ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/ebook-33-saranan.pdf ·...

31

Upload: hoanghanh

Post on 03-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi
Page 2: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Kandungan Pengenalan

Strategi 1 Mencari rezeki yang halal Saranan 1 Bekerja makan gaji

Saranan 2 Memilih majikan dengan perniagaan yang patuh Syariah

Saranan 3 Menjaga aurat ketika mencari rezeki

Saranan 4 Tidak terlibat dengan rasuah

Saranan 5 Bekerja sendiri atau berniaga

Saranan 6 Tidak terlibat dengan riba', gharar dan maisir

Saranan 7 Berlaku jujur dan amanah

Strategi 2 Mengurus perbelanjaan dengan bijak Saranan 8 Memberi nafkah kepada tanggungan

Saranan 9 Utamakan keperluan berbanding kehendak

Saranan 10 Elakkan pembaziran

Saranan 11 Tidak terikut-ikut trend

Strategi 3 Mengurus hutang Saranan 12 Guna satu kad kredit sahaja

Saranan 13 Bayar hutang mengikut jadual

Saranan 14 Hutang mengikut keperluan

Saranan 15 Pilih pembiayaan patuh Syariah

Strategi 4 Mengeluarkan Zakat dan Infaq Saranan 16 Mengeluarkan Zakat pendapatan dan peniagaan

Saranan 17 Memberi sedekah

Saranan 18 Memberi orang lain makan

Saranan 19 Membuat wakaf semasa hidup

Strategi 5 Melanggan produk takaful sebagai persediaan menghadapi musibah Saranan 20 Mengenalpasti perbezaan takaful dan insurans

Saranan 21 Taktik menangani cadangan 'tele-marketer' insurans atau takaful

Saranan 22 Mengambil takaful am untuk perlindungan harta

Saranan 23 Melanggan takaful hayat dan perubatan

Saranan 24 Lantik dan maklumkan penama tentang polisi yang diambil

Page 3: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Saranan 25 Simpan maklumat operator takaful

Strategi 6 Melabur dalam pelaburan patuh Syariah Saranan 26 Melabur tanpa hutang

Saranan 27 Menyemak status pelaburan dengan Suruhanjaya Sekuriti

Saranan 28 Mengenalpasti Skim Cepat Kaya

Saranan 29 Berhati-hati dengan pelaburan emas dan pajak gadai

Strategi 7 Mengurus harta pusaka Saranan 30 Selesaikan hutang dahulu

Saranan 31 Melantik pentadbir harta atau wasi

Saranan 32 Senaraikan aset dan liabiliti

Saranan 33 Menulis wasiat

Penutup

Page 4: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Pengenalan

Jack Canfield dalam bukunya 'The Success Principles' menyarankan setiap

orang menulis matlamat dalam 7 aspek kehidupan iaitu karier, kewangan,

masa lapang, kesihatan, hubungan, kendiri atau spiritual dan sumbangan

kepada komuniti.

Bagi orang Islam, Nabi Muhammad telah berpesan bahawa akan datang lima

perkara selepas lima perkara iaitu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin,

lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Secara tidak langsung, kita dapat memahami kepentingan menetapkan

matlamat supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab semasa kita

dalam keadaan lima perkara sebelum datang lima perkara yang dinyatakan

tadi.

Dalam aspek kewangan, apakah matlamat kita untuk setiap tahun? Senaraikan sekurang-kurangnya lima perkara yang anda ingin capai daripada

segi pendapatan dan lima perkara daripada segi perbelanjaan yang ingin

anda perbaiki. Nyatakan nilai yang ingin dicapai dan tarikh akhir untuk setiap

matlamat tersebut.

Seorang bapa muda yang baru menerima cahayamata pada bulan Disember

2014 sudah tentu menjangkakan perbelanjaan keluarganya bertambah. Jadi

beliau boleh menetapkan matlamat untuk menjana pendapatan tambahan

bagi menampung keperluan kewangan keluarga.

Seorang graduan yang telah mendapat pekerjaan boleh menetapkan

matlamat untuk membayar hutang pinjaman pendidikan secara konsisten

agar cepat selesai.

Page 5: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi atau

taktik yang berkesan. Mereka yang berjaya telah berkongsi pelbagai tips

untuk mencapai matlamat kewangan dalam hidup.

Islam sebagai agama yang lengkap memberi panduan dalam menguruskan

kewangan dan harta. Tujuh strategi kewangan berikut adalah perkara yang

dituntut dalam Islam supaya umatnya hidup sejahtera dan mencapai

kejayaan di dunia dan akhirat.

Page 6: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Strategi 1 Mencari rezeki yang halal

Tujuan hidup kita sebagai orang Islam ialah beribadat kepada Allah. Mencari

rezeki yang halal adalah tuntutan agama. Terlalu banyak perkara yang baik

dan dibenarkan syariat di dunia ini. Sesungguhnya Allah menjadikan dunia

sebagai nikmat kepada manusia dan tempat mencari rezeki.

Oleh itu, perhatikan garis panduan halal dan haram supaya anda tidak

terjebak dalam perkara-perkara yang dilarang oleh agama.

Saranan 1 Bekerja makan gaji Menjana pendapatan dengan makan gaji berdasarkan kemahiran dan ilmu

yang dimiliki merupakan suatu ibadah. Ia dikategorikan sebagai ibadah

umum apabila niat melakukan sesuatu pekerjaan itu adalah kerana Allah.

Tujuan bekerja untuk menampung kehidupan dan memberi nafkah kepada

ahli keluarga menjadi apa jua pekerjaan itu suatu yang mulia disisi Allah.

Dengan syarat ia tidak menyalahi syariat Islam.

Saranan 2 Memilih majikan dengan perniagaan yang patuh Syariah Banyak pilihan kerjaya di Malaysia khususnya atau luar negara yang tidak

bertentangan dengan syariat Islam. Maka wajar bagi kita untuk memilih

majikan yang tidak terlibat dengan perkara haram seperti riba', judi, arak,

hiburan yang melalaikan, rokok dan lain-lain perkara haram.

Maka, anda akan terhindar daripada melakukan dosa sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Hidup menjadi lebih tenang dan pendapatan

itu diberkati Allah.

Page 7: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Saranan 3 Menjaga aurat ketika mencari rezeki Hal ini amat penting dalam urusan kita seharian termasuk apabila kita keluar

mencari rezeki. Kewajipan menutup aurat bertujuan melindungi kita daripada

fitnah. Apabila menutup aurat kehormatan diri akan terjaga.

Menutup aurat dengan sempurna menunjukkan bahawa tiada halangan untuk

mencari rezeki yang halal. Selain itu, individu yang menutup aurat secara

semestinya mampu mempamerkan akhlak yang baik. Hal ini akan

meningkatkan kepercayaan orang lain apabila berurusan dengan anda.

Saranan 4 Tidak terlibat dengan rasuah Rasuah ialah memberi suatu ganjaran kepada pihak lain untuk mendapat

kelebihan dalam sesuatu urusan. Ia boleh berlaku dalam urusan harian,

penguatkuasaan undang-undang, kontrak niaga dan sebagainya.

Ia diharamkan kerana wujud unsur tidak adil kepada pihak lain dan mungkin

terjadinya perbuatan aniyai atau khianat. Hal ini sewajarnya dielakkan kerana

Islam menentang kezaliman atau memakan suapan (rasuah).

Saranan 5 Bekerja sendiri atau berniaga Anda juga boleh menjana pendapatan daripada bekerja sendiri atau

berniaga. Malahan dalam dunia tanpa sempadan kini, seorang individu

adakalanya mempunyai lebih daripada satu pekerjaan. Dato' Shah Razali,

seorang usahawan berjaya dalam bidang hartanah pernah menyatakan

bahawa ada empat jenis pendapatan.

Pendapatan yang dimaksudkan ialah pendapatan aktif, pendapatan

sampingan, pendapatan pasif dan pendapatan portfolio. Pendapatan aktif

diperolehi daripada pekerjaan atau perniagaan utama yang dilakukan sehari-

hari. Pendapatan sampingan ialah pendapatan yang dijana daripada aktiviti

Page 8: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

kedua seperti kerja separuh masa atau menjadi ejen.

Pendapatan pasif ialah pendapatan yang dijana tanpa perlu penglibatan

secara total seperti pendapatan sewa, royalti buku atau dividen pelaburan.

Manakala pendapatan portfolio pula ialah pendapatan hasil daripada nilai

aset yang meningkat dalam suatu tempoh seperti hartanah atau saham.

Saranan 6 Tidak terlibat dengan riba', gharar dan maisir Unsur riba', gharar dan maisir ini sangat mudah berlaku dalam transaksi yang

melibatkan wang. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam setiap perkara.

Ajukan soalan-soalan penting kepada pegawai bank atau konsultan anda

supaya anda jelas tentang status atau ciri produk kewangan yang anda

langgan. Contohnya, pinjaman atau pembiayaan perumahan, takaful dan

pelaburan unit amanah.

Saranan 7 Berlaku jujur dan amanah Sifat jujur dan amanah memberi keyakinan pada orang lain untuk berurusan

dengan kita. Tidak kira apa jua kedudukan kita dalam organisasi, individu

yang amanah akan disenangi. Segala urusan juga boleh dilakukan dengan

lancar.

Sifat jujur dan amanah ini adalah antara empat sifat utama Nabi Muhammad

di samping kebijaksanaan (fatanah) dan tabligh. Sangat wajar untuk kita

mencontohi sifat Nabi yang mulia dan sentiasa mengamalkannya.

Page 9: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Strategi 2 Mengurus perbelanjaan dengan bijak

Bagaimana kita membelanjakan rezeki atau pendapatan yang dikurniakan

Allah akan ditanya di akhirat. Apabila ia dibelanjakan untuk tujuan yang baik

dan betul, maka ganjaran pahala berlipat ganda. Manakala, jika dibelanjakan

kepada jalan yang dilarang atau pembaziran, maka ia menjadi perbuatan

yang sia-sia.

Syaitan amat suka kepada golongan yang melakukan pembaziran. Dalam Al-

Quran, ada disebutkan tentang golongan yang membazir ini.

"Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan

haknya masing-masing; dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat

boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang

syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

(Al-Quran, 17:26-27)

Saranan 8 Memberi nafkah kepada tanggungan Suami memberi nafkah kepada isteri. Bapa memberi nafkah kepada anak-

anak. Ini adalah tanggungjawab nakfah yang utama. Seorang lelaki yang

melunaskan kewajibannya dalam memberi nafkah seolah-olah dirinya

memberi infaq atau sedekah. Tentunya besar ganjaran pahala daripada Allah.

Inilah kelebihan yang dikurniakan kepada golongan lelaki. Mempunyai kudrat

yang lebih daripada wanita dan banyak lagi kelebihan lain supaya menjadi

pelindung kepada golongan wanita dan kanak-kanak.

Page 10: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Saranan 9 Utamakan keperluan berbanding kehendak Dalam dunia yang serba moden ini, kita hampir boleh membeli apa yang kita

inginkan. Namun begitu, dahulukan keperluan berbanding kehendak.

Keperluan adalah sesuatu yang mesti ada supaya dapat kita dapat menjalani

kehidupana yang baik. Keperluan asas bagi setiap manusia ialah makanan,

pakaian dan tempat tinggal.

Makan hidangan yang lengkap dengan nutrisi itu satu keperluan tetapi makan

hidangan lengkap di restoran mewah adalah satu kehendak. Kita masih boleh

menyediakan hidangan yang lengkap di rumah tanpa perlu berbelanja besar

apabila makan di luar.

Saranan 10 Elakkan pembaziran Berbelanja berdasarkan keperluan untuk mengelakkan pembaziran.

Kadangkala kita membeli stok yang banyak kerana promosi. Kemudian,

barang ini rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja. Sudah berlaku

pembaziran. Kadangkala kita membeli berpasang-pasang kasut. Kemudian

kita hanya menggunakan satu atau dua pasang kasut sahaja.

Dalam hal ini, kita sendiri yang menentukan berapa banyak keperluan.

Apabila perbelanjaan dirancang, maka pembaziran dapat dielakkan.

Saranan 11 Tidak terikut-ikut trend

Trend selalu dikaitkan dengan industri fesyen. Walhal dalam industri lain juga

ia berlaku. Sesuatu produk sangat mudah menjadi trend apabila ia

disebarkan dengan meluas. Media sosial mempunyai kekuatan ini. Barang

komestik, produk jagaan kesihatan, jubah atau tudung, dan bermacam lagi

barang yang menjadi trend.

Page 11: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Akibat terlalu mengikut trend, kita boleh berbelanja di luar kawalan. Akibat

terpengaruh dengan iklan di saluran khas kedai TV, ada sahaja barang yang

dihantar ke rumah. Akibat membeli pakaian setiap kali keluar rekaan terbaru,

almari semakin penuh.

Berhati-hati dengan trend. Anda mungkin nampak hebat. Tetapi ia akan

menipiskan poket anda dalam masa yang singkat.

Page 12: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Strategi 3 Mengurus hutang

Hutang disebut sebagai Qard Al-Hasan yang bermaksud hutang yang baik.

Tiada unsur riba' atau gharar. Kita dapat memahami bahawa hutang tidak

dilarang dalam Islam dan berikut adalah panduannya:

1) Mencatatkan hutang dengan jelas iaitu jumlah hutang, siapa penghutang,

siapa yang memberi hutang dan bila tarikh hutang perlu dibayar.

2) Pemberi hutang tidak mengenakan faedah ke atas jumlah hutang.

Faedah ini adalah riba' dan antara dosa besar bagi umat Islam.

3) Penghutang hendaklah menjelaskan hutang seperti yang dijanjikan.

Dalam satu Hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan adalah lebih baik

jika penghutang membayar lebih daripada jumlah hutang tetapi atas

kerelaannya sendiri.

4) Jika hutang tidak sempat dibayar semasa hidup, maka waris atau

pentadbir harta pusaka akan menjelaskan hutang si mati terlebih dahulu

sebelum ia diagihkan kepada waris.

5) Pemberi hutang hendaklah berhati-hati apabila menerima sebarang

manfaat sama ada dalam bentuk kewangan atau harta benda kerana

dikhuatiri boleh menyebabkan riba'.

Islam sebagai agama yang indah memandang tinggi orang yang memberi

hutang kerana membantu golongan yang di dalam kesusahan. Orang yang

ingin meminjam ini umpama dalam kesempitan dan mengorbankan ego

dirinya bagi memenuhi keperluan yang mendesak. Oleh itu, jika mampu

bantulah mereka.

Institusi kewangan seperti bank komersial, PTPTN, MASB dan MARA

contohnya menawarkan pinjaman atau lebih dikenali sebagai pembiayaan

Islam untuk membantu orang awam. Pembiayaan sebegini memenuhi

Page 13: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

keperluan untuk pembelian hartanah, membayar yuran pengajian tinggi,

mengembangkan perniagaan dan lain-lain lagi. Bagaimana kita boleh

mengurus hutang ini dengan berkesan?

Saranan 12 Guna satu kad kredit sahaja Memiliki kad kredit memudahkan urusan kewangan seperti belian runcit,

belian secara atas talian dan perbelanjaan di luar negara. Namun begitu, jika

tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan hutang tertunggak dan

pemilik kad kredit dikenakan denda lewat bayar.

Gunakan kad kredit seperti kad debit dan bayar semua jumlah yang tertera

dalam penyata setiap bulan. Hanya berbelanja mengikut kemampuan anda.

Saranan 13 Bayar hutang mengikut jadual Institusi kewangan yang memberi pembiayaan lain seperti rumah,

pembiayaan pendidikan atau perniagaan akan menetapkan jadual bayaran

setiap bulan. Setelah menerima gaji atau pendapatan bulanan, jelaskan

hutang dahulu. Bakinya barulah digunakan untuk keperluan yang lain.

Pakar kewangan menyarankan bahawa elakkan berhutang melebihi 1/3

daripada pendapatan. Kebanyakan institusi kewangan menggunakan

pecahan ini dalam menilai permohonan peminjam.

Rekod kewangan yang kukuh dan konsisten dalam membayar hutang

memberi kelebihan kepada pemohon. Sila simpan resit atau rekod bayaran

secara atas talian untuk semua bayaran hutang yang telah anda buat.

Jika berlaku sebarang tuntutan yang tidak munasabah, anda boleh merujuk

rekod sendiri dan memberi bukti bayaran kepada pemberi hutang.

Page 14: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Saranan 14 Hutang mengikut keperluan Hutang, walaupun tidak dilarang oleh Islam tetapi boleh menjerumuskan kita

dalam beban kewangan yang memeritkan. Oleh itu, hanya membuat

pinjaman atau pembiayaan jika perlu sahaja.

Contohnya, memiliki rumah atau tempat tinggal adalah keperluan. Tempat

tinggal yang selesa buat keluarga adalah salah satu tuntutan nafkah sebagai

suami dan bapa. Dalam banyak keadaan mungkin seseorang individu tidak

mampu menyediakan wang untuk membeli rumah secara tunai.

Maka, pembeli rumah boleh membuat pembiayaan dengan institusi bank.

Begitu juga dengan keperluan pendidikan. Kos pendidikan semakin tinggi,

jadi tidak salah mendapatkan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan.

Setelah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, hutang ini boleh

dilangsaikan mengikut jadual.

Saranan 15 Pilih pembiayaan patuh Syariah Bank Negara Malaysia memberi kelulusan kepada bank yang melaksanakan

perbankan Islam di Malaysia. Lesen dikeluarkan dan audit secara berkala

akan dibuat supaya pihak bank tidak menyalahi peraturan yang telah

ditetapkan.

Kontrak perbankan Islam berbeza dengan bank konvensional. Penasihat

Syariah telah menyemak dokumen kontrak dan ciri-ciri produk kewangan

sebelum ia dipasarkan kepada umum khususnya orang Islam.

Produk perbankan Islam bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Sesiapa pun

boleh melanggan asalkan pengguna tahu tentang manfaat produk tersebut.

Antara elemen utama dalam perbankan Islam ialah tiada unsur riba', gharar

Page 15: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

dan maisir. Riba' ialah faedah ke atas pinjaman. Gharar ialah unsur keraguan

di dalam kontrak. Maisir pula ialah unsur perjudian.

Takrifan yang dinyatakan ini adalah penerangan ringkas sahaja supaya

pembaca mendapat gambaran tentang tiga elemen ini yang biasanya wujud

dalam produk berasaskan kewangan.

Page 16: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Strategi 4 Menunaikan Zakat dan mengeluarkan Infaq

Zakat adalah rukum Islam ketiga dan menjadi kewajiban orang Islam yang

mampu. Tidak semua orang wajiib menunaikan Zakat. Zakat melibatkan

komitmen dalam bentuk kewangan.

Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta yang layak

dikenakan Zakat dan diagihkan kepada golongan yang ditetapkan. Golongan

ini disebut sebagai golongan asnaf.

Lapan golongan yang layak menerima zakat ialah:

1) Fakir

2) Miskin

3) Orang yang berhutang

4) Mualaf iaitu orang yang baru memeluk agama Islam

5) 'Amil iaitu orang yang mengutip Zakat

6) Orang yang berjuang di jalan Allah (fi sabilillah)

7) Hamba yang ingin memerdekakan dirinya

8) Orang yang bermusafir

Zakat terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah

adalah Zakat yang dibayar ke atas setiap individu dengan nilai secupak beras

pada Hari Raya Aidilfitri. Nilai secupak beras ditentukan oleh Majlis Agama

Negeri.

Zakat Harta adalah kadar yang dikenakan ke atas harta yang dimiliki oleh

orang Islam. Harta yang dikenakan Zakat adalah harta yang telah cukup

nisab (nilai wajib Zakat) dan haul (tempoh masa layak dikenakan Zakat).

Ada pelbagai kategori Zakat Harta termasuk Zakat pendapatan, Zakat

perniagaan, Zakat simpanan, Zakat pertanian dan Zakat penternakan. Ebook

Page 17: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

ini akan menjelaskan tentang Zakat pendapatan, Zakat perniagaan, Zakat

simpanan.

Infaq pula ialah mengeluarkan sebahagian harta dengan sukarela dan

memberi kepada orang lain. Sedekah dan wakaf adalah contoh infaq. Ibadah

ini dilakukan umat Islam semata-mata ingin keredhaan Allah.

Selain itu, banyak manfaat yang Allah telah janjikan kepada orang yang

memberi infaq seperti dalam Ayat 261, Surah Al-Baqarah. Ganjaran orang

yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah umpama sebiji benih

yang tumbuh dan mengeluarkan tangkai dan setiap tangkai mengandungi

100 biji hasil.

Saranan 16 Menunaikan Zakat pendapatan dan peniagaan Dari segi istilah, Zakat turut bermaksud menyucikan. Jadi, sebahagian harta

yang kita keluarkan adalah untuk menyucikan harta yang kita miliki. Selain

itu, ia adalah tanggungjawab sosial dan ekonomi kepada umat Islam. Zakat

yang terkumpul akan diagihkan oleh Pusat Zakat kepada golongan asnaf.

Sumbangan Zakat ini dapat digunakan untuk memperbaiki status kehidupan

mereka atau memulakan hidup yang baru. Begitulah nilai kebersamaan yang

dipupuk Islam dalam pelaksanaan Zakat.

Yang berharta membantu golongan asnaf dengan jumlah yang tidak

membebankan. Secara tidak langsung, kitaran ekonomi umat Islam memberi

manfaat kepada semua golongan.

Majlis Agama Negeri telah mengeluarkan panduan untuk mengira Zakat

pendapatan dan Zakat perniagaan. Kadar yang digunakan ialah 2.5 peratus

daripada jumlah pendapatan setahun (tahun Hijrah) setelah ditolak

Page 18: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

perbelanjaan yang dibenarkan.

Manakala nilai minima yang mula dikenakan Zakat ialah berdasarkan nilai

semasa emas seberat 85 gram. Boleh rujuk laman web pusat zakat seperti

Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan nilai nisab berdasarkan nilai

emas semasa.

Tetapkan satu tarikh untuk membayar Zakat. Anda boleh mengambil tarikh

Awal Muharram atau awal tahun Masihi. Akhir tahun juga boleh digunakan

sebagai tarikh untuk mengira jumlah pendapatan dan harta yang dikenakan

Zakat.

Saranan 17 Memberi sedekah Anda boleh bersedekah pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Allah

menyebut bahawa memberi infak adalah salah satu ciri orang yang bertakwa.

Ayat 133-134, Surah Ali-Imran bermaksud:

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan

Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang

yang bertakwa. (Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun

sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan

(kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan."

Saranan 18 Memberi orang lain makan

Seorang usahawan penternakan kambing berkongsi manfaat bersedekah

apabila bisnesnya berkembang maju dengan menghadiahkan kambing

akikah.

Kisah sebegini memberi inspirasi untuk kita melakukan perkara yang serupa

mengikut kemampuan masing-masing. Dengan niat yang ikhlas dan mencari

Page 19: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

redha-Nya, mudah-mudahan Allah melimpahkan rezeki kepada anda yang

membuat amal kebajikan. Insya Allah.

Saranan 19 Membuat wakaf semasa hidup Wakaf ialah bentuk pemberian yang kekal bagi mendapat pahala dan

keredhaan Allah walaup selepas kita meninggal dunia. Pemberi wakaf tidak

boleh menarik balik harta wakafnya.

Contoh harta wakaf ialah tanah untuk mendirikan masjid, sekolah tahfiz,

universiti dan pelbagai lagi tujuan wakaf untuk manfaat umat Islam. Anda

juga boleh berwakaf secara tunai.

Terdapat organisasi yang menguruskan wakaf tunai seperti Wakaf An-Nur

oleh Johor Corporation dan Perbadanan Wakaf Selangor. Pihak pengurusan

akan menggunakan tunai yang terkumpul untuk projek Wakaf yang diluluskan

seperti pembangunan sekolah, membeli harta Wakaf seperti bangunan kedai

dan sebagainya.

Dengan model ini, pengurusan akan dibuat secara profesional dan telus.

Matlamat Wakaf tunai agar nilai wakaf semakin meningkat melalui pelaburan

tersusun jangka panjang.

Page 20: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Strategi 5 Melanggan produk takaful sebagai persediaan menghadapi musibah

Ulama melihat beberapa kelemahan dalam kontrak insurans dan ia tidak

patuh Syariah. Melalui hasil kajian dan perbincangan di kalangan ulama

kontemporari, konsep takaful diperkenalkan sejak 1979.

Malaysia menubuhkan Syarikat Takaful Malaysia Berhad pada tahun 1984

untuk menawarkan produk perlindungan harta dan keluarga kepada umum.

Sehingga kini, takaful telah membantu ramai peserta takaful apabila

menghadapi musibah berkaitan kewangan sesuai dengan terma dan syarat

yang telah dipersetujui.

Konsep Takaful adalah berasaskan asas bantu-membantu dan

persaudaraan. Semua orang Islam adalah bersaudara. Pemegang sijil

Takaful membuat sumbangan mengikut pelan perlindungan yang diambil.

Sebahagian daripada sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam dana khas

untuk membantu pemegang sijil lain yang menghadapi musibah.

Saranan 20 Mengenalpasti perbezaan takaful dan insurans Kontrak takaful berbeza dengan insurans kerana bebas unsur riba' (faedah),

gharar (keraguan) dan maisir (perjudian).

Riba' wujud dalam kontrak insurans kerana jumlah perlindungan yang

dijanjikan lebih tinggi daripada bayaran oleh pemegang polisi. Faedah yang

melebihi daripada caruman asal. Hal ini berbeza dengan kontrak takaful.

Sumbangan takaful dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu yuran wakil

atau operator takaful, dana takaful dan pelaburan. Dana takaful inilah yang

digunakan untuk membayar pampasan kepada pemegang sijil.

Page 21: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Gharar wujud dalam kontrak insurans kerana tidak diketahui bilakah sesuatu

musibah itu akan berlaku. Ini tidak berlaku dalam takaful kerana kontrak

takaful bukan kontrak jual beli tetapi kontrak wakalah yang bermaksud wakil.

Pemegang sijil mewakilkan operator takaful menguruskan dana takaful.

Tiada unsur maisir dalam kontrak takaful. Maisir wujud dalam insurans

kerana satu pihak akan mendapat keuntungan berbanding pihak satu lagi.

Jika tiada musibah berlaku mengikut kontrak insurans, caruman insurans

akan menjadi milik syarikat insurans. Jika berlaku musibah, syarikat insurans

perlu membayar pampasan.

Saranan 21 Taktik menangani cadangan 'tele-marketer' insurans atau takaful Tele-marketing ialah teknik pemasaran melalui telefon. Wakil syarikat akan

menghubungi anda dan menawarkan polisi perlindungan. Anda disarankan

untuk mendapatkan nama pegawai dan nama syarikat insurans yang

diwakilinya.

Ajukan pertanyaan seperti adakah pelan perlindungan yang ditawarkan ini

patuh syariah. Dengar dengan teliti penerangan pegawai tersebut. Jika anda

tidak jelas dengan maklumat yang diberikan, dapatkan jenis polisi dan

hubungi pejabat mereka kemudian.

Elakkan memberi maklumat kad kredit jika anda tidak bersetuju dengan pelan

tersebut atau tidak memahami apa sebenarnya yang ditawarkan oleh

pegawai berkenaan.

Jika anda sudah bersetuju dan kemudian menerima polisi berkenaan yang

dihantar kemudian, anda boleh menyemak semula kandungan polisi.

Sekiranya anda berpuashati, boleh terus membayar sumbangan setiap bulan.

Page 22: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Jika tidak, anda boleh membatalkan polisi berkenaan.

Saranan 22 Mengambil takaful am untuk perlindungan harta Perlindungan kenderaan sudah biasa kita ambil kerana ia dimestikan setiap

kali ingin memperbaharui cukai jalan. Anda turut disarankan mengambil

perlindungan ke atas harta lain seperti takaful kebakaran untuk rumah atau

pejabat yang anda miliki.

Saranan 23 Melanggan takaful keluarga dan perubatan

Perlindungan takaful keluarga dan perubatan adalah salah satu aspek

perancangan kewangan yang penting. Kebanyakan kita tidak mempunyai

tunai yang banyak khususnya mereka yang masih muda dan baru sahaja

memulakan kehidupan berkeluarga.

Penyertaan dalam pelan takaful dapat mengurangkan beban anda daripada

segi kewangan. Dapatkan penjelasan daripada ejen takaful tentang manfaat

pelan takaful di pasaran.

Saranan 24 Lantik dan maklumkan penama tentang polisi yang diambil Salah satu tujuan pelan takaful ialah mendapatkan perlindungan kewangan

apabila berlaku kematian atau musibah seperti sakit. Pemegang polisi atau

orang yang dilindungi akan melantik penama dalam sijil takaful.

Penama ini yang akan membuat tuntutan apabila berlaku sesuatu kepada

pemegang polisi atau orang yang diinsuranskan. Maka, pemegang polisi

amat disarankan untuk memaklumkan penama tentang amanah ini dan apa

yang perlu dilakukan.

Page 23: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Saranan 25 Simpan maklumat operator takaful Walaupun anda mempunyai nombor telefon ejen, pastikan anda juga

menyimpan nombor khidmat pelanggan syarikat itu. Hal ini penting apabila

anda tidak dapat menghubungi ejen.

Malahan anda boleh terus menghubungi syarikat takaful kerana mereka

mempunyai maklumat polisi anda. Pegawai yang bertugas akan membantu

anda dalam urusan seperti tuntutan, penukaran alamat dan maklumat terkini

anda dan lain-lain perkara berkaitan sijil takaful yang anda miliki.

Page 24: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Strategi 6 Melabur dalam pelaburan patuh Syariah

Pelbagai jenis pelaburan terdapat di pasaran. Kerajaan Malaysia meletakkan

sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab kewangan Islam

antarabangsa. Orang awam dapat melihat perkembangannya. Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia adalah salah satu organisasi yang memantau aktiviti

pelaburan khususnya yang berkaitan saham, amanah saham, sukuk, bon dan

lain-lain instrumen kewangan.

Aktiviti pelaburan mempunyai skop yang amat luas dan melibatkan pelbagai

jenis industri. Pelaburan terdedah kepada elemen yang tidak mematuhi

Syariah seperti riba', gharar dan maisir. Orang Islam dilarang melabur dalam

pelaburan yang mempunyai salah satu atau ketiga-tiga elemen ini.

Selain itu, kita juga tidak dibenarkan untuk melabur dalam industri yang

terlibat dengan perkara haram seperti arak, dadah dan penyeludupan.

Saranan 26 Melabur tanpa hutang Pelaburan melibatkan potensi mengaut untung dan risiko menanggung

kerugian. Oleh itu, hanya melabur dengan apa yang ada di tangan anda. Jika

anda mengalami kerugian, anda hanya akan kehilangan modal sahaja.

Tidak perlu berhutang untuk melabur. Jika anda berhutang, maka wujud pula

risiko gagal membayar hutang. Pihak bank dan institusi kewangan

mementingkan rekod pembayarann hutang yang konsisten dan dibuat dalam

tempoh yang diberikan.

Jika anda mempunyai lebihan sebanyak RM200 sebulan, buat pelaburan

terus ke dalam mana-mana saham atau unit amanah saham yang patuh

Syariah. Tidak perlu membuat pinjaman dengan pihak bank secara 'lump

Page 25: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

sum' dan kemudian menanggung hutang bulanan dengan jumlah yang

sebenarnya anda mampu membuat pelaburan secara langsung.

Saranan 27 Menyemak status pelaburan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempunyai penasihat Syariah yang

meluluskan semua jenis instrumen pelaburan yang patuh Syariah. Syarikat

yang menawarkan saham kepada orang awam atau syarikat pengurusan unit

amanah perlu menghantar maklumat instrumen pelaburan dan penyata

kewangan kepada SC.

Proses audit akan dilakukan sebelum penasihat Syariah mengisytiharkan

sesuatu instrumen itu patuh Syariah atau tidak. Jawatankuasa ini telah

menggariskan syarat dan garis panduan yang perlu dipatuhi sebelum

menawarkan instrumen pelaburan berkenaan kepada umum.

SC mengeluarkan senarai saham patuh Syariah sebanyak dua kali setahun

iaitu pada bulan Mac dan November. Orang awam boleh menggunakan

senarai ini sebagai rujukan sebelum membuat sebarang pelaburan saham

atau unit amanah saham.

Saranan 28 Mengenalpasti Skim Cepat Kaya Skim Cepat Kaya umpama cendawan tumbuh. Cepat sahaja merebak, dan

jika mati, skim yang serupa dengan nama berbeza pasti akan muncul lagi.

Hal ini berlaku di mana-mana di dunia. Malaysia sudah tentu tidak terkecuali.

Mentor kewangan, Azizi Ali selalu mengingatkan agar orang ramai berhati-

hati dengan skim yang menawarkan pulangan yang tidak munasabah.

Secara logiknya, siapa yang mahu rugi. Dan siapa yang tidak mahu untung

besar. Dalam suatu skim cepat kaya, pengasas akan untung besar dan

Page 26: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

pelabur akan rugi besar.

Anda boleh mengenalpasti skim cepat kaya apabila anda perlu melabur

sejumlah wang yang tinggi untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. Ejen

skim pula tidak dapat menerangkan kepada anda dengan jelas bagaimana

skim ini berfungsi dan dari mana mereka mendapat sumber untuk membayar

keuntungan yang dijanjikan.

Skim ini juga tidak disandarkan kepada perniagaan sebenar dan hanya

menunjukkan bagaimana wang anda berganda apabila lebih ramai menyertai

skim tersebut. Sudah tentu wang berganda. Tapi ingat, wang itu bukan untik

anda.

Walaupun mereka menunjukkan bukti bahawa sudah ada pelabur yang

mendapat pulangan tinggi, tapi anda belum lagi. Sampai suatu tahap, skim itu

akan lumpuh kerana tidak cukup dana untuk mengagihkan 'keuntungan' yang

dijanjikan.

Menurut Syariah, suatu perniagaan atau pelaburan tidak boleh 'menjanjikan'

faedah atau keuntungan berdasarkan wang modal. Ini adalah unsur riba'

yang jelas diharamkan oleh Islam.

Saranan 29 Berhati-hati dengan pelaburan emas dan pajak gadai Emas ialah komoditi yang stabil. Namun, ia telah disebut oleh Nabi

Muhammad SAW sebagai item ribawi. Item ribawi ialah komoditi yang boleh

menyebabkan riba berlaku jika jual beli item ini tidak mengikut syarat yang

dibenarkan oleh Syariah. Perak, gandum, barli, kurma dan garam juga

termasuk dalam item ribawi.

Page 27: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Ulama berijtihad bahawa mata wang adalah item ribawi kerana menjadi

medium untuk jual beli sepertimana fungsi emas, perak dan item ribawi yang

disebutkan sebelum ini. Pada zaman dahulu, mereka berdagang

menggunakan emas, perak dan sistem barter (pertukaran barang).

Pelaburan emas dalam jangka masa panjang mampu memberi pulangan

yang baik. Mengikut rekod, nilai emas stabil dan meningkat dari hari ke hari.

Namun begitu, pelaburan emas tidak digalakkan untuk jangka pendek kerana

wujudnya susut nilai dan kos transaksi semasa urusan jual beli.

Pelaburan emas yang menepati Syariah ialah emas mesti diserahkan secara

serta merta dan tidak bertangguh. Ini kerana jarak tempoh masa boleh

menyebabkan satu pihak mengalami untung dan satu pihak lagi mengalami

kerugian akibat perbezaan nilai. Hal ini termasuk dalam jenis riba'.

Terdapat golongan yang menggunakan emas dan pajak gadai untuk

membuat untuk. Pelaburan emas seperti ini berisiko tinggi. Harga emas akan

turun naik di pasaran. Pelabur tidak dapat mengagak dengan tepat bilakah

masa yang tepat untuk membuat untung.

Hal ini disebabkan harga emas ditentukan oleh permintaan dan pembekalan

di pasaran terbuka. Pajak gadai bermaksud menggadaikan emas dengan

pemegang pajak gadai seperti Ar-Rahnu dan dan mengambil tunai

daripadanya.

Perkhidmatan Ar-Rahnu ini dibenarkan dalam Islam dan terdapat kos yang

perlu ditanggung oleh pemajak gadai. Anda boleh menggunakan

perkhidmatan pajak gadai jika memerlukan tunai bagi memenuhi tanggungan

kewangan yang lain. Namun, menggunakan pajak gadai dan membuat

spekulasi dalam pelaburan emas amat tidak digalakkan.

Page 28: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Strategi 7 Mengurus harta pusaka

Bagi orang Islam, kehidupan kita tidak berakhir di sini. Selepas kematian, kita

akan melalui perjalanan yang kekal abadi. Kematian itu pasti. Bagaimana kita

boleh memanfaatkan harta yang kita miliki di dunia dan menjadi pelaburan

untuk akhirat.

Allah menjanjikan ganjaran berterusan ke atas harta yang kita tinggalkan

untuk amal jariah. Ini boleh dilakukan dengan merancang harta pusaka.

Lima perkara yang perlu diuruskan dalam apabila seorang Islam meninggal

dunia ialah menguruskan jenazah si mati, menyelesaikan hutang,

membahagikan harta sepencarian dan hibah (jika ada), menunaikan wasiat

dan membahagikan harta pusaka mengikut Faraid.

Saranan 30 Selesaikan hutang dahulu Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 282, Allah mengingatkan supaya membuat

catatan hutang. Penghutang mesti membayar jumlah pinjaman seperti yang

dijanjikan. Pinjaman peribadi, perniagaan atau pembiayaan perumahan dan

sebagainya mungkin sahaja berbaki dan belum sempat diselesaikan oleh si

mati.

Pinjaman sebegini mempunyai tempoh tertentu khususnya apabila ia

melibatkan institusi kewangan. Namun, pinjaman sesama individu adalah

berdasarkan kepercayaan di antara si penghutang dan pemberi hutang.

Seringkali perkara ini diabaikan dan apabila tidak dicatatkan maka sukar

untuk menyemak jumlah yang telah dibayar dan baki hutang.

Senaraikan hutang anda dan jumlahnya. Maklumkan kepada waris tentang

hutang ini dan lebih mudah waris menyelesaikannya dengan harta yang

Page 29: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

dimiliki si mati. Jika anda mengambil perlindungan takaful, manfaat kematian

boleh digunakan untuk membayar baki hutang.

Saranan 31 Melantik pentadbir harta atau wasi Pentadbir harta atau wasi ialah orang yang dilantik untuk menguruskan

pentadbiran harta si mati. Anda boleh melantik orang yang dipercayai atau

syarikat amanah seperti Amanah Raya Berhad atau As-Salihin Trustee

Berhad sebagai pentadbir. Antara tugas wasi ialah memohon surat kuasa

daripada Pejabat Pusaka Kecil atau geran probet daripada Mahkamah Tinggi.

Kemudian, wasi akan mentadbir harta pusaka termasuk berurusan dengan

institusi kewangan seperti bank, KWSP, Lembaga Tabung Haji dan operator

takaful, membayar hutang si mati, mengagihkan harta kepada waris dan

menunaikan wasiat si mati.

Saranan 32 Senaraikan aset dan liabiliti Buat senarai aset (harta) dan liabiliti (hutang) terkini. Anda boleh

mengemaskini senarai dalam tempoh berkala, sebagai contoh setahun

sekali. Dan kemaskini maklumat baru jika ada apabila anda membeli

hartanah baru atau menjual aset sedia ada.

Senarai aset termasuk simpanan tunai, pelaburan saham atau amanah

saham, rumah dan hartanah lain. Senarai liabiliti termasuk pembiayaan

rumah, pinjaman peribadi (jika ada) dan lain-lain hutang. Jika anda

mengambil perlindungan takaful, senaraikan no sijil dan nama operator

takaful dan ejen anda.

Page 30: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Kadangkala, pasangan tidak mengetahui harta pusaka yang anda warisi

daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Maka

senarai ini memudahkan pasangan dan waris yang lain menguruskan harta

anda.

Saranan 33 Menulis wasiat Nabi Muhammad pernah berpesan,

"Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak

sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis

wasiat di sisinya."

Wasiat ialah pesanan yang baik kepada waris dan orang yang ditinggalkan.

Dalam pentadbiran harta pusaka, wasiat bertulis memudahkan harta pusaka

diagihkan kepada waris. Perundangan Malaysia menerima wasiat yang sah

di sisi undang-undang khususnya dalam pelantikan pentadbir atau wasi.

Bagi masyarakat Melayu, wasiat dikaitkan dengan kematian dan ramai

mengelak daripada bercakap tentang topik ini. Hakikatnya, kematian itu

sangat dekat. Menulis wasiat adalah suatu peringatan kepada diri sendiri dan

orang yang hampir dengan kita agar sentiasa bersedia dengan kemungkinan

ini.

Anda boleh mendapatkan nasihat daripada perancang harta pusaka atau

pergi ke pejabat Majlis Agama Negeri yang turut menyediakan perkhidmatan

menulis wasiat.

Page 31: Ebook - 33 saranan - norsaadah.comnorsaadah.com/wp-content/uploads/2016/01/Ebook-33-saranan.pdf · agar cepat selesai. Matlamat kewangan mendorong anda untuk melaksanakan strategi

Terima kasih Ebook ini meringkaskan saranan utama dalam perancangan kewangan

peribadi bagi seorang Muslim. Saranan ini boleh diamalkan satu persatu atau

mengikut kesesuaian masing-masing.

Selamat beramal.

Maklumat penulis Norsa'adah telah menulis tiga buah buku yang diterbitkan oleh Truewealth

Sdn Bhd. Ketiga-buku ini telah dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa

Kuala Lumpur 2015.

Latar belakang beliau dalam bidang perakaunan dan perancangan kewangan

menjadi asas dalam penulis buku-buku tersebut. Semua ini buku diedarkan di

kedai-kedai buku seluruh negara termasuk MPH, Kinokuniya dan Kedai Buku

1Malaysia.

Boleh hubungi penulis di [email protected] dan layari laman web

www.norsaadah.com