majlis anugerah cemerlang meriah p - …sahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/mei_11.pdf · majlis...
TRANSCRIPT
Mac / April /Mei 2011 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID
P ada 26 Mei 2011 telah diadakan Majlis
Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan
Iskandar. Dalam majlis ini, KDYMM Tu-
anku Sultan Kedah Darul Aman dan
KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman turut
bercemar duli berangkat untuk menceriakan majlis.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz
Zulkifli; disusuli ucapan daripada Tuan Pengetua, Col-
legian of the Year dan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri
Kedah. KDYMM Tuanku Sultan turut berkenan mela-
fazkan titah ucapan. KDYMM Tuanku Sultanah pula
telah berkenan menyempurnakan acara penyampaian
hadiah dan anugerah.
Pelbagai anugerah telah diberikan kepada para pelajar.
Antaranya adalah Anugerah Kecemerlangan
Akademik, Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan
STPM, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan
Anugerah Kecemerlangan Sukan.
Di samping itu terdapat juga Anugerah Pekerti Mulia,
Anugerah Pelajar Berketerampilan, Anugerah Khas
Kepimpinan dan Anugerah Khas Akademik. Rumah
Sultan pula menjadi johan keseluruhan dengan me-
menangi Anugerah Program Rumah Sekolah.
Seorang pelajar iaitu Nicholas Low Wei Loong telah
dikurniakan Anugerah Pingat Emas KDYMM Tuanku
Sultan Kedah Darul Aman atas kejayaan memperoleh
keputusan paling cemerlang dalam Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia pada tahun lepas.
Selain itu, pelajar Neo Chen telah menerima Anugerah
Pingat Perak DYTM Tuanku Raja Muda Kedah Darul
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH
Aman kerana memperoleh keputusan paling cemer-
lang dalam Penilaian Menengah Rendah 2010.
Encik Teh Khoon Seang telah menerima Anugerah
Pengiktirafan Iskandar atas perkhidmatan cemer-
lang yang telah diberikan; manakala Anugerah Is-
kandar pula diberikan kepada pelajar Muhammad
Aizat bin Abdul Rahman.
Dato’ Ahmad Zakiuddin bin Harun telah dianu-
gerahkan “Collegian of the Year” 2011 atas kejayaan
yang cemerlang dalam kerjaya dan sumbangan be-
liau kepada Kolej Sultan Abdul Hamid. Pencapaian
beliau pastinya menjadi inspirasi dan dorongan
kepada pelajar-pelajar kolej untuk berusaha dengan
lebih gigih.
Acara persembahan menjadi penutup kepada Majlis
Anugerah Cemerlang tahun ini. Persembahan
menarik daripada Orkestra KSAH berserta persem-
bahan tarian dan nyanyian daripada pelajar-pelajar
kolej telah berjaya membuktikan yang mereka bu-
kan sahaja cemerlang dalam bidang akademik
malah mempunyai bakat yang menyerlah.
SAMBUTAN 100 TAHUN KOLEJ 1908 –2008 MUKA 2
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-86 MERIAH
SPM 2010 KOLEJ MEMBANGGAKAN
K eputusan peperiksaan SPM tahun 2010
telah diumumkan pada 8 Mac yang
lalu. Daripada 173 orang calon yang
mengambil peperiksaan tersebut, se-
banyak 80.92% telah lulus dalam semua mata pela-
jaran. Nilai Gred Purata Sekolah (GPS) adalah pada
3.34; manakala Grade Point Average (GPA) ialah 2.86.
Nicholas Low Wei Loong menjadi pelajar terbaik
kolej dengan memperoleh 9A+. 3 orang pelajar men-
dapat 11A, 10 orang mendapat 10A dan 9 orang pe-
lajar mendapat 9A. Tahniah kepada semua pelajar
dan guru atas kejayaan tersebut. Semoga keputusan
SPM 2011 akan terus cemerlang.
K ejohanan Olahraga Tahunan (KOT)
Kolej telah berlangsung pada 10 Mac
yang lalu bermula jam 2.30 petang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tu-
anku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultanah Kedah telah berangkat ber-
cemar duli ke KOT ke-86 ini.
Upacara pembukaan dimulakan dengan perarakan
masuk pasukan-pasukan badan beruniform dan
rumah sukan. Larian Obor pula disempurnakan oleh
Encik Ahmad Zol bin Othman, Muhammad Hafiz
bin Abu Bakar dan Muhammad Rijal Fikry bin Yu-
sof. Acara-acara larian seperti 4 x 100 meter dan 4 x
400 meter antara rumah dan sekolah-sekolah jem-
putan memeriahkan lagi majlis. Pada waktu rehat
pelajar-pelajar kolej, yang dengan bangganya me-
makai jersi baru kolej, dan pasukan Pancaragam
Kolej telah mengadakan persembahan.
Acara kemuncak KOT ialah acara tarik tali antara
rumah sukan yang dimenangi oleh rumah Stuart.
Johan KOT 2011 ialah rumah Sultan, manakala olah-
ragawan/atlet terbaik adalah Farhan Sani bin Safiyud-
din; juga dari rumah Sultan. Terima kasih kepada se-
mua warga kolej yang terlibat dalam menjayakan KOT
pada tahun ini
Mac / April /Mei 2011
Berikut ialah keputusan penuh KOT ke-86:
KEPUTUSAN KOT KE-86
KEDUDUKAN RUMAH MATA
JOHAN SULTAN 250
NAIB JOHAN GURNEY 210
TEMPAT KE-3 STUART 178
TEMPAT KE-4 DAYS 168
TEMPAT KE-5 KEDAH 164
KEDUDUKAN PINGAT MENGIKUT RUMAH
RUMAH Emas Perak Gangsa
SULTAN 24 14 9
GURNEY 12 13 15
STUART 10 11 17
DAYS 11 9 4
KEDAH 6 16 18
MUKA 3
SAMBUTAN HARI GURU MERIAH
S ambutan Hari Guru peringkat kolej te-
lah diadakan pada 16 Mei yang lalu.
Hari tersebut telah diisi dengan pelbagai
aktiviti dan dikendalikan oleh Majlis Pra
-Universiti (MPU), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK).
Sambutan Hari Guru dimulakan dengan perarakan
masuk guru-guru ke dalam Dewan Iskandar.
Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu kolej,
Puan Rose Liza Mohd Korish telah membaca
perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Ma-
laysia; disusuli oleh pembacaan perutusan daripada
Menteri Pelajaran Malaysia oleh Encik Muhammad
Zulkurnain. Saudara Muhamad Akmal, mewakili
semua pelajar KSAH, telah menyampaikan ucapan.
Ucapan terakhir adalah daripada Tuan Pengetua;
Tuan Haji Morazuki bin Hashim.
Seterusnya, dengan diketuai oleh Encik Zuraisham,
para guru KSAH telah melafazkan ikrar guru den-
gan penuh semangat dan disusuli oleh nyanyian
lagu Guru Malaysia daripada semua guru.
Aktiviti permainan padang turut diadakan bagi me-
meriahkan sambutan. Antara aktiviti yang disertai
oleh para guru ialah basikal perlahan, kukur kelapa,
tikar terbang dan musical chairs. Acara tarik tali
mengikut rumah sukan turut dipertandingkan yang
melibatkan gandingan guru dan pelajar dalam satu
pasukan.
Acara dewan pula digunakan oleh pelajar KSAH un-
tuk menghiburkan para guru. Beberapa buah lagu
dan tarian telah dipersembahkan. Guru-guru juga
tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan
bakat terpendam mereka dengan mendendangkan
beberapa buah lagu yang mendapat sambutan hebat
daripada pelajar kolej.
Walaupun tempoh persediaan untuk sambutan ini
adalah singkat kerana minggu tersebut adalah
minggu peperiksaan, ianya masih dapat dijayakan
hasil kerjasama erat antara MPU, MPP dan MPK.
Namun sebaik mana pun sambutan yang diadakan,
pastinya jasa para guru tidak akan dapat dibalas.
Terima kasih cikgu.
Mac / April /Mei 2011
PROGRAM RUMAH SEKOLAH
Program Rumah Sekolah (PRS) diteruskan bagi tahun 2011. Telah terbukti yang PRS berjaya meningkat-
kan semangat kesetiaan dan kecintaan terhadap rumah sekolah di kalangan para pelajar dan guru. Beri-
kut adalah keputusan terkini (sehingga 26 Mei 2011) PRS:
MUKA 4
Sidang Buletin
Penyelaras:
Guru Kanan Bahasa
AJK GURU: Encik Fakarrudy Othman
Puan Roszilawati Yayah
Encik Azhar Md Arshad
AJK PELAJAR: Editor :
Muhammad Fawwaz Mohamad Fisol
Penolong Editor :
Muhamad Akmal Che Musa
Team :
Raja Zurfarharatul Zyda
Muhammad Ashraff Azhar
Mohamad Arif Roslan
Fudzil Akmal
Mutiara Kata :
Apabila anda memberi saya ikan, Saya dapat
hidup selama satu hari, Apabila anda mengajar
saya bagaimana memancing ikan, saya dapat
hidup sepanjang hayat.
~Pepatah Jepun~
www.sahc.kedah.edu.my
Scholar, spotrtsman, gentleman
Mac / April /Mei 2011
Days Gurney Kedah Stuart Sultan
1. Olahraga 379 609 524 338 540
2. Permainan 1470 1095 1001 1501 1580
3. Kokurikulum 80 110 260 170 210
4. Akademik 143 94 219 147 147
5. Disiplin - ( 3 ) - ( 21 ) - ( 3 ) - ( 26 ) - ( 6 )
6. Keseluruhan 2069 1887 2001 2130 2471
Mutiara Kata :
Masa yang paling terbaik bagi menanam pokok
adalah 20 tahun yang lalu. Masa kedua yang pal-
ing terbaik adalah hari ini.
~Pepatah Cina~