sambungan

20
SAMBUNGAN.. Karangan Umum

Upload: mohd-fithri-bin-jemari

Post on 29-Jun-2015

501 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SMK ABDULLAH MUNSHI 2011

TRANSCRIPT

Page 1: Sambungan

SAMBUNGAN..Karangan Umum

Page 2: Sambungan

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa yang berkesan? Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap. Dewasa ini, kita sering mendengar berita tentang pelajar-pelajar yang terlubat dalam gejala sosial yang tidak sihat dan penyalahgunaan dadah. Mengapakah hal ini boleh berlaku dalam kalangan pelajar? Hal ini berlaku kerana mereka mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif. Selain itu, pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini tidak dapat menguruskan masa dengan cekap, justeru mereka sering membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Oleh kerana itu, pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seorang pelajar.

Contoh pendahuluan...

Page 3: Sambungan

         Setelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yang penuh dengan pancaroba hidup, ibu pertiwi kita kini mengalami revolusi gelombang ketiga iatu gelombang teknologi maklumat. Kerajaan telah merangka dan merencana pelbagai formula dan strategi yang pragmatik lagi komprehensif dalam usaha untuk membolehkan negara Malaysia “ Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negara-negara gergasi lain dalam era siber ini. Negara kita gagah dan bangga dengan kejayaan yang kita tempa dalam bidang teknologi maklumat. Namun di sebalik tabirnya, kejayaan dalam bidang teknologi maklumat ini turut meninggalkan pelbagai impak negatif yang menyebabkan masalah sosial dalam kalangan pelajar meningkat saban hari. Oleh sebab itu, beberapa langkah proaktif perlu diambil untuk menangani masalah ini.

Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajarkenal pasti ayat topik, huraian dan penyimpul

Page 4: Sambungan

Ayat TopikSetelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yang penuh dengan pancaroba hidup, ibu pertiwi kita kini mengalami revolusi gelombang ketiga iatu gelombang teknologi maklumat

Ayat HuraianKerajaan telah merangka dan merencana pelbagai formula dan strategi yang pragmatik lagi komprehensif dalam usaha untuk membolehkan negara Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi lain dalam era siber ini. Negara kita gagah dan bangga dengan kejayaan yang kita tempa dalam bidang teknologi maklumat. Namun di sebalik tabirnya, kejayaan dalam bidang teknologi maklumat ini turut meninggalkan pelbagai impak negatif yang menyebabkan masalah sosial dalam kalangan pelajar meningkat saban hari

Ayat PenyimpulOleh sebab itu, beberapa langkah proaktif perlu diambil untuk menangani masalah ini.

Page 5: Sambungan

Kebahagiaan dan kejayaan adalah satu perkara yang amat berharga dan tidak boleh dibeli dan dimiliki dengan wang ringgit.Malah,kebahagiaan dan kejayaan juga merupakan penawar yang amat mujarab.Semestinya setiap individu mempunyai keinginan dan impian untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan terutamanya sepasang insan yang bergelar ibu dan bapa.Sudah menjadi lumrah hidup bahawa setiap ibu bapa mempunyai harapan yang menggunung terhadap anak-anak.Namun,pujangga ada mengatakan yang kejayaan tidak datang bergolek.Oleh itu,anak-anak perlu berusaha sebaik mungkin dan berdiri teguh dengan menggalas tanggungjawab atau misi untuk merealisasikan impian ibu bapa.Tetapi,bagaimanakah cara untuk merealisasikannya?Sesungguhnya,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Terdapat pelbagai uslub yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk mengorak langkah menuju ke arah kejayaan tersebut.

Cara- cara merealisasikan impian ibu-bapa.Sila kenal pasti ayat topik, huraian dan penyimpul.

Page 6: Sambungan

FORMAT KARANGAN SPM

Mempunyai 3 komponen utama:1) Pendahuluan – satu isi2) Isi-isi penting – lima isi3) Penutup - satu isi4) Melebihi 350 pp.

(isi- fakta utama + huraian + contoh + kesimpulan)

PENTING!!!!*TULIS SATU ISI PENTING DALAM SATU

PERENGGAN SAHAJA.

Page 7: Sambungan

PENTING!!!- Penulisan isi karangan mesti ada sekurang-

kurangnya 5 fakta untuk menghuraikan kehendak soalan secukupnya.

- Setiap isi WAJIB mengandungi:a) Ayat fakta/ ayat isi.b) Ayat huraian.c) Ayat contoh.d) Ayat kesimpulan.

Seterusnya..membina isi karangan.

Page 8: Sambungan

Kaedah IMBaKUP

Idea

Mengapa

bagaimana

Kesan

Ungkapan menarik/kata

tokoh/peribahasa

Penegasan

Bagaimana membina isi?

Page 9: Sambungan

Apa

Sebab apa

Kesan apacontoh

kesimpulan

Selain itu…

Page 10: Sambungan

Contoh membina isi karangan.Cara-cara merealisasikan impian ibu bapa.

Idea : menghormati dan mentaati kedua ibu dan bapa kita

Mengapa : lagi,ibu bapa kita telah menjaga dan membesarkan kita

Bagaimana: itu,kita perlulah menghormati dan mengenang jasa mereka.Sebagai seorang anak yang mithali,kita seharusnya mendoakan kesihatan dan keselamatan kedua ibu bapa kita.Kita tidak boleh menderhaka kepada mereka

Ungkapan: Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa"keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa"

Penegasan: hidup.Sekiranya kita hidup dengan penuh keredhaan,nescaya kita semakin hampir untuk merealisasikan harapan kedua-dua permata hati kita.

Page 11: Sambungan

Perkara yang boleh dilakukan untuk merealisasikan impian ibu bapa ialah menghormati dan mentaati kedua ibu dan bapa kita.Sejak kecil lagi,ibu bapa kita telah menjaga dan membesarkan kita persis "menatang minyak yang penuh".Mereka telah mencurahkan kasih sayang yang secukupnya dan bersabar dengan kerenah kita.Oleh itu,kita perlulah menghormati dan mengenang jasa mereka.Sebagai seorang anak yang mithali,kita seharusnya mendoakan kesihatan dan keselamatan kedua ibu bapa kita.Kita tidak boleh menderhaka kepada mereka seperti bercakap dengan nada yang lantang dan menggunakan bahasa yang kesat.Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa"keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa".Potongan ayat ini jelas menekankan bahawa keredhaan kedua ibu bapa itu amat penting daripada segala-galanya.Malah,keredhaan juga boleh diumpamakan sebagai kunci ke arah kebahagiaan dan kejayaan hidup.Sekiranya kita hidup dengan penuh keredhaan, nescaya kita semakin hampir untuk merealisasikan harapan kedua-dua permata hati kita.

Contoh perenggan isi.

Page 12: Sambungan

Idea : menyediakan jadual waktu

Mengapa : dapat membantu pelajar-pelajar menguruskan masa secara cekap dan berkesan.

Bagaimana: pelajar akan mendisplinkan diri untuk menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.

Kesan: mengelakkan pelajar-pelajar daripada kesuntukan masa untuk mengulang kaji apabila peperiksaan sudah hampir.

Langkah-langkah menguruskan masa yang berkesan dalam kehidupan pelajar.

Sila bina perenggan isi berdasarkan maklumat di bawah:

Page 13: Sambungan

Ungkapan : sediakan payung sebelum hujan

Penegasan: pengurusan masa yang cekap memberikan masa yang cukup kepada para pelajar untuk bersedia menghadapi peperiksaan.

Page 14: Sambungan

Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesan ialah para pelajar digalakan untuk menyediakan jadual waktu pembelajaran. Namun begitu, terdapat juga dalam kalangan pelajar yang menyediakan jadual waktu persendirian, tetapi tidak mengikutinya. Jadual waktu belajar merupakan elemen yang penting untuk mendidik para pelajar supaya menitikberatkan aspek masa dengan mendisplinkan diri untuk menepati masa. Selain itu, jadual waktu belajar juga dapat membantu pelajar-pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran secara holistik dan bersedia menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat mengelakkan para pelajar daripada kesuntukan masa untuk mengulang kaji pelajaran apabila peperiksaan sudah hampir kelak. Pelajar –pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada mereka yang membuat persediaan awal, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Manakala pelajar yang tida membuat persediaan awal akan sentiasa ketinggalan dalam segenap aspek pembelajaran. Oleh itu, pengurusan masa yang cekap memberikan masa yang cukup kepada pelajar –pelajar untuk berbuat persediaan awal.

Page 15: Sambungan

Bentuk kumpulan seramai 5 orang dalam satu kumpulan.

Aktviti perbincangan.

Kump 1 Kump 2 Kump 3 Kump 4 Kump 5 Kump 6Mohamad Farhan Bin M. Nazari

Muhammad Ashraf B Abdul Jamil

Muhammad Nurhidayat B Mohd

Muhammad Shahnizam Kamaludin

Muhammad Syahni Fitri M. Derafi

Muhammad Azhar Bin Nordin

Mohamad Shafik B Mohd Ali

Erni Haryati Bt Azhari

Muhammad Okasha Bin Ariff

Muhammad Syafiq Bin Ma’sum

Muhammad Yadiy Bin Yawahid

Khairun Nurazmira Kamarulzaman.

Aidil Nur Bt Mustafa

Fathin Athirah Bt Mohamad Radzi

Mursyiddah Bt Johari

Nor Shamirah Bt Sulaiman

Nur Natasha Balqis Bt Shamsul

Mashitah Bt Abdul Majeed

Anis Nabilah Bt Azhar

Syaliza Bt Shah Kolit

Noor Seha Izzati Mohamad Shafie

Nur Aliah Bt Rosli

Nur Syaahidah Bt Mohd Nasir

Siti Hajar Bt Abdullah

Siti Norfatihah Bt Mohd Jamal

Siti Norsyafikah Bt Roslan

Page 16: Sambungan

Dapatkan:a) Kertas mahjong.b) Pen marker.c) Bahan bacaan.

Tunggu arahan seterusnya dengan sabar.“gejala rasuah ibarat kanser yang semakin

membarah.Cadangkan langkah-langkah

membanterasnya”

Pastikan! Anda semua telah bersedia.

Page 17: Sambungan

Ikut arahan berikut:

a) Baca bahan bacaan yang telah diberikan dalam keadaan senyap.

b) Sila bina rangka karangan yang lengkap.c) Sila pilih SATU isi yang baik dan huraikan

mengikut spesifikasi yang telah diberikan.- Idea- Mengapa- Bagaimana- Kesan- Ungkapan menarik.- Penegasan

Page 18: Sambungan

Contoh pendahuluan.Pascakemerdekaan negara menyaksikan

pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak. Namun, dalam usaha menuju era modenanisasi, negara kita terpaksa pula berhadapan dengan suatu penyakit sosial yakni rasuah. Apabila disebut tentang gejala rasuah, umum sudah mengetahui bahawa rasuah adalah suatu penyakit yang sungguh bahaya dan boleh meranapkan peradapan bangsa dan seterusnya memusnahkan negara. Jika amalan rasuah dalam kalangan masyarakat, terutamanya dalam kalangan kakitangan kerajaan amat serius dan tidak dapat dikawal, maka sesebuah negara yang membangun dan aman tidak dapat dilahirkan. Walaupun isu ini hangat diperkatakan, pernahkah terlintas dalam benak kita, apakah maksud rasuah? Sesungguhnya, rasuah boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberi atau menerima sogokan kebendaan, sama ada dalam bentuk dalam bentuk wang atau pun hadiah untuk mencapai matlamat tertentu. Oleh sebab itu, sebelum kudis menjadi tokak, maka usaha-usaha untuk membanterasnya perlu dilakukan segera.

Page 19: Sambungan

Sesi Pembentangan jawapan.

Page 20: Sambungan

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.

Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

ADAP MENUNTUT ILMU