gambar tersebut. Seterusnya kolum LO (Lokasi). Saya telah menjelaskan pada subjek kajian tentang tempat atau lokasi gambar tersebut.Ini penting supaya mereka peka dan kenal lokasi peristiwa atau kejadian itu berlaku. Kolum M (Masa),di sini saya memberi penerangan tentang masa peristiwa, aktiviti atau kejadian itu berlaku. Akhir sekali kolum A (Alasan) meminta mereka memberi alasan atau andaian mengapa kejadian itu berlaku.9.6 Hasil Dapatan Gelungan PertamaMereflekPada peringkat awal pengenalan kaedah ini, subjek kajian saya tidak dapat memahami aplikasi jadual ini. Pada tanggapan mereka membina ayat di dalam jadual adalah sesuatu yang di luar kebiasaan mereka. Tambahan pula perkataan akronim iaitu SALOMA yang membawa maksud S (Siapa),A (Aktiviti),LO (Lokasi M (Masa) dan A (Alasan) memberi kerumitan kepada mereka untuk menulis ayat di dalam kolum S,A,LO,M dan A. Pada peringkat ini 3 orang subjek kajian hanya dapat membina ayat pada kolum S,A dan LO sahaja ,2 orang subjek kajian hanya mampu menulis setakat kolum S dan A sahaja. Sementara kolum M dan A dibiarkan kosong kerana tidak pandai untuk menyambung kesudahan ayat tersebut. Apabila diminta dikembangkan ayat tersebut, ayat sudah tidak betul lagi sekaligus menjadi kesalahan tatabahasa.Analisis dokumen subjek kajian untuk gelungan pertama adalah pada jadual PerkaraSubjekKajian 1Subjek Kajian 2SubjekKajian 3Subjek Kajian 4Subjek Kajian 5

YaTidakYaTidakYa TidakYa TidakYaTidak

Menulis kata ganti nama diri/////

Menulis kata kerja/////

Menulis kata sendi dan tempat/////

Menulis alasan

Jadual 8: Analisis Dokumen Gelungan Pertama MerancangSetelah dibuat refleksi tentang gelunggang pertama,saya perlu membuat penambahbaikan terhadap jadual tersebut. Saya telah cantumkan kolum M dan A menjadi MA iaitu kolum MA ( Memberi Alasan). Keesokkan harinya, saya menunjukkan jadual Saloma yang telah ditambahbaikan. Saya bertanyakan kepada mereka apa yang membezakan jadual Saloma hari ini dengan yang semalam. Mereka menyatakan jumlah petaknya telah sedikit dari lima kepada empat. Mereka dapat mengesan perbezaan tersebut. Apabila jumlah kolum dikurangkan, saya perhati reaksi mereka lebih positif berbanding semalam MelaksanaSetelah diberi bimbingan dan menjalani beberapa sesi latihan dalam gelungan kedua, baharulah berlakunya pencerahan pada minda mereka. Mereka sudah mampu membina ayat yang lebih panjang. Sepanjang membuat latihan membina ayat berpandukan gambar, subjek kajian dapat membuat ayat dengan mudah dan cepat. Di samping itu juga saya memperingatkan mereka selalu memperbetulkan kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan agar ayat yang dibina betul dalam aspek tatabahasa. Seterusnya saya meminta mereka menulis kembali ayat yang dibina ke dalam ruangan jawapan yang disediakan di bawah gambar. Apa yang penting di sini, kaedah ini dibina untuk mempertingkatkan keupayaan subjek kajian mengembangkan ayat daripada ayat penyata kepada ayat majmuk.Akhir sekali saya memberi latihan kepada subjek untuk melihat hasil pembelajaran berpandukan kaedah ini dan syukurlah ia telah menunjukkan perubahan yang positif.9.7 Memerhati Analisis DokumenSaya menggunakan lembaran kerja sebagai analisis dokumen.Perkara yang dianalisis adalah menulis kata kerja pada gambar dan membina ayat majmuk di dalam jadual Saloma. Semasa perlaksanaan kaedah ini, setiap dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Selasa, saya akan memberi latihan membina ayat majmuk berpandukan gambar. Latihan yang berterusan ini akan dapat memberi pengukuhan kepada subjek kajian dalam menguasai kemahiran ini.Tambahan pula ini akan memberi sedikit kelegaan kepada guru bahasa Melayu yang akan mengajar mereka pada tahun depanPerkaraSubjekKajian 1Subjek Kajian 2SubjekKajian 3Subjek Kajian 4Subjek Kajian 5

YaTidakYaTidakYa TidakYa TidakYaTidak

Menulis kata ganti nama diri/////

Menulis kata kerja/////

Menulis kata sendi dan tempat/////

Menulis alasan/////

Jadual 9: Analisis Dokumen Gelungan KeduaData analisis dokumen ini dikumpul semasa proses gelungan kedua dijalankan. Berdasarkan jadual di atas kesemua subjek kajian, telah dapat melakukan item pertama analisis dokumen iaitu dapat menyatakan kata ganti nama diri untuk orang berpandukan gambar yang diberi. Kebanyakan daripada mereka gemar menulis kata nama khas untuk orang . Oleh itu, dapat dilihat subjek kajian dapat mengubah kebiasaan tersebut daripada menulis kata nama khas pada permulaan ayat kepada kata ganti nama diri selepas diterangkan dengan menggunakan kaedah SalomaBagi item analisis dokumen kedua iaitu menulis kata kerja yang terdapat pada gambar yang telah diberi, di dapati kesemua subjek kajian telah mampu menyatakan kata kerja ataupun aktiviti yang dilakukan oleh pelaku di dalam gambar tersebut. Hal ini, dapat dilihat dalam latihan yang diberi kepada subjek kajian.Seterusnya, item yang ketiga pada analisis dokumen yang menyatakan lokasi atau tempat berlakunya peristiwa atau aktiviti tersebut. Hasil daripada analisis lembaran latihan yang telah dilakukan, dapat dilihat kesemua mereka dapat menyatakan dan menggunakan kata sendi dengan tepat untuk menyatakan tempat aktiviti tersebut. Akhir sekali,item yang keempat telah memberi sedikit cabaran kepada saya dalam memberi penerangan dan kefahaman kepada mereka untuk mengisi perkataan yang sesuai bagi melengkapkan ayat tersebut.Hanya SK 1,SB 2 dan SK 3 yang dapat mengisi kolum MA (memberi alasan ) dengan betul.Sementara SK 4 dan SK 5 perlukan bimbingan

10.0 REFLEKSI : ANALISIS DAN HURAIAN DATA

Data-data yang telah dikumpulkan sepanjang proses kajian tindakan dijalankan dianalisis dan dihuraikan secara kualitatif berdasarkan dua persoalan kajian yang ditetapkan iaitu :1. Apakah kaedah SALOMA dapat membantu murid Tahun 5 membina ayat majmuk dengan baik dan gramatis?Sebelum kajian dijalankan, keupayaan subjek kajian dalam membina ayat majmuk didapati keputusannya kurang memuaskan.Setelah diperkenalkan kaedah SALOMA ini secara berterusan, perbandingan skor ujian sebelum dengan ujian selepas adalah seperti yang ditunjukkan pada graf.1

Graf 1 : Perbandingan Perbezaan Markah Membina Ayat Majmuk Semasa Ujian Sebelum Dan Ujian SelepasGraf 1 menunjukkan perbandingan markah subjek kajian tahun 5 sebelum dan selepas menggunakan kaedah Saloma. Berdasarkan petunjuk ini jumlah skor sebelum intervensi sangat rendah berbanding selepas intervensi. Rumusannya dapatlah dikatakan kaedah ini dapat membantu meningkatkan kemahiran murid tahun 5 membina ayat majmuk berpandukan gambar. Pemerhatian berstruktur direkodkan di dalam jadual item pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat di dalam kelas, terdapat beberapa masalah yang wujud dalam kelas ini. Pertama, subjek kajian tidak dapat menguasai kemahiran dalam membina ayat majmuk.Mereka hanya dapat menulis ayat yang pendek sahaja iaitu. Ayat penyata.ayat sebegini hanya sesuai pada peringkat tahap satu.Pemerhatian seterusnya menunjukkan subjek kajian menyebut kata kerja atau aktiviti yang tidak tepat dalam sesi soal jawab. Di samping itu, subjek kajian menulis kata kerja yang diberikan imbuhan dengan ejaan yang salah. Kesimpulannya pemerhatian tentang pembinaan ayat yang dibuat oleh subjek kajian menampakkan kelemahan yang ketara dalam banyak aspekSemasa intervensi dijalankan, didapati bahawa subjek kajian kelihatan berminat dengan kaedah Saloma lebih-lebih lagi apabila saya menggunakan kaedah ini dalam menentukan skor sebaik sahaja mereka dapat menulis perkataan dan ayat di dalam kolum jadual Saloma. Subjek kajian begitu teruja dan fokas kepada isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan murid yang dihalakan kepada guru sepenuhnya semasa pengajaran. Dari segi kefahaman subjek kajian, dapat diperhatikan bahawa berlaku peningkatan terhadap penguasaan kemahiran dalam membina ayat majmuk. Ini dibuktikan dalam analisis dokumen iaitu hasil kerja mereka pada lembaran kerja. Selain itu, murid kelihatan cepat dalam menyiapkan tugasan yang diberi serta penggunaan perkataan dalam ayat lebih tepat berbanding sebelum ini. Akhir sekali, amalan pengajaran saya juga bertambah baik dengan mempraktikkan pelbagai kaedah serta penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran. Ini akan memberi rangsangan dan suntikan kepada mereka untuk terus menguasai pengetahuan dan kemahiran berfikir serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu kaedah ini telah menjelmakan pencapaian positif yang ditunjukkan oleh subjek kajian

2. Bagaimanakah kaedah SALOMA dapat meningkatkan minat murid untuk membina ayat majmuk dengan baik ?Kajian saya ini tidak akan lengkap sekiranya saya tidak menemubual kesemua subjek kajian saya untuk melihat keberkesanan kaedah dan kecenderungan mereka dalam membina ayat.. Saya telah melakukan transkripsi jawapan temu bual subjek kajian seperti di bawah mengikut soalan yang telah diajukanGuru : Apakah perasaan kamu apabila membina ayat dengan menggunakan kaedah Saloma ini?

Murid 1:Mudah sikit,sebab buat ayat dalam petak.lepas tu kami salin semula.

Guru : Beritahu cikgu,bagaimanakah kamu bina ayat dengan menggunakan kaedah Saloma

Murid1 : Pertama saya tulis kata kerja pada gambar

Guru : Kamu pulak

Murid 2 : Tulis kata ganti nama diri

Guru : Contohnya

Murid 3 : saya,mereka,keluarga saya,kakak,abang

Guru : bagus.Selepas tu tulis apa pulak?

Murid 4 : Tulis kata sendi dan lokasi

Guru : Boleh kamu beri contoh

Murid 4 : di tepi pantai,di bawah pokok ,ke pantai

Guru : Akhir sekali

Murid 5 :Nyatakan alasan kenapa buat

Guru :Adakah kaedah ini membantu kamu membina ayat dengan baik?

Murid tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Hasil daripada temubual berikut dapat dibuat kesimpulan bahawa kesemua subjek kajian dapat menulis ayat yang lebih gramatis dengan mengaplikasikan langkah-langkah dalam kaedah Saloma. Selepas murid didedahkan dengan penggunaan kaedah SALOMA dalam membina ayat majmuk, mereka telah menunjukkan perubahan yang baik. Tahap keyakinan mereka juga meningkat kerana penggunaan Jadual Saloma ini banyak membantu mereka membina ayat dengan pantas dan betul.Apa yang menarik di sini ada di kalangan subjek kajian telah memberi tunjuk ajar kepada murid lain dalam menguasai kemahiran ini. Teorinya mudah, jika sesuatu itu senang, maka murid akan minat untuk membuatnya.11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan penambahbaikan yang sangat diperlukan dalam usaha membantu murid meningkatkan lagi prestasi serta potensi pengajaran dan pembelajaran terutama dalam kemahiran mengeja ialah pengajaran asas kemahiran membaca seharusnya diberikan penekanan yang lebih dan serius agar murid dapat menguasainya dengan sebaik mungkin dan mengurangkan kadar kesalahan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang unik, menarik dan berkesan. Semua perkara ini sangat penting dan perlu dalam memperkembangkan lagi keupayaan kemahiran mengeja dalam kalangan murid-murid yang menjadi kemahiran asas dalam aspek menulis. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah. Tambahan pula, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian dengan tahap kebolehan dan perkembangan kognitif murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat mereka.. Secara tidak langsung juga, murid akan lebih bermotivasi untuk terus belajar (Nik Azlan Amin, 2012). Menurut Muhamad Hassan (2000) (melalui Nik Azlan Amin, 2012), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau berhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Maka, bahan bantu mengajar dan belajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar mampu menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan meninggalkan kesan yang positif dalam setiap murid. Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok sekiranya guru menerapkan konsep permainan sambil belajar dalam bilik darjah. Cadangan lain untuk untuk kajian tindakan saya ini adalah dengan menerapkan unsur permainan supaya murid akan menjadi lebih aktif dan suasana yang semakin kondusif dalam bilik darjah juga dapat diwujudkan dengan sebaiknya. Namun, guru perlu bijak mengawal aktiviti isi pelajaran yang ingin disampaikan kepada murid dapat tercapai dan mereka bukan sahaja seronok bermain semata-mata tetapi juga menjadi semakin seronok untuk belajar.Tugas melaksanakan penyelidikan dalam pendidikan merupakan satu usaha murni yang perlu dilaksanakan selalu sejajar dengan perubahan masa. Bak kata pepatah Sekali air pasang sekali pantai berubah. Begitulah juga dalam dunia pendidikan. Ketika dalam proses penyelidikan dan menambahbaik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran, seorang penyelidik akan berdepan dengan cabaran dan rintangan.Ini kerana tidak semestinya apa yang dirancang dalam penyelidikan 1 akan berlaku kemenjadian dalam penyelidikan 2. Oleh itu hasil dapatan melalui kajian ini mungkin tidak menjanjikan keseluruhan murid akan berjaya mencapai apa yang yang dicitakan. Apa yang diharapkan di sini ialah mereka akan mendapat impak positif hasil daripada penyelidikan ini walaupun sedikit. Cadangan penambahbaikan yang perlu saya laksanakan selepas ini adalah memantapkan kemahiran di kolum 4 iaitu kolum Memberi Alasan di dalam Jadual Saloma. Ini disebabkan murid agar sukar untuk menguasai kolum tersebut.Pada sesi pengajaran yang akan dating,saya akan member penekanan secara menyeluruh mengenai kelemahan ini. Di samping itu juga saya ingin mengaplikasikan kaedah ini kepada murid-murid yang lain supaya permasaalahan dalam membina ayat majmuk dapat dikurangkan.

11.1 Kepentingan KajianDapatan kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

11.2 Kepentingan Kepada Guru.Semasa kajian ini dijalankan, akan terjadinya komunikasi pelbagai hala di antara murid dan juga antara guru. Dalam masa yang sama juga , pelbagai aktiviti yang dijalankan akan mewujudkan satu persekitaran belajar yang seronok dan ceria di dalam kelas. Ini akan mewujudkan sikap yang bertanggungjawab serta kerjasama yang baik di antara ahli kumpulan. Pada masa yang sama, guru juga dapat melatih rakan pembimbing untuk murid-murid lain.

11.3 Kepentingan Kepada Guru Besar.(perlukan)Selain itu,kajian ini juga diharap akan dapat membantu guru besar dan pihak pentadbir sekolah dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dapatan kajian ini diharap akan dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan semua guru di sekolah.

11.4 Kepentingan Kepada Jabatan Pelajaran.Kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam usaha memberi pendedahan kepada guru-guru lain tentang pelbagai kaedah dan gaya pengajaran terkini selaras dengan perkembangan dan perubahan pesat dalam dunia pendidikan semasa.11.5 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.Kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggubal kurikulum yang sesuai dan selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu agar mampu bersaing dalam era globalisasi yang serba mencabar ini.(tak cukup)

12.0 PERBELANJAAN(tak perlu)

Segala bahan yang di gunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan perlu saya senaraikan secara satu persatu kerananya ia melibatkan perancangan kewangan yang agak besar.Anggaran perbelanjaan ini sangat berguna kepada saya untuk memohon bantuan kewangan daripada pihak-pihak tertentu jika diperlukan.Di sini anggaran kos yang akan dibelanjakan untuk menjana pelaksanaan kajian tindakan.BILBAHANKOS SEUNITJUMLAH KOS (RM)

1.Dakwat pencetakRM 10.00 x 2 botolRM 20.00

2. Manila kadRM 1.00 x 2 kepingRM 2.00

3Gam kertasRM1.00 x 1 botolRM 1.00

4.Gunting kertasRM 1.00 x 6 bilahRM 6.00

5.Kertas A4RM 12.00 x 1 rimRM 12.00

7FotostatRM 10.00

8Alat tulisRM15.00

JumlahRM 66.00

Jadual 11: Anggaran Perbelanjaan Bahan Kajian Tindakan

53