sabah bm kertas 1 & 2 2014

Upload: ahmengchye

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    1/44

    1103/1BahasaMelayuKertas 120102 jam

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014

    BAHASA MELAYUKertas 1

    2 jam 15 minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:Bahagian AdanBahagian B.

    2. JawabsoalanBahagian A dansatusoalan daripada Bahagian B.

    3. Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

    Kertas soalan ini mengandungi 3halaman bercetak dan 1halaman tidak bercetak.

    [Lihat sebelah

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    2/44

    Bahagian A

    [ 30 markah]

    [Masa dicadangkan : 45 minit]

    Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentangtindakan yang

    dilakukan untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    PERPADUAN KAUM DALAM

    KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

    Mengadakan

    Rumah TerbukaMengadakan

    Gotong-royong

    Menyertai Program

    Khidmat Negara

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    3/44

    Bahagian B

    [ 100 markah]

    [Masa yang dicadangkan: 1jam30 minit]

    Pilih satudaripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnyalebih

    daripada350 patah perkataan.

    1. Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaantelefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna.

    Pada pendapat anda, jelaskan kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam

    kalangan pelajar sekolah.

    2. Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakatsemakin melupakan amalan bergotong royong, kunjung-mengunjungi, dan bertegur-sapa sesama jiran tetangga. Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk

    menghidupkan amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak.

    Ulas pernyataan ini.

    3. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Andaingin menulis rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan

    industri pelancongan.

    Tulis rencana itu selengkapnya

    4. Sikap prihatin dan saling membantu sesama manusia dapat mengeratkan hubunganmasyarakat dunia serta menjamin kesejahteraan sejagat.

    Bincangkan pernyataan di atas.

    5. Puisi Melayu lama banyak mengetengahkan nilai dan pengajaran yang bolehdijadikan panduan hidup.

    Jelaskan penyataan di atas dengan berpandukan contoh-contoh yang sesuai.

    Kertas Soalan Tamat

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    4/44

    1

    SULIT 1103/1 PP

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

    PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014Bahasa MelayuKertas 1

    Peraturan PemarkahanOgos 2014

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

    Peraturan pemarkahan ini mengandungi 13 halaman bercetak

    AMARANPeraturan pemarkahan ini SULITdan Hak Cipta PPD Kota Belud.

    Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.

    Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak bolehdimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh

    dikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    5/44

    2

    PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM

    KERTAS 1

    1.

    TUJUAN PENGUJIAN

    Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

    1.1Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-

    bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan.

    1.2Melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan

    berkesan.

    1.3Menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangandan menggunakannya untuk

    pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada

    tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.

    1.4Menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, struktur ayat yang betul dan gaya

    bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan.

    2. LANGKAH-LANGKAH PEMERIKSAAN

    2.1Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan

    daripadanya, selepas itu menilai dan menganggarkan tahap karangan itu agar dapat

    dimasukkan ke dalam peringkat tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan.

    2.2Pemeriksa membaca karangan itu kali kedua sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan

    dan menetapkan markah berdasarkan kriteria-kriteria berikut;

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    6/44

    3

    Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

    [30 markah]

    KRITERIA PENSKORAN

    PERINGKAT MARKAH KRITERIA

    Cemerlang

    2630

    atas(2830)

    (2627)bawah

    Karangan menepatitema bahan rangsangan.

    Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan

    tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem

    Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dantepat.

    Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakanbervariasi dan menggunakan ungkapan yang

    menarik(peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)

    Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dandihuraikan dengan jelas dan matang.

    Kepujian

    2025

    atas

    (2325)

    (2022)

    bawah

    Karangan menepatitema bahan rangsangan.

    Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda bacabetul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi

    Baru. Penggunaan kosa kata luas.

    Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakanbervariasi.

    Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan

    dihuraikan denganjelas.

    Ungkapan Menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan,kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    7/44

    4

    PERINGKAT MARKAH KRITERIA

    Memuaskan

    15

    19

    atas

    (1719)

    (1516)

    bawah

    Karangan masihmenepati tema bahan rangsangan.

    Bahasa masihgramatis dari segi kata dan ayat.

    Penggunaan tanda baca masihbetul dan tepat.Ejaan masihmengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.

    Penggunaan kosa kata umum.

    Wacananya masihlengkap. Unsur bahasa masih

    bervariasi.

    Idea masihrelevan dengan tema bahan rangsangan.Huraian idea masihjelas.

    Kurang

    Memuaskan

    1014

    atas

    (1214)

    (10

    11)bawah

    Karangan kurangmenepati tema bahanrangsangan.

    Bahasa kuranggramatis dari segi kata dan ayat.Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaanmasih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi

    terdapat kesalahan ejaan yang ketara.

    Penggunaan kosa kata terhad.

    Wacana kuranglengkap. Unsur bahasa kurangbervariasi.

    Idea kurang relevandengan tema bahan

    rangsangan

    dan huraiannya kurang jelas.

    Pencapaian

    Minimun

    0109

    atas(0609)

    (0105)bawah

    Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran

    menulis.

    Banyakkesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

    Idea tidakmenepati tema bahan rangsangan.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    8/44

    5

    Bahagian B: Karangan Respons Terbuka

    [100 markah]

    PERINCIAN PEMARKAHAN

    Cara Pemeriksaan

    1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan.

    2. Jika karangan:

    a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa

    b.

    Terlalu panjangperiksa seperti biasa hingga ke akhir karangan

    3. Kesalahanformat hendaklah ditolak maksimum 2 markah.

    4. Kesalahanejaanhendaklah ditolak markah dan pemotongan maksimum 3markah.Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

    5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

    ( ) = Kesalahan isi

    _____ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

    / = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

    // = Kesalahan ejaan yang berulang

    = Kesalahan tanda baca

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    9/44

    6

    1103/1(PP) SULIT

    KRITERIA

    KRITERIA DESKRIPSI

    1. BAHASA

    (Mekanis) Kegramatisan kata (morfologi)

    - ayat (sintaksis)

    Tanda baca

    Ejaan

    2. LARAS(Dinamis)

    Pemilihan kosa kata

    3. IDEA (ISI) Tema

    Isi utama

    Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/ contoh)

    Kerelevanan

    4. PENGOLAHAN Wacana

    Logik

    Pemerengganan

    Format

    5. GAYA BAHASA

    Keindahan bahasa

    Ungkapan

    Peribahasa

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    10/44

    7

    1103/1 SULIT

    KRITERIA PENSKORAN

    PERINGKAT MARKAH KRITERIA

    CEMERLANG 80100

    (90

    100)

    (8089)

    Penggunaan pelbagai jenis katayang luas dantepat.

    Penggunaan pelbagai ayat majmukyang

    gramatis.

    Ejaandan tanda bacabetul

    Laras bahasa sesuai dengan tugasan

    Penggunaan kosa kataluas dan tepat

    Idea relevanmengikut tugasan, dihuraikandengan jelas dan matang, disertakan dengan

    contoh yang sesuai Pengolahanmenarik dan berkesan serta

    pemerengganan sesuai.

    Wacanalengkap dan terdapat kesinambungan

    idea yang jelas antara perenggan.

    Penggunaan unsur bahasa bervariasi

    Gaya bahasamenarik dari segi keindahan

    bahasa dan penggunaan ungkapan sepertiperibahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

    KEPUJIAN 6679

    (7379)

    (6672)

    Penggunaan pelbagai jenis katayang tepat.

    Penggunaan pelbagai ayat majmukyanggramatis tetapi terdapat kesalahan yang

    minimum

    Ejaandan tanda bacabetul

    Laras bahasasesuai dengan tugasan.

    Penggunaan kosa kataluas dan tepat

    Idea relevanmengikut tugasan, dihuraikandengan jelas, diserta dengan contoh yang sesuai.

    Pengolahanmenarik dan berkesan serta

    pemerengganan sesuai. Wacanalengkap dan terdapat kesinambungan

    idea yang jelas antara perenggan.

    Penggunaan unsur bahasamasihbervariasi.

    Gaya bahasamasihmenarik dari segi keindahan

    bahasa dan penggunaan ungkapan seperti

    peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    11/44

    8

    Ungkapan Menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan,kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.

    PERINGKAT MARKAH KRITERIA

    BAIK 51 - 65

    (5865)

    (5157)

    Penggunaan pelbagai jenis katasesuai.

    Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapiterdapat kesalahan yang minimum.

    Ejaandan tanda bacamasihbetul.

    Laras bahasasesuai mengikut tugasan.

    Penggunaan kosa kataumum.

    Idea masih relevanmengikut tugasan, huraianisi masihjelas dan contoh masihsesuai.

    Pengolahanmasihmenarik, dan

    pemerengganan masih sesuai. Wacanamasihlengkap

    Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

    Gaya bahasakurang menarik dari segikeindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

    kurangberkesan.

    MEMUASKAN 3650

    (4350)

    (3642)

    Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.

    Ayat kurang gramatis.

    Ejaandan tanda bacabetul tetapi terdapat

    kesalahan yang minimum.

    Laras bahasakurangsesuai.

    Penggunaan kosa kataumum danterhad.

    Idea masih relevanmengikut tugasan,huraian isi kurangjelas dan contoh kurangsesuai.

    Pengolahan kurang menarik, pemerengganankurang sesuai.

    Wacanamasih / kuranglengkap

    Penggunaan unsur bahasakurangbervariasi.

    Gaya bahasakurang menarik dari segikeindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

    kurangberkesan.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    12/44

    9

    PERINGKAT MARKAH KRITERIA

    KURANG

    MEMUASKAN

    2135

    (2835)

    (2127)

    Penggunaankata kurang tepat.

    Ayat tidak gramatistetapi masih difahami.

    Terdapat kesalahan ejaan dan tanda bacayang ketara.

    Idea masih relevan/ idea bercampur aduk

    dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dancontoh tidak sesuai.

    Pengolahantidak menarik.

    Wacana tidak lengkap dan binaan perenggantidak seimbang.

    Unsur bahasatidak bervariasi. Gaya bahasadari segi keindahan bahasa dan

    penggunaan ungkapan lemah.

    PENCAPAIAN

    MINIMUM

    0120

    (1120)

    (0110)

    Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata

    dan ayat yang tidak gramatis.

    Kesalahan ejaandan tanda bacayang ketara.

    Idea bercampur aduk dan huraian tidakjelas/ tidak berkembang dan contoh tidak

    sesuai.

    Pengolahantidak menarik.

    Wacanatidak lengkap dan binaan perenggantidak seimbang dan tidak sesuai.

    Gaya bahasadari segi keindahan bahasa dan

    penggunaan ungkapan lemah serta tidak

    menarik.

    Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

    Cara menulis

    Keseluruhan - Peringkat markah Contoh K - 75

    - Ejaan - Mak 3 markah - E - 03

    - Format - Mak 2 markah - F - 02

    Jumlah - Markah bersih J - 70

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    13/44

    10

    BAHAGIAN A

    PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

    Dimensi : Diri

    Tema : PerpaduanAras : RendahKemahiran : Aplikasi maklumat

    Format : Tiada

    Cadangan Idea :

    1. Menyertai Program Latihan Khidmat Negara.

    2. Mengadakan aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai kaum.

    3. Mengadakan Rumah Terbuka sewaktu menyambut perayaan pelbagai kaum.

    4. Mengadakan aktiviti gotong-royong melibatkan pelbagai kaum.

    BAHAGIAN B

    SOALAN 1

    Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaan telefon

    bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna. Pada pendapat anda, jelaskan

    kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.

    Dimensi : Diri

    Tema : Komunikasi

    Aras : RendahKemahiran : Maklumat

    Format : Tiada

    Cadangan Idea :

    1. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    2. Merosakkan penggunaan bahasa Melayu para pelajar.3. Menimbulkan masalah disiplin di sekolah seperti kecurian dan melihat gambar-gambar

    lucah.

    4. Membazirkan masa para pelajar kerana asyik bermain permainan di dalam telefon,

    sistem pesanan ringkas (sms) dan mendengar lagu-lagu.5. Memberikan kesan sampingan terhadap penglihatan dan pendengaran para pelajar.

    6. Meningkatkan perbelanjaan ibu bapa atau keluarga.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    14/44

    11

    SOALAN 2

    Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakat

    semakin melupakan amalan bergotong royong, kunjung-mengunjungi, dan bertegur-sapa

    sesama jiran tetangga. Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk menghidupkan

    amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak.

    Ulas pernyataan ini.

    Dimensi : Keluarga

    Tema : Semangat Kejiranan

    Aras : Sederhana

    Kemahiran : Aplikasi Maklumat

    Format : Tiada

    Cadangan Idea:

    1. Ibu bapa berperanan memberi tujuk ajar cara berjiran dengan baik berbudi bahasa dan

    menghormati jiran tetangga.

    2. Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak menyokong dan menjayakan

    amalan kejiranan

    a. Meluangkan masa untuk turut serta dalam progam kejirananbergotong royong

    b. Bertegur sapa dan berkenal-kenalan dengan jiran tetangga.

    c.

    Mengunjungi jiran

    sakit atau sambutan perayaan

    3. Ibu bapa mengalakkan dan bersama-sama dengan anak-anak menyertai program amalan

    kejiranan

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    15/44

    12

    SOALAN 3

    Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin

    menulis rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri

    pelancongan.

    Dimensi : Negara

    Tema: Industri pelancongan

    Aras : Tinggi

    Kemahiran : Aplikasi maklumat

    Tugasan: Peranan pelbagai pihak

    Format: Rencana (tajuk, nama penulis)

    Cadangan idea:a)Peranan pihak kerajaan

    -mengadakan promosi di luar negara

    -mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia

    -membanteras jenayah

    -memelihara dan memulihara tempat-tempat menarik-kerjasama / rundingan dengan negara lain

    b)Peranan pihak swasta

    -pakej tambang murah (Airasia)

    -peningapan murah (perhotelan)

    -menaik taraf tempat penginapan-menyediakan infrastuktur berkualiti

    -menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam

    c)Peranan masyarakat

    -layanan yang mesra

    -menguasai bahasa asing terutama bahasa Inggeris-menjaga kebersihan

    -elakkan jenayah

    -menjaga nama baik negara

    d)Peranan media massa

    -menyiarkan berita positif tentang negara-mempromosikan tempat menarik

    -menguar-uarkan tempat baharu

    -menampilkan keindahan sesuatu tempat-melaporkan pelbagai pilihan tempat pelancongan

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    16/44

    13

    SOALAN 4

    Sikap prihatin dan saling membantu sesama manusia dapat mengeratkan hubungan masyarakatdunia serta menjamin kesejahteraan sejagat.

    Bincangkan pernyataan di atas.

    Dimensi : Antarabangsa

    Tema : Nilai murni

    Aras : TinggiKemahiran : Aplikasi Maklumat

    Format : Tiada

    Cadangan Idea :

    1. Menghuraikan istilah-istilah sikap prihatin, sikap saling membantu, masyarakat dunia,

    kesejahteraan sejagat

    2.

    Bantuan yang dapat mengeratkan hubungan dan menjamin kesejahteraan sejagat dilihatdari aspek Ekonomi negara kaya membantu negara miskin menerusi pelaburan dan wujud

    peluang pekerjaan

    3. Aspek Pendidikan program pertukaran pelajar perkongsian pintar antara institusi

    pengajian tinggi dan pelancongan pendidikan

    4. Aspek Sosial bantuan kemanusiaan semasa musibah/ bencana dan menyuarakan hak

    kemanusiaan menerusi persidangan/ pertubuhan antarabangsa

    SOALAN 5

    Puisi Melayu lama banyak mengetengahkan nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan

    hidup.

    Jelaskan penyataan di atas dengan berpandukan contoh-contoh yang sesuai.

    Dimensi : KOMSAS

    Tema : Nilai dan Pengajaran Puisi Melayu LamaAras : Sederhana

    Kemahiran : Apresiasi

    Format : Tiada

    Cadangan Idea :

    1. Mengenang jasa seseorangibu bapa, pemimpin, ahli masyarakat akan dikenang dan

    dihormati.2. Tidak meninggi diri atau sombong apabila kita berada di negeri orang lain - kita akan

    disayangi dan hidup akan selamat/diberkati

    3. Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan atau cabaran hidup-mendidik kita supaya insaf

    dan tahu tentang kesusahan orang lain4. Nilai hidup bekerjasama dan tolong-menolongcontoh dalam majlis kenduri-kendara dsb.

    5. Mendidik kita supaya hidup bertoleransi dan faham-memahami- mewujudkan rasa hormat

    akan budaya dan perbezaan antara masyarakat boleh mewujudkan perpaduan antara kaum

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    17/44

    SULIT

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

    1103/2Peperiksaan Percubaan SPM

    Bahasa MelayuKertas 2

    Ogos 2014

    2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    ARAHAN

    1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan

    2. Jawab semua soalan

    3. Jawapan bagi Soalan 2(a), Soalan 2 (c), dan Soalan 2 (d)

    dan, Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan

    Tingkatan 5.

    4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

    Kertas soalan ini mengandungi 12halaman bercetak

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    18/44

    1103/2 [Lihat halaman sebelah

    Soalan 1 : Rumusan

    [30 markah]

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remajasebagai pengguna dan cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan

    remaja.Panjangnya rumusan hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.

    Dewasa ini, isu kepenggunaan dalam kalangan remaja menjadi perhatian masyarakatlantaran peningkatan taraf hidup. Tanpa kita sedari, pengguna remaja lebih banyak menjadi

    mangsa penipuan berbanding dengan pengguna lain. Hal ini terjadi kerana remaja sendiri kurang

    ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Isu remaja dan pengguna

    berlaku sepanjang masa, namun yang menjadi persoalannya ialah tidak banyak remaja yangmengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Oleh sebab itu, setiap remaja

    perlu peka akan peranan mereka sebagai pengguna yang bijak. Mereka perlu melibatkan diri

    dalam hal-hal kepenggunaan kerana melalui cara ini mereka akan memahami definisi, hak dantanggungjawab sebagai pengguna.

    Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat

    tentang semua perkara berkaitan isu kepenggunaan. Antaranya ialah menjadi ahli persatuanpengguna di tempat masing-masing. Selain itu, remaja perlu berkongsi pengetahuan sebagai

    pengguna dengan masyarakat. Remaja tidak seharusnya bersikap mementingkan diri sendiri

    semata-mata. Remaja boleh menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan lamansosial yang mudah dan popular dalam kalangan mereka. Oleh itu, remaja boleh menggunakan

    perkhidmatan laman sosial ini sebagai wadah komunikasi untuk menubuhkan kelab pengguna.

    Pada masa yang sama, remaja juga boleh mengetahui sebarang produk dan perkhidmatandaripada pelbagai sumber. Hal ini amat penting kerana tanpa disedari, remaja sering menjadi

    mangsa apabila jurujual menggunakan permainan psikologi. Justeru, remaja bertanggungjawab

    mengambil tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa dalam hal-halkepenggunaan. Selain memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna, remaja juga harus

    mengambil sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang kepenggunaan. Isu ini boleh dicari

    dengan mudah melalui media cetak dan elektronik. Antara isu yang mendapat perhatian media

    ialah isu pengguna remaja yang menjadi mangsa produk tiruan. Hal ini berlaku kerana faktorusia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang.

    Sebagai pengguna, remaja juga bertanggungjawab untuk melakukan kajian terhadap isu-

    isu tertentu kerana hal ini akan membuka minda remaja untuk berfikir dengan lebih luas sebagaipengguna. Dalam pelbagai hal kepenggunaan, remaja sebagai pengguna seharusnya berfikir

    dahulu dan merancang sebelum berbelanja bagi mengelakkan diri mereka daripada menjadi

    mangsa penipuan. Sebarang isu yang dapat membantu remaja menjadi pengguna yang bijakharuslah dikaji, diselidik, dan difahami oleh remaja sendiri.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaTanggungjawab Remaja Sebagai Pengguna

    1103/2 2 SULIT

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    19/44

    oleh Asrul Ilham Sany,

    Dewan Siswa, April 2011)

    1103/2 3 SULIT

    Soalan 2 (a)Petikan Umum

    Berdasarkan petikanSoalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

    anda sendiri.

    (i) Berikan maksud rangkai kataproduk tiruan. [2 markah]

    (ii) Mengapakah remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan? [3 markah]

    (iii) Sebagai pengguna, apakah tindakan anda apabila menyedari bahawa anda telah tertipu

    setelah membeli sesuatu barangan?

    Berikan tigatindakan anda.

    [4 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    20/44

    1103/2 4 SULIT

    Soalan 2(b)Petikan Drama

    Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    SABARIAH : Emak... . Sabariah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati

    emak. (Menangis) Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah, mak.

    JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas.

    JIMAH : Pergi balik ke kota London engkau.

    SHAHRUL : Shahrul minta ampun, mak.

    JIMAH melepaskan pandangannya ke arah lain. SANI cuma mampu memandang telatah

    abang dan kakaknya.

    SALMAH : Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah

    emak.Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.

    Semua mata tertumpu kepada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnyamenahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.

    JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa

    musibah, mengembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur.Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku.

    Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit

    kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duitringgit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk membalas budi orang tua.

    Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada) Kamu

    tidak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku, tetapi dia

    lebih dekat dengan aku. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakandirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini

    aku dan bapa kamu beri.

    ( Dipetikan daripada Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

    oleh Suriani Mohd Yusof dalam antologiDirgahayu Bahasaku,

    Dewan Bahasa dan Pustaka)

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    21/44

    1103/2 5 SULIT

    (i) Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Sabarah sehingga sanggup jarinya dipotong?

    [ 2 markah]

    (ii)Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit anak-anak mereka. Pada pendapat

    anda, apakah yang diharapkan oleh setiap ibu bapa daripada anak-anak mereka?[ 3 markah]

    (iii)Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latarmasyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.

    [ 4 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    22/44

    1103/2 6 SULIT

    Soalan 2(c)Petikan Prosa Klasik

    Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan soalan yang

    berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Soalan 2 (c). Petikan Prosa Klasik

    Baca petikan prosa Idasik di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikut

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Setelah demikian maka Iuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun makin sangat menangis takut akanayahanda baginda. Maka Raja Indera Bumaya pun memujuk tuan puteri juga dengan kala yang

    manis- manis seraya katanya, "Ya tuanku, nyawa badan kakanda, janganlah menangis. Mata

    yang manis menjadi balut, suara yang merdu menjadi parau. Tuan, janganlah merosakkan kalbuabang. Biarlah hilang abang seorang, malulah lenyap kakanda seorang." Maka kata tuan puteri,

    "Jika kakanda mati masakan adinda hidup. Hidup pun tiada apa gunanya." Maka Raja InderaBumaya pun lersenyum mendengar kala tuan puteri itu, seraya katanya, "Kasih sungguh rupa-

    rupanya tuan akan kakanda serta juga kakanda mati yang kasih tuan itu setelab terjunjunglah diatas batu kepala kakanda." Maka Raja Indera Bumaya pun mencita gemala hikmat yang daripada

    Raja Johan Syahperi itu maka keluar jin empat ribu dari dalam gemala hikmat itu. Maka titah

    baginda, "Hai saudaraku, pergilah tuan hamba berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu."Maka ia pun menyembah lalu turun berperang. Maka menjadi perang besarlah kedua pihak itu

    gegak gempita terang cuaca menjadi kelam kabut. Setelah seketika itu maka orang berperang pun

    terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera itu sementara itulah

    segala hulubalang rakyat sekalian.Dipetik daripada

    'Hikayat Langlang Buana'dalam antologiDirgahayu Bahasaku,

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    (i) Apakah maksud rangkai kala merosakkan kalbu?[2 markah]

    (ii) Nyatakan perkara yang berlaku dalam peperangan antara jin dari gemala hikmat dengan

    rakyat Raja Bahrum Dewa?[3 markah]

    (iii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Raja Indera Bumaya melancarkan peperanganterhadap Raja Bahrum Dewa? Nyatakan tiga alasan anda.

    [3 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    23/44

    1103/2 7 SULIT

    Soalan 2(d)-Sajak

    Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

    menggunakan ayat anda sendiri.

    HARGA REMAJA

    Berapakah sebenarnya harga remaja

    yang bersih

    dari gelodak kecewa

    bagai kehijauan daun

    bagai kesegaran pohon

    di pinggir perjalanan ini?

    Dengan apakah akan kaupenuhi

    piala remajamu

    adakah cuka kesangsian

    dari cinta murah

    atau madu ajaran

    dari ilmu susah?

    Remaja amat mahal

    sesungguhnya

    tiada terbeli oleh perjanjianharga remaja adalah

    pendirian

    keberanian dan ilmu.

    Penuhilah remajamu

    dengan ketentuan tuju.

    Rahman Shaari

    Langit di Tangan, 1995

    AntologiHarga Remaja

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    [Lihat halaman sebelah

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    24/44

    (i) Apakah maksud cuka kesangsian dalam sajak di atas?

    [2 markah]

    (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya?

    Berikan duacadangan anda.

    [3 markah]

    (iii) Jelaskan duapersoalan yang terdapat dalam sajak tersebut .

    [4 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    25/44

    1103/2 9 SULIT

    Soalan 3:Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

    [30 markah]

    Jawab semuasoalan.

    (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataandi bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham

    akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,

    menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama

    khas.

    (i) menghadiahkan

    (ii) menghadiahi

    (iii) menganugerahkan

    (iv)

    menganugerahi(v) menghutangkan

    (vi)menghutangi

    [6 markah]

    (b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti,kemudian tentukan jenis-jenis ayat majmuk yang

    digunakan bagi setiap ayat tersebut.

    (i) Ali telah belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan

    keputusan peperiksaannya.

    (ii)Orang yang gopoh tidak dapat menghasilkan sesuatu dengan baik.

    (iii)Ketua Pengarah menghadiahi Cikgu Surati seutas jam tangan kerana berkhidmat dengan

    cemerlang.

    (iv)Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat

    (v)Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam

    (vi)Rakyat Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan

    bertatatertib yang tinggi nilainya.

    [ 6 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    26/44

    (c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

    penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

    ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu

    kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menulis ayat itu semula.

    (i)

    Pihak RISDA akan mempertingkat usaha untuk membantu pekebun kecil keranaharga getah dijangkakan lebeh menarik pada tahun depan

    (ii) Sistem pendidikan maya memberi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji

    berbagai-bagai mata pelajaran dengan mudah dari mana-mana lokasi.

    (iii) Beberapa pengembangan yang menarik dapat kita saksikan dalam teknoloji komputer

    apabila pelbagai ciptaan baharu akan muncul.

    [6 markah]

    (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapatsatu kesalahan penggunaan kata atau istilahdan

    satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak

    boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu

    kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    (i) Walaupun sambutan hari lembaran telah masuk hari yang keempat, kemeriahannya

    masih lagi terasa.

    (ii) Pusat membeli-belah itu dijangka menjadi pusat tumpuan dan mercu tanda baharu

    warga kota apabila dilancarkan secara resmi pada Ogos ini.

    (iii) Penumbuhan pemberian pinjaman bank dijangka kekal berdasarkan kepada ekonomi

    Malaysia yang dijangka positif.

    [6 markah]

    1103/2 10 SULIT

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    27/44

    (e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai

    dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut

    (i) Semenjak membeli motosikal yang baharu, Zaman membiarkan sahaja motosikal lamanya

    di bawah rumah. Motosikal itu dibiarkan kotor dan kempis tayarnya. Mak Senah telahmenegur sikap Zaman yang membiarkan saja motosikal yang masih boleh digunakan itu.

    Zaman tetap membiarkan motosikal lamanya kerana dia berasa seronok menunggang

    motosikal baharunya.

    (ii) Cikgu Zarul berasa puas kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah. Bertahun-tahun

    lamanya dia melanjutkan pelajaran. Kalau dulu dia hanya lulusan maktab, kini dia

    berkelulusan universiti. Dia berasa puas kerana titik peluhnya selama ini telah

    menyebabkan kehidupannya lebih selesa sekarang.

    (iii) Beberapa bulan selepas Haji Tamrin meninggal dunia, kehidupan tiga orang anak mereka

    mula berubah. Masing-masing telah membeli kereta baharu. Haji Tamrin telah banyak

    meninggalkan harta pusaka kepada anak-anaknya itu. Oleh sebab itulah ketiga-tiga orang

    anak lelakinya telah mewarisi harta yang banyak daripada ayah mereka.

    [6 markah]

    1103/2 11 SULIT

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    28/44

    Soalan 4: Novel

    [15 markah]

    Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

    (i)

    (ii)

    (iii)

    (iv)

    (v)

    (vi)

    (vii)

    (viii)

    PAPA (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf

    Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

    Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

    Renyah karya Gunawan Mahmood

    Interlok karya Abdullah Hussain

    Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

    Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir

    Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid

    4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, dua peristiwa teknik saspens yang terdapat

    dalam novel tersebut.

    [7 markah]

    4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalamsetiap novel.

    [8 markah]

    KERTAS SOALAN TAMAT

    1103/2 12 SULIT

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    29/44

    1

    SULIT

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

    PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 1103/2 (PP)

    Bahasa MelayuKertas 2Peraturan PemarkahanOgos 2014

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

    Peraturan pemarkahan ini mengandungi 16 halaman bercetak

    AMARAN

    Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta PPD Kota Belud.

    Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.

    Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh

    dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak bolehdikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    30/44

    2

    Markah penuh: 110markah

    Soalan 1

    Markah penuh 30dibahagi kepada:

    (a)Isi 20 markah

    (b)Bahasa 10 markah

    (a) Isi [ 20 markah]

    Nota:

    (i) Panduan mengira perkataan

    Perkataan yang dikira sebagai satuperkataan

    nama khas

    perkataan berulang (kata ganda)

    penggunaan kata sendi didan ke

    tarikh

    angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

    gelaran

    (ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja

    sebelum diperiksa.

    (iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya

    tidak perlu diperiksa

    (iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

    Bahagian Markah Markah

    (i) Pendahuluan 2

    (ii)Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

    (iii)Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

    (iv)Penutup/Kesimpulan 2

    Jumlah Markah 20

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    31/44

    3

    Soalan 1 : Rumusan

    SKEMA PEMARKAHAN

    Soalan : 1

    SKEMA PEMARKAHANRumusan

    Markah

    Pendahuluan / Pengenalan[ 2 markah] - Peranan

    Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna di

    negara ini/ di Malaysia.

    Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna

    Petikan membincangkan peranan remaja sebagai pengguna di negara ini.

    2m

    1m

    0m

    Isi Tersurat (peranan remaja sebagai pengguna) (4 hingga 12 markah) Markah

    S1 melibatkan diri dalam hal-hal kepenggunaan 2m

    S2 menjadi ahli persatuan pengguna di tempat masing-masing. 2m

    S3 remaja perlu berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat 2m

    S4 menggunakan perkhidmatan laman sosial sebagai wadah komunikasi

    untuk menubuhkan kelab pengguna

    2m

    S5 mengetahui sebarang produk (1m) dan perkhidmatan daripada pelbagai

    sumber(1m)

    2m

    S6 mengambil tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa

    dalam hal-hal kepenggunaan

    2m

    S7 memahami hak dan tanggungjawab sebagai penggunaS8 mengambil sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang

    kepenggunaan

    2m

    S9 melakukan kajian terhadap isu-isu tertentu 2m

    S10 berfikir dahulu dan merancang sebelum berbelanja 2m

    Isi Tersirat -

    Cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja

    (4 hingga 12 markah)

    Markah

    T1 Ibu bapa mendidikanak-anak tentang kepentingan kepenggunaan 2m

    T2 Sekolah menubuhkan Kelab Pengguna untuk menyebarkan maklumat

    kepada pelajar

    2m

    T3 Kerajaan mengadakan kempenkesedaran tentang hak-hak pengguna 2m

    T4 Badan bukan kerajaan (NGO) memberikan ceramah / bengkel / seminar

    / kursus kepenggunaan

    2m

    T5 Sekolah/NGO menganjurkan pertandingan pidato/forum/penulisan esei

    yang berkaitan kepenggunaan

    2m

    T6 Media massa menyiarkan iklan/artikel/rencana/risalahberkaitan isu

    kepenggunaan

    2m

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    32/44

    4

    Kesimpulan Markah

    Kesimpulannya, masyarakat perlulah bekerjasama memupuk kesedaran remaja

    terhadap hak-hak mereka sebagai pengguna agar melahirkan pengguna yang bijak 2m

    Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjsama memupuk kesedaran remaja

    terhadap hal-hak mereka sebagai pengguna agar menjadi pengguna yang cerdik

    2m

    Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memupuk kesedaran remaja sebagai

    pengguna supaya mampu menjadi pengguna yang bijak

    2m

    (b) Bahasa[ 10markah]

    Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan

    dalam jadual berikut:

    Peringkat Markah

    Isi

    Markah

    Bahasa

    Huraian

    Baik 1820

    15 - 17

    910

    79

    Kesinambungan isi baik

    Struktur ayat/tatabahasa baik

    Kosa kata luas

    Tanda baca/ejaan betul

    Sederhana 1214

    8 - 11

    67

    46

    Kesinambungan isi masih baik

    Struktur ayat/tatabahasa masih

    memuaskanKosa kata masih memuaskan

    Tanda baca/ejaan juga memuaskan

    Lemah 1 - 7 14 Pada keseluruhannya dalam serba

    kekurangan/tidak memuaskan

    Nota:

    (i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markahlagi.

    (ii)Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah

    (iii)Jika disalin bulat-bulatperkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah

    perkataan kurang daripada 120patah perkataan, berikan 0 markah.

    (iv)Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

    [ Markah bahasa maksimum: 10 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    33/44

    5

    Soalan 2

    Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

    Soalan 2(a) : 9 markah

    Soalan 2(b) : 9markah

    Soalan 2(c) : 8markahSoalan 2(d) : 9markah

    Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)

    1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

    2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna

    3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)

    daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

    Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

    1.

    Soalan 2 markah.DESKRIPSI MARKAH

    - Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat

    gramatis

    1

    - Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup 1

    - Jawapan tidak tepat/salah 0

    2. Soalan 3 markah ( 2 isi)

    DESKRIPSI MARKAH- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat

    gramatis

    3

    - Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan tetapi

    ayat kurang gramatis.

    - Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

    2

    - Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang

    gramatis

    1

    - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis 0

    3. Soalan 4 markah ( 3 isi cukup)

    DESKRIPSI MARKAH- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat

    gramatis

    4

    - Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan tetapi ayat

    kurang gramatis.

    3

    - Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2

    - Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

    - isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    34/44

    6

    Soalan 2(a) - Petikan umum

    (i) Maksud rangkai kataproduk tiruan

    - barangan/barang palsu/tidak asli 2

    -

    produk palsu/barang tiruan 1

    [ maksimum : 2 markah]

    (ii) Sebab/faktorremaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan (2 isi)

    P1- remaja sendiri kurang ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna

    P2- jurujual menggunakan permainan psikologi

    P3- faktor usia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang

    [maksimum : 3 markah]

    iii) Tindakan apabila menyedari telah tertipu setelah membeli sesuatu barangan: (3 isi

    cukup- 3 isi)

    P1- Membuat aduan kepada Persatuan Pengguna

    P2- Membuat laporan di balai polis

    P3- Melaporkan perkara tersebut kepada Tribunal Pengguna

    P4- Memulangkan barang tersebut kepada peniaga

    P5- Menuntut ganti rugi

    [maksimum : 4 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    35/44

    7

    Soalan 2(b) : Petikan Drama

    (i) Kesalahan yang dilakukan oleh Sabarah sehingga sanggup jarinya dipotong:

    - melukakan hati ibunya 1

    -

    mementingkan diri sendiri/perniagaannya 1

    [ maksimum : 2 markah]

    (ii)Harapan ibu bapa kepada anak-anak: (2isi cukup)

    P1- anak-anak ambil berat kebajikan ibu bapa

    P2- sokongan moral ketika ibu bapa ditimpa masalah

    P3- kasih sayang anak-anak yang tidak berbelah bahagiP4- keperihatinan anak-anak terhadapan keadaan diri mereka yang sudah tua

    (iii)Satulatar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama

    P1- Masyarakat yang insaf akan

    kesalahan yang dilakukan

    Contohnya Salmah memohon ampun kerana

    terlalu mementingkan perniagaan.

    1 + 1

    Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:

    P1- Masyarakat penyayang iaitu

    menyayangi anak-anak

    Contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak

    mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam

    mencari rezeki pada usia emas.

    1 + 1

    P2 - Masyarakat yang prihatin dalam

    memberi bantuan

    Misalnya Pak Man yang datang menziarahi

    keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

    1 + 1

    P3- Masyarakat yang berpendidikan Misalnya anak-anak Jimah yang berjaya

    dengan kerjaya masing-masing, Salmahsebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor,

    Shahrul sebagai akauntan.

    1+1

    P4- Masyarakat yang berpendidikan Misalnya anak-anak Jimah yang berjayadengan kerjaya masing-masing, Salmah

    sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor,

    Shahrul sebagai akauntan.

    1 + 1

    P5- Masyarakat yang mementingkan

    kerjaya

    Misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala

    Lumpur setelah tamat cutinya

    1+ 1

    P6- Masyarakat yang menghormati

    orang yang lebih tua

    Misalnya Sani dan Wan Malini yang

    menghormati Jimah dan Jumaat.

    1 +1

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    36/44

    8

    Soalan 2 (c): Petikan Prosa Tradisional

    (i) Maksud kata mengubahi perjanjian

    -mengingkari /mengubah/memungkiri

    persetujuan/permuafakatan2

    - memungkiri perjanjian 1

    - mengubahi persetujuan 1

    [ maksimum : 2 markah]

    (ii)Tindakanyang dilakukan oleh Inderaputera (Isi cukup2 tindakan)

    P1- Inderaputera mengembalikanbaju Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran.

    P2- Inderaputera mengikut Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran ke mahligainya.

    P3- Inderaputera duduk di dalamtabak untuk pergi ke mahligai Tuan Puteri Ratna

    Gemala Nehran.

    (iii)Sebabseseorang itu perlu menepati janji ( Isi cukupsebab)

    P1- menepati janji tuntutan agama.

    P2- maruah seseorang dilihat pada keupayaan menepati janji.

    P3- kepercayaan seseorang terhadap dirinya akan hilang jika tidak menepati janji.

    P4 - imej seseorang dilihat pada kemampuannya menepati janji.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    37/44

    9

    Soalan 2(d): Puisi Tradisional

    (i) Maksud cuka kesangsian dalam sajak.

    -perasaan (1m) hampa/ derita/ragu-ragu/was-was (1m)

    [2 markah]

    (ii)Caraseseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya [ 2 isi cukup]

    P1: memikirkan keburukan sesuatu tindakan supaya dia terhindar daripada

    melakukan perbuatan yang negatif) / berfikiran rasional.

    P3: sentiasa mengamalkan ajaran agama/ nilai-nilai moral.

    P4: tidak berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.

    P5: sentiasa mematuhi nasihat orang tua/ ibu bapa/ guru-guru

    [ 3 markah]

    (i) Dua pengajaran

    P1- Kita haruslah mencontohi para anbia dan aulia agarkehidupan lebih bahagia

    P2- Kita mestilah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar

    terhindar daripada sikap riak dan takbur.

    P3- Kita hendaklah patuh pada hukum syarak supayaterhindar daripada

    kemungkaran.

    P4- Kita mestilah menghindari orang yang bersikap negatif agartidak

    terpengaruh.

    [ 4 markah]

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    38/44

    10

    Soalan 3

    Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

    Soalan 3(a) : 6markah

    Soalan 3 (b) : 6markah

    Soalan 3(c): 6markah

    Soalan 3(d) : 6markah

    Soalan 3(e) : 6markah

    Perhatian bagi soalan 3 (a)

    1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul

    2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keselurruhan

    soalan.

    3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.

    4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

    5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah.

    6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap

    ayat.

    7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu

    ayat.

    8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

    9. Isi tidak jelas, tolak markah

    10.Ayat mengelak, berikan 0 markah

    Jawapan 3(a)

    (i) menghadiahkanmemberikan sesuatu sebagai hadiah

    (ii)

    menghadiahimemberikan hadiah kepada seseorang

    (iii) menganugerahkanmemberikan sesuatu sebagai anugerah

    (iv)menganugerahimemberikan anugerah kepada seseoang

    (v) menghutangkanmemberikan sesuatu sebagai hutang

    (vi)menghutangimemberikan sesuatu sebagai hutang kepada seseorang

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    39/44

    11

    Jawapan 3(b)

    Menentukan jenis ayat majmuk

    (i) Ayat majmuk gabungan

    (ii)Ayat majmuk pancangan relatif

    (iii)Ayat majmuk pancangan keterangan

    (iv)Ayat majmuk gabungan

    (v)Ayat majmuk komplemen

    (vi)Ayat majmuk campuran

    Jawapan 3(c)

    Ejaan Alasan

    i

    Salah Betul

    lebeh lebih

    Perkataan yang tepat ialah lebih kerana

    ejaannya mengkut pola keselarasan vokal.Perkataan lebeh dieja tanpa mengikut pola

    keselarasan vokal.

    ii mengulangkaji mengulang kaji

    Perkataan ulang kaji ialah kata majmuk.

    Apabila menerma imbuhan awalan, hanya kata

    dasar yang pertama dirapatkan, manakala

    perkataan kedua terpisah melainkan kata

    majmuk tersebut menerima apitan.

    iii teknoloji teknologi

    perkataan teknoloji salah kerana tidak

    mengikut kesesuaian bahasa Melayu. Ejaan

    sebenar dalam bahasa Inggeris ialah technology.

    Huruf gdikekalkan dalam bahasa Melayu untuk

    menjadi teknologi

    Imbuhan Alasan

    i

    Salah Betul

    mempertingkat mempertingkatkan

    Perkataan tingkat bukan kata adjektif tetapi

    kata nama. Oleh sebab itu, perkataan tersebut

    perlu menerima apitan memper- ...-kan.

    Perkataan yang tepat ialah mempertingkatkan

    ii memberi memberikan

    Perkataan memberi salah kerana bermaksud

    menyebabkan seseorang menerima sesuatu.

    Perkataan memberikan bermaksud sesuatu

    diberikan kepada seseorang. Oleh sebab itu,

    kata terbitan yang tepat mengikut konteks ialah

    memberikan

    iii pengembangan perkembangan

    Perkataan pengembangan salah kerana

    bermaksud perihal atau perbuatan

    mengembang atau mengembangkan.

    Perkataan perkembangan ialah keadaan atau

    hal berkembang. Dalam konteks ayat, perkataan

    yang tepat ialahperkembangan.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    40/44

    12

    Jawapan 3(d)

    Kesalahan Kata atau istilah Alasan

    i

    Salah Betul

    lembaran lebaran

    Perkataan lembaran salah kerana membawa

    maksud helaian atau muka surat atau halaman,manakala perkataan lebaran bermaksud hari

    Haya Puasa pada 1 Syawal. Oleh itu, perkataan

    yang tepat ialah lebaran

    ii

    resmi rasmi Yang tepat ialah perkataan rasmi yang

    bermaksud sesuatu yang disahkan oleh pihgak

    yang bertanggungjawab, manakala perkataan

    resmi bermaksud sifat asal atau semula jadi

    bagi sesuatu atau seseorang. Perkataan yang

    tepat mengikut konteks ayat ialah rasmi

    iii

    Penumbuhan Pertumbuhan Yang tepat ialah perkataan pertumbuhan yang

    bermaksud perihal atau keadaan bertumbuh,manakala perkataan penumbuhan ialah

    perbuatan menumbuhkan.

    Kesalahan Tatabahasa Alasan

    i

    Salah Betul

    masuk hari

    masuk ke hari

    atau memasuki

    hari

    Kata kerja tak transitif diikuti oleh kata sendi

    nama. Dalam hal ini, perkataan masuk ialah

    kata kerja tak transitif yang perlu diikuti kata

    sendi nama ke untuk menjadikan ayat itugramatis, iaitu masuk ke hari atau memasuki

    hari

    ii

    Pusat

    membeli-belah

    Pusat beli-belah Frasa nama pusat membeli-belahsalah kerana

    dikatakan pusat itu bertingkah laku seperti

    manusia membeli-belah. Frasa nama yang tepat

    ialahpusat beli-belah.

    iii

    berdasarkan

    kepada

    ekonomi

    berdasarkan

    ekonomi

    Kata kerja tak transitif ber-...-an perlu diikuti

    pelengkap kata nama. Dalam hal ini, perkataan

    ekonomi ialah kata nama. Frasa yang betul

    ialah berdasarkan ekonomi

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    41/44

    13

    Jawapan 3(e) Peribahasa

    Perhatian:

    1. Kesalahan ejaan/imbuhan, tolak daripada markah keseluruhan

    i) Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

    ii) Berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu,

    bersenang- senang kemudian/ genggam bara api biar sampai jadi arang

    iii) durian runtuh/ rezeki terpijak/ tikus jatuh ke beras

    Soalan 4: Novel

    Markah penuh 15markah

    Peraturan pemarkahan bagi Soalan 4

    (a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

    (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

    (iii) Beri 2 markah bagi setiap peristiwa saspens dan huraian/contoh yang betul..

    (iv) Markah isi maksimum 4 (maksimum 2 markah bagi setiap peristiwa).

    (v) Markah bahasa maksimum 3.

    (vi) Markah bahasa diberi secara impression.

    Baik : 3 markah

    Sederhana : 2 markah

    Lemah : 1 markah

    (vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

    (viii) Calon tidak menjawab 0 markah.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    42/44

    14

    4 (a) Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan

    minat dalam diri pembaca agar memudahkan pembacaan mereka.

    Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan

    unsur saspens dalam novel tersebut.

    [7 markah]

    (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

    Peristiwa Saspens (1m)

    Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

    Peristiwa Fuad pulang ke Sungai Ruan

    untuk menjejaki keluarga sebelah ibunya

    untuk menjejaki pusara ibunya.

    Pembaca ingin tahu sama ada usaha Fuad

    itu membuahkan hasil atau tidak. Fuad

    bertanya tentang ibunya dengan Swee Lim

    dan Swee Lan dan seterusnya menjejaki

    ibunya hingga ke Lembah KlauPeristiwa Fuad menaruh harapan yang

    tinggi untuk mencari ibu kandungnya

    apabila di Lembah Klau Pak Shamsuddin

    menyatakan bahawa Mariana masih hidup

    kerana pusaranya tiada di kampung itu

    Pembaca ingin tahu sama ada Fuad berjaya

    mencari ibu kandungnya atau tidak.

    Akhirnya, Fuad mendapat tahu dia dan

    Farhana bersaudara kerana nama ibu mereka

    sama dan kedatangan Robert Limmengesahkan Mariana ialah ibu kandung

    mereka

    Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

    Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)

    1. Peristiwa kehilangan Faridah dan Iqbal

    berhampiran dengan kawasan kemalangan

    tanpa meninggalkan sebarang jejak.

    Pembaca tertanya-tanya kejadian yang telah

    menimpa Faridah dan Iqbal sehingga sukar

    dikesan oleh pihak berkuasa.

    2. Peristiwa Faridah terjatuh ketika mandi. Pembaca tertanya-tanya nasib Faridah selepas

    itu kerana Faridah telah dibawa ke hospital

    dan koma selama dua minggu.

    3. Peristiwa Faridah yang terpaksa

    menempuhi kehilangan suaminya, Ghazali

    akibat kemalangan jalan raya.

    Pembaca ingin tahu keadaan Faridah selepas

    menerima kematian Ghazali. Faridah hampir

    menjadi gila hingga menyebabkan dia

    membawa dirinya ke New Zealand.

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    43/44

    15

    (b) (i) Jawapan berdasarkan duabuah novel yang dipelajari.

    (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

    (iii) Beri 1 markah bagi setiap latar masyarakat.

    (iv) Beri 2 markah bagi setiap huraian/contoh yang betul untuk setiap latar masyarakat

    (v) Markah isi maksimum 6 (maksimum 3 markah bagi setiap latar masyarakat).

    (vi) Markah bahasa maksimum 2.

    (vii) Markah bahasa diberi secara impression

    Baik : 2 markah

    Lemah : 1 markah

    (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

    (ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

    4(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar

    masyarakat dalam setiap novel.[8 markah]

    Jawapan 4(b)Latar masyarakat (1m) Huraian (2m)

    Melunas Rindu

    karya Hartini

    Hamzah

    Masyarakat yang tabah

    menghadapi dugaan hidup.

    Fuad tabah menghadapi dugaan

    hidupnya tanpa ibu dan bapa yang

    berpisah sejak kecil. Fuad menumpang

    kasih daripada bapa dan ibu saudaranyaiaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Fuad

    juga menumpang kasih daripada

    keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan

    Mak Salmah.

    Masyarakat yang reda

    dengan ketentuan Tuhan

    Fuad reda menerima ketentuan Tuhan

    bahawa Farhana ialah adik kandungnya.

    Fuad berazam untuk melindungi

    Farhana dan adik-adiknya yang lain

    setelah dia tidak berkesempatan

    melakunnya selama ini.

    Masyarakat yang komitedterhadap tugas.

    Fuad yang tidak berkira untukmengadakan kelas tambahan selepas

    waktu persekolahan

    Masyarakat yang

    mengamalkan ajaran agama

    dalam kehidupan seharian

    Fuad tidak sesekali melupakan

    tanggungjawab sebagai muslim dengan

    mengerjakan solat lima waktu

    Masyarakat yang kuat

    berpegang pada jati diri

    bangsa

    Faridah masih memakan masakan

    Melayu dan menyediakan masakan kari

    untuk keluarganya walaupun sudah 25tahun tinggal di New Zealand

  • 7/21/2019 Sabah Bm Kertas 1 & 2 2014

    44/44

    Kabus di

    Perbukitan

    karya Mohamad

    Kholid Hamzah

    Masyarakat yang

    mementingkan pendidikan

    anak-anak

    Mejar (B) Kamarudin sanggup

    menyimpan wang melalui pembelian

    insurans pendidikan untuk membiayai

    pelajaran Rahayu di UPM

    Masyakat yang cinta akan

    alam sekitar

    Azrul dan teman-temannya banyak

    mengadakan program pendedahantentang alam sekitar kepada pelajar-

    pelajar

    Masyarakat yang mengambil

    berat terhadap kanak-kanak

    istimewa

    Faridah, dan Mastura yang bertugas di

    PDK Suria menganggap berkhidmat

    kepada kanak-kanak istimewa ialah satu

    ibadah.

    Masyarakat yang beriman

    kepada Tuhan

    Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa

    berdoa apabila menghadapi tekanan atau

    masalah hidup

    Masyarakat orang Asli Tok Batin Senik merupakan Tok Batin

    bagi masyarakat orang asli yang

    menyelamatkan Faridah dan Iqbal di

    Bukit Fraser

    Nota: Latar masyarakat yang terdapat dalam Modul Sinergi KOMSAS Tingkatan 4 dan

    Tingkatan 5 diterima.

    Selamat Memeriksa