saranan polisi dan strategi e

Upload: punitha-anpalagian

Post on 25-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Saranan Polisi Dan Strategi e

    1/2

    Saranan Polisi dan Strategi E-Dagang di Malaysia

    Terdapat beberapa polisi dan strategi yang boleh diambil oleh kerajaan dan peniaga

    bagi perniagaan e-dagang di Malaysia dengan lebih berkesan. Namun begitu beberapa isu

    atau perkara perlu diberi perhatian semasa merancang dan polisi dan strategi bagi e-dagang di Malaysia terutama berkait dengan adat resam, agama, kebudayaan kerana ianya

    terdiri masyarakat majmuk. Polisi dan strategii perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak

    iaitu pihak swasta dan juga kerajaan.

    Pihak Kerajaan

    Pihak kerajaan perlu memberi sokongan berkaitan dengan aspek perundangan yang

    tidak membebankan, mudah dan konsisten. Peraturan hendaklah telus serta melindungi

    hak, harta dan mengawal penipuan. Selain itu, membanyakkan insentif kepada pihak swasta

    membangunkan perniagaan e-dagang. erajaan tidak akan membuat penghalang kepada

    perkembangan e-dagang dengan mengadakan sekatan-sekatan. Seterusnya kerajaan perlu

    meminda dan mengubal undang-undang e-dagang dari masa ke semasa bagi

    menyesuaikan dengan keadaan semasa demi untuk memperkembangkan urusniaga e-

    dagang. Melaksanakan dasar tiada tarif atau cukai dikenakan bagi cukai jualan ke atas

    urusniaga e-dagang dan mengalakan industri yang dikawal selia sendiri kepada sektorswasta. !khir sekali, pihak kerajaan hendaklah mengadakan infrastuktur telekomunikasi

    secara menyeluruh untuk dipergunakan dalam urusniaga dan menerap kecekapan ilmu "T

    kepada masyarakat bagi memboleh dan mempercepatkan mereka berkebolehan untuk

    menggunakan alatan teknologi maklumat seterusnya membolehkan mereka berurusan

    dalam perniagaan eletronik.

    Pihak Swasta#ari segia pihak swasta pula, perlu mengadakan sistem pembayaran eletronik yang

    lebih fleksibel dan menjamin keselamatan pembayaran oleh pembeli. Selain itu,

    perlu menjamin bahawa hakmilik dan data peribadi pelanggan dijamin selamat guna

    untuk memberi keselesaan kepada pelanggan dan menjamin keselamatan dan

    pengguna tidak mengalami kerugian dan mempunyai kemudahan membuat aduan.Seterusnya, pihak swasta mesti mengadakan kemudahan untuk pelanggan

    berintaksi dengan menggunakan konsep mesra pelanggan. Sebelum membuat

    perancangan polisi dan strategi dibuat perlu melihat suasana persekitaran dan polisi

    yang disediakan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dan bertentangan dengan

  • 7/25/2019 Saranan Polisi Dan Strategi e

    2/2

    dasar kerajaan. !khir sekali, pihak swasta wajib mengadakan kaedah yang

    menjamin bagi pelanggan mendapatkan semula wang mereka jika ianya tidak

    memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan mewujudkan banyak tempat

    perkhidmatan kepada pengguna samada ada untuk membuat pesanan atau aduan

    atau khidmat selepas jualan seperti kiosk.