sambutan hari malaysia peringkat pahang meriah · 2019-09-18 · "kita kena faham bagaimana...

4
SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PAHANG MERIAH MARAN 16 SEPTEMBER 2019: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini berlangsung meriah dan diraikan dengan penuh semangat patriotik. Majlis yang bermula jam 9 malam itu dirasmikan oleh YAB Menteri Besar, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza bin Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Abd. Rahim bin Muda yang juga penyelaras Sambutan Hari Malaysia Peringkat Pahang 2019. Majlis berkenaan bermula dengan perarakan masuk Dato' Sri Wan Rosdy ke dalam dewan dengan disambut tiupan tetuang (tanduk kerbau jantan), yang pada zaman dahulu digunakan sebagai alat komunikasi untuk memberitahu perkara yang terjadi di kampung. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan lagu Sayangi Malaysiaku oleh penyampai- penyampai PahangFM, selain persembahan artis terkenal tanah air Syafiq Farhain dan Roslan Madun serta persembahan sketsa kemerdekaan dan tarian sewang. Dato' Sri Haji Wan Rosdy ketika menyampaikan ucapannya meminta rakyat di negeri ini supaya faham sejarah kemerdekaan negara supaya tidak berlaku perkara yang boleh menjejaskan keharmonian negara. "Kita kena faham bagaimana negara terbentuk daripada pelbagai kaum, jika tidak akan jadi masalah pada masa akan datang. "Kita kena terima negara kita ini sebagai negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Jika kita faham secara jelas, tidak akan berlaku perkara yang menjejaskan keharmonian antara kaum," katanya. Sumber: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PAHANG MERIAH · 2019-09-18 · "Kita kena faham bagaimana negara terbentuk daripada pelbagai kaum, jika tidak akan jadi masalah pada masa akan datang

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PAHANG MERIAH

MARAN 16 SEPTEMBER 2019: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini berlangsung meriah dan diraikan dengan penuh semangat patriotik.

Majlis yang bermula jam 9 malam itu dirasmikan oleh YAB Menteri Besar, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza bin Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Abd. Rahim bin Muda yang juga penyelaras Sambutan Hari Malaysia Peringkat Pahang 2019.

Majlis berkenaan bermula dengan perarakan masuk Dato' Sri Wan Rosdy ke dalam dewan dengan disambut tiupan tetuang (tanduk kerbau jantan), yang pada zaman dahulu digunakan sebagai alat komunikasi untuk memberitahu perkara yang terjadi di kampung.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan lagu Sayangi Malaysiaku oleh penyampai-penyampai PahangFM, selain persembahan artis terkenal tanah air Syafiq Farhain dan Roslan Madun serta persembahan sketsa kemerdekaan dan tarian sewang.

Dato' Sri Haji Wan Rosdy ketika menyampaikan ucapannya meminta rakyat di negeri ini supaya faham sejarah kemerdekaan negara supaya tidak berlaku perkara yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

"Kita kena faham bagaimana negara terbentuk daripada pelbagai kaum, jika tidak akan jadi masalah pada masa akan datang.

"Kita kena terima negara kita ini sebagai negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Jika kita faham secara jelas, tidak akan berlaku perkara yang menjejaskan keharmonian antara kaum," katanya.

Sumber: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

Page 2: SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PAHANG MERIAH · 2019-09-18 · "Kita kena faham bagaimana negara terbentuk daripada pelbagai kaum, jika tidak akan jadi masalah pada masa akan datang

LIPUTAN BERGAMBAR

Page 3: SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PAHANG MERIAH · 2019-09-18 · "Kita kena faham bagaimana negara terbentuk daripada pelbagai kaum, jika tidak akan jadi masalah pada masa akan datang
Page 4: SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PAHANG MERIAH · 2019-09-18 · "Kita kena faham bagaimana negara terbentuk daripada pelbagai kaum, jika tidak akan jadi masalah pada masa akan datang