satu gelas pada setiap pagi untuk permulaan yang … gelas pada setiap pagi untuk permulaan yang...

5
Satu gelas pada setiap pagi untuk permulaan yang kuat Kajian menunjukkan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm dalam hidangan sarapan kegemaran Malaysia membantu memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak Kuala Lumpur, 24 Ogos 2017 -- Apakah yang kurang dalam sarapan pagi rakyat Malaysia? Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Dutch Lady PureFarm, susu sedia-untuk-diminum No. 1 di Malaysia 1 , sewaktu pelancaran kempen sarapan pada pagi ini berikuti jamuan hidangan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng. Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menekankan kepentingan untuk keluarga Malaysia mendapatkan nutrien penting yang mencukupi daripada sarapan harian bagi membantu mereka memulakan hari dengan lebih bertenaga dan kuat. Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari anda kerana ia merupakan makanan pertama yang kita makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir yang dimakan. Bekalan nutrien yang semakin kurang selepas 12 jam bermakna otak kita kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme kita juga memerlukan makanan untuk mula bertindak,kata Ng. Oleh itu, sarapan yang kita ambil perlu menyediakan nutrien penting yang cukup untuk membantu kita memenuhi pengambilan nutrien harian seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Sarapan juga perlu membekalkan nutrien makro dan mikro yang seimbang, termasuklah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,tambahnya. Professor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, yang mengetuai kajian SEANUTS Malaysia, menunjukkan bahawa hanya dua dalam tiga orang kanak-kanak Malaysia makan sarapan setiap pagi, 2 oleh kerana itu penting untuk memilih makanan sarapan yang berkhasiat. Pasukannya menganalisis tujuh sarapan pagi yang popular untuk mengetahui sama ada ia membekalkan jumlah tenaga, protein, vitamin A, B2 dan D, serta kalsium untuk memenuhi 20 hingga 25% 3 daripada pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Menurut Profesor Poh, kajian mengambil ilham daripada MyBreakfast Study of School Children 4 untuk mengenalpasti makanan yang paling biasa diambil pada waktu pagi oleh kanak-kanak Malaysia. Ramuan dan saiz hidangan sarapan pagi ini dianalisis mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia. Tujuh jenis sarapan pagi paling biasa diambil oleh rakyat

Upload: lykien

Post on 04-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Satu gelas pada setiap pagi untuk permulaan yang

kuat Kajian menunjukkan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm

dalam hidangan sarapan kegemaran Malaysia membantu memenuhi

keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang

dewasa dan kanak-kanak

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2017 -- Apakah yang kurang dalam sarapan pagi rakyat Malaysia?

Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Dutch Lady PureFarm, susu sedia-untuk-diminum No.

1 di Malaysia1, sewaktu pelancaran kempen sarapan pada pagi ini berikuti jamuan hidangan

kegemaran Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menekankan kepentingan untuk

keluarga Malaysia mendapatkan nutrien penting yang mencukupi daripada sarapan harian

bagi membantu mereka memulakan hari dengan lebih bertenaga dan kuat.

“Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari anda kerana ia merupakan

makanan pertama yang kita makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan

terakhir yang dimakan. Bekalan nutrien yang semakin kurang selepas 12 jam bermakna otak

kita kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme kita juga memerlukan makanan

untuk mula bertindak,” kata Ng.

“Oleh itu, sarapan yang kita ambil perlu menyediakan nutrien penting yang cukup untuk

membantu kita memenuhi pengambilan nutrien harian seperti yang disyorkan oleh

Kementerian Kesihatan. Sarapan juga perlu membekalkan nutrien makro dan mikro yang

seimbang, termasuklah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” tambahnya.

Professor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

yang mengetuai kajian SEANUTS Malaysia, menunjukkan bahawa hanya dua dalam tiga

orang kanak-kanak Malaysia makan sarapan setiap pagi,2 oleh kerana itu penting untuk

memilih makanan sarapan yang berkhasiat. Pasukannya menganalisis tujuh sarapan pagi

yang popular untuk mengetahui sama ada ia membekalkan jumlah tenaga, protein, vitamin

A, B2 dan D, serta kalsium untuk memenuhi 20 hingga 25%3 daripada pengambilan tenaga

dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Menurut Profesor Poh, kajian mengambil ilham daripada MyBreakfast Study of School

Children4 untuk mengenalpasti makanan yang paling biasa diambil pada waktu pagi oleh

kanak-kanak Malaysia. Ramuan dan saiz hidangan sarapan pagi ini dianalisis mengikut Garis

Panduan Pemakanan Malaysia. Tujuh jenis sarapan pagi paling biasa diambil oleh rakyat

Malaysia yang dianalisis adalah nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, roti canai, roti telur atau

French toast, sandwic sardin dan gabungan karipap dan dua jenis kuih.

“Analisis sarapan pagi paling biasa ini menunjukkan bahawa ia tidak dapat membekalkan

nutrien penting yang cukup untuk memenuhi 20 hingga 25% pengambilan nutrien harian

yang disyorkan (RNI) untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Bagi orang dewasa, hidangan

sarapan ini tidak mengandungi tenaga, protein, vitamin D dan kalsium yang mencukupi, yang

penting untuk membantu mereka memulakan hari dengan baik; dan bagi kanak-kanak,

mereka kekurangan vitamin D dan kalsium, yang penting untuk perkembangan tulang dan

keseluruhannya,” jelas Prof. Poh.

Kandungan vitamin D dan kalsium yang rendah turut dikesan oleh dua tinjauan lain yang

menunjukkan orang dewasa dan kanak-kanak Malaysia kekurangan nutrien ini dalam

pengambilan makanan mereka. Menurut Kajian Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS),

hampir 50% kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan kalsium dan vitamin D5;

manakala Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2014 menunjukkan pengambilan mikro

nutrien utama oleh orang dewasa seperti kalsium, zat besi, vitamin A dan C adalah kurang

daripada dua pertiga RNI yang disyor oleh Kementerian Kesihatan6. Lebih merisaukan adalah

kajian SEANUTS menunjukkan kanak-kanak Malaysia pada purata meminum hanya setengah

hidang susu setiap hari, dan cuma 5% kanak-kanak yang memenuhi kuantiti yang disaran,

iaitu 2 hidangan susu setiap hari, yang boleh membantu mereka memenuhi keperluan

kalsium dan vitamin D.7

Walau bagaimanapun, apabila sarapan ini diambil bersama hidangan 250ml susu yang

diperkaya, pengambilan pemakanan harian pada 20 – 25% dapat dipenuhi dengan mudah.

Tenaga serta semua vitamin dan mineral yang diukur (vitamin A, B2, D dan kalsium)

memenuhi keperluan 20 – 25% RNI harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

“Rakyat Malaysia biasanya makan nasi lemak, mi goreng dan nasi goreng terutamanya pada

waktu pagi. Walau bagaimanapun, pilihan sarapan ini tidak memberikan makro dan mikro

nutrien yang mencukupi untuk memulakan hari anda dengan bertenaga. Untuk membantu

rakyat Malaysia memenuhi keperluan pemakanan untuk sarapan, kami syorkan untuk

meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm setiap pagi! Susu Dutch Lady PureFarm pula

disediakan dalam pembungkusan yang mudah dan sesuai untuk diminum pada waktu pagi

yang sibuk,” kata Ng.

Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien penting berikut untuk membantu keluarga

Malaysia memulakan hari mereka dengan lebih bertenaga:

• Protein membantu membina dan membaiki tisu8 supaya otot kita sentiasa berfungsi

dalam keadaan yang baik;

• Vitamin A membolehkan mata berfungsi dengan sempurna9 dan membantu kita

memberi tumpuan dan perhatian, di sekolah dan juga di tempat kerja;

• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak, dan

protein;10

• Vitamin D membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus;11 dan

• Kalsium adalah penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak12

serta membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat13 untuk gaya

hidup yang aktif.

Kami sarankan untuk anda menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm bersama hidangan

sarapan kegemaran Malaysia. Dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm anda bersedia

untuk memulakan hari dengan lebih cergas - segelas setiap hari pada waktu pagi untuk

permulaan yang lebih kuat dan bertenaga!

Untuk mengetahui maklumat lanjut bagaimana segelas susu Dutch Lady PureFarm boleh

membantu anda memenuhi keperluan pengambilan nutrien, sila layari laman Facebook Dutch

Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau

www.dutchlady.com.my.

References:

1 Retail Audit for 12 months ending July 2016 in Total Penisular Malaysia (Copyright © 2016, The Nielsen Company

(M) Sdn Bhd).

2 Chong KH, Wu SK, Noor Hafizah Y, Bragt MC, Poh BK, SEANUTS Malaysia Study Group. Eating Habits of Malaysian

Children: Findings of the South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS). Asia Pacific Journal of Public Health.

2016 Jul; 28(5_suppl):59S-73S.

3 Grovenor & Smolin, 2002.

4 MyBreakfastStudy of School Children: Findings, Implications & Solutions, Symposium Abstracts, 3 December

2015, Nutrition Society Malaysia.

5 Nutritional status and dietary intakes of children aged 6 months to 12 years: findings of the Nutrition Survey of

Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.

6 Current nutrient intake among Malaysia, Adult: Finding from MANS 2014, THE MEDICAL JOURNAL OF MALAYSIA,

VOL. 70 SUPPLEMENT 1 SEPTEMBER 2015, pp 12.

7 Koo HC, Poh BK, Lee ST, Chong KH, Bragt MC, Abd Talib R, SEANUTS Malaysia Study Group. Are Malaysian

Children Achieving Dietary Guideline Recommendations, Asia Pacific Journal of Public Health, 2016 Jul;

28(5_suppl):8S-20S.

8-13 MOH (2010). Guide to Nutrition Labelling and Claims (as at December 2010). Food Safety and Quality Division,

Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Dutch Lady Milk Industries Berhad Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad

(Dutch Lady Malaysia) ialah syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah satu syarikat

koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun

1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak di Malaysia

pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion

Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan

eksport, dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso

Gold.

Melalui kerjasama unik antara FrieslandCampina dan empat pasukan/universiti penyelidikan antarabangsa,

Kajian Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) telah ditugaskan untuk mengkaji status nutrisi dan

kekurangannya didapati wujud pada kanak-kanak Asia Tenggara sehingga berumur 12 tahun.

Royal FrieslandCampina Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan

nutrien berharga kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan pendapatan tahunan sebanyak

11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan satu daripada lima syarikat tenusu terbesar di dunia,

membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap kepada

industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat

di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih

daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A,

dengan 19.244 ahli petani tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium- menjadikannya salah satu koperasi

tenusu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari: www.frieslandcampina.com

Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad

Shamsidar Yahya Nassim

Tel: 03-7953 2600

Email: [email protected]

Through Bridges PR & Events Sdn Bhd

Ng Yuet Meng / Charu

Tel: 03-7982 1750/ 51

Email: [email protected] / [email protected]