sambutan hari seniman 2011 “penggerak · pdf filemencungkil bakat-bakat baru dalam...

4
SAMBUTAN HARI SENIMAN 2011 “PENGGERAK INOVASI DAN KREATIVITI” 29 MEI HINGGA 29 JUN 2011 Sambutan Hari Seniman merupakan satu penghargaan dari kerajaan Malaysia menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 24 Oktober 2007 kepada golongan seniman, budayawan dan karyawan terhadap sumbangan dalam memperjuangkan dan memartabatkan seni budaya tanahair. Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara yang telah mengambil inisiatif mengadakan Hari Seniman untuk meraikan mereka yang terlibat dalam bidang seni seperti pelukis, pengukir, pelakon, pemuzik, penyanyi, penyajak, penulis, penyiar, pemuzik dan sebagainya. Sejak 29 Mei 2008, Hari Seniman disambut setiap tahun dengan berlandaskan kepada objektif untuk menghargai sumbangan dan peranan penggiat seni tanahair dalam membangunkan negara menerusi aktiviti seni dan budaya; mempertingkatkan tahap bidang seni ke tahap cemerlang; meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap peranan warga seni dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berjati diri dan menghargai seni budaya. Pada tahun ini, pelbagai program dan aktiviti diadakan dengan kerjasama antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan dan agensinya bersama Persatuan Gabungan Pelukis-pelukis SeMalaysia (GAPS), Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Persatuan Penulis Skrip Malaysia (SWAM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Penyiar Malaysia (PENYIAR), Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Persatuan Kebajikan Artis Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dan Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA). Program/aktiviti sepanjang Sambutan Hari Seniman 2011 adalah seperti berikut : 26 Mei hingga 6 Jun 2011: Program Promosi Kerja Kahwin Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengadakan pameran seni bagi urusan persiapan sesuatu majlis perkahwinan pelbagai kaum di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur mulai 26 Mei hingga 6 Jun 2011 30 Mei 2011 : Tahlil Perdana Tahlil dan bacaan Yassin bagi mengenangkan seniman dan seniwati tanahair yang telah pergi menyahut seruan Illahi di Rumah P.Ramlee anjuran Persatuan Peminat Tan Sri P.Ramlee 1 Jun hingga 5 Jun 2011 : Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60an Panggung Sari, Istana Budaya diadakan persembahan teater muzikal yang menggabungkan artis-artis veteran era 60an dan artis-artis baru mulai 1 Jun hingga 5 Jun 2011

Upload: donhu

Post on 13-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SAMBUTAN HARI SENIMAN 2011 “PENGGERAK · PDF filemencungkil bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang seni seperti ... lukisan dan kraf pada 5 Jun 2011 di Damansara Damai anjuran

SAMBUTAN HARI SENIMAN 2011 “PENGGERAK INOVASI DAN KREATIVITI”

29 MEI HINGGA 29 JUN 2011

Sambutan Hari Seniman merupakan satu penghargaan dari kerajaan Malaysia menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 24 Oktober 2007 kepada golongan seniman, budayawan dan karyawan terhadap sumbangan dalam memperjuangkan dan memartabatkan seni budaya tanahair. Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara yang telah mengambil inisiatif mengadakan Hari Seniman untuk meraikan mereka yang terlibat dalam bidang seni seperti pelukis, pengukir, pelakon, pemuzik, penyanyi, penyajak, penulis, penyiar, pemuzik dan sebagainya. Sejak 29 Mei 2008, Hari Seniman disambut setiap tahun dengan berlandaskan kepada objektif untuk menghargai sumbangan dan peranan penggiat seni tanahair dalam membangunkan negara menerusi aktiviti seni dan budaya; mempertingkatkan tahap bidang seni ke tahap cemerlang; meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap peranan warga seni dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berjati diri dan menghargai seni budaya. Pada tahun ini, pelbagai program dan aktiviti diadakan dengan kerjasama antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan dan agensinya bersama Persatuan Gabungan Pelukis-pelukis SeMalaysia (GAPS), Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Persatuan Penulis Skrip Malaysia (SWAM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Penyiar Malaysia (PENYIAR), Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Persatuan Kebajikan Artis Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dan Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA).

Program/aktiviti sepanjang Sambutan Hari Seniman 2011 adalah seperti berikut :

26 Mei hingga 6 Jun 2011: Program Promosi Kerja Kahwin

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengadakan pameran seni bagi urusan

persiapan sesuatu majlis perkahwinan pelbagai kaum di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur mulai 26 Mei hingga 6 Jun 2011

30 Mei 2011 : Tahlil Perdana

Tahlil dan bacaan Yassin bagi mengenangkan seniman dan seniwati tanahair yang

telah pergi menyahut seruan Illahi di Rumah P.Ramlee anjuran Persatuan Peminat Tan Sri P.Ramlee

1 Jun hingga 5 Jun 2011 : Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60an

Panggung Sari, Istana Budaya diadakan persembahan teater muzikal yang

menggabungkan artis-artis veteran era 60an dan artis-artis baru mulai 1 Jun hingga 5 Jun 2011

Page 2: SAMBUTAN HARI SENIMAN 2011 “PENGGERAK · PDF filemencungkil bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang seni seperti ... lukisan dan kraf pada 5 Jun 2011 di Damansara Damai anjuran

1 Jun hingga 30 Jun 2011 : Pameran Seniman Agong Tan Sri P. Ramlee

Mulai 1 Jun hingga 30 Jun 2011 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Galeri

Perfileman FINAS, Jalan Pahang Kechil diadakan Pameran Seniman Agong Tan Sri P. Ramlee yang memaparkan gambar-gambar, sejarah dan informasi yang jarang

diketahui umum mengenai Seniman Agung P. Ramlee

1 Jun hingga 30 Julai 2011 : Pameran Buku berkaitan Seniman

Perpustakaan Negara Malaysia mengadakan pameran buku yang berkaitan dengan

tokoh-tokoh seni merangkumi seni catan, muzik, lakon, puisi dan tari di sepanjang bulan Jun hingga Julai 2011

4 Jun 2011 : Program Imbas Kembali Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

FINAS mengadakan program bentuk bual bicara yang melibatkan sahabat handai dan

keluarga rapat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 4 Jun 2011 jam 5.00 petang di Galeri Perfileman FINAS, Jalan Pahang Kechil

5 Jun 2011 : Karnival Rakyat Bersama Seniman dam Aksi Lagak Ngeri

Karnival besar-besaran gandingan seniman dan rakyat dalam bentuk festival untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, lakonan, lukisan dan kraf pada 5 Jun 2011 di Damansara Damai anjuran Persatuan Penulis

Skrip Malaysia (SWAM)

5 Jun hingga 6 Jun 2011 : Program Penghayatan Ungkapan, Terumba dan Perbilangan (Sastera Rakyat)

Program berbentuk bengkel yang akan mengkaji ungkapan-ungkapan lama dan

bersifat akademik adalah anjuran Jabatan Warisan Negara dan akan diadakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan mulai 5 Jun hingga 6 Jun 2011 mulai 9.00 pagi hingga 8

malam.

7 hingga 30 Jun 2011 : Festival Animasi

Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) mengadakan festival ini sebagai usaha

mempromosikan karya animasi tempatan, menyebar luas maklumat berkaitan animasi melalui pameran, bengkel, ceramah, tayangan dan penghargaan sepanjang bulan

Sambutan Hari Seniman di Kuala Lumpur mulai 7 hingga 30 Jun 2011 di FINAS. Majlis Pelancaran diadakan pada 7 Jun 2011 di Perpustakaan Negara Malaysia.

10 Jun hingga 1 Julai 2011 : Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu P.Ramlee Gaya Tersendiri

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mengadakan pertandingan peringkat

saringan untuk mencari bakat-bakat baru disamping memupuk minat generasi masa kini menghayati dan mengenali karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 10 dan 11 Jun 2011 Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut. Peringkat separuh akhir diadakan pada 12 Jun 2011 manakala pertandingan akhir akan diadakan pada 1 Julai 2011 jam 8.00

Page 3: SAMBUTAN HARI SENIMAN 2011 “PENGGERAK · PDF filemencungkil bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang seni seperti ... lukisan dan kraf pada 5 Jun 2011 di Damansara Damai anjuran

malam.

15 Jun 2011 : Malam Penghargaan Industri Filem

Majlis meraikan para penggiat filem tanahair di samping penganugerahan Trofi Samad

Idris kepada pihak media, pelancaran buku-buku terbitan Finas dan penyampaian anugerah karyawan filem tempatan di peringkat antarabangsa dianjurkan oleh FINAS

pada 15 Jun 2011 jam 8.00 malam di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

18 Jun 2011 : Tiru Gaya Seniman dan Seniwati Lagenda

Persatuan Penyiar Malaysia (PENYIAR) mengadakan persembahan unik meniru gaya

seniman dan seniwati lagenda pada 18 Jun 2011 di Auditorium DBKL

18 Jun 2011 : Permainan dan Pameran Tradisi Rakyat (Gasing)

Pada 18 Jun hingga 19 Jun 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Jabatan

Warisan Negara mengadakan pameran dan demonstrasi permainan gasing oleh tokoh-tokoh gasing tempatan di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

24 Jun hingga 26 Jun 2011 : Karnival P. Ramlee 1 Malaysia

Karnival yang mengajak masyarakat khususnya golongan remaja mendekati bidang seni melalui aktiviti bimbingan, pertandingan, pameran, forum, kempen, permainan tradisi dan jualan diadakan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu

Tanahair (PAPITA) mulai 24 Jun hingga 26 Jun 2011 di Bandar Klang

25 Jun 2011 : Grafiti 1 Malaysia

Jabatan Penerangan Malaysia mengadakan pertandingan akhir bentuk seni catan baru yang akan diterokai menggunakan medium catan di dinding melalui semburan cat air spray dan dihasilkan oleh pelukis-pelukis generasi baru pada 25 Jun, 2011 di Dataran

Merdeka , Kuala Lumpur

25 Jun 2011 : Program Merakyatkan Filem

Tayangan percuma filem klasik Madu Tiga arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

anjuran FINAS pada 25 Jun 2011 jam 12.00 tengahari di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Ampang, Kuala Lumpur.

25 Jun 2011 : Program Lebuh Seni & Karyawan /Malam Karyawan di Lebuh Seni

Bahagian Pengurusan Acara, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

mengadakan program yang menggabungkan aktiviti Program Lebuh Seni anjuran KPKK bersama Persatuan Karyawan dengan aktiviti persembahan muzik jalanan

(busking), lukisan live sketch dan jualan barangan dan persembahan artis tempatan pada 25 Jun, 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (hadapan Restoran Warisan).

Page 4: SAMBUTAN HARI SENIMAN 2011 “PENGGERAK · PDF filemencungkil bakat-bakat baru dalam pelbagai bidang seni seperti ... lukisan dan kraf pada 5 Jun 2011 di Damansara Damai anjuran

Pada sebelah malam, apresiasi seni anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) akan dijayakan oleh golongan seniman lama dan baru menerusi persembahan lagu-lagu “ever green” 25 Jun 2011 di Restoran Warisan, Dataran

Merdeka

26 Jun 2011 : Bengkel Bicara bersama Adiguru

Bengkel kraftangan yang akan mengupas teknik penghasilan barang hiasan menggunakan besi diadakan pada bulan Jun 2011 di Institut Kraf Negara

28 Jun 2011 : Bicara Tokoh Seniman

Diskusi ilmah bersama tokoh-tokoh seniman dari Universiti Sains Malaysia, Pulau

Pinang pada Jun 2011 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang oleh Jabatan Arkib Negara

5 Julai 2011 : Persembahan Artis Veteran dan Baru

Persatuan Kebajikan Artis Malaysia mengadakan persembahan artis di dalam bentuk nyanyian, lakonan dan lawak jenaka untuk khalayak Sabah dengan gabungan artis-

artis veteran dan baru pada 25 Jun 2011 di Sabah