batuan unik yang terbentuk di yehliu, timur laut taiwan ministry o

81
Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan (Lin Bo-tung, ihsan Biro Pelancongan) GPN: 1010300087 Harga: RM7.00 M R Diterbitkan oleh Kementerian Luar Negeri, Republik China (Taiwan) 7896 74 307 81 3 9 ISBN 978-967-430-781-3 140929 Cover Republik China Sepintas Lalu.indd 2 30/09/2014 05:55 PM

Upload: ngokiet

Post on 12-Jan-2017

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan

(Lin Bo-tung, ihsan Biro Pelancongan)

GPN: 1010300087Harga: RM7.00

MINISTRY OF CULTURE REPUBLIC OF CHINA (TAIWAN)

Diterbitkan oleh Kementerian Luar Negeri,

Republik China (Taiwan)

7896 74 307 81 39

ISBN 978-967-430-781-3

140929 Cover Republik China Sepintas Lalu.indd 2 30/09/2014 05:55 PM

Page 2: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Diterbitkan oleh Kementerian Luar Negeri, Republik China (Taiwan)Februari 2014

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 1 03/10/2014 10:15 AM

Page 3: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

JEPUN

KOREA

TANAH BESARCHINA

FILIPINA

Republik China(TAIWAN)

Republik China(TAIWAN)

Hong Kong

Shanghai

Taipei

Kaohsiung

Pulau Pratas

Penghu

Kinmen

Matsu

PulauDiaoyutai

Laut China Timur

Laut Kuning

Lautan Pasifik

Laut China Selatan

SelatTaiwan

Nanjing

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini tanpa keizinan bertulis daripada pemegang hak cipta. Agensi untuk dihubungi: Kementerian Luar Negeri, Republik China (Taiwan)Tel.: (+886-2) 3356-8012

Republik China Sepitas Lalu 2013–2014

Diterbitkan oleh Kementerian Luar Negeri,Republik China (Taiwan)

No. 2, Kaitakelan Blvd., Taipei 10048, Taiwan, ROChttp://www.mofa.gov.tw

Pereka grafik: Lin Hsin-chieh

No. Kad Katalog: MOFA-EN-BO-103-001-I-1GPN: 1010300087 ISBN: 978-967-430-781-3Edisi Pertama, D43 Februari 2014Dicetak di MalaysiaHarga: RM7.00

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 2 03/10/2014 10:15 AM

Page 4: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

JEPUN

KOREA

TANAH BESARCHINA

FILIPINA

Republik China(TAIWAN)

Republik China(TAIWAN)

Hong Kong

Shanghai

Taipei

Kaohsiung

Pulau Pratas

Penghu

Kinmen

Matsu

PulauDiaoyutai

Laut China Timur

Laut Kuning

Lautan Pasifik

Laut China Selatan

SelatTaiwan

Nanjing

Republik China Sepitas Lalu 2013–2014

Diterbitkan oleh Kementerian Luar Negeri,Republik China (Taiwan)

No. 2, Kaitakelan Blvd., Taipei 10048, Taiwan, ROChttp://www.mofa.gov.tw

Pereka grafik: Lin Hsin-chieh

No. Kad Katalog: MOFA-EN-BO-103-001-I-1GPN: 1010300087 ISBN: 978-967-430-781-3Edisi Pertama, D43 Februari 2014Dicetak di MalaysiaHarga: RM7.00

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 3 03/10/2014 10:15 AM

Page 5: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Nama rasmi Republik China

Bendera Kebangsaan

Bunga Kebangsaan

Kawasan (Taiwan dan pulau-pulau berkaitan)

36,193.6 kilometer persegi

Jumlah penduduk 23.36 juta (Oktober 2013)

Etnik

Lebih 95 peratus adalah Cina Han (termasuk Holo, Hakka dan kumpulan lain yang berasal dari tanah besar China); dua peratus orang asli Melayu-Polinesia

Kerajaan Demokrasi pelbagai parti

Presiden Ma Ying-jeou

Perbandaran khasBandar raya Taipei, Bandar raya New Taipei, Taichung, Tainan, Kaohsiung

Mata wang NegaraDolar Taiwan Baharu (NT$ atau TWD)

Bahasa Kebangsaan Mandarin (China)

Dialek dan bahasa lain

Holo (bangsa Taiwan), Hakka, bahasa Austronesia

Agama utamaBuddha, Taoisme, I-Kuan Tao, agama rakyat Cina, Kristian, Islam

Ringkasan tentang Republik China

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 4 03/10/2014 10:15 AM

Page 6: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

三 民 主 義,吾 黨 所 宗, 以 建 民

國,以 進 大 同,咨 爾 多 士, 為 民 前 鋒,夙

夜 匪 懈,主 義 是 從,矢 勤 矢 勇, 必 信 必

San - min - zhu - yi, matlamat kami sesungguhnya adalah; untuk mencapai tanah

merdeka, keamanan

Dr. Sun Yat-senPenggubah muzik: Cheng Mao-yun 程懋筠

Muzik iringan: Huang Tzu 黃自

San - min - zhu - yi, wu dang suo zong, yi jian min

guo,

忠, 一 心 一 德, 貫 徹 始 終!

teguhlah dengan matlamatmu, demi matahari dan juga bintang. Bersungguh-sungguhlah dan berani, demi kesejahteraan untuk

negaramu; satu hati, satu jiwa, satu gagasan, satu tujuan

ye fei xie, zhu yi shi cong. Shi qin shi yong, bi xin bi

zhong, yi xin yi de, guan che shi zhong.

dunia prinsip yang ditegakkan. Ayuhlah wahai rakan sekalian, engkau perintis barisan depan; berpegangyi jin da tong. Zi er duo shi, wei min qian feng, su

孫 中 山

Lagu Kebangsaan

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 5 03/10/2014 10:15 AM

Page 7: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Alam Semula jadi Taiwan

Hubungan Rentas Selat

Penduduk

Sejarah

Sistem Politik

Hal Ehwal Luar Negeri

2

36

812

2430

Kandungan

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 6 03/10/2014 10:15 AM

Page 8: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Ekonomi

Sains dan Teknologi

Pendidikan

Melawat Taiwan

Budaya

Media Massa

4050

56

68

6064

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 1 03/10/2014 10:15 AM

Page 9: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Alam Semula jadi Taiwan

Xiaoliuqlu yang terletak kira-kira 12 kilometer di luar pantai barat laut Taiwan, merupakan satu-satunya pulau yang keseluruhannya terbentuk daripada karang.(Hong Jhih-ren, ihsan Biro Pelancongan)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 2 03/10/2014 10:15 AM

Page 10: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Alam Semula jadi Taiwan

Geografi dan IklimRepublik China yang lebih dikenal sebagai Taiwan terletak di kawasan Pasifik Barat di antara Jepun dengan Filipina. Bidang kuasanya terbentang sehingga kepulauan Penghu, Kinmen dan Matsu

serta banyak pulau kecil lain. Jumlah keluasan sebenar Taiwan dan pulau di sekelilingnya ialah 36,193.6 kilometer persegi. Dengan saiz lebih kurang sebesar Belanda dan jumlah penduduk seramai 23 juta orang, Taiwan lebih ramai penduduk berbanding tiga suku daripada negara yang sepertinya di dunia.

Taiwan yang berukuran 395 kilometer dari utara ke selatan dan 144 kilometer dari timur ke barat mengikut ukuran paling lebar, mempunyai banyak keindahan semula jadi. Banjaran gunung dengan puncak-puncak melebihi ketinggian 3,000 meter – termasuk puncak tertinggi di Asia Timur, iaitu Gunung Jed (Yushan) – dan kaki bukit berhutan, meliputi lebih daripada setengah keluasannya. Kawasan fisiografi lain merangkumi

gunung berapi, dataran tinggi, dataran pantai dan lembangan. Pulau Diaoyutai

3

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 3 03/10/2014 10:15 AM

Page 11: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

yang terletak ke timur laut Taiwan dan beberapa buah pulau di Laut China Selatan termasuk kumpulan pulau Dongsha, Nansha, Xisha dan Zhongsha, juga merupakan bahagian penting bagi wilayah Republik China (ROC).

Terletak di laluan arus panas lautan di luar pantai timur Asia, Taiwan begitu unik kerana dikurniakan pelbagai zon iklim, daripada iklim tropika sehingga iklim sederhana. Dengan tanah yang subur dan turunan hujan yang banyak, Taiwan bagaikan syurga pertanian bagi apa jua tanaman buah-buahan

Burung murai biru Formosa hinggap di dahan pokok minyak tung yang bunganya sedang mekar.(Ihsan Majlis Hal Ehwal Hakka)

4

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 4 03/10/2014 10:15 AM

Page 12: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

atau sayur-sayuran. Keadaan ini menjadikan pulau ini umpama sebuah dunia rekreasi yang ajaib. Pada musim dingin, seseorang akan melihat salji turun di cerun Gunung Hehuan di Daerah Nantou dan boleh mengembara hanya sejauh 200 kilometer ke Daerah Pingtung yang nyaman untuk menikmati aktiviti menyelam di terumbu karang sepanjang bahagian hujung selatan pulau tersebut.

Pulau-pulau yang lebih kecil pula mempunyai ciri semula jadi yang unik seperti ceracak basalt di Pulau Penghu dan mata air panas di pesisiran pantai Pulau Green dan Pulau Guishan.

Flora dan FaunaKepelbagaian zon iklim Taiwan, iaitu daripada iklim tropika hinggalah iklim sederhana dan berbagai-bagai jenis topografinya telah menjadikan pulau ini kaya dengan beraneka flora dan fauna. Sebanyak 120 spesies mamalia, 670 spesies burung, 141 spesies reptilia, 65 spesies amfibia, 400 spesies rama-rama dan 3,100 spesies ikan didapati telah menjadikan Taiwan sebagai habitat. Tumbuh-tumbuhan pulau ini terdiri daripada 674 spesies paku-pakis, 4,596 spesies angiosperma dan 34 spesies gimnosperma.

Untuk melindungi ekosistem tumbuh-tumbuhan dan haiwan ini, kerajaan Taiwan telah merizabkan kira-kira 20 peratus keluasan tanah negara sebagai kawasan dilindungi, yang terdiri daripada lapan taman negara dan satu taman alam

5

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 5 03/10/2014 10:15 AM

Page 13: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Pandangan waktu matahari terbit dari puncak Gunung Hehuan, Daerah Nantou, tengah Taiwan. Puncak tertinggi Gunung Hehuan mencapai 3,417 meter.(Kuo Chi-nan, ihsan Biro Pelancongan)

6

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 6 03/10/2014 10:15 AM

Page 14: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

semula jadi negara, selain 21 tanah rizab alam semula jadi untuk ekosistem khas, enam kawasan rizab hutan, 18 pusat perlindungan hidupan liar dan 35 habitat hidupan liar yang besar.

Antara spesies fauna yang terkenal di Taiwan ialah ikan salmon landlocked Formosa. Ikan ini dipercayai terperangkap dalam air gunung yang dingin di kawasan tengah Taiwan semasa Zaman Ais apabila paras lautan jatuh mendadak dan ikan ini tidak dapat pulang semula atau berulang-alik antara air tawar dengan air masin. Untuk melindungi spesies terancam ini, Pusat Perlindungan Salmon Landlocked Formosa diwujudkan di hulu Sungai Dajia di Taman Negara Shei-pa.

Taman NegaraTaman Negara Taiwan: np.cpami.gov.twTaman Negara Kenting: www.ktnp.gov.twTaman Negara Yushan (Gunung Jed):

www.ysnp.gov.twTaman Negara Yangmingshan: www.ymsnp.gov.twTaman Negara Taroko: www.taroko.gov.twTaman Negara Shei-pa: www.spnp.gov.twTaman Negara Kinmen: www.kmnp.gov.twTaman Negara Dongsha Atoll: dongsha.cpami.gov.twTaman Negara Taijiang: www.tjnp.gov.twTaman Negara Alam Semula jadi Shoushan: snnp.

cpami.gov.tw

7

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 7 03/10/2014 10:15 AM

Page 15: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Penduduk

Pelawat melihat dari tingkap yang parasnya lebih tinggi daripada figura seramik berwarna-warni di Kampung Bantou, Pusat Bandar Xingang Daerah Chiayi, selatan Taiwan.(Cheng Yuan-ching)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 8 03/10/2014 10:15 AM

Page 16: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Penduduk Walaupun Taiwan boleh dianggap sebahagian besarnya dihuni oleh masyarakat China Han dengan lebih 95 peratus penduduknya mendakwa berketurunan Han, namun warisan Taiwan

sebenarnya lebih kompleks berbanding yang diketahui umum. Gelombang imigran China yang tiba pada abad ke-17 terdiri daripada pelbagai kumpulan kecil dengan bahasa yang saling tidak difahami dan budaya yang berbeza. Walau bagaimanapun, kini di Taiwan keadaan tersebut semakin kurang ketara ekoran perkahwinan campur dan penggunaan bahasa Mandarin yang meluas. Taiwan telah menjadi tempat tumpuan bukan sahaja kepada pelbagai kumpulan kecil Han, tetapi juga orang asli Melayu-Polinesia dan imigran dari seluruh dunia. Sebagai contoh, sejak akhir-akhir ini terdapat limpahan imigran baharu dari Asia Tenggara.

Di Taiwan, keprihatinan semakin meningkat terhadap warisan budaya bagi 14 kumpulan

kecil penduduk berbahasa Austronesia yang diiktiraf secara rasmi, iaitu kumpulan

9

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 9 03/10/2014 10:15 AM

Page 17: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

yang membentuk lebih sedikit daripada dua peratus penduduk Taiwan. Organisasi awam dan swasta berusaha untuk menggiatkan semula bahasa dan budaya mereka dengan pelancaran Televisyen Orang Asli Taiwan dan pelulusan Akta Asas Orang Asli.

Arus kemanusiaan yang tertumpu dan saling mempengaruhi telah membantu mengubah masyarakat Taiwan menjadi masyarakat yang bersifat terbuka dan berpandangan jauh melalui penerapan pelbagai unsur ketamadunan daripada seluruh dunia dalam acuan yang tersendiri dan harmoni.

Latar belakang PendudukJumlah penduduk: 23,361,147 (Oktober 2013)Kadar kelahiran kasar: 0.99 peratusKadar kematian kasar: 0.66 peratusJangka hayat: 79.51 tahun Lelaki: 76.43 tahun Perempuan: 82.82 tahunStruktur penduduk (mengikut umur): 0–14 tahun: 14.36 peratus 15–64 tahun: 74.2 peratus 65 tahun dan lebih: 11.43 peratus

10

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 10 03/10/2014 10:15 AM

Page 18: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Kaum Amis – gambar foto ini diambil di Matai’an, Daerah Hualien, timur Taiwan – ialah kumpulan orang asli terbesar di Taiwan dan sebahagian besar mereka tinggal di lembah dan kawasan pesisir pantai timur Taiwan. (Hsueh Chi-kuang)

11

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 11 03/10/2014 10:15 AM

Page 19: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Sejarah

Tokong Confucius di Bandar raya Tainan, selatan Taiwan. Tokong ini dibina pada abad ke-17 dan kini merupakan tapak warisan negara yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharan Warisan Budaya. (Chang Su-ching)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 12 03/10/2014 10:16 AM

Page 20: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

SejarahRepublik China ditubuhkan pada 1912 di tanah besar China. Pada waktu itu, Taiwan berada di bawah penjajahan Jepun akibat Perjanjian Shimonoseki 1895 apabila Taiwan diserahkan kepada Jepun oleh kerajaan

Dinasti Qing. Kerajaan Republik China mula melaksanakan kuasanya ke atas Taiwan pada 1945 selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua.

Kerajaan Republik China berpindah ke Taiwan pada 1949 selepas kalah dalam Perang Saudara China. Sejak itu, Republik China terus melaksanakan bidang kuasa yang berkesan ke atas pulau utama Taiwan dan beberapa pulau yang jauh, menjadikan Taiwan dan tanah besar China diperintah di bawah kerajaan yang berbeza. Pihak berkuasa di Beijing tidak pernah melaksanakan kedaulatan

ke atas Taiwan atau pulau lain yang ditadbir oleh kerajaan Republik China di Taipei.

13

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 13 03/10/2014 10:16 AM

Page 21: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Jejak Masa dalam Lipatan SejarahJejak masa berikut membuka kembali lipatan sejarah Taiwan sejak kira-kira 400 tahun dahulu, walaupun ia telah menjadi tempat asal orang Melayu-Polinesia selama beribu-ribu tahun.

1544 Pelaut Portugis dipercayai telah belayar melewati Taiwan dan mencatatkan nama pulau ini untuk pedoman orang Eropah sebagai Ilha Formosa (Pulau Cantik). Taiwan terus dikunjungi sebilangan kecil pedagang, nelayan dan lanun dari tanah besar China.

1624 Syarikat Hindia Timur Belanda mendirikan pangkalan di Tayoan, di barat daya Taiwan, dan mengambil buruh dari tanah besar China untuk bekerja di sawah padi dan ladang tebu.

1626 Pengembara Sepanyol mendirikan pangkalan di utara Taiwan, tetapi diusir oleh Belanda pada 1642.

1662 Lari daripada pencerobohan Manchuria ke atas Dinasti Ming (1368–1644), rakyat Dinasti Ming yang setia dengan Zheng Cheng-gong (Koxinga) menghalau keluar pihak Belanda dari Taiwan dan memerintah pulau itu di bawah pemerintahan Dinasti Ming.

1683 Tentera Dinasti Qing (1644–1912) menawan kawasan pantai barat dan pantai utara Taiwan.

14

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 14 03/10/2014 10:16 AM

Page 22: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Menara Chihkan dibina pada 1653 oleh Belanda di tempat yang kini dikenal sebagai Bandar raya Tainan, selatan Taiwan. Patung di hadapannya menggambarkan Zheng Cheng-gong yang setia kepada Dinasti Ming sedang berunding tentang pengunduran Belanda dari Taiwan pada 1662. (Chang Su-ching)

1885 Taiwan diisytiharkan sebagai wilayah Empayar Qing.

1895 Berikutan kekalahan dalam Perang China-Jepun Pertama, kerajaan Dinasti Qing menandatangani Perjanjian Shimonoseki yang menyaksikan kedaulatan Taiwan diserahkan kepada Jepun yang memerintah pulau itu sehingga akhir Perang Dunia Kedua pada 1945.

15

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 15 03/10/2014 10:16 AM

Page 23: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

1911 –1912

Pemberontak China menjatuhkan Empayar Qing dan menubuhkan Republik China di tanah besar China.

1943 Semasa Perang Dunia Kedua, pemimipin Republik China, Chiang Kai-shek, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill di Kaherah. Selepas selesai persidangan, Pengisytiharan Kaherah diumumkan dengan memutuskan bahawa Taiwan dan pulau-pulau berkaitan harus dikembalikan kepada Republik China.

Ketua Komander Tentera Darat Republik China, He Ying-qin menerima penyerahan diri tanpa syarat oleh Jepun pada 1945 di Nanjing, tanah besar China. (Gambar fail)

16

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 16 03/10/2014 10:16 AM

Page 24: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

1945 Republik China, United Kingdom dan Amerika Syarikat bersama-sama mengeluarkan Perisytiharan Potsdam, meminta penyerahan diri tanpa syarat oleh Jepun dan pelaksanaan Pengisytiharan Kaherah. Selepas Perang Dunia Kedua, wakil kerajaan Republik China menerima penyerahan diri tentera Jepun di Taiwan, dan Taiwan dikembalikan kepada Republik China.

1947 Perlembagaan Republik China diisytiharkan di Nanjing, tanah besar China pada 1 Januari dan dijadualkan berkuat kuasa pada 25 Disember. Pada bulan Mac dan bulan-bulan berikutnya, tentera Republik China yang dihantar dari tanah besar menumpaskan pemberontakan besar-besaran penduduk Taiwan yang tercetus akibat Peristiwa 28 Februari.

1948 Apabila perang saudara yang sengit di China berlaku antara kerajaan Republik China yang dipimpin oleh Kuomintang (KMT) dengan pemberontak Parti Komunis China, perundangan Peruntukan Sementara yang Berkuat kuasa dalam Tempoh Mobilisasi Kebangsaan untuk Menumpaskan Pemberontakan Komunis (Temporary Provisions Effective During the Period of National Mobilization for Suppression of the Communist Rebellion) telah digubal yang memansuhkan Perlembagaan Republik China dan menambahkan kuasa presiden.

17

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 17 03/10/2014 10:16 AM

Page 25: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

1949 Kerajaan pusat Republik China dipindahkan ke Taipei, diikuti dengan 1.2 juta rakyat dari tanah besar China. Selepas itu, Taiwan dan tanah besar China masing-masing diperintah oleh kerajaan yang berasingan. Namun begitu, kerajaan Republik China di Taiwan yang bertindak berasaskan Perlembagaan Republik China, sehingga kini tidak pernah menyerahkan kedaulatannya kepada tanah besar China.Tanggal 25 Oktober menyaksikan Pertempuran Kuningtou apabila angkatan tentera Republik China menewaskan Komunis di pantai barat laut Pulau Kinmen. Undang-undang tentera diisytiharkan di Taiwan dan terus dikuatkuasakan sehingga 1987.

1952 Perjanjian Perdamaian ditandatangani antara Republik China dengan Jepun di Taipei Guest House yang secara rasmi menamatkan perang antara kedua-dua pihak, dan mengulangi kedudukan Jepun dalam melepaskan semua tuntutan terhadap pulau-pulau Taiwan, Penghu, Nansha (Spratly) dan Xisha (Paracel). Artikel 4 dalam perjanjian itu menyatakan, “Diiktirafkan bahawa semua perjanjian, konvensyen dan persetujuan yang diputuskan sebelum 9 Disember 1941, antara China dengan Jepun adalah terbatal dan tidak sah akibat perang itu.” Perjanjian itu merangkumi Perjanjian Shimonoseki yang menyerahkan Taiwan kepada Jepun. Dengan kata lain, Perjanjian

18

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 18 03/10/2014 10:16 AM

Page 26: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Shimonoseki menjadi terbatal dan tidak sah akibat perang. Republik China mendapat semula kedaulatan ke atas Taiwan kerana Taiwan dikembalikan kepada Republik China – wilayah pengganti Dinasti Qing, iaitu pemilik yang berhak kepada Taiwan, manakala penduduk Taiwan dan Penghu menjadi rakyat Republik China.

1954 Perjanjian Pertahanan Bersama ROC-AS ditandatangani di Washington.

1958 Tarikh 23 Ogos menyaksikan bermulanya pertempuran artileri antara garison Republik China di Pulau Kinmen dengan angkatan tentera tanah besar China yang berlanjutan lebih daripada 40 hari.

1964 Perjanjian persahabatan ditandatangani dengan Republik Korea.

1969 Jawatankuasa Kebangsaan China bagi International Press Institute ditubuhkan di Taipei.

1971 Republik China menarik diri daripada keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai tindakan awal untuk Perhimpunan Agung mengundi bagi memberikan kerusi China kepada pihak berkuasa di Beijing.

19

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 19 03/10/2014 10:16 AM

Page 27: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

1979 Aktivis demokrasi yang membuat demonstrasi di selatan bandar raya Kaohsiung ditangkap dan dipenjarakan berikutan kejadian yang dinamai Peristiwa Kaohsiung yang akhirnya membawa kepada pembentukan dan pembangunan Parti Progresif Demokratik (Democratic Progressive Party atau DPP) pada 1986.

1987 Pemerintahan undang-undang tentera yang berkuat kuasa sejak tahun 1949 ditamatkan dan sekatan terhadap pembentukan parti politik baharu dan penerbitan akhbar baharu ditarik balik. Pendemokrasian semakin meningkat. Pertukaran penduduk rentas selat bermula.

1991 Peruntukan Sementara yang Berkuat kuasa dalam Tempoh Mobilisasi Kebangsaan untuk Menumpaskan Pemberontakan Komunis (Temporary Provisions Effective During the Period of National Mobilization for Suppression of the Communist Rebellion) dimansuhkan. Dari tahun ini sehingga 2005, Perlembagaan Republik China telah dikaji semula sebanyak tujuh kali. Republik China menganggotai forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation atau APEC).

1992 Wakil diberi kuasa oleh kerajaan dari seberang Selat Taiwan bertemu untuk kali pertama di Hong Kong, dan melalui perhubungan selanjutnya telah mencapai kesefahaman untuk kewujudan satu China, tetapi tertakluk pada takrif politik yang berbeza. Persefahaman ini kemudiannya dirujuk sebagai konsensus 1992.

20

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 20 03/10/2014 10:16 AM

Page 28: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

1995 Program Insurans Kesihatan Kebangsaan bermula.

1996 Republik China mengadakan pilihan raya langsung presiden yang pertama, dengan pertandingan antara anggota KMT, Lee Teng-hui dengan calon pasangannya Lien Chan yang mendapat sokongan 54 peratus undi.

2000 Chen Shui-bian dan Annette Hsiu-lien Lu dari DPP dipilih sebagai presiden dan naib presiden dengan sokongan 39 peratus undi dalam pertandingan lima penjuru, mengakhiri pemerintahan KMT selama lebih dari 50 tahun seterusnya menandakan pertukaran pertama kuasa eksekutif kerajaan Republik China antara parti politik di Taiwan.

2002 Republik China menganggotai Pertubuhan Dagangan Dunia (World Trade Organization atau WTO).

2003 Perundangan Yuan meluluskan Akta Referendum yang menyediakan asas perundangan bagi warganegara Republik China untuk mengundi terus tentang isu tempatan atau kepentingan negara.

2004 Referendum kebangsaan pertama diadakan bersama pilihan raya langsung presiden ketiga yang menyaksikan Chen dan Lu dipilih semula dengan majoriti kecil.

21

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 21 03/10/2014 10:16 AM

Page 29: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

2005 Cabang (Yuan) Perundangan meluluskan pakej pindaan perlembagaan, dengan mengurangkan bilangan kerusi kepada separuh, iaitu daripada 225 kepada 113 dan memperkenalkan sistem “satu kerusi daerah, dua undi” untuk pilihan raya perundangan.

2008 Ma Ying-jeou dan Vincent C. Siew daripada KMT dipilih sebagai presiden dan naib presiden Republik China, dengan mendapat sokongan 58 peratus undi seterusnya memperlihatkan pertukaran kali kedua kuasa eksekutif kerajaan Republik China di Taiwan antara parti politik.

2009 Republik China menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia sebagai pemerhati, yang menunjukkan penyertaan pertamanya dalam aktiviti Bangsa-Bangsa Bersatu sejak menarik diri pada 1971.Presiden Ma Ying-jeou menandatangani instrumen ratifikasi bagi Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Awam dan Politik dan Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.Taiwan menyertai Perjanjian Perolehan Kerajaan WTO.

22

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 22 03/10/2014 10:16 AM

Page 30: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

2010 Republik China menandatangani Perjanjian Kerangka Kerjasama Ekonomi Rentas Selat dengan tanah besar China untuk memulihkan hubungan ekonomi dan dagangan merentasi Selat Taiwan.

2011 Republik China menyambut perayaan 100 tahun di Taiwan.

2012 Penyandang Ma Ying-jeou dan calon pasangan baharunya Wu Den-yih yang mewakili KMT menang pilihan raya sebagai presiden dan naib presiden dengan 51.6 peratus undi.

2013 Republik China menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi dengan New Zealand dan perjanjian perkongsian ekonomi dengan Singapura. Republik China menghadiri sesi ke-38 Perhimpunan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa sebagai tetamu kepada presiden perhimpunan itu.

23

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 23 03/10/2014 10:16 AM

Page 31: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Sistem Politik

Pejabat Presiden mencuar tinggi melebihi struktur sementara yang didirikan untuk sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pada 10 Oktober setiap tahun.(Ihsan Pejabat Presiden)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 24 03/10/2014 10:16 AM

Page 32: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Sistem PolitikRakyat Taiwan menghargai hak asasi manusia, yang menjadi bahagian penting kehidupan seharian mereka, iaitu daripada penguasaan jantina hinggalah kepada insurans kesihatan kebangsaan yang tuntas. Perundangan untuk meningkatkan kebajikan rakyat,

menggalakkan kesamaan sosial dan melindungi hak pekerja merupakan manifestasi kepada komitmen kuat kerajaan untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat. Sebagai contoh, pada 2012, Taiwan melaksanakan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita dengan tujuan untuk meningkatkan kesamaan jantina dan menggesa hak tanpa diskriminasi antara jantina. Pada tahun yang sama, kerajaan Republik China menyiarkan Laporan Kebangsaan Berkaitan Hak Asasi Manusia yang pertama, dan didrafkan dengan mematuhi Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Awam dan Politik dan Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, dan format yang ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Laporan itu mendapat pujian tinggi daripada 10 panel pakar

luar negara yang datang ke Taiwan untuk menyemak dokumen itu pada awal 2013.

25

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 25 03/10/2014 10:16 AM

Page 33: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Peringkat KerajaanKerajaan negara terdiri daripada presiden dan lima cabang utama, atau yuan. Kerajaan tempatan pada masa ini merangkumi lima perbandaran khas, 14 wilayah dan tiga perbandaran autonomi yang status hierarkinya sama dengan wilayah. Semua ketua kerajaan tempatan dipilih mengikut majoriti ramai untuk tempoh empat tahun.

Perbandaran khas ialah entiti pentadbiran paling tinggi yang terletak secara terus di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Status itu memberikannya hak terhadap pembiayaan yang lebih besar dan peluang untuk mewujudkan agensi tambahan dan mengambil lebih ramai kakitangan awam. Lima perbandaran khas tersebut ialah Bandar raya New Taipei, Kaohsiung, Taichung, Taipei dan Tainan dalam urutan mengikut jumlah penduduk.

PresidenPresiden ialah ketua negara dan ketua komander angkatan tentera, mewakili negara dalam hubungan luar negara, dan diberi kuasa untuk melantik ketua bagi empat cabang kerajaan termasuk perdana menteri yang mengetuai Yuan Eksekutif. Presiden dan naib presiden dipilih secara langsung, berkhidmat bagi penggal selama empat tahun dan boleh dipilih semula untuk satu penggal lagi.

Lima Cabang KerajaanKetua dalam kementerian, suruhanjaya dan agensi di bawah Yuan Eksekutif dilantik oleh perdana menteri dan membentuk Majlis Yuan Eksekutif yang

26

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 26 03/10/2014 10:16 AM

Page 34: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Bangunan Yuan (Cabang) Eksekutif di Taipei. Cabang eksekutif kerajaan Republik China terdiri daripada anggota kabinet dan diketuai oleh perdana menteri. (Huang Chung-hsin).

lazimnya dirujuk sebagai Kabinet. Perdana menteri bertanggungjawab sepenuhnya untuk merumuskan dan melaksanakan dasar dan mesti melaporkan secara berkala kepada Yuan Perundangan (Badan Perundangan). Untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran, Yuan Eksekutif melaksanakan penstrukturan semula bagi mengurangkan bilangan organisasi tahap Kabinet daripada 37 kepada 29. Apabila penyusunan semula organisasi yang bermula pada awal tahun 2012 dijangka selesai menjelang akhir tahun 2014, Yuan Eksekutif akan terdiri daripada 14 kementerian, lapan majlis, tiga agensi bebas dan empat lagi organisasi.

Selain menyemak dan menggubal perundangan, Yuan Perundangan menjalankan pembicaraan tentang perkara dasar, meneliti rang undang-undang belanjawan dan memantau operasi kerajaan. Yuan Peperiksaan pula bertanggungjawab menguruskan sistem

27

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 27 03/10/2014 10:16 AM

Page 35: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

perkhidmatan awam, manakala Yuan Kehakiman melaksanakan sistem mahkamah negara, dan Yuan Kawalan diberi kuasa mendakwa dan mengecam pegawai selain mengaudit agensi kerajaan.

Di bawah Perlembagaan, pelantikan perdana menteri oleh presiden mahupun pelantikan menteri oleh perdana menteri tidak tertakluk pada pengesahan perundangan. Namun begitu, pelantikan oleh presiden bagi anggota Yuan Kawalan dan Yuan Peperiksaan serta hakim dalam Yuan Kehakiman mesti disahkan oleh Yuan Perundangan. Ahli Perundangan memilih ketuanya atau speaker daripada kalangan anggotanya.

Parti PolitikDengan berlandaskan peranan utama presiden dalam semua perjalanan fungsi kerajaan Republik China, istilah “parti memerintah” bermaksud parti politik yang menduduki Pejabat Presiden. Kuomintang (KMT) – atau Parti Nasional – memegang tampuk presiden di Taiwan lebih daripada lima dekad sebelum Parti Progresif Demokratik menang pilihan raya presiden pada 2000 dan 2004. Kuomintang kembali berkuasa apabila memenangi pilihan raya 2008 dan sekali lagi pada 2012. Parti Progresif Demokratik kekal sebagai parti pembangkang yang utama.

Pada pilihan raya perundangan dalam bulan Januari 2012, Kuomintang memperoleh 57 peratus kerusi dalam Perundangan berbanding dengan 35 peratus oleh Parti Progresif Demokratik. Parti utama lain yang hadir dalam Yuan Perundangan termasuklah Kesatuan Perpaduan Bukan Partisan (Non-Partisan Solidarity Union), Parti Pertama Rakyat (People First

28

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 28 03/10/2014 10:16 AM

Page 36: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Party) dan Kesatuan Perpaduan Taiwan (Taiwan Solidarity Union).

Perlembagaan Republik China Perlembagaan Republik China yang diisytiharkan pada 1 Januari 1947 tidak digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan sebagai asas tadbir urus demokrasi dan kedaulatan undang-undang sehinggalah selepas 1987 apabila undang-undang tentera di Taiwan ditarik balik. Sejak itu, perlembagaan Republik China telah disemak semula sebanyak tujuh kali – pada 1991, 1992, 1994, 1997, 1999, 2000 dan 2005 – untuk menjadikannya lebih relevan dengan keadaan semasa negara itu.

Salah satu akibat penting kepada pindaan ini ialah sejak 1991 kerajaan Republik China mengiktiraf bidang kuasanya mencakupi kawasan yang dikawalnya sahaja. Dengan itu, Presiden dan ahli perundangan Republik China, dipilih oleh rakyat dan bertanggungjawab terhadap rakyat di kawasan berkenaan sahaja.

Menurut pindaan perlembagaan yang diisytiharkan pada bulan Jun 2005, bilangan kerusi di Yuan Perundangan dikurangkan kepada separuh, iaitu daripada 225 kepada 113 dan penggal bagi ahli perundangan bertambah dari tiga kepada empat tahun. Di bawah sistem pilihan raya perundangan yang baharu, setiap daerah pilihan raya memilih hanya satu kerusi. Walau bagaimanapun, setiap pengundi hanya membuang dua undi, satu untuk daerah dan satu lagi untuk kerusi bebas. Kuasa untuk meratifikasi pindaan perlembagaan kini dilaksanakan oleh warganegara Republik China melalui referendum.

29

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 29 03/10/2014 10:16 AM

Page 37: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Hal Ehwal Luar Negeri

Presiden Ma Ying-jeou (kiri) berjabat tangan dengan presiden Paraguay yang dipilih, Horacio Cartes pada 14 Ogos 2013 di Asuncion. Ma melawat Amerika Selatan dan empat lagi negara di kawasan Caribbean dari 12 Ogos hingga 21 Ogos 2013. (Ihsan Pejabat Presiden)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 30 03/10/2014 10:16 AM

Page 38: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Hal Ehwal Luar Negeri

Republik China ialah sebuah negara berdaulat dan bebas yang mengekalkan pertahanan negaranya sendiri serta turut mengendalikan hal ehwal luar negeri sendiri. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Republik China, negara ini bermatlamat untuk “memupuk

kejiranan yang baik dengan negara lain, dan menghormati triti dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu … menggalakkan kerjasama antarabangsa, melindungi keadilan sejagat dan memastikan keamanan dunia”. Matlamat akhir dalam dasar luar Republik China adalah untuk memastikan alam sekitar yang memberangsangkan bagi pemuliharaan dan pembangunan jangka panjang.

Untuk meningkatkan penyertaan Republik China dalam masyarakat dunia, sejak pertengahan 2008 lagi, kerajaan ini telah menerapkan pendekatan yang berasaskan prinsip maruah, pragmatik dan fleksibel yang juga dikenal sebagai “diplomasi berdaya maju” untuk meluaskan kerjasama dengan negara lain dan dalam masa yang sama meneruskan penyertaan bermakna dalam agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

31

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 31 03/10/2014 10:16 AM

Page 39: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Republik China kini mempunyai hubungan diplomatik dengan 22 buah negara dan banyak hubungan dengan negara lain. Ia mendapat keanggotaan penuh dalam 33 organisasi antara kerajaan (IGO) dan badan subsidiarinya termasuk Pertubuhan Dagangan Sedunia (WTO), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Bank Pembangunan Asia. Ia juga menikmati status sebagai pemerhati atau status lain dalam 20 buah IGO dan badan subsidiarinya, termasuk Perhimpunan Kesihatan Sedunia, badan tertinggi pembuat keputusan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), dan juga Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, Bank Pembangunan Antara-Amerika serta Bank Eropah bagi Pemulihan dan Pembangunan.

Walaupun Republik China tidak mampu menyertai pelbagai organisasi antarabangsa utama atau mewujudkan hubungan diplomatik rasmi dengan banyak negara, namun ia komited untuk memenuhi tanggungjawab antarabangsa dan menyumbang kepada masyarakat dunia. Republik China bekerjasama rapat dengan kerajaan lain untuk membanteras keganasan dan jenayah; berusaha untuk bertindak selaras dengan perjanjian antarabangsa tentang hak asasi manusia; dan menyediakan bantuan teknikal dan kemanusiaan kepada negara yang memerlukannya melalui pelbagai program yang dibiayai oleh Dana Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa serta sektor swastanya sendiri. Ekoran daripada peningkatan ekonomi dan transformasi demokrasi, organisasi bukan kerajaan juga memainkan peranan utama dalam membolehkan Taiwan menggunakan kuasa lembut di gelanggang antarabangsa.

32

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 32 03/10/2014 10:16 AM

Page 40: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Anggota salah satu kumpulan pertama pelancong Taiwan yang mengembara ke Amerika Syarikat di bawah Program Pengecualian Visa AS yang diberikan kepada Republik China pada 2012.(Jimmy Lin)

Hasil daripada usaha sedemikian amat menggalakkan. Pada bulan September 2013, Republik China menerima jemputan untuk menghadiri perhimpunan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization atau ICAO), sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan tiga tahun sekali. Amerika Syarikat, negara Eropah dan negara utama lain menyokong penyertaan Taiwan dalam agensi seperti ICAO dan Persidangan Rangka Kerja Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim serta penyertaan meluas dalam WHO. Sementara itu,

33

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 33 03/10/2014 10:16 AM

Page 41: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Presiden Republik China Ma Ying-jeou berucap kepada peserta di Forum Keamanan Laut China Timur yang diadakan di Taipei pada 5 Ogos 2013. Tarikh itu adalah bersempena ulang tahun pertama pengumuman Inisiatif Keamanan Laut China Timur yang diusulkan oleh Republik China bagi menggesa pihak yang terlibat dalam pertikaian terhadap kedaulatan Pulau Diaoyutai untuk mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama dalam menerokai dan membangunkan sumber asli kawasan itu. (Ihsan Pejabat Presiden)

sehingga bulan Oktober 2013, 134 negara dan wilayah telah memberikan keistimewaan bebas visa atau visa semasa mendarat kepada rakyat Republik China. Dalam kalangan 37 negara yang memberikan keistimewaan itu, paling ketara ialah Program Pengecualian Visa AS kerana Taiwan merupakan satu-satunya negara yang

34

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 34 03/10/2014 10:16 AM

Page 42: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Keistimewaan ini seterusnya menunjukkan hubungan erat antara kedua-dua negara. Republik China juga telah menandatangani perjanjian percutian bekerja dengan sembilan negara menjelang bulan Mac 2013.

Pada bulan Ogos 2012, Republik China mengusulkan Inisiatif Keamanan Laut China Timur yang menggesa pihak yang terlibat dalam pertikaian terhadap kedaulatan Pulau Diaoyutai untuk mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama dalam menerokai dan membangunkan sumber asli kawasan itu. Ia menjangkakan bahawa perumusan Tatalaku Laut China Timur dapat membantu memelihara keamanan dan kestabilan serantau. Hasil usaha keamanan ini dicapai pada 10 April 2013 apabila Taiwan menandatangani perjanjian perikanan dengan Jepun selepas 17 kali perbincangan sejak 1996, yang seterusnya melindungi hak menangkap ikan bagi kapal Taiwan di perairan sekitar pulau-pulau Diaoyutai.

Republik China akan terus bertindak sebagai pendamai, menyediakan bantuan kemanusiaan, menggalakkan hubungan kebudayaan, mewujudkan teknologi baharu dan peluang perniagaan, dan mengekalkan peranannya sebagai peneraju budaya Cina.

35

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 35 03/10/2014 10:16 AM

Page 43: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Hubungan Rentas Selat

Pelancong dari tanah besar China melihat semula gambar batuan unik yang diambil di Taman Geologi Yehliu, pantai utara Taiwan. (Hsueh Chi-kuang)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 36 03/10/2014 10:16 AM

Page 44: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Hubungan Rentas Selat

Sejak kerajaan Republik China berpindah ke Taiwan pada 1949, ia telah melaksanakan bidang kuasa ke atas kawasan sebenar Taiwan, Pulau Penghu, Kinmen, Matsu dan beberapa pulau lebih kecil, manakala tanah besar China berada di bawah kawalan pihak berkuasa

di Beijing. Bermula dengan peningkatan pendemokrasian Taiwan pada lewat tahun 1980-an, banyak sekatan berkaitan pertukaran ekonomi dengan tanah besar China telah ditarik balik. Kini, Taiwan merupakan salah satu pelabur terbesar di tanah besar China dengan lebih daripada satu juta pakar pengurusan dan teknikal Taiwan berserta keluarga mereka tinggal dan bekerja di sana.

Sejak menjawat jawatan pada 2008, Presiden Ma Ying-jeou berusaha mengukuhkan sumbangan Republik China terhadap keamanan dan kestabilan serantau dengan menjalin hubungan lebih rapat dan harmoni dengan tanah besar China di bawah prinsip “mengutamakan Taiwan demi kesejahteraan rakyatnya”. Sejak itu, Taipei dan Beijing lebih memberikan tumpuan pada isu yang menjadi

kepentingan segera dan praktikal kepada kedua-dua pihak dan mengetepikan isu politik yang penuh duri dan ranjau.

37

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 37 03/10/2014 10:16 AM

Page 45: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Lin Join-sane, (duduk sebelah kiri), pengerusi Yayasan Pertukaran Selat berpangkalan di Taipei dan Chen Deming, (duduk sebelah kanan), pengerusi Persatuan Hubungan Rentas Selat Taiwan berpangkalan di Beijing, menandatangani Perjanjian Khidmat Dagang Rentas Selat pada 21 Jun 2013 di Shanghai.(Ihsan Straits Exchange Foundation)

Pada Jun 2008, perundingan biasa antara Yayasan Pertukaran Selat separa rasmi milik Taiwan dengan Persatuan Hubungan Rentas Selat Taiwan milik tanah besar China dimulakan semula selepas 10 tahun terhenti. Menjelang bulan Jun 2013, sembilan kali perbincangan telah diadakan bersilih ganti di kedua-dua belah pihak yang menghasilkan 19 perjanjian rasmi dan dua persetujuan. Bidang dan isu yang dicakupi termasuk pengangkutan terus, keselamatan makanan, kerjasama kewangan, kerjasama pembanterasan jenayah dan bantuan kehakiman bersama, piawaian industri, usaha sama dalam perikanan dan pertanian, perlindungan hak cipta harta intelek, kerjasama dalam rawatan perubatan, keselamatan tenaga nuklear, perlindungan pelaburan, kerjasama kastam serta perkhidmatan dagangan. Selain itu, empat memorandum persefahaman telah ditandatangani untuk kerjasama rentas selat berkaitan penyeliaan kewangan dan penjelasan mata wang.

Antara permuafakatan yang paling penting ialah Perjanjian Kerangka Kerjasama Ekonomi Rentas Selat (Cross-Straits

38

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 38 03/10/2014 10:16 AM

Page 46: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Economic Cooperation Framework Agreement atau ECFA) yang diputuskan pada bulan Jun 2010 dengan matlamat untuk memulihkan hubungan dagangan dan ekonomi antara Taiwan dengan tanah besar China. Pakatan itu menuntut penghapusan atau pengurangan tarif ke atas kebanyakan barangan dan juga pembukaan sektor perkhidmatan kepada pelaburan dan persaingan. Satu perjanjian perdagangan perkhidmatan ditandatangani pada bulan Jun 2013, sementara perbincangan tentang perdagangan barangan dan penyelesaian pertikaian masih diteruskan pada ketika itu. Permuafakatan ECFA telah merangsang usaha Taiwan untuk menandatangani pakatan dagangan dengan negara lain seperti perjanjian kerjasama ekonomi dengan New Zealand pada bulan Julai 2013 dan perjanjian perkongsian ekonomi dengan Singapura pada bulan November tahun yang sama.

Orang awam yang saling merentasi selat juga telah meningkat hasil daripada hubungan dua hala yang baik. Menjelang akhir bulan Julai 2013, pelancong tanah besar China telah melakukan lebih daripada 6.7 juta lawatan ke Taiwan sejak kedua-dua pihak bersetuju membenarkan kumpulan pelancong dari tanah besar China berkunjung pada bulan Julai 2008 dan pelancong perseorangan pada bulan Jun 2011. Pada bulan Ogos 2013, Pentadbiran Aeronautik Awam mengumumkan bahawa sehingga 670 penerbangan rentas selat secara terus akan dibenarkan dalam seminggu di antara 10 lapangan terbang di Taiwan dengan 54 lapangan terbang di tanah besar China. Sekatan yang berkaitan juga telah ditarik balik untuk membolehkan penuntut dari tanah besar China melanjutkan pengajian ijazah di universiti Taiwan. Semua pembangunan ini memperlihatkan perubahan sikap pihak berkuasa Taipei dan Beijing yang baik untuk merangsang kerjasama dan membina kepercayaan. 39

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 39 03/10/2014 10:16 AM

Page 47: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Ekonomi

Computex Taipei, iaitu pameran dagangan tahunan komputer terbesar di Asia, menarik kehadiran jenama dunia yang paling terkenal dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi. (Huang Chung-hsin)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 40 03/10/2014 10:16 AM

Page 48: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

EkonomiTaiwan menduduki tempat yang penting dalam ekonomi global. Taiwan merupakan pemain utama dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi dunia (ICT), dan juga pembekal utama barangan merentasi pelbagai spektrum industri. Menurut WTO,

Taiwan merupakan pengeksport ke-17 terbesar dan pengimport ke-18 terbesar bagi barang niaga. Ia juga kekal sebagai pemegang keempat terbesar bagi rizab pertukaran asing pada penghujung 2012. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Taiwan mencapai AS$20,423 pada 2012, menjadikan kedudukannya hampir dengan Malta dan Portugal. Dari segi KDNK nominal, Taiwan menduduki tempat hampir dengan Argentina, Austria, Belgium dan Afrika Selatan, sementara KDNK per kapita Taiwan yang dinyatakan sebagai pariti kuasa beli, menduduki tempat hampir dengan Belgium, Denmark, Jerman dan United Kingdom.

Selepas mengharungi krisis kewangan global pada 2009,

ekonomi Taiwan yang berorientasikan eksport mencapai kemuncaknya pada suku kedua 2011, berpunca daripada krisis 41

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 41 03/10/2014 10:16 AM

Page 49: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

hutang zon Eropah dan pengurangan hutang di negara membangun, dan KDNK Taiwan berkembang pada kadar 1.48 peratus pada 2012. Keseluruhan eksport dan import negara masing-masing meningkat sebanyak 2.32 peratus dan 3.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Perangkaan awal menunjukkan bahawa keseluruhan eksport Taiwan pada 2013 meningkat sedikit, iaitu sebanyak 0.7 peratus manakala importnya menurun sebanyak 0.1 peratus.

Meskipun ekonomi Taiwan mengalami sedikit pertumbuhan, namun kajian tahunan ekonomi dunia yang berwibawa – termasuk yang dijalankan oleh Forum Ekonomi Sedunia, Risikan Risiko Persekitaran Perniagaan dan Unit Risikan Ekonomi – telah meletakkan Taiwan pada kedudukan tertinggi antara negara di dunia tahun demi tahun dari segi pertumbuhan jangka panjang dan perkembangan teknologi. Keputusan untuk tahun 2013 tidak terkecuali (lihat jadual “Penarafan Tinjauan Global”).

Perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang hampir 98 peratus daripada semua perusahaan di Taiwan, memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Keberkesanannya dalam penggunaan aset, keupayaan inovasi yang hebat dan peningkatan belanjawan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), telah memudahkan pertumbuhan lebih cepat daripada perusahaan lebih besar dari segi modal dan produktiviti buruh pada tahun-tahun kebelakangan ini.

42

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 42 03/10/2014 10:16 AM

Page 50: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Sebagaimana tahun sebelumnya, industri ICT dan elektronik merupakan antara industri ekonomi yang paling baik prestasinya pada 2012. Sektor penting termasuk litar bersepadu, optoelektronik, komputer dan persisian, telekomunikasi, mesin kepersisan dan bioteknologi. Sebahagian besar pendapatan teknologi tinggi yang dijana oleh syarikat, terletak di Taman Sains Hsinchu, Taman Sains Selatan Taiwan dan Taman Sains Tengah Taiwan. Menurut Majlis Sains Negara, gabungan pendapatan daripada ketiga-tiga taman sains ini mencecah sehingga AS$67.67 bilion pada 2012.

Untuk memelihara pembangunan ekonomi negara yang mampan, Yuan Eksekutif telah mengumumkan pelan rangsangan ekonomi besar-besaran (Rancangan Lonjakan Ekonomi) pada September 2012 untuk mengukuhkan tindak balas negara terhadap pengaruh luar seperti krisis hutang Eropah dan meningkatkan prospek pertumbuhan jangka panjang. Untuk mencapai matlamat ini, pelan tersebut memberikan tumpuan pada lima inisiatif: menggalakkan industri inovatif dan pelbagai, membangunkan pasaran eksport baharu, memupuk bakat industri, mendorong pelaburan dan pembinaan kemudahan awam, dan meningkatkan keberkesanan kerajaan.

Hasilnya ternyata memberangsangkan. Sebagai contoh, dalam menggalakkan operasi

43

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 43 03/10/2014 10:16 AM

Page 51: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

milik Taiwan di luar negara untuk kembali melabur di tanah air sendiri, Majlis Perancangan dan Pembangunan Ekonomi peringkat Kabinet telah melancarkan sebuah program pada awal November 2012, yang melaluinya perusahaan yang berkelayakan boleh memohon pinjaman dengan faedah yang rendah daripada dana berjumlah NT$10 bilion (AS$333.3 juta). Skim itu akan berjalan sehingga penghujung 2014. Sektor perniagaan juga mendapat manfaat daripada pengawalseliaan yang longgar terhadap penggajian pekerja asing dan juga daripada pengurangan tarif terhadap mesin import, khususnya untuk kegunaan di kemudahan baharu mereka di Taiwan.

Republik China dan Amerika Syarikat menyambung semula perbincangan di bawah Perjanjian Kerangka Dagangan dan Pelaburan (Trade and Investment Framework Agreement atau TIFA) pada bulan Mac 2013, dan kedua-dua negara bersetuju dengan banyak rancangan untuk tindakan masa depan. Ditandatangani pada 1994 sebagai kerangka dialog ROC-AS berkaitan isu dagangan, TIFA menjadi asas kepada perbincangan dagangan dua hala sehingga 2007 apabila mereka menggantungnya, sebahagian besar akibat kontroversi tentang eksport daging lembu AS ke Taiwan. Perbincangan yang diteruskan semula menggambarkan tahap baharu dalam hubungan ekonomi ROC-AS dan perbincangan lanjut

44

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 44 03/10/2014 10:16 AM

Page 52: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

dijangka akan dilakukan tentang isu dagangan yang melibatkan kedua-dua pihak.

Begitu juga pada bulan Mac, Kabinet menggariskan projek zon rintis ekonomi bebas (Free Economic Pilot Zone atau FEPZ) yang bermatlamat meliberalisasikan dagangan dengan memudahkan pengawalseliaan terhadap aliran modal, barangan, maklumat dan bakat. Inisiatif FEPZ akan mempengaruhi kelebihan Taiwan dari segi sumber manusia, ICT, dan juga lokasi penting di Asia di samping hubungan ekonomi khas dengan tanah besar China untuk membangunkan aktiviti ekonomi tambah nilai yang tinggi.

Dalam bulan Julai 2013, Republik China menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi antara New Zealand dengan Wilayah Kastam Berasingan bagi Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (ANZTEC). Pakatan ekonomi berprestasi tinggi ini merupakan pakatan pertama Taiwan dengan anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan. Selain menghapuskan tarif, urus janji ini juga akan meluaskan laluan untuk dagangan perkhidmatan, dan merangsang pertukaran budaya antara kedua-dua pihak. Perjanjian ini didapati mencakupi bahagian perlindungan alam sekitar, harta intelek dan hak pekerja. Pada bulan November tahun yang sama, pakatan yang serupa, iaitu

45

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 45 03/10/2014 10:16 AM

Page 53: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Perjanjian Perkongsian Ekonomi antara Singapura dengan Wilayah Kastam Berasingan bagi Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (ASTEP), ditandatangani antara Republik China dengan Singapura. Permuafakatan sedemikian merupakan yang pertama buat Taiwan dengan rakan dagangan dari Asia Tenggara. ASTEP juga melangkaui keperluan Organisasi Perdagangan Dunia.

Pembangunan seperti ANZTEC, ASTEP dan FEPZ dijangka dapat membantu penyertaan negara dalam penyepaduan ekonomi serantau seperti Perkongsian Rentas Pasifik dan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau.

Latar belakang Ekonomi (2012)KDNK (nominal):

AS$475 bilion (kedudukan ke-27 di dunia)KDNK per kapita (nominal):

AS$20,423 (kedudukan ke-38 di dunia)KDNK (PPP) per kapita (melalui IMF):

AS$38,357 (kedudukan ke-19 di dunia)Perkhidmatan menyumbang sebanyak 69.15 peratus

KDNK Industri menyumbang sebanyak 28.95

peratus KDNKPertanian menyumbang sebanyak 1.90

peratus KDNK

46

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 46 03/10/2014 10:16 AM

Page 54: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Latar belakang Dagangan dan Pelaburan (2012)Jumlah dagangan dua hala: AS$571.65 bilionEksport: AS$301.18 bilionImport: AS$270.47 bilionImbangan dagangan: lebihan AS$30.71 bilion

Destinasi eksport utama: Tanah besar China (termasuk Hong Kong), 39.4 peratus; ASEAN-6*, 18.5 peratus; Amerika Syarikat, 10.95 peratus; Kesatuan Eropah, 8.7 peratus; Jepun, 6.3 peratus; Korea Selatan, 3.93 peratus.Sumber import utama: Jepun, 17.59 peratus; tanah besar China (termasuk Hong Kong), 16.11 peratus; ASEAN-6, 11.60 peratus, Amerika Syarikat, 8.73 peratus; Kesatuan Eropah, 8.3 peratus; Korea Selatan, 5.57 peratus.

47

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 47 03/10/2014 10:16 AM

Page 55: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Penarafan Tinjauan Global

Topik Tinjauan (Tarikh Penerbitan) Kedudukan Negara

TinjauanInstitusi Tinjauan

Iklim Pelaburan (Disember 2013) 3 50

Risikan Risiko Persekitaran Perniagaan

Papan Markah Persaingan Dunia (Mei 2013)

11 60

Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan

Indeks Kesediaan Rangkaian 2013 (April 2013)

10 144 Forum Ekonomi Sedunia

Indeks Persaingan Global 2013–2014 (September 2013)

12 148 Forum Ekonomi Sedunia

Indeks Kebebasan Ekonomi 2014 (Januari 2014)

17 185Yayasan Warisan dan The Wall Street Journal

Indeks Kemakmuran Legatum (Oktober 2013)

22 142 Institut Legatum

Kemudahan Menjalankan Perniagaan (Jun 2013)

16 189 Bank Dunia

48

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 48 03/10/2014 10:16 AM

Page 56: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Rizab pertukaran asing: AS$416.81 bilion (antara lima teratas di dunia pada bulan Disember 2013)

Pelaburan keluar berdaftar: AS$20.89 bilion; lima destinasi utama ialah tanah besar China (AS$12.79 bilion), Singapura (AS$4.5 bilion), Jepun (AS$1.09 bilion), Vietnam (AS$944 juta) dan Australia (AS$344 juta).Pelaburan masuk berdaftar: AS$5.89 bilion; lima sumber teratas ialah wilayah British di Caribbean (AS$1.38 bilion), Belanda (AS$1.19 bilion), Jepun (AS$414 juta), Amerika Syarikat (AS$402 juta) dan Samoa (AS$377 juta).* ASEAN-6: Enam daripada 10 negara anggota Pertubuhan Negara

Asia Tenggara, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

49

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 49 03/10/2014 10:16 AM

Page 57: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Sains dan Teknologi

Peredam angin jisim bertala pasif di dalam Taipei 101, salah satu bangunan tertinggi di dunia. Peranti seberat 660 tan metrik dengan garis pusat 5.5 meter ini membantu menstabilkan bangunan setinggi 508 meter itu. (Cheng Yuan-ching)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 50 03/10/2014 10:16 AM

Page 58: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Sains dan Teknologi

Untuk menambahkan kesan ketara kepada ekonomi dunia sebagai pemain global dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Taiwan moden terus memperkukuh pembangunan saintifik dan teknologi dalam bidang baharu termasuklah bioteknologi,

nanoteknologi, sains angkasa dan pencegahan bencana. Sebagai contoh, Academia Sinica, iaitu institusi penyelidikan terkemuka negara ini, telah mencatatkan kejayaan cemerlang dalam bidang perubatan dan astronomi.

Kejayaan perusahaan teknologi tinggi Taiwan sebahagian besarnya disumbangkan melalui pembiayaan besar kerajaan untuk pembangunan sains terapan. Dengan sokongan kerajaan, Institut Penyelidikan Teknologi Industri (Industrial Technology Research Institute atau ITRI), Makmal Penyelidikan Terapan Negara dan Institut Industri Maklumat (Institute for Information Industry atau III) semuanya memainkan peranan penting dalam melonjakkan kebangkitan negara sebagai pusat kuasa teknologi dengan menjalankan penyelidikan, menyokong penubuhan taman sains,

membantu sektor swasta dengan R&D dan menerokai teknologi baharu.

51

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 51 03/10/2014 10:16 AM

Page 59: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Institut Penyelidikan Teknologi Industri (ITRI) memainkan peranan penting dalam menubuhkan beberapa syarikat yang telah berkembang dan dapat menempatkan kedudukan ketara dalam pasaran global, termasuklah Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. dan United Microelectronics Corp. yang merupakan antara pembuat cip litar bersepadu terkemuka di dunia. Pencapaian institut ini memenangi anugerah pada 2012, mencakupi teknologi fotovoltaik penumpu berasaskan mikrostruktur, teknologi salutan plasma persekitaran atmosfera, teknologi polimer berasaskan lignin, teknologi bahan dan modul termoelektrik, teknologi mentol lampu LED A19, dan teknologi pemeteran voltan dan arus bentuk apit. Dengan dua teknologi pertama memenangi Anugerah Inovasi Teknologi The Wall Street Journal yang berprestij pada tahun yang sama, ITRI juga menjadi satu-satunya institut di dunia yang menerima penghormatan berprestij tersebut selama empat tahun berturut-turut.

Pada hakikatnya, Taiwan merupakan peneraju dalam elektronik hijau dan tenaga diperbaharui kerana kehebatan teknologi tersebut yang membina reputasi kelas dunia bagi penghasilan pencahayaan LED tenaga rendah dan sel tenaga suria berkesan.

Institut Industri Maklumat pula berusaha merangsang persaingan Taiwan di peringkat global dengan membangunkan infrastruktur ICT negara, dan memainkan peranan utama dalam menggalakkan ICT di sektor awam mahupun di sektor swasta. Dari sudut itu, III bertindak sebagai kumpulan pemikir tentang dasar ICT, menjalankan penyelidikan dengan meluas dan memberi latihan.

52

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 52 03/10/2014 10:16 AM

Page 60: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Taman sains Taiwan menjadi rumah untuk syarikat memburu kejayaan dalam bidang seperti ICT, bioteknologi, mesin jitu dan nanoteknologi. Menurut Global Competitiveness Report 2013–2014 yang dikeluarkan menerusi Forum Ekonomi Sedunia, Taiwan berada pada kedudukan pertama dalam kalangan 148 negara yang dibuat tinjauan di bawah indeks “negara dalam pembangunan kelompok”. Dalam kategori infrastruktur teknologi, Taiwan juga berada di tempat ke-5 antara 60 ekonomi terkemuka yang dibuat tinjauan dalam 2013 World Competitiveness Yearbook, yang dikumpulkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan.

Pada bulan Oktober 2010, Cloud Computing Association di Taiwan dilancarkan oleh kira-kira 100 syarikat ICT terkemuka dengan penyertaan ITRI dan III. Dengan menggabungkan sumber daripada pengeluar perkakasan dan perisian, konsortium itu bermatlamat menjadikan Taiwan sebagai pengeksport utama perkhidmatan pengkomputeran awan. Agensi kerajaan dan universiti juga turut aktif dalam usaha membangunkan pengkomputeran awan dengan mengambil kesempatan daripada peluang pertumbuhan industri, melatih kakitangan, dan memacu pengkomersialan penyelesaian pengkomputeran benam.

Industri bioteknologi dijangka membuat kemajuan dramatik pada tahun-tahun mendatang, sebahagiannya kerana penubuhan lebih daripada 12 taman bioteknologi sekitar Taiwan. Aktiviti R&D yang berkaitan mensasarkan antara lain, bioteknologi alam sekitar, perubatan herba, farmaseutikal dan vaksin. Dengan galakan 53

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 53 03/10/2014 10:16 AM

Page 61: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

No. 2 Seluruh duniaPeranti navigasi peribadi 1,337 39.5Substrat IC 2,085 25.1Panel TFT-LCD saiz besar 20,810.3 22.4Panel TFT-LCD saiz kecil dan sederhana 5,419.1 20.8

Kerajang tembaga elektro-endap 930 20Reka bentuk IC 12,470 17.7Panel TN/STN-LCD 252.7 16.5Panel OLED 219.1 5.8Sumber: Projek Perkhidmatan Kepintaran Industri dan Teknologi,

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

No. 1 Seluruh dunia

KategoriNilai

Pengeluaran Pasaran Global

(AS$ juta) (%)Fabrikasi IC tempahan 21,311 66.0Pengujian dan pembungkusan IC 13,024 50.9

Cakera optik 1,015.8 58.4Kain kaca gentian 660 29.2

Nilai Pengeluaran dan Bahagian Pasaran Global bagi Produk dan Perkhidmatan ICT buatan Taiwan (2012)

kerajaan, industri bioteknologi dijangka menunjukkan nilai output tahunan berganda sehingga AS$8.7 bilion bagi tempoh 2009–2013.

Dalam bidang sains angkasa, satelit Taiwan yang sedang berkhidmat sekarang, iaitu FORMOSAT-2 dan FORMOSAT-3 memberikan sumbangan penting pada pencerapan atmosfera dan penilaian perubahan alam sekitar. FORMOSAT-2 merupakan satelit penderiaan jauh yang memberikan imej permukaan

54

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 54 03/10/2014 10:16 AM

Page 62: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

bumi setiap hari untuk pemantauan alam sekitar dan penilaian selepas bencana. FORMOSAT-3 terdiri daripada enam satelit – Sistem Pencerapan Buruj untuk Meteorologi, Ionosfera dan Iklim (Constellation Observing System for Meteorology, Ionosphere and Climate atau COSMIC) – yang menyediakan pembunyian atmosfera untuk ramalan cuaca, cuaca angkasa dan penyelidikan iklim. Data ini memberikan sumbangan positif bukan sahaja kepada Taiwan, tetapi juga kepada masyarakat global. Selain itu, ahli sains Taiwan juga menumpukan usaha pada sistem pemantauan tanda-tanda awal gempa bumi dan sistem amaran awal banjir dan taufan dengan menggunakan data unik daripada satelit siri FORMOSAT. Semua usaha ini menunjukkan komitmen Taiwan ke arah memajukan bidang saintifik untuk kesejahteraan manusia dan pembangunan mampan di seluruh dunia.

Biocip yang dibangunkan oleh Biomedical Technology and Device Research Laboratories yang beroperasi di bawah Institut Teknologi dan Penyelidikan Industri (Industrial Technology and Research Institute) (Huang Chung-hsin)

55

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 55 03/10/2014 10:16 AM

Page 63: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Pendidikan

Pelajar sekolah rendah di Bandar raya New Taipei tersenyum girang semasa waktu rehat.(Chuang Kung-ju)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 56 03/10/2014 10:16 AM

Page 64: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

PendidikanPendidikan amat dititikberatkan di Republik China dengan sejumlah besar belanjawan kerajaan diperuntukkan untuk tujuan pendidikan. Dengan peningkatan bilangan orang awam yang menerima pendidikan tinggi, mereka yang mempunyai

sekurang-kurangnya pendidikan kolej atau ijazah universiti kini membentuk 39.5 peratus penduduk Taiwan yang berumur 15 tahun ke atas, iaitu 14 peratus lebih tinggi daripada satu dekad yang lalu.

Untuk menawarkan tempoh pendidikan asas yang lebih lama kepada pelajar, Kementerian Pelajaran telah mengumumkan rancangan untuk melanjutkan pendidikan sejagat di Taiwan dari sembilan hingga 12 tahun pada bulan April 2012. Program baharu yang direka bentuk untuk memastikan pelajar menghabiskan tambahan tiga tahun di sekolah tinggi yang berorientasikan akademik, sekolah tinggi vokasional atau kolej rendah itu dijangka akan dilaksanakan pada 2014.

Setiap tahun, dalam pertandingan antarabangsa seperti International Science Olympiads, pelajar muda dari Taiwan menang dengan cemerlang dalam bidang fizik, kimia,

57

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 57 03/10/2014 10:16 AM

Page 65: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

matematik, biologi dan informatik (maklumat). Sektor teknologi tinggi Taiwan terus mendorong kebanyakan penuntut universiti untuk mengambil bidang sains dan teknologi sebagai pelajaran utama. Namun begitu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat sedikit pertambahan minat dalam bidang seni, kemanusiaan dan sains sosial.

Sumber manusia berkaliber tinggi yang ada di Taiwan banyak menyumbang dalam meningkatkan kemajuan ekonomi dan kualiti kehidupan Taiwan. Bermula dari 2013, Kementerian Pelajaran menerapkan Majlis Hal Ehwal Sukan sebelum ini sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menggalakkan sukan kepada semua penuntut. Taipei akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Universiti Musim Panas 2017, iaitu pertandingan pelbagai sukan yang kedua terbesar selepas Sukan Olimpik.

Terdapat 30 universiti menawarkan 85 program ijazah dengan bahasa pengantarnya bahasa Inggeris. Biasiswa daripada kerajaan dan universiti disediakan untuk penuntut antarabangsa. Program Biasiswa Taiwan, contohnya menawarkan geran kepada penuntut yang berminat dalam pengajian bahasa Mandarin dan juga kepada pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dan sarjana dalam pelbagai bidang. Pemohon yang berminat boleh menghubungi kedutaan dan pejabat perwakilan Taiwan atau melawat laman web Kementerian Pelajaran di english.moe.gov.tw.

58

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 58 03/10/2014 10:16 AM

Page 66: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Pelukis muda sedang menghasilkan karya mereka semasa di dalam kelas di Sekolah Seni dan Perdagangan Fu-Hsin di Bandar raya New Taipei. Sekolah tinggi vokasional seperti Fu-Hsin menawarkan pilihan kepada pelajar yang tidak berminat memasuki sekolah tinggi yang berorientasikan akademik. (Huang Chung-hsin)

59

Latar belakang Bidang Pendidikan (2012–2013)Kadar celik huruf (umur 15 tahun ke atas):

98 peratus (2012)Perbelanjaan kerajaan untuk pendidikan,

sains dan budaya: 18.8 peratus daripada belanjawan kerajaan pusat (2013)

Institusi pendidikan tinggi: 162 (148 universiti dan kolej, 14 kolej rendah)

Bilangan penuntut yang mendaftar di institusi pengajian tinggi:

Jumlah: 1.36 jutaProgram sarjana: 183,094Program kedoktoran: 32,731

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 59 03/10/2014 10:16 AM

Page 67: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Budaya

Pelawat menunjukkan minat terhadap karya kaligrafi Dong Yang-zi di Muzium Seni Halus Kaohsiung di selatan Taiwan. (Huang Chung-hsin)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 60 03/10/2014 10:16 AM

Page 68: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

BudayaTaiwan terkenal dengan gabungan budaya tradisional dan moden yang mengagumkan.

Pada awalnya, Taiwan menjadi tempat kepada Muzium Istana Negara yang terkenal dengan

koleksi antik Cina dan merupakan lokasi bagi salah sebuah muzium terbaik di dunia. Seni bina tradisional merupakan satu lagi tarikan yang boleh dilihat bukan sahaja pada tokong dan kediaman bersejarahnya, tetapi juga pada banyak struktur lama yang telah dibaik pulih dan digunakan semula sebagai pusat kemasyarakatan, kafe, gedung dan tempat awam lain. Malah, banyak sudut seni, kraf dan adat tradisional Cina dipulihara dengan lebih baik di Taiwan berbanding tempat lain di dunia. Taiwan adalah antara beberapa tempat yang masih menggunakan aksara Cina tradisional, contohnya dalam pertandingan dan festival seni khas yang sentiasa merupakan acara popular.

61

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 61 03/10/2014 10:16 AM

Page 69: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Rukun tradisi daripada Buddha, Konfusianisme dan Taoisme terus digambarkan dengan baik dalam semua hal, daripada perayaan di tokong sehinggalah kepada aktiviti sastera seni visual dan seni persembahan. Selain itu, pelawat boleh menemukan warisan negara, iaitu masyarakat Holo, Hakka dan orang asli. Taiwan juga berkongsi kekayaan budayanya di serata dunia melalui program seperti pusat sumber Akademi Taiwan.

Pada masa yang sama, bandar raya besar di Taiwan berusaha menjadi metropolis yang menawarkan pilihan hiburan 24 jam. Di sini terdapat pelbagai kumpulan tarian moden yang terkenal dengan latar muzik yang bergema; semua ini tidak menghairankan kerana Taiwan merupakan kota raya dunia bagi muzik pop bahasa Mandarin. Industri televisyen tempatan dan industri filem didapati semakin rancak semula sejak akhir-akhir ini, manakala sektor kreatif budaya negara yang sedang berkembang pesat jelas kelihatan dengan adanya banyak gedung, pasaran dan pameran untuk pereka yang semakin bertambah bilangannya setiap tahun.

Daripada seni sastera sehinggalah kepada pesta kebudayaan rakyat dan suasana hidup di pasar malam tradisional, tradisi Taiwan terjalin rapat dengan kehidupan harian dan membentuk budaya hidup masa lalu yang mampu bertahan sehingga kini.

62

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 62 03/10/2014 10:16 AM

Page 70: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Penari dari Teater Tarian Gerbang Awan, Taiwan membuat persembahan Nine Songs (atas), manakala pelakon daripada Kumpulan Seni dan Budaya Ming Hwa Yuan mempersembahkan lakonan bangsawan Taiwan, iaitu Romance of the Fox Fairy (bawah). (Atas: Jimmy Lin) (Bawah: Hao Chen-tai)

63

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 63 03/10/2014 10:16 AM

Page 71: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Media Massa

Permintaan melambung tinggi untuk aplikasi alat mudah alih seperti Tour Taiwan yang dibangunkan oleh Biro Pelancongan.(Chuang Kung-ju)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 64 03/10/2014 10:16 AM

Page 72: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Kepelbagaian media Taiwan ditunjukkan melalui banyaknya kedai yang menjual sesuatu keluaran produk dan persaingan sengit dalam industri itu. Akhbar yang cergas beroperasi dalam persekitaran media merupakan antara paling bebas di Asia.

Kebanyakan media terlibat dalam peralihan besar industri kepada pengedaran dalam bentuk digital. Edisi cetakan bagi majalah dan akhbar, termasuk empat akhbar harian utama terus ketinggalan daripada pesaing Internet. Memandangkan kekuatan Taiwan adalah dalam teknologi maklumat dan komunikasi, e-penerbitan telah menyuntik semangat baharu dalam perkembangannya dan juga industri buku, dengan menghasilkan 40,000 judul baharu setiap tahun.

Televisyen daratan bertukar daripada penyiaran analog kepada penyiaran digital pada penghujung bulan Jun 2012. Perkhidmatan televisyen

kabel yang disediakan ke seluruh negara kecuali di kebanyakan kawasan pergunungan Taiwan turut menyediakan program digital.

Media Massa

65

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 65 03/10/2014 10:16 AM

Page 73: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Latar belakang MediaStesen radio: 171Stesen televisyen daratan: 5Pengendali sistem televisyen kabel: 58Penyedia program siaran satelit: 106 (280 saluran) Syarikat pengeluaran dan pengedaran program TV dan radio: 11,091

Pameran Buku Antarabangsa Taipei 2012 diadakan di Pusat Dagangan Dunia. Pameran tahunan ini menarik penglibatan syarikat penerbit buku berbahasa Cina dan beberapa bahasa lain. (Chuang Kung-ju)

66

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 66 03/10/2014 10:16 AM

Page 74: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Syarikat pengeluaran audio (cakera padat, dsb.): 12,227 Penerbit akhbar: 2,311Penerbit majalah: 10,190Penerbit buku: 16,133Agensi berita: 2,336

67

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 67 03/10/2014 10:16 AM

Page 75: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Melawat Taiwan

Kereta api merentasi laluan berliku apabila menaiki Gunung Ai di selatan Taiwan. (Ihsan Pentadbiran Negara bagi Kawasan Pemandangan Indah Alishan)

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 68 03/10/2014 10:16 AM

Page 76: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Melawat Taiwan

Dengan aneka budaya yang unik, pemandangan indah yang menakjubkan, pelbagai cita rasa masakan, kehidupan bandar yang menyeronokkan

dan industri keraian yang cukup membangun, Taiwan merupakan destinasi unggul untuk pelbagai lapisan pelancong. Warganegara dari 43 buah negara layak mendapat izin kemasukan tanpa visa atau visa mendarat untuk tempoh 30 atau 90 hari.

Selain mempunyai lebih kurang 1,100 kilometer jalan kereta api konvensional, Taiwan mempunyai 345 kilometer sistem rel berkelajuan tinggi di sepanjang pantai baratnya. Kereta api berkelajuan tinggi itu boleh bergerak di antara Taipei dengan Kaohsiung dalam masa 96 minit. Kedua-dua bandar raya itu juga dilengkapi

sistem transit laju massa yang banyak memudahkan pengangkutan metropolitan.

69

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 69 03/10/2014 10:16 AM

Page 77: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Pesta / Acara UtamaBulan Tempat Pesta/Acara*

Feb. Bandar raya New Taipei

Pesta Tanglung Langit Antarabangsa Pingxi

Feb. Bandar raya Tainan Pesta Roket Sarang Lebah Yanshui Tainan

Feb. Daerah Nantou ** Pesta Tanglung Taiwan

Mac Bandar raya Kaohsiung

Barisan Pertempuran Songjiang (persembahan kebudayaan rakyat)

Mac Bandar raya Taichung

Pesta Antarabangsa Mazu(ziarah keagamaan)

Apr. Seluruh pulau Pesta Bunga Tung Hakka

Mei Bandar raya New Taipei Pesta Seni Arca Pasir Fulong

Jun Daerah Penghu Pesta Bunga Api Penghu

Jun Daerah Changhua Pesta Bot Naga Lukang

Jul. Bandar raya New Taipei Pesta Batuan Hohaiyan

Ogos Bandar raya Keelung Pesta Hantu Keelung

Sep. Daerah Miaoli Pesta Seni Ukiran Kayu Antarabangsa Sanyi

Sep. Daerah Nantou Karnival Renang Antarabangsa Tasik Matahari Bulan

Okt. Seluruh pulau Karnival Masakan Berseni & Mata Air Panas Taiwan

Nov. Bandar raya TainanGaram Wangye Kunshen untuk Pesta Keamanan (kebudayaan rakyat)

Nov. Seluruh pulau Pesta Berbasikal Taiwan* Hanya beberapa pesta/acara besar yang disenaraikan di sini. Untuk maklumat

lanjut, sila lawat laman web Biro Pelancongan di www.taiwan.net.tw.**Pesta Tanglung Taiwan diadakan di bandar raya atau daerah yang berbeza

setiap tahun. Pesta ini akan diadakan di Daerah Nantou pada 2014.

70

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 70 03/10/2014 10:16 AM

Page 78: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Tarikan Utama Pelancong Utara TaiwanMuzium Istana Negara: www.npm.gov.twTaipei 101: www.taipei-101.com.twMuzium Seramik Yingge: www.ceramics.ntpc.gov.twPasar Malam Shilin: www.taipeitravel.netDewan Peringatan Negara Chiang Kai-shek:

www.cksmh.gov.twTokong Lungshan: www.lungshan.org.twTaman Negara Yangmingshan: www.ymsnp.gov.twKawasan Pemandangan Indah Negara Timur Laut dan

Pantai Yilan: www.necoast-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Indah Negara Pantai Utara dan

Guanyinshan: www.northguan-nsa.gov.tw

Tengah TaiwanKawasan Pemandangan Indah Negara Tasik Matahari

Bulan: www.sunmoonlake.gov.twKampung Budaya Orang Asli Formosa: www.nine.com.twKawasan Pemandangan Indah Negara Tiga Gunung:

www.trimt-nsa.gov.twInstitut Penyelidikan dan Pembangunan Kraf Negara Taiwan:

www.ntcri.gov.tw/en-usPekan Lukang: www.lukang.gov.twMuzium Sains Tabii Negara: www.nmns.edu.twTaman Negara Yushan (Gunung Jed): www.ysnp.gov.tw

Timur TaiwanTaman Negara Taroko: www.taroko.gov.tw Kawasan Rekreasi Hutan Taiwan:

recreation.forest.gov.tw 71

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 71 03/10/2014 10:16 AM

Page 79: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Kawasan Pemandangan Indah Negara Pantai Timur: www.eastcoast-nsa.gov.tw

Kawasan Pemandangan Indah Negara Lurah Gelinciran Timur: www.erv-nsa.gov.tw

Selatan TaiwanTaman Negara Kenting: www.ktnp.gov.twKawasan Pemandangan Indah Negara Alishan

(Gunung Ali): www.ali-nsa.netTaman Negara Siraya: www.siraya-nsa.gov.tw

Kawasan Jauh TaiwanKawasan Pemandangan Indah Negara Penghu:

www.penghu-nsa.gov.twKawasan Pemandangan Indah Negara Matsu:

www.matsu-nsa.gov.twPulau Hijau dan Pulau Anggerik: tour.taitung.gov.tw

Mi daging begitu popular di Taiwan sehingga Bandar raya Taipei melancarkan pesta antarabangsa khusus untuk juadah ini pada 2005. (Huang Chung-hsin)

72

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 72 03/10/2014 10:16 AM

Page 80: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Laman web/ Talian utama Bahasa

Biro Pelancongan Taiwanwww.taiwan.net.tw

Cina, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Sepanyol

Talian Utama Maklumat Pelancongan 0800-011-765 (24 jam)

Mandarin, Inggeris, Jepun, Korea

Maklumat untuk Warga Asing iff.immigration.gov.tw Cina, Inggeris

Talian Utama Khidmat Kemasyarakatan Antarabangsa

0800-024-111 (24 jam)Mandarin, Inggeris,

Jepun

Pameran Perdagangan Antarabangsa Taiwan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan menganjurkan pameran perdagangan sepanjang tahun yang meliputi seluruh bidang industri. Tempat pameran termasuk Dewan Pameran Pusat Dagangan Dunia Taipei di pusat bandar Taipei, dan Dewan Pameran Nangang di pinggir bandar Taipei, Pusat Ekspo Antarabangsa Taichung Besar di tengah Taiwan, dan Gelanggang Kaohsiung serta Pusat Pameran dan Persidangan Kaohsiung di selatan Taiwan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.taitra.org.tw dan www.taipeitradeshows.com.tw.

Maklumat Am untuk Pelawat Kerajaan Republik China mengekalkan banyak laman web dan talian utama untuk memberikan maklumat kepada warga asing tentang pelancongan, kehidupan dan pekerjaan di Taiwan.

73

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 73 03/10/2014 10:16 AM

Page 81: Batuan unik yang terbentuk di Yehliu, timur laut Taiwan MINISTRY O

Mata WangMata wang Negara: Dolar Taiwan baharu (NT$ atau TWD)Kadar pertukaran: NT$29.77 per AS$1 (Disember 2013)

Perbezaan WaktuSemua wilayah menggunakan zon waktu yang sama, UTC + 8 jam (tiada pelarasan musim)

Kad Kredit dan Cek KembaraKad kredit utama diterima secara meluas. Cek kembara boleh ditunaikan di bank pertukaran asing, hotel dan gedung berorientasikan pelancong.

Memberi TipMemberi tip bukan kelaziman di Taiwan. Caj perkhidmatan 10 peratus biasanya ditambah pada kadar bilik dan makanan di hotel dan restoran.

ElektrikAC 110V / 60Hz

Maklumat VisaBiro Hal Ehwal KonsulKementerian Hubungan Luar Negeri Telefon: (+886-2) 2343-2388Laman web: www.boca.gov.tw

Peraturan KastamPentadbiran KastamKementerian KewanganTelefon: (+886-2) 2550-5500 samb. 2116Laman web: web.customs.gov.tw

74

140929 Republik China Sepintas Lalu.indd 74 03/10/2014 10:16 AM