sastera penggerak bahasa seronoknya membaca: … · halaman sepuluh berita harian rabu, 18 april...

1
P rogram Seronoknya Mem- baca yang merupakan pro- gram galakan membaca yang pertama diadakan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Ba- hasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Galeri Ilmu DBP dan juga Badan Keluarga DBP, ber- jaya menarik perhatian 50 orang kanak-kanak yang terdiri dari- pada kanak-kanak tadika dan sekolah rendah dalam kalangan anak-anak staf DBP, Koperasi DBP dan juga Dawama Sdn. Bhd. Program yang dianjurkan pada 12 Mac 2007 sempena musim cuti sekolah lalu merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan untuk menggalakkan minat mem- baca dalam kalangan masyara- kat, khususnya kanak-kanak. Bagi memberikan pendedahan awal, bahasa Melayu digunakan sebagai medium penyampaian cerita kepada kanak-kanak. Melalui program ini, kanak- kanak diberi pendedahan tentang dunia sains melalui sesi bercerita buku bersiri Bacalah Tentang... yang terdiri daripada sepu- luh buah judul, iaitu Mamalia, Serangga, Haiwan Kenit, Haiwan Laut, Burung, Reptilia, Dinosour, Gunung Be-rapi, Hurikan dan Gempa Bumi. Buku bersiri Bacalah Tentang... ini merupa- kan hasil terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Buku ini dipilih kerana telah direka bentuk de-ngan teliti untuk meningkatkan kefasihan membaca subjek bukan fiksyen yang menggabungkan teks nara- tif, bahasa yang mudah difahami serta formatnya mudah diikuti. Buku ini dapat membantu kanak- kanak mengetahui kitaran hidup haiwan serta habitatnya serta menambahkan ilmu pengeta- huan mengenai kejadian alam di sekeliling kita. Sesi bercerita yang disam- paikan oleh editor buku kanak- kanak DBP, Puan Filzah Ibrahim telah menceritakan kitaran hidup serangga yang berjaya menarik perhatian kanak-kanak, iaitu rama-rama, bermula dari telur, ulat beluncas, kepompong dan akhir-nya menjadi seekor rama- rama yang cantik melalui proses metamorfosis. Kanak-kanak j u g a diberi peluang meng- gunting kertas pelbagai warna dan menampal- nya untuk memben- tuk seekor ulat belun- cas yang menarik mengikut kreativiti masing-ma- sing. Sebagai hiburan, kanak-kanak diajak menya- nyikan lagu ABCku, Satu Dua Tiga, Ulat Beluncas dan Bangau O Bangau sambil diiringi petikan gitar Saudara Marjuni Plera. Program yang berjaya me- wujudkan interaksi antara kanak-kanak dan berkongsi pengalaman kreatif ini akan dimasukkan sebagai salah satu acara musim cuti sekolah dalam kalendar tahunan DBP. Ini perlu bagi memupuk minat membaca yang berterusan dalam kalangan kanak-kanak, di samping mem- promosikan buku kanak-kanak terbitan DBP. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007 SASTERA PENGGERAK BAHASA Seronoknya Membaca: Meningkatkan Minat Membaca Kanak-kanak BH PILIH L10 18 emel PEMAKLUMAN BENGKEL PENULISAN J abatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjur- kan Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum pada 4 hing- ga 6 Mei 2007 dan Bengkel Penulisan Bakal Pesara pada 18 hingga 20 Mei 2007 bertempat di Kuala Lumpur. Bengkel ini akan dilaksanakan secara praktikal dalam memberi panduan yang berguna kepada para penulis untuk menghasilkan karya kreatif, khususnya genre cer- pen oleh pembimbing yang ber- pengalaman, iaitu Zaharah Nawawi. Penyertaan Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan para penulis pelbagai kaum dari IPTA, IPTS, maktab per- guruan dan persatuan penulis yang berumur antara 18 hingga 45 tahun. Sementara Bengkel Penulisan Bakal Pesara, penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia atau penulis berumur 45 tahun ke atas yang masih bekerja di sektor awam, swasta atau telah bersara. Penyertaan adalah percuma. Penyertaan hanya dibuka kepada 20 orang peserta sahaja bagi setiap bengkel. Setiap peserta bengkel dikehendaki menghantar cerpen sepanjang 6 hingga 8 halaman den- gan saiz aksara 12 poin Times New Roman yang ditulis dengan jarak dua baris bersama-sama dengan borang penyertaan yang telah dilengkapkan. Pemilihan peserta berdasarkan hasil karya mereka yang dinilai oleh pembimbing dan pihak penganjur. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Zamri 03-2148 2558, Abdul Aziz 2148 2614, Fatin Suraya 2148 2614 atau Rafidah 2148 2623 atau layari laman web: www.dbp. gov.my. Hantarkan penyertaan anda kepada Urus Setia, Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum/Bengkel Penulisan Bakal Pesara, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Jabatan Sastera, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Tarikh tutup pe- nyertaan ialah pada 23 April 2007. D alam siri yang lepas, ruang- an in telah menyentuh tentang simile. Kali ini, kita akan membincangkan ten- tang metafora, iaitu salah satu gaya bahasa perbandingan yang kerap digunakan oleh penyair dalam mencipta sesebuah sajak. Kata metafora berasal daripada bahasa Yunani metaphora (dari- pada perkataan metapherein) yang bererti ‘memindahkan’, terutama makna sesuatu per- kataan kepada perkataan yang lain’. Dalam buku Pengajaran Gaya Bahasa (1985: 15), Tarigan yang memetik pendapat Dale, menya- takan bahawa “metafora ialah perbandingan antara dua hal atau benda untuk menciptakan suatu kesan mental yang hidup. Jika simile menggunakan per- bandingan secara eksplisit de- ngan menggunakan perkataan ‘seperti’, ‘bagai’, ‘umpama’ dan yang berkaitan, metafora pula ialah perbandingan secara im- plisit atau tidak terang-terang- an. Dharmawijaya (1994: 191) menyatakan bahawa metafora ialah sejenis gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang ring- kas, padat dan tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, dan satu perkataan lagi bersifat abstrak, iaitu tidak nyata, dan yang dijadikan perbandingan. Sebagai contoh, berikut ditu- runkan petikan sajak ‘Kubuka Kitabku’ karya T. Alias Taib daripada kumpulan puisi Pira- mid (1990: 18) selembar demi selembar kubuka kitabku kubuka diriku yang tercetak dengan huruf luka di halaman berdarah bab demi bab mengepul bak debu di pasir pengalamanku kutulis penemuan sepanjang kembaraku di lebuh raya hidup yang telah lusuh dikelabukan masa silam dan dikuningkan usia bak daun kalendar yang terbiar dijilat sinar 1988 Melalui sajak di atas, bebera- pa gaya bahasa metafora telah digunakan oleh penyair T. Alias Taib, iaitu ‘huruf luka’, ‘hala- man berdarah’ ‘pasir penga- laman’ dan ‘lebuh raya hidup’. Untuk memahami gaya baha- sa metafora ini, kita lihat rang- kai kata ‘pasir pengalaman’. Kata ‘pasir’ ialah kata yang konkrit atau nyata, iaitu dapat dilihat dan dirasai, manakala kata ‘pengalaman’ pula bersifat abstrak atau tidak nyata. Bila kata ‘pasir’ dan ‘pengalaman’ ini dirangkaikan, ia menim- bulkan satu kesan makna yang baru. Metafora ‘pasir pengala- man’ bolehlah ditaksirkan sebagai pengalaman yang ban- yak seperti butir-butir pasir. (bersambung) Metafora Oleh Saifullizan Yahaya Oleh Filzah Ibrahim PEDOMAN SASTERA MAKLUMAT SASTERA Drama nostalgia Lantai T. Pinkie merupakan hasil karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Drama Lantai T. Pinkie ini memaparkan kehidupan dekad lima puluh- an ketika Semenanjung Tanah Melayu masih Malaya (dan ketika Singapura masih Wilayah Malaya). Lantai T. Pinkie buat pertama kalinya telah dipentaskan pada 5 dan 6 Jun 1996, di Auditorium World Trade Centre, Singapura sempena Pesta Seni Singapura 1996. Sukma Angin, sebuah novel karya Sasterawan Negara Arena Wati bukan sekadar riwayat sebuah kapal. Ia merakamkan keagung- an bangsa Melayu dalam ritual, ilmu serta seni pertukangan, pelayaran dan perniagaan mari- tim. Dalam novel ini, Arena Wati telah mengimbas keagungan lampau itu dalam hubungan Sukma Angin sebagai “kapal dagang Melayu tradisional yang akhir.” Oleh itu, novel ini mening- galkan kesan nostalgia, juga rasa benci terhadap penjajah yang berhasrat untuk melumpuhkan penguasaan maritim bangsa Me- layu di rantau ini. Karya ini menggabungkan nilai seni dan intelektual me- rangkumi budaya, sejarah dan falsafah. Dalam kesusasteraan moden, belum ada pengarang yang boleh menandingi Arena Wati dalam menggambarkan dunia pelaut sebagai cereka menarik. KANAK-kanak terpegun mendengar cerita Puan Filzah Ibrahim dengan iringan gitar Marjuni Plera.

Upload: dinhthuan

Post on 06-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA Seronoknya Membaca: … · Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007 SASTERA PENGGERAK BAHASA Seronoknya Membaca: Meningkatkan Minat Membaca Kanak-kanak

Program Seronoknya Mem-baca yang merupakan pro-gram galakan membaca

yang pertama diadakan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Ba-hasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Galeri Ilmu DBP dan juga Badan Keluarga DBP, ber-jaya menarik perhatian 50 orang kanak-kanak yang terdiri dari-pada kanak-kanak tadika dan sekolah rendah dalam kalangan anak-anak staf DBP, Koperasi DBP dan juga Dawama Sdn. Bhd.

Program yang dianjurkan pada 12 Mac 2007 sempena musim cuti sekolah lalu merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan

untuk menggalakkan minat mem-baca dalam kalangan masyara-kat, khususnya kanak-kanak.Bagi memberikan pendedahan awal, bahasa Melayu digunakan sebagai medium penyampaian cerita kepada kanak-kanak.

Melalui program ini, kanak-kanak diberi pendedahan tentang dunia sains melalui sesi bercerita buku bersiri Bacalah Tentang... yang terdiri daripada sepu-luh buah judul, iaitu Mamalia, Serangga, Haiwan Kenit, Haiwan Laut, Burung, Reptilia, Dinosour,

Gunung Be-rapi, Hurikan dan Gempa Bumi. Buku bersiri Bacalah Tentang... ini merupa-kan hasil terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Buku ini dipilih kerana telah direka bentuk de-ngan teliti untuk meningkatkan kefasihan membaca subjek bukan fiksyen yang menggabungkan teks nara-tif, bahasa yang mudah difahami serta formatnya mudah diikuti. Buku ini dapat membantu kanak-kanak mengetahui kitaran hidup haiwan serta habitatnya serta menambahkan ilmu pengeta-huan mengenai kejadian alam di sekeliling kita.

Sesi bercerita yang disam-

paikan oleh editor buku kanak-kanak DBP, Puan Filzah Ibrahim telah menceritakan kitaran hidup serangga yang berjaya menarik perhatian kanak-kanak, iaitu rama-rama, bermula dari telur, ulat beluncas, kepompong dan akhir-nya menjadi seekor rama-rama yang cantik melalui proses metamorfosis. Kanak-kanak j u g a d i b e r i p e l u a n g m e n g -g u n t i n g k e r t a s p e l b a g a i warna dan menampal-nya untuk m e m b e n -tuk seekor ulat belun-cas yang m e n a r i k m e n g i k u t k r e a t i v i t i masing-ma-sing. Sebagai h i b u r a n , kanak-kanak diajak menya-nyikan lagu ABCku, Satu Dua Tiga, Ulat Beluncas dan Bangau O Bangau sambil diiringi petikan gitar Saudara Marjuni Plera.

Program yang berjaya me-wujudkan interaksi antara kanak-kanak dan berkongsi

pengalaman kreatif ini akan dimasukkan sebagai salah satu acara musim cuti sekolah dalam kalendar tahunan DBP. Ini perlu bagi memupuk minat membaca yang berterusan dalam kalangan kanak-kanak, di samping mem-promosikan buku kanak-kanak terbitan DBP.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Seronoknya Membaca: MeningkatkanMinat Membaca Kanak-kanak

BH PILIH L10 18 emel

PEMAKLUMAN

Bengkel Penulisan

Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjur-kan Bengkel Penulisan Cerpen

Penulis Pelbagai Kaum pada 4 hing-ga 6 Mei 2007 dan Bengkel Penulisan Bakal Pesara pada 18 hingga 20 Mei 2007 bertempat di Kuala Lumpur.

Bengkel ini akan dilaksanakan secara praktikal dalam memberi panduan yang berguna kepada para penulis untuk menghasilkan karya kreatif, khususnya genre cer-pen oleh pembimbing yang ber-pengalaman, iaitu Zaharah Nawawi.

Penyertaan Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan para penulis pelbagai kaum dari IPTA, IPTS, maktab per-guruan dan persatuan penulis yang berumur antara 18 hingga 45 tahun. Sementara Bengkel Penulisan Bakal Pesara, penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia atau penulis berumur 45 tahun ke atas yang masih bekerja di sektor awam, swasta atau telah bersara. Penyertaan adalah percuma.

Penyertaan hanya dibuka kepada 20 orang peserta sahaja bagi setiap bengkel. Setiap peserta bengkel dikehendaki menghantar cerpen sepanjang 6 hingga 8 halaman den-gan saiz aksara 12 poin Times New Roman yang ditulis dengan jarak dua baris bersama-sama dengan borang penyertaan yang telah dilengkapkan. Pemilihan peserta berdasarkan hasil karya mereka yang dinilai oleh pembimbing dan pihak penganjur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Zamri 03-2148 2558, Abdul Aziz 2148 2614, Fatin Suraya 2148 2614 atau Rafidah 2148 2623 atau layari laman web: www.dbp.gov.my. Hantarkan penyertaan anda kepada Urus Setia, Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum/Bengkel Penulisan Bakal Pesara, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Jabatan Sastera, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Tarikh tutup pe-nyertaan ialah pada 23 April 2007.

Dalam siri yang lepas, ruang-an in telah menyentuh tentang simile. Kali ini,

kita akan membincangkan ten-tang metafora, iaitu salah satu gaya bahasa perbandingan yang kerap digunakan oleh penyair dalam mencipta sesebuah sajak. Kata metafora berasal daripada bahasa Yunani metaphora (dari-pada perkataan metapherein) yang bererti ‘memindahkan’, terutama makna sesuatu per-kataan kepada perkataan yang lain’.

Dalam buku Pengajaran Gaya Bahasa (1985: 15), Tarigan yang memetik pendapat Dale, menya-takan bahawa “metafora ialah perbandingan antara dua hal atau benda untuk menciptakan suatu kesan mental yang hidup. Jika simile menggunakan per-bandingan secara eksplisit de-ngan menggunakan perkataan ‘seperti’, ‘bagai’, ‘umpama’ dan yang berkaitan, metafora pula ialah perbandingan secara im-plisit atau tidak terang-terang-an.

Dharmawijaya (1994: 191) menyatakan bahawa metafora ialah sejenis gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang ring-kas, padat dan tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, dan satu perkataan lagi bersifat abstrak, iaitu tidak nyata, dan yang dijadikan perbandingan.

Sebagai contoh, berikut ditu-runkan petikan sajak ‘Kubuka Kitabku’ karya T. Alias Taib daripada kumpulan puisi Pira-mid (1990: 18)

selembar demi selembar kubuka kitabku kubuka diriku

yang tercetak dengan huruf luka di halaman berdarah

bab demi bab mengepul bak debu di pasir pengalamanku

kutulis penemuan sepanjang kembaraku di lebuh raya hidup

yang telah lusuh dikelabukan masa silam dan dikuningkan usia

bak daun kalendar yang terbiar dijilat sinar

1988

Melalui sajak di atas, bebera-pa gaya bahasa metafora telah digunakan oleh penyair T. Alias Taib, iaitu ‘huruf luka’, ‘hala-man berdarah’ ‘pasir penga-laman’ dan ‘lebuh raya hidup’.

Untuk memahami gaya baha-sa metafora ini, kita lihat rang-kai kata ‘pasir pengalaman’. Kata ‘pasir’ ialah kata yang konkrit atau nyata, iaitu dapat dilihat dan dirasai, manakala kata ‘pengalaman’ pula bersifat abstrak atau tidak nyata. Bila kata ‘pasir’ dan ‘pengalaman’ ini dirangkaikan, ia menim-bulkan satu kesan makna yang baru. Metafora ‘pasir pengala-man’ bolehlah ditaksirkan sebagai pengalaman yang ban-yak seperti butir-butir pasir.

(bersambung)

MetaforaOleh Saifullizan Yahaya

Oleh Filzah Ibrahim

PEDOMAN SASTERA

MAKLUMAT SASTERA

Drama nostalgia Lantai T. Pinkie merupakan hasil karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Drama Lantai T. Pinkie ini memaparkan kehidupan dekad lima puluh-an ketika Semenanjung Tanah Melayu masih Malaya (dan ketika Singapura masih Wilayah Malaya).

Lantai T. Pinkie buat pertama kalinya telah dipentaskan pada 5 dan 6 Jun 1996, di Auditorium World Trade Centre, Singapura sempena Pesta Seni Singapura 1996.

Sukma Angin, sebuah novel karya Sasterawan Negara Arena Wati bukan sekadar riwayat sebuah kapal. Ia merakamkan keagung-an bangsa Melayu dalam ritual, ilmu serta seni pertukangan, pelayaran dan perniagaan mari-tim. Dalam novel ini, Arena Wati telah mengimbas keagungan lampau itu dalam hubungan Sukma Angin sebagai “kapal dagang Melayu tradisional yang akhir.” Oleh itu, novel ini mening-galkan kesan nostalgia, juga rasa benci terhadap penjajah yang berhasrat untuk melumpuhkan penguasaan maritim bangsa Me-layu di rantau ini.

Karya ini menggabungkan nilai seni dan intelektual me-rangkumi budaya, sejarah dan falsafah. Dalam kesusasteraan moden, belum ada pengarang yang boleh menandingi Arena Wati dalam menggambarkan dunia pelaut sebagai cereka menarik.

kanak-kanak terpegun mendengar cerita Puan Filzah ibrahim dengan iringan gitar Marjuni Plera.