Satu gelas pada setiap pagi untuk permulaan yang
kuat Kajian menunjukkan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm
dalam hidangan sarapan kegemaran Malaysia membantu memenuhi
keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang
dewasa dan kanak-kanak
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2017 -- Apakah yang kurang dalam sarapan pagi rakyat Malaysia?
Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Dutch Lady PureFarm, susu sedia-untuk-diminum No.
1 di Malaysia1, sewaktu pelancaran kempen sarapan pada pagi ini berikuti jamuan hidangan
kegemaran Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.
Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menekankan kepentingan untuk
keluarga Malaysia mendapatkan nutrien penting yang mencukupi daripada sarapan harian
bagi membantu mereka memulakan hari dengan lebih bertenaga dan kuat.
“Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari anda kerana ia merupakan
makanan pertama yang kita makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan
terakhir yang dimakan. Bekalan nutrien yang semakin kurang selepas 12 jam bermakna otak
kita kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme kita juga memerlukan makanan
untuk mula bertindak,” kata Ng.
“Oleh itu, sarapan yang kita ambil perlu menyediakan nutrien penting yang cukup untuk
membantu kita memenuhi pengambilan nutrien harian seperti yang disyorkan oleh
Kementerian Kesihatan. Sarapan juga perlu membekalkan nutrien makro dan mikro yang
seimbang, termasuklah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” tambahnya.
Professor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang mengetuai kajian SEANUTS Malaysia, menunjukkan bahawa hanya dua dalam tiga
orang kanak-kanak Malaysia makan sarapan setiap pagi,2 oleh kerana itu penting untuk
memilih makanan sarapan yang berkhasiat. Pasukannya menganalisis tujuh sarapan pagi
yang popular untuk mengetahui sama ada ia membekalkan jumlah tenaga, protein, vitamin
A, B2 dan D, serta kalsium untuk memenuhi 20 hingga 25%3 daripada pengambilan tenaga
dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Menurut Profesor Poh, kajian mengambil ilham daripada MyBreakfast Study of School
Children4 untuk mengenalpasti makanan yang paling biasa diambil pada waktu pagi oleh
kanak-kanak Malaysia. Ramuan dan saiz hidangan sarapan pagi ini dianalisis mengikut Garis
Panduan Pemakanan Malaysia. Tujuh jenis sarapan pagi paling biasa diambil oleh rakyat
Malaysia yang dianalisis adalah nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, roti canai, roti telur atau
French toast, sandwic sardin dan gabungan karipap dan dua jenis kuih.
“Analisis sarapan pagi paling biasa ini menunjukkan bahawa ia tidak dapat membekalkan
nutrien penting yang cukup untuk memenuhi 20 hingga 25% pengambilan nutrien harian
yang disyorkan (RNI) untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Bagi orang dewasa, hidangan
sarapan ini tidak mengandungi tenaga, protein, vitamin D dan kalsium yang mencukupi, yang
penting untuk membantu mereka memulakan hari dengan baik; dan bagi kanak-kanak,
mereka kekurangan vitamin D dan kalsium, yang penting untuk perkembangan tulang dan
keseluruhannya,” jelas Prof. Poh.
Kandungan vitamin D dan kalsium yang rendah turut dikesan oleh dua tinjauan lain yang
menunjukkan orang dewasa dan kanak-kanak Malaysia kekurangan nutrien ini dalam
pengambilan makanan mereka. Menurut Kajian Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS),
hampir 50% kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan kalsium dan vitamin D5;
manakala Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2014 menunjukkan pengambilan mikro
nutrien utama oleh orang dewasa seperti kalsium, zat besi, vitamin A dan C adalah kurang
daripada dua pertiga RNI yang disyor oleh Kementerian Kesihatan6. Lebih merisaukan adalah
kajian SEANUTS menunjukkan kanak-kanak Malaysia pada purata meminum hanya setengah
hidang susu setiap hari, dan cuma 5% kanak-kanak yang memenuhi kuantiti yang disaran,
iaitu 2 hidangan susu setiap hari, yang boleh membantu mereka memenuhi keperluan
kalsium dan vitamin D.7
Walau bagaimanapun, apabila sarapan ini diambil bersama hidangan 250ml susu yang
diperkaya, pengambilan pemakanan harian pada 20 – 25% dapat dipenuhi dengan mudah.
Tenaga serta semua vitamin dan mineral yang diukur (vitamin A, B2, D dan kalsium)
memenuhi keperluan 20 – 25% RNI harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
“Rakyat Malaysia biasanya makan nasi lemak, mi goreng dan nasi goreng terutamanya pada
waktu pagi. Walau bagaimanapun, pilihan sarapan ini tidak memberikan makro dan mikro
nutrien yang mencukupi untuk memulakan hari anda dengan bertenaga. Untuk membantu
rakyat Malaysia memenuhi keperluan pemakanan untuk sarapan, kami syorkan untuk
meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm setiap pagi! Susu Dutch Lady PureFarm pula
disediakan dalam pembungkusan yang mudah dan sesuai untuk diminum pada waktu pagi
yang sibuk,” kata Ng.
Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien penting berikut untuk membantu keluarga
Malaysia memulakan hari mereka dengan lebih bertenaga:
• Protein membantu membina dan membaiki tisu8 supaya otot kita sentiasa berfungsi
dalam keadaan yang baik;
• Vitamin A membolehkan mata berfungsi dengan sempurna9 dan membantu kita
memberi tumpuan dan perhatian, di sekolah dan juga di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak, dan
protein;10
• Vitamin D membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus;11 dan
• Kalsium adalah penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak12
serta membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat13 untuk gaya
hidup yang aktif.
Kami sarankan untuk anda menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm bersama hidangan
sarapan kegemaran Malaysia. Dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm anda bersedia
untuk memulakan hari dengan lebih cergas - segelas setiap hari pada waktu pagi untuk
permulaan yang lebih kuat dan bertenaga!
Untuk mengetahui maklumat lanjut bagaimana segelas susu Dutch Lady PureFarm boleh
membantu anda memenuhi keperluan pengambilan nutrien, sila layari laman Facebook Dutch
Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau
www.dutchlady.com.my.
References:
1 Retail Audit for 12 months ending July 2016 in Total Penisular Malaysia (Copyright © 2016, The Nielsen Company
(M) Sdn Bhd).
2 Chong KH, Wu SK, Noor Hafizah Y, Bragt MC, Poh BK, SEANUTS Malaysia Study Group. Eating Habits of Malaysian
Children: Findings of the South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS). Asia Pacific Journal of Public Health.
2016 Jul; 28(5_suppl):59S-73S.
3 Grovenor & Smolin, 2002.
4 MyBreakfastStudy of School Children: Findings, Implications & Solutions, Symposium Abstracts, 3 December
2015, Nutrition Society Malaysia.
5 Nutritional status and dietary intakes of children aged 6 months to 12 years: findings of the Nutrition Survey of
Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.
6 Current nutrient intake among Malaysia, Adult: Finding from MANS 2014, THE MEDICAL JOURNAL OF MALAYSIA,
VOL. 70 SUPPLEMENT 1 SEPTEMBER 2015, pp 12.
7 Koo HC, Poh BK, Lee ST, Chong KH, Bragt MC, Abd Talib R, SEANUTS Malaysia Study Group. Are Malaysian
Children Achieving Dietary Guideline Recommendations, Asia Pacific Journal of Public Health, 2016 Jul;
28(5_suppl):8S-20S.
8-13 MOH (2010). Guide to Nutrition Labelling and Claims (as at December 2010). Food Safety and Quality Division,
Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.
Dutch Lady Milk Industries Berhad Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad
(Dutch Lady Malaysia) ialah syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah satu syarikat
koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda.
Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun
1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak di Malaysia
pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion
Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan
eksport, dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso
Gold.
Melalui kerjasama unik antara FrieslandCampina dan empat pasukan/universiti penyelidikan antarabangsa,
Kajian Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) telah ditugaskan untuk mengkaji status nutrisi dan
kekurangannya didapati wujud pada kanak-kanak Asia Tenggara sehingga berumur 12 tahun.
Royal FrieslandCampina Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan
nutrien berharga kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan pendapatan tahunan sebanyak
11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan satu daripada lima syarikat tenusu terbesar di dunia,
membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap kepada
industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat
di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih
daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A,
dengan 19.244 ahli petani tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium- menjadikannya salah satu koperasi
tenusu terbesar di dunia.
Untuk maklumat lanjut sila layari: www.frieslandcampina.com
Issued by Dutch Lady Milk Industries Berhad
Shamsidar Yahya Nassim
Tel: 03-7953 2600
Email: [email protected]
Through Bridges PR & Events Sdn Bhd
Ng Yuet Meng / Charu
Tel: 03-7982 1750/ 51
Email: [email protected] / [email protected]