analisis polisi dan pelaksanaan

24
ANALISIS POLISI DAN PELAKSANAAN 1. Analisis secara mendalam polisi berkaitan perpaduan dan interaksi etnik yang terkandung dalam PPPM. Bandingkan dengan polisi di sebuah negara lain. Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Ianya adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1988, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Maka, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 atau lebih dikenali sebagai PPPM, pendidikan di negara ini juga menekankan kepada aspek perpaduan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato’ Najib Tun Abdul Razak dalam amanatnya dalam PPPM, ”Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan

Upload: joanne-renu-alexander

Post on 05-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

-SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK-

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

ANALISIS POLISI DAN PELAKSANAAN

1. Analisis secara mendalam polisi berkaitan perpaduan dan interaksi etnik yang

terkandung dalam PPPM. Bandingkan dengan polisi di sebuah negara lain.

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan

kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha

membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Ianya

adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara

dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda

aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid

yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun

1988, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Maka, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

atau lebih dikenali sebagai PPPM, pendidikan di negara ini juga menekankan kepada

aspek perpaduan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato’ Najib Tun

Abdul Razak dalam amanatnya dalam PPPM, ”Pendidikan ialah penyumbang utama

pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan

pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan

kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi

pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya.”

Ini juga selaras dengan Akta Pendidikan 1996, iaitu menurut

Mukadimah Akta Pendidikan 1996, tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan

masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan

dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada

perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat”.

Di sini, modal sosial ditekankan kerana komunikasi itu adalah aset

dalam sesuatu pendidikan. Sosialisasi ini dilaksanakan pada akar pendidikan iaitu di

peringkat sekolah. Maka di sini, komunikasi untuk belajar adalah perlu dalam diri

seseorang pelajar.

Page 2: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

Menurut Mior Khairul Azrin bin Mior Jamalludin dalam artikel yang

diterbitkannya yang berjudul Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan

Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis sekolah dan kaum tetapi ia

untuk semua jenis aliran sekolah, termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan

Tamil. Di sini, simpulan bahawa semua jenis sekolah mendapat peluang pendidikan

yang sama.

Menurutnya juga, masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa

Melayu, Cina, India, lain-lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian

menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat

dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan,

nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan

aspekaspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan

pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan

mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan

masyarakat. Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang

meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya

terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di

institusiinstitusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan

hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan

negara.

Simpulan di sini adalah bahawa terdapatnya integriti dalam etnk

dalam aspek perpaduan dalam pendidikan. Penyelidikan antarabangsa oleh OECD

menunjukkan bahawa perpaduan yang lebih kuat ini mempunyai kaitan dengan

populasi yang lebih sihat, masyarakat yang lebih selamat, serta kadar guna tenaga

yang lebih tinggi.

Oleh kerana murid menghabiskan lebih satu perempat daripada masa

mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun (Ekshibit 2-2 dalam

PPPM 2013-2025), maka sekolah merupakan tempat penting dan paling

sesuaidalam pemupukan perpaduan. Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai

latar belakang sosioekonomi, agama, dan etnik, murid belajar memahami, menerima,

dan menghargai kepelbagaian ini. Murid belajar menghormati perbezaan dan varisi

dalam individu-individu Maka perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk

masa depan Malaysia. Melalui nilai dan pengalaman ini, maka terbentuk identiti

nasional yang sama dan terjalinnya perpaduan negara.

Menurut PPPM lagi dalam Bab 3 Perpaduan dalam sub topik

Membina Perpaduan dalam Pendidikan Pendidikan merupakan komponen penting

Page 3: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

dalam konteks sosial Malaysia yang unik dan menjadi faktor utama merealisasikan

masyarakat yang terdiri daripada individu seimbang dan harmoni seperti yang

dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi tujuan itu, Kementerian

telah mengambil pelbagai tindakan, daripada memastikan semua kumpulan etnik

diwakili dengan baik dalam bahan pengajaran yang digunakan di sekolah, hinggalah

kepada mengurus program sekolah yang jelas memberikan tumpuan kepada usaha

membina perpaduan. Ciri etnik dan budaya semua kaum dimasukkan dalam

kurikulum dan bahan pengajaran yang digunakan di sekolah.

Maka di sini, penulis juga dapat menyimpulkan bahawa interaksi dan

perpaduan ini memang ingin dan telah dipupuk sejak persekolahan murid-murid. Di

sekolah rendah di Malaysia terdapat tiga aliran. Sehingga kini aliran sekolah dalam

pendidikan di Malaysia adalah Sekolah Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil(SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKT). Sekolah-

sekolah ini membawa tiga ras dan etnik yang berbeza. Namun, menurut PPPM lagi,

program berasaskan sekolah yang secara jelas berfokus kepada usaha perpaduan

seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah diperkenalkan.

Selain itu, kementerian juga menubuhkan sekolah wawasan dengan

menggabungkan jenis sekolah yang berbeza dan berkongsi kemudahan dalam satu

kawasan. Murid daripada jenis sekolah yang berbeza dan pelbagai latar belakang

sosioekonomi digalakkan berinteraksi melalui kegiatan atau aktiviti kokurikulum

seperti sukan dan pertandingan debat.

Berdasarkan artikel Mencapai Perpaduan dalam Sistem Pendidikan

Cemerlang yang diterbitkan oleh Rosni binti Abdul Majid, sekolah wawasan adalah

sekolah menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum

berinteraksi secara langsung. Ini adalah kerana mereka berkongsi kantin, padang

permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Maka, di sini, mereka berpeluang

untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain dan akan membesar

dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Dengan

ini, ianya mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepatkan

integrasi nasional.

Sumber Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyenaraikan

beberapa sekolah wawasan di Malaysia. Antaranya adalah Kompleks Sekolah

Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah Wawasan Taman

Aman, Alor Setar, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang,

Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor, Kompleks Sekolah

Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.

Page 4: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

Maka di sini,penulis dapat menyimpulkan bahawa walaupun terdapat

sekolah pelbagai aliran di sekolah rendah, perpaduan dan interaksi dipupuk dengan

program dan pelaksanaan PPPM. Perpaduan secara langsungnya dilihat di sekolah

menegah apabila kesemua sekolah pelbagai aliran menjadi satu kurikulum di bawah

Sekolah Menengah.

Bukan hanya perpaduan dan interaksi ini adalah hanya berasaskan

murid malah guru. Menurut Kepelbagaian Guru di sekolah dalam PPPM, “populasi

guru di SK semakin kurang pelbagai dan kurang mewakili populasi nasional.Penulis

berpendapat bahawa kepelbagaian guru di sekolah dapat menyumbang kepada

perpaduan dan interaksi. Guru Cina dan guru India di sekolah kebangsaan dapat

memupuk minat ingin belajar budaya dan mengeratkan kesefahaman dalam

mempelajari bahasa atau kebudayaan guru.

Selain itu, dalam Bab 7 PPPM, elemen sivik dalam pendidikan juga

ditekankan. Pendidikan sivik yang diajar dalam sekolah rendah dan sekolah

menegah mampu menyumbang dalam keseragamaan etnik dalam sisteem

pendidikan. Di sini, penulis ingin menyatakan bahawa, terdapatnya unsur interaksi

dan persefahaman budaya dan etnik dalam matapelajaran ini. Murid-murid dapat

mempelajari sesatu budaya yang tidak pernah dilihat.

Tidak dapat dinafikan bahawa di negara-negara lain tiada etnik atau

ras yang berbilang. Mungkin tidak seperti negara Malaysia namun ia adalah sesuatu

kemestian untuk meneliti bagaimana perpaduan di negara tersebut. Adakah ianya

seperti Malaysia ataupun tidak? Penulis menganalisis sistem pendidikan yang

mengambil polisi perpaduan dan interaksi etnik.

Menurut Coexistence International pada awal tahun 1960-an ,

Jabatan Pendidikan dan Sains England (DES) sebahagian besarnya dipandu oleh

dasar-dasar yang menekankan kepentingan menyerap dan mengasimilasikan anak-

anak pendatang ke dalam sistem pendidikan Inggeris yang ditubuhkan. Pekeliling

dasar awal mendedahkan tahap yang membimbangkan dengan kadar yang perlahan

asimilasi pelajar pendatang tetapi tidak memenuhi keperluan budaya yang berbeza

daripada pelajar minoriti. Dalam kajian kes ini seperti yang diutarakan oleh Richard

W. Race, “the aim of integrationist policies was “to bring immigrant children into the

life of the school with minimal and conditional cultural diversity in schools."

Maka pada masa ini penulis ingin menyatakan bahawa proses integrsi

bukan sekadar menyerap minoriti ke dalam penduduk dan memerlukan mereka

untuk menerima pakai majoriti bahasa tetapi tinggal untu memahami adat dan

berasimilasi dengan adat tersebut. Sejak tahun 1970-an sehingga kini , dasar

pendidikan negara telah dapat berganjak daripada asimilasi dan integrasi ke arah

Page 5: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

kepelbagaian budaya , yang telah mengintegrasi konsep kepelbagaian budaya dan

berusaha untuk menangani kesan-kesan memudaratkan perkauman institusi.

Dengan pengenalan " Pendidikan untuk Semua " dokumen dasar mengenai etnik

minoriti , sistem pendidikan telah diadakan untuk standard yang lebih tinggi dalam

menyediakan semua kanak-kanak untuk hidup dalam masyarakat pelbagai budaya.

Perintah Kurikulum Sejarah Negara ( 1999) menyatakan secara

khusus berkaitan pembelajaran Sejarah dengan pembangunan identiti murid dan

rasa tempat dalam masyarakat: Dalam mengkaji Sejarah, murid memikirkan

bagaimana masa lalu mempengaruhi masa kini, apa yang masyarakat yang lalu

adalah seperti, bagaimana masyarakat-masyarakat ini dianjurkan politik mereka dan

apa yang kepercayaan dan budaya mempengaruhi tindakan rakyat. Sejarah

memberi peluang menggalakkan pembangunan budaya melalui membantu murid

mengenali perbezaan dan persamaan antara budaya dan dalam budaya dari masa

ke masa ... mereka melihat kepelbagaian dan pengalaman manusia , dan memahami

lebih lanjut mengenai diri mereka sebagai individu dan anggota masyarakat (Perintah

Kurikulum Kebangsaan , 1999)

Namun, menurut Uvanney Maylor et. all, sosial dominasi tertentu

kumpulan etnik atau negara dalam sebuah negara bangsa boleh membawa kepada

kombinasi aktiviti kepentingan mereka dan 'budaya' dengan orang-orang negara-

bangsa secara keseluruhan, dengan itu meminggirkan kumpulan-kumpulan etnik dan

negara. 'Sejarah ' kumpulan etnik boleh menjadi sebahagian daripada konflik ini.

Selain itu, menurutnya juga matapelajaran Sejarah dan Citizenship

Education ini kurang mementingkan sumbangan etnik lain. Dalam peyelidikannya

bersama London Metropolitan University, petikan daripada Phillips and Phillips,

1998:5 diambil:

It comes as a shock now to note the complete absence of Black Caribbean or

African participants in the plethora of British films about the Second World War.

After all, the involvement of Black colonials was a fact that was part of our

experience. . . all the surviving photographs of our own father as a young man

show him in uniform. . . Our astonishment was, and still is, to do with the extent

to which they had disappeared, had been expurgated from the story, as if they had

never existed. (Phillips and Phillips, 1998:5)

Page 6: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

Menurut Banci 2011, komposisi etnik di United Kingdom adalah seperti yang

dinyatakan dalam jadual di atas.

Maka penulis dapat menyimpulkan bahawa ianya sebuah enigma di

negara United Kingdom yang sehinnga pada hari ini terdapatnya ramai etnik dan ras.

Sistem pendidikan untuk semua itu hanya untuk menutup mata etnik dan ras lain

bahawa sejarah mereka dihapuskan secara sedikit demi sedikit. Sistem pendidikn

pepaduan ini menekankan kepentingan masyarakat berkulit putih yang merupakan

warga “asal” United Kingdom.

Tidak juga dapat dinafikan bahawa ada unsur racism yang ma

menular di sekolah walaupun sistem pendidikan itu sama. Menurut BBC News

“Nearly 88,000 racist incidents were recorded in Britain's schools between 2007 and

2011, the BBC has found.

Data from 90 areas shows 87,915 cases of racist bullying, which can include name

calling and physical abuse.

Birmingham recorded the highest number of incidents at 5,752, followed by Leeds

with 4,690. Carmarthenshire had the lowest number with just 5 cases.”

Namun demikian, penlis boleh menyatakan bukan semua ulama atau

pemiki pendidiikan berpendapat untuk menekankan kaum sendiri. Ini dikatakan

sendiri daripada seseorang yang mentadbir negara United Kingdom.

“Wherever we come from, whatever our roots, or our faith, we have a stake in

being British and we can be proud of that. Celebrating diversity and building a

fairer, more confident multicultural nation with a fresh, strong sense of national

identity is … important. (Home Secretary, 17th March 1999, quoted by the TTA,

2000:7

Page 7: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

Seterusnya penulis telah juga menganalisis perpaduan dan interaksi

etnik di Singapura. Mengikut Banci terkini (Demografic of Singapore; Wikepedia)

jadual di bawah menunjukkan bilangan ras dan etnik di Singapura.

Maka di sini, penulis dapat menyimpulkan bahawa terdapat ramai

etnik Cina di Singapura berbanding etnik dan ras yang lain. Penulis kemudian

menganalisis sistem pendidikan di Singapura. Adakah sistem pendidikan di

Singapura menyediakan landasan perpaduan dan interaksi sosial?

Menurut sumber Kementerian Pendidikan Singapura (2005), dasar

Dwibahasa(Bilingual) menggalakkan rakyat Singapura untuk menjadi mahir dalam

kedua-dua bahasa Inggeris, dan bahasa ibunda etnik mereka masing-masing,

termasuk Mandarin, Melayu dan Tamil. Pendidikan dwibahasa disediakan oleh

Kementerian Pendidikan di Singapura. Menurut Rosnani Hashim, dwibahasa di

Singapura ditakrifkan bukan sebagai kemahiran dalam mana-mana dua bahasa

tetapi penguasaan dalam bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa pertama dan

bahasa kedua , yang dikenali sebagai ' Mother Tongue Language’(MTL )

Dasar dwibahasa juga bertujuan untuk menggalakkan pemahaman

yang lebih baik di kalangan ketiga-tiga kumpulan etnik selaras dengan usaha

pembangunan negara. Selain itu, terdapat juga kebimbangan yang semakin

meningkat bahawa Singapura telah menghadapi peningkatan pengaruh Barat,

melaksanakan ancaman potensi de-Asianisation atau de-pembudayaan rakyat. Oleh

kerana peningkatan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa,

ramai warga Singapura telah mula memberi perhatian yang lebih kepada

pembelajaran Bahasa Inggeris dan lagi perlu mempelajari bahasa ibunda mereka

sendiri. Dasar Dwibahasa kemudiannya digubal untuk melindungi identiti dan nilai-

nilai Asia. Di samping bahasa Inggeris, kerajaan Singapura bertujuan untuk

menggalakkan bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil bagi mengelakkan hakisan

budaya dan warisan daripada tiga kumpulan etnik.

Page 8: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

Seperti di United Kingdom dan Malaysia, matapelajaran Pendidikan

Sivik, Pendidikan Moral dan Pengajian Sosial turut diajar di sekolah-sekolah di

Singapura( Sumber Kementerian Pendidikan Singapura (2005) National Education).

Matapelajaran ini menekankan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian

mengekalkan dengan menyedari kepercayaan dan adat resam kaum dan agama

utama dalam pelbagai budaya dan masyarakat berbilang agama.

Penulis telah menganalisis perpaduan dan interaksi etnik di

Malaysia(mengikut PPPM), United Kingdom dan Singapura. Perpaduan di Singapura

dan Malaysia mempunyai persamaan bahawa matapelajaran Sivik dan Pendidikan

Moral diajar untuk menggalakkan kehidupan yang harmoni di antara ras dan etnik.

Walaupun majoriti etnik di Singapura adalah Cina, Bahasa dijadikan landasan bagi

menyatupadukan rakyatnya dengan Bahasa antarabangsa, Bahasa Inggeris. Etnik

lain juga perlu mempelajari Bahasa ibunda seperti yang tertakluk dalam

Kementerian Pendidikan Singapura.

Pendidikan di United Kingdom juga ada persamaannya dengan

pendidikan di Malaysia yang menekankan “ Education for All”. Di Malaysia, mengikut

Kementerian Pendidikan Malaysia pendidikan wajib adalah satu undang-undang

yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di

Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di

sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu

tempoh pendidikan rendah. Sejak tahun 2003, pendidikan wajib dilaksanakan.

Secara kesimpulannya, akan terdapat banyak kekuatan dan

kelemahan dalam menerajui pendidikan yang menekankan aspek interaksi etnik dan

perpaduan. Walaupun secara meluasnya pendidikan itu menekankan perpaduan

aspek luaan seperti media dapat mencetus halangan perpaduan ini. Seperti yang

berlaku di England dan kemungkinan negara-negara lain yang belum dikaji, pelbagai

pihak yang bukan hanya daripada aspek pendidikan sahaja mampu mengubah dan

mendemokrasi sesebuah interaksi perpaduan. Namun, dengan pendidikan yang

menekankan interaksi ras dan etnik serta perpaduan diharapkan perpaduan etnik

dan ras dapat diteruskan dan ditambahbaik sebaik-baiknya daripada kanak-kanak

mula bersekolah, bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Page 9: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

2. Bincangkan pelaksanaan program perpaduan di peringkat sekolah rendah dan

menengah. Penekanan hendaklah di sekolah menengah, berasaskan realiti

atau kajian (bukan andaian)

Menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia, di sekolah menegah

tiadanya pelbagai aliran tetapi satu aliran dengan satu kurikulum yang sama. Maka di

sini,pelajar pelbagai etnik dan ras perlu berinteraksi sesama lain untuk belajar dan mengikuti

aktiviti-aktiviti kokurikulum. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly

(2006),“Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai

kelompokdalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakanharapan

kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk diMalaysia. Sepertimana

yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas,merdeka dan berdaulat amat

mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.” Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa

integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan

kaum yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah

bagi mewujudkan identiti nasional. Maka dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari

rebungnya”, ianya perlu dilaksanakan sewaktu zaman persekolahan.

Menurut Hazri bin Jamil dan Najeemah bt. Mohd Yufof(2013), kajian yang

dibuat oleh Ibrahim (1980), Santhiram (1999) , Hazri et.al (2004) dan Joseph (2006) yang

telah memberi fokus kepada mendapatkan maklumat dan gambaran tentang tahap atau

senario hubungan etnik dan faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi dan perpaduan

antara murid pelbagai etnik di sekolah. Kajian oleh Ibrahim (1980) telah menumpukan

kepada soal mengenal pasti tahap identiti nasional dalam kalangan murid pelbagai etnik.

Dapatan kajian beliau mendapati bahawa murid di kawasan luar bandar lebih tinggi dari

segi iltizam mereka terhadap mengenali item-item nasional berbanding dengan murid di

kawasan bandar.

Maka di sini, penulis dapat menyimpulkan bahawa bukan hanya dengan

sekolah pelabagai aliran yang menjurus kepada ketidakperpaduan dan interaksi etik malah

juga di sekolah menegah. Mengikut Teori Psikososial Erik Erikson(1963), pada umur 13

hingga 19 tahun, murid mengalami Peringkat Psikososial 5 iaitu : Identity vs Role Confusion.

Di sini, murid pada usia ini sedang mencari identiti sendiri. Pelajar ini sedang mencari apa

sikapnya. Maka di sini, penulis dapat menyatakan bahawa pengisian kurikulum yang

membolehkan pelajar mengintegrasi dengan kaum lain mungkin boleh meningkatkan identiti

pelajar sebagai warga Malaysia, meningkatkan motivasi diri dan meningkatkan komunikasi

dengan orang luar iaitu melalui etnik-etnik rakan-rakan sekolah.

Page 10: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabrandan Kok Meng Kee (2002),

“Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan

menyediakan tenaga kerja yangmencukupi untuk pembangunan negara.” Melalui Dasar

Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

dan bahasa penghantar yang utama.

Kurikulum yang sama di sekolah menegah yang menekankan Bahasa Melayu

dapat merapatkan jurang bahasa dengan rakan-rakan yang Bahasa Melayu bukan Bahasa

pertama atau bahasa ibunda. Ini bukan hanya dalam matapelajaran Bahasa Malaysia tetapi

daripada sumber KSSM, semua matapelajaran yang diajar selain Bahasa Inggeris adalah

dalam Bahasa Melayu.

Dalam program yang dijalan di kedua-dua sekolah menegah dan rendah,

sebuah rancangan telah digubal dan dilaksanakan mengikut hasrat KPM. Rancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah digubal dan dilaksanakan sejak tahun 1986.

Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini

diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara

murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka.

RIMUP merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat

setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program ini memberi

penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat

melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat

muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu

Melalui program ini, peluang murid yang terdiri daripada pelbagai kaum

tersedia untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Dengan ini, secara tidak

langsung murid dari berlainan kaum dan agama dapat menjalankan aktiviti yang dirancang

oleh pihak sekolah dengan baik dan lancar hasil daripada pergaulan dan kerjasama antara

mereka. Proses perpaduan sebegini turut dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut

dapat diamalkan dalam diri mereka. Dengan ini, akan timbul suasana hormat-menghormati

terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

Menurut Utusan Online bertarikh 27 Julai 2014, Rancangan Integrasi Murid

Untuk Perpaduan (RIMUP) telah memperlihatkan keberkesanannya apabila pelaksanaannya

membuahkan hasil dari segi amalan perpaduan dalam kalangan murid. Ini terbukti hasil

daripada penilaian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dalam pemantauan yang

dijalankan di 78 sekolah bagi menilai tahap pelaksanaan RIMUP. Menurut Laporan Tahunan

Page 11: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

2014 PPPM, pemantauan itu melibatkan sekolah menengah kawasan bandar dan luar

bandar yang mempunyai komposisi murid pelbagai etnik.

Selain itu, penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan

disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku

Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat

Kebangsaan 2000 di Melaka.

Menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai

prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka benar-benar dapat memahami serta

menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian. Selaras dengan

saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif

untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000:

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah yang bertarikh 16 November 2000

kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Objektif pelaksanaan kelab ini d sekolah-

sekolah adalah untuk menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan, cara

hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu

padu, berwawasan, bermaruah. Selain itu, pelajar akan bersikap terbuka dan beretika

sejajar dengan wawasan negara. Kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi

utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid

pelbagai kaum.( Sumber:Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun

Negara Di Sekolah-sekolah)

Pelaksanaan program perpaduan juga boleh diihat melalui aktiviti unit

beruniform seperti pancaragam. Menurut Ainun Bariah(2014), Unit Beruniform yang seperti

pancaragam, biasanya mereka akan berkumpul bersama setiap kali menjalani sesi latihan

seperti wind orchestra brass band, marching band dan military band. Menurut William M.

Anderson, (2007), bermain muzik secara berkumpulan akan mengeratkan silaturahim. Hal

ini kerana setiap kumpulan tersebut sangat memainkan peranan penting dalam

menghasilkan bunyi yang harmoni.

Maka, pada pendapat penulis sekiranya terdapat ahli pasukan yang kurang

mahir, pastinya akan dibantu oleh rakan sepasukan yang lain. Misalnya menurut Ainun

Bariah(2004) untuk wind orchestra, setiap individu yang bermain apa sahaja instrumen

sangat memberi kesan kepada lagu dan bunyi yang dihasilkan. Sekiranya terdapat

kesalahan daripada trumpet, trombone, flute mahupun apa sahaja alat muzik, pasti akan

mencacatkan lagu tersebut. Kerjasama antara satu sama lain amat dititikberatkan.

Page 12: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

Maka penulis boleh menyimpulkan bahawa unit bruniform pancaragam yang

diterapkan di sekolah menegah ini yakni dapat membentuk sikap menolong, sikap

memotivasikan rakan yang mungkin berlainan ras dan etnik. Unit pancaragam secara terus

dapat memupuk perpaduan dan semangat kekitaan apabila bermain muzik itu bersama.

“Sukan untuk Semua”. Inilah strategi dalam Piagam Pelanggan Kementerian

Belia dan Sukan(2015). Sukan bukannya hal yang baharu di Malaysia. Dato’ Lee Chong

Wei, Shalina Zukifli dalah antara nama-nama yang telah mengharumkan nama Malaysia di

peringkat dunia. Sukan ini dimulakan pada peringkat sekolah dalam aktiviti pendidikan

jasmani dan juga aktiviti kokurikulum sekolah. Baru-baru ini Sambutan Hari Sukan Negara

telah diishtiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua pada bulan Oktober pada setiap tahun

yang telah diumumkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak iaitu Perdana

Menteri Malaysia. Pengisytiharaan itu telah dibuat pada 24 Mac 2015.

Hari Sukan Negara merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan

Sukan yang mengambil langkah pro aktif dalam mentransformasikan negara ke arah

"Negara Bersukan" (Sporting Nation). Objektif program ini adalah untuk menerapkan budaya

sukan dikalangan rakyat selain memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat.

Menurut Sinar Online yang diterbitkan pada 10 Oktober 2015, semua aktiviti

bersempena sambutan Hari Sukan Negara hari ini berjalan lancar di seluruh negara

walaupun keadaan jerebu masih membelenggu negara. Menteri Belia dan Sukan Khairy

Jamaluddin berkata bahawa beliau amat berpuas hati dengan sambutan masyarakat di

seluruh negara terhadap Hari Sukan Negara yang ditetapkan pada Sabtu minggu kedua

Oktober setiap tahun. Menurut sumber Bernama ,lebih 17,000 program sukan dianjurkan di

seluruh negara termasuk di peringkat daerah, kampung, sekolah dan institusi pengajian

tinggi sempena sambutan Hari Sukan Negara melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Penulis menyimpulkan bahawa program baharu ini yang dilaksanakan di

semua sekolah di pelbagai peringkat telah terbukti berkesan walaupun cuaca jerebu yang

melanda negara Malaysia. Maka di sini, terdapat pelbagai program yang dijalankan di

sekolah untuk memupuk perpaduan dan menggalakkan interaksi antara kaum. Adalah

diharapkan melalui program program ini,lebih banyak kajian dapat dijalankan untuk

membuktikan kebolehsahihan program di sekolah. Daripada akar umbinya dapat kita

melahirkan masyarakat yang dahulunya pelajar yang mempunyai semangat perpaduan dan

semangat kekitaan warganegara Malaysia.

Page 13: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

3. Kenali konsep-konsep berkaitan ras, etnik dan perpaduan.

Menurut Hamidah Abdul Rahman et.all(2009) ras adalah merujuk kepada

sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri fizikal yang diwarisi secara genetik. Terdapat tiga

ras yang dominan iaitu Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam) dan Mongoloid (kulit

kuning). Warna kulit merupakan ciri utama bagi menentukan ras seseorang. Rupa bentuk

fizikal seperti rambut, paras wajah, bentuk kepala dan kumpulan darah juga digunakan

untuk menentukan ras. Walau bagaimanapun hasil daripada evolusi manusia telah

menyebabkan wujudnya pertindihan sebahagian kriteria antara ras. Oleh itu sangat sukar

untuk membuat perbezaan yang tepat.

Menurut Ahmad Ali Seman & Warti Kimi (2014) ras boleh dikatakan sebagai

kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-

biologikal yang nyata seperti warna mata, warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri

yang paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga

merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap diri dan ataudianggap oleh kelompok

lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang

tidak dapatdiubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan

intelek mereka.

Maka pada pemahaman penulis, ras itu boleh ditakrifkan sebagai sebuah

kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri- ciri fizikal

biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ianya lebih

berkonsepkan fizikal iaitu yang boleh dilihat. Contohnya di Malaysia, penulis boleh

mengetahui bangsa seseorang melalui ciri fizikalnya, contohnya perempuan Melayu yang

berkulit cerah kekuningan dan perempuan India yang berkulit sederhana cerah dan

berhidung mancung.

Menurut Amir Hasan Dawi(2006) etnik berasal dari perkataan ethnos dalam

bahasa Greek iaitu sekumpulan manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam

seperti adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Menurut Hamidah Abdul

Rahman et.all(2009) ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang

mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras,

mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian

tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai

Page 14: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan

masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.

Etnik juga didefinisikan sebagai: “An ethnic group is defined as a collectivity

within a larger society having real or putative common ancestry, memories of a shared

historical past, and cultural focus on one or more symbolic elements defined as the epitome

of their peoplehood. Examples of such symbolic elements are: kinship patterns, physical

contiguity, religious affiliation, language or dialect forms, tribal affiliation, nationality, or any

combination of hese.” (Schermerhorn, R. 1996:17)

Menurut Ahmad Ali Seman & Warti Kimi (2014),konsep etnik membentuk

konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada ras kekitaan sesuatu kumpulan

etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan

anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai,sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnosenterisme adalah satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah

lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok

dikatakan etnosentrik apabila mereka menilai kebudayaan lain berdasrkan standard dan nilai

kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyainilai yang lebih rendah.

Etnosentrisme membayangkan keengganan atau ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk

menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain.Selagi

manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan

stereotaip yang sedia adadan biasanya yan bersifat negatif. Walau bagaimanapun

etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat

dan mengukuhkan perpaduan diantara anggotasesuatu kelompok masyarakat. Contohnya,

ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti. Ini

dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat

Di sini, penulis dapat mentakrifkan etnik sebagai sesuatu kumpulan

masyarakat yang mengamalkan budaya dan adat resam yang sama. Maka contoh etnik di

Malaysia termasuk orang Melayu, Cina, India, Khadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi.

Ini berteraskan budaya,pakaian dan adat resam yang dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat

itu sejak turun-temurun.

Menurut Ibn Khaldun(1993) perpaduan dalam kata lain adalah “Asabiyyah”

Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan,

kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan

"kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden, menyerupai sistem

komunalisme. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan. Di sini, Ibn

Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih

Page 15: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluraga yang memerintah lazimnya muncul

dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat

pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.

Menurut Ahmad Ali Seman & Warti Kimi(2014), perpaduan merujuk kepada

proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota

masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan

bangga terhadap negara. Ini lebih kurang diutarakn juga dalam artikel Syamsul Amri

Baharuddin(2008) bahawa Perpaduan (unity) lawannya perpecahan (disunity), malah

perrpaduan yang diidam-idamkan di Malaysia akan tercapai melalui pengembelengan ciri-

ciri kepelbagai (diversity) yang wujud dalam masyarakat.

Di sini penulis dapat mentakrifkan bahawa perpaduan adalah penyatuan

masyarakat di sesebuah negara. Dalam konteks ini, di Malaysia dalam masyarakat yang

berbilang kaum dan etnik, satu penyatupaduan akan menjamin kesejahteraan dan

keharmonian masyarakat tersebut.

.

.

Page 16: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

RUJUKAN

1. Ahmad Ali Seman & Warti Kimi (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur:

Freemind Horizon Sdn. Bhd.

2. Ainun Bariah (2014). Aktiviti Perkukuh Perpaduan Kaum di Sekolah. IPG Kampus

Perempuan Melayu.

3. Akta Pendidikan 1996(1996)

4. Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian: Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim.

Quantum Books.

5. Coexistence International (2008). Education Policy in the Multi Ethnic Societies.

Brandeis University.

6. Daniele Conversi(1999). Nationalisme, Boundaries and Violence. Oxford University

7. Demografic of Singapore (2014). Wikipedia.

8. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988).

9. Hamidah Abdul Rahman et.all (2009). Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik.

Universiti Teknologi Mara.

10. Hazri bin Jamil & Najeemah bt. Mohd. Yusof (2013). Prejudis dan Stereotaip dalam

Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Kebangsaan Malaysia. Pusat Pengajian

Ilmu. USM Pulau Pinang.

11. Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri &

Kementerian Pendidikan Malaysia(2014)

12. Kementerian Pendididikan Malaysia (2011)

13. Kementerian Pendidikan Singapura (2005)

14. Mior Khairul Azrin (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar Cabaran dan

Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. USM

15. Order of National History Curriculum (1999). United Kingdom

16. Piagam Pelanggan (2015). Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

17. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Bab 3

18. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Bab 7

19. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Maslan Zulkifly (2006) Pengajian Malaysia.

Open University Malaysia.

20. Richard. W. Race (2000). Analysing Ethnic Education Policy Making in England and

Wales. University of Sheffield.

21. Rosnani Hashim & Charlene Tan (2009). A Hypenated Identity: Fostering National

Unity through Education in Malaysia and Singapore. National Institute of Education.

Nanyang Technological University. Singapore.

Page 17: Analisis Polisi Dan Pelaksanaan

22. Rosni binti Abdul Majid (2014). Sistem Pendidikan Cemerlang.

http://www.1malaysia.com.my .

23. Sinar Online (10 Oktober 2015)

24. Suchitra Ramkumar(2012). Erik Eriksons Theoryof Development: A Teachers

Observation. A Jounal of Krishnamurthi Schools. India

25. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000. 16 November. Jabatan Perpaduan Negara.

26. Syamsul Amri Bahanuddin (2007). Hubungan Etnik di Malaysia: Mencari dan

Mengekal Kejernihan dalam Kekeruhan. UKM

27. Utusan Online (2014)

28. Uvanney Maylor & Barbara Read et. all (2007). The Institute for Policy Studies in

Education. London Metroplolitan University.