sambutan 41 tahun meriah lagi ngiling tikai 2012

4
Untuk edaran dalaman sahaja Siri 3-2012 Sidang Redaksi Penaung Tuan Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki Penasihat Mohamad Adzlie bin Ibrahim Ketua Pengarang Syed Nizamuddin bin Sayed Khassim Pengarang Muhammad Azzranee bin Sapian Pembaca Pruf Vivie Hana Voon Abdullah Jurufoto Ahmad Jumadi bin Sabang Mohammad Nizam Awang Buang Muhammad Azzranee bin Sapian Grafik Ahmad Jumadi bin Sabang SAMBUTAN 41 TAHUN MERIAH LAGI U sia Yayasan Sarawak menginjak setahun lagi, ini bermakna tanggal 27 Mei 2012 yang lalu, maka genaplah 41 tahun usia Yayasan Sarawak ditubuhkan. Sebagai simbolik untuk mengenang kembali penubuhan badan berkanun keramat ini, Hari Sukaneka Keluarga Yayasan Sarawak telah diadakan. Bermula sejak 7 pagi, semua warga Yayasan Sarawak, berkumpul beramai- ramai di dataran utama bersama-sama YBhg Pengarah untuk bersenam aerobik bersama-sama. Sebaik sahaja sesi bersenam aerobik selesai, semua wargakerja bersama-sama YBhg Pengarah menyanyikan lagu hari jadi dan memotong kek yang telah ditempah khas sempena 41 tahun Yayasan Sarawak. Dalam majlis yang sama, semua ibu-ibu di Yayasan Sarawak turut diraikan sekali bersempena Hari Ibu yang diketuai oleh isteri Pengarah Yayasan Sarawak. Sebaik selesai aktiviti memotong kek 41 tahun Yayasan Sarawak dan Hari Ibu, antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan memancing dan mewarna bagi anak-anak wargakerja. Majlis sambutan ulangtahun 41 tahun Yayasan Sarawak berakhir kira-kira jam 1 petang setelah semua pemenang bagi pertandingan memancing dan mewarna diumumkan. Semoga Yayasan Sarawak terus maju!!! NGILING TIKAI 2012 Setelah sebulan berlalu. Gawai Dayak tahun ini ditutup secara tradisi atau lebih dikenali sebagai “Ngiling Tikai”. Majlis sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Yayasan Sarawak dan dirasmikan oleh YBhg Pengarah, Tuan Hj Mohamad Abu Bakar bin Marzuki. Majlis dimulai dengan upacara minum “ai pengayu” sebagai simbolik berakhirlah sudah Pesta Gawai 2012. Untuk memeriahkan majlis pada malam itu, satu pertandingan kumang gawai dan sesi berkaraoke telah diadakan yang disertai oleh wargakerja Yayasan Sarawak. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan. Sekalipun penat dan terpaksa bangun awal untuk bertugas seperti sediakala pada pagi keesokannya, seluruh wargakerja Yayasan Sarawak telah memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan majlis “Ngiling Tikai” pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua wargakerja Yayasan Sarawak!!

Upload: dangnhu

Post on 22-Jan-2017

266 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SAMBUTAN 41 TAHUN MERIAH LAGI NGILING TIKAI 2012

Untuk edaran dalaman sahaja Siri 3-2012

Sidang Redaksi

PenaungTuan Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki

PenasihatMohamad Adzlie bin Ibrahim

Ketua PengarangSyed Nizamuddin bin Sayed Khassim

PengarangMuhammad Azzranee bin Sapian

Pembaca PrufVivie Hana Voon Abdullah

JurufotoAhmad Jumadi bin SabangMohammad Nizam Awang BuangMuhammad Azzranee bin Sapian

GrafikAhmad Jumadi bin Sabang

SAMBUTAN 41 TAHUN MERIAH LAGIUsia Yayasan Sarawak menginjak setahun lagi, ini bermakna tanggal 27

Mei 2012 yang lalu, maka genaplah 41 tahun usia Yayasan Sarawak ditubuhkan. Sebagai simbolik untuk mengenang kembali penubuhan badan berkanun keramat ini, Hari Sukaneka Keluarga Yayasan Sarawak telah diadakan.

Bermula sejak 7 pagi, semua warga Yayasan Sarawak, berkumpul beramai-ramai di dataran utama bersama-sama YBhg Pengarah untuk bersenam aerobik bersama-sama. Sebaik sahaja sesi bersenam aerobik selesai, semua wargakerja bersama-sama YBhg Pengarah menyanyikan lagu hari jadi dan memotong kek yang telah

ditempah khas sempena 41 tahun Yayasan Sarawak. Dalam majlis yang sama, semua ibu-ibu di Yayasan Sarawak turut diraikan

sekali bersempena Hari Ibu yang diketuai oleh isteri Pengarah Yayasan Sarawak.

Sebaik selesai aktiviti memotong kek 41 tahun Yayasan Sarawak dan Hari Ibu, antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan memancing dan mewarna bagi anak-anak wargakerja.

Majlis sambutan ulangtahun 41 tahun Yayasan Sarawak berakhir kira-kira jam 1 petang setelah semua pemenang bagi pertandingan memancing dan mewarna diumumkan.

Semoga Yayasan Sarawak terus maju!!!

NGILING TIKAI 2012Setelah sebulan berlalu. Gawai Dayak tahun ini ditutup secara tradisi atau lebih dikenali sebagai “Ngiling Tikai”. Majlis sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Yayasan Sarawak dan dirasmikan oleh YBhg Pengarah, Tuan Hj Mohamad Abu Bakar bin Marzuki. Majlis dimulai dengan upacara minum “ai pengayu” sebagai simbolik berakhirlah sudah Pesta Gawai 2012.

Untuk memeriahkan majlis pada malam itu, satu pertandingan kumang gawai dan sesi berkaraoke telah diadakan yang disertai oleh wargakerja Yayasan Sarawak. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Sekalipun penat dan terpaksa bangun awal untuk bertugas seperti sediakala pada pagi keesokannya, seluruh wargakerja Yayasan Sarawak telah memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan majlis “Ngiling Tikai” pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada semua wargakerja Yayasan Sarawak!!

Page 2: SAMBUTAN 41 TAHUN MERIAH LAGI NGILING TIKAI 2012

Untuk edaran dalaman sahaja Siri 3-2012 Untuk edaran dalaman sahaja Siri 3-2012

PROGRAM IHYA RAMADAN

Bulan Syaaban bakal meninggalkan kita semua, maka ini bermakna bulan barakah bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal menjenguk kita tidak berapa lama lagi.

S e i r i n g a n dengan dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, AJK Surau Al Hidayah Yayasan Sarawak telah m e n g a d a k a n Program Ihya Ramadhan yang

bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak pada 13 Julai yang lalu.

Penceramah jemputan pada pagi itu ialah Saudara Awang Kelana

dari ETC Management Sdn Bhd. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada beberapa orang kakitangan Yayasan Sarawak. Sepanjang setengah hari program berjalan, pelbagai maklumat dan informasi yang menggabungkan fakta sains dan agama islam telah dikongsi dan dikupas secara mendalam sehingga akhirnya menimbulkan keinsafan dikalangan yang hadir.

Banyak lagi aktiviti dan program bakal diadakan oleh Jawatankuasa Surau Yayasan Sarawak pada masa akan datang, terutama sekali di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Majlis pada pagi itu diakhiri dengan penyerahan cenderamata daripada Jawatankuasa Surau kepada Saudara Awang Kelana yang disampaikan oleh Pengerusinya iaitu Encik Jolly bin Marikan.

Semoga program sebegini lebih banyak lagi diadakan pada masa akan datang dan mudah mudahan ia mampu memberi impak dan kesan yang positif kepada kita semua warga Yayasan Sarawak

CERAMAH ASAS KESELAMATANFIRE DRILL

Bermula seawal tujuh pagi lagi, semua wargakerja Yayasan Sarawak berduyu-duyun mengunjungi auditorium Yayasan Sarawak mendaftarkan diri untuk menghadiri sesi Ceramah Asas Keselamatan Fire Drill anjuran Seksyen Kualiti dan Latihan.

Rombongan Yayasan Sarawak yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Khidmat Operasi, En. Mohd Adzlie bin Ibrahim tampak bersemangat dan berkeyakinan untuk menerima ceramah yang akan disampaikan .

Tepat jam 08.00 pagi, penceramah jemputan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Encik Herudin Haji Ealhi telah tiba dan disambut mesra oleh semua wargakerja Yayasan Sarawak

En Herudin telah memberikan ceramah yang padat dan menarik rentetan daripada kursus/ceramah fire drill sebelum ini. Ceramah yang diselitkan unsur-unsur jenaka berjaya menarik perhatian peserta yang hadir. Terdapat beberapa maklumat berguna telah dikongsi sepanjang program bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran di Yayasan Sarawak.

Program ringkas tetapi padat itu telah berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Pegawai Tadbir Khas Bahagian Pembangunan Pendidikan, Haji Mortadza Hj Alop telah menyampaikan cenderamata kepada En Herudin Hj Ealhi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum bersurai.

Berita Terkini

Page 3: SAMBUTAN 41 TAHUN MERIAH LAGI NGILING TIKAI 2012

Untuk edaran dalaman sahaja Siri 3-2012

PASUKAN ENGLAND MENANG BESAR!!!

Tanggal 7 Julai yang lalu, AJK Kelab dan Akademi Bola Sepak Yayasan Sarawak telah sepakat untuk mengadakan perlawanan bolasepak bulanan bagi edisi Jun 2012 bertempat di Padang Bolasepak Yayasan Sarawak.

Perlawanan yang bermula sejak 7 pagi itu telah dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan sedikit senaman ringan.

Setelah perlawanan demi perlawanan telah diadakan antara pasukan yang bertanding, pasukan England mendahului kedudukan dengan mengumpul mata sebanyak 15 mata sekaligus menempatkan pasukan ini di tempat pertama bagi edisi kali ini.

Mengikut rapat ialah pasukan Italy yang berjaya menduduki tempat kedua dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 14 mata. Tempat ketiga disandang oleh pasukan Holland yang berjaya mengumpul 13 mata.

Seterusnya, dengan mata terkumpul sebanyak 8 mata, pasukan Spain merampas tempat ke 4. Tiga pasukan telah menerima hadiah saguhati iaitu pasukan Jerman, Perancis dan Portugal.

Turut hadir pada majlis itu ialah En cik Jolly bin Marikan selaku Timbalan Presiden YSFCA yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sebelum bersurai, kesemua peserta dijamu makan tengah hari dan diadakan sesi bergambar beramai-ramai.

Tahniah YSCFA!!!

AMALAN 5S: TATA CARA MELETAK KENDERAAN

Yayasan Sarawak antara badan berkanun di negeri ini yang amat menitik beratkan Amalan 5S didalam organisasinya. Antara Amalan 5S yang dipraktikkan di dalam organisasi ini ialah amalan meletakkan kenderaan secara mengundur atau lebih dikenali sebagai “Reverse Parking”.

Antara kelebihan mengamalkan “Reverse Parking” ialah memudahkan pemandu mengeluarkan kenderaan daripada petak parkir, terutama sekali apabila berlaku kecemasan. Selain itu, tempat parkir yang seragam, kemas dan teratur dapat dipamerkan melalui Amalan 5S yang diamalkan di kalangan setiap wargakerja Yayasan Sarawak.

Tambahan pula, sistem parkir ini dapat menyelaras dan memaksimumkan penggunaan ruang tempat letak kenderaan yang disediakan. Sistem “Reverse Parking” juga dapat menghalang atau mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa keluar dari tempat parkir kerana bahagian hadapan kenderaan sudah menghala keluar dimana penglihatan pemandu adalah jelas, sekaligus pemandu dapat memfokuskan pemanduan mereka secara keseluruhan.

Disamping itu, amalan 5S juga memberi kebaikan untuk setiap wargakerja kerana dapat mendisiplinkan mereka melalui pematuhan dan pelaksanakan

peraturan 5S yang telah ditetapkan.

Selain itu, Amalan 5S lain yang diamalkan semasa meletakkan kenderaan ialah dilarang untuk meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dikhaskan dan di bahu-bahu jalan di perkarangan Yayasan Sarawak.

Semoga Amalan 5S ini mampu memberikan impak dan hasil yang lebih positif kepada wargakerja Yayasan Sarawak serta membawa perubahan yang baik didalam organisasi ini, sesuai dengan pepatah yang mengatakan “Muafakat membawa berkat”.

Berita Sukan

Berita 5S

Page 4: SAMBUTAN 41 TAHUN MERIAH LAGI NGILING TIKAI 2012

Untuk edaran dalaman sahaja Siri 3-2012 Untuk edaran dalaman sahaja Siri 3-2012

• Pelancaran YSFIBS

• Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak

• Majlis Perpisahan Encik Samat Junai

• Pelancaran Sukan Tahunan

• Penyerahan bantuan kebajikan

• Mesyuarat PESAYA XI di Johor

• Audit Dalaman Amalan 5S

• Petanque MAKSAK Sarawak

• Klinik bolasepak YSFCA • Perlawanan Bolasepak Persahabatan • Kelas Renang Taska Tadika

• Sumbangan Hari Ibu • Majlis Tahlil

• Malam Retro Klasik 2012

Imbasan aktiviti wargakerja bulan Mei-Julai...

Selamat Hari Jadi kepada:Zurina binti Hj Mohamad Ali (03/07/73)Cassandra anak Hapy (07/07/83)Muliza Azani binti Saruji (09/07/82)Michael Chua Kai Huat (16/07/66) Norfazila binti Dorani (17/07/87)

Hasiah binti Untot (23/07/66)Vivie Hana Voon Abdullah (23/07/83)Intan binti Haji Bohari (26/07/68)Hasyim bin Baidawi (29/07/82)Helen Jau (31/07/72)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kepada:Abdul Razak bin Zainoren (12/07/02)Shamsuddin Sham Abdullah (16/07/84)Dacy anak Minus (30/07/84)Denner anak Ata (31/07/88)