sadn 1043 hubungan etnik 1

24
SADN 1043 Hubungan Etnik 218228 1. Pendahuluan Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan,Papua New Guinea di pulau Papua, dan Timor Timur/Timor Leste di pulau Timor. Sejarah Indonesia meliputi suatu rentetan waktu yang sangat panjang. Terdapat pelbagai waktu dalam sejarah negara Indonesia. Sejarah Indonesia boleh terbahagi kepada lima waktu iaitu era pra kolonial, era kolonial,era kemerdekaan, era Orde Baru dan juga era reformasi iaitu waktu petadbiran Indonesia sekarang. Sejarah Indonesia banyak dipengaruhi oleh bangsa lainnya. Kepulauan Indonesia menjadi wilayah perdagangan penting setidaknya sejak abad ke-7, yaitu ketika Kerajaan Sriwijaya di Palembang menjalin hubungan agama dan perdagangan dengan Tiongkok dan India. Kerajaan-kerajaan Hindu dan Buddha telah tumbuh pada awal abad Masehi. Diikuti para pedagang yang membawa agama Islam, serta berbagai kekuatan Eropa yang saling bertempur untuk memonopoli perdagangan rempah-rempah Maluku semasa era penjelajahan samudra. Setelah berada di bawah penjajahan Belanda, Indonesia yang saat itu bernama Hindia-Belanda menyatakan 1

Upload: azreen-king

Post on 03-Jan-2016

138 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

assignment SADN Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

1. Pendahuluan

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara

(Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan

antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia

di Kalimantan,Papua New Guinea di pulau Papua, dan Timor Timur/Timor Leste di pulau

Timor.

Sejarah Indonesia meliputi suatu rentetan waktu yang sangat panjang. Terdapat pelbagai

waktu dalam sejarah negara Indonesia. Sejarah Indonesia boleh terbahagi kepada lima waktu

iaitu era pra kolonial, era kolonial,era kemerdekaan, era Orde Baru dan juga era reformasi

iaitu waktu petadbiran Indonesia sekarang.

Sejarah Indonesia banyak dipengaruhi oleh bangsa lainnya. Kepulauan Indonesia menjadi

wilayah perdagangan penting setidaknya sejak abad ke-7, yaitu ketika Kerajaan Sriwijaya di

Palembang menjalin hubungan agama dan perdagangan dengan Tiongkok dan India.

Kerajaan-kerajaan Hindu dan Buddha telah tumbuh pada awal abad Masehi.

Diikuti para pedagang yang membawa agama Islam, serta berbagai kekuatan Eropa yang

saling bertempur untuk memonopoli perdagangan rempah-rempah Maluku semasa era

penjelajahan samudra. Setelah berada di bawah penjajahan Belanda, Indonesia yang saat itu

bernama Hindia-Belanda menyatakan kemerdekaannya di akhir Perang Dunia II, tepatnya 17

Ogos 1945.

Indonesia telah melalui zaman kemerdekaan selama 67 tahun dan telah melalui pelbagai

suasana pahit manis sepanjang zaman sejarahnya yang tersendiri. Indonesia sendiri terdiri

daripada pelbagai bangsa dan etnik. Disebabkan itu negara Indonesia kaya dengan

kebudayaan dan warisan.

1

Page 2: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

2. Asal Usul,Perkembangan dan Kedudukan Indonesia

2.1 Asal usul Indonesia

Indonesia atau lebih dikenali sebagai kepulauan Nusantara terletak di Asia tenggara

berdekatan laut Sulawesi. Bagi sesetengah negara di eropah, negara Indonesia dikenali

sebagai kepulauan rempah. Ini adalah kerana Indonesia merupakan pengeluar rempah

ratus yang terkenal selepas India.

Nama Indonesia mula dikenali di eropah pada kurun ke-19. Indonesia digunakan pertama

kali dalam penulisan daripada G. W. Earl pada thun 1850 dan J. R. Logan iaitu tahun

1850 dalam penulisan etnik bertajuk ‘Journal of Indian Archipelago’ yang di terbitkan

pada kurun ke-19.

Pada tahun 1880 nama ‘Indonesia’ telah digunakan secara rasmi oleh British, Jerman dan

juga Belanda. Pada ketika itu, penulis etnik seperti Adolf Bastian, G.A. Wilken dan juga

H. Kern telah memperkenalkan nama ‘Indonesia’ ke dalam pengajian Belanda. Ini adalah

disebabkan Belanda adalah negara yang paling lama menjajah ke atas Indonesia iaitu

selama 350 tahun.

Nama Indonesia kembali muncul pada tahun 1884 ketika seorang guru besar etnologi dari

Universitas Berlin yang bernama Adolf Bastian menerbitkan buku yang berjudul

Indonesien Oder Die Inseln Des Malayischen Archipel (Indonesia atau Pulau-pulau di

Kepulauan Melayu) yang memuat tentang hasil penelitiannya ketika berada di Nusantara

pada tahun 1864 sehingga 1880. Buku karya Adolf Bastian itu pulalah yang

mempopularkan nama Indonesia di kalangan sarjana Belanda.

Sementara itu di dalam negeri, istilah Indonesia pertama kali digunakan secara mulanya

pada tahun 1908 oleh sebuah organisasi pelajar Indonesia yang terdapat di Belanda

bernama Indonesische Vereeniging (Perhimpunan Indonesia). Istilah indonesia juga

digunakan pada saat Kongres Pemuda II pada tahun 1928 yang menghasilkan perkara-

perkara yang penting tentang persatuan Indonesia.

Namun begitu, ada perdebatan dan perbincangan mengenai asal usul nama ‘Indonesia’

ini. Pada tahun 1920, Mohammed Hatta sebagai seorang yang menyanjung tinggi negara

Indonesia telah bertanyakan perihal bagaimana ‘Indonesia” dikenali dan dicipta. Beliau

telah di sokong oleh sebahagian pelajar Indonesia yang belajar di Leiden, Belanda.

2

Page 3: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

Nama Indonesia sebenarnya diambil daripada ringkasan kepada kepulauan India atau

lebih dikenali sebagai Indian Archipelago. Seperti mana Malaysia pada ketika itu dikenali

sebagai Tamah Melayu yang dijajah oleh British. Tokoh-tokoh lain yang menyebut

Indonesia iaitu Adolf Bastian (1884), Van Volenhoven, Snouck Hurgronnje, Kern, dan

lain- lain.

Pada tanggal 28 oktober 1928 terjadinya sumpah pemuda bermula pada saat itulah

perkataan Indonesia dipakai untuk pertama kali sebagai identiti nasional, dan negara.

Belanda telah memecahkan kawasan kepulauan dengan kawasan tanah utama untuk

memudahkan mereka mentadbir ketika era penjajahan Belanda. Tradisi ini adalah konsep

yang sama digunakan British di Tanah Melayu.

Cara pentadbiran seperti ini adalah bertujuan untuk menyekat semangat kenegaraan dan

pada masa yang sama kaedah ini juga menyebabkan identiti sesuatu bangsa itu akan

hilang dengan sendirinya. Selain itu, Belanda mengamalkan corak pemerintahan pecah

dan perintah bagi tujuan mengaut sepenuhnya keuntungan hasil kekayaan sumber bumi di

Indonesia.

2.2 Identiti Negara Indonesia

Satu kajian tentang identiti Melayu dan Indonesia oleh sosial saintis telah diadakan pada

5 hingga 9 Julai 1993 bertempat di University of Hull. Pada keseluruhan perbincangan

yang berlangsung itu, populasi kehidupan di Asia Tenggara merupakan perkara utama

yang didiskusikan. Di sana, mereka membincangkan tentang gambaran etnik yang

terdapat dalam dunia Malay-Indonesia.

Selain itu, turut menjadi bahan perbincangan adalah hubungan antara kaum-kaum yang

berlainan bangsa dan budaya. Antara benda yang kita ketahui daripada perbincangan itu

ialah identiti bagi masyarakat Indonesia adalah terbahagi kepada dua iaitu semangat

kenegaraan yang tinggi dan juga kelas bawahan.

Identiti nasional Negara Indonesia berasal dari kata "national identity" yang dapat di

ertikan sebagai "keperibadian internasional" atau "jati diri nasional". Identiti adalah jati

diri yang dimiliki oleh suatu bangsa. Identiti bangsa Indonesia adalah berbeza berbanding

dengan identiti bangsa Australia, bangsa Amerika dan bangsa lainnya. Identiti itu

terbentuk kerana bangsa.

3

Page 4: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

Indonesia mempunyai pengalaman bersama, sejarah yang yang sama, dan penderitaan

yang sama dan juga terbentuk melalui semangat saling kerjasama antara kelompok yang

satu dengan kelompok yang lain.

Identiti yang terdapat di Indonesia boleh terbahagi kepada empat iaitu suku bangsa,

agama, kebudayaan dan bahasa,

a. Suku Bangsa

Suku Bangsa adalah golongan sosial yang khusus yang sudah ada sejak lahir,

yang sama coraknya dengan golongan umur dan jenis kelamin.

b. Agama

Bangsa Indonesia dikenali sebagai bangsa yang agamis. Agama yang berkembang

di indonesia antara lain ialah Islam, Kristian, Katholik, Budha dan Kong Hu Cu.

Agama Kong Hu Cu pada peringkat permulaannya tidak diakui sebagai agama

rasmi indonesia namun sejak pemerintahan Presiden Abdurrahman Wahid, istilah

agama rasmi dihapuskan.

c. Kebudayaan

Kebudayaan merupakan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang

berisikan perangkat-perangkat atau model-model pengetahuan yang secara

kolektif digunakan oleh pendukung-pendukungnya untuk menafsirkan dan

memahami lingkungan yang dihadapi dan digunakan sebagai pedoman untuk

bertindak dalam bentuk kekuatan dan benda-benda kebudayaan.

d. Bahasa

Bahasa merupakan unsur komunikasi yang dibentuk atas unsur-unsur bunyi

ucapan manusia dan digunakan sebagai cara untuk berinteraksi antara manusia.

Kita tahu bahwa identiti nasional atau jati diri nasional itu adalah jati diri yang dimiliki

warga negara dan suku bangsa dari suatu negara. Identiti nasional atau jati diri nasional

itu ada dalam interaksi, maka dapatlah kita katakan bahwa jati diri itu diperlukan dalam

interaksi.

Terdapat didalam setiap interaksi para pelaku interaksi mengambil suatu posisi dan

berdasarkan posisi tersebut individu yang menjalankan peranan-peranannya sesuai

4

Page 5: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

dengan corak interaksi yang berlangsung. Maka dalam berinteraksi orang berpedoman

pada kebudayaannya. Jika kebudayaan kita katakan sebahagian dari identitas nasional,

maka kebudayaan itu juga dapat dijadikan pedoman bagi manusia untuk berbuat dan

bertingkah laku.

3. Unsur-Unsur Etnik di Indonesia

Kelompok etnik atau suku bangsa adalah suatu golongan manusia yang anggota-anggotanya

mengidentifikasikan dirinya dengan sesamanya, biasanya berdasarkan garis keturunan yang

dianggap sama. Identiti suku pula boleh di definisikan sebagai pengakuan dari orang lain

akan ciri khas kelompok tersebut dan oleh kesamaan budaya, bahasa, agama, perilaku atau

ciri-ciri biologi.

Indonesia merupakan salah satu negara dengan mempunyai suku bangsa terbesar di dunia.

Terdapat sekurang-kurangnya 400 kelompok etnik di dalam wilayah negara ini. 

3.1 Etnik Jawa

Etnik Jawa  merupakan suku bangsa terbesar di Indonesia yang berasal dari Jawa

Tengah, Jawa Timur, dan Yogyakarta. Setidaknya 41,7% penduduk Indonesia merupakan

etnik Jawa. Selain itu, etnik Jawa banyak tinggal di Lampung, Banten, Jakarta,

dan Sumatera Utara. Di Jawa Barat mereka banyak ditemukan di Kabupaten

Indramayu dan Cirebon. Etnik Jawa juga memiliki sub-etnik, seperti etnik Osing, orang

Samin, etnik Bawean/Boyan, Naga, Nagaring, etnik Tengger dan lain-lain. 

Etnik bangsa Jawa lebih banyak menggunakan bahasa Jawa dalam pertuturan mereka

seharian. Bahasa Jawa terdapat perbezaan kosa kata dan intonasi yang berbeza sekiranya

dibandingkan dengan bahasa Melayu.

Kebanyakan etnik Jawa menganut agama Islam. Terdapat sebahagian kecil daripada

bangsa Jawa yang menganut agama Protestan dan Kristian. Terdapat juga yang etnik

Jawa yang mengamalkan agama Kejawen iaitu kepercayaan kepada benda-benda

animisme dengan pengaruh Hindu-Budha.

Majoriti orang Jawa berprofesi sebagai petani, namun di bandaraya mereka mendominasi

pejabat eksekutif, pejabat legislatif, pejabat kementerian dan ketenteraan. Orang Jawa

adalah etnik paling banyak di dunia artis dan model. Mereka juga banyak yang bekerja di

5

Page 6: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

luar negeri, sebagai buruh kasar dan pembantu rumah tangga selain mendominasi tenaga

kerja Indonesia di luar negeri terutama di negara Malaysia.

3.2 Etnik Sunda

Etnik Sunda adalah kelompok etnik yang berasal dari bahagian barat

pulau Jawa, Indonesia yang meringkumi wilayah  Jawa Barat, Banten, Jakarta,

dan Lampung. Etnik Sunda merupakan etnik kedua terbesar di Indonesia. Sekurang-

kurangnya 15,41% penduduk Indonesia merupakan orang Sunda.

Majoriti orang Sunda beragama Islam, akan tetapi terdapat juga sebahagian kecil yang

beragama kristian, Hindu, dan Sunda Wiwitan/Jati Sunda. Agama Sunda Wiwitan masih

bertahan di beberapa komunitas pedesaan Etnik Sunda, seperti di Kuningan dan

masyarakat suku Baduy di Lebak Banten yang berkerabat dekat dan dapat dikategorikan

sebagai suku Sunda.

Jati diri yang mempersatukan etnik Sunda adalah bahasanya dan budayanya. Orang

Sunda dikenal memiliki sifat optimistis, ramah, sopan, dan

riang. Orang Portugis mencatat dalam Suma Oriental bahawa orang sunda bersifat jujur

dan pemberani. Karakter orang Sunda yang periang seringkali ditampilkan melalui tokoh

popular dalam cerita Sunda iaitu Kabayan dan tokoh popular dalam wayang

golek iaitu Cepot, anaknya Semar. Mereka bersifat riang, suka bercerita, dan banyak akal,

tetapi seringkali nakal. Orang Sunda juga adalah yang pertama kali melakukan hubungan

diplomatik secara sejajar dengan bangsa lain.

Sang Hyang Surawisesa atau Raja Samian adalah raja pertama di Nusantara yang

melakukan hubungan diplomatik dengan Bangsa lain pada abad ke-15 dengan orang

Portugis di Melaka. Hasil daripada hubungan diplomatic tersebut dibentangkan

dalam Prasasti Perjanjian Sunda-Portugal. Beberapa tokoh Sunda juga menjawat jawatan

Menteri dan pernah menjadi wakil Presiden di kabinet.

Disamping prestasi dalam bidang politik (khususnya pada awal masa kemerdekaan

Indonesia) dan ekonomi, prestasi yang cukup membanggakan adalah pada bidang budaya

6

Page 7: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

iaitu banyaknya penyanyi, pelakon dan artis dari etnik Sunda yang memiliki prestasi di

peringkat nasional.

3.3 Etnik Orang Suku Laut

Etnik Laut atau sering juga disebut Orang Laut adalah suku bangsa yang

menghuni Kepulauan Riau, Indonesia. Secara lebih luas istilah Orang Laut merangkumi

"berbagai suku dan kelompok” yang bermukim di pulau-pulau dan muara sungai di

Kepulauan Riau-Lingga, Pulau Tujuh, Kepulauan Batam, pesisir dan pulau-pulau di lepas

pantai Sumatera Timur dan Semenanjung Malaysia bahagian selatan.

Sebutan lain untuk etnik Laut adalah Orang Selat. Etnik Laut kadang-kadang diistilahkan

dengan suku bangsa maritim ataupun dikenali Orang Lanun.

Mengikut sejarah, Orang Laut dulunya adalah perompak, namun berperanan penting

dalam Kerajaan Sriwijaya, Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor. Mereka menjaga

selat-selat, mengusir bajak laut, memandu para pedagang ke pelabuhan Kerajaan-

kerajaan tersebut dan mempertahankan daerah mereka di daerah tersebut.

Bahasa etnik Laut memiliki persamaan dengan Bahasa Melayu dan digolongkan sebagai

Bahasa Melayu Local’. Secara umumnya etnik Laut bekerja sebagai nelayan.

Seperti suku Bajau Orang Laut kadang-kadang di panggil sebagai "kelana laut", kerana

sifat mereka hidup berpindah-pindah di atas perahu.

3.4 Etnik Sasak

Etnik Sasak adalah bangsa yang mendiami pulau Lombok dan menggunakan bahasa

Sasak. Sebagian besar etnik Sasak beragama Islam, uniknya pada sebahagian kecil

masyarakat etnik Sasak, terdapat praktik agama Islam yang agak berbeza dengan Islam

pada umumnya yakni Islam Wetu Telu, namun hanya berjumlah sekitar 1% yang

melakukan perkara ibadah seperti itu. Ada pula sedikit warga suku Sasak yang menganut

kepercayaan pra-Islam yang disebut dengan nama "\Sasak Boda".

Asal nama Sasak kemungkinan berasal dari kata sak-sak yang dimaksudkan sebagai

sampan. Dalam buku negara Indonesia iaitu Kertagama, kata Sasak disebut menjadi satu

dengan Pulau Lombok. Ini boleh didefinaskan sebagai Lombok Sasak Mirah Adhi.

7

Page 8: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

Dalam tradisi lisan warga setempat kata sasak dipercaya berasal dari kata "sa'-saq" yang

membawa maksud yang satu. Kemudian Lombok berasal dari kata Lomboq yang bererti

lurus. Maka jika digabung kata Sa' Saq Lomboq ialah sesuatu yang lurus. Banyak juga

yang menerjemahkannya sebagai jalan yang lurus.

4. Masalah Pelbagai Etnik

Indonesia merupakan salah satu negara didunia yang mempunyai pelbagai etnik dengan lebih

dari 500 etnik dan menggunakan lebih dari 250 bahasa. Disebabkan ini, seperti mana negar-

negara lain yang mempunyai pelbagai bangsa dan etnik, timbul persoalan-persoalan

mengenai pengintegrasian berbagai etnik dalam kerangka memupuk semangat nasional yang

selalunya menjadi tema penting. Ironinya, setelah sekian puluh tahun kemerdekaan,

pertikaian antara etnik selalu saja terjadi.

a) Pelbagai Budaya di Indonesia

Masyarakat pelbagai budaya yang kuat terhadap etnik masing-masing menekankan

kebudayaan sendiri. Masyarakat majmuk menghasilkan batas-batas suku bangsa yang

didasari prasangka yang menghasikan keadaan sosial yang mementingkan kebudayaan

tersendiri sahaja. Dengan adanya masalah-masalah seperti kepelbagaian budaya yang

terdapat di Indonesia, sekiranya memiliki sikap pentingkan diri sendiri sahaja akan

menyebabkan akhirnya sampai kepada konflik Etnik. Hal-hal inilah yang akan di bahas

lebih jelas lagi dalam pembahasan sistem sosial Indonesia.

Mereka memberi penjelasan kepada fasal 32 UUD 1945 dengan peryataan: ”kebudayaan

bangsa Indonesia adalah puncak-puncak kebudayaan di daerah-daerah” dalam

perkembanganya, kebijaksanaan politik kebudayaan nasional. Kebudayaan daerah yang

menjadi satu lambang keunggulan etnik yang beragama (kebudayaan suku bangsa)

dinafikan, selanjutnya yang ada adalah kebudayaan di setiap pelusuk.

Peningkatan keragaman budaya masyarakat juga terjadi berkaitan dengan proses migrasi

dan faktor-faktor serupa migrasi. Proses migrasi tersebut mengarah pada penungkatan

keragaman etnik, agama yang meningkatkan heteregonitas komposisi penduduk acapkali

menimbulkan masalah di peringkat sosial.

8

Page 9: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

b) Sistem Stratifikasi Sosial

Meskipun kumuniti manusia tidak di rancang sesuai rencana, namun mereka tetap

tergolong sebagai sebuah komuniti. Ada prosedur-prosedur yang diakui dalam mencari

kerja, mengaplikasikan hak, memasukan anggota baru dalam kelompok, meminimumkan

persaingan dan konflik, dan membuat peraturan-peraturan. Pemahamam semacam ini

yang di didikkan dalam adat dan hukum disebut sebagai cara menyatukan masyarakat.

Cara di mana manusia diklasifikasikan dan di kelaskan merupakan bahagian penting dari

struktur masyarakat. Di semua masyarakat terdapat klasifikasi pada diri manusia. Mereka

dibezakan satu dengan yang lainya dalam hal etnik, budaya, usia,

dan kemampuan alamiah. 

Sebahagian masyarakat manusia di klasifikasaikan berdasarkan pekerjaan yang mereka

lakukan. Sementara dalam masyarakat lain merka di klasifikasikan berdasarkan sejarah

keluarga mereka (masyarakat feodalis), dan berdasarkan susunan hierarki. Dengan

demikian setiap orang di klasifikasikan dalam beberapa cara

tetapi kriteria yang paling penting adalah kriteria yang menentukan statusnya dalam

masyarakat.

Ketika berbicara tentang stratifikasi sosial, para ahli sosiologi akan menunjuk pada

ranking kategori masyarakat. Bukan ranking individu kerana kategori sossiologi

merupakan hasil perbandingan individu dalam masyarakatnya.

Beberapa orang hidup dalam kesamaan sementara lainya sebahagian hak-haknya tersebut

kerana status sosial mereka. Status merujuk pada kedudukan seseorang itu dalam

masyarakatnya.

Dalam masyarakat yang terstratifikasi, posisi di ranking berdasarkan susunan hierarki

kerana ada banyak kriteria untuk klasifikasi. Terdapat beberapa jenis stratifikasi sosial,

salah satu yang paling dikenal adalah sistem kelas, seperti sistem kelas di perancis yang

paling pertama di kembangkan di British setelah terjadi revolusi industri. Dalam kelas ini

erat kaitanya dengan hak-hak yang gelar aristroraksinya dan kekayaan lainya.

Stratifikasi sosial yang berlangsung di lingkungan masyarakat menampakan bahawa ia

adalah tidak terpelihara akibat oleh sistem aspirasi masyarakat, sehingga melahirkan

diskriminasi hak-hak pada umumnya.

9

Page 10: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

c) Pertuturan untuk Berkomunikasi

Negara Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai terlalu banyak bahasa yang

digunakan di dalam kehidupan masyarakat seharian. Bahasa yang paling banyak di

gunakan adalah bahasa Jawa dan juga bahasa Indonesia tulen iaitu menyerupai bahasa

Melayu.

Masalah utama adalah komunikasi antara satu etnik kepada etnik yang lain. Walaupun

telah di terapkan di peringkat sekolah, semua harus menggunakan bahasa Indonesia,

namun semangat pegangan etnik yang kuat menyebabkan masalah komunikasi tidak

dapat di elakkan.

Masing-masing dengan bahasa etnik masing-masing dan bersikap tidak mahu mengalah.

Ini akan menyebabkan pertelingkahan dan seterusnya tiada kemuafakatan antara satu

sama lain.

Selain itu, masalah komunikasi adalah masalah biasa yang akan di hadapi oleh

masyarakat yang berbilang etnik dan bangsa. Bukan sahaja di negara Indonesia, di

Malaysia juga terdapat masalah seperti ini.

Indonesia juga tidak boleh lari dengan masalah bahasa ini sehinggakan menjadi isu-isu

sensitif sekiranya terdapat perbahasan di dalam masyarakat. Seharusnya, sebagai sebuah

negara yang pelbagai etnik, kita haruslah menghormati dan memahami setiap etnik yang

terdapat di Indonesia.

Sikap asobiah perlulah di elakkan kerana sikap seperti ini tidak menguntungkan mana-

mana pihak sekali pun menang atau kalah. Janganlah hanya cinta yang mendalam

terhadap etnik masing-masing menyebabkan tragedi pertumpahan darah sesama

masyarakat.

d) Keagamaan

Sering kali agama dijadikan alasan penyebab terjadinya konfik antara etnik,

seperti halnya Tragedi Sampit.  Tragedi  Sampit sama sekali bukanlah disebabkan konfik

keagamaan. Konflik ini jelas kerana faktor pembentukan budaya dan juga

masalah keadaan sosial antara masyarakat asli setempat dengan masyarakat pendatang.

10

Page 11: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

Sangat tidak arif dan tidak bijaksana pihak- pihak yang mengkaitkan masalah ini dengan

isu agama. Meskipun krisis Sampit tidak menampakkan reaksi struktural yang signifikan,

tetapi secara substantif jelas krisis itu memiliki kesamaan, iaitu suatu konflik sosial yang

berlanjut pada tindakan kekerasan yang melibatkan orang-orang Madura. Semua orang

samada sedar atau tidak, seakan sudah memahami bahawa krisis Sampit adalah konflik

antara etnik.

Untuk mendeteksinya tidaklah terlalu sulit kerana simbol-simbol etnik dengan mudahnya

dikemas untuk memperkuat perpaduan yang sudah  terbentuk itu. Padahal, dari beberapa

sumber, terlalu naif jika krisis Sampit hanya dikatakan sebagai konflik bermotif etnik

sahaja.

5. Memupuk Semangat Nasionalisme Dalam Masyarakat

Indonesia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik, budaya dan

keagamaan. Rentetan itu, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah amat

mustahak. Walau bagaimanpun, kita mendapati semangat perpaduan dalam kalangan

masyarakat semakin merosot dari semasa ke semasa.

Sejak 17 Ogos 1945, penduduk Indonesia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum

hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam,

hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai.

Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu

Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Indonesia. Antara langkah-langkah

untuk menyemai semangat perpaduan ialah:

a) Peranan Ibu Bapa

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih

dikenali sebagai "role model" merupakan unsur primer yang efektif dan pragmatik untuk

menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar

menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat dan

karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan

majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan

11

Page 12: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat.

Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .

Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam

mengajar anak-anak mereka menghayati serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain

dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda

berpegang teguh kepada sejarah dan asas pembinaan negara untuk melahirkan masyarakat

yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa

turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat

istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum demi mengelakkan konflik antara

kaum.

b) Peranan kerajaan

i) Pendidikan

Dasar pendidikan negara perlulah mengutamakan kepentingan dan keperluan semua

kaum. Melalui dasar pendidikan, kerajaan tidak membezakan soal pelajaran dalam

menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat pelbagai kaum dan keturunan.

Bagaimanapun, kerajaan haruslah menyediakan sistem pendidikan yang boleh

membentuk perpaduan. Antara sistem tersebut adalah sistem persekolahan yang sama

bagi semua, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum yang sama,

sukatan pelajaran yang seragam dan peperiksaan yang seragam.

Bagi menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa kebangsaan perlulah digunakan

sebagai bahasa pengantar utama. Ini adalah langkah untuk perhubungan dan

persefahaman di antara semua kaum tanpa menimbulkan rasa curiga. Kurikulum juga

berperanan untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani,

akal dan emosi. Di samping itu, ianya berperanan sebagai pendukung cita-cita negara

dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian negara.

Sukatan pelajaran yang sama adalah asas sistem pelajaran kebangsaan untuk mewujudkan

perpaduan negara. Melalui dasar ini, perselisihan dalam persefahaman tidak akan wujud.

Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar

12

Page 13: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

tidak terganggu disebabkan terpaksa berpindah sekolah. Dasar ini adalah sebagai langkah

menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum selain dapat mewujudkan

keperibadian yang sama.

ii) Sukan

Peranan agensi sukan amat penting dalam memperbanyakkan lagi aktiviti sukan tidak

kira dalam kelompok kecil ataupun besar disamping menarik minat peserta selain

bertujuan riadah. Pembangunan sukan adalah penting kerana di situlah bermulanya

keakraban dalam semangat setia kawan bermula peringkat kecil sehinggalah ke persada

dunia seterusnya mengharumkan nama negara.

Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum.

Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu

aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan

juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana

’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat

mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara

juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan

negara.

c) Peranan Media

Dalam pada itu, peranan media juga sama penting dalam membawa mesej-mesej berunsurkan

penyatuan dan perpaduan kaum. Kerjasama antara mmedia tidak kira swasta mahupun kerajaan

adalah perlu supaya teras pembangunan dalam membina negara bangsa dapat dijayakan seperti

yang dirancang.

Walaupun terdapat segelintir daripada masyarakat yang peka dan sedar tentang mesej yang

dibawa, namun lebih kecil jumlahnya yang mengamalkan nilai-nilai murni yang menjurus

kepada penyatuan kaum. Ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terhadap mesej

perpaduan daripada iklan-iklan seperti ini tidak mendapat sokongan yang penuh. Kesedaran

tentang pentingnya integrasi antara kaum dan perpaduan kaum merupakan pemboleh ubah yang

13

Page 14: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial malah ekonomi di negara kita (Rahmat

Ghazali, 2008).

Olehdemikian, iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan haruslah mencerminkan tentang

pentingnya penyatuan di antara satu kaum dengan kaum yang lain agar pembangunan sosial,

ekonomi dan insfrastruktur dapat dicapai. Kesedaran seharusnya wujud dalam diri agar konflik

di antara kaum dapat dielakkan dan ini berupayamerapatkan sebarang jurang yang wujud.

6. Kesimpulan

Indonesia merupakan sebuah kepulauan yang terbesar di dunia yang mempunyai pelbagai

etnik kebudayaan yang banyak. Ini adalah kerana Indonesia terdiri daripada pebagai bangsa

dan mempunyai jumlah bahasa yang di gunakan seharian.

Masyarakat Indonesia yang mempunyai pelbagai etnik pasti menghadapi masalah yang

kompleks. Pelbagai cara untuk merapatkan dan menyatukan antara etnik akan sentiasa ada

dan harus berterusan supaya pencegahan terhadap isu pergaduhan di antara etnik tidak

meletus dan menjadi konflik.

Dalam konteks untuk memupuk perpaduan di dalam masyarakat yang pelbagai etnik, setiap

individu mestilah menghormati hak-hak setiap etnik yang terdapat di dalam masyarakat

tersebut. Selain itu, masyarakat haruslah berfikiran terbuka dan positif untuk memahami

etnik daripada semua bangsa. Sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman haruslah

dielakkan bagi mengekalkan keamanan yang telah wujud selama ini.

Pemerintah atau pentadbir dalam negara juga haruslah peka terhadap isu-isu etnik ini dalam

membuat sebarang keputusan agar tiada mana-mana pihak atau sesuatu etnik itu terguris. Isu-

isu sensitif haruslah dielakan bagi mengekalkan kemakmuran. Sikap prasangka buruk setiap

individu haruslah dibuang. Selain itu, pemerintah juga haruslah menangani isu-isu etnik ini

dengan bijaksana tanpa sikap berat sebelah ke mana-mana pihak.

Menghormati hak dan kepentingan setiap golongan etnik di negara yang mempunya pelbagai

etnik sangat perlu di hayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.

14

Page 15: SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

SADN 1043 Hubungan Etnik 218228

Sepatutnya setiap individu menghormati satu sama lain dan berfikiran terbuka terhadap

agama individu yang lain. Semangat keagamaan yang kuat menyebabkan seseorang itu

bersikap fundamentalisme yang akan mnjadi masalah yang serius dalam masyarakat.

15