sains

Upload: gennie-law

Post on 01-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengertian Sains

TRANSCRIPT

Sains ditakrifkan secara berbeza bergantung pada individu yang melihatnya:

orangbiasamungkinmendefinisikansainssebagaibadan maklumatsaintifik; saintismungkinmelihatnyasebagaisatu prosedur untuk menguji hipotesis; seorang ahli falsafah mungkin menganggap sains sebagai satu cara untuk mempersoalkan kebenaran sesuatu yang telah diketahui.

Semua pandangan ini adalah benar, tetapi setiapnya hanya memberikan sebahagian sahaja daripada definisi sebenar sains. Pada pendapat anda apakah sains?

Pengertian sains

Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya: Cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dll) [Kamus Dewan] Sains merupakan sikap inkuiri, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini.[K.T.Compton] Sains merupakan satu set sikap, satu pemikiran berkenaan dengan fakta, lebih daripada ape yang dikatakan tentang fakta itu. [B. F. Skinner] Tujuan sains adalah untuk merekod dan mengaitkan bahagian-bahagian pengalaman kita yang sebenarnya atau semungkinnya sama untuk semua orang biasa. [H. Dingle] Sains lebih baik dianggap sebagai pencarian konsep daripada penyelesaian masalah. [Brandwein, Watson dan Blackwood]

Jika anda membaca pengertian sains, anda dapat melihat tiga unsur utama: proses (atau kaedah), hasil, dan sikap manusia.

Sains Sebagai Proses

Pembelajaran maklumat mengenai Sains adalah lebih penting daripada mengingati isi kandungannya. Kemahiran saintifik merupakan alat asas untuk memahami sains. Proses memberi penekanan kepada cara memperolehi ilmu pengetahuan. Menggunakanprosedurempirisdananalisisuntukmenerangkan alam semulajadi Melibatkan pengalaman hands-on, minds-on dan hearts-on. Melibatkan pembentukan hipotesis, merancang, mengeksperimen, mengumpul data, dan analisis sebelum membuat kesimpulan.

Sains Sebagai Hasil

Sejak beberapa abad yang lalu, saintis telah mengumpul pelbagai data. Daripada data-data ini, saintis telah membentuk konsep, prinsip dan teori. Fakta, konsep, prinsip dan teori ini merupakan hasil sains.

Rajah 2 menunjukkan susunan hirarki bagi sains sebagai hasil.

Teori

Prinsip dan hukum

Konsep

Fakta

Rajah 2 : Sains sebagai hasil

Fakta sains adalah kenyataan spesifik tentang benda-benda yang sebenarnya wujud atau peristiwa yang memang telah berlaku. Fakta ini diperoleh setelah membuat pemerhatian dan ukuran, dan boleh disahkan. Fakta diperoleh dengan menggunakan deria-deria kita.

Dua kriteria digunakan untuk mengenalpasti fakta sains:

1.boleh dilihat secara terus2.boleh didemonstasikan bila-bila masa.Konsep sains adalah idea abstrak yang diitlakkan atau digenralisasikan daripada fakta-fakta atau pengalaman yang spesifik. Konsep hyang dibentuk berdasarkan ciri-ciri persamaan yang wujud sesama objek-objek atau peristiwa-peristiwa tertentu. Contohnya ikan, mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya daripada reptilia dan mamalia.

Menurut Brunner (1956), konsep mempunyai lima unsur utama:

1. nama2. definisi3. ciri-ciri 4. nilai5. contoh-contoh