sabah dan sarawak

8
4.0 Kesan-Kesan Perkembangan Parti-Parti Politik Di Sabah Dan Sarawak Perkembangan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sejak tahun 1963 sehingga tahun 1976 telah memberi beberapa kesan yang mendalam terhadap perkembangan politik pada masa ini. Antara kesan tersebut adalah : 4.1 Pembentukan Malaysia 1963 Pada tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan oleh Kerajaan British dan Tanah Melayu dengan bertujuan untuk memasukkan Borneo Utara dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia untuk faedah rakayat negeri-negeri berkenaan. 1 Objektif suruhanjaya tersebut adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara iaitu Sabah dan Sarawak berkenaan dengan gagasan Malaysia dan membuat syor-syor setelah menimbang fikiran tersebut. Maka dengan itu, mereka telah mengadakan sebanyak 50 kali perjumpaan di 35 tempat iaitu 20 tempat di Sarawak dan 15 tempat di Sabah. Selain daripada itu, Suruhanjaya tersebut juga menerima hampir 2200 pucuk surat dan memorandum daripada majlis-majlis daerah, lembaga-lembaga bandaran, parti-parti politik dan lain-lain. Parti-parti politik yang menyokong dengan gagasan Malaysia adalah kerana ingin mencapai kemerdekaan lebih cepat. Oleh itu, Sabah dan Sarawak setuju bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia namun dengan bersyarat iaitu perkara 18/20 bagi Sarawak dan Sabah. Justeru, pada 16 September 1963 Malaysia telah dibentuk atas gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Maka dengan itu, ketua menteri pertama Sabah telah disandang oleh Donald Stephens manakala di Sarawak ketua menteri telah dipegang oleh Stephen Kalong Ningkan. 1 Mohd. Nor bin Abdullah. 1976. Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 50

Upload: sylvister-yong

Post on 16-Apr-2017

238 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sabah Dan Sarawak

4.0 Kesan-Kesan Perkembangan Parti-Parti Politik Di Sabah Dan Sarawak

Perkembangan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sejak tahun 1963 sehingga tahun 1976 telah memberi beberapa kesan yang mendalam terhadap perkembangan politik pada masa ini. Antara kesan tersebut adalah :

4.1 Pembentukan Malaysia 1963

Pada tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan oleh Kerajaan British dan Tanah Melayu dengan bertujuan untuk memasukkan Borneo Utara dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia untuk faedah rakayat negeri-negeri berkenaan.1 Objektif suruhanjaya tersebut adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara iaitu Sabah dan Sarawak berkenaan dengan gagasan Malaysia dan membuat syor-syor setelah menimbang fikiran tersebut. Maka dengan itu, mereka telah mengadakan sebanyak 50 kali perjumpaan di 35 tempat iaitu 20 tempat di Sarawak dan 15 tempat di Sabah. Selain daripada itu, Suruhanjaya tersebut juga menerima hampir 2200 pucuk surat dan memorandum daripada majlis-majlis daerah, lembaga-lembaga bandaran, parti-parti politik dan lain-lain. Parti-parti politik yang menyokong dengan gagasan Malaysia adalah kerana ingin mencapai kemerdekaan lebih cepat. Oleh itu, Sabah dan Sarawak setuju bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia namun dengan bersyarat iaitu perkara 18/20 bagi Sarawak dan Sabah. Justeru, pada 16 September 1963 Malaysia telah dibentuk atas gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Maka dengan itu, ketua menteri pertama Sabah telah disandang oleh Donald Stephens manakala di Sarawak ketua menteri telah dipegang oleh Stephen Kalong Ningkan.

Namun sedemikian pada hari ini ramai anak-anak Sabah dan Sarawak tidak mengetahui tentang kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Malah dalam buku teks sejarah daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 turut tidak menyatakan kemerdekaan Sabah dan Sarawak, hal ini menyebabkan ramai anak-anak Sabah dan Sarawak berfikiran bahawa 31 Ogos 1957 adalah kemerdekaan Malaysia. Oleh itu, saya ingin memberitahu kepada semua pembaca bahawa Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 manakala Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963

1 Mohd. Nor bin Abdullah. 1976. Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 50

Page 2: Sabah Dan Sarawak

dan sambutan hari Malaysia adalah pada 16 September dan bukannya sama-sama meraihkan hari kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada masa kini, wujudnya sesetengah pihak yang menyatakan bahawa perjanjian pembentukan Malaysia adalah tidak sah. Hal ini demikian kerana Gagasan Malaysia meliputi beberapa buah negeri iaitu Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, dan Brunei untuk membentuk Malaysia. Sejak awal lagi Brunei sememangnya kurang berminat tambahan kedudukan Sultan adalah sama maka telah menyebabkan Brunei tidak ingin menyertai gagasan tersebut dan semasa Singapura keluar dari Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak dibawa bincang sekali dan keputusan hanya dibuat oleh Tanah Melayu sahaja.2 Oleh itu, secara teorinya gagasan Malaysia adalah terbatal secara automatik. Walau bagaimanapun, kita harus bersyukur kerana dapat hidup di Malaysia yang aman damai berbanding dengan Negara-negara lain.

4.2 Pembangunan

Di Sabah dan Sarawak, kadar masyarakat tempatan yang masih kekal buta huruf pada tahun 1963-1970 adalah tinggi dan pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu wujudnya Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) pada tahun 1965-1970 untuk membasmikan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Berdasarkan RMK-1, banyak perubahan telah dilakukan oleh kerajaan pusat seperti mewujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputra, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).3 Pertubuhan-pertubuhan tersebut ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan penyertaan bumiputra dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Walau bagaimanpun, RMK-1 terbantut kerana berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di Tanah Melayu antara Kaum Melayu dan Kaum Cina yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam ekonomi.4 Sebenarnya sejak awal lagi wujudnya jurang yang ketara antara kedua-dua kaum tersebut akibat dasar pecah dan perintah British. Penduduk Melayu tinggal di kampung dan menjadi golongan petani manakala kaum Cina pula tinggal di bandar dan rata-

2 Borneo post online. 2014. http://www.theborneopost.com/2012/07/18/sabahans-have-right-to-know-political-history-jeffrey/3 Unit perancangan ekonomi. 2014. http://www.epu.gov.my/first-malaysia-plan-1966-19704 Unit perancangan ekonomi. 2014. http://www.epu.gov.my/second-malaysia-plan-1971-1975

Page 3: Sabah Dan Sarawak

rata merupakan ahli perniaga, hal ini menjadi bibit benih kepada rusuhan kaum yang berlaku 13 Mei 1969.5 Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan pusat telah mewujudkan Dasar ekonomi Baru pada tahun 1970 dengan tujuan mewujudkan persekitaran sosio-ekonomi yang menyediakan peluang yang sama untuk memajukan semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

Rancangan tersebut dikekalkan dan diterap dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) di mana kerajaan telah mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) supaya golongan bumiputra dapat memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% aktiviti perdagangan dan perindustrian negara dalam semua kategori dan saiz operasi.6 Secara keseluruhannya RMK-2 dilihat sebagai satu langkah yang baik namun secara realitinya Sabah dan Sarawak masih kekal mundur kerana fokus dasar tersebut lebih cenderung kepada kaum Melayu di Tanah Melayu. Walaupun dikatakan kerajaan pusat telah menyediakan peluang penglibatan bumiputra di Sabah dan Sarawak sebanyak 30% dalam semua aktiviti perdagangan dan perindustrian dan penubuhan Amanah Saham Bumiputra namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah di Sabah dan Sarawak. Hal ini bertambah teruk semasa Datuk Haris Salleh iaitu ketua menteri Sabah ke-6 telah menandatangani perjanjian royalti minyak pada 1971. Maka dengan itu, 95% hasil minyak adalah milik Tanah Melayu dan Sabah hanya mendapat 5% sahaja.7 Hal ini menimbulkan kemarahan orang pada masa kini kerana kadar kemiskinan di Sabah adalah tertinggi berbanding dengan Negeri lain iaitu sebanyak 1.6%.8 hal ini sukar untuk diterima kerana Sabah sepatutnya menjadi negeri yang terkaya kerana mempunyai pelbagai sumber semula jadi namun pada masa kini Sabah merupakan negeri yang termiskin sekali di Malaysia. Hal ini bagaikan Sabah dan Sarawak telah dianak tirikan dan isu kebajian bumiputra masih kekal sehingga hari ini.9

5 Leon Comber. (1985). Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Petaling Jaya: International Book Service. Hlm 916 Unit perancangan ekonomi. 2014. http://www.epu.gov.my/second-malaysia-plan-1971-19757 Sinar harian. 2014. http://www.sinarharian.com.my/nasional/pertimbang-tambah-royalti-minyak-sabah-1.2651768 Unit perancangan ekonomi 2014 .Jadual 7 - Insiden Kemiskinan Tegar Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1984-20129 Sabah Daily. 2014. http://www.sabahdaily.com/2012/05/kenapa-gaji-minimum-sabah-sarawak-lebih.html

Page 4: Sabah Dan Sarawak

4.3 Kerajaan Yang Mantap

Pilihanraya Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 telah memperlihatkan kewujudan sebuah kerajaan negeri pertama yang ditadbir oleh masyarakat tempatan. Donald Stephens yang merupakan ketua persatuan UNKO telah menjadi ketua Menteri Pertama di Sabah manakala Stephen Kalong Ningkan dari SNAP pula menjadi ketua menteri pertama di Sarawak. Pemilihan ketua negeri dalam kalangan masyarakat tempatan amatlah penting kerana hanya mereka yang lahir di Sabah dan Sarawak lebih mengenali tanah air mereka sendiri berbanding dengan orang luar yang datang mentadbir. Hal ini terbukti apabila kita melihat kepada peristiwa pembunuhan Sir J.W.W Birch di Perak akibat langkah drastik yang diambil tanpa mengira keadaan sosial-ekonomi setempat.10

Selain itu, beberapa jabatan telah ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran di negeri Sabah dan Sarawak. Antarannya ialah Jabatan imigresen, jabatan Pendidikan, Jabatan kesihatan, Jabatan Pengangkutan dan lain-lain. Kesemua jabatan tersebut memainkan peranan masing-masing dan berusaha untuk memajukan negeri agar tidak ketinggalan dengan negeri lain. Mengikut perkara 18/20 Sarawak dan Sabah, kuasa imegresen di tangan kerajaan negeri dan rakyat Tanah Melayu yang ingin datang melancong ataupun berkerja haruslah meminta kelulusan daripada jabatan imigresen di Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini telah melarang Datuk Ibrahim Ali yang merupakan pengerusi Perkasa memasuki ke Sarawak kerana beliau tidak memerlukan ekstremis dan fanatik agama ataupun bangsa datang ke Sarawak.11 Oleh itu, kita mampu melihat bahawa bidang kuasa imigresen dimiliki oleh kerajaan negeri dan hanya kuasa tersebut hanya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sahaja memilikinya.

4.4 Mengetahui Kepentingan Gabungan Parti Untuk Membentuk Kerajaan

Menurut Ong Ka Ting (2007), beliau mengatakan bahawa Negara ini tidak mungkin ditadbir oleh satu kaum sahaja.12 Tiada satu parti mampu berdiri

10 Joginder Singh Jessy. (1978). Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. Hlm 197 11 Mstar online. 2014. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/04/01/tiada-tempat-untuk-orang-seperti-ibrahim-ali-di-sarawak/12 Ong Ka Ting. 2007. 华人社会与多元族群政治. Kuala Lumpur: Herald Printers Sdn. Bhd. Hlm. 11.

Page 5: Sabah Dan Sarawak

dengan teguh sekirannya hanya mengutamakan kaum sendiri sahaja melainkan menjadi sebuah parti multi-racial untuk mencapai matlamat bersama. Melalui sejarah politik kita boleh melihat bahawa tujuan utama gabungan parti adalah untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat untuk memenangi pilihanraya. Hal ini dapat dilihat semasa pilihanraya 1955 di Tanah Melayu apabila Parti Perikatan iaitu parti gabungan UMNO, MCA, MIC bergabung bersama untuk memenangi pilihanraya umum. Melalui gabungan tersebut, sokongan rakyat akan menjadi lebih ramai berbanding dengan sokongan rakyat dalam satu parti sahaja. Sebagai hasilnya, pilihanraya umum 1955 telah dimenangi oleh parti perikatan dengan mendapat 51 kerusi manakala Parti Islam Semalaysia (PAS) hanya mendapat 1 kerusi sahaja.

Perkara yang sama turut berlaku di Sabah dan Sarawak semasa pilihanraya pada tahun 1963. Di Sabah, Parti Perikatan yang dibentuk di antara USNO, UNKO, SANAP, PM telah berjaya memenangi pilihanraya pada tahun 1963. Manakala di Sarawak pula, Gabungan parti PANAS, SNAP, BERJASA, PEKASA, dan SCA telah berjaya memperolehi 138 kerusi semasa pilihanraya tersebut. Selain itu, dasar kerajaan yang dijalankan juga dapat mengurangkan ketidakpuashatian sesetengah pihak. Misalnya di Sabah, perkembangan parti-parti politik di Sabah pada awalnya adalah berdasarkan politik perkauman di mana UNKO mewakili kaum Kadazan manakala USNO mewakili kaum Melayu Islam di Sabah. Oleh itu, dasar yang diperkenalkan sudah tentu hanya menguntungkan kepada suku kaum mereka sahaja yang menyebabkan ketidakpuashatian kepada kaum lain. Melalui gabungan parti, mereka dapat melihat perkara dalam pelbagai aspek dan saling bertolak ansur untuk mencapai kesefahaman.

Page 6: Sabah Dan Sarawak

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, perkembangan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak masih berkembang sehingga kie hari ini. Namun isu-isu yang ditimbulkan adalah hampir sama iaitu Perkara 18/20 Sarawak Sabah. Isu tersebut menjadi semakin hangat pada hari ini kerana wujudnya kesedaran dalam kalangan rakyat bumiputra tentang kesengsaraan dan keperitan mereka. Ketidakadilan dalam layanan bidang politik, ekonomi dan sosial antara Tanah Melayu dengan Sabah Sarawak telah menyebabkan rakyat mulai bangkit dan menuntut hak mereka. Sekirannya dilihat dari segi pembangunan maka dengan jelas sekali pembangunan di Tanah Melayu adalah lebih pesat dan maju berbanding dengan Sabah Sarawak. Persoalan sekarang adalah hasil semulajadi di Sabah dan Sarawak adalah begitu banyak dan boleh dikatakan jauh lebih banyak yang terdapat di Tanah Melayu, namun Sabah dan Sarawak adalah negeri yang jauh mundur berbanding dengan Tanah Melayu. Oleh itu, tuntutan royalti minyak seharusnya diteruskan untuk memajukan Sabah dan Sarawak dan sokongan rakyat tempatan haruslah diteruskan agar para pemimpin kita berjaya memperolehnya.

Page 7: Sabah Dan Sarawak