saidina uthman full

59

Click here to load reader

Upload: kuhawa-ku-abd-hamid

Post on 25-Jun-2015

4.214 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saidina Uthman Full

PENDAHULUAN

Nama :Uthman Bin Affan Bin Abu Al-As Bin Umaiyah.

Tarikh Lahir : 576 masihi,

Tempat lahir : Taif, kota Mekah. (Enam tahun selepas peristiwa Gajah).

Keturunan : Bani Umaiyah.

Berbangsa :Quraisy.

Kabilah :Umayyah.

Usia ketika memeluk Islam : 33 Tahun.

Tarikh menjadi khalifah: : 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah (Ketika berumur 70 tahun).

Tempoh pemerintahan : 12 tahun.

Sebab kewafatan : Dibunuh oleh seorang pemberontak.

Tarikh wafat : Syahid pada hari Jumat tanggal 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah.

Usia ketika meninggal dunia : 63 Tahun.

Gelaran : Zunnurain ( yang mempunyai dua cahaya)1

1 Buku Biografi Gemilang Uthman bin Affan (Dzin Nurain), karangan Mahmud Syakir.

Page 2: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

BAB 1: BIOGRAFI SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN.

1.1 PERIBADI.

Beliau adalah Uthman bin Affan bin Abu Al-As bin Umayyah bin Abd Syams bin

Abd Manaf. Beliau dilahirkan di Taif, Kota Makkah bersamaan 576 Masihi. Beliau

dilahirkan dalam sebuah keluarga Quraish dari Bani Ummayah yang kaya di Makkah

beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ketika usia baginda berusia lima

tahun. Beliau berketurunan Nabi saw. Moyang Saidina Uthman dan Nabi saw ialah Abd

Manaf. Salasilah pertaliannya dengan Nabi adalah generasi kelima. Antara nama-nama

panggilan beliau ialah Abu Abdullah iaitu bersempena nama anaknya Abdullah. Abdullah

ialah anak beliau, hasil perkahwinannya dengan puteri Rasulullah saw, Ruqayyah. Beliau

juga dikenali dengan panggilan “Dzu An-Nuurain” yang bererti “yang memiliki dua cahaya”,

kerana mengahwini dua puteri Nabi saw, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

Page 2

Page 3: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

1.2. NASAB DAN KETURUNAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A.

1.2.1 Keturunan

Ibu beliau bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi’ah bin Hubaib bin Abdusy Syams dan

neneknya bernama Ummu Hakim Bidha’ binti Abdul Muththalib paman Rasulullah saw.

Beliau memiliki 16 orang anak, 9 daripadanya lelaki, dan bakinya anak perempuan,

isterinya 9 orang.2

1.2.2 Isteri-Isteri Dan Putera-Puteri Saidina Uthman.

Beliau menikahi 1. Ruqayah binti Rasulullah saw. dan dianugrahi seorang anak yang

bernama Abdullah dan menjadikannya sebagai kuniyah. Pada masa jahiliyah beliau

berkuniah Abu ‘Amr.

Setelah Ruqayah wafat, beliau menikahi adiknya yang bernama 2.Ummu Kaltsum dan

kemudian .Ummu Kaltsum pun wafat.

Kemudian beliau menikahi 3. Fakhitah binti Ghazwan bin Jabir dan dianugrahi

seorang anak yang bernama Abdullah al-Ashghar.

Lantas beliau menikahi 4.Ummu Amr binti Jundub bin Amr al-Azdyah dan

dianugrahi beberapa orang anak yang bernama Amr, Khalid, Aban, Umar ra. dan

Maryam.

Lalu beliau menikah dengan 5. Fathimah binti Al-Walid bin Abdusy Syamsy bin al-

Mughirah al-Makhzumiyah dan lahirlah Al-Walid, Sa’id dan Ummu Utsman.

Kemudian menikahi 6.Ummu al-Banin binti Uyainah bin Hishn al-Fazariyah dan

dianugerahi seorang anak yang bernama Abdul Malik dan dikatakan ‘Utbah.

Lantas beliau menikahi 7.Ramlah binti Syaibah bin Rabi’ah bin Abdusy Syamsy bin

Abdul Manaf bin Qushay dan lahir beberapa orang anak yang bernama ‘ Aisyah, Ummu

Aban, Ummu ‘Amr dan Banat Utsman.

Lalu beliau menikah dengan 8.Nailah binti al-Farafishah bin al-Ahwash bin ‘Amr bin

Tsa’labah bin Al-Harits bin Hishn bin Dhamdham bin ‘Ady bin Junab bin Kalb dan

dianugerahi seorang anak yang bernama Maryam dan dikatakan juga dengan Anbasah.3

2 Buku Biografi Gemilang Uthman bin Affan (Dzin Nurain), karangan Mahmud Syakir.3 Buku tokoh – tokoh islam.

Page 3

Page 4: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Ketika terbunuh, beliau memiliki empat orang istri: Na’ilah, Ramlah, Ummul Banin

dan Fakhitah. Dikatakan bahwa beliau telah mencerai Ummul Banin di saat beliau sedang

terkepung.

Beliau merupakan salah seorang dari enam orang anggota Syura. Beliau juga

merupakan salah seorang dari tiga orang kandidat khalifah dan akhirnya terpilih menjadi

khalifah sesuai dengan kesepakatan kaum Muhajirin dan Anshar. Beliau juga adalah Khilafah

Rasyidin yang ketiga, imam mahdiyin yang diperintahkan untuk mengikuti jejak mereka.

1.3. CIRI-CIRI RUPA PARAS SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RA.

Beliau adalah seorang yang rupawan, lembut, mempunyai janggot yang lebat,

berperawakan sedang, mempunyai tulang persendian yang besar, berbahu bidang, berambut

lebat, bentuk mulut bagus yang berwarna sawa matang. Dikatakan pada wajah beliau terdapat

bekas cacar.4

Daripada Az-Zuhry berkata:

“Beliau berwajah rupawan, bentuk mulut bagus, berbahu bidang, berdahi lebar dan

mempunyai kedua telapak kaki lebar.5

1.4 AKHLAK SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RA.

Beliau merupakan antara sahabat-sahabat terawal yang memeluk Islam. Beliau amat

dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau memiliki akhlak yang

mulia, sangat pemalu dan terhormat.

1.4.1 Sifat Taat Setia Pada Allah Swt:

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah

malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran

dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir

4 Buku Biografi Gemilang Uthman bin Affan (Dzin Nurain), karangan Mahmud Syakir.5

Page 4

Page 5: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat,

dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak

dua kali, pertama ke Habsyah, dan yang kedua ke Madinah.

Taat pada Allah swt dan rasul beliau sanggup berhijrah ke Habsyah demi menyahut

seruan Allah swt.

Takut kepada Allah swt, beliau banyak melakukan ibadat sunat spt; berzikir, qiamulllail,

puasa sunat, dan membaca al-quran.

Malu dan lemah lembut, beliau mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap

walaupun berhadapan dengan musuh.6

1.4.2 Sifat Dermawan Saidina Uthman.

Beliau merupakan seorang tokoh koporat yang berjaya. Perniagaanya semakin maju dan

diberkati oleh Allah swt kerana sifatnya yang banyak membelanjakan harta di jalan Alllah

swt antaranya:

Membeli telaga “Raumah” dengan harga 35 000 dinar yang yang kemudianya

disedekahkan untuk kegunaaan orang ramai.

Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.

Memerdekaan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.

Uthman bin Affan saat mendengar ucapan Rasulullah SAW, dia menyiapkan dua ratus

unta berpelana untuk melakukan perjalanan ke As-Sham, dan mereka semua disiapkan

dengan 200 auns emas sebagai sumbangan. Dia menyumbangkan 1000 dinar dan

meletakkannya ke atas riba Nabi. Uthman bin Affan memberi sumbangan dengan

menambah 900 unta dan 100 kuda, selain wang yang diberikan. Melihat kedermawanan

Uthman bin Affan.

Nabi Muhammad saw bersabda:

“ Dari pada hari ini, tidak akan ada apa yang akan membahayakan `Uthman bin Affan

walaupun apa yang dilakukannya.”

1.4.3 Bersederhana Dalam Kehidupan Seharian.6 Daripada buku tokoh-tokoh islam.

Page 5

Page 6: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Dalam perjalanan hidupnya Uthman bin Affan berhasil menjadi seorang saudagar

kaya raya. Namun kesederhanaan tetap melingkupi hati beliau. Dalam satu riwayat

dikisahkan bahwa Utsman senang menjamu orang banyak dengan hidangan mewah bagaikan

hidangan kaum bangsawan. Namun di rumahnya beliau hanya memakan roti dengan minyak

atau cuka. Dikisahkan pula bahawa Saidina Uthman r.a. pernah berpidato di atas mimbar

memakai sehelai kain kasar dan kopiah seharga lima dirham.

1.4.4 Sifat Pemalu Saidina Uthman Bin Affan R.a.

Imam Ahmad berkata, “Hajjaj telah mengatakan kepada kami dan Laits berkata,

Uqail telah mangabarkan kepadaku daripada Ibnu Syihab daripada Yahya bin Sa’id bin

al-’Ash bahawa Sa’id bin al-’Ash telah menceritakan kepadaku bahawa Aisyah ra. dan

Uthman telah menceritakan kepadanya bahawa Abu Bakar ra. meminta izin kepada

Rasulullah saw. Baginda sedang berbaring di tempat tidurnya sambil berselimut dengan

selimut Aisyah ra. Rasulullah saw memberinya izin dan baginda masih dalam posisi semula.

Setelah Abu Bakar ra. menyelesaikan hajatnya, beliau pun pergi.

Kemudian Umar ra. datang meminta izin kepada Rasulullah saw. Baginda

memberinya izin dan baginda masih dalam posisi semula. Setelah Umar ra. menyelesaikan

hajatnya, ia pun pergi. Lalu Uthman berkata, ‘Lantas aku pun minta izin, lalu Rasulullah

saw duduk dan bersabda kepada Aisyah ra ‘Ambillah selimutmu!’ Setelah aku menyelesaikan

hajatku, aku pun pergi.

Aisyah ra. berkata, ‘Ya Rasulullah saw! Aku melihat engkau menyambut Abu Bakar

ra. dan Umar ra. tidak seperti sambutanmu terhadap Uthman?’

Rasulullah saw. Bersabda:

‘Sesungguhnya Utsman adalah seorang pemalu, aku khuatir jika aku menyambutnya

dalam posisi seperti itu, beliau tidak jadi mengungkapkan keperluannya.’ 7

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:

7 Diriwayatkan oleh hadis Bukhari.

Page 6

Page 7: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

�ح�ي م�ن� ت س�� � أ �ال �ة�. “ ”أ �ك �ئ �م�ال �ه� ال �ح�ي م�ن ت �س� ج�ل� ت ر�

Bagaimana aku tidak merasa malu dari seseorang yang malaikatpun merasa malu

kepadanya? 8

Al -Nawawi rahimahullah dalam menerangkan hadis di atas mengulas:

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari hadis Muhammad bin Abi Harmalah daripada

‘Atha’ dan Sulaiman (keduanya adalah anak Yasar) dan Abi Sala-mah bin Abdur Rahman

daripada Aisyah ra. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Ya’la al-Mushily daripada Suhail

dan ayahnya daripada Aisyah ra. Dan diriwayatkan Jubair bin Nufair dan Aisyah ra. binti

Thalhah daripada Aisyah ra.” 9

Hadis Imam Ahmad juga ada mengatakan bahawa:

Imam Ahmad berkata, “Waqi’ telah mengatakan kepada kami dari Sufyan dari Khalid al-

Hadzdza’ dari Abi Qilabah dari Anas, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, ” Orang

yang paling penyayang di antara umatku adalah Abu Bakar ra., yang paling tegas terhadap

agama Allah adalah Umar ra., yang paling pemalu adalah Utsman, yang paling mengetahui

tentang halal dan haram adalah Mu’adz bin Jabal, yang paling hafal tentang al-Qur’an

adalah Ubay dan yang paling mengetahui tantang ilmu trans adalah Zaid bin Tsabit. Setiap

umat mempunyai seorang yang terpercaya dan orang yang terpercaya di kalangan umatku

adalah Abu ‘ Ubaidah bin al-Jarrah.” 10

8 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 2401 (Kitab keutamaan para sahabat, Bab keutamaan ‘Utsman). Juga dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, jld. 1, ms. 71 dan Ibn Hibban di dalam Shahihnya – hadis no: 6907.

9 Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi, jld. 15, ms. 169.

10 Hadits ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ibnu Majah, dari hadits Khalid al- Hadzdza’. At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan shahih.”m/s 669

Page 7

Page 8: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

BAB 2: PERKEMBANGAN KEHIDUPAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A.

2.1 PERJALANAN KE ISLAM.

Era sebelum Islam memerintah, orang Arab menyembah berhala dan hidup dalam

keadaan jahiliyyah. Semangat perkauman antara kabilah sangat kuat, dan menjadikan tuan

menghina dan menzalimi hamba mereka. Sebagai pemuda yang gagah dan berani, Saidina

Uthman menjelajah ke merata tempat untuk berdagang. Pandangannya tentang berhala dan

gaya hidup orang Arab berubah ketika dia mengetahui tentang Kristian dan Yahudi.

Suatu hari ketika Uthman bin Affan kembali ke Mekah setelah selesai berdagang,

seluruh kota berada dalam kekacauan kerana seorang lelaki bernama Muhammad bin

Abdullah memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah kepada semua orang. Muhammad

meminta mereka supaya berhenti menyembah berhala dan beribadah kepada Allah sahaja.11

Uthman bin Affan mengetahui tentang Muhammad. Muhammad adalah seorang yang

luar biasa yang sangat baik keperibadiannya. Walaupun beliau tidak segera menerima

kepercayaan Islam, namun beliau tidak menentang Muhammad atau Islam seperti yang di

lakukan oleh pemimpin Quraisy. Beliau teringat akan pengalamannya ketika berdagang,

beliau mendengar cendekiawan Kristian dan Yahudi berbicara tentang kedatangan Nabi akhir

di tanah Arab. Beliau berharap agar Nabi terakhir tersebut akan memimpin Arab ke jalan

yang benar. Beliau berfikir tentang apa yang Kristian dan Yahudi bicarakan dan akhirnya

beliau memutuskan untuk mengunjungi temannya, Abu Bakar untuk mengetahui tentang

kepercayaan itu. Beliau tahu bahawa Abu Bakar telah menerima Islam dan Abu Bakar sangat

rapat dengan Muhammad. Abu Bakar menjelaskan banyak hal tentang Islam. Kemudian Abu

Bakar mengajak beliau untuk memeluk agama Islam. Uthman bin Affan merasakan bahawa

Islam adalah agama yang benar dari Allah. Beliau segera memeluk Islam atas undangan Abu

Bakar. Bersama dengan Thalhah bin Ubaidillah, beliau memeluk Islam melalui Nabi. Beliau

ialah salah seorang daripada orang yang pertama memeluk Islam. Setelah itu, Uthman bin

Affan bertemu Nabi dan menyatakan bahawa beliau menerima Islam. Beliau diseksa dengan

11 Buku Tokoh-Tokoh Islam.

Page 8

Page 9: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

kejam oleh bapa saudaranya iaitu Hakim kerana memeluk Islam. Namun Uthman tetap pada

pendiriannya. Atas perintah Nabi, Uthman berhijrah ke Abessinia bersama kaum Muslimin

lainnya. Beliau berada di bawah Abu Bakar dan membantu dana kewangan kepada Islam di

masa-masa awalnya. Beliau mengabdikan diri dengan sepenuhnya walaupun harus

mengorbankan perdagangannya.

Beliau berperanan aktif dalam dewan agama Islam. Beliau meninggalkan harta

bendanya kemudian berhijrah dari Makkah ke Madinah bersama kaum Muslimin lainnya.

Pada waktu itu, di Madinah hanya ada sebuah sumur (telaga) sumber air minuman

bernama Bir Raumah milik seorang penduduk Madinah yang bukan Islam. Dia

memungut bayaran yang tinggi daripada kaum Muslimin yang memerlukannya. Oleh

kerana Nabi menginginkan kaum Muslimin membeli sumur tersebut, pada ketika itu

Uthman tampil menyatakan kesediaannya. Beliau membeli sumur itu dengan harga 30

000 dirham, lalu menjadikan sumur tersebut milik umum untuk kegunaan orang ramai.

2.2 ZAMAN PEMERINTAHAN.

Saidina Uthman dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra. yang

ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa syura yang

ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala

dilantik menjadi Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang bersifat lemah

lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahannya, hal ini

berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar ra. yang menjadi khalifah

sebelum daripadanya. Mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi

sesuatu masalah dalam zaman pemerintahannya.

Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656.

Semasa pemerintahan Saidina Uthman, keseluruhan Iran dan sebahagian daripada Afrika

Utara serta Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Enam tahun pertama

pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pemerintahannya pula

dianggap huru-hara. Namun begitu, beliau berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al

Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam).12

12 Buku Biografi Gemilang Uthman Bin Affan (Dzin Nurain), Karangan Mahmud Syakir.

Page 9

Page 10: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

2.2.1 Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman

dalam menyebar dan memperluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

Bidang Ketenteraan.

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara

dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang

dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman

kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus,

Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi.

Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama

bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang

telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

Pembukuan Al-Quran.

Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika

beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan

Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan

penulisan Al-Quran daripada Hafsa). Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan

empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang

dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat

jajahan bagi mengantikan salinan - salinan yang lain.

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila

ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu

wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling

ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya

perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat

yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh

sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Page 10

Page 11: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru untuk

digunakan secara rasmi oleh seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah

Bahasa Quraish dan seluruh Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang

digunakan hingga ke hari ini yang dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah

ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.13

Pembesaran Masjid Nabawi.

Masjid Nabawi menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai.

Oleh itu, Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi

memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

Menyebarkan Dakwah Islam.

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan

ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai

pendakwah telah dihantar ke seluruh negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga

telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang

membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan Al-Quran dan As-

Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.

Uthman bin Affan ra. menjadi khalifah setelah Umar ra. banyak menaklukkan

berbagai negara melalui pemerintahan beliau. Semakin lebar wilayah negara Islam, maka

bertambah luaslah negara Muhammadiyah ini serta sampailah misi Rasulullah saw. Ke

sebelah timur dan barat bumi ini.

Firman Allah SWT:

13 Buku Biografi Gemilang Uthman Bin Affan (Dzin Nurain), Karangan Mahmud Syakir.

Page 11

Page 12: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Maksudnya: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu

dan mengerjakan amal-amal yang shAli ra.h bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan

mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang

telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan merobah (keadaan) mereka,

sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap

menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan

barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasik.”

(An-Nur: 55)14.

Firman Allah SWT:

“Dia-lah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang

benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang

musyrik bend.“ (Ash-Shaf: 9).15

Rasulullah saw. bersabda:

“Jika Kaisar mati maka tida lagi kaisar setelahnya dan jika Kisra meninggal maka tiada

lagi Kisra setelahnya, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya harta-harta karun

mereka akan di gunakan untuk perang di jalan Allah.”

2.3 KONFLIK ZAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RA.

Enam tahun terakhir ketika pemerintahan Saidina Uthman ialah tahap atau zaman

“Fitnatul-Kubra” iaitu zaman huru hara.16 Konflik dan fitnah mula berlaku pada zaman

Saidina Uthman ekoran tomahan yang dilakukan oleh golongan yahudi dan munafik. Puak

14 Surah An-Nur Ayat 55; Al-Quran Terjemahan. 15 Surah Ash-Shaf Ayat 9 ; Al-Quran Terjemahan.16 Dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Page 12

Page 13: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

munafik ketika itu diketuai oleh Abdullah bin Saba’. Saidina Uthman dituduh tidak adil dan

tidak telus dalam urusan pemerintahannya. Beliau berjaya mengatasi krisis ini dengan

menghantar pegawai penyiasat ke Kufah, Basrah dan Syam. Beliau juga yang membuka pintu

perbincangan dengan rakyat serta memanggil gabenor untuk di soalsiasat. Hasil siasatan

mendapati bahawa krisis berlaku akibat musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan agama

dan umat Islam.

2.3.1 Berita Tentang Terjadinya Fitnah Yang Menyebabkan Terbunuhnya Uthman

Dan Beliau Berada Di Atas Kebenaran.

Imam Ahmad berkata, “Aswad bin Amir telah mengatakan kepada kami dan ia

berkata, Sinan bin Harun telah mengatakan kepada kami dan ia berkata, Kulaib bin Waail

telah mengatakan kepada kami dari Ibnu Umar ra. ia berkata bahwa Rasulullah saw.Pernah

menceritakan tentang fitnah dan beliau bersabda, ‘Orang yang menyelimuti mukanya ini,

akan terbunuh secara zalim pada waktu itu’. Lalu aku melihat orang tersebut, ternyata ia

adalah Uthman bin Affan ra..”17

Imam Ahmad berkata, “Affan telah mengatakan kepada kami dan ia berkata,

Wuhaib telah mengatakan kepada kami dan ia berkata, Musa bin ‘Utbah telah mengatakan

kepada kami, kakakku dan bapak ibuku Abu Habibah telah mengatakan kepadaku bahwa ia

masuk ke dalam rumah dan Uthman sedang terkepung di dalamnya. Beliau mendengar Abu

Hurairah yang meminta izin untuk berbicara maka beliau mengizinkannya. Abu Hurairah

berdiri seraya memuji Allah SWT. Lantas berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw

bersabda, ‘Sesungguhnya engkau akan menemui fitnah dan perselisihan setelahku nanti atau

beliau berkata perselisihan dan fitnah- salah seorang bertanya, “Siapa yang harus kami ikuti

ya Rasulullah saw.?’ Beliau menjawab, ‘Ikutilah al-Amin ini dan para sahabatnya.’ Sambil

menunjuk kepada Uthman’.”18

Kisah fitnah terhadap Saidina Uthman bin Affan r.a bermula ketika perlantikan

Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan menjadi sebagai

menteni kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat

17 Hadis Ini Juga Diriwayatkan Oleh At-Tirmidzi Dari Ibrahim Bin Sa’ad Dari Syadzan. Beliau Mengatakan, “Hadis Ini Hasan Gharib Dari Sisi Ini Dari Hadis Ibnu Umar Ra..”m/s 685

18 Ibnu Katsir berkata, “Hanya Ahmad yang meriwayatkan hadits ini dengan sanad yang hasan jayyid. Tidak ada yang mengeluarkannya dari jalur ini.”

Page 13

Page 14: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina

Uthman. Mengenai pengkembalian bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman

memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah

s.a.w. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.

Selain daripada itu orang-orang Islam merasa tidak puas hati juga terhadap pemecatan

yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman

Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum

keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah pusat

pemerintahan Islam pada masa itu. Sementara dilain wilayah Islam tidak sunyi juga daripada

adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tidak puas hati terhadap Saiyidina

Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula menempuh satu percubaan yang

besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh

wilayah-wilayah Islam yang lain. Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin

Saba, seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan

kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan

kaum Muslimin sesama sendini.

Seorang sahabat yang tenkenal bennama Abu Zar juga telah menentang hebat

pemerintahan Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah itu dan juga

ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota Damshik. Di

negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan dan Abdullah Bin Saba lalu menentang

Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta

Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan onang-orang Islam seolah-

olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah

hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba kepada sahabat terkenal iaitu Abu Zar yang

memang berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah

maka akhinnya Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu

Zar Al Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat

pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman

R.A. hingga akhin hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.

Sementara itu kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk

memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah.

Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman

Page 14

Page 15: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad

s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir

Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong

gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya dengan

Saiyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang

beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu

Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana

sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin

Saba, gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga

membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada dan golongan Muhajirin

ataupun dan Ansar.

Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang

datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah

untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan meneka kepada Khalifah. Apakala mereka dapati

tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah maka mereka

melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari

melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman

Bin Affan yang terkenal kenana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu

bernama Al Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh

tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain, pukulan mana disanggah oleh isteni

Saiyidina Uthman bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu putus. Akhinnya

Saiyidina Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan

kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran

sejarah Islam.

Pemberontak yang mengepung rumah Saidina Uthman selama 40 hari (riwayat Ibnu

Jarir. Ibnu Jarir meriwayatkan sewaktu Uthman dikepung, pengganti imam solat ialah Talhah

bin Ubaidillah, Ali, Abu Ayyub, Sahl bin Hunaif dan ramai lagi) dan tidak akan pergi

melainkan selepas khalifah meletakkan jawatan dan mereka mengancam untuk membunuh

presiden. Pengepungan terus berlanjutan daripada awal Zulkaedah sehingga Jumaat 18

Zulhijjah. Orang yang terakhir yang keluar dari rumah Uthman setelah berazam untuk

melawan mereka adalah Al-Hasan bin Ali. Manakala pemimpin pasukan untuk

Page 15

Page 16: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

memepertahankan rumah Uthman diketuai oleh Abdullah bin Zubair. Uthman r.a. bermimpi

melihat Nabi mengajaknya berbuka puasa. Maka beliau berpuasa pada hari pembunuhannya

dan berbuka bersama Nabi saw. Apabila keadaan semakin tegang,  Uthman r.a. berbincang

bersama sahabat terdiri dari kaum Ansar dan Muhajirin di rumahnya. Jumlah meraka hampir

700 orang dan di kalangan mereka terdapat Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Al-

Husain, Marwan dan ramai lagi. Para sahabat ingin menghunuskan pedang untuk membela

Saidina Usman tetapi beliau menahan mereka dari mengangkat senjata. Beliau dimakamkan

di perkuburan Baqi. Sewaktu beliau dibunuh, beliau sedang membaca Al-Quran, Uthman

menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya. Uthman r.a.

bermimpi bahawa ajalnya semakin dekat sambil mengharap janji dari tuhanNya.

.

BAB 3: PENDIDIKAN & PENULISAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RA.

DALAM BIDANG HADITH

Page 16

Page 17: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

3. 1 PENDIDIKAN YANG DIAJAR KEPADA SAIDINA UTHMAN IALAH

DARIPADA RASULULLAH SAW SENDIRI.

Sejak kecil Uthman telah mendapat pendidikan membaca dan menulis dari

keluarganya.19 Setelah melalui pendidikan dasarnya, Uthman menjalankan usaha nenek

moyangnya yang menjadi pedagang Arab terkemuka. Saidina Uthman merupakan seorang

yang diberi peluang iman dan Islam oleh Allah swt. Sebelum keislamannya, dia pernah

berhajat untuk menikahi anakanda Rasulullah saw, malangnya Ruqayyah terlebih dahulu

dinikahi dengan Uthbah bin Abu Lahab. Ketika beliau tiba di rumah, emak saudaranya

sedang menilik. Lalu emak saudara beliau meniliknya; “Bergembiralah, semoga panjang

umur tiga kali, kemudian tiga kali hingga genap sepuluh, kamu telah temui kabaikan dan

menghindari kajahatan, kamu berkahwin demi tuhan dengan bunga yang cantik, kamu teruna

dan bertemu pula dengan dara” lalu emak saudaranya berkata lagi; “ Uthman! Wahai

Uthman! Wahai Uthman! Bagimu kecantikan dan bagimu peranan, Nabi ini bersamanya ada

keterangan, diutuskan dengan hak keagamaan, didatangkan kepadanya wahyu dan petunjuk

kebenaran, ikutlah dia nescaya kamu tidak akan sesat dek patung buatan. Sesungguhnya

Muhammad didatangi Jibil yang menyeru kepada Allah swt.”

Lalu beliau berjumpa dengan Saidina Abu Bakar lantas menceritakan kebingungannya.

Saidina Abu Bakar mengajak beliau untuk mendengar sesuatu daripada baginda Rasulullah

saw. Sesampainya mereka di rumah baginda Rasulullah saw, datangnya Rasulullah saw

kepada Saidina Uthman : “ Wahai Uthman ! Sahutlah seruan Allah swt kepada syurganya.

Maka sesungguhnya akulah utusan Allah swt yang diutuskan kepada kamu dan kepada

seluruh makhluk-Nya.” Lantas Saidina Uthman memeluk islam. 20

Selepas itupun baginda mengawinkan Uthman dengan Ruqaiyah. Mereka berdua

seringkali digelarkan sebagai pasangan yang paling cocok sekali setiap kali ada orang yang

melihat mereka. Sejak saat itu, Rasulullah saw yang telah benyak mendidik mentaati Allah.

Belia sangat taat mentauhidkan Allah swt. Setiap seruan akan dituruti sehinggakan setiap

malamnya akan dihidupkan dengan ayat Al-Quran, kalimah-kalimah Allah swt.

Setiap perbuatan, percakapan, takrir dan diamya Nabi Muhammad saw akan dijadikan

panduan didalam kehidupannya. Seperti hadis tentang larangan Rasulullah untuk meletak

19 Buku Biografi Gemilang Uthman Bin Affan (Dzin Nurain), Karangan Mahmud Syakir.20 Buku Biografi Gemilang Uthman Bin Affan (Dzin Nurain), Karangan Mahmud Syakir.

Page 17

Page 18: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

jawatan; Ketika rumah Uthman dikepung oleh para pemberontak yang akhirnya membawa

kepada pembunuhannya.

Ibnu Umar radhiallahuanhuma berkata:

‘Uthman radhiallahuanhu berkata dikhalayak ramai: “Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam di dalam mimpi dimana baginda bersabda: Wahai Uthman, berbukalah bersama

kami.” (Ibnu Umar melanjutkan) 21

Maka pada paginya beliau berpuasa lalu terbunuh pada hari itu. Beliau juga seorang yang

selalu menginfakkan hartanya kejalan Allah swt.

Ibnu Abbas meriwayatkan :

“manusia pernah keputusan bekalan makanan pada zaman Abu Bakar berkata; “

bersabarlah sehingga Allah menolong kamu semua.” Pada keesokan harinya Abu Bakar

mendapat khabar bahawa seribu ekor unta yang membawa bekalan makanan telah sampai

kepada Utman. Bebarapa orang peniaga Madinah segera ke rumah Saidina Uthman dan

melakukan perhitungan. Lalu Saidina Uthman kehendaki “ dia akan membayar sepuluh

untuk setiap satu dirham.” Apakah mereka sanggup membayar lebih daripada jumlah itu.”

Jawab mereka. “ tidak lalu Uthman pun berkata; “ saksikanlah wahai peniaga-peniaga

madinah bahwa semua bekalan makanan ini adalah sedekahku untuk orang-orang miskin di

Madinah.

Yang dimaksudkan oleh Uthman dengan satu dirham dibayar sepuluh ialah firman

Allah swt yang berbunyi:

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada

jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-

21 Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak – hadis no: 4554 (Kitab Ma’refah al-Shahabah, Bab manaqib ‘Uthman) dan beliau berkata: Isnadnya sahih. Dipersetujui oleh al-Zahabi. Juga dikeluarkan oleh al-Thahawi dengan lafaz yang sedikit berbeza di dalam Syarh Ma‘ani al-Atsar, jld. 2, ms. 56.

Page 18

Page 19: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan

pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi

meliputi ilmu pengetahuanNya.( Surah Al-Baqarah ; Ayat 261) 22

Firman Allah yang lain:

Maksudnya: Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya

(balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang

membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama

dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). ( Surah Al-An’am; Ayat 160) 23

3.2 PENGUMPULAN HADIS DIBAWAH PIMPINAN SAIDINA UTHMAN BIN

AFFAN R.A.

Saidina Uthman bin Affan, sebagaimana dua khalifah sebelumnya, sangat teliti pula

dalam menjaga, mengumpulkan hadis dan ketat sekali dalam periwayatan. Beliau telah

menghafal dan meriwayatkan 146 buah hadis daripada Rasulullah saw. 24 Namun tindakan

Khalifah Uthman dan Saidina Ali tidak setegas Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar kerana

beberapa sebab:

Meluasnya wilayah Islam dan banyak mayarakat daerah penaklukan masuk Islam,

dengan demikian diperlukan tenaga pengajar untuk mengajar (Hadis ketika itu adalah

sumber pengajaran Islam selain Al-Quran).

Boleh dikatakan sukar mengawal periwayatan hadis setelah daerah kekuasaan Islam

terbentang luas.

Khalifah Uthman hanya meriwayatkan beberapa hadis yang terdapat dalam kitab-

kitab hadis.

22 Surah Al-Baqarah Ayat 261; Al-Quran Terjemahan.23 Surah Al-An’am Ayat 160; Al-Quran Terjemahan.24 Buku Biografi Gemilang Uthman Bin Affan (Dzin Nurain), Karangan Mahmud Syakir.

Page 19

Page 20: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Kegiatan pembukuan Al-Quran menjadi kagiatan utama yang dilakukan oleh beliau

selain menghadapi berbagai masalah.

Malah waktu pengajaran beliau sangat sedikit jika hendak dibanding dengan ketiga-

tiga khalifah yang lain.

3.3 HADIS – HADIS YANG DIDIRIWAYATKAN DARIPADA SAIDINA UTHMAN

BIN AFFAN R.A:

3.3.1 Diriwayatkan daripada Saidina Uthman tentang beliau yang tidak pernah

menderhakai Allah swt.

Sedangkan Ali bin Abi Thalib banyak meriwayatkan hadist. Termaktub di dalam Sahih

al-Bukhari daripada ‘Ubai Allah bin ‘Ady bin al-Khiar berkenaan dengan kisah al-Walid.

Saidina Uthman berkata:

!م� ل �ه� و�س##� �ي !ه� ع�ل �ع�ث� م�ح�م!د(ا ص�ل!ى الل !ه� ب �ن! الل �ع�د� ف�إ م!ا ب� أ

�ت� �ه� و�آم�ن ول س##� �ر� ه� و�ل �ل##! �ج�اب� ل ت �ت� م�م!ن� اس##� �ن �ح�ق8 ف�ك ال ب##��ت� ح�ب ا ق�ل�ت� و�ص##� �م##� �ن� ك �ي ت ر� �ه�ج##� ت� ال �ه� و�ه�اج�ر� �ع�ث� ب �م�ا ب با !ه� م##� �ه� ف�و�الل �ع�ت �اي !م� و�ب ل �ه� و�س� �ي !ه� ع�ل !ه� ص�ل!ى الل س�ول� الل ر�و �ب##� �م! أ !ه� ع�ز! و�ج�ل! ث �و�ف!اه� الل !ى ت �ه� ح�ت ت ش� � غ�ش� �ه� و�ال �ت ع�ص�ي

. �ف�ت� ل �خ� ت �م! اس� �ه� ث �ل �م! ع�م�ر� م�ث �ه� ث �ل �ر� م�ث �ك ب

Amma Ba’du, sesungguhnya Allah mengutus Muhammad shallallahu ‘alaihi

wasallam dengan membawa kebenaran dan aku termasuk salah seorang yang memenuhi

panggilan Allah dan Rasul-Nya, aku beriman dengan apa yang baginda diutuskan

dengannya (Islam), aku juga melakukan dua kali hijrah, aku juga telah menemani dan

membai‘ah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Demi Allah aku tidak pernah

menderhakai dan mengkhianati baginda hingga Allah ‘Azza wa Jalla mewafatkannya,

demikian juga Abu Bakar dan ‘Umar sehingga aku diangkat menjadi khalifah.25

25 Hadis Sahih: Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 3696 (Kitab al-Manaqib, Bab manaqib Uthman). Juga dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, jilid. 1, ms 66 & 75.

Page 20

Page 21: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

3.3.2 Hadis diriwayat Saidina Uthman untuk bersabar.

Abu Abdullah al-Jasry telah meriwayatkan daripada ‘Aisyah ra. dan Hafshah

seperti hadis sebelumnya. Qais bin Abi Hazim dan Abu Sahlah dari ‘Aisyah ra..Abu Shalah

meriwayatkan daripada Uthman bahawa “Rasulullah saw. mengambil suatu perjanjian

dariku agar aku sabar melaksanakannya”. Faraj bin Fudhalah meriwayatkan dari

Muhammad bin al-Walid az-Zubaidy dari Zuhry dari ‘Urwah dari Aisyah kemudian

menyebutkan hadits tersebut.”Adalah Darul Quthny berkata, “Hanya al-Faraj bin Fudhalah

yang meriwayatkan hadits ini.”

3.3.3 Hadis diriwayat Saidina Uthman untuk melarang beliau meletak jawatan.

1. Rasulullah shallallahualaihi wasallam telah melarang Uthman daripada melepaskan

jawatan khalifah yan bakal disandangnya satu hari nanti.

Rasulullah saw pernah bersabda:

اد�وك� ر�� �ن� أ إ ا ف##� ك� ق�م�يص##( �ق�م8ص##� !ه� ي �ع�ل! الل !ه� ل �ن �م�ان� إ �ا ع�ث ي

. �ه�م� �ع�ه� ل ل �خ� � ت �ع�ه� ف�ال ل ع�ل�ى خ�Wahai ‘Uthman, sesungguhnya Allah mungkin akan memberikan pakaian kekhalifahan

kepada kamu. Oleh itu jika mereka memaksa kamu untuk melepaskan pakaian itu, janganlah

kamu melepaskannya. 26

2. Sebagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah melarang ‘Uthman daripada

melepaskan jawatan khalifahnya.

26 Hadis Sahih: Dikeluarkan oleh Al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Al-Tirmizi – hadis no: 3705 (Kitab Al-Manaqib, Bab berkenaan manaqib ‘Uthman). Selain itu dikeluarkan oleh Ibn Majah di dalam Sunannya – hadis no: 112 dan Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak – hadis no: 4544.

Page 21

Page 22: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Rasulullah juga telah mengkhabarkan kepada ‘Uthman bahawa beliau akan gugur syahid

kerananya”. Khabar-khabar Rasulullah tentang hal ini mencapai taraf mutawatir

sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah.27

3. Ketika rumah Uthman dikepung oleh para pemberontak yang akhirnya membawa kepada

pembunuhannya.

Ibnu Umar radhiallahuanhuma berkata:

Utsman radhiallahuanh berkata dikhalayak ramai: “Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam di dalam mimpi dimana baginda bersabda: Wahai Uthman, berbukalah bersama

kami.” (Ibnu Umar melanjutkan) Maka pada paginya beliau berpuasa lalu terbunuh pada

hari itu.28

3.3.4 Hadith diriwayat Saidina Uthman untuk berpegang teguh kepada Rasulullah

saw.

Pesanan ini dipegang oleh ‘Uthman radhiallahu 'anh sehinggalah hari beliau dikepung.

Abi Sahlah radhiallahuanh berkata, Uthman berkata kepadanya pada hari

pengepungan para pemberontak:

�ي! �ل د� إ د� ع�ه##� !م� ق##� ل �ه� و�س##� �ي !ه� ع�ل !ه� ص�ل!ى الل س�ول� الل �ن! ر� إ�ه�. �ي �رS ع�ل �ا ص�اب �ن ع�ه�د(ا ف�أ

27 Rujuk Al-Isobah fi Tamyiz Al-Shahabah (Dar al-Jiil, Beirut 1412H), jilid. 4, ms. 456.28 Hadis sanad sahih: dikeluarkan oleh al-hakim di dalam al-mustadrak – hadis no: 4554 (kitab

ma’refah al-shahabah, bab manaqib uthman) dan beliau berkata: isnadnya sahih. Dipersetujui oleh al-zahabi. Juga dikeluarkan oleh al-thahawi dengan lafaz yang sedikit berbeza di dalam syarh ma‘ani al-atsar, jilid. 2, m/s. 56.

Page 22

Page 23: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan janji kepada aku

untuk berpegang teguh kepadanya. Maka aku bersabar untuk berpegang teguh kepadanya.29

3.3.5 Diriwayatkan oleh Saidina Uthman bin Affan tentang mengistimewakan sahabat

dengan sahabat yang lain.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar ra. berkata:

“Pada zaman Rasulullah saw. Kami tidak menyamakan Abu Bakar ra. dengan sahabat

yang lain kemudian Umar ra. Dan kemudian Utsman. Setelah itu kami tidak

mengistimewakan antara satu sahabat dengan sahabat yang lain.”

3.3.6 Diriwayatkan oleh Saidina Uthman bin Affan tentang mendirikan masjid kerana

Allah swt.

Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untukknya

rumah di syurga."

3.3.7 Diriwayatkan oleh Saidina Uthman bin Affan tentang mengajar Al-Quran.

Nabi Muhammad S.A.W menerangkan tentang penurunan wahyu dan mengarahkan

parasahabat untuk menghafalnya. Pelbagai langkah dan usaha telah diambil oleh Rasulullah

S.A.W untuk memastikansetiap ayat yang dihafal oleh para sahabat terus terpelihara.

Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Uthman bin'Affan yang bermaksud:"Uthman bin

'Affan meriwayatkan bahawa kedudukan Al-Quran dan mempelajarinya.

29 Hadis sahih: dikeluarkan oleh al-tirmizi dan dinilai sahih oleh al-albani dalam shahih sunan al-tirmizi – hadis no: 3711 (kitab al-manaqib, bab berkenaan manaqib uthman). Selain itu dikeluarkan oleh ahmad di dalam musnadnya, jilid. 1, m/s. 57.

Page 23

Page 24: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Orang yang paling tinggi kedudukannya diantara kamu (Muslim) adalah mereka yang

mempelajari al-Quran dan mengajkarnya"30

3.4 Kesimpulan 1. Hadith di masa Khulafa Rosyidin diatur ketat dan periwayatan hadist diharuskan dengan teliti agar periwayatan itu benar dan sesuai dengan apa yang didengarnya dari Nabi.

2. Teliti dalam menriwayatkan hadist khususnya di bawah pemerintahan Abu Bakar dan Umar bukan berarti menyedikitkan riwayat atau penyebaran hadist. Maksud lain dari perintah itu adalah orang-orang yang baru masuk Islam lebih memfokuskan diri belajar Al-Quran terlebih dahulu.

3. Para sahabat yang sedikit meriwayatkan hadist pada waktu itu pada dasarnya meniliti terlebih dahulu apa yang akan diriwayatkannya dengan berkonsultasi dengan sahabat lainnya. Agar periwayatan tidak salah karena adanya ancaman keras daripada Nabi Saw jika berdusta atas namanya.

4. Para sahabat yang banyak meriwayatkan hadis ketika itu mereka telah meniliti terlebih dahulu dan telah yakin bahawa apa yang diriwayatkan itu sesuai dengan apa yang didengarnya dari Nabi Saw.

5. Ketelitian dan ketakutan sahabat ini sangat beralasan karena Ilmu Islam bukanlah hanya bicara tanpa ilmu pengetahuan, namun diharuskan mengisi akal dan hati dengan ilmu terlebih dahulu. Banyak bicara, banyak berdiskusi apalagi banyak mengkritik yang tidak berlandaskan ilmu yang memadai tidak akan berbuah solusi dan manfaat.

6. Para sahabat yang pernah di didik dan diajar oleh Nabi Saw sendiri tidak pernah puas dengan apa yang dilihat dan didengarnya dari Nabi Saw. Namun mereka tetap mencari ilmu tanpa lelah. Karena mencari ilmu Islam adalah salah sebab kecintaan mereka terhadap Nabi saw. Kecintaan mereka terhadap Al-Quran.

7. Sebab seseorang yang mencintai Islam, mencintai Al-Quran dan mencintai Sunnah pastilah dia tidak akan jemu dan lelah mencari ketiganya meskipun jauh letaknya.

30( sumber Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al-Qur’an Dan Pentateuch(Torah);Minda Madani Online karangan khairul nizam abd karim.)

Page 24

Page 25: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

BAB 4: JIHAD DAN SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A.

Saidina Uthman bin Affan merupakan antara contoh Khalifah yang boleh

dibanggakan dan harus menjadi teladan kepada semua umat Islam untuk mencontohinya.

Jihad dan sumbangannya didalam mengembangkan Islam terlalu besar. Antaranya:

4.1 Pembukuan Al-Quran.

4.2 Pembesaran Masjid Nabawi.

4.3 Menyebarkan Dakwah Islam.

4.4 Sayang Dan Cintakan Islam Melebihi Segalanya.

Minat dan kesungguhan yang tinggi untuk berdakwah dan ingin melihat Islam

tersebar luas.

Sayangkan Negara Islam dan bersungguh-sungguh dalam mempertahankannya

daripada dicerobohi musuh.

Memiliki harta yang banyak untuk dibelanjakan dalam berjihad menentang musuh

Islam.

Mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam diri.

4.5 Bidang Ketenteraan.

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara

dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang

dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman

kegemilangan mereka.

Page 25

Page 26: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Hadis Nabi SAW tentang kelebihan Saidina Uthman bin Affan, diriwayatkan oleh

Imam Bukhari dalam Sahihnya:

وقال النبي صلى الله علي##ه وس##لم: )من يحف##ر ب##ئر روم فله الجنة(. فحفرها عثم##ان، وق##ال: )من جه##ز

 جيش العسرة فله الجنة(. فجهزه عثمانMaksudnya: Beliau juga menjadi utusan Nabi SAW kepada kaum musyrikin di Mekkah.

Ketika Rasul Allah ingin menunaikan haji bersama kaum muslimin, sampai di suatu tempat

bernama Hudaibiyah, beliau mendapat khabar bahawa kaum musyrikin Quraisy sedang

bersiap-siap untuk berperang dengan Nabi SAW, maka beliau mengutus Saidina Umar r.a

tetapi Umar r.a. berpendapat Uthman r.a. lebih layak dihantar sebagai wakil muslimin untuk

ke Mekkah berunding dengan Abu Sufyan. 31

Saidina Uthman pergi ke Mekkah dan berjumpa dengan saudaranya Aban bin Said bin

Al-As. Beliau berjumpa dengan Abu Sufyan dan menyerahkan surat Nabi kepadanya.

Diceritakan Saidina Uthman r.a. masuk ke Mekkah bersama 10 orang sahabat untuk

menziarahi ahli keluarga mereka tetapi tidak disebut nama-nama mereka. Selepas berjumpa

dengan Abu Sufyan, kaum musyrikin menahan Uthman r.a. selama tiga hari sehingga

terdengar desas-desus bahawa Uthman r.a. telah dibunuh. Ditambah lagi dengan kelewatan

Saidina Uthman pulang sehingga kaum muslimin serta Rasul saw sendiri bimbang akan

keselamatan Saidina Uthman. Maka baginda Rasul saw dan kaum muslimin berbaiah untuk

berjuang sehingga ke titisan terakhir di bawah suatu pokok dinamakan Baiat Ar-Ridhwan.

Peristiwa ini digambarkan oleh Allah swt dalam kitab Al-Quran yang mulia.

4.6 Aspek Ekonomi:

Beliau merupakan seorang yang dermawan, yang mana beliau mendermakan hartanya

untuk Jaish Al-Usrah. Beliau menafkahkan hartanya untuk 1/3 dari kegunaan tentera Jaish

31 Diriwayatkan Daripada Sahih Muslim

Page 26

Page 27: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Al-Usrah iaitu sebanyak 950 unta dan 50 ekor kuda. Peristiwa Tentera Sukar [Jaish Al-Usrah]

ini berlaku ketika Perang Tabuk, digambarkan Allah dalam kitabNya yang mulia.

Firman Allah swt:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin

dan Ansar Yang mengikutnya (berjuang) Dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir

terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian

Allah menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha Mengasihani

terhadap mereka. .[ At-Taubah 117] 32

Menyumbangkan harta yang banyak pada jalan Allah swt .

Berjaya membentuk masyarakat yang mantap ekonominya.

Membeli telaga “Raumah” dengan harga 35 000 dinar yang yang kemudiannya

disedekahkan untuk kegunaaan orang ramai.

Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.

Memerdekaan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.

Uthman bin Affan saat mendengar ucapan Rasulullah saw, dia menyiapkan dua ratus

unta berpelana untuk melakukan perjalanan ke As-Sham, dan mereka semua

disiapkan dengan 200 auns emas sebagai sumbangan. Dia menyumbangkan 1000

dinar dan meletakkannya ke atas riba Nabi. Uthman bin Affan memberi sumbangan

dengan menambah 900 unta dan 100 kuda, selain wang yang diberikan. Melihat

kedermawanan Usman bin Affan, nabi membuat pernyataan berikut: “Dari pada hari

ini, tidak akan ada apa yang akan membahayakan Uthman bin Affan walaupun apa

yang dilakukannya.”

32 Surah At-Taubah Ayat 117; Al-Quran Terjemahan.

Page 27

Page 28: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

BAB 5: KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SAIDINA UTHMAN

BIN AFFAN R.A.

5. 1 KEFAQIHAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A.

Saidina Uthman telah membenarkan umat Islam memiliki tanah yang pada asalnya

kepunyaan orang-orang kafir zimmi. Kaum muslimin berjaya menawan negeri tersebut dan

para penduduknya mestilah membayar ufti setiap tempoh tertentu. Sebaik sahaja beliau

menerajui empayar Islam beliau telah mengeluarkan pernyataan bahawa kaum muslimin yang

ada kemampuan dari segi kewangan boleh membeli tanah-tanah tersebut agar hak pemilikan

dapat dipindahkan dari tangan orang-orang Majusi dan ahli kitab ke tangan umat Islam.

Pembelian tanah ini adalah suatu perkara yang baik dan diterajui pula oleh para

pemilik asal tanah-tanah tersebut. Para sahabat besar amat bersetuju dengan pandangan

Uthman tersebut dan diantara mereka yang telah membeli tanah – tanah tersebut termasuk

Abdullah bin mas’ud yang sebelum ini berpandangan bahawa tanah-tanah ini tidak boleh

dibeli. Tetapi apabila Uthman mengeluarkan fatwa demikian beliau terus bersetuju dengan

pandangan Uthman itu kerana beliau nampak ada kebaikan di sebalik pertanyaan yang

Uthman keluarkan.

Seorang lelaki bernama Al-A’war telah mencucuk mata seorang lelaki lain yang

bernama Salim. Kes itu segera dihadapkan kepada Uthman tetapi Uthman tidak menjatuhkan

hukuman qisas ke atas al-Awar tetapi mengenakan diyat.

Uthman berkata :

“ Jika Al-A’war mencucuk mata orang lain selain dari Salim dia tetap juga akan dikenakan

diyat kerana merosakkan mata seseorang samalah seperti melumpuhkan segala kekuatan

orang itu untuk bekerja atau berperang. Jumlah diyat itu ialah sebanyak seratus ekor unta

yang mesti dibayar kepada orang yang telah dicucuk matanya. (Al-A’war ialah seorang

Page 28

Page 29: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

lelaki bermata cerah dan tajam. Dia mampu melihat anak bulan ramadhan . kebolehannya

bukan sahaja telah disaksikan oleh Uthman tetapi juga oleh para sahabat besar yang lain).

Uthman pernah membaca surah Sad di atas mimbar, kemudian beliau pun turun dan

bersujud sedangkan beliau dibolehkan untuk tidak bersujud. Namun kadang-kadang beliau

juga tidak turun dari mimbar untuk bersujud . Walau apa-apun perbuatan beliau itu adalah

sah. Beliau sengaja melakukan demikian demi mengajar orang lain.

Daripada Abdul Rahman bin Halib menceritakan bahawa dia pernah mengerjakan

umrah bersama Uthman bin Affan. Semasa kami semua berada di Rouha beliau telah

dihidangkan dengan daging seekor burung.

Saidina Uthman berkata: “ makanlah kamu semua.” Sedangkan beliau sendiri tidak mahu

memakannya. Amru bin al-As bertanya: “ Apakah kami harus makan sedangkan tuan tidak

pula memakannya?” Jawab beliau: “ Aku bukan seperti kamu. Burung itu diburu untukku. Ia

juga disembelih keranaku.”

Uthman telah dihadiahkan dengan daging beberapa ekor burung. Pada masa itu beliau

sedang berihram bersama beberapa orang jemaah haji yang lain. Beliau terus menyuruh

supaya daging itu dimasak. Setelah masak daging itu pun dihidangkan. Semua orang makan

kecuali Ali. Ali sebenarnya menyangka bahawa pemburuan itu dilakukan oleh jemaah haji

yang sedang berihram itu.

Saidina Uthman pun berkata padanya; “ Demi Allah, kami tidak memburu, tidak menyuruh

orang lain supaya memburu dan kami juga tidak mengisyaratkan orang lain untuk berburu.”

Uthman berkata demikian kepada Ali kerana beliau sendiri sekian maklum bahawa

orang yang sedang berihram haram berburu. Orang yang berburu itu bukanlah orang yang

sedang berihram, dan setelah orang itu berjaya mendapat buruannya dia telah menghadiahkan

hasilnya itu kepada Uthman dan mereka yang bersamanya.

Page 29

Page 30: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Dinar Al-Aslami pernah bertanya pada Uthman tentang hukum menyetubuhi dua

orang hamba perempuan.

Uthman menjawab: “Aku menghalalkanya bergantung kepada sebuah ayat dan aku juga

mengharamkanya bergantung kepada ayat yang lain, namun aku tidak akan melakukannya.

Ayat yang membolehkan aku menghalalkannya.

Firman Allah swt:

Maksudnya : kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka

tidak tercela: -( surah Al-mu’minun: 6 )33

Manakala ayat yang menyebabkan aku mengatakan ia haram ialah firman Allah swt:

Maksudnya : diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang

berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-

saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu Yang

lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan, dan ibu-ibu kamu Yang telah

menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-

anak tiri Yang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi

kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan

mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu

berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. Dan

diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu),

33 Surah Al-Mu’minun Ayat 6; Al-Quran Terjemahan.

Page 30

Page 31: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

kecuali Yang telah berlaku pada masa Yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-nisa: 23) 34

Saidina Uthman berpandangan bahawa wuduk adalah satu ibadah. Oleh itu beliau tidak

suka bercakap semasa sedang berwuduk sekalipun percakapan itu hanya menjawab salam.

Jika ada orang yang mengucapkan Salam kepadanya semasa beliau berwuduk maka beliau

tidak akan membalas salam itu sehinggalah beliau selesai berwuduk.

Saidina Uthman pernah berkata:

“Aku pernah melihat Rasulullah saw berbuat demikian”.

Beliau berpendapat bahawa seorang pemimpin yang kaya tidak harus mengambil sesuatu

daripada wang negara( sekalipun wang gaji). Beliau sendiri tidak pernah mengambil sesuatu

daripada Baitul Mal.

Saidina Uthman adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. Yang berilmu pengetahuan

yang tinggi dan luas namun beliau lebih suka bermesyuarat dan akan memanggil Ali bin Abu

Talib, Talhah dan Az-Zubair untuk berbincang jika ada sesuatu perkara yang ingin

diselesaikanya dan apabila berbincang beliau akan membentangkan hujah dan pandangannya

kepada mereka. Ini adalah bukti yang menunjukkan betapa beliau seorang yang berilmu

tinggi tetapi selalu merendah diri.

Rasulullah saw bersabda:

“Siapa saja yang menggali Sumur Rumata maka untuknya surga.” Maka sumur tersebut

digali oleh Uthman. 35

Persaksian Ibnu Umar ra. Tentang Keistimewaan Uthman dan Pembelaannya

Terhadap Beliau.

34 Surah An-Nisa’ Ayat 23; Al-Quran Terjemahan.35 Diriwayatkan Oleh Hadis Bukhari.

Page 31

Page 32: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Diriwayatkan dari Uthman bin Mauhab,d ia berkata, “Seorang lelaki datang dari

Mesir untuk melaksanakan haji, lantas dia melihat suatu kaum sedang duduk-duduk, dia

bertanya, ‘Siapa mereka?’ Mereka mengatakan, ‘Mereka adalah kaum Quraisy.’ Dia

bertanya lagi, ‘Siapa yang paling mengetahui di antara mereka?’ Mereka jawab, ‘Abdullah

bin Umar ra..’ Kemudian ia berkata kepadanya, ‘Wahai Ibnu Umar ra., aku ingin bertanya

sesuatu kepada anda maka tolong dijawab! Apakah anda tahu bahwa Utsman lari

meninggalkan pasukan pada perang Uhud?’ Ibnu Umar ra. menjawab, ‘Benar.’ Dia kembali

bertanya, ‘Apakah anda tahu bahwa dia tidak ikut dalam perang Badar?’ Ibnu Umar ra.

menjawab, ‘Benar.’ Dia kembali bertanya, ‘Apakah anda tahu bahwa ia tidak ikut pada

Bai’at Ridhwan?’ Ibnu Umar ra. menjawab, ‘Benar.’ Lelaki itu berkata, ‘Allahu Akbar. Ibnu

Umar ra. berkata, ‘Kemarilah aku akan jelaskan kepadamu tentang permasalahan tersebut.

Adapun mengenai larinya beliau dari perang Uhud sesungguhnya dia telah mendapat

ampunan dari Allah SWT, dia tidak dapat ikut serta dalam perang Badar kerana dia sedang

disibukkan mengurus isteri beliau yakni putri Rasulullah saw yang sedang sakit.

Rasulullah saw bersabda kepada:

‘Sesungguhnya engkau mendapatkan pahala seorang yang ikut serta dalam perang

Badar dan engkau juga mendapatkan bagian pada harta rampasannya.‘

Adapun ketidak ikutsertaan beliau pada Bai’at Ridhwan, kalaulah sekiranya ada

seorang yang lebih terhormat di Kota Makkah selain Uthman tentunya Rasulullah saw akan

menggantikan Uthman dengan orang tersebut. Namun Rasulullah saw. tetap mengirimkan

Uthman ke Makkah dan Bai’at Ridhwan terjadi setelah kepergian Uthman ke Makkah,

Rasulullah saw. Mengisyaratkan dengan tangan kanannya.

Rasulullah saw bersabda:

‘Ini adalah tangan Uthman.’ Lantas menepukkannya dengan tangan beliau dan

bersabda, ‘Ini adalah bai’at Uthman.’ Ibnu Umar ra. berkata kepada lelaki itu, ‘Nah

bawalah berita ini kerana sekarang engkau sudah tahu”.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. berkata:

Page 32

Page 33: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

“Pada zaman Rasulullah saw, kami tidak menyamakan Abu Bakar ra dengan sahabat yang

lain kemudian Umar ra. dan kemudian Uthman. Setelah itu kami tidak mengistimewakan

antara satu sahabat dengan sahabat yang lain.”

5.2 Khabar Gembira Bahawa Beliau Mati Syahid.

Diriwayatkan dari Qatadah bahwa Anas bin Malik berkata:

“Rasulullah saw memanjat gunung Uhud bersama Abu Bakar r.a. , Umar ra. dan Uthman

lantas gunung tersebut bergetar.

Rasulullah saw bersabda:

“Tenanglah wahai Uhud! Aku perkirakan beliau menghentakkan kakinya tidak ada siapa-

siapa di atasmu melainkan hanya seorang Nabi, Ash-Shiddiq dan dua orang syahid”.

5.3 Kesungguhan Beliau Dalam Beribadah.

Telah diriwayatkan daripada berbagai jalur bahawa beliau pernah solat dengan

mambaca semua Al-Quran pada satu rakaat di Kamar Al-Aswad pada musim haji. Dan ini

adalah ketekunan beliau. Kami telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa berkata

tentang firman Allah swt.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang

beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (adzab)

akhirat dan mengharapkan rahmat Rabbnya.” (Az-Zumar Ra.: 9)36.

Yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah Uthman bin Affan ra. Ibnu Abbas berhujah

seperti Firman Allah SWT:

36 Surah Az-Zumar ayat 9; Al-Quran Terjemahan.

Page 33

Page 34: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Maksudnya :“Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan dia

berada pula di atasjalan yang lurus.” (An-Nahl: 76) 37

Ibnu Abbas berkata:

Maksudnya adalah Uthman bin Affan ra, Hassan berkata, “Berkorban hingga beruban

sebagai tanda sujud, memotong malam dengan bertasbih dan membaca Al-Quran”.

BAB6: PENUTUPSABDA-SABDA RASULULLAH SAW:

37 Surah An-Nahl ayat 36; Al-Quran Terjemahan.

Page 34

Page 35: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

“Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai

menantu”.

“Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman”.

“Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku didalam

syurga”.

Di zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana

banyak mengorbankan harta benda dan kekayaannya untuk membela agama Allah. Salah

seorang diantara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saidina Uthman Bin Affan ra

selain daripada beliau Saidina Abu Bakar Al-siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain

lagi. 38

Uthman bin Affan, dikenal sebagai Abu Abdillah, dilahirkan di Makkah. Dzunnurrain

merupakan julukan kehormatannya kerana mengahwini dua puteri Nabi. Beliau termasuk

keluarga besar Umayyah dari suku Quraisy, dan salasilah pertaliannya dengan Nabi adalah

generasi kelima. Setelah melalui pendidikan dasarnya, Uthman menjalankan usaha nenek

moyangnya yang menjadi pedagang Arab terkemuka. Beliau merupakan sahabat dekat Abu

Bakar, khalifah Islam pertama. Adalah Abu Bakar yang membawa berita pertama kali tentang

Islam kepadanya. Bersama dengan Thalhah bin Ubaidillah, beliau masuk Islam langsung

melalui Nabi. Beliau sempat diseksa dengan kejam oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Hakim

kerana memeluk Islam, namun Uthman tetap pada pendiriannya. Atas perintah Nabi saw,

Saidina Uthman berhijrah ke Abessinia bersama kaum Muslimin lainnya. Beliau berada di

bawah Abu Bakar dan membantu dana kewangan kepada Islam di masa-masa awalnya.

Beliau mengabdikan diri dengan sepenuhnya walaupun harus mengorbankan

perdagangannya. Beliau berperanan aktif dalam dewan agama Islam. Meninggalkan harta

bendanya kemudian berhijrah ke Madinah bersama kaum Muslimin lainnya. Saidina Uthman

juga membeli tanah yang berbatasan dengan masjid Nabi di Madinah, kerana bangunan

ibadah tidak lagi mampu menampung Muslimin yang dating solat di masjid tersebut. Dengan

menggunakan duitnya sendiri pula Uthman membiayai perluasan masjid itu. Semasa hidup

Nabi, kecuali dalam perang Badar, Uthman senantiasa berperanan serta dalam setiap

peperangan mempertahankan agama Islam yang baru berkembang. Pada perang Badar, Nabi

meminta Uthman menjaga isterinya, Ruqayyah, yang sedang dalam sekaratul maut.

38 Buku Biografi Gemilang Uthman bin Affan (Dzin Nurain), karangan Mahmud Syakir.

Page 35

Page 36: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Selama masa pemerintahan Abu Bakar dan Umar, Uthman menjadi pejabat yang dipercayai

sebagai anggota terkemuka dewan inti, dan pendapatnya tentang masalah kenegaraan yang

penting-penting selalu didengarkan. Beliau satu di antara dua orang yang diajak berunding

oleh Abu Bakar menjelang wafatnya, untuk membicarakan soal pengangkatan Umar sebagai

penggantinya. Saat akan meninggal Umar mengajukan enam calon khalifah yang salah satu

di antaranya akan dipilih menggantikan dirinya. Empat calon mengundurkan diri, sehingga

tinggal Uthman dan Ali sebagai kontestan. Kedua orang itu setuju menerima keputusan

Abdur Rahman ibnu 'Auf, yang pada hari ketiga memberikan suaranya untuk Uthman sebagai

khalifah Islam ketiga. Terpilihnya Uthman diikuti dukungan dan sumpah setia penduduk

Madinah kepadanya.

Enam tahun pertama pemerintahan Uthman ditandai dengan perluasan khilafah Islam yang

besar sekali, di samping tercapainya prestasi besar di bidang kehidupan lainnya. Hanya enam

bulan setelah pemilihan khalifah ketiga, orang Parsi memberontak melawan kekuasaan Islam.

Bekas raja Parsi, Yezdejird, yang berada di pembuangan, ada di balik pemberontakan ini,

yang didukung agen-agennya yang sangat aktif di seluruh negeri itu. Uthman langsung

menanggulangi pemberontakan itu dengan tangan besi, dengan mengirimkan bala bantuan

untuk memadamkan kerusuhan. Beliau mengejar pemberontak sampai ke luar perbatasan

Parsi, sehingga mendapatkan daerah tambahan baru. Menjelang tahun 30 H, daerah-daerah di

utara dan timur Parsi, termasuk Balkh, Turkistan, Heart, Kabul, Ghazni, Khorasan, Tus,

Meashapur, dan Merv jatuh ke tangan tentara Islam, dan dimasukkan ke dalam kerajaan

Islam. Sementara Yezdejird yang menyelamatkan diri, meninggal dalam pembuangan pada

tahun 32 H.

Kematiannya membawa perdamaian abadi di Parsi. Bahkan orang Turki dan Romawi di barat

laut Parsi dapat ditaklukkan. Orang Romawi dikejar sampai jauh melewati sebelah barat

perbatasan Parsi. Bendera Islam dipancangkan dengan perkasa di pantai-pantai Laut Hitam.

Pada tahun kedua kekhalifahan Uthman, orang Romawi menyerang Syiria melalui Asia

Kecil. Garnisun yang diketuai Muawiyyah, Gabenor Syiria, jumlahnya lebih kecil dari

Page 36

Page 37: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

pasukan pihak penyerbu, sehingga hampir saja mereka tidak dapat mengatasi situasi.

Datangnya bala bantuan baru mempercepat hancurnya pasukan Romawi dan musuh dikejar

sampai ke pantai Laut Hitam, Armenia, Azerbaijan, dan Asia Kecil jatuh ke tangan kaum

Muslimin, seperti juga Tiflis di Laut Hitam. Pada tahun 32 H, Muawiyyah mengepung

Konstantinopel. Di perbatasan dibangun benteng-benteng kuat untuk menahan gerak maju

tentara Romawi ke daerah kaum Muslimin.

Orang Romawi memasang batu loncatan di Mesir dan Afrika Barat dalam upaya menduduki

daerah Muslimin. Mereka merebut Alexandria dalam tahun 25 H (646 M), tapi tentara

Muslimin di bawah pimpinan Amr Ibnu Al-Ash segera merebut kembali Alexandria.

Gregorius, panglima pasukan Romawi di Tripoli mempunyai 120.000 prajurit. Mereka

merupakan ancaman yang terus-menerus bagi negara Muslimin di sekitarnya. Sepasukan

tentara yang kuat, termasuk veteran besar seperti Abdullah Ibnu Zubair, segera dikirim dari

Madinah untuk menghadapi situasi rawan itu. Tentara Romawi memberikan perlawanan

gigih, tapi dengan tewasnya panglima perang mereka di tangan Abdullah bin Zubair,

perlawanan musuh menjadi porak poranda dan kalah dengan menderita banyak korban jiwa.

Di bawah pemerintahan Uthman, kaum Muslimin pertama kalinya melancarkan perang laut.

Pada mulanya Khalifah melarang Muawiyyah menyerang Cyprus, kubu Romawi di

sepanjang perbatasan Syiria, sehingga merupakan bahaya laten bagi wilayah Muslimin. Dari

pulau yang strategik itulah orang Romawi melancarkan serangan beruntun ke pantai Syiria.

Dengan syarat-syarat tertentu, Uthman kemudian mengizinkan Muawiyyah menyerbu pulau

itu. Muawiyyah membangun sebuah Armada laut yang kuat, Armada pertama bagi Islam.

Cukup aneh juga dapat didudukinya Cyprus oleh Syiria tanpa banyak perlawanan.

Pada tahun 31 H (654 M) Romawi menyerbu Mesir dengan mengerahkan 500 kapal.

Gabernor Muslimin di Mesir menghadapi musuh dengan Armada yang kecil. Dia

mengikatkan kapal-kapalnya satu sama lainnya, dan dengan perang jarak dekat armada

Romawi dapat dikalahkan. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan angkatan laut Muslimin di

timur Laut Tengah.

Banyak alasan yang menjadi penyebab lahirnya pertikaian di antara kaum Muslimin, yang

Page 37

Page 38: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

memuncak dengan timbulnya pemberontakan terbuka terhadap kekuasaan Khalifah.

Disebabkan faktornya yang utama di balik persengkongkolan ini ialah kebencian kepada

kekuatan Muslimin, yang mendorong Ibn Saba dan para pengikutnya ingin membakarnya

dari dalam. Prinsip-prinsip demokrasi yang diterapkan dalam Islam, serta kesederhanaan dan

kesalehan Uthman yang tidak menginginkan terjadinya pertumpahan darah di antara sesama

Muslimin, memberi keleluasaan kepada komplotan jahat memfitnah dan merusak rezimnya.

Permintaan para penguasa lokal, yang daerahnya dilanda kerusuhan, agar diizinkan

menumpas para agitator sampai ke akar-akarnya, tidak menggoyahkan Khalifah yang tulus

itu.

Selama enam tahun pertama kekhalifahan Uthman, administrasi pemerintahannya tidak

kehilangan efektifitas, sama seperti para pendahulunya. Sedang kegiatan pembangunaan

bangsa tetap berlanjut. Setelah huru-hara di Parsi dipatahkan dengan tangan besi, batas-batas

negara diperluas. Perang laut yang diperkenalkan mendapat sukses besar, sedangkan negara

tidak kehilangan tenaga dan vitalitasnya. Semua itu merupakan ciri-ciri pertumbuhan luar

biasa kerajaan Islam selama pemerintahan Khalifah kedua. Tapi perbuatan buruk sejumlah

bekas orang Kristen dan Yahudi yang memeluk agama Islam dengan sikap mental yang

reserve, hanya demi mereguk keuntungan daripada prinsip demokrasi Islam tapi menolak

diberlakukannya pembatasan terhadap penyelewengan dan kelemahan moralnya, bertemu

secara utuh dalam diri pemimpin mereka yang pandai, Ibnu Saba, seorang Yahudi Yaman

yang baru memeluk agama Islam. Daerah Arab di Basrah, Kufa dan Fustat (Cairo), yang

dihuni orang non Hejaz, menjadi mangsa yang empuk bagi intrik keji Ibn Saba dan antek-

anteknya. Beliau menyebarluaskan intrik-intriknya ke seluruh Irak, Mesir, Kufa dan Fustat

yang menjadi pusat komplotannya terhadap Khalifah.

Sejauh batas kemampuan manusia, beliau menerapkan disiplin dengan keras dan tidak

memihak dalam menyelenggarakan keadilan. Ini terbukti daripada hukuman cambuk yang

dijatuhkannya kepada Gabenor Walid yang ada hubungan keluarga dengannya, kerana

dituduh pemabuk. Uthman juga memecat beberapa gubernur daripada suku Umayyah,

padahal mereka terbukti administrator yang pandai. Yang dijalankannya adalah menarik

unsur-unsur yang berintegritas, mampu dan dinamis, serta senantiasa mengikuti contoh

pendahulunya. Usahanya menjauhi nepotisme terbukti dengan tidak membiarkan putranya

yang berbakat, Abdullah bin Umar, mengisi sebuah jabatan pemerintahan. Maka hilanglah

Page 38

Page 39: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

sebuah senjata yang hendak ditodongkan pengacau kepada Khalifah. Namun ini tidak

membuat mereka berhenti. Nasihat-nasihat yang menyesatkan daripada sekretarisnya,

Marwan, juga menjadi salah satu sumber malapetaka bagi Uthman.

Akhirnya saat yang genting itu pun tiba. Para pemberontak mengepung Madinah, toh tekad

penduduk kota ingin membela khalifahnya sampai titik darah penghabisan tidak disetujui

Uthman. Beliau tidak menginginkan timbulnya pertumpahan darah di kalangan kaum

Muslimin. Tapi larangan itu tidak diindahkan Ali, yang menempatkan dua putranya berjaga-

jaga di pintu depan rumah Khalifah, yang siap mengorbankan nyawanya sendiri. Tindakan ini

juga dilakukan sejumlah orang lainnya. Di antara tuntutan beberapa pemberontak, Khalifah

menyetujui mengangkat Muhammad bin Abu Bakar sebagai gubernur Mesir. Dengan ini

pemberontak merasa puas dan lalu mereka menarik diri sehingga rendah topan keributan

yang siap melanda Madinah.

Tapi beberapa hari kemudian, para pemberontak muncul lagi dan kembali mengepung

Madinah. Ketika ditanya kenapa mereka mengulangi perbuatan itu lagi, para pemberontak

mengaku telah menemukan sepucuk surat rahasia Khalifah yang memerintahkan gubernur

Mesir memenggal kepala Muhammad bin Abu Bakar segera setelah ia tiba di sana. Mereka

tidak menunjukkan siapa kurir pembawa surat rahasia tersebut. Khalifah dengan keras

membantah adanya surat seperti itu. Para pemberontak kemudian memang menerima

pernyataan Khalifah, tapi mereka kini giliran mereka menuduh sekretaris Khalifah, Marwan,

sebagai yang bertanggung jawab atas pemalsuan surat keji tadi. Pemberontak menuntut agar

Marwan diserahkan kepada mereka, tapi Khalifah menolaknya sebelum ada bukti yang pasti

tentang perbuatannya. Para pemberontak tidak dapat menjawab dengan memuaskan

pertanyaan Ali, "Bagaimana mereka kembali bersama-sama pada waktu yang bersamaan,

sedangkan arah jalan mereka berlawanan?" Ali lalu menganggap surat tersebut palsu.

Khalifah yang saleh dan arif itu, dalam pidatonya di hadapan para pemberontak, berkata,

"Adapun perkara maut, aku tidak takut, dan soal mati bagiku hal yang mudah. Soal

bertempur, kalau aku menginginkannya, ribuan orang akan datang mendampingiku berjuang.

Tapi aku tidak mau menjadi penyebab tertumpahnya darah, walau setetespun, darah kaum

Muslimin."

Page 39

Page 40: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

Akhirnya puncak krisis datang juga. Banyak orang Madinah pergi ke Makkah untuk

menunaikan ibadah haji. Para pemberontak menganggapnya sebagai kesempatan yang baik

untuk melancarkan rencana jahat mereka. Mereka menyerang rumah Khalifah. Waktu itu,

karena tidak berani masuk melalui pintu gerbang yang di jaga putra-putra Ali yang gagah

berani, mereka memanjat dinding rumah di bagian belakang dan membunuh Khalifah tua

ketika beliau sedang membaca kitab suci Al-Qur'an. Toh Utsman berpulang dengan sangat

tenang. Jari manis isterinya terpotong ketika membela suaminya. Khalifah mati syahid pada

tanggal 17 Juni 656 M. itulah caranya mati. Ia memberikan jiwanya sebagai "pengorbanan

bagi solidaritas Muslimin." Pada waktu itu Uthman berumur 82 tahun, dan kekhalifahannya

berlangsung selama 12 tahun.

Khalifah Uthman telah menyumbangkan sejumlah wang yang sangat berharga bagi

perkembangan agama Islam. Seluruh harta bendanya diserahkan untuk digunakan Nabi saw.

Kedermawaannya luar biasa. Ketika terpilih menduduki jabatan khalifah, beliau tidak

mengambil apa pun dari Baitul Mal. Malahan melayani rakyatnya dengan hasil usaha

dagangnya sendiri. Sejarawan Islam yang ternama, Thabari, mengutip pidato khalifah Islam

yang ketiga itu sebagai berikut: "Ketika kendali pemerintahan dipercayakan kepadaku, aku

pemilik unta dan kambing paling besar di Arab. Sekarang aku tidak mempunyai kambing

atau unta lagi, kecuali dua ekor untuk menunaikan ibadah haji. Demi Allah tidak ada kota

yang aku kenakan pajak di luar kemampuan penduduknya sehingga aku dapat disalahkan.

Dan apa pun yang telah aku ambil dari rakyat aku gunakan untuk kesejahteraan mereka

sendiri. Hanya seperlima bagian yang aku ambil untuk keperluan pribadi (yaitu yang dari

Baitul Mal). Di luar itu tidak ada.Wang itu dibelanjakan untuk orang yang pantas

menerimanya, bukan untukku, tapi untuk kaum Muslimin sendiri. Tidak satu sen pun dana

masyarakat disalahgunakan. Aku tidak mengambil apa pun dari dana tersebut. Bahkan apa

yang aku makan, daripada nafkahku sendiri."

Prestasi tertinggi Uthman ialah berhasil dihimpun dan distandarkannya Al-Qur'an. Semasa

pemerintahannya, Islam tersebar luas ke daerah-daerah yang jauh, yang dihuni oleh berbagai

bangsa yang berbeda. Perbedaan pengucapan dan dialek di Arab membuat lahirnya

Page 40

Page 41: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

keanekaragaman cara membaca Al-Qur'an. Inilah yang membuat beliau menganggap

perlunya menyusun Al-Qur'an , yang dapat memberikan kesatuan pembacaan ayat-ayatya

secara baik dan benar di seluruh dunia.

Khalifah pertamalah, Abu Bakar, yang menyusun salinan Al-Qur'an standar setelah

membanding-bandingkannya dengan memakai bantuan sumber-sumber yang dapat dipercaya.

Salinan Al-Qur'an tersebut ada pada isteri Nabi. Beberapa salinan daripada jilid ini

dipersiapkan Khalifah setelah berkonsultasi dengan para sahabat Nabi yang terkenal, lalu

dikirim ke pusat-pusat kerajaan Islam untuk dijadikan bahan yang teratur. Untuk menghindari

perbedaan versi, semua salinan yang tidak otentik dibakar. Tindakan ini diambil atas

persetujuan semua sahabat dekat Nabi SAW, yang merupakan sebuah dewan yang menjamin

penyebarluasan salinan yang teratur tersebut. Tindakan tersebut diambil juga sesuai dengan

keinginan Nabi, yang menghendaki adanya penyusunan Al-Qur'an secara teratur.

Khalifah yang ketiga ini terutama terkenal karena integritas dan kesederhanaannya,

kesolehan, dan sikapnya yang rendah hati. Dalam hal kejujurannya, tidak seorang pun

meragukannya bahkan musuhnya sekalipun. Tidak syak lagi, beberapa orang tertentu telah

memanfaatkan kesederhanaan Uthman.

GLOSARI.Rujukan-Rujukan Buku Dan Kitab-Kitab

Page 41

Page 42: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

1. Buku Rujukan Teks Pendidikan Islam.

Nama pengrang :Mohd suki bin Usman, Muhammad Nazmii bin Desadan Rajal

Aldydin bin yahya.

Tahun terbitan ; 20003

Terbitan ; dewan bahasa dan pustaka.

2. Total Pro Pendidikan Islam.

Nama pengarang : Pengrang buku teks.

Tahun terbitan : 2007

Terbitan : sasbadi.

3. Rujukan Utama - Al-Bidayah Wa An-Nihayah Oleh Ibnu Kasir

4. Al-Makrifah Wa At-Tarikh 3/357

5. Musnad Ahmad 6/263

6. Al-Musnad 2/345, Fadhail As-Sahabah 1/450 Dan 723.

Ibnu Kasir mengatakan “Hanya AHmad yang meriwayatkan hadis ini dengan

sanadnya yang hasan jayyid”.

7. Zaadul Maad Oleh Ibnu Qayyim 3/411

8. Tarikh At-Tobari 4/283

9. Mu3jam Buldan 2/111

10. Buku Biografi Gemilang Uthman Bin Affan (Dzin Nurain), Karangan Mahmud

Syakir.

EMAIL DAN LAMAN WEB:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Uthman_bin_Affan

Page 42

Page 43: Saidina Uthman Full

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

http://wapedia.mobi/ms/Uthman_bin_Affan

http://sirah.blogsome.com/2005/09/20/uthman-bin-affan-radhiallahu-anh/

http://man999.tripod.com/Uthman_Affan.htm

http://dakwah.info/news-mainmenu-9/83-era-khulafa-ar-rasyidin/325-umar-bin-al-

khattab-radhiallahu-an

http://rajawalibiru.wordpress.com/2009/04/10/usman-bin-affan-ra-576m-656m-part2/

http://hbis.wordpress.com/2010/02/13/biografi-utsman-bin-affan-ra/

= Oleh Muhammad bin Shamil as-Sulami Makkah al-Mukarramah

http://sahabatrasul.blogspot.com/2009/03/utsman-bin-affan.html

http://iskandar-zulkarnaen1.tripod.com/usman.html

Page 43