sarawak

11
Parti Pesaka Anak Sarawak Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Parti Pesaka Anak Sarawak Sarawak Native People's Front PESAKA Diasaskan Julai 1962 Dibubarkan 30 April 1973 Ibu pejabat Kuching, Sarawak Parti Pesaka Anak Sarawak atau Sarawak Native's Heritage Party (PESAKA), atau juga dikenali juga sebagai PAPAS, merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 di Sarawak, Malaysia. [1] Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Bersama-sama empat orang pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jugah yang meninggalkan Parti Negara Sarawak (PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan yang kuat daripada kaum Iban Sibu. Menjelang Ogos 1962, parti baru PESAKA telah tumbuh di Sibu untuk orang Iban dari Batang Rajang. Penaja-penajanya telah enggan menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), yang mengikut mereka adalah untuk orang Iban dari Saribas. Antara penaja PESAKA adalah Penghulu Masam Anak Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi Anak Resa dan Penghulu Umpau. Temenggong Jugah, Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jonathan Bangau pula menyertainya kemudian. Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah pada mulanya ahli Parti Negara Sarawak (PANAS), Bangau pula ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Penghulu-penghulu dari bahagian lains seperti Penghulu Tawi Sli dari Bahagian Kedua dan Penghulu Abok Anak Jalin dari Bintulujuga menyertai PESAKA. Jadi PESAKA sebenarnya juga merupakan "Parti Penghulu". Namun, orang yang sebenarnya melahirkan akal untuk menubuhkan PESAKA adalah Thomas Kana, seorang pembantu perubatan yang merupakan pembalut luka di Kuala Belait, Brunei. Beliau dilantik Setiausaha Agung PESAKA yang pertama. Kebetulan Stephen Kalong Kingkan, salah seorang pengasas dan Setiausaha Agung pertama SNAP, bukan sahaja adalah rakan sejawatannya di Kuala Belait tapi juga seterunya. Semenjak di Kuala Belait, Ningkan dan Kana tidak suka dan selalu menyindir antara satu sama lain. Apabila kedua-duanya pulang ke Sarawak, Ningkan menubuhkan SNAP manakala Kana menubuhkan PESAKA dan pemusuhan mereka berterusan menyemai benih dan bibit perpecahan di kalangan orang Iban-iban Sarawak, asasnya antara Iban Batang Rajang dan Iban Saribas. Mereka enggan

Upload: zenc-ho

Post on 04-Oct-2015

252 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

parti politik

TRANSCRIPT

Parti Pesaka Anak SarawakDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Parti Pesaka Anak SarawakSarawak Native People's FrontPESAKA

DiasaskanJulai 1962

Dibubarkan30 April 1973

Ibu pejabatKuching, Sarawak

Parti Pesaka Anak SarawakatauSarawak Native's Heritage Party(PESAKA), atau juga dikenali juga sebagaiPAPAS, merupakan salah satu bekasparti politikberperingkatnegeriyang ditubuhkan pada bulan Julai1962diSarawak,Malaysia.[1]Parti ini merupakan parti politik kedua kaumIbanselepasParti Kebangsaan Sarawak(SNAP) didaftarkan pada Mac1961.Bersama-sama empat orang pemimpin daripada kaumIbandiSibu, Tun Jugah yang meninggalkanParti Negara Sarawak(PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan yang kuat daripada kaum Iban Sibu.Menjelang Ogos 1962, parti baru PESAKA telah tumbuh diSibuuntuk orangIbandariBatang Rajang. Penaja-penajanya telah enggan menyertaiParti Kebangsaan Sarawak(SNAP), yang mengikut mereka adalah untuk orangIbandariSaribas. Antara penaja PESAKA adalah Penghulu Masam Anak Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi Anak Resa dan Penghulu Umpau. Temenggong Jugah, Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jonathan Bangau pula menyertainya kemudian. Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah pada mulanya ahliParti Negara Sarawak(PANAS), Bangau pula ahliParti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP). Penghulu-penghulu dari bahagian lains seperti Penghulu Tawi Sli dari Bahagian Kedua dan Penghulu Abok Anak Jalin dariBintulujuga menyertai PESAKA. Jadi PESAKA sebenarnya juga merupakan"Parti Penghulu".Namun, orang yang sebenarnya melahirkan akal untuk menubuhkan PESAKA adalah Thomas Kana, seorang pembantu perubatan yang merupakan pembalut luka diKuala Belait,Brunei. Beliau dilantik Setiausaha Agung PESAKA yang pertama. KebetulanStephen Kalong Kingkan, salah seorang pengasas dan Setiausaha Agung pertama SNAP, bukan sahaja adalah rakan sejawatannya diKuala Belaittapi juga seterunya. Semenjak di Kuala Belait, Ningkan dan Kana tidak suka dan selalu menyindir antara satu sama lain. Apabila kedua-duanya pulang keSarawak, Ningkan menubuhkan SNAP manakala Kana menubuhkan PESAKA dan pemusuhan mereka berterusan menyemai benih dan bibit perpecahan di kalangan orang Iban-iban Sarawak, asasnya antara IbanBatang Rajangdan IbanSaribas. Mereka enggan berganjak dan masing-masing mahu menjadi ketua di dalam sesuatu parti atau kerajaan. Secara tak langsung perpecahan dan permusuhan antara dua pemimpin ini telah mempengaruhi perpaduan masyarakatDayaksehingga hari ini.Pada30 April1973, PESAKA bergabung denganParti Bumiputerayang merupakan gabunganParti Negara Sarawak(PANAS) danBarisan Rakyat Jati Sarawak(BARJASA), untuk menubuhkanParti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB).

Barisan Rakyat Jati SarawakDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Barisan Rakyat Jati SarawakSarawak Native People's FrontBARJASA

KetuaTuanku Haji Bujang

DiasaskanDisember 1961

Dibubarkan28 Mac 1968

Ibu pejabatKuching, Sarawak

Barisan Rakyat Jati SarawakatauSarawak Native People's Front(BARJASA) merupakan salah satu bekasparti politikberperingkatnegeriyang ditubuhkan pada Disember1961diSarawak,Malaysia.[1]Parti ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakatIslam, dan mendapat sokongan kuat daripada orangMelayudan suku kaumMelanaudi kawasan pilihan rayaSri AmandanSibu. Pada 28 Mac1968, parti ini bergabung denganParti Negara Sarawak(PANAS) untuk membentukParti Bumiputerayang kemudian bercantum denganParti Pesaka Anak Sarawak(PESAKA) untuk menubuhkanParti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB) pada30 April1973.[2][3]Semasa penubuhannya, BARJASA dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang, dengan Encik Alfred Unteng Mason selaku Setiausaha Agungnya. Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan muda yang berpelajaran, termasuk Pehin SriAbdul Taib Bin Mahmud, yang merupakan Setiausaha Agungnya semasa pengabungan dan pembentukanParti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB) pada 1973.

Tuesday, April 1, 2008Sejarah PBBPBB Sepintas LaluParti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada asalnya ditubuhkan daripada percantuman tiga buah parti di Sarawak iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu iaitu Ketua Menteri dan Presiden PBB sekarang, iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.PANAS merupakan parti politik kedua ditubuhkan di Sarawak pada 9 April 1960. Ia diasaskan oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha kira-kira 10 bulan selepas Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti politik pertama di Sarawak didaftarkan.Pada peringkat permulaannya, parti ini tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada orang Melayu sendiri tetapi selepas dua tahun, PANAS mula diterima apabila seramai 62,795 ahli menganggotainya.Ketika itu PANAS sudah menubuhkan 65 cawangan di seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000 orang Melayu, 20,000 suku kaum Iban, 10,000 suku kaum Bidayuh termasuk beratus orang lain daripada kaum Cina.Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, Datu Bandar Abang Haji Mustapha dilantik sebagai Pengerusi dan adiknya Abang Othman dilantik sebagai Setiausaha Agung. Abang Othman meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penguasa Polis untuk sama-sama mengasaskan parti tersebut.PANAS mendukung tujuan melindungi, memelihara dan memajukan kepentingan politik, pelajaran, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan rakyat seluruh negeri khasnya bumiputera.Diantara tokoh yang menjadi tulang belakang PANAS ialah seperti Tan Sri Datuk Ikhwan Zaini selaku Ahli Majlis Tertinggi, Naib-Naib Pengerusi ialah William Tan, Edward Jerah dan Austin Jaya.Manakala Penolong Setiausaha Agung disandang oleh Lo Foot Kee dan Andrew Landau. Bendahari pula ialah Tan Tsak Yu dan penolongnya Leong Ho Yuen. Ahli-Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Penghulu Haji Dol Osman, Abong Taib, Jalel Ubong, Stephen Harry, Edward Menlis, Sim Peng Cho, Chin Poh Luke dan Ngui Ah Sin.BARJASA ditubuhkan pada Disember 1961 sebagai alternatif kepada masyarakat Islam dan mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu dan suku kaum Melanau daripada bahagian Sri Aman dan Sibu. Ia dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang dan Encik Alfred Unteng Mason selaku Setiausaha Agung.Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan muda yang berpelajaran. Diantara mereka ialah Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Beliau adalah diantara beberapa tokoh yang memainkan peranan dibelakang tabir BARJASA untuk menggerakkan jentera parti.PESAKA atau dikenali juga sebagai PAPAS ditubuhkan pada Julai 1962 dan merupakan parti kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Ia ditubuhkan untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan kuat daripada kaum Iban Sibu.Tun Jugah yang dulunya menganggotai PANAS meninggalkan parti tersebut untuk bersama-sama empat orang pemimpin daripada kaumnya iaitu dari Sibu mengasaskan PESAKA.Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, BARJASA, SNAP, PESAKA dan SCA (Persatuan Cina Sarawak) membentuk sebuah Parti Perikatan pada Julai 1962. Ia dipengerusikan oleh Tun Jugah dan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agung.Walau bagaimanapun PANAS menarik diri daripada Perikatan menjelang pengundian untuk menyertai parti pembangkang iaitu SUPP.Selepas pilihanraya, Parti Perikatan ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama dan Datuk Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri pertama manakala Tun Jugah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.Diantara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan pengyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP.Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Seli. Didalam kabinetnya mempunyai tiga orang ahli PESAKA termasuk beliau sendiri, dua ahli BARJASA termasuk Datuk Patinggi Taib dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula perikatan hanya sebelum pengyingkiran Datuk Ningkan.Sarawak mencapai satu satu lagi kemajuan didalam politik apabila BARJASA dan PANAS bercantum membentuk Parti Bumiputera dalam bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama kearah percantuman itu.Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung.Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti BUMIPUTERA dan PESAKA bercantum melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973.Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB.Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan Bumiputera.Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini dalam 56 Bahagian, ahli-ahli telah menjangkau 300,000 orang dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri. Ia disokong penuh oleh kaum Bumiputera terutama golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

KetuaEdwin Dundang Bugak

Diasaskan10 April 1961

Penggabungan nasional

Parti Kebangsaan Sarawak(bahasa Inggeris:Sarawak National Party; singkatan:SNAP) merupakan parti politik tertua bangsaDayakSarawak yang ditubuhkan pada10 April1961[1]diBetungoleh sekumpulan pekerjaShellyang berketurunanIbanyang berasal dariSaribasdan pekerjaShelldiBruneidan kawasan yang berdekatan denganSarawak.Pengerusi yang pertama ialahJ.S. Tinkerdan Setiausaha Agung SNAP pertama ialahStephen Kalong Ningkanseorang pembantu hospitalSyarikat Shell Bruneiyang kemudiannya menjadi presiden SNAP seterusnya dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (1963-1966).Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaumDayakbergerak dalam bidang politik, terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti lain. SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap penubuhanSUPP,PANASdanBarjasakerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri.Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaumIban, walaupun terdapat sebilangan kecil kaumBidayuhyang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin, 2000:486). SNAP telah mengubah perlembagaannya pada 1963 untuk menerima ahli bukanDayakdanJames Wong Kim Mintelah menjadi ahli Cina SNAP yang pertama dan kemudiannya presiden SNAP selama 22 tahun.[2][sunting]Krisis PerpecahanPada 1962, setahun selepas penubuhan SNAP, Thomas Kana, seteru lama dan rakan sekerjaStephen Kalong Ningkansemasa mereka berkhidmat di hospitalKuala BelaitBrunei, telah membantu menubuhkanParti Pesaka Anak Sarawak(PESAKA) sebuah lagi parti kaumIbanyang terus memecah-belahkan masyarakatDayak. PESAKA kemudiannya bergabung denganParti Bumiputerayang merupakan gabunganBarisan Rakyat Jati Sarawak(BARJASA) danParti Negara Sarawak(PANAS) untuk membentukParti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) pada 1973. Permusuhan itu sentiasa menjadi 'duri dalam daging' dalam konteks perpaduan masyarakat Dayak di Sarawak selama ini.[perlu rujukan]Pada 1981, Datuk Amar Dr.Leo Moggie Anak IrokbersamaDaniel Tajemsetelah gagal menjatuhkan Datuk AmarJames Wong Kim Mindan telah berpecah dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menubuhkan parti serpihan baruParti Bansa Dayak Sarawak(PBDS) dan mendaftarkannya pada 1983.Pada 1987, dalam krisisMing Court Affairtelah melemahkan kekuatan SNAP apabila beberapa wakil rakyatnya telah meninggalkan SNAP dan bertanding sebagai pembangkang menentang Barisan Nasional.Pada 1996, Dr.Patau Rubisyang dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari SNAP telah menubuhkanParti Reformasi NegeriatauState Reform Party(STAR) pada 9 Oktober 1996.Pada 2002, SNAP sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimenBintulu,Tiong King Singpada bulan April atas sebab disiplin dan memulakan perpecahan kepimpinan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannyaPeter Tinggom[3], dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, DatukWilliam Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai parti bangsaDayaktertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah diisytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 olehPendaftar Pertubuhan(ROS). DatukWilliam Mawan Ikomtelah menubuhkan parti serpihan baruParti Demokratik Progresif SarawakatauSarawak Progressive Democratic Party(SPDP) 4 hari kemudian yang diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002[4][5]dan menyertaiBarisan Nasional.SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat pelepasan dari Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung semakan semula mengenai pembatalan pendaftarannya dan sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.[6]Mahkamah Rayuan akhirnya telah memutuskan pada 23 Jun 2010 untuk membatalkan keputusan pembatalan pendaftarannya oleh ROS lapan tahun yang lepas.[7]Edwin Dundang Bugaktelah dipilih sebagai Presiden SNAP pada 18 Mei 2003 sehingga kini mengantikan Datuk Amar James Wong yang berundur setelah memegang tampuk pimpinan parti selama 22 tahun dan beliau dilantik sebagai Penaung dan Presiden Seumur Hidup SNAP.[8]Datuk Amar Wong walaubagaimanapun telah meletak jawatan dan berundur dari SNAP.[9][sunting]Gabungan PolitikSetelah ditubuhkan pada 1961, SNAP telah menjadi salah sebuah parti komponenPerikatansemenjak 1963 apabila Sarawak menyertai penubuhan dan merdeka dalam gagasan persekutuanMalaysia. Pada 1965, SNAP telah disingkir dari gabunganPerikatansetelah usaha pengulingan dan penyingkiranStephen Kalong Ningkandari jawatan Ketua Menteri[10]atas alasan kerana sokongan dan desakan SNAP bagi peningkatan kuasa autonomi untuk negeri Sarawak.Dalam Pilihan Raya Umum 1974, SNAP telah bersekutu denganParti Tindakan Demokratik(DAP) sebagai pembangkang dan kedua-duanya telah cermerlang memenangi 9 kerusi parlimen masing-masing. SNAP telah berkempen menentang polisi Ketua MenteriAbdul Rahman Ya'akubyang pro-Melayu Semenanjung yang meminggirkan dan menindas bukan Melayu terutama kaumDayak. Ini telah menjurus kepada penangkapan dan penahanan presiden SNAP dan Ketua Pembangkang, James Wong di atas Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Leo Moggietelah yang memangku jawatan pemimpin SNAP telah mengikhtiarkan pembebasan James Wong dan kemasukan semula ke dalamBarisan Nasional(BN).Pada 1976, SNAP telah menyertai semulaBarisan Nasionalyang baru mengantikan Perikatan walaupun dengan kuasa yang jauh kurang dari masa permulaan dahulu SNAP berkuasa di Sarawak di mana presidennya memegang jawatan Ketua Menteri. SNAP berada di dalam BN selama hampir 3 dekad sehingga 2004.Pada 2004, SNAP disingkirkan kali kedua dari BN rentetan krisis kepimpinan SNAP dan pembatalan pendaftaran SNAP olehPendaftar Pertubuhan(ROS) pada 2002 dan SNAP yang telah bertanding di atas tiketnya sendiri sebagai pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan Pilihan Raya Negeri 2006.Pada 2006, SNAP telah bergabung denganParti Keadilan Rakyat(PKR) Sarawak danKongres Dayak Malaysia(MDC) untuk membentuk Barisan Bersatu Sarawak atau 'Sarawak Solidarity Front' (BBS) dan mengeluar manifesto bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kesembilan pada 20 Mei 2006. MDC, parti serpihanParti Bansa Dayak Sarawak(PBDS) yang gagal didaftarkan telah menggunakan simbol SNAP.[11][12][13]Pada 2010, 20 April, SNAP telah menyertai gabunganPakatan Rakyatsecara rasminya menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimenSibupada 16 Mei 2010.[14][15][1

Parti Rakyat Bersatu SarawakDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Parti Rakyat Bersatu SarawakSarawak United People's PartySUPP

KetuaGeorge Chan Hong Nam

Setiausaha-AgungSim Kheng Hui

Diasaskan1959

Ibu pejabatKuching

Parti Rakyat Bersatu Sarawak(Inggeris:Sarawak United People's Party; singkatan:SUPP) merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 diSarawak.Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan antara parti politik yang tertua. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, antiMalaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawahBarisan Nasionaltanpa melepaskan sokongan kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional diSarawak.Objektif SUPP ialah untuk mengkukuhkan hukum negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen.Bagi mempromosikan dan memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang ketinggalan dalam ekonomi.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SarawakDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SarawakSarawak United Bumiputera Heritage PartyPBB

KetuaPehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Setiausaha-AgungStephen Rundi Anak Utom

Diasaskan30 April1973

Ibu pejabatKuching, Sarawak

Penggabungan nasionalBarisan Nasional

Tapak web

Laman rasmi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak

Malaysia

(PBB)(bahasa Inggeris:Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan salah satuparti politik Malaysiatempatan diSarawak. PBB ditubuhkan pada30 April1973daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaituParti Negara Sarawak(PANAS),Barisan Rakyat Jati Sarawak(BARJASA), danParti Pesaka Anak Sarawak(PESAKA).[1][2]Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaumBumiputeradalam pelbagai bidang, termasukpolitik,ekonomi, dan sosial.

[sunting]Sejarah

Pehin Sri Haji Abdul Taib MahmudSejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatifPehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta Ketua Menteri Sarawak dan Presiden PBB sekarang.Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari1963,Barisan Rakyat Jati Sarawak(BARJASA),Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP),Parti Pesaka Anak Sarawak(PESAKA) danPersatuan Cina Sarawak(SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai1962. Parti campuran ini dipengerusikan olehTun Jugah, denganDatuk Stephen Kalong Ningkansebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun,Parti Negara Sarawak(PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelangpilihan rayauntuk menyertai parti pembangkangParti Kebangsaan Sarawak(SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama.Datuk Kalong Ningkandilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama, manakala Tun Jugah dilantik menganggotaiKabinet PersekutuandiKuala LumpurselakuMenteri Hal Ehwal Sarawak.Antara tahun1963dan1966,politikSarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai PresidenSNAP. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialahPenghuluTawi Seli. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahliBARJASA(termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentukParti Bumiputerapada bulan Mac1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri DatukAmar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada1981sehingga sekarang.Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalamBarisan NasionalNegeri telah mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Ahli-ahlinya telah menjangkau 300,000 orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri. Parti ini disokong penuh oleh kaum bumiputera, terutamanya golongan Melayu-Melanau,Iban,Bidayuh, danOrang Ulu.