korupsi (“polisi abc”)

15
POLISI ANTI RASUAH DAN KORUPSI (“POLISI ABC”)

Upload: others

Post on 19-Nov-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KORUPSI (“POLISI ABC”)

POLISI ANTI RASUAH DAN

KORUPSI (“POLISI ABC”)

Page 2: KORUPSI (“POLISI ABC”)

ISI KANDUNGAN

HALAMAN 01 PENGENALAN

HALAMAN 02 SKOP

HALAMAN 03 DEFINISI

HALAMAN 04 KENYATAAN POLISI

HALAMAN 05 PRINSIP I:

TANGGUNGJAWAB DAN

KOMITMENT

HALAMAN 07 PRINSIP II: PENILAIAN

RISIKO

HALAMAN 08 PRINSIP III: MENJALANKAN

LANGKAH KAWALAN

HALAMAN 12 PRINSIP IV: SEMAKAN,

PEMANTAUAN DAN

PENGUATKUASAAN

HALAMAN 13 PRINSIP V: LATIHAN DAN

KOMUNIKASI

Page 3: KORUPSI (“POLISI ABC”)

1. PENGENALAN

Hong Leong Bank Group (“HLBG” atau “Bank”) telah

mengeluarkan Polisi ABC yang menetapkan pendirian tegas

‘dari peringkat atasan’ terhadap semua amalan rasuah dan

tanggungjawab Pihak Bersekutu (rujuk Seksyen 3 di bawah)

dalam mematuhi dan menegakkan pendirian sifar toleransi

HLBG terhadap rasuah dan korupsi.

Polisi ABC memberi panduan bagaimana untuk menghalang,

mengawal dan memerangi aktiviti rasuah dan korupsi dan

perkara yang mungkin timbul semasa menjalankan

perniagaan dan memastikan Garis Panduan Tatacara

Mencukupi dilaksanakan bagi mengelakkan terjadinya

amalan rasuah didalam Bank selaras dengan Garis Panduan

Tatacara Mencukupi yang dikeluarkan menurut Seksyen

17A(5) di dalam Akta MACC 2009.

Polisi ABC turut merujuk kepada Polisi Lembaga Pengarah

mengenai Kod Tatalaku dan Etika, Prosedur Operasi

Standard Hadiah dan Hiburan, Polisi Lembaga Pengarah

mengenai Sumbangan dan Pemberian Maklumat yang

ditetapkan oleh Bank. Keperluan-keperluan bagi polisi-polisi

tersebut telah digabungkan ke dalam dokumen di bawah ini.

Dokumen ini adalah hak milik HLBB/ HLISB. Tiada bahagian di dalam dokumen ini boleh diterbitkan semula,disimpan dalam apa-apa bentuk ataupun cara, termasuk mekanikal, elektronik, fotokopi, rakaman tanpakebenaran bertulis daripada pihak pengurusan HLBB / HLISB.

1.

Page 4: KORUPSI (“POLISI ABC”)

Polisi ABC ini terpakai di peringkat entiti HLBGdan syarikat subsidiari kami di Malaysia. Syarikatsubsidiari HLBG di luar negara mempunyai PolisiPencegahan Rasuah dan Korupsi mereka sendiriyang selari dan konsisten dengan Polisi ABCHLBG ini.

Polisi ABC ini terpakai kepada semua pengarah, pekerja(sama ada sementara, tempoh tetap, atau tetap), pelatih,kakitangan yang dipinjamkan, pekerja kasual, kakitanganagensi, sukarelawan, pelatih industri, ejen HLBG (termasuksyarikat subsidiari dan cawangan HLBG di luar negara).

Bank turut menggesa semua rakan kongsi, kontraktor,subkontraktor, vendor, pembekal, penyedia perkhidmatan,perunding, wakil dan sesiapa sahaja yang melakukan kerjaatau perkhidmatan bagi pihak Bank, atau sesiapa sahajayang berkaitan dengan HLBG, agar mematuhi Polisi ABC inisemasa melakukan kerja atau perkhidmatan yangberkenaan.

2. SKOP

2.

Page 5: KORUPSI (“POLISI ABC”)

3. DEFINISI

“HLBG” Bermaksud Hong Leong Bank Berhad dan semua syarikatsubsidiari dan cawangannya.

“Korupsi” Merujuk kepada tindakan memberi kebenaran secara korup,memberi, bersetuju untuk memberi, menjanjikan, menawarkan,meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima suapan.

“Pihak

Bersekutu”

Bermaksud semua pengarah, pekerja (sama ada sementara,tempoh tetap, atau tetap), pelatih, kakitangan yang dipinjamkan,pekerja kasual, kakitangan agensi, sukarelawan, pelatih industri,dan ejen HLBG, dan rakan kongsi, kontraktor, subkontraktor,vendor, pembekal, penyedia perkhidmatan, perunding, wakil dansemua yang melakukan kerja atau perkhidmatan bagi pihakHLBG atau pihak yang bersekutu dengan HLBG

“Rasuah” Bermaksud perbuatan memberi atau menerima apa-apa suapanatau ganjaran berbentuk wang tunai atau sesuatu yang berhargasebagai dorongan untuk melakukan perbuatan yang berkaitandengan tugas rasminya.

“Suapan” a. wang, derma, hadiah, pinjaman, yuran, ganjaran, cagaranberharga, harta atau faedah pada harta sama ada alih atautak alih, faedah kewangan atau apa-apa manfaatseumpamanya yang lain;

b. apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaanatau perkhidmatan, dan segala perjanjian untuk memberikanpekerjaan atau memberikan perkhidmatan dalam apa-apakemampuan dan kapasiti;

c. apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaianpinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada secarakeseluruhan atau sebahagian daripadanya;

d. apa-apa jenis balasan berharga, diskaun, komisen, rebat,bonus, potongan atau peratusan;

e. apa-apa perbuatan penangguhan bagi membolehkan tuntutanwang atau nilai bersamaan dengan wang atau barangberharga;

f. apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasukperlindungan daripada penalti atau ketidakupayaan yangdikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada segala tindakanatau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah,sama ada telah atau tidak dilakukan lagi, dan termasukpenggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

g. apa-apa tawaran, ikrar atau janji, sama ada bersyarat atautidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikutpengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f).

“Syarikat” Bermaksud setiap syarikat di dalam HLBG.

3.

Page 6: KORUPSI (“POLISI ABC”)

4. KENYATAAN POLISI

HLBG mempunyai pendirian toleransi sifar terhadapamalan rasuah dan korupsi.

HLBG komited untuk bertindak secara profesional,adil dan berintegriti dalam semua urusanperniagaan dan perhubungannya, dan komiteduntuk melaksanakan dan menguatkuasakan sistemyang memastikan rasuah dan korupsi dicegah.

Bank akan menegakkan semua keperluan undang-undangdan peraturan berkaitan anti rasuah dan korupsi mengikutsemua bidang kuasa di mana ia beroperasi.

Bank memandang serius sebarang pelanggaran Polisi ABCdan akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya.Tindakan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, menilaisemula pekerjaan atau pelantikan, tindakan disiplin,pemecatan, pemberhentian kontraktor/penyediaperkhidmatan pihak ketiga daripada meneruskan urusanperniagaan dan sebagainya, serta melaporkan apa-apakesalahan kepada pihak berkuasa yang berkenaan,konsisten dengan keperluan undang-undang dan peraturanyang berkaitan.

Secara khususnya, Lembaga Pengarah dan PengurusanKanan HLBG tidak akan membiarkan atau bersetuju mana-mana Pihak Bersekutu:a. meminta secara korup, menerima atau bersetuju untuk

menerima apa-apa suapan sama ada untuk dirinya ataumana-mana individu lain; atau

b. memberi secara korup, bersetuju untuk memberi,berjanji atau menawarkan suapan kepada mana-manaindividu untuk manfaat dirinya atau individu lain, samadadengan niat untuk mendapatkan atau mengekalkanperniagaan atau apa-apa kelebihan dalam menjalankanperniagaan untuk Bank.

4.

Page 7: KORUPSI (“POLISI ABC”)

5. PRINSIP I: TANGGUNGJAWAB

DAN KOMITMEN

i. Lembaga Pengarah Bank dan Jawatan Kuasanya

• Memantau dan menetapkan polisi yang menegaskan“pendirian dari peringkat atasan” bagi mengekalkantahap integriti dan etika korporat yang tertinggi, denganmematuhi keperluan undang-undang dan peraturanyang berkenaan mengenai pencegahan rasuah dankorupsi;

• Meluluskan Polisi ABC• Mengurus risiko utama rasuah/korupsi dan kes

pemberian maklumat kepada Bank; dan• Menerima dan menyemak laporan mengenai

pelaksanaan dan keberkesanan Polisi ABC secaraberterusan.

5.

ii. Pengurusan Kanan Bank

• Menggalakkan budaya integriti di dalam Bank;• Memastikan tahap integriti dan etika yang tinggi dan

pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluanundang-undang dan peraturan berkenaan anti rasuahdan korupsi;

• Menguruskan risiko rasuah/korupsi yang berkaitandengan Bank secara berkesan;

• Memastikan bahawa polisi, prosedur dan sistemkawalan yang mencukupi dan jelas telah ditetapkanbagi meminimumkan dan mengelakkan peluangberlakunya rasuah dan korupsi di dalam Bank danmengambil tindakan ke atas insiden rasuah dan korupsisama ada yang disyaki atau disahkan berlaku di dalamBank;

• Menggalakkan penggunaan saluran pemberianmaklumat dan lain-lain yang bersesuaian berhubungapa-apa insiden rasuah sama ada yang disyaki atauyang benar-benar berlaku;

Page 8: KORUPSI (“POLISI ABC”)

• Merangka pelan komunikasi dan program latihanberdasarkan kepada polisi dan komitmen Bankterhadap anti rasuah dan korupsi untuk pihak-pihakdalaman dan luaran yang berkaitan;

• Bertindak ke atas dan melaporkan kepada LembagaPengarah mengenai apa-apa keputusan audit,semakan penilaian risiko, langkah pengawalan danprestasi yang berkaitan dengan program pematuhananti rasuah dan korupsi.

EIO di dalam Jabatan Pematuhan Bank boleh dihubungimelalui [email protected]

Pegawai Etika dan Integriti (EIO) yang dilantik dariJabatan Pematuhan Bank perlu:• Mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan

anti rasuah dan korupsi termasuk memberikan nasihatdan bimbingan kepada kakitangan dan rakanperniagaan berkaitan dengan program pematuhan antirasuah dan korupsi,

• Mengatur dan mengawasi pelaksanaan Polisi ABC,dengan mengambil kira penilaian risiko Bank berkaitandengan rasuah/korupsi.

• Bertindak sebagai pihak yang berfungsi untukmenyampaikan pendirian Bank mengenai anti rasuahdan korupsi kepada pihak luar bagi pihak Bank danmenyimpan semua rekod komunikasi untuk tujuanpenyimpanan rekod.

iii. Jabatan Pematuhan Bank

• Mematuhi dan menegakkan pendirian toleransi sifarHLBG terhadap rasuah dan korupsi;

• Mematuhi Polisi ABC;• Menyuarakan kebimbangan mengenai tingkah laku atau

perbuatan yang salah secepat mungkin menerusipelbagai saluran komunikasi termasuk apa yang telahditetapkan dalam Polisi Pemberian Maklumat Bank, dimana ia merupakan saluran terbaik untukmengetengahkan segala isu.

iv. Pihak Bersekutu

6.

Page 9: KORUPSI (“POLISI ABC”)

6. PRINSIP II: PENILAIAN RISIKO

Bank akan menilai risiko rasuah/korupsi terhadapkeseluruhan operasi Bank sekurang-kurangnyasekali dalam tempoh dua (2) tahun dan apabiladiperlukan (termasuk apabila terdapat perubahanundang-undang, perubahan perniagaan Bank atauwujud keadaan di mana penilaian risikodiperlukan) untuk mengenal pasti, menganalisis,menilai dan menetapkan tindakan utama yangdiperlukan untuk mengurangkan risikorasuah/korupsi dalaman dan luaran yang telahdikenal pasti.

Pengurusan Kanan akan menyemak laporan penilaianrisiko Bank dan mencadangkan penambahbaikan ke ataspolisi dan prosedur Bank dalam memerangi rasuah/korupsi.Laporan penilaian risiko Bank akan dikemukakan kepadaLembaga Bank untuk semakan.

7.

Page 10: KORUPSI (“POLISI ABC”)

Semua kakitangan HLBG dilarang sekeras-kerasnya daripada menerima atau menawarkan hadiah dan hiburan seperti berikut:

a. apa-apa bentuk hadiah dan/atau hiburanseperti, atau kelihatan seperti, tidakbersesuaian, kerap atau berlebihan,dengan mengambil kira semua fakta dankeadaan yang berkaitan;

b. apa-apa jumlah wang atau yang samanilainya dengan wang (angpow (termasuke-angpow secara perbankan internet) kadhadiah, baucar dan sebagainya);

c. apa-apa bentuk hadiah dan/atau hiburansebagai balasan untuk tindakan dari Bankatau tindakan untuk manfaat Bank; dan

d. apa-apa bentuk hadiah dan/atau hiburanyang lain untuk tujuan yang melanggarundang-undang Malaysia.

7. PRINSIP III: MENJALANKAN

LANGKAH KAWALAN

Penerimaan dan pemberian hadiah dan hiburanadalah tertakluk kepada Polisi Lembaga Pengarahmengenai Kod Tatalaku dan Etika dan ProsedurOperasi Standard Hadiah dan Hiburan yangditetapkan oleh Bank, di mana kelulusan tertentuperlu diperolehi terlebih dahulu sebelummengeluarkan apa-apa jenis atau jumlahperbelanjaan tertentu untuk memberi hadiah danhiburan, serta menerima hadiah dan hiburan.

Semua kakitangan perlu membuat penilaian yangmenyeluruh dan memastikan bahawa penerimaan hadiahatau hiburan tidak akan mengakibatkan konflik kepentinganapabila dilihat dalam konteks pekerjaan yang dijalankanoleh mereka dengan pihak Bank.

8.

7.1 HADIAH DAN HIBURAN

Tanpa prejudis terhadap perkara di atas, semua kakitanganperlu segera mengisytiharkan apa-apa hadiah atau hiburanmelebihi RM100 yang mereka beri atau terima.

Page 11: KORUPSI (“POLISI ABC”)

Hadiah atau hiburan yang diterima tanpa kelulusan pihakberkuasa yang berkenaan di dalam HLBG, perludipulangkan atau dibayar balik kepada individu yangmemberikan hadiah atau hiburan tersebut.

a. Tiada derma politik dibenarkan.

b. Ketelitian wajar perlu dilakukan ke atas penerima

derma bagi menentukan bahawa mereka mempunyai

reputasi yang baik.

c. Semua permohonan derma perlu dinilai oleh Bahagian

Pemasaran dan Komunikasi dan diluluskan oleh pihak

berkuasa yang mengikut Polisi Derma HLBG.

9.

Semua derma dan penajaan yang dilakukan oleh

Bank untuk tujuan amal (“Derma”) adalah

tertakluk kepada Polisi Lembaga Pengarah

mengenai Derma dan Polisi Lembaga Pengarah

mengenai Permohonan Pra-Kelulusan

Perbelanjaan Bank (CER, EAR dan Tender) yang

memperuntukkan:

7.2 DERMA DAN PENAJAAN

Page 12: KORUPSI (“POLISI ABC”)

Bank tidak akan membuat bayaran pemudahcara.

.10

7.3 BAYARAN PEMUDAHCARA

Bagi memastikan Pihak Bersekutu turut samamengamalkan pendirian toleransi sifar HLBGterhadap rasuah dan korupsi, Bank akanmelakukan ketelitian wajar bagi menilai integritiPihak Bersekutu, termasuk menyemak latarbelakang dan/atau pengesahan dokumen dan/ataumenjalankan temu ramah, sebelum menjalinkanapa-apa hubungan formal dengan mereka dansecara berkala selepas itu.

7.4 KETELITIAN WAJAR

Bank berusaha memastikan bahawa tiada konflikkepentingan yang akan menjejaskan kepentinganBank, pemegang saham, pelanggan dan pihakberkepentingan yang lainnya menerusipengenalpastian, pencegahan dan pengurusankonflik kepentingan.

Semua Pihak Bersekutu perlu mengisytiharkan segalakepentingan peribadi yang dimiliki olehnya atau individuyang mempunyai hubungan dengannya mengenai apa-apakeputusan atau perkara yang berkaitan dengan Bank yangmelibatkan dirinya.

7.5 KONFLIK KEPENTINGAN

Page 13: KORUPSI (“POLISI ABC”)

Pihak dalaman dan luaran digalakkan untukmenyuarakan kebimbangan yang berkaitandengan insiden rasuah/korupsi sama ada benaratau disyaki berlaku atau kekurangan programpematuhan anti rasuah dan korupsi HLBG secepatmungkin.

Sila rujuk kepada Polisi Pemberian Maklumat HLBG untukmendapatkan butiran mengenai bagaimana kebimbanganyang sedemikian boleh disuarakan kepada Lembagadan/atau disampaikan tanpa dikenali.

Polisi Pemberian Maklumat Bank melindungi identiti pemberimaklumat, serta melindungi pemberi maklumat daripadatindakan balas dan tindakan buruk ke atas pekerjaan,asalkan pendedahan berkenaan dibuat dengan niat baik.

Jika perlu, Bank akan melaporkan maklumat insiden rasuahdan korupsi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

.11

7.6 SALURAN PELAPORAN DAN POLISI

PEMBERIAN MAKLUMAT

7.7 LANGKAH-LANGKAH KAWALAN LAIN

a. Kawalan Kewangan

Semua modal dan perbelanjaan operasi adalah tertaklukkepada had pra kelulusan Bank mengikut polisi danprosedur permohonan kelulusan modal dan perbelanjaanoperasi (CER/EAR) manakala semua pembayaran dantuntutan kakitangan tertakluk kepada had pihak berkuasapembayaran mengikut polisi pembayaran dan tuntutankakitangan.

c. Penyimpanan Rekod

Bank telah menetapkan polisidan prosedur berkaitandengan penyimpanan rekodbagi menguruskandokumentasi berkaitandengan Garis PanduanTatacara Mencukupi; yangperlu diikuti sepenuhnya.

Semua aktiviti perolehanyang tertakluk kepadaPolisi Perolehan danPolisi Tender dalamPermohonan Pra-Kelulusan Perbelanjaan(CER, EAR dan Tender);dan

b. Perolehan

Page 14: KORUPSI (“POLISI ABC”)

Jika jurang atau kekurangan dikesan semasapelanggaran polisi, proses semakan semula, atauapabila terdapat perkembangan baru dalamindustri, undang-undang dan peraturan,penambahbaikan terhadap polisi dan prosedurBank akan dipertimbangkan dan/atau diperbaikisegera.

8. PRINSIP IV: SEMAKAN, PEMANTAUAN

DAN PENGUATKUASAAN

.12

Jabatan Audit Dalaman akan menyemak program danlangkah-langkah pematuhan anti rasuah dan korupsi Bankbagi menilai tahap pematuhan, prestasi, kecekapan dankeberkesanannya. Laporan audit berkenaan akandibentangkan oleh Jabatan Audit Dalaman kepadaJawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Bank untuksemakan dan kemudiannya dilaporkan kepada LembagaPengarah untuk pertimbangan/semakan penuh LembagaPengarah.

Jabatan Pematuhan akan melakukan semakan secaraberkala mengenai pelaksanaan dan pematuhan Bankterhadap Polisi ABC. Laporan berkenaan akandibentangkan oleh Jabatan Pematuhan kepadaJawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga PengarahBank untuk semakan dan dilaporkan kepada LembagaPengarah.

i. Semakan

Page 15: KORUPSI (“POLISI ABC”)

Bank akan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnyaterhadap Pihak Bersekutu yang didapati tidak mematuhiPolisi ABC.

9. PRINSIP V: LATIHAN DAN

KOMUNIKASI

Bank mempunyai program latihan dan pelankomunikasi yang selari dengan polisi dan komitmenterhadap anti rasuah dan korupsi untuk semua pihakyang berkaitan.

Tarikh: 1 Jun 2021

Semua Ketua Jabatan akan memantau prestasikakitangan mereka berhubung polisi ini dan melaporkansebarang ketidakpatuhan. Laporan ketidakpatuhan akandibentangkan oleh Jabatan Pematuhan kepadaJawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga PengarahBank/Lembaga Pengarah untuk semakan.

13.

ii. Pemantauan

iii. Penguatkuasaan