sastera penggerak bahasa kuiz sastera siri … · menulis sejak tahun 1969 ini telah ... menerusi...

1
Oleh : Normala Mohamad Yusof 2 2 Julai 2006 lalu telah mera- kamkan detik bersejarah kepada Pakar Pemikiran Kreatif terkenal negara, Jaafar Abdul Rahim apabila Seminar Pemikiran Jaafar Abdul Rahim dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM). Seminar ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar beliau dalam bidang pemikiran kreatif dan penulisan tanah air. Dalam majlis tersebut, Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Y. Bhg. Datuk Wira Drs. Haji Jamaludin Haji Abdul Rahim menegaskan, “Kejayaan menganjurkan seminar ini mem- perlihatkan peningkatan dan peru- bahan cara berfikir masyarakat untuk menghargai dan meletakkan tokoh-tokoh pemikir yang terping- gir di tempat yang sewajarnya sedangkan mereka telah banyak memberikan sumbangan yang besar dan bermakna kepada pem- bangunan modal insan.” Menurut beliau lagi, tokoh kela- hiran Kuala Kurau, Perak yang menulis sejak tahun 1969 ini telah banyak menghasilkan karya krea- tif yang menjadi santapan minda khalayak majalah, akhbar, radio dan TV serta merupakan tokoh yang telah banyak memerah tenaga dan mencurah keringat menggerakkan pelbagai persatu- an penulis di negara kita. Beliau juga merupakan antara penulis mapan yang banyak menerima pengiktirafan dan yang terbaha- ru, Tokoh Pembaca Buku. Seminar ini diharap dapat merintis lebih banyak lagi usaha menghargai sumbangan tokoh lain meskipun mereka tidak sehebat sasterawan dan nama-nama besar dalam per- suratan Melayu.” Pensyarah Jabatan Kesu- sasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI, Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hassan dalam ker- tas kerjanya “Pelibatan dan Sumbangan Jaafar Rahim dalam Bidang Pemikiran” memperka- takan kehebatan penulisan Jaafar Rahim ketika menjadi kolumnis ruangan “Dunia Pemikiran” dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1993-1996. Meskipun beliau mengagumi Pemikiran Lateral yang dipelopori Dr. Edward de Bono, tetapi beliau tidak menge- sampingkan asas yang menjadi pegangan akar budaya Melayu dan sering menyentuh teori pemikiran baharu, iaitu Sistem Pemikiran Bersepadu 4K yang mencakupi kerohanian, kebitaraan, kesain- tifikan dan kekreatifan. Selain menyentuh pemikiran dan per- adaban bangsa Melayu, beliau turut menelusur pemikiran tokoh sejarah, budayawan, sasterawan, ilmuwan dan politik negara . Sementara itu, Pensyarah dari Fakulti yang sama di UPSI, Dr. Haji Ab. Rahman A. Rashid dalam kertas kerjanya “Kekreatifan Pemikiran Jaafar Abdul Rahim Menerusi Misteri dalam Sainsmengetengahkan kehebatan dan kekreatifan gaya bahasa beliau yang terpancar menerusi penulisan buku Misteri Dalam Sains 3 yang dihasilkan bersama Arshad Rawian. Buku yang mengandungi 20 bab dan setebal 52 halaman ini disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas tetapi padat dan menarik. Manakala Dr. Talib Samat dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pemikiran Jaafar Abdul Rahim Sebagai Sumber Ilham Berkarya” menyatakan sumbangan pemikiran beliau yang memperkaya cakerawala dunia penulisan, pemikiran, pendidikan, penyiaran dan kesusasteraan perlu didokumentasikan agar tidak hilang ditelan zaman dan menjadi rujukan generasi terkemudian.” Di samping pembentangan 27 buah kertas kerja, Dialog Datuk Johan Jaaffar dengan Jaafar Abdul Rahim : Pelbagai Aspek Dunia Pemikiran turut diadakan. Bagi menutup tirai Seminar, acara Baca Puisi untuk Jaafar Rahim disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Mohd. Rasli Saludin, Dr. Talib Samat, Taib Nordin dan pelajar UPSI diadakan pada pukul 9.00 malam pada hari yang sama. Penyair terkenal tanah air, Dr. Lim Swee Tin turut mengiktiraf sum- bangan Jaafar Rahim menerusi puisinya yang berjudul “Tuhan, Inilah Sahabatku” manakala Saifullizan Yahaya dengan puisi- nya berjudul “Kebun”. Koleksi ker- tas kerja Seminar ini yang berjudul Dari Kuala Kurau ke Ampang Jaya : Seputar Pemikiran Jaafar Abdul Rahim akan dilancarkan bersama- sama buku Koleksi 200 Puisi ten- tang Jaafar Abdul Rahim sebelum beliau bersara wajib daripada DBP pada 27 November 2006. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 16 Ogos 2006 SASTERA PENGGERAK BAHASA Seminar Pemikiran Jaafar Rahim KUIZ SASTERA SIRI 14 JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 13 S ILA lengkapkan maksud pantun klasik di bawah ini. Pemenang akan menerima cenderamata istimewa daripada KLIK DBP . 1. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; ………………………………., ……………………………..... 2. Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; ………………………………., ……………………………..... 3. Bangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; ………………………………., ……………………………..... 4. Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; ………………………………, …………………………… 5. Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; ………………………………., ……………………………..... Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 4 September 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat kepada : Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 14, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-2142 2029 E- mel: [email protected] 1. Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat. 2. Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu. 3. Bertokok tidak meluakkan tidak, Saya melukut di tepi gantang. 4. Orang bermain kekasih orang, Nyawa bergantung di hujung kuku. 5. Takkan sungguh seluang melaut, Dipukul arus balik ke tepi. PEMENANG KUIZ SASTERA SIRI 13 Encik Mohd. Hairul Nizam Shamsuddin, Kg. Pasir Hulu Kelang, Ampang, Selangor. No. K.P.: 860129-14-5607 Puan Alizawati Shamsuddin, Kg. Melayu Sg. Sering, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. No. K.P.: 761001-10-5880 BH PILIH L10 16 emel DBP SETENGAH ABAD PEMAKLUMAN Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian 2006 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama Kementerian Penerangan (RTM) akan menganjur- kan Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian kali ke-3 bagi merebut Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang akan diadakan seperti yang berikut: Pertandingan Peringkat Saringan Tarikh : 17-19 Ogos 2006 Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Tempat : Auditorium DBP dan Dewan Bankuet, Tingkat 1, Menara DBP Pertandingan Peringkat Akhir Tarikh : 21 Ogos 2006 Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Auditorium DBP Orang ramai dijemput hadir. Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi: Siti Hajar Elah (siti- [email protected]) atau Musazliza Mustan Shir ([email protected]. my) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin ([email protected]) atau Saifullizan Yahaya ([email protected]. my) di Bahagian Kesusasteraan Tradisional di talian telefon 03-2148 1092, 2148 2480, 2148 2485, 2148 2491. Oleh: Saifullizan Yahya P edoman kali ini membin- cangkan tema yang boleh dijadikan landasan dalam menghasilkan sajak atau meli- hat pemikiran penyajak secara lebih terperinci. Menurut Kamus Dewan, tema bermaksud subjek yang menja- di dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dan sebagainya. Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan pula tema membawa maksud idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sas- tera (1988: 334). Hal yang demi- kian menunjukkan bahawa tema berperanan penting ‘me- ngawal’ sesuatu hasil penulisan supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur. Lazimnya dalam penghasilan sajak, penyajak tidak menentu- kan tema yang hendak disam- paikan kerana ia bergantung pada pandangan dan desakan jiwa penyajak. Namun, bagi penulis yang baru hendak ber- jinak-jinak dalam penulisan sajak, penulis boleh menentu- kan terlebih dahulu tema yang hendak disampaikan. Apakah tema yang boleh diketengahkan dalam sajak? Umumnya tema sajak tidak ter- had dan bergantung pada tujuan penciptaan sajak. Antara tema yang boleh diketengahkan ialah kemanusiaan, cinta akan tanah air, ketuhanan, dan sebagai- nya. Sajak yang bertemakan kemanusiaan sering memeri- halkan sifat kasih sayang, cinta, simpati, kecewa, marah dan sebagainya. Sajak yang berte- makan kemanusiaan selalunya sarat dengan perasaan penyair sama ada yang dilalui sendiri atau hanya satu lontaran pera- saan untuk dikongsi bersama- sama dengan pembaca. Sebagai renungan, mari kita hayati rangkap pertama sajak ‘Anak-Anak Palestina’ karya Sasterawan Negara A. Samad Said dalam kumpulan puisi Balada Hilang Peta, 1993: 67. Anak-anak di Palestina buminya rekah dan resah dicekau senjata dan dengki; batinnya terasak rosak dicakar dendam yang ngeri. Kini mentari tenat dan remuk, cinta ditelan sekam malam. Bumi Palestina cacat dan sakit, sengat, racun menyentap nafasnya. Antara duri dan kerikil mencengkam, tempur dan cungap bersanggah, mulut-mulut muda terus berdarah. (Bersambung) PEDOMAN SASTERA Tema Sajak Jaafar Rahim BERDIALOG: (dari kiri) Rita Yahya, Abdul Razak Abu Bakar, Mohd Fazli Ibrahim (Pengerusi), A. Rahim Abdullah, A. Wahab Hamzah dan Dr. Hj. A. Rahman A. Rashid (UPSI).

Upload: lediep

Post on 16-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA KUIZ SASTERA SIRI … · menulis sejak tahun 1969 ini telah ... Menerusi Misteri dalam Sains” mengetengahkan kehebatan dan ... Kuiz Sastera Siri 14,

Oleh : Normala Mohamad Yusof

22 Julai 2006 lalu telah mera-kamkan detik bersejarah kepada Pakar Pemikiran

Kreatif terkenal negara, Jaafar Abdul Rahim apabila Seminar Pemikiran Jaafar Abdul Rahim dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM). Seminar ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar beliau dalam bidang pemikiran kreatif dan penulisan tanah air.

Dalam majlis tersebut, Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia, Y. Bhg. Datuk Wira Drs. Haji Jamaludin Haji Abdul Rahim menegaskan, “Kejayaan menganjurkan seminar ini mem-perlihatkan peningkatan dan peru-bahan cara berfikir masyarakat untuk menghargai dan meletakkan tokoh-tokoh pemikir yang terping-gir di tempat yang sewajarnya sedangkan mereka telah banyak memberikan sumbangan yang besar dan bermakna kepada pem-bangunan modal insan.”

Menurut beliau lagi, tokoh kela-hiran Kuala Kurau, Perak yang menulis sejak tahun 1969 ini telah banyak menghasilkan karya krea-tif yang menjadi santapan minda khalayak majalah, akhbar, radio dan TV serta merupakan tokoh yang telah banyak memerah tenaga dan mencurah keringat menggerakkan pelbagai persatu-an penulis di negara kita. Beliau juga merupakan antara penulis

mapan yang banyak menerima pengiktirafan dan yang terbaha-ru, Tokoh Pembaca Buku. Seminar ini diharap dapat merintis lebih banyak lagi usaha menghargai sumbangan tokoh lain meskipun mereka tidak sehebat sasterawan dan nama-nama besar dalam per-suratan Melayu.”

Pensyarah Jabatan Kesu-sasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI, Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hassan dalam ker-tas kerjanya “Pelibatan dan Sumbangan Jaafar Rahim dalam Bidang Pemikiran” memperka-takan kehebatan penulisan Jaafar Rahim ketika menjadi kolumnis ruangan “Dunia Pemikiran” dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1993-1996. Meskipun beliau mengagumi Pemikiran Lateral yang dipelopori Dr. Edward de Bono, tetapi beliau tidak menge-sampingkan asas yang menjadi pegangan akar budaya Melayu dan sering menyentuh teori pemikiran baharu, iaitu Sistem Pemikiran Bersepadu 4K yang mencakupi kerohanian, kebitaraan, kesain-tifikan dan kekreatifan. Selain menyentuh pemikiran dan per-adaban bangsa Melayu, beliau turut menelusur pemikiran tokoh sejarah, budayawan, sasterawan, ilmuwan dan politik negara .

Sementara itu, Pensyarah dari Fakulti yang sama di UPSI, Dr. Haji Ab. Rahman A. Rashid dalam kertas kerjanya “Kekreatifan Pemikiran Jaafar Abdul Rahim Menerusi Misteri dalam Sains” mengetengahkan kehebatan dan kekreatifan gaya bahasa beliau yang terpancar menerusi penulisan buku Misteri Dalam Sains 3 yang dihasilkan bersama Arshad

Rawian. Buku yang mengandungi 20 bab dan setebal 52 halaman ini disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas tetapi padat dan menarik. Manakala Dr. Talib Samat dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pemikiran Jaafar Abdul Rahim Sebagai Sumber Ilham Berkarya” menyatakan sumbangan pemikiran beliau yang memperkaya cakerawala dunia penulisan, pemikiran, pendidikan, penyiaran dan kesusasteraan perlu didokumentasikan agar tidak hilang ditelan zaman dan menjadi rujukan generasi terkemudian.”

Di samping pembentangan 27 buah kertas kerja, Dialog Datuk Johan Jaaffar dengan Jaafar Abdul Rahim : Pelbagai Aspek Dunia Pemikiran turut diadakan. Bagi menutup tirai Seminar, acara Baca Puisi untuk Jaafar Rahim disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Mohd. Rasli Saludin, Dr. Talib Samat, Taib Nordin dan pelajar UPSI diadakan pada pukul 9.00 malam pada hari yang sama. Penyair terkenal tanah air, Dr. Lim Swee Tin turut mengiktiraf sum-

bangan Jaafar Rahim menerusi puisinya yang berjudul “Tuhan, Inilah Sahabatku” manakala Saifullizan Yahaya dengan puisi-nya berjudul “Kebun”. Koleksi ker-tas kerja Seminar ini yang berjudul Dari Kuala Kurau ke Ampang Jaya : Seputar Pemikiran Jaafar Abdul Rahim akan dilancarkan bersama-sama buku Koleksi 200 Puisi ten-tang Jaafar Abdul Rahim sebelum beliau bersara wajib daripada DBP pada 27 November 2006.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 16 Ogos 2006

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Seminar Pemikiran Jaafar Rahim

KUIZ SASTERA SIRI 14

JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 13

SILA lengkapkan maksud pantun klasik di bawah ini. Pemenang akan menerima

cenderamata istimewa daripada KLIK DBP.

1. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; ………………………………., …………………………….....

2. Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; ………………………………., …………………………….....

3. Bangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; ………………………………., …………………………….....

4. Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; ………………………………, ……………………………

5. Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; ………………………………., …………………………….....

Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 4 September 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombortelefon dan alamat kepada :

Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 14,

Bahagian PengembanganBahasa Melayu,

Tingkat 25, Dewan Bahasadan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-2142 2029E- mel: [email protected]

1. Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat. 2. Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu.

3. Bertokok tidak meluakkan tidak, Saya melukut di tepi gantang.

4. Orang bermain kekasih orang, Nyawa bergantung di hujung kuku. 5. Takkan sungguh seluang melaut, Dipukul arus balik ke tepi.

PEMENANG KUIZ SASTERA SIRI 13

Encik Mohd. Hairul Nizam Shamsuddin,Kg. Pasir Hulu Kelang, Ampang, Selangor.No. K.P.: 860129-14-5607

Puan Alizawati Shamsuddin,Kg. Melayu Sg. Sering,Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.No. K.P.: 761001-10-5880

BH PILIH L10 16 emel

DBP SETENGAH ABAD

PEMAKLUMAN

Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian 2006Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama Kementerian Penerangan (RTM) akan menganjur-kan Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian kali ke-3 bagi merebut Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang akan diadakan seperti yang berikut:

Pertandingan Peringkat SaringanTarikh : 17-19 Ogos 2006 Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Tempat : Auditorium DBP dan Dewan Bankuet, Tingkat 1, Menara DBPPertandingan Peringkat Akhir Tarikh : 21 Ogos 2006 Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hariTempat : Auditorium DBP Orang ramai dijemput hadir. Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila hubungi: Siti Hajar Elah ([email protected]) atau Musazliza Mustan Shir ([email protected]) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin ([email protected]) atau Saifullizan Yahaya ([email protected]) di Bahagian Kesusasteraan Tradisional di talian telefon 03-2148 1092, 2148 2480, 2148 2485, 2148 2491.

Oleh: Saifullizan Yahya

Pedoman kali ini membin-cangkan tema yang boleh dijadikan landasan dalam

menghasilkan sajak atau meli-hat pemikiran penyajak secara lebih terperinci.

Menurut Kamus Dewan, tema bermaksud subjek yang menja-di dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dan sebagainya. Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan pula tema membawa maksud idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sas-tera (1988: 334). Hal yang demi-kian menunjukkan bahawa tema berperanan penting ‘me-ngawal’ sesuatu hasil penulisan supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur.

Lazimnya dalam penghasilan sajak, penyajak tidak menentu-kan tema yang hendak disam-paikan kerana ia bergantung pada pandangan dan desakan

jiwa penyajak. Namun, bagi penulis yang baru hendak ber-jinak-jinak dalam penulisan sajak, penulis boleh menentu-kan terlebih dahulu tema yang hendak disampaikan.

Apakah tema yang boleh diketengahkan dalam sajak? Umumnya tema sajak tidak ter-had dan bergantung pada tujuan penciptaan sajak. Antara tema yang boleh diketengahkan ialah kemanusiaan, cinta akan tanah air, ketuhanan, dan sebagai-nya. Sajak yang bertemakan kemanusiaan sering memeri-halkan sifat kasih sayang, cinta, simpati, kecewa, marah dan sebagainya. Sajak yang berte-makan kemanusiaan selalunya sarat dengan perasaan penyair sama ada yang dilalui sendiri atau hanya satu lontaran pera-saan untuk dikongsi bersama-sama dengan pembaca.

Sebagai renungan, mari kita hayati rangkap pertama sajak ‘Anak-Anak Palestina’ karya

Sasterawan Negara A. Samad Said dalam kumpulan puisi Balada Hilang Peta, 1993: 67.

Anak-anak di Palestinabuminya rekah dan resah dicekau senjata dan dengki; batinnya terasak rosak dicakar dendam yang ngeri. Kini mentari tenatdan remuk, cinta ditelan sekam malam. Bumi Palestina cacatdan sakit, sengat, racun menyentapnafasnya. Antara duri dan kerikilmencengkam, tempur dan cungapbersanggah, mulut-mulut muda terusberdarah.

(Bersambung)

PEDOMAN SASTERA

Tema Sajak

Jaafar Rahim

BERDIALOG: (dari kiri) Rita Yahya, Abdul Razak Abu Bakar, Mohd Fazli Ibrahim (Pengerusi),A. Rahim Abdullah, A. Wahab Hamzah dan Dr. Hj. A. Rahman A. Rashid (UPSI).