parti politik sabah dan sarawak

42
1.0 Pengenalan Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang digabungkan dalam 13 negeri yang terdapat di Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia manakala Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia. Sebelum Sabah digabungkan dalam Malaysia, ia dikenali sebagai Borneo Utara. Kedua-dua negeri tersebut telah memikili pari- parti politik bersendirian sebelum digabungkan dengan Malaysia. Antara parti-parti politik yang telah diwujud dan diamalkan di negeri Sabah adalah Pertubuhan Bersatu Pasok – Momogun Kadazan, Parti Demokratik Sabah (PDS), United Kadazan Nasional Organization, Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah. Selain itu, sepertimana kita diketahui Sarawak juga memiliki parti-parti politik tersendiri seperti Sabah dan juga negeri-negeri yang lain di Malaysia. Antaranya ialah, Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Parti Negara Sarawak, Parti Pesaka Anak Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak. Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura merupakan satu detik penting yang membawa kepada perkembangan parti politik di Sabah. Lanjutan daripada cadangan pembentukan Malaysia ini, wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti- parti politik di Sabah. Gagasan penubuhan Malaysia ini telah di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam persidangan dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei mampu memberi kesan yang amat baik. Dengan cara ini, negeri- negeri tersebut mampu mencapai kemerdekaan melalui pembentukan sebuah kesatuan politik yang di namakan Malaysia. 1

Upload: jananijj

Post on 22-Dec-2015

143 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Parti politik sabah dan sarawak

TRANSCRIPT

Page 1: parti politik Sabah Dan Sarawak

1.0 Pengenalan

Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang digabungkan dalam 13 negeri yang terdapat di

Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia manakala Sabah merupakan

negeri yang kedua terbesar di Malaysia. Sebelum Sabah digabungkan dalam Malaysia, ia

dikenali sebagai Borneo Utara. Kedua-dua negeri tersebut telah memikili pari-parti politik

bersendirian sebelum digabungkan dengan Malaysia.

Antara parti-parti politik yang telah diwujud dan diamalkan di negeri Sabah adalah

Pertubuhan Bersatu Pasok – Momogun Kadazan, Parti Demokratik Sabah (PDS), United

Kadazan Nasional Organization, Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu,

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah. Selain itu,

sepertimana kita diketahui Sarawak juga memiliki parti-parti politik tersendiri seperti Sabah dan

juga negeri-negeri yang lain di Malaysia. Antaranya ialah, Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Parti

Negara Sarawak, Parti Pesaka Anak Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak.

Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku

Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura merupakan satu detik penting yang membawa

kepada perkembangan parti politik di Sabah. Lanjutan daripada cadangan pembentukan

Malaysia ini, wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti-parti politik

di Sabah. Gagasan penubuhan Malaysia ini telah di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman

dalam persidangan dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi,

Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan Borneo Utara, Sarawak, Singapura

dan Brunei mampu memberi kesan yang amat baik. Dengan cara ini, negeri-negeri tersebut

mampu mencapai kemerdekaan melalui pembentukan sebuah kesatuan politik yang di

namakan Malaysia.

Tunku Abdul Rahman juga menyatakan betapa pentingnya kesatuan politik ini dalam

mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam politik dan ekonomi memandangkan latar

belakang sejarah dan sosiobudaya yang tidak jauh berbeza. Di samping itu, dengan

pembentukan kesatuan ini diharapkan mampu menyekat penularan pengaruh komunis di

negeri-negeri yang dinyatakan ini.

Berdasarkan usul yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini, ia telah membangkitkan

kesedaran politik di kalangan pemimpin Sabah dan ini telah memberi rangsangan kepada

kelahiran parti-parti politik di Sabah. Justeru itu, adalah boleh dikatakan pengumuman gagasan

Malaysia ini telah menjadi landasan kepada perkembangan politik di Sabah dan Sarawak dan

seterusnya memperjuangkan kemerdekaan sendiri dan kemerdekaan kepada Sabah dan

Sarawak.

1

Page 2: parti politik Sabah Dan Sarawak

2.0 Perkembangan Parti-Parti Pilitik Di Sabah

2.1 Pertubuhan Bersatu Pasok – Momogun Kadazan

Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan atau dalam bahasa Inggeris pula dikenali

sebagai United Pasok Momogun Organisation (UPKO). Parti politik ini telah ditubuhkan pada

tahun 1962 dan kemudiannya bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu

(UNKO) pada tahun 1964. Tujuan penubuhan parti pilotik ini adalah untuk memperjuangkan

nasib dan masa depan yang cerah bangsa Kadazan Dusun Malaysia dan untuk melindungi hak

kaum Bumiputera di kawasan pedalaman. Selain itu, parti politik Kadazan dusun Malaysia ini

terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis-

Majlis Daerah 1964 yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan selepas pembentukan

Persekutuan Malaysia pada 16 September 19631.

Pada tahun 1964 United Pasok Momogun Organisation telah ditewaskan dalam Pilihan Raya

Umum Negeri Sabah yang pertama karana menggutamakan perpaduan bumiputera yang lebih

luas. Pada tahun 1967, United Pasok Momogun Organisation telah dibubarkan. Selepas

dibubarkan, United Pasok Momogun Organisation ditubuhkan semula pada tahun 1999. Pada

28 Julai 1999 Parti Demokratik Sabah (PDS) iaitu sebuah parti politik Kadazan Dusun Murut

yang ditubuhkan pada 1964 telah dibubarkan untuk menghidupkan semula Pertubuhan Bersatu

Pasok-Momogun Kadazan dengan perubahan nama partinya iaitu Pertubuhan Pasokmomogun

Kadazun Dusun Murut Bersatu tetapi kekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO. Pada 8 Ogos

1999, para perwakilan juga berseyuju dengan keputusan ini dalam Kongres Parti Demokratik

Sabah yang ke-5.

Disamping itu, Tan Sri Bernard Dompok merupakan Presiden United Pasok Momogun

Organisation (UPKO). Majlis pelancaran pada 30 Oktober 1999 telah diadakan di Ranau.

Presiden UPKO telah mengirimkan surat-surat penghargaan kepada melebihi 50 pemimpin

veteran UPKO. Pelancaran tersebut memberi kesan kepadanya. Kembalinya beberapa

pemimpin veteran UPKO termasuk Tan Sri Sufian Koroh, Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon

Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri Panglima Fred Jinu. Sebilangan daripada mereka

kemudiannya dilantik menjadi anggota Majlis Penasihat Adat UPKO. Dengan pelancaran

UPKO, bermula kesinambungan perjuangan Parti Demokratik Sabah untuk menyatukan bangsa

Kadazan Dusun Malaysia dalam satu gagasan perjuangan politik melalui Kerajaan Barisan

Nasional dengan temanya “Misompuru Tokou Wagu” yang bermaksud Mari Kita Bersatu

Kembali.

1 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 77

2

Page 3: parti politik Sabah Dan Sarawak

2.2 Parti Demokratik Sabah (PDS)

Parti Demokratik Sabah (PDS) atau Sabah Democtatic Party ialah sebuah parti politik Kadazan

Dusun Murut yang ditubuhkan pada Mac 1994, selepas kejatuhan kerajaan Parti Bersatu Sabah

oleh wakil-wakil Rakyat Parti Bersatu Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok2.

Pada 14 Mac, keputusan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang disusuli

oleh Revolusi Seri Gaya selepas pucuk pimpinan Barisan Nasional mengatakan bahawa

mereka tidak lagi akan menerima Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai parti komponen Barisan

Nasional. Pada ketika itu, Datuk Joseph Pairin adalam pemimpin parti politik tersebut.

Penolakan ini berlaku kerana peninggalam PBS secara tiba-tiba daripada Barisan Nasionan

lima hari sebelum undi semasa pilihan raya umum pada tahun 1990. Disebabkan itu, Wakil-

wakil Rakyat PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan

untuk perjuangan pilitik kaum Kadazan Dusun Murut dengan bertema Kesinambungan

Pembangunan Sosio-ekonomi3. Selain itu, PBS memperjuangkan pembangunan sosio-ekonomi

kaum Kadazan Dusun Murut sebagai salah satu daripada sumbangan mereka dalam

pembinaan negara bangsa Malaysia. PDS telah mengorak langkah kearah matlamat tersebut

dengan cara menubuhkan beberapa penubuhan-penubuhan. Antara penubuhan-penubuhan

tersebut ialah Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri, Dewan Perniagaan dan Perindustrian

Kadazan Dusun, Yayasan Bahasa Kadazan Dusun, Persatuan Pendidik Kadazan Dusun dan

Persatuan Peneroka-peneroka Bandar Negeri Sabah.

2.2.1 Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri

Institut ini ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini bertujuan untuk menjalankan penyelidikan

serta kajian-kajian terhadap cabaran-cabaran pembangunan sosio-ekonomi kaum Kadazan

Dusun Malaysia (KDM). Institut ini juga dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Dr.

Mahathir Mohamad pada tahun 1997.

2.2.2 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun ditubuhkan pada tahun 1996.

Pertubuhan ini bertujuan untuk mengingkatkan penyertaan kaum Kadazan Dusun Malaysia

(KDM) dalam aspek perniagaan dan juga perindustrian.

2.2.3 Yayasan Bahasa Kadazan Dusun

Yayasan Bahasa Kadazan Dusun atau Kadazan Dusun Language Foundation. Pertubuhan ini

ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan penyelidikan serta mempromosikan pembangunan

bahasa Kadazan Dusun Malaysia (KDM) dan juga Murut.

2 http://ww2.sabah.gov.my/ark/malay/politik.html3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Demokratik_Sabah

3

Page 4: parti politik Sabah Dan Sarawak

2.2.4 Persatuan Pendidik Kadazan Dusun

Pertubuhan ini diwujudkan untuk membela dan memberi sokongan kepada guru-guru Kadazan

Dusun yang terlibat dalam pengajaran bahasa Kadazan Dusun Malaysia (KDM) di sekolah-

sekolah kerajaan.

2.2.5 Persatuan Peneroka-peneroka Bandar Negeri Sabah

Persatuan Peneroka-peneroka Bandar Negeri Sabah atau Sabah Urban Rural Migrant

Association dalam singkatan SURIA ini ditubuhkan untuk memperjuangkan hak-hak orang-

orang Kadazan Dusun Malaysia (KDM) menjadi peneroka di Bandar4.

Selain itu, Parti Demokratik Sabah telah gagal untuk menyatukan seluruh kaum Kadazan

Dusun Murut (KDM) dalam sebuah parti politik menyebabkan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti

Demokratik Sabah pada 28 Julai 1999 dengan sebulat suara bersetuju untuk membubarkan

Parti Demokratik Sabah. Keputusan ini menyusul kegagalan kaum Kadazan Dusun Murut untuk

mengundi Tan Sri Bernard Dompok iaitu Presiden Parti Demokratik Sabah, dalam Pilihan Raya

Umum Malaysia tahun 1999. Dalam Kongres Parti Demokratik Sabah yang ke-5 pada 8

Ogos 1999, yang diadakan di Tempat Peranginan Tanjung Aru Shangri-La, para perwakilan

bersetuju untuk mengorbankan Parti Demokratik Sabah untuk menghidupkan semula

Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO).

2.3 United Kadazan Nasional Organization

Parti United Kadazan Organization (UNKO) atau Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu

merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah. Parti ini dianggotai oleh kaum Kadazan dan

kumpulan Kristian lain seperti Rungus dan Murut. Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain

Donald Stephens ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S Sundang.

Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula difikirkan pada 26 Mac 19615.

Menurut Nazaruddin M Jali, UNKO ditubuhkan berasaskan penyatuan pertubuhan-

pertubuhan sosial dan kebudayaan orang-orang Kadazan diseluruh  Sabah untuk membentuk

satu pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah dipesatkan lagi apabila pada 27 Mei

1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura tentang cadangan gagasan

4 http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html5 http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html

4

Page 5: parti politik Sabah Dan Sarawak

Malaysia6. Rentetan daripada pengumuman gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya

Kadazan telah mengadakan satu Kongres Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens.

Dalam kongrses tersebut satu resolusi telah diluluskan bagi menubuhkan satu lembaga pusat

untuk menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah. Kongres telah

mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai “The United National

Kadazan Organization” (UNKO). Pertubuhan ini merupakan parti politik suku Kadazan yang

berpusat di pantai barat Sabah yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang dipengerusikan

oleh Donald Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton

(Kota Kinabalu). Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga terkenal sebagai

pengarang akhbar “North Borneo News and Sabah Times” dan kemudiannya di kenali

sebagai “Sabah Times”. Kekayaan hasil konsesi balak yang diperolehi daripada penjajah

British, yang membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan parti politik UNKO. Melalui

penglibatan beliau sebagai pengarang akhbar “North Borneo News and Sabah Times”  telah

memudahkan penyampai pandangan UNKO mengenai politik Sabah secara lebih berkesan.

Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada kalangan orang-

orang Kadazan Dusun Pantai Barat, terutamanya dari Penampang dan Papar. Kebanyakan

ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada mereka yang beragama Kristian. Pada awal

penubuhannya, UNKO hanya membuka keahliannya kepada orang-orang Kadazan Dusun

termasuklah orang Dusun dan Sino-Kadazan. Donald Stephens percaya dengan jumlah

penduduk Kadazan Dusun seramai 167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah) pada tahun

1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh sebagai sebuah parti politik. Namun

apabila parti United Sabah Nation Organization (USNO) wujud dengan dasarnya yang

membuka keahlian kepada semua kaum bumiputera di Sabah sama ada beragama Islam atau

tidak telah menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat. Dasar USNO yang membuka

keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai sokongan orang-orang Dusun yang

tidak setuju dengan penggunaan istilah Kadazan ini yang di perjuangkan oleh UNKO untuk

menyertai parti USNO. Golongan Dusun ini khuatir dengan kedudukan mereka dalam UNKO

memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi akan mudah didominasikan

oleh orang-orang Kadazan Penampang yang sedia lebih berpelajaran dan lebih berada

berbanding orang-orang Dusun. Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik

UNKO banyak dikuasai oleh orang Kadazan Penampang.

6 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 84

5

Page 6: parti politik Sabah Dan Sarawak

Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk menyatupadukan

rakyat Kadazan Dusun dan Murut supaya mereka pada akhirnya berkerjasama dan bersatu

dengan etnik-etnik yang lain untuk memajukan serta membangunkan negeri Sabah. Selain itu,

tujuan penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di antara orang-

orang Kadazan Dusun agar mereka dapat memperjuangkan satu cita-cita dan satu matlamat

dalam politik, ekonomi, dan sosial, di samping menggesa kerajaan British supaya tidak

mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah, terutamanya orang-orang Kadazan Dusun. Ia juga

bertujuan untuk menggalakkan semangat orang-orang Kadazan Dusun supaya bersatu dan

tidak mudah mengalah kepada orang-orang lain agar terus hidup dalam suasana kegembiraan,

keharmonian dan kesederhanaan.

2.4 Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu yang lebih dikenali dalam singkatannya

PASOK. Ia merupakan sebuah parti politik di negeri Sabah, Malaysia. Parti pilitik ini ditubuhkan

pada tahun 19787. Walaupun parti ini mempunyai platform etnosentrik Kadazan Dusun,

keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum dan kepimpinannya mempunyai kewakilan

berbilang kaum. Parti politik ini mempunyai tujuh matlamat utama. Antaranya ialah

untuk menyuburkan dan mempromosikan satu kesatuan kebangsaan dan harmoni di

kalangan bumiputera Sabah

Untuk menyemai dan mempromosikan perasaan keyakinan di kalangan rakyat Sabah

yang berbilang kaum dan agama

Untuk menjaga dan melindungi kedudukan, hak-hak dan pengetahuan di kalangan

rakyat Sabah

Untuk menyokong dan mempromosikan 5 prinsip Rukun Negara sebagai Falsafah

Kebangsaan

Untuk menjaga dan mempromosikan adat-adat dan kebudayaan kaum bumiputra dan

mengekalkan kebebasan beragama

Untuk menjaga dan mempromosikan prinsip-prinsip parlimen dan bentuk kerajaan

semokratik menerusi perjanjian dan harmoni

Untuk bekerja dengan organisasi politik yang lain yang mempunyai tujuan dan objektif

yang sama di dalam Malaysia sebagai melindungi pembangunan parti-parti politik yang

sihat

7 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 153.

6

Page 7: parti politik Sabah Dan Sarawak

PASOK diasaskan pada tahun 1978 oleh G.S. Sundang. Beliau merupakan seorang ketua

suku tempatan dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah sebagai landasan politik untuk orang

Kadazan, Dusun dan Murut. Pada 1985, PASOK menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam

kerajaan campuran selepas PBS memenangi Pilihan Raya Dun. PASOK dihalang dari

bertanding dengan menggunakan nama dan simbolnya pada Pilihan raya umum Malaysia ke-12

disebabkan berlakunya pertelingkahan mengenai jawatan presiden yang masih belum selesai.

Hal ini demikian kerana pada 28 Februari 2008, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

memberi notis perbatalan pendaftaran kepada PASOK dengan menyebut kegagalan parti

tersebut menyelesaikan kemelut pucuk pemimpinannya yang melibatkan Cleftus Mojinggol,

John Richard dan Henry Sabagang Rumpit. Parti ini seterusnya dibatalkan pendaftarannya

pada 27 Mei. Antara anggotanya yang menjadi ahli PASOK adalah G. S. Sundang, Joseph

Pairin Kitingan, Wilfred Bumburing, James Vitalis dan Patrick Sindu.

2.5 Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah Nasional Organisation dalam

singkatannya dikenali sebagai USNO. USNO diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun,

Ketua Menteri ke-3 Sabah8. Parti politik ini ditubuhkan pada tahun 1961. Parti ini Berjaya

memerintah selepas memenangi Pilihan Raya Negeri 1967dan kekal berkuasa sehingga 1975

di bawah pemimpin Tun Mustapha. Pada tahun 1976 berkuasa di bawah kepimpinan Mohamed

Said Bin Keruak.

Sebenarnya kewujudan parti USNO ini adalah hasil daripada kesedaran orang-orang Melayu

Islam terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah yang bergiat

dalam berbagai persatuan Islam. Kebanyakan pemimpin persatuan Islam tersebut menjadi

pemimpin dalam parti USNO.  Di antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk

Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji,

Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M Edinin. Pada

24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata parti iaitu Bersatu, Bersedia,

Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. USNO sejak awal lagi

menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan

kestabilan politik Sabah. Malah pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di

Sabah. Datu Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di

jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

8 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication&Disributor Sdn. Bhd. M.s 124.

7

Page 8: parti politik Sabah Dan Sarawak

Seterusnya, sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, USNO memainkan

peranan penting dalam kerjasama dengan  United Pasokmomogun Kadazandusun

Organisation (UPKO), yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens dan dalam Persekutuan Tanah

Melayu dalam mendapat kemerdekaan daripada Great Britain. Pada tahun 1975, setiausaha

agung USNO iaitu Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO

untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Jelata

Sabah (Berjaya). Parti baru ini berjaya mengalahkan USNO pada Pilihan Raya Negeri 1976

untuk membentuk kerajaan sehingga tahun 1985. Selepas kekalahan itu, USNO seringkali

meneruskan untuk menyertai pilihanraya negeri 1981, 1985, 1986, dan 1990, memenangi

beberapa buah kerusi, tetapi tidak pernah cukup untuk membentuk kerajaan semula. Pada

tahun 1991, USNO telah dibubarkan.

2.6 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah

Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau Sabah People’s United Front (BERJAYA). Parti politik

BERJAYA ini ditubuhkan pada 6 Jun 1976 yang diasaskan oleh Datuk Harris Salleh iaitu

mantan setiausaha agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). BERJAYA telah

memerintah kerajaan negeri Sabah selama 8 tahun dari 1976 hingga 1985. Apabila BERJAYA

berjaya memenangi Pilihanraya Negeri 1976, Tun Fuad telah dipilih buat kali kedua sebagai

Ketua Menteri Sabah yang kelima menggantikan Mohammad Said bin Keruak daripada USNO.

Namun hanya selepas 44 hari menjadi ketua menteri, Tun Fuad meninggal dunia dalam

peristiwa nahas kepal terbang di Kota Kinabalu pada 6 June 1976 yang dikenali

sebagai “Tragedi Double Six”. Tempat beliau digantikan oleh Harrish Salleh sebagai Ketua

Menteri Sabah yang keenam.

Seterusnya, dalam Pilihan Raya Negeri 1981, BERJAYA telah mengekalkan kemenangan

dengan majoriti yang lebih besar dengan memenangi 44 daripada 48 kerusi yang

dipertandingkan. Pada 1984, Joseph Pairin meninggalkan BERJAYA untuk menubuhkan Parti

Bersatu Sabah yang kemudiannya menumbangkan kerajaan negeri BERJAYA di dalam

Pilihanraya Negeri Sabah 1985. Dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1990, sokongan terhadap

BERJAYA telah berkurangan sehingga gagal memenani sebarang kerusi. Berjaya akhirnya

terkubur dengan kemasukan UMNO ke Sabah dan Harris Salleh menjadi penasihat parti negeri

dan parti ini telah dibubarkan pada tahun 1991. Objektif penubuhan BERJAYA adalah

8

Page 9: parti politik Sabah Dan Sarawak

Untuk mengekalkan dan menjamin integrasi, kemerdekaan dan status demokrasi

Malaysia serta perinsip-perinsip Rukun Negara.

Untuk menjaga dan menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dalam Malaysia

Untuk meningkatkan, memajukan dan menjamin sebuah kerajaan rakyat dan untuk

rakyat yang asli, progresif dan demokrasi.

Untuk mengagihkan kekayaan dan peluang-peluang dengan lebih seimbang daripada

yang terdapat dalam sistem Sabah pada masa tersebut

Untuk menjamin dan memajukan kedudukan istemewa penduduk tempaan serta hak-

hak perlembagaan dan keistemewaan setiap warganegara di Sabah yang berbilang

bangsa, budaya dan agama

2.7 Parti Bersatu Sabah

Parti Bersatu Sabah dikenali sebagai United Sabah Party dalam singkatannya dipanggil

sebagai PBS. Parti ini ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan di Sabah oleh Dato Joseph

Pairin Kitingan pada tahun 1985. Pada tahun 1984, seorang pemimpin Kadazandusun dalam

kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah iaitu BERJAYA, Datuk Joseph Pairin Kitingan telah

dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang menentang dasar-dasar

kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari perjuangan asal. Beliau turut dipaksa

mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tambunan.

Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil Tambunan pada

Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon kerajaan. Walaupun dengan berbagai

rintangan dan taktik kotor pihak lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan

majoriti besar, 3,048. Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk

mengubah senario politik di Sabah serta menegakkan demokrasi dan menentang

penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu. Satu gerakan baru yang dipimpin

Pairin dan disokong secara senyap oleh majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu,

tertubuhnya Parti Bersatu Sabah pada 5 Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti.

Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti kaum

Kadazan-dusun. Pada dasarnya Parti Bersatu Sabah (PBS) memperjuangkan demokrasi dan

mempunyai wawasan untuk membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui

proses demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan kuasa

autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti itu turut memperjuangkan

9

Page 10: parti politik Sabah Dan Sarawak

hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional

setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia. Antara isu yang paling lantang

disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah, Projek IC, pembangunan tidak

seimbang, pengundi hantu dan 20 Perkara perjanjian kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.

2.8 Parti Bersatu Rakyat Sabah

Parti Bersatu Rakyat Sabah  yang dikenali sebagai United Sabah People’s Party dan dalam

singkatannya dikenali sebagai PBRS. Parti ini ditubuhkan pada 11 Mac 19949. Sebelum

penubuhan PBRS, beberapa orang bekas ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) seperti Tan Sri

Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Datuk Clarence Bongkos Malakun, Datuk James A. Vitales,

dan Senator Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang, JP iaitu mantan Setiausaha

Perhubungan Awam atau Ketua Menteri Sabah atau PBS. Lambang PBRS adalah ukiran dan

ciptaan beliau mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali untuk membincangkan tentang

penubuhan PBRS.

Selepas itu, pada 16 Mac 1994, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup bersama Datuk

Clarence Bongkos, Senator Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang telah berjumpa

dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad, yang merupakan

Presiden Barisan Nasional di Kuala Lumpur untuk menyampaikan surat permohonan

menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen.

3.0 Perkembangan Parti-Parti Pilitik Di Sarawak

3.1 Parti Bersatu Rakyat Sarawak

Parti Bersatu Rakyat Sarawak ini lebih dikenali dengan nama SUPP yang diasaskan pada 12

Jun 195910. Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) adalah Ong Kee Hui dan

Stephen Young. Objektif bagi parti politik ini adalah untuk menyatupadukan kaum-kaum yang

terdapat di Sarawak dan mewujudkan perpaduan serta menanamkan semangat kesetiaan di

kalangan penduduk-penduduk Sarawak. Objektif SUPP seterusnya ialah untuk mengkukuhkan

hukum negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa

mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah

ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen. Parti ini juga ditubuhkan untuk mempromosikan

dan memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi

9 http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html10 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 151.

10

Page 11: parti politik Sabah Dan Sarawak

menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang

ketinggalan dalam ekonomi

3.2 Barisan Rakyat Jati Sarawak

Barisan Rakyat Jati Sarawak ini dikenali sebagai Sarawak United People’s Party (BERJASA).

Parti politik ini ditubuhkan pada tanggal 4 Disember 1961. Pengasas parti ini adalah Datu

Tuanku Haji Bujang Bin Tuanku Othman. Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk melahirkan

masyarakat Sarawak yang aman dan harmoni. Selain itu, seperti PANAS, parti ini juga

berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera di Sarawak di samping

memperjuangkan hak istimewa bagi kaum bumiputera di Sarawak. Bukan itu sahaja, parti politik

BERJASA juga berusaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan menuntut supaya

bahasa Melayu menjadikan bahasa kebangsaan di Sarawak yang telah digunakan oleh orang

Sarawak untuk senang berkomunikasi dan senang difahami oleh kaum-kaum lain.

3.3 Parti Negara Sarawak

Parti Negara Sarawak atau Nasional Party Of Sarawak yang lebih dikenali dalam nama

singkatannya sebagai PANAS. Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan pada 9 April 1960.

Parti politik ini diasaskan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha. PANAS mendukung tujuan

untuk melindungi, memelihara dan memajukan kepentingan politik, keagamaan, ekonomi, social

dan kebudayaan rakyat seluruh negeri Sarawak khasnya bumiputera. PANAS merupakan parti

politik kedua di Sarawak. Kira-kira 10 bulan selepas penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak

(SUPP) yang merupakan parti politik pertama didaftarkan di Sarawak. Pada peringkat

permulaannya, PANAS tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada penduduk

tempatan sendiri tetapi selepas dua tahun, parti ini mula diterima apabila sebanyak 62,795 ahli

menganggotainya kerana menentang penjajahan Malaya. Parti ini telah dibubarkan pada 28

Mac 1968.

3.4 Parti Pesaka Anak Sarawak

Parti Pesaka Anak Sarawak dikenali sebagai PESAKA yang ditubuhkan pada Ogos 1962.

Temenggung Jugah merupakan pengasas parti politik ini. Tujuan penubuhan parti PESAKA ini

adalah untuk menyatupadukan kaum Dayak di Sarawak dan memberi jaminan kepada hak

mereka di dalam perlembagaan.

3.5 Parti Kebangsaan Sarawak

11

Page 12: parti politik Sabah Dan Sarawak

Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak Nasional Party yang dipanggil dengan menggunakan

nama gelaran iaitu SNAP. Parti politik ini diasaskan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong

Ningkan11. Penubuhan SNAP memberi pilihan kaum Dayak bergerak dalam bidang politik,

terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai dalam mana-mana parti lain. SNAP

ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap SUPP, PANAS dan BERJASA kerana sebagai

kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti

politik. Parti ini dibubarkan pada 17 Januari 2013.12

3.6. Parti Reformasi Negeri

Parti Reformasi Negeri ini dikenali sebagai State Reform Party dalam singkatannya dipanggil

sebagai (STAR). Parti Reformasi Negeri telah ditubuhkan pada 9 Oktober 1996. Parti ini

ditubuhkan oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kebinet negeri Sarawak pada

Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya

dipilih sebagaiPresiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang

ukung pada 9 Mac 1997.

3.7 Parti Bansa Dayak Sarawak

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) juga dikenali sebagai Sarawak Dayak People’s Party

merupakan salah satu parti politik di Malaysia. Parti Bansa Dayak Sarawak merupakan sebuah

parti politik bangsa Dayak di Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1983 di negeri Sarawak.

Parti ini juga ditubuhkan oleh Datuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok setelah berpecah dari Parti

Kebangsaan Sarawak iaitu SNAP13. Selepas Datuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok meletakkan

jawatan dan menjadi sebagai seorang Presiden parti. Setelah memegang jawatan tersebut,

parti ini mengalami krisis dalaman hasil daripada perebutan jawatan antara Timbalan Presiden

iaitu Datuk Seri Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti tetapi dibantahi dan

dipertikaikan oleh Ketua Penerangan Parti Bansa Dayak Sarawak iaitu Datuk Seri James Jemut

Masing sehingga pembatalan pendaftaran parti ini oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan

dibubarkan pada 5 Disember 2003.

Seterusnya, beberapa hari sebelum pilihan raya pada 21 Mac 2004, Pendaftar Pertubuhan

(ROS) memberi peluang kedua dan pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan

syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti

11 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kebangsaan_Sarawak12 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 150.13 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Bansa_Dayak_Sarawak

12

Page 13: parti politik Sabah Dan Sarawak

yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 200414. Namun, pilihan raya umum dan peluang

kali kedua ini juga gagal membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih

memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia

mensabotaj dan menamakan calon untuk menentang dan menghapuskan calon lawan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah

membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Oktober 2004.

Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan dua parti serpihan kaum Dayak yang baru,

iaitu Parti Rakyat Sarawak yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri

Dr.James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Konres Dayak Malaysia (MDC)

pula yang gagal didaftarkan. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti

Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.

3.8 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak

Parti ini dikenali sebagai Sarawak United Bumiputera Heritage Party dan ia dipanggil sebagai

PBB dalam singkatannya. Parti ini merupakan salah satu parti politik di Malaysia tempatan di

negeri Sarawak. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak ditubuhkan pada 30 April 1973

daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak. Antara gabungan tiga buah parti

politik Sarawak adalah seperti Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak

(BERJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Percantuman ini bertujuan untuk

meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang

termasuk politik, ekonomi dan juga sosial.

Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif daripada Pehin Sri Hj Abdul

Taib Mahmud iaitu Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta

Ketua Menteri Sarawak dan Presiden PBB sekarang15. Sebelum pilihanraya negeri yang

pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak, Parti

Pesaka Anak Sarawak dan Persatuan Cina Sarawak membentuk sebuah parti campuran pada

Julai 1962. Kemudian, Parti Negara Sarawak telah menarik diri daripada parti campuran ini

menjelang pilihanraya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP).

Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan

membentuk Kabinet Negeri yang pertama. 

14 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 149.15 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 148.

13

Page 14: parti politik Sabah Dan Sarawak

Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat,

disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis termasuk krisis

perkauman dan ini diakhirnya apabila berlaku penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden

SNAP. Selepas itu, Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila Barisan Rakyat Jati

Sarawak (BERJASA) dan Parti Negara Sarawak (PANAS) bergabung untuk membentuk Parti

Bumiputera pada bulan Mac 1968. Parti ini diketuai oleh Allahyarham Tan Seri Datuk Amar

Abang Ikhwan Zaini. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera

dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada

ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB.

Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi

jawatan Presiden tanpa bertanding pada tahun 1981 sehingga sekarang.

Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah

mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat

dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Ahli-ahlinya telah menjangkau 300,000

orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri16. Parti ini disokong penuh oleh kaum

bumiputera, terutamanya golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayu dan Orang Ulu.

4.0 Faktor-faktor Yang Mendorong Pembentukan Malaysia

Terdapat banyak faktor yang mendorong Sabah dan Sarawk pembentukan Malaysia.

Antaranya ialah:-

4.1 Memberi Kemerdekaan Kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Sigapura

Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan

singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangakan. Hal ini

disebabkab negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu

cadangan ini ditimbulkan17. Dalam hal ini, menurut Mardin Nordin, Sabah dan Sarawak

diletakkan dalan status negeri jajahan manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai

negeri naungan. Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan

ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua tahun. Tetapi, jika Sabah dan Sarawak cuba

mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan

16 http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Pesaka_Bumiputera_Bersatu_Sarawak17 Nazaruddin M Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail M Rashid. 1996. Pengajian Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 127.

14

Page 15: parti politik Sabah Dan Sarawak

tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya18. Jadi, dengan menyertai

Malaysia, kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.

Pada tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk

memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun, Sabah dan Sarawak

merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk

berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul

Rahman berpendapat, British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan

Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Tunku Abdul Rahman percaya bahawa membawa

masuk Sabah dan Sarawak akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua

buah wilayah ini. Di samping itu, kaum Bumiputera boleh menikmati layanan yang lebih baik

apabila menyertai Persekutuan Malaysia sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di

Persekutuan Tanah Melayu.

4.2 Membela Masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak mengalami sejarah yang hampir sama dengan Tanah Melayu kerana

pernah diduduki atau mengalami oleh kuasa-kuasa Barat, terutamanya British. Namun, nasib

penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu,

terutamanya golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-

wilayah tersebut dipegang oleh bangsa-bangsa asing. Taburan penduduk mengikut pekerjaan

menunjukkan sejumlah besar rakyat terlibat dalam sektor pertanian. Penggunaan tanah untuk

sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3%. 19Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan

ke dalam Persekutuan Malaysia, kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada

penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan

keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga sangat daif, di mana infrastrukturnya

masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Ia adalah sukar untuk

mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Pembangunan ekonomi yang

terancang dan galakan dari wilayah-wilayah anggota yang lain akan turut memberikan kesan

terhadap pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak. Golongan Bumiputera di kedua-dua

wilayah juga tidak mendapat layanan baik daripada kerajaan British. Orang luar yang datang ke

18 Mardin Nordin & Hasnah Hussiin. 2011. Pengajian Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Selangor. m.s. 8919 Malaysia Kita. Internasional Law Book Services. Selangor. m.s. 106

15

Page 16: parti politik Sabah Dan Sarawak

wilayah ini diberi lebih perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik

huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi dan faktor ini membataskan peluang mereka

untuk menjawat sebarang jawatan kerajaan.

4.3 Pekongsian Faedah Ekonomi

Melalui pertubuhan Malaysia, wilayah-wilayah anggota akan dapat mengadakan kerjasama

ekonomi dan perdagangan untuk mendapatkan faedah bersama. Menurut Ruslan Zainuddin

secara tidak langsung, Wilayah-wilayah anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh

membantu wilayah-wilayah anggota yang belum membangun dan kekurangan sumber

ekonomi. Kuala Lumpur paling menghargai kerjasama serantau dalam bidang ekonomi20. Ia

boleh diurus secara berpusat dan mengikut pakatan dalam kalangan negeri-negeri anggota

Malaysia. Dalam hubungan ini, terdapat sumber-sumber tertentu yang boleh dimajukan di

setiap negeri untuk keuntungan negeri berkenaan dan juga menfaat kerajaan pusat.

Menurut Tunku Abdul Rahman, apa yang penting melalui Malaysia ialah pembentukannya

dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi terutama di Sabah dan Sarawak

yang masih belum maju dari segi ekonomi. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei

pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara yang berkenaan. Hal ini kerana, Tanah

Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya

dengan sumber minyak. Singapura pula kaya dengan pelabuhan yang lebih selamat dan

memiliki perdagangan antarabangsa. Sabah dan Sarawak pula kaya dengan hasil hutannya.

Oleh itu, Dapat kerjasama ekonomi sekiranya wilayah-wilayah tersebut bergabung dalam

penubuhan Malaysia.

4.4 Bersama Mengelak dan Membanteras Ancaman Komunis

Menurut Ma’rof Redzuan, ancaman komunis selalu menjadi kebimbangan semua negeri bakal

anggota yang sentiasa terdedah dengan bahaya ini. Di Tanah Melayu, walaupun darurat akibat

penganas komunis selama 12 tahun sudah berakhir, namun ia masih belum reda dengan

ancaman dan serangan komunis21. Selain itu, ancaman ini juga telah dikesan di Singapura dan

juga Sarawak. Banyak pihak yang tertarik dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu

dengan Singapura. Pihak British sendiri bersetuju dengan gabungan ini kerana wujud banyak

persamaan antara kedua-dua pihak iaitu dari segi sejarah, undang-undang, ekonomi dan

20 Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. Kenegaraan Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s. 18421 Nazaruddin M Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail M Rashid. 1996. Pengajian Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 126.

16

Page 17: parti politik Sabah Dan Sarawak

kewangan. Tunku Abdul Rahman sedar peluang ini boleh memberi kemerdekaan kepada

Singapura secara lebih awal. Selain itu, bsnyak pendapat yang menyebut Singapura sebagai

sebuah negara yang kecil dan tidak mampu untuk berdiri sendiri kerana dikelilingi negara-

negara jiran yang lebih besar seperti Persekutuan Tanah Melayu dan Indonesia.

Gabungan dengan Singapura sebenarnya penting ekoran beberapa situai politik dan

keamanannya patut diberi perhatian. Parti Tindakan Rakyat atau ‘People’s Action Party’ (PAP)

di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura. Waktu itu, Singapura telah

mengalami kemerosotan. Fenomena in jelas apabila Parti Tindakan Rakyat kalah dalam pilihan

raya kecil di kawsan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai

tahun yang sama. Kebimbingan ini lahir bukan sahaja akibat daripada kemenangan Ong Eng

Guan daripada People’s Action Party (PAP) Singapura atau ‘United People’s Party’ (UPP) di

Hong Lim dan Parti Buruh di Anson, tetapi juga ekoran pengaruh pihak sayap kiri dalam Parti

Tindakan Rakyat sendiri. Kelompok ini telah berpecah daripada People’s Action Party (PAP)

dan membentuk Barisan Sosialis.

Jika situasi ini dibiarkan, dikhuatiri kerajaan Parti Rakyat (PAP) akan diambil alih Barisan

Sosialis. Fenomena seumpama ini membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana

hubungan baik dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan

terjejas sekiranya People’s Action Party (PAP) digulingkan. Kebimbingan yang lebih besar

sebenarnya berkaitan dengan pengaruh komunis yang semakin menyusup ke dalam kelompok

berhaluan kiri. Pihak British dan Persekutuan Tanah Melayu tentunya tidak mahu tampuk

pemerintahan Singapura diambil alih oleh pemimpin-pemimpin berideologi komunis. Kerajaan

British telah merancang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura pada pertengahan

tahun 1963. Sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh tersebut, parti golongan kiri didapati

berpotensi besar untuk mengalahkan People’s Action Party (PAP) dan mengambil alih

pemerintahan. Perkara inilah yang tidak diingini oleh Persekutuan Tanah Melayu.

Sebelum ini, kesan perkembangan fahaman komunisme Persekutuan Tanah Melayu

menganggap penggabungan dengan Singapura merupakan suatu tindakan yang berbahaya.

Namun setelah diadakan rundingan dengan Perdana Menteri Singapura dan Pihak British,

didapati membiarkan Singapura menangani masalah ini sendiri lebih berbahaya dan menelan

belanja yang besar. Cara terbaik untuk membendung fenomena politik tersebut adalah

bergabung dengan Singapura.

17

Page 18: parti politik Sabah Dan Sarawak

Dari segi ekonomi pula, ramai yang berpendapat, dalam tempoh tersebut Singapura masih

belum mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Kerajaan Perikatan memikirkan bahawa satu

cara untuk membendung perkembangan politik yang tidak sihak di Singapura adalah dengan

mengadakan penggabungan bukan sahaja dengan Singapura, tetapi juga dengan wilayah-

wilayah British di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dan Brunei22. Pengaruh komunis yang agak

aktif sekitar tahun 1950-an telah merebak sehingga ke Sarawak. Umpamanya, penubuhan Liga

Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak. Pergerakan mereka

telah mempengaruhi dan menghasut kaum Cina yang terdiri daripada pelajar dan kesatuan

sekerja untuk menentang British. Selain itu, parti yang agak berpengaruh di Sarawak iaitu Parti

Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah dipengaruhi oleh ideologi komunisme.

4.5 Hasrat Kuala Lumpur Untuk Menguatkan Pakatan Dalam Kalangan Negeri-Negeri

Serantau

Di samping itu, satu lagi faktor yang mendorong pembentukan Malaysia adalah berkaitan

dengan hasrat Kuala Lumpur untuk menguatkan pakatan dalam kalangan negeri-negeri

serantau. Dalam buku Sejarah Malaysia, menekankan tentang kerjasama dalam pelbagai

bidang selama ini tidak berapa teratur, terutama dalam hubungan dengan negara-negara asing.

Jika semua negeri bersatu di bawah satu sistem pentadbiran politik, maka lebih kuatlah

kedudukan mereka pada peringkat antarabangsa23. Tunku Abdul Rahman telah menyedari

pentingnya peningkatan hubungan antarabangsa melalui satu negara baru24. Hal ini disebut

oleh beliau dalam ucapannya dalam majlis persatuan wartawan pada 27 Mei 1961 itu. Beliau

menekankan rancangan kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan negeri-negeri

berkenaan, setelah negeri-negeri ini bersatu dalam Malaysia. Pembentukan Malaysia itu sendiri

menandakan permulaan kerjasama erat sesame anggota, dengan pencapaian kemerdekaan

oleh negeri-negeri anggota sebagai satu kejayaan bersama25.

4.6 Menjaga Kepentingan Wilayah Terbabit

Pembentukan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei

dan Singapura juga adalah menjaga kepentingan dan kedududkam bumiputera. Menurut Tunku

22 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang. m.s. 6223 Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti. M.s 221.24 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia. Percetakan Seasons Sdn. Bhd. m.s. 7725 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang. m.s. 64

18

Page 19: parti politik Sabah Dan Sarawak

Abdul Rahman, gagasan pembentukan Makaysia perlu mengabungkan wilayah-wilayah Borneo

seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura

sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja percantuman. Ini akan, menghilangkan

majoriti penddudukan Malayu. Hal ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudukan bukan

Melayu dan apabila tercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu serta penduduk

bukan melayu dan manjadi golongan terbesar.

4.7 Bersatu Dalam Hubungan Antarabangsa

Kerjasama selama ini di antara sesebuah negeri dengan negeri-negeri luar masih belum begitu

teratur. Jika semua negeri dalam usul itu bersatu di bawah satu pemerintahan dan sistem

politik, maka lebih kuat kedudukan mereka di arena antarabangsa melalui satu negara baru.

Perkara itu disebut dalam ucapan Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961. Beliau menekankan

rancangan kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan negeri-negeri ini setelah bersatu

dalam Malaysia26. Pembentukan Malaysia itu sendiri menandakan permulaan kerjasama erat

sesama anggota dengan pencapaian kemerdekaan oleh negeri-negeri anggota sebagai satu

kejayaan bersama.

4.8 Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara

Soal Keamanan dan kestabilan negeri-negeri di rantau Asia Tenggara, khususnya di Singapura

dan Tanah Melayu telah juga menarik minat British. British bimbang sebarang kekacauan dan

huru-hara di kawasan Timur akan mengancam pelaburan mereka yang benyak di sana. British

berpendapat bahawa penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu negara yang lebih kukuh dan

stabil untuk menjamin agar keamanan serantau tidak terancam27. Jadi, pihak British bersama

menggalakkan penubuhan Malaysia.

4.9 Keseimbangan Kaum dan Perpaduan

Gabungan besar akan menjamin keseimbangan kaum. Pengekalan imbangan bukan

Bumiputera dengan Bumiputera dapat menjamin keharmonian serantau. Pertimbangan ini juga

dianggap penting oleh pihak British28. Selain itu, kebanyakan pemimpin di negeri-negeri bakal

anggota juga juga menerima cabaran menyatupadukan pelbagai warisan budaya yang

26 Chin Yee Mun, Ira Meilita Ibrahim & Wong Khek Seng. 2000. Kenegaraan Malaysia. Pearson Custom Publishing. m.s 12727 Nazaruddin M Jali, Nurazmi Kuntum & Ismail M Rashid. 1996. Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s. 77 28 Chin Yee Mun, Ira Meilita Ibrahim & Wong Khek Seng. 2000. Kenegaraan Malaysia. Pearson Custom Publishing. m.s 127

19

Page 20: parti politik Sabah Dan Sarawak

disejagatkan dan menjadi satu entiti di bawah pemerintahan pusat yang kuat. Bukan itu sahaja,

semua negeri bakal anggota tersebut perlu merasai kepentingan persefahaman serantau dan

melahirkan satu bangsa yang bersatu untuk memajukan negara dan bangsa. Di bawah satu

jentera pentadbiran yang kuat, potensi yang ada pada sebuah negeri lebih mudah

dikembangkan. Pihak Kuala Lumpur setelah merdeka selama lima tahun berkemampuan

menggunakan penggalamannya sebagai negara berbilang kaum untuk dimanfaatkan bagi

membangunkan negeri-negeri dalam Malaysia.29

5.0 Reaksi Penduduk Sabah dan Sarawak

5.1 Sarawak

Cadangan Tuanku Bainun telah menerima reaksi yang pelbagai dari Sabah dan Sarawak. Pada

peringkat awal, banyak pihak menentang kerana mereka melihat tiada faedah ekonomi serta-

merta yang dapat diperoleh daripada percantuman ini. Di Sarawak, Parti Negara Sarawak

(PANAS) yang diketuai oleh Temenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak

United People’s Party (SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak Nasional Party

(SNAP) secara jelas menentang cadangan penggabungan dengan penubuhan Malaysia. Parti

Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP) terbuka kepada pelbagai

kaum, namun majoriti ahlinya terdiri daripada kaum Cina30.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP) diketuai oleh

Ong Kee Hui. Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak Nasional Party (SNAP) dianggotai oleh

orang Iban dan diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan turut menentang pembentukan Malaysia.

Parti yang menyokong cadangan pembentukan Malaysia ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak

(BERJASA). Dalam konteks penentangan yang disuarakan, sebenarnya tidaklah terlalu

menekankan Tunku Abdul Rahman. Hal ini kerana, kebanyakan pihak lebih cenderung untuk

memperoleh kemerdekaan sendiri terlebih dahulu sebelum membentuk penggabungan dengan

Malaysia.

5.2 Sabah

Di Sabah juga wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir beberapa buah

parti politik yang melaungkan pendapat atas sentiment pro atau anti-Malaysia. Parti politik yang

29

30 Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. Kenegaraan Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s. 186

20

Page 21: parti politik Sabah Dan Sarawak

pertama di Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 daripada kalangan kaum Kadazan bernama

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu ataupun United Nasional Kadazan Organization

(UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens31. Parti ini secara jelas menentang pembentukan

Malaysia, malahan mula berjuang untuk kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962, kaum

Murut di Sabah menubuhkan sebuah parti yang bergelar Pasok Momogum Kebangsaan Borneo

Utara. Parti ini turut menentang pembentukan Malaysia dan dipimpin oleh G.S. Sundang yang

bermatlamat memperjuangkan kemerdekaan Sabah.

Terdapat sebuah parti politik Sabah yang menerima rancangan Tunku Abdul Rahman, iaitu

Pertubuhan Kebangsaan Sabah bersatu yang lebih dikenali dalam nama United Sabah National

Organization (USNO). Parti ini ditubuhkan pada bulan Disember 1961 oleh orang Islam di

bawah pimpinan Datu Mustapha Datu Harun.Sehingga bulan Oktober 1962, masih ramai

penduduk dari Sabah dan Sarawak sang sangsi dengan pertubuhan Malaysia ini, terutama Parti

Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP)dan Pasok Momogun

bersama-sama dengan Parti Rakyat Brunei. Bagi parti-parti tersebut, mereka lebih berminat

kepada penyatuan ketiga-tiga wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei itu

sendiri.Menjelang lewat tahun 1962 dan awal tahun 1963, sebahagian besar penduduknya

berubah fikiran setelah menerima lebih banyak penerangan. Pengerusi UNKO, Donald

Stephens yang dahulunya menentang telah memberikan sokongan kuat dan memujuk

masyarakat Khadazan menerima pembentukan Malaysia. Sehingga pembentukan Malaysia

pada tahun 1963, Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP)

merupakan satu-satunya parti politik di Sarawak yang membantah cadangan pembentukan

Malaysia.

Menurut Asnarulkhadi Abu Samah, pengisytiharan Malaysia telah diadakan melalui

rundingan akhir pembentukan Malaysia yang diadakan di London pada bulan Jun 1963. Setelah

persetujuan dicapai, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 8 Julai 1963 di antara

kerajaan British, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura32. Pada mulanya, tarik

pembentukan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963, tetapi disebabkan Suruhanjaya khas

Persatuan Bangsa bangsa Bersatu yang dihantar ke Sabah dan Sarawak hanya dapat

menyiapkan laporan tinjauannya pada 14 September 1963, tarik asal yang ditetapkan terpaksa

ditunda kepada 16 September 1963.

31 Mardin Nordin & Hasnah Hussiin. 2011. Pengajian Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Selangor. m.s. 9132 Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang. m.s. 72

21

Page 22: parti politik Sabah Dan Sarawak

Pengisytiharan Malaysia dibuat pada 16 September 1963 secara serentak di seluruh negara

iaitu di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan Kuching. Pengisytiharan di Kuala Lumpur

dilakukan di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman dengan yang dihadiri oleh Yang di-

Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Pengisytiharan di Sabah dibuat oleh Ketua Menteri,

Donald Stephens dihadapan Yang Dipertua Negeri, Datu Mustapha bin Datu Harun dan wakil

kerajaan persekutuan iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein. pengisytiharan di Kuching oleh wakil

kerajaan persekutuan, Mohd Khir Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Abang Haji

Openg bin Abang Sapiee dan Ketua Menteri iaitu Stephen Kalong Ningkan.

6.0 Kepentingan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan

agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian

nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era

globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat,

modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

Hasrat untuk membentuk sebuah negara bangsa dalam konteks  Malaysia boleh dihuraikan

seperti kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir b. Mohamed, Melangkah Ke Hadapan pada 1991, iaitu

membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi

bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-

kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak

dan keadilan, membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian

yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

22

Page 23: parti politik Sabah Dan Sarawak

Menurut YAB Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999) pula,

kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita

juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk

membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai33. Walaupun pelbagai usaha dilakukan

oleh kerajaan dan pemimpin namun unsur-unsur penghalang yang kebanyakannya berakar

umbikan sentimen perkauman masih mengepompongi sebahagian rakyat negara ini

termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang sepatutnya berperanan sebagai role model bagi

mencapai matlamat tersebut. 1 Malaysia umpamanya, merupakan agenda terbaru pemerintah

di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak untuk membentuk sebuah negara yang

dikongsi bersama atau dianggap sepunya bagi seluruh rakyat negara ini.

Dari aspek sejarah, bila kita kembali kepada perjuangan pemimpin terdahulu konsep 1

Malaysia yang dianjurkan oleh Dato’ Seri Najib sebenarnya hanya merangkumi usaha-usaha

yang telah dimulakan oleh Dato’ Onn Jaafar dan lima orang Perdana Menteri yang terdahulu.

Ianya bukan usaha yang tergesa-gesa dan berbau politik seperti gagasan Malaysian Malaysia

yang dianjurkan oleh parti DAP.34 Pada zaman Dato’ Onn Jaafar, beliau menekankan perlunya

memelihara ketuanan Melayu dengan menentang Malayan Union. Ini membolehkan Melayu

mengembalikan kuasa dan hak orang Melayu sebagai rakyat asli di Tanah Melayu. Pada

peringkat awal ianya tidak berniat menafikan hak kaum-kaum lain tetapi memperkukuhkan hak

Melayu terhadap tanah airnya.

Ketika zaman Tunku Abdul Rahman pula, Tunku memperkukuhkan kedudukan Melayu

dengan menjamin hak-hak istimewa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu tetapi dalam masa

yang sama menerima kewujudan masyarakat berbilang kaum terutama kaum Cina dan India.

Tunku tidak ada pilihan pada ketika itu kerana menjadi syarat penjajah Inggeris yang hanya

akan memberi kemerdekaan setelah mendapat kerjasama dari semua kaum yang ada di Tanah

Melayu. Walau bagaimanapun, Tunku gagal memperbaiki polarisasi kaum sehingga membawa

kepada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah ini menyukarkan lagi usaha Tun Razak

mewujudkan identiti bangsa Malaysia. Namun, dalam tempoh lima setengah tahun Tun Razak

33 Ruslan Zainuddin. 2010. Hubungan Etnik. Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ms

187

34 Ruslan Zainuddin. 2010. Hubungan Etnik. Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ms

189

23

Page 24: parti politik Sabah Dan Sarawak

berusaha mewujudkan economic equity iaitu merapatkan jurang kekayaan sebagai pra syarat

kepada keharmonian antara kaum.

Tun Razak percaya bahawa dalam jangka panjang negara tidak akan aman jika kekayaan

ekonomi tidak dinikmati secara adil oleh kaum-kaum yang ada. Maka Dasar Ekonomi Baru

(DEB) diperkenalkan untuk menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi di

samping matlamat pokok membasmi kemiskinan35. Apabila kemiskinan dan pengenalan kaum

mengikut fungsi ekonomi berjaya dihapuskan seperti disasarkan dalam DEB maka tidak ada

lagi tanggapan bahawa yang miskin itu Melayu dan bumiputera, yang kaya itu kaum Cina.

Matlamat akhirnya untuk mencapai kesetaraan ekonomi dengan matlamat ekuiti ekonomi

Melayu pada kadar 30%  menjelang 1990. Semua dasar dan usaha Tun Razak ini pada

hakikatnya begitu ikhlas untuk mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia  yang dapat hidup

dengan harmoni dan makmur apabila kekayaan dapat diagihkan secara adil.

Tun Hussein Onn pula memberi penekanan kepada membina sebuah masyarakat Malaysia

yang bermoral tinggi sebagai asas sebuah masyarakat Malaysia yang bertamadun. Tun

Hussein memberatkan pentingnya keluhuran undang-undang negara dan mengambil tindakan

undang-undang terhadap sesiapa juga untuk memelihara moral dan etika rakyat Malaysia.

Tindakan ke atas Dato Harun Idris yang pada masa itu Menteri Besar Selangor dan Ketua

Pemuda UMNO Malaysia adalah bukti kesungguhan Tun Hussein Onn. Dalam satu ucapan

perasmian pada Julai 1976, Tun Hussein menegaskan, “Dalam memimpin sebuah negara

berbilang kaum, prinsip dalam setiap keputusan mestilah mengutamakan kepentingan nasional

bukan memenuhi tuntutan satu kaum saja kerana jika kepentingan nasional diketepikan,

sebagai contoh mengabaikan peraturan undang-undang, ini bukan sahaja menyalahgunakan

kepercayaan rakyat tetapi juga akan membuka ruang kepada satu keadaan iaitu rakyat akan

bangkit menentang kita”.

Zaman Tun Dr. Mahathir pula membuat dasar menjangkaui sempadan Malaysia. Wawasan

yang diperkenalkannya iaitu Wawasan 2020 telah mencetuskan kepentingan pembinaan

bangsa Malaysia36. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas

meletakkan matlamat mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, mempunyai matlamat

yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum

35 http://negara-bangsa.blogspot.com/36 https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/

24

Page 25: parti politik Sabah Dan Sarawak

berasaskan persamaan hak dan keadilan. Tun Mahathir ingin identiti rakyat Malaysia dikenali di

seluruh dunia sebagai bangsa yang berjaya, boleh menakluki Everest, Kutub Utara, merentasi

Lautan Pasifik dan sebagainya sebagai  satu simbolik kemampuan bangsa Malaysia.

Pemodenan Malaysia yang dipelopori oleh Tun Mahathir bukan sahaja cemerlang dalam

negara tetapi rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat global.

Melampaui abad ke-21, matlamat tersebut masih disuarakan oleh pemimpin selepasnya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menekankan kepentingan perkongsian sebuah negara

dan menekankan semangat kecintaan kepada negara. Dalam ucapannya sempena ulang tahun

Kemerdekaan Malaysia ke-50 pada 31 Ogos 2007, beliau mengatakan “Kejayaan Malaysia

telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama

dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga,

tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku

ketidakadilan dalam kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang

kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia

adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia. Bumi dan langit Malaysia

menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh

muafakat”. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dalam perutusan Hari

Kebangsaan negara ke-52 (2009), menekankan kepada usaha merapatkan hubungan rakyat

berbilang kaum di Malaysia dengan meruntuhkan tembok pemisah yang masih wujud. Menurut

beliau, “ lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus

dengan baik akan berakhir dengan kegagalan”. Justeru beliau telah memperkenalkan gagasan

1 Malaysia. Malangnya ramai yang keliru dengan konsep negara bangsa yang cuba dibawakan

dengan mengatakan konsep 1 Malaysia akan menghilangkan hak-hak istimewa bangsa Melayu.

Konsep 1 Malaysia adalah tentang ciri-ciri atau budaya bangsa Malaysia

.

Menurut Mohamad Idris Saleh, perpaduan dijadikan kunci utama oleh pemimpin kita dalam

pembentukan Malaysia. Pemimpin kita iaitu Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa

perpaduan antara kaum dan juga perpaduan antara negara adalah sangat penting dalam

penubuhan Malaysia37. Hal ini kerana terdapat beberapa negara yang hendak terlibat dalam

penubuhan Malaysia seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Oleh sebab berlaku

keselisihan faham antara Brunei dengan Tanah Melayu menyebabkan Brunei telah menarik diri

37 Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shaffie. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. m.s. 66

25

Page 26: parti politik Sabah Dan Sarawak

daripada penubuhan Malaysia. Cerita yang sama juga berlaku apabila Singapura bergabung

dalam penubuhan Malaysia menyebabkan Tunku Abdul Rahman turut menolak Singapura

daripada gabungan dalam penubuhan Malaysia.

Selain itu, daripada perpisahan Brunei dan juga Singapura telah memberi kesedaran kepada

Tunku Abdul Rahman supaya perpaduan yang sangat penting bagi mencapai hasratnya iaitu

penubuhan Malaysia yang dianggotai oleh Sabah dan Sarawak. Beliau telah berusaha untuk

menyatupadukan rakyat Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Negara

Malaysia38. Antara sebab Tunku Abdul Rahman menganggap perpaduan adalah penting untuk

penubuhan Malaysia adalah kerana melalui perpaduan, masyarakat akan bersatu padu untuk

menjayakan gagasan Malaysia.

Suatu paradigm alternatif yang mengambil kira aspek positif yang menyumbangkan kepada

keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang masih dalam pembikinannya, kini

adalah perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada cara pandang untuk memahami citra

hubungan etnik dengan lebih adil dan menyeluruh39. Padigma alternative ini bukan untuk

menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai satu cara pandang yang memahami tempat yang

lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik.

Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan

dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan

konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial. Menggunakan paradigm kesepaduan sosial

untuk memahami hubungan etnik di Malaysia bermula dengan premis bahawa kesepaduan

sosial sudah sedia wujud sebagai tiang seri di peringkat masyarakat awam. Usaha yang perlu

dilakukan adalah mengukuhkannya lagi supaya perpaduan yang dicita-citakan oleh masyarakat

dan negara dapat dicapai. Kesepaduan sosial yang dinikmati sekarang merupakan proses yang

panjang dan berterusan sejak wujudnya interaksi antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status negara maju pada

tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa perpaduan adalah

teras utama yang menunjangi konsep ini. Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diberikan

penekanan khususnya yang berkaitan dengan semangat perpaduan kerana tanpa kesepakatan

dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat, sudah pasti hasrat mencapai taraf negara

38 Chen Yee Mun. 2006. Malaysia Ilmu, Persepsi & Integriti. Prentice Hall Sdn. Bhd. Selangor. m.s. 6239 Shamsul Amri Baharuddi. 2012. Modul Hubungan Etnik. Selangor: University Kebangsaan Malaysia.

26

Page 27: parti politik Sabah Dan Sarawak

maju menemui jalan buntu. Sekiranya komuniti hari ini mampu bersatu hati dalam semua

perkara, maka usaha untuk memajukan negara menjadi semakin mudah. Hal ini demikian

kerana kekuatan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbirannya

semata-mata tetapi ia turut dinilai melalui kekuatan moral yang dimiliki oleh sesebuah

masyarakat yang mendiami di dalam sesebuah negara tersebut. Oleh hal yang demikian,

masyarakat harus bersedia untuk berfikiran liberal dengan melihat setiap perangkaan yang

dirancang oleh pihak kerajaan adalah demi kebaikan bersama. Oleh itu, perpaduan adalah

penting untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah yang maju. Menurut Shamsul Amri

Baharuddi dalam buku Hubungan etnik, negara Malaysia yang maju hanya dapat dilahirkan

melalui masyarakat yang majmuk dan bersatu padu40. Dalam konteks ini, Tunku Abdul Rahman

telah memainkan peranan yang penting dengan bekerjasa dengan pemimpin lain untuk

membentuk masyarakat bersatu padu bagi melahirkan masayarakat Malaysia yang bersatu

padu, berpatriotik, berwawasan, berintegriti dan semangat kekitaan dalam kalangan mereka.

7.0 Refleksi

Pada 10 Februari 2015, pensyarah matapelajaran Sejarah Sabah dan Sarawak telah

menyerahkan tajuk tugasan kepada kami. Setelah beliau memberikannya, beliau telah

menjelaskan tajuk dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Dalam proses membuat tugasan ini,

saya telah menghadapi beberapa dugaan. Pada mulanya, setelah mendapat soalan daripada

pensyarah, saya berasa agak terkejut kerana tugasan ini merupakan tugasan yang mencabar

keyakinan saya. Bagi saya, tugasan ini merupakan tugasan yang paling saya seronok kerana

banyak menguji kebolehan Intrapersonal dan Interpersonal dalam diri saya. Setelah mendapat

penjelasan sekali lagi daripada pensyarah, saya telah mendapat gambaran yang jelas dan mula

membuat persiapan awal agar dapat menjalankan tugasan ini dengan lebih baik.

Sepanjang melalui proses menyelesaikan tugasanSejarah Sabah dan Sarawak, saya telah

memperoleh banyak pengalaman dan mendapat input-input baru berkaitan dengan

perkembangan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sehingga tahun 2000, menganalisis

40 Shamsul Amri Baharuddi. 2012. Modul Hubungan Etnik. Selangor: University Kebangsaan Malaysia.

27

Page 28: parti politik Sabah Dan Sarawak

faktor-faktor yang membawa kepada penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dan juga

keperluan dan kepentingan pembinaan negara dan bangsa Malaysia.  Bagi saya, tugasan ini

merupakan tugasan yang sangat berat dan saya berasa susah. Tugasan ini merupakan suatu

tugasan yang telah mencabar keyakinan dan kebolehan saya untuk menyiapkannya. Saya juga

sangat berusaha untuk membuatkannya dengan bantuan pihak-pihak tertentu.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usaha saya menyelesaikan kerja kursus

ini, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. 

Langkah pertama bagi pelaksanaan tugasan ini adalah merancang terlebih dahulu sebelum

memulakan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan tersebut.  Saya telah

mencadangkan supaya membina suatu kumpulan untuk mencari buku-buku. Saya bersama-

sama dengan rakan-rakan saya iaitu F.Jessita Marry, V.Sakundtala, G.Sivapriya, T.Henrieta,

Chan Kwok Meng dan Syeikh Ahmad Firdaus telah bergabung dalam satu kumpulan untuk

mencari bahan-bahan rujukan.

Sebelum saya memulakan untuk membuat tugasan ini, saya telah membahagikan lima

orang rakan-rakan termasuk saya dalam dua kumpulan iaitu kumpulan pertama tiga orang akan

mencari bahan untuk soalan satu dan dua dan dua orang lagi akan mencari buku-buku yang

berkaitan dengan soalan tiga. Langkah pertama yang saya ambil ialah mencari buku-buku

rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami dan meminjamkannya dari perpustakaan

Za’ba di IPGKTB ini. Kami telah mendapatkan beberapa buah buku sebagai rujukan bagi kerja

tugasan kami. Kami telah membahagikan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk tugasan yang

diberikan. Saya pun baca buku-buku tersebut tanpa rasa letih dan bosan kerana saya sangat

suka belajar tentang perpaduan kaum yang berlaku atau wujud di Malaysia.

Pada suatu hari, terdapat kekeliruan dalam memulakan kerja tugasan ini. Jadi, kami telah

berjumpa dengan pensyarah iaitu Dr.Nagamah Marimuthu. Kami telah pun mengemukakan

kekeliruan kami terhadap beliau. Beliau juga tanpa rasa leka dan letih menjelaskan persoalan-

persoalan kami. Setelah selesai masalah dan kekeliruan, kami pun memulakan kerja tugasan

kami tanpa rasa kekeliruan setelah menjapar kejelasan daripada pensyarah. Di sini, saya telah

belajar sedikit nilai. Apabila saya tidak memahami apa-apa soalan maka, saya hendaklah

mencari pensyarah tersebut untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih tepat. Apabila saya

berjumpa dengan Dr. Nagamah Marimuthu, saya berasa lebih seronok untuk bergaul dengan

beliau.

28

Page 29: parti politik Sabah Dan Sarawak

Dari aspek pemerolehan maklumat, saya telah membuat rujukan bahan-bahan ilmiah seperti

nota-nota yang berkaitan dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah.  Di samping itu saya juga

melayari laman-laman web tertentu berkaitan dengan parti-parti politik, faktor-faktor penyertaan

Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dan juga keperluan dan kepentingan pembinaan Negara

dan bangsa di Malaysia bagi meningkatkan pemahaman saya berkaitan tajuk tugasan saya.

Melalui kerja kursus ini, saya dapat memperoleh pengalaman dan kemahiran untuk membaca

secara dan berfikir secara kritis, kreatif dan kritikal serta analitikal.  Melalui tugasan ini, saya

mendapat ilmu bagaimana mengajar tentang tajuk perpaduan terhadap murid-murid apabila

saya bekerja sebagai seorang guru pada masa hadapan.

Tugasan bagi subjek ini telah membuka hati saya untuk menjadi seorang yang lebih sensitif

dalam perkara keperluan dan kepentingan pembinaan negara dan bangsa di Malaysia. Sebagai

seorang bakal guru dalam mata pelajaran sejarah, saya perlu menghayatinya dengan luas

tentang sejarah negara kita sepenuhnya. Sepanjang menjalankan tugasan ini juga, saya telah

belajar cara untuk meningkatkan kemahiran mengurus masa, mengurus maklumat dan

memproses maklumat secara sistematik. Sikap ini saya akan mengajar kepada murid saya

apabila saya menjadi seorang guru pada masa akan datang. Akhir kata, penghasilan kerja ini

telah mengajar saya cara untuk menghadapi sesuatu rintangan dan juga strategi yang harus

dipatuhi oleh saya sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa akan

datang berlandaskan kepada seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekian, terima kasih.

8.0 Rumusan

Rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura,

Brunei, Sabah dan Sarawak. Akhirnya, berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa

Brunei. Namun, Singapura pula telah keluar daripada Persekutuan Malaysia selepas dua tahun

Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan

banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sama ada dari segi politik mahupun

social dan ekonomi. Intihannya, walaupun perkara-perkara yang mencabar telah berlaku, tetapi

perpaduan dan juga kemajmukan antara pelbagai kaum di nagara kita masih kekal dan erat

lagi.

29