manusia bapa juga

1
APABILA anda suruh anak anda duduk dan menulis sebuah karangan, mereka mungkin berkata mereka tidak tahu apa ha- rus ditulis. Menurut para pendidik, ini perkara bia- sa. Pensyarah daripada kumpulan akade- mik sastera dan bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Cik Donna Lim, berkata ada banyak sebab anak-anak mendapati sukar menulis atau menunjuk- kan minat terhadap menulis. “Satu sebab itu ialah penulisan baik te- lah ditentukan bagi mereka dalam konteks tetap. Ini membuat anak itu putus harapan kerana ada jangkaan terlalu tinggi dan te- gar,” ujarnya. Mantan guru sekolah rendah itu berkata ibu bapa boleh memberitahu anak mereka bahawa penulisan kreatif bukan satu formu- la yang mempunyai matlamat sukar dica- pai. Sebaliknya, ia boleh bermula dengan satu cerita mudah. Satu lagi isu ialah ramai kanak-kanak – daripada usia anak kecil hingga remaja – lebih suka berinteraksi dengan alat elektro- nik berbanding membaca buku. Cik Diana Tham, yang mempunyai pe- ngalaman mengajar sastera dan bahasa Ing- geris lebih 20 tahun, berkata: “Seni menulis dengan baik mungkin hi- lang, dengan kanak-kanak terus kehilangan minat membaca dan menulis.” Cik Tham pengasas pusat pengayaan Eu- reka Edvantage Learning Hub dan mantan guru sekolah menengah. Beliau juga penulis siri esei model Eure- ka yang diterbitkan oleh Marshall Caven- dish. Sementara itu, Kementerian Pendidikan (MOE) sedang mengkaji cara membantu pelajar memperbaiki kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris dengan sistem pe- markahan yang dikuasai kecerdasan bua- tan (AI). Akhbar The Straits Times baru-baru ini melaporkan MOE telah membuka tender bagi sebuah sistem automatik yang boleh antara lain membetulkan tatabahasa, struk- tur ayat dan ekspresi. Apabila dilancarkan di wadah dalam ta- lian Ruang Pembelajaran Pelajar (SLS) men- jelang 2023, guru boleh menjimat masa daripada membetulkan kesilapan bahasa asas agar dapat memberi tumpuan pada ke- mahiran peringkat lebih tinggi seperti kema- hiran meyakinkan dan nada. IBU BAPA GURU PERTAMA ANAK Sementara kanak-kanak boleh men- gasah kemahiran mereka di sekolah, ibu ba- pa harus sedar bahawa mereka memainkan peranan paling penting untuk memupuk mi- nat anak mereka dalam penulisan, ujar Cik Tham. Ini harus bermula sejak anak itu kecil. Namun bagi anak lebih besar dan men- dapati mencabar untuk menulis, beliau berkongsi beberapa panduan bagi ibu bapa menggalak mereka menulis. BERI ANAK BUKU, BUKAN ALAT ELEKTRONIK Membaca merupakan hobi yang harus dipupuk semasa kanak-kanak kecil dan mempunyai imaginasi luas. Teroka dunia imaginasi bersama mere- ka, yang antara lain dipenuhi teko boleh bercakap dan almari boleh berjalan seperti dalam cerita Beauty And The Beast atau hu- tan seperti dalam cerita Tarzan. Jika anda tidak boleh berjauhan dari alat elektronik selama 15 minit untuk me- mupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak, jangan mengharapkan mereka mempunyai tabiat membaca kelak. SOKONG TABIAT MEMBACA ANAK Apabila anak membesar, cita rasa mem- baca mereka berubah. Sokong anak anda dengan mendapat- kan mereka buku yang mereka mahu baca. Kemudian, berikan buku yang telah di- baca anak anda kepada teman mereka, badan amal atau perpustakaan. TONTON FILEM ADAPTASI DARIPADA BUKU Filem seperti Animal Farm (1999), Charlotte’s Web (2006) dan Charlie And The Chocolate Factory (2005) boleh menja- di sumber inspirasi bagi kanak-kanak mem- baca buku klasik ini. Sementara itu, filem Marvel dan DC pu- la boleh mendorong mereka membaca no- vel grafiknya. Bagi anak remaja, ibu bapa boleh mem- perkenal filem seperti The Boy In The Striped Pyjamas (2008) dan Little Women (2019) kepada mereka dan kemudian versi bukunya. Galak mereka menulis dalam ayat mudah tentang perasaan mereka selepas menonton filem itu. Contohnya, tanyakan watak manakah yang mereka suka atau tidak suka, dan men- gapa. GALAK ANAK BERLATIH Ramai kanak-kanak tidak suka disuruh menulis karangan. Mula menggalak mereka dengan mende- kati mereka menerusi perbualan, misalnya: “Apa yang akan anda lakukan jika anda melihat seorang wanita tua berdiri dalam bas sedang anda duduk dengan selesa?” Kemudian, minta mereka menulis cerita pendek mengenainya dan dorong mereka dengan memberi ganjaran selepas mereka selesai. Bagi anak kecil pula, mereka boleh bela- jar cara menghasilkan kad dengan perkata- an dan ayat mudah bagi keluarga dan sau- dara-mara mereka. BANTU APABILA ANAK TERSEKAT Apabila anak anda berkata “saya tidak tahu nak tulis apa”, anda boleh membantu mereka. Tanya mereka apakah tajuk karangan mereka atau gambar berkaitan topik itu dan kongsi idea bersama. Anda boleh duduk bersama mereka sela- ma 10 minit pertama untuk membantu pro- ses menulis, seperti menulis pendahuluan karangan itu. Ibu bapa juga boleh menggalak anak- anak menggunakan bahasa hidup dan deskriptif. LUANGKAN MASA BACA CERITA MEREKA Penulisan anak anda merupakan jendela buat anda menjenguk pandangan mereka dan mengenal pasti masalah yang mungkin mereka alami. Jendela ini akan mengecil sedang mere- ka membesar. Oleh itu, hargai peluang ini. Pada masa sama, langkah ini juga akan menunjukkan bahawa anda menyokong karya mereka. Panduan pupuk minat anak tulis karangan INSPIRASI DARIPADA FILEM: Ada filem, seperti Animal Farm, Charlotte’s Web dan Charlie And The Chocolate Factory, boleh menjadi sumber inspirasi bagi kanak-kanak membaca dan menulis karangan. Galak mereka menulis dalam ayat mudah tentang perasaan mereka selepas menonton filem itu. – Foto fail

Upload: others

Post on 07-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: manusia Bapa juga

NAZRI HADI [email protected]

Sebagai bapa, kita harus menyedari bahawa kita juga manusia biasa, tidak lepas daripada kesilapan. Apabila keadaan sedemikian (tidak memberi perhatian pada anak) berlaku, bagi saya, saya tidak segan meminta maaf. Ini juga satu pengajaran kehidupan penting bagi mereka, bahawa tidak semua di dunia ini akan berlaku seperti yang kita rancang, jangka atau mahu.

– Penulis.

APABILA anda suruh anak anda duduk dan menulis sebuah karangan, mereka mungkin berkata mereka tidak tahu apa ha-rus ditulis.

Menurut para pendidik, ini perkara bia-sa.

Pensyarah daripada kumpulan akade-mik sastera dan bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Cik Donna Lim, berkata ada banyak sebab anak-anak mendapati sukar menulis atau menunjuk-kan minat terhadap menulis.

“Satu sebab itu ialah penulisan baik te-lah ditentukan bagi mereka dalam konteks tetap. Ini membuat anak itu putus harapan kerana ada jangkaan terlalu tinggi dan te-gar,” ujarnya.

Mantan guru sekolah rendah itu berkata ibu bapa boleh memberitahu anak mereka bahawa penulisan kreatif bukan satu formu-la yang mempunyai matlamat sukar dica-pai.

Sebaliknya, ia boleh bermula dengan satu cerita mudah.

Satu lagi isu ialah ramai kanak-kanak – daripada usia anak kecil hingga remaja – lebih suka berinteraksi dengan alat elektro-nik berbanding membaca buku.

Cik Diana Tham, yang mempunyai pe-ngalaman mengajar sastera dan bahasa Ing-geris lebih 20 tahun, berkata:

“Seni menulis dengan baik mungkin hi-lang, dengan kanak-kanak terus kehilangan minat membaca dan menulis.”

Cik Tham pengasas pusat pengayaan Eu-reka Edvantage Learning Hub dan mantan guru sekolah menengah.

Beliau juga penulis siri esei model Eure-ka yang diterbitkan oleh Marshall Caven-dish.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (MOE) sedang mengkaji cara membantu pelajar memperbaiki kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris dengan sistem pe-markahan yang dikuasai kecerdasan bua-tan (AI).

Akhbar The Straits Times baru-baru ini melaporkan MOE telah membuka tender bagi sebuah sistem automatik yang boleh antara lain membetulkan tatabahasa, struk-tur ayat dan ekspresi.

Apabila dilancarkan di wadah dalam ta-lian Ruang Pembelajaran Pelajar (SLS) men-

jelang 2023, guru boleh menjimat masa daripada membetulkan kesilapan bahasa asas agar dapat memberi tumpuan pada ke-mahiran peringkat lebih tinggi seperti kema-hiran meyakinkan dan nada.

IBU BAPA GURU PERTAMA ANAK

Sementara kanak-kanak boleh men-gasah kemahiran mereka di sekolah, ibu ba-pa harus sedar bahawa mereka memainkan peranan paling penting untuk memupuk mi-nat anak mereka dalam penulisan, ujar Cik Tham.

Ini harus bermula sejak anak itu kecil.Namun bagi anak lebih besar dan men-

dapati mencabar untuk menulis, beliau berkongsi beberapa panduan bagi ibu bapa menggalak mereka menulis.

BERI ANAK BUKU,BUKAN ALAT ELEKTRONIK

Membaca merupakan hobi yang harus dipupuk semasa kanak-kanak kecil dan mempunyai imaginasi luas.

Teroka dunia imaginasi bersama mere-ka, yang antara lain dipenuhi teko boleh bercakap dan almari boleh berjalan seperti dalam cerita Beauty And The Beast atau hu-tan seperti dalam cerita Tarzan.

Jika anda tidak boleh berjauhan dari alat elektronik selama 15 minit untuk me-mupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak, jangan mengharapkan mereka mempunyai tabiat membaca kelak.

SOKONG TABIAT MEMBACA ANAKApabila anak membesar, cita rasa mem-

baca mereka berubah.Sokong anak anda dengan mendapat-

kan mereka buku yang mereka mahu baca.Kemudian, berikan buku yang telah di-

baca anak anda kepada teman mereka, badan amal atau perpustakaan.

TONTON FILEM ADAPTASI DARIPADA BUKU

Filem seperti Animal Farm (1999), Charlotte’s Web (2006) dan Charlie And The Chocolate Factory (2005) boleh menja-di sumber inspirasi bagi kanak-kanak mem-baca buku klasik ini.

Sementara itu, filem Marvel dan DC pu-la boleh mendorong mereka membaca no-vel grafiknya.

Bagi anak remaja, ibu bapa boleh mem-

perkenal filem seperti The Boy In The Striped Pyjamas (2008) dan Little Women (2019) kepada mereka dan kemudian versi bukunya.

Galak mereka menulis dalam ayat mudah tentang perasaan mereka selepas menonton filem itu.

Contohnya, tanyakan watak manakah yang mereka suka atau tidak suka, dan men-gapa.

GALAK ANAK BERLATIHRamai kanak-kanak tidak suka disuruh

menulis karangan.Mula menggalak mereka dengan mende-

kati mereka menerusi perbualan, misalnya:“Apa yang akan anda lakukan jika anda

melihat seorang wanita tua berdiri dalam bas sedang anda duduk dengan selesa?”

Kemudian, minta mereka menulis cerita pendek mengenainya dan dorong mereka dengan memberi ganjaran selepas mereka selesai.

Bagi anak kecil pula, mereka boleh bela-jar cara menghasilkan kad dengan perkata-an dan ayat mudah bagi keluarga dan sau-dara-mara mereka.

BANTU APABILA ANAK TERSEKATApabila anak anda berkata “saya tidak

tahu nak tulis apa”, anda boleh membantu mereka.

Tanya mereka apakah tajuk karangan mereka atau gambar berkaitan topik itu dan kongsi idea bersama.

Anda boleh duduk bersama mereka sela-ma 10 minit pertama untuk membantu pro-ses menulis, seperti menulis pendahuluan karangan itu.

Ibu bapa juga boleh menggalak anak-anak menggunakan bahasa hidup dan deskriptif.

LUANGKAN MASA BACA CERITA MEREKA

Penulisan anak anda merupakan jendela buat anda menjenguk pandangan mereka dan mengenal pasti masalah yang mungkin mereka alami.

Jendela ini akan mengecil sedang mere-ka membesar. Oleh itu, hargai peluang ini.

Pada masa sama, langkah ini juga akan menunjukkan bahawa anda menyokong karya mereka.

RABU lalu, gerakan Bapa Sepanjang Hayat telah membuka tirai siri kegiatan dan program bagi menyambut Bulan Kebapaan khas untuk masyarakat Melayu Singapura.

Setiap tahun, September diperuntuk sebagai bulan meraikan bapa dalam masyarakat kita.

Dan sambutan bagi program yang dianjurkan – bukan sepanjang Bulan Kebapaan sahaja, malah sepanjang tahun – amat menggalakkan.

Akhbar ini pernah melaporkan pada 2019, sekitar 1,250 bapa mengambil bahagian dalam kegiatan yang dianjurkan Bapa Sepanjang Hayat sepanjang Bulan Kebapaan.

Meskipun penularan Covid-19 membataskan kegiatan fizikal yang boleh dianjurkan pusat itu, peralihan programnya ke wadah dalam talian menarik penyertaan lebih tinggi – sekitar 125,000 bapa Melayu mengikuti program gerakan itu sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, antara program utamanya, Bengkel Kebapaan, pula berkembang daripada hanya satu pada 2016, kepada 66 pada 2019.

Secara keseluruhan, sekitar 1,250 bapa telah menghadiri bengkel itu.

Perangkaan ini amat menggalakkan kerana antara tujuan Bapa Sepanjang Hayat, yang beroperasi di bawah naungan Centre for Fathering, ialah menyokong kaum Adam dalam perjalanan mereka mengharungi dunia kebapaan.

Kurangnya kehadiran seorang bapa dalam keluarga dikenal pasti gerakan tersebut sebagai antara punca pelbagai masalah yang merundung masyarakat Melayu.

Ini termasuk bapa tidak hadir secara fizikal – antaranya kerana sedang menjalani hukuman penjara – atau tidak hadir secara emosional dalam kehidupan anak-anak.

Saya bapa tiga anak.Anak sulung saya seorang putera

berusia 10 tahun. Dia seorang anak autisme dan sedang menuntut di darjah tiga di Sekolah Pathlight, sebuah sekolah Pendidikan Khas (SPED).

Anak kedua saya juga lelaki,

berusia tujuh tahun. Dia seorang kanak-kanak neuro-tipikal yang kini bersekolah di darjah satu.

Anak bongsu saya pula seorang perempuan, usianya baru 18 bulan.

Saya rasa bukan saya sahaja yang berasa sebagai seorang bapa, saya tidak menghabiskan masa yang mencukupi bersama anak-anak saya kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Setiap hari, tuntutan kerja mungkin berterusan hingga 8 malam dan selepas itu saya mempunyai masa yang begitu singkat bersama anak-anak.

Justeru, membahagikan masa antara tiga anak – setiap seorang mempunyai keperluan berbeza – merupakan satu cabaran besar, yang hampir mustahil.

Hujung minggu, jika tidak bertugas, adalah masa yang dapat saya habiskan bersama mereka, melakukan perkara yang kami gemar sebagai sebuah keluarga, meskipun Covid-19 bermakna kegiatan di luar terpaksa kami kurangkan.

Justeru, dengan masa terhad bersama anak-anak, bagi saya setiap detik bersama mereka begitu penting.

Tingkah laku, setiap perbuatan dan percakapan saya sepanjang bersama mereka mencerminkan diri saya sebagai seorang bapa.

Saya dibesarkan dalam keluarga di mana ibu dan ayah saya mendidik kami adik-beradik dengan cara ‘lebih banyak buat daripada bercakap’.

Seingat saya, ibu dan ayah saya tidak pernah berbual panjang lebar

mengenai perkara betul atau salah, apa yang harus dan tidak harus saya lakukan.

Saya belajar mengenai betul dan salah dengan memerhatikan tingkah laku dan percakapan mereka.

Pengalaman ini membentuk diri saya apabila dewasa.

Dan kini sebagai bapa, itulah strategi yang saya amalkan bersama anak-anak.

Ia menjadi lebih penting lagi dengan waktu yang dihabiskan bersama mereka begitu berharga kerana ia amat terbatas, terlalu sedikit daripada yang saya mahukan.

Lantaran itulah, apabila saya melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan apa yang saya mahu paparkan kepada anak-anak, saya berasa begitu bersalah.

Ia seolah-olah saya telah membazirkan masa berharga bersama mereka.

Contohnya mungkin dalam bentuk sesuatu yang kecil, iaitu saya tidak dapat memberikan tumpuan pada mereka pada saat mereka mahukan perhatian saya kerana sedang sibuk membalas e-mel penting di telefon bijak.

Beberapa saat kemudian, saya kembali memberikan mereka perhatian, namun detik penting itu sudah berlalu buat selama-lamanya.

Keadaan seperti ini agak sering berlaku.

Kini, saya cuba sedaya upaya untuk lebih sedar bahawa detik-detik kecil itu penting. E-mel tadi boleh tunggu sebelum dibalas.

Namun saya akur, terdapat masa-masa tertentu apabila azam saya lemah, saya tertewas dek pelbagai gangguan. Perasaan kecewa dan bersalah kembali menyelinap.

Sebagai bapa, kita harus menyedari bahawa kita juga manusia biasa, tidak lepas daripada kesilapan.

Apabila keadaan sedemikian berlaku, bagi saya, saya tidak segan meminta maaf.

Ini juga satu pengajaran kehidupan penting bagi mereka, bahawa tidak semua di dunia ini akan berlaku seperti yang kita rancang, jangka atau mahu.

Panduan pupuk minat anak tulis karangan

Bapa juga manusia

biasa

INSPIRASI DARIPADA FILEM: Ada filem, seperti Animal Farm, Charlotte’s Web dan Charlie And The Chocolate Factory, boleh menjadi sumber inspirasi bagi kanak-kanak membaca dan menulis karangan. Galak mereka menulis dalam ayat mudah tentang perasaan mereka selepas menonton filem itu. – Foto fail

PAPARKAN PERKARA SESUAI: Dek masa terhad, setiap detik penulis bersama Aydan Ziqry, 10 tahun; Aadil Haris, tujuh tahun; dan Amelie Sofia Hannah, 18 bulan; begitu penting. Beliau berasa bersalah apabila melakukan perkara tidak sesuai dengan apa yang hendak dipaparkan kepada anak-anaknya. – Foto BH oleh NAZRI HADI SAPARIN

Penulis tidak segan minta maaf kepada anak-anak,yakin ia juga pengajaran hidup berharga bagi mereka

RENCANA

16 Berita Harian | Isnin, 6 September 2021

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.