sains tahun 6 - dtuisyen.com

15
SAINS TAHUN 6 BAB 3 : MIKROORGANISMA

Upload: others

Post on 27-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

SAINS TAHUN 6

BAB 3 : MIKROORGANISMA

Page 2: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

A) HIDUPAN SENI

1. Maksud MIKROORGANISMA:

- Mikro : sangat halus atau seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

- Organisma : benda hidup/hidupan

- Mikroorganisma : Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan

mata kasar

2. Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat

mikroorganisma.

Page 3: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

B) JENIS – JENIS MIKROORGANISMAN

O

JENIS CONTOH

MIKROORGANISMA

CIRI - CIRI

1 FUNGI Kulat

Yis

Mukor

Penicilium

Kulat : boleh dilihat dengan mata kasar

Boleh didapati di atas roti, nasi dan sesetengah buah-

buahan.

2 PROTOZO

A

Amoeba

Paramesium

Hidup di habitat berair ( tasik, sungai, kolam)

3 BAKTERIA Bacillus

Salmonella

Streptococcus

E.coli

Wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna

Boleh didapati dalam persekitaran

4 VIRUS HIV

Virus influenza

Mikroorganisma yang paling seni dan kecil

Hanya boleh dilihat di bawah mikroskop elektron

sahaja

5 ALGA Spirogyra

Fitoplankton

Mempunyai sifat tumbuhan

Boleh membuat makanan sendiri melalui proses

fotosintesis.

Page 4: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

FUNGI

KULAT YIS MUKOR

Page 5: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

PROTOZOA

Page 6: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

BAKTERIA

E Coli BACILLUS

SALMONELLA

STREPTOCOCCUS

Page 7: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

VIRUS

VIRUS INFLUENZA VIRUS HIV

Page 8: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

ALGA

FITOPLANKTON SPIROGYRA

SPIRULINA

Page 9: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

C) PROSES HIDUP MIKROORGANISMA

• Mikroorganisma melakukan proses hidup seperti bernafas, bergerak dan

bertumbuh.

I. Mikroorganisma Bernafas

- membebaskan gas karbon dioksida ketika proses pernafasan

- gunakan yis (dalam pembuatan roti) untuk menunjukkan mikroorganisma bernafas.

II. Mikroorganisma Bergerak

- dapat memerhati mikroorganisma bergerak melalui mikroskop.

II. Mikrooganisma Bertumbuh

-boleh melihat pertumbuhan mikroorganisma pada permukaan roti yang sudah

rosak (kulapok/ tompokan hitam pada roti)

Page 10: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

Mikroorganisma bernafas

Yis bernafas dan membebaskan gas karbon

dioksida

Yis menjadi aktif apabila mendapat

makanan, air dan udara

Page 11: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

D) FAKTOR PERTUMBUHAN

MIKROORGANISMA• Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan tindakan mikroorganisma.

• Jadi, mikroorganisma memerlukan keadaan yang sesuai untuk bertumbuh.

No Faktor Penerangan

1 Air Kehadiran air sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.

2 Udara Kehadiran udara sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.

3 Suhu Suhu air suam, persekitaran yang lembap dan panas sesuai untuk

pertumbuhan mikroorganisma.

4 Nutrien Kehadiran nutrient sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.

5 Keasidan yang

sesuai

Tahap keasidan cuka tidak sesuai untuk pertumbuhan

mikroorganisma.

Page 12: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

E) KESAN BURUK MIKROORGANISMANo Kesan Buruk Penerangan

1 Kerosakan makanan Menyebabkan perubahan tekstur, rasa dan bau.

Akan mengalami keracunan makanan, cirit birit dan sakit jika termakan

makanan yang rosak/basi

2 Menyebabkan penyakit

berjangkit

Contoh penyakit :

1) Konjuktivis – virus dan bakteria

2) Tuberkulosis – bakteria

3) Kurap – fungi

4) Malaria – protozoa

5) Selsema – virus

6) Campak – virus

7) Cacar air – virus

8) Panau – fungi dan banyak lagi.

3 Pereputan gigi Bakteria yang ada dalam mulut akan menukarkan gula dan kanji dalam

makanan kepada asid.

4 Keracunan makanan Bakteria akan membiak dan mengeluarkan toksik.

Petanda : cirit birit, muntah – muntah,dan pening kepala.

Page 13: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

Penyakit

berjangkit

Punca Cara merebak

Selesema Virus Bersin dan batuk

Campak Virus Sentuhan dengan orang yang dijangkiti

Beguk Virus Bersin dan batuk

Konjunktivitis Virus, bakteria Sentuhan dengan orang yang dijangkiti

Tuberkulosis Bakteria Melalui udara, batuk

Kurap Fungi Sentuhan dengan orang yang dijangkiti

Malaria Protozoa Nyamuk

Taun Bakteria Makanan dan minuman tercemar

Cirit – birit Bakteria Makanan dan minuman tercemar

Page 14: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

F) KEGUNAAN MIKROORGANISMA

N

o

Jenis mikroorganisma Kegunaan

1 Bakteria a. Pembuatan makanan : keju , yogurt (dadih), susu kultur

b. Merawat sisa kumbahan dan memusnahkan sisa – sisa toksik.

2 Yis a. Pembuatan makanan : tempe , kicap, roti, tapai.

3 Fungi a. Penghasilan antibiotic dan vaksin

4 Bakteria dan fungi a. Penguraian dan pereputan bahan organic dalam bentuk baja.

Page 15: SAINS TAHUN 6 - dtuisyen.com

Langkah – langkah pencegahan

penyakit berjangkit

1) Mencuci tangan sebelum makan dan

selepas gunakan tandas.

2) Tidak berkongsi peralatan peribadi

dengan orang lain.

3) Kuarantin pesakit yang menghidap

penyakit berjangkit.

4) Penyediaan makanan yang bersih

5) Memasak air minuman.

6) Menutup hidung dan mulut semasa

batuk atau bersin.

Amalan harian untuk mencegah

jangkitan penyakit berjangkit

1) Mencuci tangan

2) Elakkan makan makanan yang terdedah

dan dihinggapi lalat

3) Tutup makanan

4) Menutup hidung dan mulut

5) Mandi menggunakan sabun atau sabun

antiseptic

6) Menjaga kebersihan bilik tidur

7) Elakkan berada dekat dengan rakan yang

dihinggapi penyakit berjangkit.