asgmnet sabah dan sarawak

24
PENGENALAN: Pengkajian akan sistem politik di Sabah dan Sarawak amat menarik sekali. Kedudukan kedua-dua buah negeri ini berada pada kepulauan Borneo 1 . Sebelum tahun 1860-an, Negeri Sabah berada dibawah penguasaan Kesultanan Brunei di bahagian barat Sabah dan penguasaan Kesultanan Sulu di bahgian utara dan timur Sabah. Kedatangan Kompeni Berpiagam Utara British pada tahun 1881 telah membawa kepada peralihan kuasa dimana kompeni ini telah mengambil alih pentadbiran Sabah sehingga kedatangan tentera Jepun 2 . Namun, era pendudukan Jepun tidak begitu lama di Sabah iaitu dari tahun 1942-1945. Selepas pentadbiran Jepun menyerah kalah kepada pihak British, sekali lagi pihak British mengambil alih petadbiran di Negeri Sabah sehingga tahun 1946. Sama juga dengan sejarah negeri Sarawak. Negeri sarawak pada awalnya dikuasai oleh Kesultanan Brunei. Namun setelah kedatangan James Brooke pada tahun 1841, pemerintahan Sarawak diambil alih oleh Dinasti Brooke sampailah kepada pendudukan Jepun pada tahun 1942-1945. selepas pendudukan jepun berakhir di negeri Sarawak, Vyner Brooke iaitu peneraju pentadbiran sarawak pada masa itu telah menyerahkan Sarawak kepada pihak british atas sebab-sebab tertentu. Setelah peralihan kuasa ini berlaku, Sarawak mengalami perubahan baik dari aspek politik mahupun aspek sosial 3 . Selepas perang dunia ke-2, Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politik berbanding dengan Tanah Melayu. Hal ini sedemikian, pihak Tanah Jajahan British hanya menumpukan kepada aspek kestabilan pentadbiran mereka keatas negeri-negeri tersebut. Jika 1 Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 27, 2008, hlm 92. 2 Ibid. Hlm 92 3 Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia: Penerbit, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1976, hlm 25-27. 1 | Page

Upload: ahmad-zakuan-ghazali

Post on 05-Aug-2015

300 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

PENGENALAN:

Pengkajian akan sistem politik di Sabah dan Sarawak amat menarik sekali. Kedudukan

kedua-dua buah negeri ini berada pada kepulauan Borneo1. Sebelum tahun 1860-an, Negeri

Sabah berada dibawah penguasaan Kesultanan Brunei di bahagian barat Sabah dan

penguasaan Kesultanan Sulu di bahgian utara dan timur Sabah. Kedatangan Kompeni

Berpiagam Utara British pada tahun 1881 telah membawa kepada peralihan kuasa dimana

kompeni ini telah mengambil alih pentadbiran Sabah sehingga kedatangan tentera Jepun2.

Namun, era pendudukan Jepun tidak begitu lama di Sabah iaitu dari tahun 1942-1945.

Selepas pentadbiran Jepun menyerah kalah kepada pihak British, sekali lagi pihak British

mengambil alih petadbiran di Negeri Sabah sehingga tahun 1946. Sama juga dengan sejarah

negeri Sarawak. Negeri sarawak pada awalnya dikuasai oleh Kesultanan Brunei. Namun

setelah kedatangan James Brooke pada tahun 1841, pemerintahan Sarawak diambil alih oleh

Dinasti Brooke sampailah kepada pendudukan Jepun pada tahun 1942-1945. selepas

pendudukan jepun berakhir di negeri Sarawak, Vyner Brooke iaitu peneraju pentadbiran

sarawak pada masa itu telah menyerahkan Sarawak kepada pihak british atas sebab-sebab

tertentu. Setelah peralihan kuasa ini berlaku, Sarawak mengalami perubahan baik dari aspek

politik mahupun aspek sosial3.

Selepas perang dunia ke-2, Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam bidang

ekonomi dan politik berbanding dengan Tanah Melayu. Hal ini sedemikian, pihak Tanah

Jajahan British hanya menumpukan kepada aspek kestabilan pentadbiran mereka keatas

negeri-negeri tersebut. Jika diselidiki, diantara kedua-dua buah negeri ini, sarawak lebih maju

berbanding dengan Sabah. Semasa penguasaan Dinasti Brooke, Sarawak telah mempunyai

1 Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 27, 2008, hlm 92.2 Ibid. Hlm 923 Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia: Penerbit, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1976, hlm 25-27.

1 | P a g e

Page 2: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

Perlembagaan yang tersendiri. Perlembagaan ini mula diperkenalkan pada tahun 1941 yang

dikelani sebagai Pelembagaan Brooke4. Dibawah perlembagaan ini, ianya mempunyai kuasa

dan peruntukan untuk penubuhan Majlis Tertinggi yang mana angotanya terdiri daripada 5

orang. Bagi negeri sabah, langsung tiada perlembagaan di bawah pentadbiran Chartered

Company. Syarikat itu lebih mengutamakan kepentingan-kepentingan dan anak-anak negeri

tidak diberi peluang dalam pemerintahan. Walaupun satu majlis perundangan telah

ditubuhkan pada 1912 yang terdiri daripada 7 orang ahli rasmi dan 4 ahli tidak rasmi, namun

tidak ada seorangpun Bumiputera yang menjadi ahli.5 Dan sebab itulah perkembangan politik

Negeri Sabah jauh lebih mundur dari Sarawak.

TAHAP KESEDARAN POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK SEBELUM TAHUN

1963:

NEGERI SABAH:

Jika dikaji dan diselidiki, tahap kesedaran politik masyarakat Sabah agak ketinggalan

berbanding negeri Sarawak. Namun begitu, bagi saya, tidak semua masyarakat sabah pada

masa itu tidak mengetahui akan kesdaran berpolitik, tetapi ianya tidak serancak denga negeri-

negeri lain yang ada di Semenanjung Tanah Melayu. Ini diakui oleh Sabihah Osman,

sebelum perang dunia ke-2, tidak ada sebarang pertubuhan politik di sabah yang bergerakdan

mengerakkan kegiatan mereka dalam bidang politik, tetapi tidak bermakna kesedaran politik

dalam kalangan penduduk juga tidak wujud. Sebenarnya, ramai tokoh-tokoh politik

Bumiputera yang telah sedar dan bergiat dala organisasi yang bercorak persuratan dan

4 Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia, hlm 26.5 Ishak Saat, Malaysia Secara Ringkas, Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, 16.9.1963, hlm 30-31.

2 | P a g e

Page 3: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

kebudayaan.6 Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan Persatuan Persaudaraan Sahabat

Pena Malaya ( PASPAM) dan kegiatanya dilaporkan di Jesselton, Tawau dan Labuan sekitar

tahun 19397. Sebenarnya, pertubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk menjaga

kepentingan dan menyatukan penduduk Bumiputera Muslim di sabah serta memupuk

kesedaran di kalangan mereka dalam menghadapi cabaran daripada pihak penjajah Brtish di

sabah.

Menjelang awal 40-an, beberapa pertubuhan yang bersifat persatuan yang bersifat

Islam muncul di Sabah. Diantara persatuan-persatuan tersebut adalah Pesatuan Barisan

Pemuda( BARIP) yang ditubuhkan pada tahun 1946 di Labuan dan Jesselton, Parti

Kebangsaan Melayu (PKM) pada 16 Julai 1946 di Labuan , serta Khairiat Jumaat Muslimin

(KJM) pada tahun 1950 di Jesselton8. Kewujudan persatuan-persatuan ini adalah bertujuan

untuk menyatukan anak-anak negeri Sabah dan berkejasama dalam memperbaiki keadaan

Politik, Ekonomi, dan Sosial masyarakat Bumiputera Sabah secara keseluruhan. Namun

begitu, di negeri Sabah juda pada masa ini terdapat persatuan yang bercorak kebudayaan dan

perkauman yang sama dan salah satunya adalah petubuhan orang Kadazan. Pertubuhan ini

dikenali sebagai Kadazan Cultural Association dan ianya ditubuhkan di kawasan Penampang

yang mana bertujuan untuk menjaga kepentingan orang Kadazan terutama dari segi sosial,

pelajaran dan juga kebudayaan.9 Jelas sekali menunjukkan bahawa pertubuhan-pertubuhan

yang wujud disabah sebelum tahun 1961 hanyalah bercorak untuk menjaga kepentingan

sosial, budaya dan agama komuniti yang diwakilinya.

6 Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 27, 2008, hlm 937 Ibid. hlm 93.8 Ho Hui Ling, , Gagasan Malaysia: Satu Kajian Mengenai Perananya Terhadap Perkembangan Parti Politik Di Sabah, 1961-1963: Mohd Sarim Hj Mustajab, G. Anantha Raman, Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Prosinding Seminar Kebangsaan Dan Pembinaan Nasion Malaysia: Penerbit , Universiti Malaysia Sabah, 2003, hlm, 61.9 Ibid, Hlm 61.

3 | P a g e

Page 4: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

Walaupun telah ada kesedaran politik masyarakat pada masa itu, tetapi perjuangan

pertubuhan-pertubuhan tersebut terhadap isu-isu politik di Sabah masih tiada. Mereka pada

masa itu hanyalah berjuang untuk kepentingan tersendiri dan masih kurang perhatian terhadap

perkembangan Sabah dan selepas pengumuman Gagasan Malaysia yang telah di buat oleh

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada 27 Mei 1961, barulah nampak bibit politik di

Sabah yang memperjuangkan hak dan kepentingan negeri Sabah10. Munculah Parti politik

United National Kadazan Organization (UNKO) pada 27 Mac 1961, kemudian parti United

Sabah National Organization (USNO) pada 23 Disember 1961, diikuti dengan penubuhan

parti United National Pasok Momogum Organization (PASOK MOMOGUN pada tahun

1962, North Borneo Democratic Party (NBDP) pada Februari 1962 dan North Borneo Indian

Congress (NBIC) pada 14 Oktober 196211. Kemunculan parti-parti politik ini adalah

disebabkan oleh beberapa faktor dan faktor-faktornya akan dibincangkan pada perenggang

yang seterusnya.

NEGERI SARAWAK:

Ditinjau pula keadaan ataupun tahap kesedaran politik masyarakat Sarawak sebelum

tahun 1963, rata-rata masyarakat Sarawak pada masa ini telah mengalami tahap kesedaran

politik yang mana mereka mula bangkit untuk mendapatkan pemerintahan yang sendiri.

Umumnya, Negeri Sarawak telah mengalami tahap kesedaran politik sejak dari tahun 1900

lagi. Ini dapatdilihat dengan penubuhan Fajar Sawarak pada 1 Februari 1930 yang mana

ianya telah diketuai oleh Mohammad Rakawi Yusuf12. Gerakan kesedaran ini berusaha

10 Malaysia 1945-2000, Ishak Saat, Hlm. 72-73.11 Ho Hui Ling, , Gagasan Malaysia: Satu Kajian Mengenai Perananya Terhadap Perkembangan Parti Politik Di Sabah, 1961-1963: Mohd Sarim Hj Mustajab, G. Anantha Raman, Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Prosinding Seminar Kebangsaan Dan Pembinaan Nasion Malaysia: Penerbit , Universiti Malaysia Sabah, 2003, hlm 63-69.12 Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 27, 2008, hlm 95.

4 | P a g e

Page 5: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

membangkitkan semanggat orang melayu tetang pemerintahan James Brooke yang berusaha

untuk meluaskan pengaruhnya serta menyeru para pemimpn melayu agar memperjuangkan

hak dan nasib kaum melayu dan bukanya berpuashati dengan kemewahan mereka. Golongan

ini juga menyedarkan masyarakat melayu agar bersatu dalam menghadapi musuh dan

ancaman kemajuan oleh bangsa asing serta menkrintik ekonomi di Sarawak hanya

menguntungkan kerajaan Eropah orang Cina sahaja. Pada tahun 1939, rentetan daripada idea

yang telah dibuat oleh pertubuhan Fajar Sarawak, ianya telah menjadi perangsang kepada

penduduk Melayu dan Bumiputera Sarawak untuk menubuhkan Persatuan Melayu Sarawak

yang mana kemudianya telah ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Menjelang pada tahun 1946, pertubuhan ini telah terlibat dan turut serta dalam gerakan

Anti-Penyerahan Sarawak. Dikatakan, sekitar tahun 1946 sehingga 1947, sebanyak 57

pertubuhan gerakan kesedaran telah muncul di Sarawak. Antaranya, Barisan Pemuda

Sarawak (BPS), Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM), Persatuan Bumiputera Sarawak (PBS),

Sulam Mas Seri, Kesetiaan Kelab Dalat dan lain-lain13. Kesemua pertubuhan ini muncul

adalah disebabkan untuk menentang penyerahan Sarawak kepada pihak British yang mana

rata-rata masyarakat penduduk merasakan jika Sarawak diserahkan kepada British, hak

mereka sebagai peribumi akan terhakis dan kebebasan untuk mencapai kemerdekaan akan

hilang.

Namun selepas gerakan Anti-Penyerahan selesai, kerajaan british mula sedar bahawa

telah muncul kesedaran dalam diri masyarakat Sarawak untuk terlibat dalam kegiatan politik

kerajaan sarawak dan dengan ini, pihak british mula mengambil langkah untuk memberikan

taraf berkerjaan sendiri kepada masyarakat Sarawak dan menjajikan kemerdekaan kepada

mereka selepas itu. Pilihan Raya peringkat Tempatan telah diadakan pada 4 November 1956

bagi Kuching Municipal Council (KMC) dan seterusnya pilihan raya ke dua diadakan pada

13Ibid. Hlm 97.

5 | P a g e

Page 6: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

tahun berikutnya di Sibu Urban District Council (SUDC). Seterusnya Pilihan Raya Umum

Pertama diadakan pada tahun 1959 secara tiga peringkat. Ianya dimulakan Dengan Pilihan

Raya Majlis Daerah dan seterusnya Majlis Daerah mengadakan pemilihan wakil ke Majlis

Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri14. Daripada pilihan raya inilah telah

muncul parti politik yang mana penubuhanya dimulakan dengan Sarawak United People’s

Party( SUPP) pada 12 Jun 1959 diikuti dengan penubuhan Parti Negara Sarawak (PANAS)

pada 9 April 1960. Seterusnya pada 10 April 1961 telah muncul Sarawak National Party

(SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) pada 2 Januari 1962, sarawak chinese

association(SCA) pada tahun Julai 1962 serta Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang

ditubuhkan pada Ogos 1962. Tahap kesedaran politik masyarakat Sarawak lebih jelas

berbanding dengan masyarakat di Sabah. Walaupun telah muncul parti pada tahun 1959,

sarawak lebih menyedari bahawa tidak selamanya negeri mereka ingin diperintah oleh bangsa

asing, maka dengan pengenalan Gagasan Malaysia Mei 1961 telah menghangatkan lagi

kemunculan parti-parti politik disarawak15. Dan pembentukan parti-parti tersebut mempunyai

sifat dan faktor yang tersendiri yang mana akan diperjelaskan dengan lebih terperinci pada

perengang yang seterusnya nanti.

14 Ibid, Hlm 9815 Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia, hlm 32-33.

6 | P a g e

Page 7: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN PARTI-PARTI

POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK ANTARA TAHUN 1959-1963.

1) PENUBUHAN GAGASAN MALAYSIA:

Negeri Sabah :

Gagasan Malaysia telah dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam persindangan

dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Sigapura. Didalam

ucapannya yang berbunyi, “Lambat laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain

dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah terlalu awal untuk

saya menyebut untuk cara persefahaman itu dapat dicapai, namun kita perlu mencapai

objektif ini dan memikirkan satu rancangan supaya wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada

satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”16. Dengan usul yang dikeluarkan oleh Tunku

telah membangkitkan kesedaran berpolitik dikalangan pemimpin Sabah dan memberi

rangsangan kepada mereka untuk menubuhkan parti-parti politik yang formal dalam proses

kearah kemerdekaan negeri Sabah. Jika dikaji, kemunculan kepada parti-parti politik adalah

disebabkan oleh rasa bimbang para penduduk tempatan akan pembentukan gagasan tersebut.

Kebimbangan penduduk Sabah adalah kerana jika sabah dimasukkan kedalam Tanah Melayu,

keistemewaan mereka sebagai penduduk peribumi akan hilang dan malah penguasaan mereka

dalam ekonomi juga akan terhakis

Pada masa ini, parti politik yang pertama muncul di Sabah adalah United National

Kadazan Organization (UNKO) yang dipengerusikan oleh Donald Stephens17. Parti ini

ditubuhkan pada 26 Mac 1961 yang mana ianya bertujuan untuk menyatukan dan

16 Arkib Negara Malaysia, Malaysia kita, Penubuhan Negara Malaysia, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1994, Hlm 34.17 Ho Hui Ling, , Gagasan Malaysia: Satu Kajian Mengenai Perananya Terhadap Perkembangan Parti Politik Di Sabah, 1961-1963, hlm 63.

7 | P a g e

Page 8: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

memperkuatkan hubungan di antara orang Kadazan Dusun bagi memperjuangkan cita-cita

dalam Politik, Ekonomi dan Sosial di Sabah. Pada awalnya, parti ini tidak menyokong

petubuhan Gagasan Malaysia. Bagi mereka, jika sabah dimasukkan kedalam Persekutuan

Tanah Melayu, hak penduduk peribumi Kadazan di Sabah akan hilang dan terhakis. Melihat

kepada kemunculan parti UNKO18 ini, para pemimpin Islam di Sabah mula melihat ini satu

bentuk pertubuhan yang bakal menjejaskan mereka dan Agama Islam. Maka dengan ini,

mereka mula mencari jalan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri. pada 23 Disember

1961, United Sabah National Organization (USNO) ditubuhkan. Parti ini dipimpin oleh Datu

Mustapha Bin Datu Harun. Penubuhan parti ini lahir daripada rasa kesedaran Komuniti

Melayu yang menganuti Agama Islam di Sabah terhadap penubuhan parti UNKO. Mereka

mahukan kermerdekaan Sabah. Oleh itu, mereka menyokong Penubuhan Malaysia, maka hak

komuniti masyrakat Melayu akan terjamin.

Melihat kepada penubuhan parti-parti tersebut, Komuniti Orang Cina di Sabah mula

merasa bimbang akan hak ekonomi mereka di Sabah akan terhakis jika sekiranya Sabah

dimasukkan kedalam Persekutuan Tanah Melayu. Maka dengan ini, merek bertindak untuk

menubuhkan parti mereka sendiri yang dikenali sebagai North Borneo Democratic

Party(NBDP). Parti ini dibentuk di Kota Kinabalu yang dipimpin oleh Peter Chin dan United

Party(UP) di Sandakan pada Februari 1962 yang di ketuai oleh Khoo Siak Chiew19.

Jika diteliti, penubuhan malaysia pada awalnya tidaklah mendapat sokongan yang

menyeluruh daripada semua parti yang ada di Sabah pada masa ini. Terdapat beberapa parti

politik di Sabah yang muncul dan tidak menyokong akan Gagasan tersebut. Hal ini dapat

dilihat dengan parti UNKO. Pada awalnya, mereka tidak setuju dengan pembentukan gagasan

tersebut. Namun, setelah meneliti penyertaan parti-parti lain yang ada di Sabah pada masa itu

seperti Parti North Borneo Indian Congress (NBIC) 1963, NBDP, dan USNO yang 18 Ibid. Hlm 64.19 Ibid. Hlm 67.

8 | P a g e

Page 9: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

membentuk Parti Perikatan Sabah, akhirnya parti UNKO bersetuju untuk menyertai Gagasan

Malaysia dan Perikatan Sabah dengan sebab-sebap yang tertentu.

Negeri Sarawak:

Sebelum pengenalan kepada Gagasan Malaysia, Negeri Sarawak telah pun ada 3 buah

parti politik yang sah. Diantara Parti-Parti ini adalah seperti SUPP,PANAS dan SNAP.

Melihat kepada pengumuman yang telah dibuat oleh Tunku mengenai pembentukan Gagasan

Malaysia, muncul lagi 3 buah parti politik di Sarawak. Kewujudan parti ini adalah respon

kepada kesedaran masyarakat Sarawak bahawa pentingnya ada sebuah parti politik agar

mereka tidak lagi terus ketinggalan dalam arus politik di Sarawak. Maka dengan ini, muncul

parti BARJASA, SCA dan PESAKA.

Kajian akan penerimaan Negeri Sarawak akan kemasukannya kedalam Malaysia mula

mendapat reaksi yang berbeza dari setiap parti yang muncul pada masa itu. Tentangan dan

reaksi masyarakat sarawak akan pembentukan Malaysia ini dapat dilihat dari parti SUPP.

Sememangnya diketahui bahawa SUPP telah ditubuhkan pada tahun 1959 iaitu sebelum

pengenalan Gagasan Malaysia. Jadi mereka menentang penubuhan malaysia kerana bagi

mereka, Penubuhan Malaysia adalah satu bentuk pemindahan kuasa politik daripada tangan

pihak British kepada satu bentuk entiti lain, bukanya kepada penduduk negeri Sarawak

sendiri20. Begitu juga dengan parti SNAP yang diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan

menyatakan ketidaksetujuan mereka akan pembentukan ini. Hal ini kerana, mereka

menyatakan bahawa “Sarawak tidak memerlukan orang luar atau kerajaan luar campur

tangan dalam mencapai kemerdekaan Sarawak”. Namun sebaliknya yang berlaku dengan

20Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 27, 2008, hlm 102-103.

9 | P a g e

Page 10: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

parti PANAS yang menyatakan bahawa jika sekiranya negeri Sarawak memasuki Tanah

Melayu, Sarawak akan mendapat kemerdekaan dengan aman dan selamat.

Walaupun penubuhan Gagasan Malaysia ini mendapat reaksi yang pelbagai dari

semua parti yang muncul pada masa itu, namun akhirnya mereka bersetuju dengan penubuhan

Gagasan tersebut di atas sebab tertentu seperti hak kewarganegaraan, ekonomi dan status

sosial yang sama dengan Tanah Melayu. Namun yang sedemikian, SUPP masih terus

menentang penubuhan Gagasan tersebut. Akhirnya, melihat kepada pengaruh SUPP yang

mendapat pengaruh yang ramai dari Orang Cina, kata sepakat telah diambil dimana setiap

parti-parti yang mewakili komuniti kaum di Sarawak pada masa itu bersetuju untuk

bekerjasama dalam menangani penentangan parti SUPP. Mereka telah bergabung dan

membentuk Sarawak Alliance Party (SAP21). Antara parti yang dalam SAP adalah parti

PANAS, BARJASA,SNAP, PESAKA dan SCA. Pada hakikatnya, walaupun kesemua parti-

parti yang mewakili komuniti kaum masing-masing bergabung, namun kesemuanya masih

tidak lagi bersatu dan mereka hanya mencapai persetujuan dalam soal Malaysia serta bagi

mendapatkan kemerdekaan negeri Sarawak melalui Malaysia serta ingin memecahbelahkan

dominasi parti SUPP dalam parti politik Sarawak.

Jadi, dengan ini pengenalan gagasan malaysia ini, kesedaran politik masyarakat

Sarawak mula timbul. Rata-rata kaum yang di negeri Sarawak mula melihat bahawa perlunya

mereka bangkit dan memperjuangkan hak mereka sebagai masyarakat Peribumi Sarawak

dalam soal kemerdekaan Sarawak, komuniti mereka serta hala tuju masa depan kaum mereka.

2) SEMANGGAT PERKAUMAN:

Negeri Sabah:

21 Ibid. Hlm 103.

10 | P a g e

Page 11: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

Sememangnya diketahui bahawa Negeri Sabah mempunyai masyarakat yang berlainan

kaum, bangsa dan agama. Maka dengan ini, tidah hairanlah jika kalau saya katakan bahawa

faktor yang membawa kepada penubuhan setiap parti politik di Sabah pada masa ini adalah

bersifat perkauman. Setiap masyarakat Sabah mempunyai niat dan tujuan masing-masing

dalam menubuhkan sesuatu parti politik. Bagi suku kaum kadazan, mereka telah menubuhkan

parti mereka sendiri iaitu UNKO yang bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum mereka

sahaja. Hal ini telah menyebabkan rasa kebimbangan dalam kalangan penduduk Bumiputera

Islam di Sabah. Kaum bumiputera telah menubuhkan parti politik mereka sendiri iaitu United

Sabah National Organization (USNO). Penubuhan parti ini bertujuan untuk menjaga

kepentingan Melayu Muslim di Sabah dan bekerja untuk berkerajaan sendiri serta

kemerdekaan Sabah melalui Malaysia.

Melihat kepada keadaan ini, kaum Murut di Sabah bimbang bahawa kemungkinan

mereka akan ketinggalan dalam arus perubahan yang pesat di Sabah berbandin dengan orang

kadazan dan melayu muslim.Hal yang demikian menyebabkan, G.S Sundang keluar dari

UNKO dan menubuhkan United National Pasok Momogun Organization (Pasok Momogun)

pada 4 Jan. 1962 bersama dengan Orang Kaya-Kaya Sedomon22. Parti ini bertujuan untuk

melindungi hak kaum Bumiputera di kawasan pedalaman dan mendapat sokongan daripada

segelintir orang cina yang bimbang tentang kedudukan ekonomi mereka apabila Sabah

menyertai malaysia nanti.

Memandangkan setiap kaum pada masa itu telah menubuhkan parti masing-masing,

komuniti India juga telah menubuhkan sebuah parti mereka sendiri bagi mengelakkan kaum

mereka dari diabaikan dalam arus politik di Sabah. Pada tahun 1962, North Borneo Indian

22 Ho Hui Ling, , Gagasan Malaysia: Satu Kajian Mengenai Perananya Terhadap Perkembangan Parti Politik Di Sabah, 1961-1963: Mohd Sarim Hj Mustajab, G. Anantha Raman, Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Prosinding Seminar Kebangsaan Dan Pembinaan Nasion Malaysia: Penerbit , Universiti Malaysia Sabah, 2003, hlm 66.

11 | P a g e

Page 12: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

Congress (NBIC)23 telah berjaya ditubuhkan yang mana Presiden awalnya adalah Kehar

Singh. Penubuhan parti politik ini hasil daripada mesyuarat yang diadakan di Batu Tiga, Kota

Kinabalu. Oleh yang sedemikian mereka masing-masing bersaing dan berikhtiar untuk

menubuhkan parti mereka sendiri bagi menjaga kaum dan komuniti masing. Dengan kata lain,

penubuhan parti-parti politik di Sabah bercorak Etnik dan Perkauman.

Negeri Sarawak:

Begitu juga dengan negeri sarawak, semanggat kesedaran berpolitik dalam kalangan

masyarakat Sarawak pada masa itu masih lagi bersifat perkauman. Bagi mereka, sudah

menjdai kewajipan bagi sesebuah kaum mempunyai sebuah parti politik yang sah bagi

menjamin keuntuhan sesuatu kaum mereka. Melihat kepada persepsei sedemikian, setiap parti

politik yang muncul diSarawak pada masa itu lebih condong kepada hak mereka sendiri dan

langsung tiada pakatan yang sama bagi menuju kepada misi permuafaktan melainkan selepas

daripada pengenalan Gagasan Malaysia. Hal yang sedemikian telah menarik minat semua

kaum dan masyarakat diSarawak untuk menubuhkan parti-parti politik mereka daripada terus

ketinggalan dari belakan kaum yang ada pada masa itu.

Ini dapat dilihat dengan penubuhan Sarawak United People’s Party (SUPP) pada 12

Jun 1959. Penubuhan parti ini diketuai oleh Ong Kee Hui dengan 3 orang Timbalan

Pengerusi, iaitu Jonathan Bangau Anak Renang, Francis Umpi Rantai dan Wan Abdul

Rahman, manakala Stephen Yong sebagai Setiausahanya24. Motif penubuhan parti ini adalah

bertujuan untuk menyatukan seluruh penduduk Sarawak bagi mewujudkan suasana harmoni

supaya dapat membentuk satu unit politik yang besar dan kukuh. Hakikat yang sebenarnya

23 Ibid. Hlm 69.24 Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil 27, 2008, hlm 97.

12 | P a g e

Page 13: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

dalam parti ini dikuasai oleh Orang Cina. Melihat kepada keadaan ini, masyarakat Melayu

mula risau dan bimbang jika sekiranya Orang Cina menguasai ekonomi Sarawak, masyarakat

Melayu Sarawak akan terus di ketinggalan dibelakang Orang Cina. Menjelang April 1960

Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan25. Penubuhan parti ini dibuat oleh Kaum Melayu

di Sarawak adalah bertujuan untuk menyatukan semua kaum di Sarawak tanpa membezakan

keturunan, warna kulit, agama dan kepercayaan. Dengan kata lain parti ini berkonsepkan

perpaduan semua kaum di Sarawak.

Sememangnya diakui bahawa setiap kaum di Sarawak pada masa sebelum dan selepas

Gagasan Malaysia diperkenalkan, masing-masing kaum di Sarawak telah mempunyai 2 buah

parti politik yang sah. Dari satu sudut, timbul persoalan akan “sebab kenapa kaum atau

masyarakat di Sarawak pada masa itu mempunyai 2 buah parti?. Hal ini dapat dilihat dimana

bagi kaum cina, walaupun telah ada parti SUPP, namun muncul lagi sebuah parti baru yang

dikenali sebagai Sarawak Chinese Association (SCA). Kemunculan parti ini adalah

disebabkan ketidakhaluan mereka terhadap SUPP yang mana mereka mahukan negeri

Sarawak mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. Sebaliknya parti SUPP masih lagi

menentang akan penubuhan Malaysia.

Sama juga dengan kaum Melayu di Sarawak. Kemunculan Barisan Rakyat Jati

Sarawak (BARJASA) adalah rententan daripada rasa tidak setuju mereka terhadap perjuangan

parti PANAS. Walau hakikatnya kedua-dua parti ini mempunyai persetujuan untuk

menyokong penubuhan Gagasan Malaysia, namun dari sudut yang berbeza, mereka masih

tidak dapat bersatu kerana perjuangan mereka yang berbeza. Jika ditinjau pula kaum Dayak

Sarawak, walaupun telah ada parti SNAP, namun parti ini menolak akan Gagasan Malaysia.

Maka dengan ini, kaum dayak yang tinggal di bahagian ke-3 membentuk sebuah lagi parti

baru yang dipimpin oleh Temenggung Jugah iaitu Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)26. 25 Ibid. Hlm 102-103.26 Ibid. Hlm 103.

13 | P a g e

Page 14: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

Dengan hal yang sedemikian, dapat dinyatakan bahawa kemunculan parti-parti tersebut

adalah disebabkan oleh sifat perkauman yang menebal dalam diri masyarakat Sarawak.

Walaupun mereka telah ada kesedaran akan berpolitik, namun kesedaran ini hanyalah sekadar

untuk kepentingan peribadi mereka sahaja. Mereka hanya mementingkan kaum mereka dan

semanggat untuk bersatu masih belum ada. Perasaan bimbang akan penguasaan sesebuah

kaum lain keatas kaum yang ada di Sarawak telah menjadi kunci kepada kemunculan parti-

parti di Sarawak.

3) KEGIATAN ORANG CINA:

Pada awalnya, kedatangan orang cina ke negeri Sarawak pada adalah bekerja sebagai

Pelombong Emas di kawasan Perlombongan, Kalimantan. Selain melombong emas di Bau

dan Marup, tanaman gambir dan lada untuk tujuan eksport juga menjadi daya penarik.

Sehingga tahun 1857 adalah dianggarkan terdapat sebanyak 4,000 orang Cina di barat

Sarawak. Perusahaan tanaman lada hitam secara meluas hanya bermula pada tahun 1876

apabila Raja Brooke menawarkan pelayaran percuma kepada penanam lada dari Singapura

dan menguntukkan tanah bagi ladang lada hitam kepada saudagar Cina. Selain orang Hakka,

pada tahun 1900 banyak imigran Foochow masuk ke Sarawak untuk menanam lada di Sibu,

Sarikei-Binatang dan Serian. Tanaman getah mula diperkenalkan di Sarawak pada tahun

1881. Hasilnya menjadi eksport penting Sarawak mulai tahun 1906 apabila harga getah

melambung naik.

Getah dimajukan dengan cara menggalakkan pekebun kecil bumiputera dan orang

Foochow menanam tanaman ini. Kenaikkan harga getah pada tahun 1920-an telah

menyebabkan, banyak imigran Cina masuk dan mengusahakannya secara ladang. Perangkaan

tentang bilangan imigran yang meningkat di Sarawak adalah jelas, pada tahun 1908

14 | P a g e

Page 15: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

dianggarkan terdapat 45,000 orang Cina - lebih kurang 10 peratus daripada penduduk

Sarawak. Walau bagaimanapun pada tahun 1960 jumlahnya menjadi 229,154 orang atau 32

peratus dari jumlah penduduk Sarawak. Pertambahan pesat berlaku di antara tahun 1939

hingga 1960. Dengan itu adalah jelas faktor ekonomi menjadi pendorong kedatangan imigran

Cina. Malahan dasar keluarga Brooke yang memberikan pelbagai kemudahan seperti

pemilikan tanah, bantuan kewangan, dan tambang pelayaran telah memesatkan lagi

kedatangan mereka. Raja Brooke kedua pula secara peribadi menggalakkan orang Foochow

datang ke Sarawak. Negeri Sabah mengalami pertambahan jumlah penduduk yang pesat di

antara tahun 1901 hingga 1911. Banci penduduk pertama pada tahun 1891 menunjukkan

penduduknya berjumlah 67,062 orang. Narnun jumlah ini meningkat kepada 208,183 orang

pada tahun 1911.

Semasa pemerintahan keluarga Brooke yang ke -2 iaitu Charles Brooke, beliau telah

menggalakkan lagi kemasukan orang cina di Sarawak secara beramai-ramai. Namun

sedemikian, sehingga Perang Dunia ke-2, masyarakat Cina yang mendiami kawasan Sarawak

masih lagi melihat Negara China sebagai tanah air mereka dan masih berpegang kepada

prinsip asal mereka yang mana tujuan mereka datang ke sini adalah untuk mengumpulkan

kekayaan di negara asing. Sebaliknya, selepas Perang Dunia ke-2, pandangan dan pemikiran

masyarakat Cina di Sarawak mula beralih kepada masa depan mereka di Sarawak dan melihat

negeri Sarawak sebagai sebuah negeri mereka sendiri. Hal ini dimana, mereka telah mendapat

seruan daripada Ketua Orang Cina yang ada di Sarawak pada masa itu yang mahukan orang-

orang Cina yang ada di Sarawak hidup berdikari dan tidak lagi bergantung kepada Tanah

Besar China lagi. Persepsi mereka mula beralih dan mula berfikir bahawa sudah tiba masanya

untuk mereka berubah dan menjadikan Sarawak ini sebagai tempat untuk mereka kuasai.

Pada masa yang sama, mereka mula menceburi dan mengambil bahagian dalam

perkembangan yang berlaku di Sarawak. Sekitar tahun 1950-an, ramai diantara orang cina di

15 | P a g e

Page 16: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

sarawak mula terlibat dalam Parti Komunis. Kebimbangan di pihak pentadbir dan para

pemimpin temparan mula jelas kelihatan. Mereka bimbang jika sekiranya Orang Cina terlibat

dengan Parti Komunis, secara tidak langsung mereka akan menentang British. Maka dengan

sedemikian, pihak British mula mengantur langkah dengan menggalakkan orang Cina untuk

mengambil bahagian dalam politik di Sarawak bagi mengelakkan pengaruh Komunis tersebar

luas kedalam masyarakat Cina di Sarawak. Galakkan yang dibuat oleh pihak British adalah

dengan harapan Orang Cina di Sarawak mula mengubah perhatian daripada Parti Komunis

kepada politik tempatan dan kerjasama dengan pihaknya. Maka dengan faktor kegiatan Orang

Cina ini telah membawa kepada pembentukan parti politik di Sarawak.

4) PENGARUH DARI NEGARA-NEGARA JIRAN:

Faktor yang membawa kepada kemunculan parti politik di Sabah dan Sarawak pada

tahun 1959-1963 adalah disebabkan oleh terdapatnya pengaruh dari negara-negara jiran

seperti di Tanah Melayu, Singapura, Indonesia dan Brunei. Berikutan daripada pengaruh

tersebut, masyarakat di keperluan Borneo mula mendapat rangsangan baru bahawa perlunya

ada kesedaran dalam diri mereka untuk membentuk kerajaan sendiri serta memerdekakan

Negeri mereka daripada Kuasa Asing.

Reaksi akan penubuhan parti politik di kepulauan Borneo dapat dikatakan berkait rapat

dengan penubuhan parti UMNO di Tanah Melayu. Pengaruh parti UMNO begitu dalam

keatas diri masyarakat Borneo pada masa itu kerana melalui penubuhan UMNO ini, mereka

merasakan satu semanggat untuk menegakkan keadilan dan memperjuangkan apa yang patut

dilakukan oleh mereka bagi memajukan komuniti setiap kaum yang ada serta untuk

memperjuangkan kemerdekaan negeri mereka sendiri. Apa yang berlaku dengan pernubuhan

16 | P a g e

Page 17: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

parti UMNO di Tanah Melayu pada tahun 1946 adalah bertujuan untuk menentang penubuhan

Malayan Union yang telah dibuat oleh pihak British di Tanah Melayu27.

Pada masa yang sama, pengumuman Gagasan Malaysai oleh Tunku telah

menyebabkan reaksi yang negatif kepada Negara-Negara jiran pada masa itu. Filipina tidak

bersetuju dengan kemasukkan Negeri Borneo kedalam Persekutuan Tanah Melayu kerana

mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada Tanah Jajahan Filipina. Hal yang sedemikian

adalah disebabkan faktor sejarah lampau dimana Filipina dibawah pemerintahan Kuasa

Sepanyol telah memajakkan Sabah kepada Sultan Sulu28. Mereka juga menyatakan hak Sultan

Sulu adalah hak Filipina yang mana mereka mahukan Sabah menjadi jajahan milik Filipina.

Ekoran daripada itu, Presiden Filipina iaitu Macapagal telah membuat satu bantahan yang

mana beliau mahukan Sabah menjadi milik Filipina sepenuhnya. Ekoran daripada ini,

masyarakat Sabah merasakan perlunya mereka menubuhkan sebuah parti politik untuk bersatu

dan memasuki Malaysia. Bagi pihak Sabah, jika mereka menyertai Malaysia, hak-hak mereka

lebih terjamin dan jika menyertai Filipina, mereka tidak pasti dengan masa depan mereka.

Jika ditinjau akan Negara Indonesia pada masa itu, pengaruh Parti Komunis Indonesia

begitu menebal di sana. Pada masa yang sama, Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno

telah menyatakan kemahuan untuk menubuhkan Melayu Raya yang mana melibatkan

pergabungan antara negeri-negeri di Borneo pada masa itu. Melihat akan pengaruh PKI ini,

masyarakat Sabah mula bimbang akan kemasukan PKI dalam negeri mereka akan mengugat

mereka sebagai penduduk peribumi di Sabah. Selain itu juga, tindakan Indonesia yang

melakukan pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan negeri mereka

sendiri telah menambahkan lagi keinginan mereka untuk membentuk parti sendiri bagi

menghalang kemungkinan yang akan berlaku nanti. Bertepatan dengan pengumuman Gagasan

27Ishak Saat, Malaysia 1945-2000: Penerbit, Utusan Publications & Distibutors SDN BHD, Hlm 26.28 Nik Anuar Nik Mahmud ,Tuntuntan Filipina Ke Atas Borneo Utara: Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 2009, Hlm 68-69.

17 | P a g e

Page 18: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

Malaysia itu, kesedaran mereka terhadap politik semakin bertambah dan akhirnya mereka

berjaya membentuk parti mereka sendiri seperti UNKO, USNO, dan PANAS. Manakala di

Brunei, Parti Rakyat Brunei (PRB) dibawah pimpinan A,M Azahari yang ditubuhkan pada

tahun 1956 adalah bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan negeri Brunei. Pada PRB

ini telah bekerjasama dengan para pemimpin dari Sabah dan Sarawak. Secara tidak lagsung,

para pemimpin tempatan telah didedahkan dengan cara pentadbiran dan perjuangan serta

memimpin satu gerakan bagi memperjuangkan sesuatu hak dan kebebasan yang bakal

dikecapi oleh semua rakyat. Pada tahun 1962, A.M Azahari telah mengumumkan

pembentukan negara Kalimantan Utara dan Beliau menjadi Perdana Menteri. Melihat keadaan

ini, masyarakat Sabah dan Sarawak mula sedar bahawa perjuangan sebenar PRB bukanlah

untuk memberi keuntungan kepada mereka, bahkan untuk mempergunakan mereka demi

kepentingan peribadi A.M Azahari. Oleh yang sedemikian, jelas menunjukkan bahawa

pengaruh dari negara-negara jiran telah menjadi pemangkin kepada kewujudan parti-parti

politik di Sabah dan Sarawak pada masa itu.

5) PENGARUH KERAJAAN BRITISH:

Negeri Sabah:

Di Sabah, semasa Sabah berada dibawah pengaruh Kompeni Borneo Utara British

(1881-1946)29, negeri Sabah langsung tiada Perlembagaan yang khusus malahan pada masa

yang sama, rata-rata rakyat Sabah langsung tidak diberi peluang untuk menceburi bidang

pentadbiran dan pemerintahan di Sabah. Semasa pemerintahan Kompeni ini, mereka lebih

29 Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia, hlm 26-28.

18 | P a g e

Page 19: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

mengutamakan kepentingan walaupun ketika itu Majlis Perundangan telah ditubuhkan.

Penubuhan Majlis Perundangan dibuat pada tahun 1912. Namun begitu, penubuhan majlis ini

langsung tiada wakil anak negeri untuk memegang jawatan yang tinggi dalam Majlis tersebut.

Keadaan ini telah berlanjutan sehingga zaman pendudukan jepun dan selepas Sabah

menjadi tanah jajahan British. Beberapa perubahan telah diperkenalkan dan Negeri Sabah

telah dibahagian kepada beberapa kawasan yang dikenali sebagai Residensi, Daerah dan

Kampung30. Selepas pendudukan jepun di Sabah, pentadbiran Sabah di ambil alih kerajaan

British. Pada masa pemerintahan kerajaan British, Majlis-Majlis Tempatan seperti Majlis

Perbandaran dan Majlis Daerah telah ditubuhkan pada tahun 1951. Kebanyakan ahli-ahlinya

terdiri daripada pembesar-pembesar Melayu dan juga wakil-wakil tempatan. Penubuhan ini

adalah berfungsi dan mempunyai kuasa dalam membuat perancangan pembadaran,

memperihal akan kesihatan, mengutip cukai serta mengeluarkan lesen ,permit dan sebagainya

lagi. Dengan perlibatan penduduk Sabah dalam pentadbiran telah memberi mereka

pengalaman dan salah satu faktor dalam membuat persediaan untuk mereka bergerak kearah

kesedaran dalam pembentukan parti-parti politik sabah yang sah bagi mencapai sebuah negeri

menjelang kemerdekaan.

Negeri Sarawak:

Di Sarawak, jika dilihat pada masa ini telah wujud wakil-wakil tempatan untuk

mengangotai Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi. Pihak penjajah telah memberi pengalaman

pentadbiran kepada pembesar-pembesar Sarawak untuk menangotai Majlis Negeri dan Majlis

Tertinggi Sarawak. Dikatakan, menjelang pada tahun 1957 hampir seluruh Sarawak

ditadbirkan dibawah Kerajaan Tempatan yang mana ianya terdidri daripada pelbagai Kaum.

Seterusnya pada 2 tahun kemudian iaitu tahun 1959, pilihanraya pertama diadakan untuk

memilih ahli-ahli Majlis Daerah. Namun sedemikian, jika dikaji, sebenarnya pilihanraya ini

30 Ibid. Hlm 27.

19 | P a g e

Page 20: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

telah wujud sejak dari tahun 1956 dimana ianya hanyalah bersifat Tempatan. Pilihanraya

pertama diadakan pada 4 November 1956 di Kuching Municipal Council (KMC)31. Setelah

menjelang tahun 1959, pilihanraya umum mula diadakan dan bagi memastikan rancangan ini

berjalan lancar, pilihanraya secara berperingkat telah diperkenalkan.

Dengan hal yang sedemikian, pihak British mula melihat masyarakat Sarawak mula

sedar akan keinginan untuk berkerajaan sendiri dan memerdekakan negeri Sarawak32. Oleh

itu, galakkan terus diberikan kepada masyarakat Sarawak yang mana setiap kaum di Sarawak

dibenarkan untuk menubuhkan parti politik masing-masing dan parti-parti yang awal muncul

adalah seperti SUPP, PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa perkembangan kesedaran kearah

berpolitik masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak. Walaupun telah

wujud pertubuhan-pertubuhan awal yang ada pada masa itu seperti Fajar Sarawak, namun

ianya tidaklah bertujuan untuk memperjuangkan kearah kemerdekaan ataupun berkerajaan

sendiri bahkan hanya untuk kebudayaan, kaum, agama dan hak-hak komuniti mereka sahaja.

Daripada hasil bacaan yang telah saya lakukan, saya merasakan semanggat kesedaran antara

masyarakat Sabah dan Sarawak terhadap parti politik agak berbeza. Ianya dapat dibuktikan

bahawa negeri Sarawak lebih maju sedikit berbanding dengan negeri Sabah. Terbukti sebelum

pengenalan Gagasan Malaysia, Sabah masih belum ada parti politik yang sah berbanding

dengan Sarawak yang mana pada masa itu telah muncul 3 buah parti Politik iaitu, SUPP,

31 Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, hlm 9732 Ibid.

20 | P a g e

Page 21: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

PANAS dan SNAP. Namun selepas Pengumuman Gagasan Malaysia, kegiatan politik

Sarawak menjadi lebih rancak lagi dengan munculnya parti BARJASA, SCA dan PESAKA.

Dengan ini, dapatlah dinyatakan bahawa faktor Gagasan Malaysia, Perkauman,

Peranan Orang Cina, Peranan British serta Pengaruh Dari Negara Jiran telah mempengaruhi

kemunculan Parti-Parti Politik di Negeri Sabah dan Sarawak antara tahun 1959 hingga tahun

1963. Jika dikaji dan diselidiki, faktor utama yang menjadi pemangkin kepada penubuhan

parti-parti politik di Sabah dan Sarawak pada masa itu adalah pengumuman Gagasan

Malaysia Oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1962. Namun begitu, tidak kurang juga

dengan faktor semanggat perkauman dan keagamaan yang menebal dalam setiap masyarakat

di Sabah dan Sarawak pada masa itu telah mendorong kepada pembentukan parti-parti politik

mereka. Perasaan bimbang akan kaum lain kunci kepada penubuhan sesebuah parti politik di

kedua-dua buah negeri ini pada masa itu. Oleh yang sedemikian, semuanya berubah dan

bersatu dibawah pemerintahan dan pentadbiran yang sama selepas negeri Sabah dan Sarawak

memasuki Malaysia pada tahun 196333.

BIBLIOGRAFI:

1. Arkib Negara Malaysia, Malaysia Kita, Penubuhan Negara Malaysia, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1994.

2. Ho Hui Ling, , Gagasan Malaysia: Satu Kajian Mengenai Perananya Terhadap

Perkembangan Parti Politik Di Sabah, 1961-1963: Mohd Sarim Hj Mustajab, G.

Anantha Raman, Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Prosinding

Seminar Kebangsaan Dan Pembinaan Nasion Malaysia: Penerbit , Universiti Malaysia

Sabah, 2003.

33 Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia, hlm 33.

21 | P a g e

Page 22: Asgmnet Sabah Dan Sarawak

3. Ho Hui Ling, Kemunculan Kesedaran Kebangsaan, Politik Dan Kemerdekaan Di

Negeri Sabah Dan Sarawak: Satu Tinjauan, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, Bil

27, 2008.

4. Ishak Saat, Malaysia 1945-2000: Penerbit,Utusan Publications & Distibutors Sdn Bhd.

5. Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam

Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia: Penerbit, Dewan Bahasa

Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1976.

6. Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntuntan Filipina Ke Atas Borneo Utara: Penerbit,

Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 2009.

7. Sumber Dari Internet dan Nota-Nota Kuliah.

22 | P a g e