kuis telah dilantik oleh pws menjadi ejen terimaan saham ... · wakaf pendidikan adalah sesuatu...

15
KUIS telah dilantik oleh PWS menjadi Ejen Terimaan Saham Wakaf Selangor (Wakaf Ilmi). Manakala PWS sendiri berfungsi sebagai badan penyelaras di dalam melaksanakan pembangunan harta dan produk wakaf di Selangor.

Upload: vuongnhi

Post on 26-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KUIS telah dilantik oleh PWS menjadi Ejen Terimaan Saham Wakaf Selangor (Wakaf Ilmi).

Manakala PWS sendiri berfungsi sebagai badan penyelaras di dalam melaksanakan pembangunan harta dan produk wakaf di Selangor.

KONSEP WAKAF PENDIDIKAN

Wakaf pendidikan adalah sesuatu yang disumbangkan dalam bentuk barangan, aset atau tunai yang akan dimanfaatkan secara berterusan dalam sektor

pendidikan demi untuk kepentingan awam. Ianya merupakan satu komponen wakaf yang konstruktif dan berpanjangan. Ianya juga selari dengan maksud “amal

soleh” dan “sedekah jariah” yang berterusan pahala kebaikannya selagi ia dimanfaatkan.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalannya kecuali tiga

perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang mendoakannya”.

-Hadith Riwayat Muslim-

PERPUSTAKAAN

BANGUNAN AKADEMIK BAHARU

PUSAT PELAJAR

MASJID AL-AZHAR

KOLEJ KEDIAMAN

BANGUNAN PENTADBIRAN

Sumbangan yang diperolehi daripada wakaf pendidikan ini bukan sahaja mampu membina sebuah institusi ilmu yang mendidik

generasi kita menjadi insan yang soleh dan cemerlang malahan pahala dan ganjaran yang diterima oleh pewakaf adalah

berpanjangan.

Sumbangan wakaf dapat membantu membangunkan ummah khususnya bidang pendidikan

Sumbangan Wakaf KUIS boleh disalurkan ke Akaun Wakaf Khas-KUIS

12038010117598 (Bank Islam Malaysia Berhad)

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Setiap penyertaan Skim Saham Wakaf Selangor akan melayakkan peserta menerima pengecualian cukai di bawah "Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967

(No Rujukan:LHDN 01/35/42/51/179-1) pada tahun semasa.

Pertanyaan berkenaan Saham Wakaf KUIS hubungi:-

Bahagian Pengurusan Yayasan, Wakaf & Zakat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

03 8925 4251 sambungan 1106

03 8926 6937