sce 3114

20
ISU 1: REKA BENTUK, INOVASI DAN REKA CIPTA A) KESTABILAN STRUKTUR 1. Bentuk2 asas sfera kubus kon piramid silinder kuboid hemisfera 2. Sesuatu struktur dikatakan stabil jika struktur itu tidak mudah rebah dan tumbang apabila ditolak/digerakkn 3. Faktor yang mempengaruhi kekuatan kestabilan: jenis bahan keluli : paling kuat batu : kuat kayu : tidak kuat luas tapak struktur ketinggian struktur B) REKA BENTUK STRUKTUR YANG STABIL DAN DAPAT MENHAN KEADAAN BUMI YANG MENCABAR 1. Penahan beban seismik disusun secara simetri elemen penahan sebaiknya disebar secara simetri & teratur mengahadap 2 dasar bangunan contohnya : kerangka struktur, konkrit & besi 2. Tembok & kerangka dipasang di batas pinggir bangunan Jangan letakkn semua elemen tersebut di satu pusat pada satu lokasi --> kilasan --> runtuh 3. Rumah tahan gempa 1. Dasar tapak menggunakan sistem base batu kali menerus dimana hubungan antara sloof dengan base adalah setiap 0.5 meter. Hal ini dimaksudkan supaya ada keterikatan antara base dengan sloof Apabila terjadinya gempa, ikatan antara base dengan sloof tidak terjejas. Bertindak seperti penyerap gegaran antara bangunan dan asas untuk melindungi bangunan sederhana. Biasanya galas yang diperbuat daripada lapisan alternatif keluli dan bahan elastik seperti getah sintetik. Menyerap sebahagian gerakan sisi yang akan merosakkan bangunan 2. Dinding Menggunakan dinding kayu dan bata Untuk mengatasi adanya gaya horizontal akibat gempa, di pasang pengikat silang sebagai pengaku pada dinding 3. Bumbung 4. Bahan ringan Lebih ringan bangunan, kurang beban. 5. Steel / Konkrit Bertetulang Gentian adalah kira-kira satu inci panjang dan lebar jarum. Tulang yg menyambung dinding Retak tidak berlaku kerana gentian memegang mereka bersama-sama 6. Dinding ricih Diperbuat daripada konkrit bertetulang (konkrit dengan rod keluli atau bar yang tertanam di dalamnya) Membantu mengukuhkan struktur dan membantu menahan daya goyang. Dinding juga boleh diperkukuhkan dengan rasuk keluli pepenjuru dalam teknik yang dipanggil merentas perembatan. SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Upload: nazlaili

Post on 04-Aug-2015

1.841 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

ISU 1: REKA BENTUK, INOVASI DAN REKA CIPTA

A) KESTABILAN STRUKTUR

1. Bentuk2 asas

sfera

kubus

kon

piramid

silinder

kuboid

hemisfera

2. Sesuatu struktur dikatakan stabil jika struktur itu tidak mudah

rebah dan tumbang apabila ditolak/digerakkn

3. Faktor yang mempengaruhi kekuatan kestabilan:

jenis bahan

keluli : paling kuat

batu : kuat

kayu : tidak kuat

luas tapak struktur

ketinggian struktur

B) REKA BENTUK STRUKTUR YANG STABIL DAN DAPAT

MENHAN KEADAAN BUMI YANG MENCABAR

1. Penahan beban seismik

disusun secara simetri

elemen penahan sebaiknya disebar secara simetri

& teratur mengahadap 2 dasar bangunan

contohnya : kerangka struktur, konkrit & besi

2. Tembok & kerangka

dipasang di batas pinggir bangunan

Jangan letakkn semua elemen tersebut di satu

pusat pada satu lokasi --> kilasan --> runtuh

3. Rumah tahan gempa

1. Dasar

tapak menggunakan sistem base batu kali menerus

dimana hubungan antara sloof dengan base adalah

setiap 0.5 meter.

Hal ini dimaksudkan supaya ada keterikatan antara

base dengan sloof

Apabila terjadinya gempa, ikatan antara base

dengan sloof tidak terjejas.

Bertindak seperti penyerap gegaran antara

bangunan dan asas untuk melindungi bangunan

sederhana.

Biasanya galas yang diperbuat daripada lapisan

alternatif keluli dan bahan elastik seperti getah

sintetik.

Menyerap sebahagian gerakan sisi yang akan

merosakkan bangunan

2. Dinding

Menggunakan dinding kayu dan bata

Untuk mengatasi adanya gaya horizontal akibat

gempa, di pasang pengikat silang sebagai pengaku

pada dinding

3. Bumbung

4. Bahan ringan

Lebih ringan bangunan, kurang beban.

5. Steel / Konkrit Bertetulang

Gentian adalah kira-kira satu inci panjang dan lebar

jarum.

Tulang yg menyambung dinding

Retak tidak berlaku kerana gentian memegang

mereka bersama-sama

6. Dinding ricih

Diperbuat daripada konkrit bertetulang (konkrit

dengan rod keluli atau bar yang tertanam di

dalamnya)

Membantu mengukuhkan struktur dan membantu

menahan daya goyang.

Dinding juga boleh diperkukuhkan dengan rasuk

keluli pepenjuru dalam teknik yang dipanggil

merentas perembatan.

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

ISU 2: PEMULIHARAAN

Pemuliharaan - Usaha-usaha untuk melestarikan bekalan

sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha

memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan.

A) PEMULIHARAAN AIR

1. Definisi pencemaran air - Sebarang perubahan sama ada

secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat

fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana

bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,

mengeluarkan atau meletakkan bahan juga sisa buangan

hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang

menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin

berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan

awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuhan

dan haiwan.

2. Punca pencemaran air

Pembuangan Sampah-sarap

Pembuangan Sisa daripada kilang

Penerokaan

3. Definisi pemuliharaan air - merujuk kepada

mengurangkan penggunaan air dan kitar semula air sisa

untuk tujuan yang berbeza seperti pengairan

pembersihan, manifacturing dan pertanian.

4. Definisi kecekapan air - pencapaian fungsi, tugas, proses,

atau hasil dengan jumlah minimum air dilaksanakan, atau

penunjuk hubungan antara jumlah air yang diperlukan

untuk tujuan tertentu dan jumlah air yang digunakan,

menduduki atau diserahkan.

5. Matlamat

i) kemapanan

Untuk memastikan ketersediaan generasi akan datang,

pengeluaran air tawar dari sebuah ekosistem tidak boleh

melebihi kadar penggantian semula jadi.

ii) pemuliharaan tenaga

Mengepam air, penghantaran, dan kemudahan rawatan

air sisa menggunakan sejumlah besar tenaga

Contoh - California 15% dikhaskan oleh pengurusan air

iii) pemuliharaan habitat

memelihara habitat air tawar untuk hidupan liar tempatan

dan unggas air yang berhijrah, serta mengurangkan

keperluan untuk membina empangan baru dan

infrastruktur lencongan air yang lain

6. Teknologi pemuliharaan air

1. Proses NEWater

- Merupakan proses rawatan semula air yang telah

diamalkan di negara Singapura akibat bekalan air

yang terhad.

- NEWater bermaksud air sisa kumbahan yang telah

dirawat.

- Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk

menghasilkan Newater

(i) Penurasan mikro (Microfiltration)

(ii) Osmosis Songsang (Reverse Osmosis)

(iii) Teknologi Sinaran Ultra-violet Penyahjangkitan

(Ultraviolet light disinfection technologies).

2. Proses Rawatan Air

- Intake (pengambilan) : Untuk proses ini, pam

diperlukan untuk mengepam air masuk ke pusat

rawatan. Air diperolehi daripada sungai, tasik, laut dll.

- Aeration (Pengudaraan) : Proses ini bertujuan untuk

menyingkirkan bahan-bahan organik dengan memberi

aliran udara kepada air tersebut. Hidupan-hidupan

organik yang terkandung di dalam air tersebut akan

mula mengalami proses penguraian apabila

menerima oksigen.

- Coagulation (Kogulasi) : Proses ini bertujuan untuk

mengumpul bahan-bahan terampai. Prosesnya

adalah melalui penambahan bahan kimia yang

berfungsi untuk memberi daya tarikan kepada

partikel-partikel terampai tersebut.

- Flocculation (Flokulasi) : Proses ini adalah

kesinambungan daripada proses sebelum ini.

Tujuannya adalah untukmembenarkan floc terbentuk.

Floc adalah keadaan di mana partikel-partikel itu

membentuk kumpulan yang lebih besar dan berat.

- Sedimentation (Pemendapan) : Proses ini bertujuan

untuk memendapkan partikel-partikel berat yang

terhasil daripada 2 proses sebelum ini. Partikel-

partikel itu kemudiannya boleh dibuang daripada air

tersebut.

- Filtration (Penapisan) : Tujuannya adalah untuk

menapis bahan-bahan yang tidak boleh dibuang

melalui proses sebelum ini. Bahan-bahan yang

terlepas akan ditapis dan dibuang di proses ini.

- Chlorination (Penklorinan) : Proses membunuh

kuman-kuman yang terdapat di dalam air tersebut

dengan menambah klorin di dalamnya. Tetapi bukan

semua kuman dapat dibunuh, dan disebabkan itu kita

perlu untuk memasak air sebelum dibunuh kerana

bakteria-bakteria dapat dibunuh apabila suhu air

mencapai tahap yang tertentu seperti 100 darjah

celcius.

3. Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)

(SPAH) adalah salah satu daripada "Best

Management Practice (BMP)" yang diamalkan di

Malaysia.

Sistem ini adalah bertujuan untuk melambatkan aliran

air larian permukaan.

Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasan

bumbung bangunan.

Bekalan air ini digunakan untuk mencuci kereta,

menyiram tanaman, menyimbah tandas dll.

SPAH yang ringkas hanya menggunakan tong kecil

sahaja untuk menyimpan air hujan.

Sistem ini mempunyai dua fungsi utama:

(i) On Site Detention

Melambatkan aliran air permukaan dengan

menahan seketika air hujan.

(ii) Penuaian Air Hujan.

Bertindak sebagai tangki yang

berfungsisebagai bekalan air hujan.

Kebaikan

- Dapat menjimatkan penggunaan air bersih kira-kira

30% daripada penggunaan air bersih.

- mengurangkan bil-bil air

- melambatkan air larian permukaan

- mengatasi masalah bekalan air di kawasan-

kawasan pendalaman.

- Kurangkan hakisan tanah atau banjir kilat.

- Mudah kerana dilakukan secara persendirian

Keburukan

- Bekalan terhad.

- Mengurangkan pendapatan sistem air awam.

- Tangki simpanan air hujan boleh membahayakan

kanak-kanak yang bermain di sekelilingnya.

- Sistem penuaian air hujan memerlukan penjagaan

dan pemeliharaan selepas dipasang iaitu ia mungkin

tidak sesuai untuk semua pemilik rumah.

- kualiti air yang rendah kerana ia tidak mempunyai

sistem penapisan atau penurasan air yang sistematik

7. Cara penjimatan air

Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan

membazir sehingga 90 liter air sehari.

Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur.

Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.

Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa

kadar penggunaan air peralatan tersebut.

Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari

takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga

daripada jumlah air yang digunakan.

Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter

air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air

pancutan untuk tujuan yang sama.

Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan

kenderaan.

Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.

Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan

berkumur.

Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.

Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin

basuh.

Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran

8. Akibat tidak memulihara air

Putus bekalan air

Penyakit

Kemusnahan habitat haiwan

Kehilangan tenaga

Hilang punca makanan

Sistem air bawah tanah tercemar

B) PEMULIHARAAN TANAH

1. Definisi pemuliharaan tanah - adalah satu set strategi

pengurusan untuk pencegahan tanah menjadi terhakis

dari permukaan bumi, menjadi kimia diubah oleh

berlebihan, pengasidan, beralkali atau pencemaran kimia

lain.

2. Aktiviti pembangunan di tanah tinggi

pertanian

pelancongan

pembalakan

pembinaan lebuh raya

pembinaan golf/resort

3. Definisi pencemaran tanah - Pencemaran tanah

bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang

berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan

tersebut telah bertukar warna, tidak subur atau berlakunya

hakisan.

Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam

bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan

pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau

kimia.

Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu

kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur

serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi

layu.

Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah

disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri.

Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan

hutan yang memyebabkan aliran tanah dari darat ke

laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan

kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak

dan pembuangan sisa nuklear ke dalam laut.

4. Kesan tidak memulihara tanah

perubahan iklim

pencemaran air

cerun tidak stabil

kemusnahan hutan

hakisan dan pemendapan

5. Langkah pemuliharaan tanah

i. Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan

rumput ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan

getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan

untuk mengurangkan kejadian hakisan tanih dan

mengekalkan kesuburan tanih.

ii. Penggunaan baja organik

Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja

organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa

tanaman untuk menggantikan penggunaan baja

kimia.

Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik

adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak

mencemarkan alam sekitar.

Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak

menggunakan guano, iaitu campuran najis burung

dan kelawar sebagai baja.

iii. Kaedah biologi

Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan

kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.

Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan

racun serangga dan racun rumpai yang akan

mencemarkan alam sekitar.

Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung

hantu, dan burung helang digunakan untuk

menangkap tikus, burung, dan tupai yang

merosakkan buah kelapa sawit.

iv. Pertanian tetap

Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional

yang mengamalkan pertanian pindah supaya

mengubah cara penanaman mereka kepada

pertanian tetap.

Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan

kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan

mengurangkan hakisan tanih

v. Melandaikan cerun dan membuat tarahan

Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan

cerun curam kini dilakukan dengan lebih terancang

untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan

untuk mengurangkan hakisan tanih dan kejadian

tanah runtuh.

Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah

untuk mengurangkan kecerunan jalan raya yang

dibina melalui kawasan tanah tinggi.

vi. Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit

Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang

telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanih.

Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula

diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk

mengelakkan air bertakung dan seterusnya

gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan

tersebut.

vii. Kaedah Phytoremediation.

kaedah pemulihan tanah tercemar dengan menanam

tumbuhan yang khusus di tapak tanah tercemar.

Tumbuhan bertindak dengan menyerap bahan –

bahan toksik melalui akar. Ia boleh digunakan untuk

menyingkirkan logam berat, pestisid, pelarut organik,

sisa bahan letupan dan minyak mentah yang

mencemari tanah.

C) PEMULIHARAAN HUTAN

1. Definisi pemuliharaan hutan - usaha yang diambil bagi

memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan

hidupan liar yang diancam kepupusan.

2. Ancaman hutan

- penebangan

- pemusnahan

3. Faktor

• pokok digunakan sebagai arang untuk bahan api

• dibersihkan untukdigunakan sebagai padang rumput

bagiternakan, perladangan komoditi, dan penempatan

4. Kepentingan hutan

i. Habitat flora dan fauna

Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat

pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis

tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan

hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana

6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan.

Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung,

800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar,

210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80

spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta

hidupan liar.

ii. Pembekal makanan

Pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di

hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis

bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh

pelbagai fauna yang terdapat di dalamnya.

iii. Pembekal ubat-ubatan

Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna

kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit.

Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam

menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok

Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan

tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga

memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit

pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan

untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah

pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan

pendarahan akibat dari buasir.

iv. Pembekal bahan mentah

Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi

kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan

digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula

digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu,

kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang

sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan

bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan

mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap

dan bakul.

v. Tempat Rekreasi

Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi.

Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai

kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan

memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia,

misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang

menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar

negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.

vi. Sumber penyelidikan

Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan

farmasi yang amat bernilai. Pelbagai kajian dan

penyelidikan dapat dijalankan di dalam hutan bagi

mendapatkan input yang baru yang boleh digunakan

dalam kehidupan manusia.

vii. Sumber Pendapatan

Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara.

Melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di

hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam

beberapa bidang yang menguntungan. Di Malaysia, hasil

pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat

dalam jangka masa 10 tahun.

viii. Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal

edaran gas

Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran

gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas

karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk

memproses makanannya. Dalam proses membuat

makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon

dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil

sampingan daripada proses itu. Dengan adanya

tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas

dalam udara akan dapat dikekalkan.

ix. Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh

Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke

permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan

tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di

tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan

menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada

mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh

menghalang daripada tanah runtuh.

x. Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan

toksik

Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam

bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting

bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan

bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen

dan bahan-bahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan

toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik

serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada

sedimen yang mendap, turut terperangkap.

xi. Pengawal iklim

Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan

mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan.

Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta

terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan

kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat

mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan

melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan

kelembapan.

5. Langkah pemuliharaan hutan

i. Penghutanan semula

Pokok jati dan pain ditanam di kawasan yang

telah dibalak. Pokok-pokok ini matang dan boleh

ditebang dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Lokasi : Grik (Perak), Jeli dan Gua Musang

(Kelantan), Sandakan dan Ranau (Sabah), Miri

dan Bintulu (Sarawak).

ii. Ladang hutan

Dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta.

Pokok ditanam adalah jenis yang cepat matang,

tahan serangan penyakit dan bermutu tinggi

seperti pain, jati dan sentang.

Lokasi : Jeli & Gua Musang (Kelantan), Kuala

Lipis , Bentong & Jerantut (Pahang), Sandakan &

Tambunan (Sabah), Miri (Sarawak).

iii. Pengurusan Hutan Secara Lestari

Ciri-ciri yang dititikberatkan dalam pengurusan

hutan secara lestari ialah

i) mengurangkan kadar pembalakan tahunan

dengan menghadkan kuota lesen membalak

ii) Penebangan secara terpilih bagi memastikan

pokok matang sahaja ditebang

iii) Rawatan Silvikultur dilakukan bagi

memastikan pokok tumbuh tanpa

penyakit.Dengan ini mutu balak bertambah baik

iv) Penanaman pokok balak dijalankan setelah

kegiatan pembalakan selesai

iv. Penyelidikan Hutan

dijalankan oleh FRIM dan UPM

Penyelidikan dijalan untuk mencari kaedah

pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik

FRIM bersama-sama pakar dari Jerman, Britain

& Jepun menghasilkan Pelan Tindakan Hutan

Tropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika

dan hidupan liar.

Lokasi : Kepong (Selangor), Lembah Danum

(Sabah)

v. Kitar dan Guna Semula

Kitar dan guna semula merujuk kepada

pemprosesan bahan-bahan terbuang yang tidak

digunakan kepada penghasilan bentuk baru yang

boleh dimanfaatkan.

Tujuan kitar dan guna semula ialah:

a) Mengurangkan masalah pencemaran alam

sekitar.

b) Menjimatkan sumber alam dan mengelakkan

pembaziran.

c) Mengurangkan jumlah bahan buangan.

D) PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

1. Definisi pemuliharaan hidupan liar - usaha pengurusan

hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat

dikekalkan untuk generasi yang akan datang.

2. Hidupan liar di malaysia yang terancam

42 spesis mamalia

34 spesis burung

14 spesis reptilia

14 spesis ikan

3. Sebab kepupusan

perdagangan haiwan liar

pemburuan haiwan

4. Kepentingan hidupan liar

i. Ubat-ubatan: Semua ubat-ubat tradisi dan

sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden

diperoleh daripada haiwan. Masih terdapat banyak

spesies haiwan yang belum sempat dikaji tetapi

mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit

seperti barah, AIDS dan sebagainya.

ii. Sumber bahan mentah: Hasil keluaran seperti kulit

haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya

berasal daripada tumbuhan dan haiwan

iii. Keseimbangan alam sekitar: haiwan memainkan

peranan yang sangat penting dalam siratan makanan

dan keseimbangan alam

iv. Rekreasi: Kepelbagaian haiwan mengekalkan

keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti

riadah dan rekreasi manusia. Juga ia menjadi satu

daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang

kepada ekonomi negara.

v. Ekonomi: hasil keluaran haiwan memberikan

pendapatan kepada negara.

5. Langkah pemuliharaan hidupan liar

i. Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk

memelihara hidupan liar. Contohnya , hutan dara ,

hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang;

T.N. Kinabalu di Sabah; T.N. Bako , T.N. Mulu dan

T.N. Niah di Sarawak )

ii. Memindahkan tumbuhan yang diancami

kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau

aboretum dalam usaha pemeliharaan.

iii. Melindungi hidupan liar di hutan paya bakau

dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau,

misalnya di Matang (Perak) dan Pulau Kukup

(Johor).

iv. Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang

terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan

penyu ( di pantai timur ) ,tuntung ( Perak ) dan

orang utan ( Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini

akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk

dikembalikan kepada habitat asalnya .

v. Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan

laut. Contohnya taman-taman marin di Pulau

Redang, Pulau Tioman, pulau Paya, Pulau

Perhentian dan Pulau Tinggi

vi. Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan

kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada

siapa pun dibenarkan menangkap, menembak atau

menjualnya.

vii. Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang

utan, siamang, kera , badak Sumatera dan harimau

viii. Menguatkuasakan undang-undang untuk

melindungi hidupan liar.

ix. Mengawal aktiviti pembalakan untuk

mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar.

x. Penghutanan semula, iaitu menanam semula hutan

dengan anak benih baru setelah pokok balak

ditebang.

xi. Pendidikan: Mendidik pelajar sekolah dan orang

ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan

pemuliharaan hidupan liar.

xii. Mengawal pencemaran sungai dan laut yang

memusnahkan habitat hidupan air.

ISU 3: TENAGA DALAM BIOSFERA

A) ALIRAN TENAGA

1. Konsep biosfera

Biosfera ialah persekitaran yang dibina oleh segala

biotik (tumbuhan,haiwan,manusia) yang melakukan

proses-proses hidup tertentu

„Proses – proses‟ yang dimaksudkan itu salah

satunya ialah rantai makanan/siratan makanan di

mana berlaku pengaliran tenaga dari Matahari

dengan organisma di Bumi.

Secara teori,

BIOSFERA =ALAM SEKITAR bagi manusia

Semua populasi dan persekitaran fizikal membentuk

satu ekosistem.

Jadi, ekosistem mempunyai komponen biotik dan

abiotik.

Biotik

o Haiwan

o Tumbuhan

Abiotik

o Cahaya matahari

o Tanah/Air

Ekosistem berinteraksi sebagai tempat tinggal, punca

makanan, pengguna dan pengurai.

Proses biasa yang terlibat dalam biosfera ialah

pengangkutan makanan, penyerapan, pemindahan

tenaga, transpirasi, perpeluhan, penguraian dan

sebagainya.

2. Aliran tenaga

Proses SATU HALA iaitu apabila tenaga yang

tersedia dalam makanan bergerak melalui suatu

ekosistem, tenaga itu akan didegradasikan secara

perlahan-lahan kepada haba iaitu satu bentuk tenaga

yang tidak boleh digunakan.

3. Contoh satu kitaran ekosistem

Matahari merupakan punca tenaga dalam rantaian

makanan dan siratan makanan.

Tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai pengeluar

mendapat bekalan makanan secara langsung dari

matahari untuk memulakan proses fotosintesis.

Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam sesebuah

ekosistem biasanya dalam bentuk tenaga kimia atau

tenaga haba.

Tenaga kimia akan disimpan manakala tenaga haba

akan dibebaskan.

Tidak semua tenaga di dalam pengeluar dipindahkan

ke badan pengguna primer, badan pengguna primer

ke badan pengguna sekunder, dan badan pengguna

sekunder ke badan pengguna tertier.

Sebahagian telah hilang tenaga dalam bentuk tenaga

haba semasa proses respirasi, pergerakan,dan

pembiakan

Langkah pada rantai makanan terbatas kepada 4

atau 5 sahaja dan pada setiap langkah sebahagian

besar daripada tenaga akan hilang sebagai haba.

Ini bermakna semakin pendek rantai makanan

pemindahan tenaga akan menjadi lebih cekap.

B) RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN

1. Definisi rantai makanan - hubungan antara hidupan iaitu

benda hidup dimakan oleh benda hidup yg lain.

2. Definisi siratan makanan - gabungan dua atau lebih rantai

makanan dalam satu habitat

3. RM dan SM terdiri dari

Pengeluar (autotrof) - mampu mensintesis makanan

sendiri berdasarkan pemerolehan tenaga daripada

cahaya matahari.

Pengguna (hetetrof) – perlu mengambil makanan yang

dibentuk terlebih dahulu. Boleh dibezakan mengikut

jenis iaitu herbivor, karnivor dan omnivor dan pengurai.

Pengurai – mikroorganisma cth bakteria kulat. Pengurai

akan memakan organisma yang mati dan

memecahkannya menjadi sebatian yang ringkas.

4. Contoh aliran tenaga dalam SM

Matahari bertindak sebagai pembekal utama tenaga

asas kepada semua hidupan yang terdapat dalam

tasik

Tenaga (haba) dari matahari diterima oleh tumbuhan

hijau (keladi, teratai, lumut, alga).

Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis yang

dijalankan apabila tumbuhan selaku pengeluar

membuat makanannya sendiri

Tenaga kimia yang disimpan dalam tumbuhan

pengeluar itu seterusnya akan dipindahkan pula

kepada hidupan zooplankton apabila hidupan

tersebut memakan tumbuhan berkenaan.

Pada aras ni, zooplankton (pelbagai hidupan seni)

berperanan sebagai pengguna primer.

Tenaga kimia dalam zooplankton (pengguna primer)

ini pula berpindah kepada pengguna sekunder (ikan-

ikan kecil dan cacing) apabila haiwan berkenaan

memakan zooplankton tadi.

Tenaga kimia yang dipindahkan ini digunakan untuk

tumbesaran, bergerakan dan membiak.

Seterusnya tenaga kimia yang disimpan di dalam

pengguna sekunder pula akan dipindahkan /

berpindah ke pengguna tertier (ikan-ikan yang lebih

besar) apabila ikan-ikan ini memakan ikan-ikan kecil

dan cacing/ ulat.

Dalam konteks ini, sekali lagi tenaga kimia yang

dipindahkan itu berfungsi untuk tumbesaran, bergerak

dan membiak.

Akhirnya, tenaga kimia yang terdapat di dalam

pengguna tertier akan berpindah / dialirkan kepada

pengurai yang terdiri daripada bakteria, fungi dan

protozoa

ISU 4: KEMAPANAN SUMBER

Sumber bermaksud sebarang bahan yang berguna

dan diperlukan oleh manusia.

Sumber memberikan manfaat yang besar kepada

penduduk bumi untuk pelbagai tujuan.

Antara sumber-sumber ialah cahaya matahari, air,

tumbuhan, binatang, tanih dan mineral.

Kemapanan sumber ialah usaha untuk memantapkan

sumber supaya ianya dapat dikekalkan dan dipelihara

dengan sebaik-baiknya.

Sumber-sumber semulajadi ini boleh dibahagikan

kepada dua jenis iaitu sumber yang boleh

diperbaharui dan sumber yang tidak boleh

diperbaharui.

A) SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERHARUI

1. Definisi: sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh

diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang

singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya

walaupun berterusan menggunakannya.

2. Jenis:

i. Tenaga solar

Ialah tenaga yg menggunakan sinaran Matahari

yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh

ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain

seperti tenaga haba dan elektrik.

Digunakan untuk

- Memanaskan air – digunakan di rumah,

bangunan atau kolam renang

- Memanaskan ruang – di dalam rumah, rumah

hijau dan bangunan-bangunan lain.

Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga

elektrik dalam dua cara:

- Alat Voltan Foto (PV) atau „sel – sel suria‟

- Loji Kuasa Suria

Kebaikan

- Tidak mencemarkan alam

- Tidak perlu dibayar/free

- Boleh diperolehi selagi cahaya matahari ada

Kelemahan

- Jumlah cahaya Matahari yang tiba di

permukaan Bumi tidak tetap. Ia bergantung

kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca.

- Hanya digunakan apabila trdapat chya matahari

- Memerlukan kawasan yang luas untuk menjana

tenaga

- Menggunakan kos yang tinggi

ii. Tenaga angin

Kuasa angin bermaksud pertukaran tenaga angin

kepada beberapa bentuk tenaga yang berguna

Kuasa angin dapat memutarkan turbin daripada

tenaga kinetik kepada tenaga elektrik.

Contoh: kincir angin.

Kebaikan:

- Sumber tenaga bersih

- Murah

- Tidak menyebabkan pencemaran

Kelemahan:

- Perlu memilih kawasan yang sesuai untuk

tenaga angin

- Bunyi yang kuat terhasil daripada putaran turbin

= bunyi enjin jet

- Pembinaan kincir angin menggunakan kos yang

tinggi

iii. Tenaga biomass

Tenaga yang berasal daripada tumbuhan dan

bahan organik seperti kayu, tanaman seperti

jagung dan tebu, baja, tumbuhan akuatik dan

juga gas bahan buangan daripada sampah –

sarap dan kumbahan. Bahan organik ini

menyimpan cahaya Matahari dam bentuk tenaga

kimia

Biojisim boleh ditukarkan kepada beberapa

bentuk tenaga lain yang berguna, seperti gas

metana atau bahan bakar kenderaan, seperti

etanol dan biodiesel

Bahan – bahan yang berbau, seperti sampah

yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan

bahan buangan oleh manusia, membebaskan

gas metana – yang juga dikenali sebagai “gas

bahan buangan” atau “biogas”.

Kebaikan

- Murah

- Menggunakan barang terbuang dan tidak

membazir

Kelemahan

- Gas rumah hijau yang dihasilkan dengan

membakar.

- Pembinaan tempat untuk mengumpul, menuai

dan menyimpan bahan-bahan mentah

menggunakan kos yang tinggi.

- Mempunyai kos tambahan untuk memasang

teknologi untuk memproses dan mengitar semula

sisa buangan

iv. Tenaga geotermal

Kuasa diekstrak daripada haba yang disimpan di

bumi.

Pereputan radioaktif mineral, dan dari tenaga

solar yang diserap pada permukaan untuk

menjana elektrik

Kebaikan

- Mesra alam

- Kos yang efektif

- Lestari

Kelemahan

- Boleh digunakan hanya di kawasan-kawasan

gunung berapi.

- Kos menubuhkannya boleh menjadi mahal.

- Terhad kepada kawasan-kawasan berhampiran

sempadan plat tektonik.

- Membebaskan gas rumah hijau yang

terperangkap jauh di dalam bumi.

v. Tenaga hidroelektrik

Tenaga yang terhasil daripada air yang mengalir

dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik.

Tenaga mekanikal (kinetik) diperoleh daripada air

yang mengalir memutarkan turbin untuk

menghasilkan tenaga elektrik.

Kebaikan

- Menggunakan kos yang rendah

- Tidak menghasilkan pencemaran

- Tidak menggunakan bahan api untuk

menghasilkan tenaga elektrik

Kelemahan

- Kos yang tinggi untuk pembinaan empangan.

- Banjir kawasan tanah yang besar bermakna

bahawa alam semula jadi dimusnahkan.

- Pembinaan empangan besar boleh

menyebabkan kerosakan geologi yang serius.

B) SUMBER TENAGA YANG TIDAK BOLEH

DIPERBAHARUI

1. Definisi : sumber yang tidak boleh diganti dalam jangka

masa yang singkat

2. Jenis :

i. Petroleum

Terbentuk daripada pereputan haiwan dan tumbuhan

yang hidup berjuta – juta tahun yang lalu

Lebih daripada berjuta - juta tahun, reputan haiwan

dan tumbuhan ini ditutupi dengan lapisan pasir dan

kelodak. Haba dan tekanan daripada lapisan ini

membantu ia berubah bentuk kepada minyak mentah.

Perkataan „petroleum‟ bermakna „minyak batuan‟ atau

„minyak dari Bumi‟.

Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon

yang kompleks yang boleh diasingkan kepada

pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan

berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat

didih yang berlainan.

Pembakaran petroleum menghasilkan pengeluaran

berikut

- Karbon dioksida (CO2)

- Karbon monoksida (CO)

- Sulfur dioksida (SO2)

- Nitrogen oksida (NOX)

- Kompoun Organik Mudah Meruap (VOC)

- Plumbum dan pelbagai gas toksik seperti benzene,

formaldehyde, acetaldehyde

Kebaikan

- Bahan bakar kapal terbang, kereta, dan lori,

- Menghasilkan ubat- ubatan dan produk-produk

plastik.

- Menjana tenaga elektrik

Kelemahan

- CO2 merupakan gas rumah hijau dan sumber

kepada pemanasan global.

- SO2 menyebabkan hujan asid, yang mana

mengancam tumbuhan dan haiwan yang tinggal di

dalam air, dan ia memudaratkan penyakit respiratori

dan jantung, khususnya untuk kanak – kanak dan

orang tua.

- NOx dan VOC menyumbangkan kepada

pemusnahan lapisan ozon, dan juga menyebabkan

keradangan dan merosakkan paru – paru.

- PM menyebabkan keadaan berjerebu di Bandar dan

kawasan sekitar, menyebabkan asma dan bronkitis

kronik, terutama kanak-kanak dan orang tua. „PM

yang seni‟ (sangat-sangat kecil) juga menyebabkan

emfisema dan kanser paru-paru.

- Plumbum memberikan kesan kematian kepada

kesihatan, terutama kanak-kanak, dan gas toksik

kemungkinan bersifat karsinogen.

ii. Gas asli

Pencarian gas asli dimulakan dengan ahli geologi,

yang mengkaji struktur dan proses Bumi. Mereka

mengenalpasti jenis batuan yang difikirkan

mempunyai potensi mengandungi gas dan mendapan

minyak.

Para saintis dan jurutera mengkaji kawasan yang

dipilih dengan mengkaji sampel batuan dari Bumi dan

membuat kiraan. Jika kawasan tersebut berpotensi,

kerja-kerja mengorek dimulakan. Sebahagian

daripada kawsan ini berada di darat tetapi banyak

yang berada di laut. Apabila gas ditemui, ia kemudian

dialirkan keluar menerusi perigi ke permukaan dan ke

dalam saluran paip.

Ada gas yang diperolehi bersama-sama metana,

seperti butana dan propana, diasingkan dan

dibersihkan di loji pemprosesan gas. Hasil

sampingan, apabila diasingkan, digunakan dalam

pelbagai cara. Contohnya, propana boleh digunakan

untuk memasak.

Kebaikan

- Digunakan utk menghasilkan keluli, kaca, kertas,

pakaian, batu bata, elektrik dan sebagai bahan

mentah penting dalam penghasilan pelbagai produk.

Sebahagian produk tersebut ialah cat, baja, plastik,

bahan anti-beku, pewarna, filem fotografik, ubat-

ubatan dan bahan letupan

- Digunakan di rumah untuk menyalakan dapur,

pemanas air, pewarna pakaian dan lain-lain peralatan

elektrik.

Kelemahan

- Menyebabkan pencemaran udara. Pembakaran gas

asli adalah lebih bersih berbanding dengan bahan

bakar fosil yang lain. Ia menghasilkan sedikit sulfur,

karbon dan nitrogen berbanding arang batu dan

minyak, dan apabila ia dibakar, ia tidak meninggalkan

sebarang zarah – zarah abu.

- Menghasilkan karbon dioksida iaitu gas rumah

hijau. Gas rumah hijau menyumbang kepada „kesan

rumah hijau‟

iii. Arang batu

Arang batu ialah batuan mendapan berwarna hitam

atau perang kehitaman yang mudah terbakar yang

terdiri daripada karbon dan hidrokarbon.

Tenaga di dalam arang batu berasal daripada

tenaga yang tersimpan oleh tumbuhan yang hidup

beratus juta tahun yang lalu, apabila Bumi

sebahagiannya dilitupi dengan hutan paya

Kebaikan:

- Menjana elektrik. Loji kuasa membakar arang

batu untuk menghasilkan stim. Stim akan

memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa

mekanikal) yang menjana elektrik.

- Sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri

seperti industri keluli, simen dan kertas.

- Kandungan bahan arang batu (seperti metanol

dan etilena) digunakan dalam membuat plastik,

serat sintetik, baja dan ubat-ubatan.

- Membuat keluli. Arang batu dibakar di dalam relau

untuk membentu kok (hampas arang batu), yang

mana ia digunakan untuk melebur bijih besi

menjadi besi yang diperlukan dalam pembuatan

keluli. Suhu yang amat tinggi hasil penggunaan kok

yang memberi keluli kekuatan dan sifat fleksibel

untuk membina jambatan, bangunan dan

kenderaan.

- Industri konkrit dan kertas juga menggunakan

arang batu dengan jumlah yang besar.

Kelemahan:

- Perlombongan arang batu boleh memberi kesan

negatif terhadap ekosistem dan kualiti air dan

merubah landskap dan permandangan. Puing yang

menghalang aliran aliran air hasil daripada

permukaan kawasan perlombongan seperti

pemusnahan bahagian puncak gunung, dan air

berasid boleh dialirkan dari kawasan perlombongan

yang ditinggalkan

- Pembakaran arang batu menghasilkan beberapa

jenis pengeluaran dan hasil sampingan yang

kurang baik terhadap alam sekitar:

i) Sulfur dioksida (SO2), merupakan kandungan

hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.

ii) Nitrogen oksida (NOx), yang mana terlibat

dalam pembentukan hujan asid dan kabus

fotokimia yang tebal

iii) Zarah-zarah tertentu, merupakan kandungan

hujan asid dan meningkatkan penyakit respiratori.

iv) Karbon dioksida (CO2), gas rumah hijau yang

utama yang dihasilkan dari penggunaan tenaga.

v) Merkuri - kerosakan perkembangan neurologi

kepada manusia dan haiwan lain. Kepekatan

merkuri di dalam udara selalunya rendah dan tidak

membimbangkan. Namun, apabila merkuri

memasuki air – sama ada secara terus atau

menerusi pemendapan daripada udara – proses

biologi menukarkan ia kepada metilmerkuri, bahan

kimia toksik tinggi yang terkumpul di dalam ikan

dan haiwan (termasuk manusia) yang makan ikan.

C) ISU SUMBER TENAGA

1. Kepupusan sumber tenaga

2. Kesan negatif penggunaan tenaga terhadap alam

sekitar

3. Pembaziran tenaga

4. Kekurangan bekalan tenaga

D) CARA MENGATASI KEKANGAN ISU TENAGA

1. Menggunakan pelbagai sumber lain seperti nuklear,

biomass, hidro dan solar

2. Penciptaan alatan

- Kereta hybrid

- Solar cooker

- Mini Sun Energy Saver

3. Penjimatan tenaga elektrik

- Memasang penghawa dingin mengikut keperluan

- Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan

ISU 5: BAHAN TAMBAH DALAM MAKANAN

Bahan yang ditambahkan ke dalam makanan untuk

tujuan mengawet atau meningkatkan bau, rasa dan

rupa makanan.

A) BAHAN TAMBAH SEMULAJADI DALAM MAKANAN

1. Definisi - Makanan terdiri daripada bahan organik yang

tidak boleh tahan lama kerana bahan organik mereput

2. Fungsi - sebagai pengawet, iaitu untuk membunuh

mikroorganisma atau mencegah pertumbuhan

mikroorganisma yang merosakkan makanan.

3. Jenis

i. Garam

Diperoleh daripada air laut.

Digunakan untuk mengawet sayuran, daging dan

ikan.

Pengawetan untuk elak makanan rosak.

Cth: tangkapan ikan yang berlebihan diawet supaya

dapat disimpan lama.

Garam menyerap air dan mengeringkannya.

Tanpa air, mikroorganisma tak boleh hidup

ii. Gula

Digunakan untuk mengawet buah-buahan.

Buah-buahan disimpan di dalam air gula.

Gula yang larut menyebabkan air tak dapat

digunakan oleh mikroorganisma.

Proses plasmolisis berlaku – kehilangan air.

iii. Cuka

Mengandungi asid etanoik – sejenis asid organik.

Digunakan untuk mengawet makanan seperti

sayuran dan buah-buahan.

Mikroorganisma tidak dapat hidup dalam makanan

yang berasid.

4. Kesan

i. Kebaikan

Sedap

Menarik

Tahan lama

ii. Keburukan

Gula - kencing manis, obesiti

Garam - darah tinggi

B) BAHAN TAMBAH BUATAN DALAM MAKANAN

1. Definisi - Bahan makanan yang trdiri daripada bahan kimia

yang tahan lama.

2. Fungsi - Diletakkan dalam makanan untuk meningkatkan

bau, rasa dan rupa makanan serta mengawet makanan

supaya tahan lebih lama

3. Jenis

i. Pengawet

Bahan yang ditambah ke dalam makanan untuk

memperlahankan atau menghalang pertumbuhan

bakteria/kulat supaya tahan lama.

Contoh:

- Natrium nirit/ Natrium Nitrat - Perlahankan

pertumbuhan mikroorganisma - Daging, sosej,

burger

- Natrium benzoat/ Natrium benzoik - Cegah

pertumbuhan mikroorganisma - Belacan, cencaluk,

sos,jus buah, marjerin

- Sulfur dioksida/ Asid askorbik - Perlahankan

pertumbuhan mikroorganisma - Jus buah-buhan,

jem

ii. Pewarna

Bahan kimia yg memberikan warna tertentu kepada

makanan

Fungsi - Untuk mengembalikan warna asal

makanan yg telah hilang semasa pemprosesan

Contoh:

- Pewarna Lisamina Hijau - Kacang hijau- pulihkan

warna hijau

- Pewarna Kuning - Majerin- supaya kelihatan

kuning

- Pewarna dari Tar Arang - Daun teh- menambah

warna perang- Jem strawberi- jem kelihatan segar

- Pewarna Metanil Yellow - Taufu Kuning -

Menyebabkan kemandulan kpd kaum lelaki

iii. Anti-pengoksidaan

Bahan kimia yg ditambah dlm makanan berminyak

untuk mencegah minyak dalam makanan dioksidakan

oleh oksigen dlm udara

Pengoksidaan memecahkan bahan makanan kepada

molekul kecil yang mungkin:

- Merosakkan makanan & bau tengik

- Berubah rasa, warna dan mungkin beracun

Penyelesaian

Akta makanan 1983 membenarkan hanya 11 jenis

antipengoksidaan digunakan sebagai bahan tambah

buatan dalam makanan

Bahan Semula jadi Bahan sintetik

• Asid sitrik

• Asid fosforik

• Asid askorbik –

minyak, lemak,

makanan goreng &

biskut

• BHA (hidrosilanisol

berbutil)

• BHT (hidrosil- toluena

berbutil)

iv. Penstabil & Pemekat

Penstabil -Bahan kimia yg ditambah kepada makanan

yang berbentuk emulsi seperti makanan yg berkrim,

sos salad, ais krim, dan susu untuk membantu

minyak & air dalam makanan itu bercampur dengan

sebati & kekal sebagai emulsi sepanjang masa

Contoh: Agar- agar & gam acacia

Pemekat - Bahan kimia yg ditambah kepada

makanan untuk mengubah struktur asal bahan dalam

makanan kepada sesuatu yg mempunyai tekstur yang

halus dan licin.

Contoh: kanji, pectin (jem), agar2

v. Perisa

Bahan kimia yang ditambah kepada makanan untuk

memberi atau meningkatkan rasa makanan

Contoh: kek, jem, cordial

4. Kesan

i. Kebaikan

Hasil makanan sedap, berkualiti dan selamat

Hasil makanan segera. (tin)

Makanan tahan lama

Mempelbagaikan jenis makanan

Kos makanan murah sebab makanan x terhad

ii. Keburukan

MSG - Rasa pening, lesu, jantung berdegup kencang,

mual

Penggunaan Natrium nitrit - Bahan ini berubah

kepada sebatian nitrosamina yang bersifat karsinogen

dan punca kepada penyakit kanser.

Natrium benzoat - Gangguan urat saraf, alergi

Tartrazina- Sebagai pewarna kuning: keaktifan

melampau, ruam, asma, kanak-kanak mungkin terlalu

aktif, tidak banyak tidur.

ISU 6: PENCEMARAN DAN KESANNYA TERHADAP BUMI

A) PENCEMARAN UDARA

1. Definisi - Pencemaran udara merupakan satu

keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan

kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh

menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada

manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan

alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera.

2. Indeks Pencemaran Udara (IPU)

• IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk

memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap

kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan

dengan cara yang termudah.

• Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemar yang

diukur dan ditukarkan kepada suatu nombor pada

skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan

kepada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat,

sangat tidak sihat dan berbahaya.

• Julat IPU

Skala IPU Kualiti Udara

0 – 50 Baik

51 – 99 Sederhana

99 – 199 Tidak Sihat

199 – 299 Sangat Tidak Sihat

300 ke atas Merbahaya

3. Jenis pencemaran

i. Pencemaran Primer

- Pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan

karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak

lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai

di udara.

- Kebanyakan pencemaran udara primer ini

dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan

industri yang melepaskan asap atau bahan

pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang

tidak terkawal

ii. Pencemaran Sekunder

- Tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan

membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan

oleh benda hidup.

- Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon

monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer)

untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh,

gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap

air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas

antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di

atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat

(PAN).

4. Punca pencemaran

i. Pembebasan Asap Daripada Aktiviti

Perindustrian/Pembuatan

- Industri kimia melepaskan pencemar berasaskan

nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak

mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur

dioksida dan hidrokarbon. Industri logam

mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan

habuk toksik.

ii. Asap Kenderaan Bermotor

- Asap kenderaan mengandungi karbon dioksida,

karbon monoksida dan nitrogen oksida

- Berbahaya apabila masuk ke dalam paru-paru

iii. Pembebasan Debu Dan Ampaian Habuk Daripada

Perlombongan Kuari

- Habuk yang terbebas terlalu banyak semasa

perlombongan kuari akan menyebbakan udara

tercemar dan menyebabkan jerebu

iv. Pembakaran Terbuka

- Pembakaran pokok tua di ladang dan hutan serta

pembakaran sampah dalam skala besar

menyebabkan berlakunya jelaga.

- Jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh

oleh angin

v. Aktiviti Harian

- Peti sejuk dan penyaman udara mencemarkan

udara apabila cecair penyejuk yang digunakan

melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara

seterusnya menipiskan lapisan ozon.

- Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang

mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran

udara.

5. Kesan

i. Hujan asid

- Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan

gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air

hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik

ii. Pemanasan global

- Gas karbon dioksida yang terlalu banyak

menyebabkan haba di bumi terperangkap dan

akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya

menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga

menyebabkan kejadian pemanasan global ini.

iii. Manusia mendapat penyakit

- Karbon monoksida akan akan melambatkan tindak

balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan

mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi

paru-paru.

- Nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan

pendarahan pulmonari

- Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain

juga menghalang penglihatan mata dan juga

menjejaskan mata manusia

iv. Haiwan terancam dan mati

- Haiwan akan terancam atau mati akibat dari

pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang

memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari

sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran

udara.

v. Tanaman tidak subur

- Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami

kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun),

klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan

terbantut.

- Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan

sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada

penduduk juga terganggu.

vi. Hakisan bangunan

- Hujan asid yang turun akan mempercepatkan kadar

hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, ia

akan melunturkan cat kereta dan membocorkan

bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan

binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta

mempercepatkan hakisan bangunan.

6. Langkah mengatasi

i. Penggunaan hidrokloroflorokarbon (HCFC).

ii. Perundangan

- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985 (pindaan)

- Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan

perlepasan asap,1977)

- Dihadkan kepada 50 HDU.

- Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) -

Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan

kepada 1000 meter.

iii. Pengasing Elektrostatik

- Apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai

daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing.

Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini

untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara.

- Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap

yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh

daya ini dan melekat di tepi cerobong.

iv. Penampalan ozon

- Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal

dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui

penggunaan belon helium. Selain itu, menembak

peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang

mampu menampal ozon.

B) PENCEMARAN AIR

1. Definisi: Air dikatakan tercemar apabila komposisinya

berubah dari kedaan semulajadi atau keadaan dimana

ianya menjadi kurang sesuai untuk kegunaan manusia

atau haiwan.

Perubahan tersebut termasuklah dari segi:

- Fizikal

- Kimia

- Biologi

2. Kelas pencemaran air

Kelas 1 – air boleh diminum tanpa perlu dirawat

Kelas 2 – air memerlukan rawatan biasa

Kelas 3 – kualiti tercemar, tidak boleh berenang tapi

boleh berkelah

Kelas 4 – tercemar

Kelas 5 – hampir mati

3. Punca pencemaran

i. Tumpahan minyak

Lapisan minyak akan menghalang oksigen ke dalam

laut menyebabkan oksigen terlarut berkurang

Menghalang cahaya matahari hingga menganggu

proses fotosintesis.

ii. Perindustrian

Cecair kimia yang tidak dirawat disalurkan ke dalam

sungai.

Pencemaran ini mengganggu kehidupan akuatik.

Pengurangan kadar oksigen di dalam air boleh

mengancam kehidupan akuatik

iii. Bahan buangan domestic

Terdiri daripada sampah sarah dan bahan kumbahan.

Air menjadi keruh, berkeladak dan kotor.

Ini menyebabkan organisma akuatik tidak dapat

menyesuaiakan diri dalam air.

iv. Pertanian

Pestisid disembur untuk membunuh haiwan perosak.

Bahan kimia tersebut mengalir ke dalam sungai

apabila tiba hari hujan.

4. Kesan pencemaran

i. Kesihatan menusia.

- Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti

sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh

memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya,

sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala

merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan

masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang

berjangkit melalui air minuman dan air mandian

seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan

hepatitis.

ii. Mengancam organisma laut.

- Tumpahan minyak akan menjejaskan tumbesaran

dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan,

siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh

pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah

mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat

hidupan laut.

- Bulu burung laut berminyak tidak akan dapat

mengembang menyebabkannya mati kelaparan.

- Menyebabkan kepupusan hidupan laut.

iii. Tanah basah.

Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak

organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila

fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah

dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan

banyak. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan

menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak

seimbang.

5. Langkah pencegahan

i. Media massa dan media elektronik memainkan

peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran

orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen

kesedaran

ii. Menguatkuasakan undang-undang. Manakala,

Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi

supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal

dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang

melakukan kesalahan mencemarkan sungai,

sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan

hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM

100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih

daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

iii. Penyelenggaraan sistem perparitan

C) PENCEMARAN BUNYI

1. Definisi - bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki

dan menyebabkan gangguan. Organ terlibat adalah

telinga dan tidak nampak dengan mata kasar.

Menyebabkan pekak atau kerosakan pada telinga dalam

masa yang singkat

2. Jenis

1. Kebisingan selenjar

- Merupakan kebisingan yg selar dan kurang drpd

3dB.

- Berlaku apabila seseorang berbisik kerana

gelombang bunyi bergetar dgn lebih perlahan.

2. Kebisingan fluktasi

- Kebisingan yang terletak antara puncak gelombang

yg lebih tinggi & rendah. Pada tahap ini, getaran

gelombang bunyi akan bergetar lebih cepat drpd

kebisingan selejar.

- Getaran gelombang adalah sekitar 3db sahaja.

3. Hentakan impuls

- Merupakan bunyi yang lebih intensiti dlm tempoh

yang singkat.

-Contohya tembakan, ketukan atau lagaan drpd

benda keras.

- Tahap getaran gelombnag ini akan memuncak

&menurun dengan lebih cepat.

- Pada tahap ini juga, intensiti bunyi ialah melebihi

80db kemudian gelombang bunyi akan menurun.

Akan tetapi intensiti ini masih menunjukkan tahap

bunyi yang tinggi kerana bunyi yg kuat memberi

kesan yang lama terhadap getaran.

4. Kebisingan selang-seli.

- Kebisingan ini berlaku secara selang seli.

- Dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan &

kuat dalam jangka masa pendek.

- Contohnya: ketika seseorang menggergaji kayu,

getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak &

getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu

diberhentikan.

5. Punca pencemaran

i. Bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas,

dan lain-lain yang banyak menyumbang ke arah

pencemaran ini.

ii. Pembangunan kawasan industri mengeluarkan bunyi

melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan,

aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman

kepada orang ramai dan memberi kesan kepada

manusia seprti gelisah, kurang rehat, gangguan

pemikiran dan lain-lain.

iii. Pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan

bunyi apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam

tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

iv. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.

Pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan

batu ke lori turut menjadi punca pencemaran ini.

v. Tabiat masyarakat - Membuka radio, tv dan alat

hiburan yang lain dengan sangat kuat dan bercakap

dengan nada yang agak tinggi.

6. Kesan

i. Kesan kepada telinga

a) Kesan serta merta

- Disebabkan bunyi yang kuat (>120 dB)

- Menyebabkan pecah selaput tympanum,

kerosakan tulang kecil pendengaran.

- Hilang pendengaran kekal.

b) Kesan Kronik

- Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat (>85

dB - 5 tahun, > 8 jam sehari)

- Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia tinggi

c) TTS (Temporary Threshold Shift)

- Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja

di tempat bising.

- Kembali asal setelah 12 jam keluar dari

suasana bising.

d) PTS (Permanent Threshold Shift)

- Pendedahan berulangan - threshold

pendengaran tidak kembali kepada „base line‟

asal.

ii. Kesan Di Luar Telinga

a) Kesan Fisiology

- Meningkatkan Tekanan darah melalui

galakan ANS (Autonomy Nerves System)

- Meningkatkan Pergerakan Otot.

b) Kesan Psychosomatic.

- Sakit Kepala, pening, loya, muntah

- Nystagmus, pergerakan mata tak dapat

dikawal

c) Kesan Pyscology

- Gangguan Percakapan

- Kesan Tingkahlaku

- Keletihan

- Gangguan saraf dan ketegangan

d) Lain-lain

- Mudah marah

- Sering merasa cemas.

7. Cara mengatasi

i. Pengawalan oleh manusia

Kesedaran sivik masyarakat

pengeluaran kenderaan yang enjinnya lebih

senyap dan mesra alam

Sikap bertimbang rasa

ii. Penguatkuasaan undang-undang

JPJ menyaman kenderaan diubahsuai sistem

exhaust

Jabatan alam sekitar menyaman kenderaan yang

melebihi tahap bunyi ditetap

Syarat kepada kontarktor utk tidak menjalankan

binaan pada waktu malam

D) RADIASI

1. Definisi - Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah

bertenaga bergerak dalam medium atau ruang.

2. Jenis

Sinar Ultraviolet (UV) dari matahari

infrared

gelombang mikro

gelombang radio

Radiasi pengion

- Apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi

sehingga menyebabkan terkeluarnya elektron daripada

atom iaitu ion.

- Contoh : Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar

gamma adalah.

3. Faktor - radiasi pengion yang terdapat dalam cahaya

matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah

atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-

produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.

Perokok pula menerima dos radiasi lebih tinggi daripada

radioisotop yang terkandung dalam rokok.

4. Kegunaan radiasi

X-ray, CT scan, mammografi dan PET scan.

Doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi

sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan

terbaik.

Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untuk

membunuh sel-sel kanser.

5. Kesan terkena radiasi

i. Akut – apabila terdedah kepada dos yang tinggi

dalam tempoh masa yang singkat

Dos radiasi yang tinggi berupaya membunuh sel

manakala dos yang rendah merosakan atau

mengubah sel. Berikut adalah kesan-kesan radiasi

akut (NCRP Report No. 98, Guidance on Radiation

Received in Space Activities)

LD 50/60 ialah Lethal Dose di mana 50% orang yang

terdedah kepada dos ini akan mati dalam tempoh 60

hari. Pada tahap 100 rad (Radiation Absorbed Dose)

ke atas boleh mengakibatkan keguguran rambut, kulit

terbakar dan masalah penglihatan

ii. Kronik – apabila terdedah kepada dos yang rendah

dalam tempoh masa yang lama

Genetic – kesan yang dialami oleh anak-anak kepada

individu yang terdedah kepada radiasi. Sperma atau

ovum yang terdedah kepada radiasi boleh mengalami

mutasi. Kesan utama tidak dapat dikenalpasti.

Somatic – kesan yang dialami oleh individu yang

terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah

kanser.

In-Utero – kesan yang dialami oleh bayi dalam

kandungan yang terdedah kepada radiasi. Kesan

utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau

cacat.

SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3114

5/11/2012 (2.30 PM - 5.00 PM)

GUD LUCK !

~ emyNorain~