satu malaysia jadi pegangan

3
Satu Malaysia jadi pegangan, Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, warga pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam 1 Malaysia. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Kebaikan Perpaduan Kaum Di Malaysia . Serangkap pantun 1 Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia yang menjadi pegangan Perdana Menteri negara kita, ’’ Dato Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hadirin yang dikasihi, Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti perpaduan penting dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan

Upload: nithiyaa-seran

Post on 25-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Satu Malaysia Jadi Pegangan

Satu Malaysia jadi pegangan,

Rukun Negara teras panduan,

Satu Malaysia benteng negara,

Rakyat Malaysia taat setia.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana,

warga pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam 1 Malaysia. Tajuk syarahan saya

pada hari ini ialah “Kebaikan Perpaduan Kaum Di Malaysia”. Serangkap pantun 1

Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh

rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi

pegangan Perdana Menteri negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu

langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat

yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti perpaduan penting dengan

wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India,

Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas

Page 2: Satu Malaysia Jadi Pegangan

menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi keinginan

manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan

masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai cita-cita yang sama dapat

tercapai.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang

terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan

pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum.

Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat

pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi

pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini turut menyumbang kepada ekonomi negara

dalam pertukaran mata wang asing.

Warga hadirin sekalian,

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan

ekonomi negara. Dengan adanya perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia,

penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil

tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan

yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan

peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat

bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Page 3: Satu Malaysia Jadi Pegangan

Oleh yang demikian, warga dewan, marilah kita bersama-sama mengeratkan

perpaduan agar negara kita Malaysia terus cemerlang di persada dunia. Semoga

perpaduan yang utuh dan kuat ini dapat membantu negara kita mencapai Wawasan

2020 dengan berjaya.

Cahaya biasan semalaman,

Suria senja bukan penamat,

1 Malaysia slogan kerajaan,

Negara banga jadi matlamat.

Sekian Terima Kasih.