tips bm upsr kertas 2

50

Upload: ngieng88

Post on 20-Oct-2015

343 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tips BM UPSR Kertas 2
Page 2: Tips BM UPSR Kertas 2
Page 3: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN A

• Memindahkan maklumat (membina 5 ayat yang lengkap)

• Murid perlu membaca arahan atau keterangan yang diberikan dengan teliti supaya tidak terpesong daripada kehendak soalan ketika membina rangka dan menulis ayat-ayat yang lengkap.

• Ayat yang dibina mesti lengkap dan tersusun dengan struktur ayat serta penggunaan kata yang betul, sesuai, dan tepat berpandukan bahan grafik. Tanda bacaan dan ejaan juga mesti tepat dan baku untuk memastikan markah yang maksimum.

Page 4: Tips BM UPSR Kertas 2

•Menulis ayat yang tidak perlu.Contoh: Hidangan yang disediakan sungguh enak dan berkhasiat. •Ayat tidak gramatis atau menggunakan ayat tunggal.Contoh: Anita mencuci pinggan.(tidak gramatis)

Anita sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki menggunakan sabun pencuci. (gramatis) •Aktiviti atau kata kerja yang ditulis tidak tepat.Contoh: Ibu Anita merebus sayur di dalam kuali di atas dapur. (tidak tepat)

Ibu Anita sedang menggoreng sayur di dalam kuali di atas dapur. (tepat)

KESILAPAN LAZIM

Kertas Penulisan - Bahagian ATulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.

Page 5: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN ABahagian A - Memindahkan maklumat (membina 5 ayat yang lengkap)

• Ayat yang ditulis mestilah saling berkaitan dengan ayat yang berikutnya.

• Tandakan objek-objek yang menjadi fokus dalam gambar mengikut keutamaan supaya ayat yang ditulis lebih tersusun dan lancar.

• Untuk menghasilkan ayat yang lengkap dan gramatis, murid perlu menggunakan kata hubung dan penanda wacana yang sesuai.

Contoh:

Setiap pagi, Azman menggosok giginya dengan (kata hubung) menggunakan ubat gigi di samping (penanda wacana) berkumur dengan (kata hubung) larutan pembunuh kuman untuk (kata hubung) memastikan giginya bersih dan sihat.

Page 6: Tips BM UPSR Kertas 2

KESILAPAN LAZIMBahagian A - Memindahkan maklumat (membina 5 ayat yang lengkap)

• Banyak kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata, dan isi.

Jawapan murid : Anita dengan keluarganya sedang bergotong royong menyediakan hidangan tengahari dari dapur.

Jawapan betul : Anita dan keluarganya sedang bergotong-royong menyediakan hidangan tengah hari di dapur.

• Murid menulis lebih daripada lima ayat. Ayat keenam dan yang berikutnya tidak akan disemak.

Page 7: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN AMemindahkan maklumat (membina 5 ayat yang lengkap)

• Arahan yang perlu difahami ialah menulis lima ayat tentang aktiviti dalam gambar. • Oleh yang demikian, setiap ayat yang ditulis mestilah menyebutkan sekurang-kurangnya satu aktiviti berdasarkan gambar.

Contoh:1. Pak Mail membungkus sayur-sayuran yang dibeli oleh pelanggannya.

KESALAHAN LAZIM • Murid menulis lebih daripada satu ayat dalam dalam setiap perenggan.

Contoh: 1. Anita sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki. Dia menggunakan sabun pencuci semasa mencuci pinggan mangkuk tersebut.

Page 8: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN AMemindahkan maklumat

• Untuk membina ayat, murid digalakkan menggunakan ayat majmuk.

• Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada ayat tunggal. Beberapa ayat tunggal perlu disatukan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Contoh:

Khalis membaca buku. (ayat tunggal)Khalis mendengar muzik. (ayat tunggal)

Khalis membaca buku sambil mendengar muzik. (ayat majmuk)

Kesilapan Umum

• Murid membina ayat dengan menggunakan semua kata dasar mengakibatkan susunan tatabahasa dan intonasi ayat menjadi salah.

Contoh: Alina cita-cita hendak jadi pramugari. (salah)Alina bercita-cita hendak menjadi pramugari. (betul) 

Page 9: Tips BM UPSR Kertas 2

Memindahkan maklumat

Murid boleh membina ayat tersurat dan ayat tersirat berdasarkan bahan rangsangan bergambar.

Contoh:

Ayah memotong buah tembikai dengan menggunakan sebilah pisau. (ayat tersurat kerana semuanya jelas terpapar dalam gambar)

Ayah memotong buah tembikai dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.(ayat tersirat kerana kita tidak dapat pastikan sama ada pisau itu tajam ataupun tidak)

Page 10: Tips BM UPSR Kertas 2

KESILAPAN UMUMMemindahkan maklumat• Binaan ayat tidak menggambarkan situasi dalam bahan rangsangan.

Contoh: a Rasa buah tembikai itu sungguh enak dan manis.

b Isi buah tembikai itu sungguh merah.

Jawapan betul: Ayah memotong buah tembikai dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.

Page 11: Tips BM UPSR Kertas 2
Page 12: Tips BM UPSR Kertas 2

SOALAN Lihat gambar di bawah dengan teliti.Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Contoh Jawapan1. Murid-murid sentiasa beratur ketika hendak membeli makanan dengan diawasi oleh pengawas.

2. Ada murid yang minum di kantin sambil membaca buku untuk memanfaatkan waktu rehat.

3. Pengusaha kantin yang berpakaian bersih dan kemas melayan murid-murid yang hendak membeli makanan dengan mesra.

4. Tong sampah disediakan di kantin untuk kegunaan murid-murid membuang sampah dan sisa makanan sementara besen yang besar pula digunakan untuk meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan.

5. Murid-murid dan pengusaha kantin sentiasa mengutamakan kebersihan kantin demi kebaikan bersama.

Page 13: Tips BM UPSR Kertas 2

SOALAN Lihat gambar di bawah dengan teliti.Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Contoh Jawapan1. Encik Ridzuan membaca surat khabar untuk mendapatkan maklumat dan mengetahui tentang isu semasa terkini.

2. Puan Nurbaiti menjahit pakaian anak-anaknya sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga.

3. Khairal mencari maklumat dengan melayari Internet untuk menyiapkan kerja kursusnya.

4. Adik leka bermain alat-alat permainannya di ruang tamu.

5. Amira yang duduk di sebelah ibu, menonton televisyen kerana ada rancangan drama yang menarik.

Page 14: Tips BM UPSR Kertas 2

SOALAN Lihat gambar di bawah dengan teliti.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Contoh Jawapan

1.Encik Mazlan sedang menanam pokokbunga di dalam beberapa buah pasu.

2. Mahani sedang menyapu sampah sarap di halaman rumah.

3. Khairul Nizam mengecat pintu pagar kerana warna cat pagar itu sudah mulai pudar.

4. Hidayah pula menyiram pokok-pokok bunga di taman mini di hadapan rumahnya.

5. Puan Nazirah menghidangkan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anaknya.

Page 15: Tips BM UPSR Kertas 2

SOALAN Gambar di bawah menunjukkan aktiviti di dapur sebuah rumah.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut.

Cadangan Jawapan1.Anita dan keluarganya sedangbergotong-royong menyediakan hidangantengah hari di dapur.

2. Anita sedang mencuci pinggan mangkuk menggunakan sabun pencuci di sinki.

3. Bapa Anita pula sedang memotong buah tembikai di atas landas cencang menggunakan sebilah pisau yang tajam.

4. Ibu Anita sedang menggoreng sayur di dalam kuali di atas dapur dengan menggunakan sebatang sudip.

5. Adik Anita membuka kabinet dapur untuk mengambil cawan yang akan digunakan semasa makan tengah hari.

Page 16: Tips BM UPSR Kertas 2

SOALAN Lihat gambar di bawah dengan teliti.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Contoh Jawapan :

1. Murid-murid Tahun Enam Utarid sedang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani di padang sekolah.

2. Cikgu Azmi mengadakan perlumbaan menguji kemahiran mengelecek bola hoki melalui kon antara murid lelaki dengan perempuan selepas mereka mempelajari kemahiran itu.

3. Cikgu Azmi meniup wisel untuk memulakan perlumbaan sambil memerhatikan pergerakan wakil pasukan lelaki dan perempuan mengelecek bola.

4. Wakil pasukan lelaki dan perempuan berlumba-lumba mengelecek bola hoki menggunakan kayu hoki melepasi lima kon di hadapan mereka.

5. Ahli pasukan yang lain bertepuk tangan dan bersorak untuk memberikan sokongan kepada wakil kumpulan masing-masing.

Page 17: Tips BM UPSR Kertas 2

SOALAN Gambar di bawah menunjukkan aktiviti murid pada masa lapang.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut.

Cadangan Jawapan :1.Terdapat banyak cara yang bolehdilakukan oleh murid untuk memanfaatkan masa lapang sama ada di rumah atau di luar rumah.

2. Murid-murid boleh menghabiskan masa lapang di rumah dengan membaca buku atau mengulangkaji pelajaran untuk menambahkan pengetahuan.

3. Murid-murid juga boleh melakukan hobi yang mereka minati seperti melukis dan mewarna.

4. Aktiviti bersenam juga boleh dijalankan untuk mengisi masa lapang di samping dapat mengekalkan kecergasan badan.

5. Menanam pokok bunga bukan sahaja dapat mengisi masa lapang bahkan dapat menceriakan kawasan di rumah.

Page 18: Tips BM UPSR Kertas 2
Page 19: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN B

KARANGAN KEPERIHALAN

• Karangan keperihalan tidak berformat.• Murid perlu mengolah sesuatu perkara atau peristiwa yang dilihat, dialami, atau didengar.• Suasana yang hendak digambarkan mestilah disampaikan dengan logik berasaskan suasana sebenar atau pengalaman sendiri.• Akhiri karangan dengan unsur pengajaran atau ungkapan yang bersesuaian.

KESILAPAN LAZIM

• Karangan yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.

Contoh soalan: Kawasan tempat tinggal anda telah dilanda banjir. Perihalkan peristiwa bencana alam yang kamu alami itu.

Jawapan: Murid tidak memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan pengalaman sendiri, sebaliknya memerihalkan peristiwa banjir berdasarkan mimpinya tentang bencana alam yang berlaku di tempat tinggalnya itu. (Karangan ini dianggap terpesong)

• Karangan yang terpesong walaupun jalan ceritanya menarik akan diberikan markah yang minimum.

Page 20: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN B

Karangan Berita

• Karangan berita merupakan karangan berformat.• Karangan ini mengisahkan suatu peristiwa, kejadian, atau program dan aktiviti yang baru berlaku.• Berita memberikan maklumat lengkap tentang sesuatu peristiwa yang disampaikan dengan tujuan memberitahu pembaca umum tentang peristiwa tersebut.• Penulisan berita mesti menjawab persoalan apa, siapa, bila, mengapa, di mana dan bagaimana.• Maklumat dalam karangan berita hendaklah berdasarkan fakta yang tepat, jelas, dan logik.• Format berita dimulai dengan menulis nama tempat (biasanya daerah), diikuti dengan tarikh dan tanda sempang (-), sebelum mula menulis berita. • Contoh:     ALOR SETAR, 10 Oktober - Suatu kebakaran telah berlaku...

* Murid perlu berhati-hati ketika menulis karangan berita supaya tidak terikut-ikut dengan gaya penulisan cerita. 

Page 21: Tips BM UPSR Kertas 2

KESILAPAN LAZIMKarangan Berita

• Karangan tidak menepati format berita. Misalnya:nama daerah tidak ditulis dalam huruf besar dan tarikh atau nama hari tidak tidak disertakan selepas nama daerah.

• Terdapat banyak kesalahan tanda bacaan dan ejaan dalam karangan yang boleh menjejaskan perolehan markah.

• Karangan diolah dalam bentuk cerita, sementara maklumat-maklumat yang penting tentang banjir tidak dihuraikan secara terperinci.

Contoh:Kota Tinggi - Pada suatu hari, banjir telah melanda bandar kota tinggi. Kejadian ini berlaku akibat hujan lebat yang turun sejak semalam. Banyak kawasan yang ditenggeami air sedalam 1 meter.

Page 22: Tips BM UPSR Kertas 2

Karangan Jenis Fakta• Karangan jenis fakta tidak berformat.

• Untuk menulis karangan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan maklumat serta mampu mempersembahkan isi karangan secara logik dan tidak menyalahi fakta sebenar.

• Contoh-contoh yang diberikan hendaklah tepat dan betul.

• Gunakan ayat yang jelas, ringkas dan padat.

• Jangan menulis dalam bentuk cerita, memasukkan nama watak, atau apa-apa sahaja yang menjurus kepada konsep fakta yang salah.

• Setiap perenggan hendaklah dihuraikan dengan isi yang berlainan. Nyatakan juga contoh-contoh yang bersesuaian.

• Cara menulis adalah seperti karangan biasa, iaitu ada pendahuluan (menerangkan tajuk), empat isi (isi penting dan huraian), dan penutup (kesimpulan atau rumusan).

Page 23: Tips BM UPSR Kertas 2

KESALAHAN LAZIMKarangan Jenis Fakta

Karangan tidak menepati karangan bentuk fakta kerana dipersembahkan secara bercerita.

Contoh:

Banyak cara untuk menjadi sihat. Saya perlu bersenam setiap hari sama ada berjoging, bersukan, atau sebagainya. Saya selalu bersenam di padang pada waktu petang. Badan yang sihat mencerdaskan fikiran dan membolehkan saya belajar dengan selesa.

Page 24: Tips BM UPSR Kertas 2

Karangan Jenis Ucapan

• Karangan jenis ucapan merupakan karangan berformat.• Karangan jenis ini memerlukan calon menulis karangan seolah-olah calon hendak berucap di khalayak ramai. Oleh itu, calon perlu menyediakan teks berdasarkan tajuk yang dikemukakan. •Teks ini mestilah mengandungi kata alu-aluan, penerangan tajuk, huraian isi, dan penutup.•Terdapat beberapa jenis ucapan seperti ucapan tahniah, takziah, perpisahan, dan perasmian. Isi yang dikemukakan hendaklah berdasarkan jenis ucapan dan menepati kehendak soalan.

•Format ucapan:--Kata alu-aluan dimulakan dengan ucapan selamat sejahtera kepada pengerusi majlis dan diikuti oleh hadirin yang lain mengikut keutamaan.-Huraian isi-isi berserta contoh.-Dalam penutup, calon perlu menegaskan tajuk dan mengucapkan terima kasih.-Kata-kata penegasan seperti “Hadirin sekalian”, “Tuan-tuan dan puan-puan”, “Rakan sekalian” perlu digunakan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali.

* Murid dinasihatkan supaya merujuk kamus untuk mengetahui makna sesuatu perkataan kerana kesilapan lazim murid dalam topik sinonim dan antonim adalah lemah dari segi perbendaharaan kata.

Page 25: Tips BM UPSR Kertas 2

KESILAPAN UMUMKarangan Jenis Ucapan

• Karangan tidak menepati format ucapan.• Kesalahan format yang ketara seperti tiada kata alu-aluan untuk pengerusi majlis dan hadirin mengikut keutamaan.• Kata penghadapan seperti “Hadirin yang dihormati”, “Tuan-tuan dan puan-puan” dan sebagainya, tidak disertakan.• Isi tidak dikembangkan dengan baik kerana tidak disertakan huraian.

Contohnya:

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis ini. Hari guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru mendidik murid-murid. Seperti biasanya, sekolah kita turut mengadakan majlis sambutan pada hari ini sebagai tanda penghargaan kepada para guru. Guru sebagai pendidik, banyak berjasa kepada kita. Oleh itu, guru-guru perlu disanjung oleh murid-murid.

Page 26: Tips BM UPSR Kertas 2

Karangan Jenis Dialog/ Temu Ramah/ Wawancara

• Karangan jenis dialog, temu ramah, dan wawancara ialah karangan berformat.• Karangan jenis dialog, temu ramah, dan wawancara merupakan catatan perbualan antara dua orang atau lebih tentang sesuatu perkara.• Dialog digunakan untuk urusan tidak rasmi seperti bertanyakan khabar atau perbualan menerusi telefon. • Wawancara pula bersifat rasmi, iaitu perbualan antara dua pihak, iaitu pihak yang bertanya dan pihak yang menjawab. • Biasanya, pihak yang menjawab merupakan watak yang mahir atau pakar dalam sesuatu bidang atau pencapaian.• Sebelum memulakan dialog, calon boleh menyertakan keterangan tentang orang yang akan diajak berbual atau diwawancara.• Format dialog/ temu ramah/ dan wawancara:

-Nama watak ditulis di sebelah kiri. Selepas setiap nama watak harus dibubuh tanda titik bertindih (:).

-Kata bual hendaklah ditulis selepas tanda tersebut.

-Calon perlu menggunakan kata sapaan atau kata pembuka bicara yang sesuai untuk memulakan perbualan dan diakhiri kata bual yang menunjukkan perpisahan atau tamat perbualan.

Page 27: Tips BM UPSR Kertas 2

Azman : Hai, Zaidi. Awak makan apa hari ini?Zaidi : Eh, Azman! Saya makan nasi lemak? Awak makan apa?Azman : Saya baru habis makan karipap. Minggu hadapan cuti sekolah. Apakah rancangan

awak pada cuti sekolah nanti?

Zaidi : Pada cuti sekolah nanti, saya dan keluarga merancang untuk pulang ke kampung di Pasir Mas. Kami hendak melawat datuk dan nenek saya di sana. Sudah lama kami tidak pulang ke kampung. Maklumlah, ayah saya seorang pegawai polis, jadi sentiasa sibuk. Minggu hadapan, barulah ayah saya dapat bercuti selama seminggu.

KESALAHAN UMUMKarangan Jenis Dialog/ Temu Ramah/ Wawancara

1.Karangan tidak menepati format dialog. Kesalahan yang ketara ialah titik bertindih (:) tidak dibubuh selepas nama watak.

2.Karangan tidak disertakan kata sapaan atau ucapan selamat terlebih dahulu dalam perenggan pendahuluan.

Contoh (jawapan betul) :

Page 28: Tips BM UPSR Kertas 2
Page 29: Tips BM UPSR Kertas 2

Hazwani : Helo, bolehkah saya bercakap dengan Fazidah?Fazidah : Ya, Fazidah bercakap di sini. Siapakah yang bercakap di sana?Hazwani : Saya Hazwani, rakan awak.Fazidah : Oh, Hazwani! Mengapakah awak menelefon saya pada malam ini?Hazwani : Sebenarnya, saya ingin memberitahu awak bahawa saya tidak dapat hadir ke majlis hari jadi

awak pada petang esok.Fazidah : Mengapakah awak tidak dapat hadir ke majlis hari jadi saya?Hazwani : Sebentar tadi ayah saya menerima panggilan telefon dari kampung yang mengatakan bahawa

datuk saya sakit tenat. Jadi, saya sekeluarga terpaksa pulang ke kampung pada malam ini juga.

Fazidah : Berapa lamakah awak akan berada di kampung?Hazwani : Kami mungkin berada di kampung selama seminggu. Keadaan ini bergantung pada kesihatan

datuk saya.Fazidah : Baiklah, Hazwani. Saya berdoa semoga datuk awak cepat sembuh.Hazwani : Terima kasih, Fazidah. Oh, ya! Adakah awak telah membuat persiapan untuk majlis itu?Fazidah : Awak janganlah risau akan perkara itu. Ibu dan ayah saya telah membuat persiapan sejak pagi

tadi. Semua jiran dan rakan yang lain telah saya jemput.Hazwani : Fazidah, selamat hari jadi saya ucapkan. Kalau masa mengizinkan, saya akan singgah ke rumah

awak selepas kami pulang dari kampung nanti.Fazidah : Baiklah, terima kasih.

KARANGAN – PERBUALAN Kamu tidak dapat menghadiri majlis hari jadi rakan kamu. Kamu menelefonnya untuk memberitahu perkara itu.Tulis perbualan kamu dengan rakan kamu itu.

Contoh Jawapan :

Page 30: Tips BM UPSR Kertas 2

KARANGAN – SYARAHANKamu mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan ialah “Ke Arah Memupuk Tabiat Membaca dalam Kalangan Kanak-kanak”. Sediakan syarahan kamu selengkapnya.

Contoh jawapan:

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan, dan rakan-rakan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Ke Arah Memupuk Tabiat Membaca dalam Kalangan Kanak-kanak”. Tajuk ini bolehlah didefinisikan sebagai cara-cara menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak-anak. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Pepatah ini bertepatan dengan peranan ibu bapa dalam memupuk tabiat membaca dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap suka membaca di hadapan anak-anak. Oleh yang demikian, anak-anak akan terdorong untuk meniru sikap tersebut. Ibu bapa berperanan di rumah untuk memupuk minat membaca dalam diri anak-anak mereka. Usaha menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah amat berkesan. Selain itu, ibu bapa hendaklah meluangkan masa membawa anak-anak ke kedai buku atau melawat pameran buku. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting dalam usaha ini. Penyediaan pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah, surat khabar, dan jurnal di perpustakaan sekolah secara tidak langsung dapat menarik minat membaca dalam kalangan murid-murid. Sikap positif ini penting kepada murid-murid kerana membaca merupakan landasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, beberapa bentuk rangsangan yang dapat menggalakkan murid-murid membaca perlu diadakan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, ganjaran berbentuk sijil penghargaan dan hadiah diberi kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan jumlah bacaan. Peraduan membaca boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah, khususnya untuk memupuk minat. Sekian sahaja syarahan saya pada pagi ini. Harapan saya agar kita turut mengamalkan tabiat suka membaca untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Sekian, terima kasih.

Page 31: Tips BM UPSR Kertas 2

KARANGAN – LAPORANSekolah kamu telah mengadakan aktiviti perkhemahan unit beruniform. Sebagai setiausaha Persatuan Pengakap, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Cadangan Jawapan:Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

Sekolah Kebangsaan Setia Jaya

Pada 20 Jun 2010 hingga 21 Jun 2010, Sekolah Kebangsaan Setia Jaya telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform di Kem Sekayu. Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam. Sebanyak 120 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil bahagian. Mereka diiringi oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta dan guru menaiki tiga buah bas yang disewa khas untuk ke kem tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah. Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, keselamatan dalam air, pertolongan cemas, persembahan nyanyian, serta pertandingan reka cipta. Para peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan tebing”. Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup. Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan. "Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti," kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Setia Jaya, Puan Halimah Sakirin ketika majlis penutupan program tersebut.Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Laporan disediakan oleh,

....... Zueriani.....................(ZUERIANI BINTI IBRAHIM)Setiausaha, Persatuan Pengakap,Sekolah Kebangsaan Setia Jaya.

Page 32: Tips BM UPSR Kertas 2

KARANGAN - FAKTAKepentingan bersukan. Jelaskan tajuk ini.

Contoh Jawapan :

Sukan ialah kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga. Pelbagai kegiatan sukan yang boleh dilakukan seperti bermain badminton , bola sepak, bola jaring, hoki, dan berlari. Banyak kebaikan diperoleh daripada aktiviti ini. Bersukan atau bersenam baik untuk kesihatan tubuh badan. Orang yang bersukan akan sentiasa bertenaga, sihat, dan aktif sepanjang hari berbanding dengan orang yang tidak bersukan. Apabila tubuh badan menjadi sihat, kita bertenaga untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar atau bekerja.Di samping itu, daya fikiran bertambah baik kerana tahap kecergasan badan semakin memuaskan. Kegiatan sukan juga dapat mengisi masa lapang, terutama pada waktu petang dan hari cuti. Kita boleh memanfaatkan masa dengan berjoging atau bersenam di taman-taman rekreasi bersama-sama keluarga. Oleh itu, masa terluang tidak terbuang begitu sahaja. Menyertai kegiatan sukan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama insan. Hal ini kerana banyak kegiatan atau pertandingan sukan yang dianjurkan untuk memupuk perpaduan dan hubungan yang erat antara keluarga, masyarakat, dan kaum-kaum di Malaysia. Aktiviti sukan juga memberikan pulangan yang lumayan apabila kita terbabit secara langsung dalam sesuatu jenis sukan yang diminati. Hal ini telah terbukti di serata dunia bahawa banyak ahli sukan hidup mewah kerana bergiat aktif dalam bidang sukan, di samping mendapat bayaran penajaan. Kesimpulannya, kegiatan sukan amat bermanfaat untuk kita. Masyarakat yang aktif ialah masyarakat yang gemar bersukan kerana melalui kegiatan sukan, kualiti hidup akan bertambah baik.

Page 33: Tips BM UPSR Kertas 2

Tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Cadangan Jawapan:

Kesihatan diri amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita perlu mengutamakan kesihatan diri dengan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Antara cara untuk mengekalkan kesihatan diri adalah dengan bersenam. Bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu, kira-kira 30 minit bagi setiap sesi, dapat menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah, serta mencergaskan badan. Kita juga boleh berjoging atau bersukan sebagai satu daripada kaedah bersenam. Kebersihan juga penting dalam menjaga kesihatan diri. Kita perlu sentiasa membersihkan badan, contohnya dengan mandi, menggosok gigi, dan bersyampu. Hal ini dapat menjauhkan kuman yang menjadi punca pelbagai penyakit. Kebersihan pakaian dan persekitaran juga perlu dijaga untuk kekal sihat. Elakkan memakai pakaian yang kotor untuk mengelakkan jangkitan kuman. Selain itu, pastikan persekitaran kita bebas daripada serangga perosak atau bahan cemar yang boleh mendatangkan penyakit. Kita juga perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Elakkan pengambilan gula, garam, dan lemak yang berlebihan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetis, darah tinggi, dan penyakit jantung. Kesimpulannya, kita harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Sayangi diri demi kesejahteraan hidup.

Page 34: Tips BM UPSR Kertas 2

KARANGAN – CATATAN MINGGUAN

3 JanuariHari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor, pembedahan hanya pembedahan biasa dan tidak perlu dirisaukan. Di sekolah aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.

4 JanuariIbu selamat dibedah. Menurut doktor, ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.

5 JanuariSelepas waktu sekolah, aku, Cikgu Halim, dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana memakbulkan doaku.

6 JanuariAku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi, ibu akan pulang bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulangannya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.

Page 35: Tips BM UPSR Kertas 2

KARANGAN – CATATAN HARIANAHAD, 5 FEBRUARI 20128.00 pagiSaya dan ayah bersiap-siap untuk berjoging di taman rekreasi yang berhampiran. Saya dan ayah melakukan senaman ringan terlebih dahulu sebelum mula berlari-lari anak untuk meregangkan otot-otot.

8.30 pagiKami berjoging ke taman rekreasi itu. Banyak orang yang sedang berjoging di situ. Ayah turut menyapa rakan-rakannya yang turut sama berjoging. Setelah dua pusingan mengelilingi taman itu, ayah kepenatan. Kami berjalan-jalan sahaja.

9.00 pagiKami terfikir untuk berehat di sebuah bangku panjang di tepi tasik. Bangku itu bagaimanapun kotor dengan sampah sarap. Entah siapalah yang membuang sampah merata-rata begitu. Bukankah tong sampah telah disediakan? Mengapakah mereka tidak membuang sampah mereka di dalam tong sampah yang disediakan? Persoalan itu aku tanyakan kepada ayah. Kata ayah, orang yang membuang sampah merata-rata tidak mempunyai kesedaran siviks selain tiada rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan.

10.00 pagiAku dan ayah mengutip sampah sarap yang berselerakan lalu membuang sampah-sampah itu ke dalam tong sampah. Setelah tempat itu bersih, kami pun berjalan pulang.

Page 36: Tips BM UPSR Kertas 2
Page 37: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN C

MEMAHAMI DAN MENGULAS PETIKAN

• Dalam bahagian ini, satu petikan akan diberikan dan murid dikehendaki mengulas atau menulis rumusan tentang aspek nilai, pengajaran, nilai murni, amalan baik, atau kebaikan yang terkandung dalam petikan.

• Jenis petikan boleh terdiri daripada rencana, berita, dialog, cerita, puisi, catatan, dan surat kiriman.

• Murid perlu mengulas atau merumuskan lima nilai murni, pengajaran, atau amalan baik yang tersurat dan tersirat dalam petikan.

• Ulasan perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.

• Ulasan yang ditulis hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan.

* Tidak menjadi kesalahan sekiranya murid menulis ulasan yang melebihi 50 patah perkataan asalkan tidak melebihi 70 patah perkataan.* Murid hanya akan memperoleh markah minimum sebanyak 5 markah jika menyalin petikan semula.

Page 38: Tips BM UPSR Kertas 2

KESILAPAN LAZIMBahagian C - Memahami dan Mengulas Petikan

• Murid menyalin terus ayat daripada petikan.

Contoh petikan:Syafiq telah dilantik sebagai ketua kelas oleh gurunya. Pelantikannya dipersetujui oleh semua murid dalam kelasnya. Syafik berazam untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil demi membalas kepercayaan guru dan rakan-rakannya.

Jawapan murid:Kita hendaklah menerima jawatan yang diberikan guru, setelah dipersetujui oleh rakan-rakan.

Jawapan betul:Kita hendaklah bermuafakat dalam membuat keputusan untuk mewujudkan keharmonian.

• Murid menulis ayat yang diambil daripada petikan dan diubah suai tanpa membuat rumusannya.

Contoh petikan: Pada suatu hari, dua orang murid di kelas Syafik, iaitu Aflin dan Zairi telah bertengkar di dalam kelas sejurus selepas waktu rehat. Syafik bertindak meleraikan pertengkaran itu.

Jawapan murid:Syafiq telah meleraikan pertengkaran antara rakan-rakannya dan menenangkan mereka supaya tidak berkelahi lagi.

Jawapan betul:Sebagai ketua, kita hendaklah bijaksana dengan bertindak bijak ketika menghadapi situasi tegang.

Page 39: Tips BM UPSR Kertas 2

KESILAPAN LAZIMBahagian C - Memahami dan Mengulas Petikan

• Murid tidak menghuraikan isi yang ditulis.

Contoh petikan: Aflin dan Zairi akur akan nasihat Syafik. Mereka bersalam-salaman. Rakan-rakan yang lain bertepuk tangan. Aflin dan Zairi juga meminta maaf kepada Syafik atas kelakuan mereka. Mereka berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan mereka.

Jawapan murid:Kita mestilah memohon maaf dan menginsafi kesalahan. 

Jawapan betul:Kita hendaklah mendengar nasihat yang baik, selain bermaaf-maafan sekiranya melakukan kesilapan.

Page 40: Tips BM UPSR Kertas 2

Membina Ulasan - Jenis Cerita• Baca petikan dengan teliti untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang cerita tersebut.

• Baca kali kedua dengan menggariskan mana-mana perkataan, frasa, atau ayat yang mengandungi nilai atau pengajaran.

• Nilai murni dapat dikenal pasti melalui watak, perlakuan, atau perbuatan dalam petikan cerita tersebut.

• Setelah mengenal pasti beberapa nilai atau pengajaran dalam petikan cerita itu, bina rangka atu drafnya.

• Jawapan boleh ditulis secara berwatak atau berbentuk rencana atau penerangan.

Contoh: Selepas berjoging, Salwa ke bilik air untuk mandi. Salwa menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran di badan.

•Amalan baik yang dipaparkan dalam petikan ini ialah menjaga kebersihan tubuh badan. 

KESILAPAN LAZIM

• Perbendaharaan kata murid terhad dan berulang-ulang. 

Contoh:Kita mesti mendengar nasihat. Kita mesti meminta maaf kepada rakan. Kita mesti menyedari kesilapan.

* Secara keseluruhan, markah penuh tidak akan diberikan.

Page 41: Tips BM UPSR Kertas 2

PENULISAN - BAHAGIAN CMembina Ulasan - Jenis Gambaran/ Keperihalan

• Baca dengan teliti dan fahami kandungan petikan.• Gariskan dan senaraikan nilai-nilai, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang terdapat dalam pertikan jenis ini.• Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.• Gunakan kata ganti nama diri "kita" semasa menulis rumusan. Ulasan berwatak tidak digalakkan.

Contoh:Kerajaan telah melancarkan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa ombak tsunami. Kepada mereka yang berhajat untuk menyumbangkan pakaian, barang makanan, dan wang bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangankepada Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

Nilai yang dipaparkan dalam petikan ini ialah sikap tolong-menolong dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang ditimpa kesusahan.

Page 42: Tips BM UPSR Kertas 2

KESALAHAN LAZIM - Membina ulasan 

• Murid tidak membaca soalan dengan teliti. Misalnya, soalan meminta murid mengulas nilai murni yang terdapat dalam petikan tetapi murid mengulas pengajaran. Contoh: Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Azlina ialah murid contoh sekolahnya. Dia bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malahan sering menonjolkan sifat kepimpinan yang baik serta berdidiplin. Semua rakannya kagum akan sikap yang ditunjukkan oleh Azlina.

Jawapan murid: Pengajarannya, kita hendaklah mempunyai tingkah laku yang baik dan ketekunan dalam mencapai kejayaan. Kita hendaklah berdisipiln supaya memperoleh kejayaan yang cemerlang seperti yang ditunjukkan oleh Azlina.

Jawapan betul:Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah tingkah laku yang baik dan ketekunan dalam mencapai kejayaan. Murid yang berdisiplin dalam menuntut ilmu dapat menghasilkan kejayaan yang cemerlang seperti yang ditunjukkan oleh Azlina.

Page 43: Tips BM UPSR Kertas 2

Membina Ulasan - Jenis Puisi• Petikan puisi merangkumi pantun, sajak, dan syair.

• Baca petikan dengan teliti dan fahami maksud kandungan puisi, baris demi baris

•.Gariskan kata-kata yang mengandungi unsur-unsur nilai murni dan amalan baik.

• Dalam petikan pantun, biasanya pembayang tidak mempunyai unsur-unsur nilai, manakala sajak dan syair perlu diteliti kerana baris-baris ayatnya terkandung maksud yang kadangkala mempunyai nilai-nilai murni.

• Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.

• Ulasan hendaklah ditulis dalam bentuk rencana. Kata ganti nama “kita” digunakan dalam ulasan calon.

Contoh:Guruku,jasa kalian tidak kulupakan,kerana aku sedar,tanpamu aku mungkin tidak berdiri di sini.

Amalan baik yang digambarkan dalam petikan ini ialah menghargai jasa guru yang mendidik kita sehingga berjaya. 

Page 44: Tips BM UPSR Kertas 2

Membina Ulasan - Jenis PuisiKESALAHAN UMUM

• Murid tidak menukarkan cerita berunsur negatif kepada kepada unsur positif.

Contoh:Pada masa lapang, Nizam sering menghabiskan wang dengan bermain permainan komputer.

Jawapan murid: Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan bermain permainan komputer.

Jawapan betul:Jangan membazir masa dan wang dengan bermain permainan komputer yang tidak mendatangkan faedah.

Page 45: Tips BM UPSR Kertas 2

Membina Ulasan - Jenis Catatan

• Petikan jenis ini hampir sama dengan petikan jenis cerita.• Baca dengan teliti untuk mendapatkan gambaran keseluruhan petikan. Gariskan nilai-nilai murni, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang diperoleh daripada petikan.• Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.•Ulasan boleh ditulis sama ada berbentuk rencana atau berwatak. Untuk menghuraikan nilai dengan lebih tepat, contoh-contoh yang bersesuaian yang terdapat dalam petikan boleh digunakan.

Contoh:Sebelum pulang, aku dan rakan-rakanku bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Kami memasukkan sampah sarap ke dalam plastik hitam. Sampah sarap itu kami bawa pulang.

Nilai yang dipaparkan dalam petikan ialah sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tempat awam..

Page 46: Tips BM UPSR Kertas 2

KESILAPAN UMUMMembina Ulasan

• Murid menambah nilai yang tidak terdapat dalam petikan.

Contoh petikan:Golongan cerdik pandai di dunia ini merupakan insan yang rajin membaca. Guru-guru dan ibu bapa sering menekankan kepentingan membaca dalam kalangan murid berbanding dengan menonton televisyen. Hal ini demikian kerana membaca lebih banyak memberikan manfaat.

Jawapan murid: Nilai yang saya peroleh daripada petikan adalah bertanggungjawab dengan rajin membaca. Cinta akan ilmu pengetahuan secara tidak langsung banyak memberikan manfaat kepada kita.* Nilai bertanggungjawab tidak terdapat dalam petikan.

Jawapan betul: Nilai yang saya peroleh daripada petikan adalah rajin membaca. Cinta akan ilmu pengetahuan secara tidak langsung banyak memberikan manfaat kepada kita.

Page 47: Tips BM UPSR Kertas 2
Page 48: Tips BM UPSR Kertas 2

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Borhan bangun lewat lagi hari ini. Dia tergesa-gesa mandi dan tidak sempat menggosok gigi. Dia juga tidak sempat bersarapan. Setelah memakai pakaian seragam sekolahnya, dia bergegas ke sekolah dengan menunggang basikal. Borhan mengayuh basikalnya dengan laju kerana dia sudah terlewat. Tambahan pula, hari ini akan diadakan ujian Matematik. Ketika menunggang basikalnya, Borhan teringat kembali akan punca dia bangun lewat. Semalam dia menonton televisyen sehingga larut malam. Walaupun ibunya berulang kali mengingatkannya supaya tidur awal, namun Borhan tidak mengendahkan nasihat ibunya. Setelah mengayuh basikal selama lima minit, Borhan tiba di sekolah. Semua murid sudah masuk ke kelas masing-masing. Ketika berjalan menuju ke kelas, Borhan ditahan oleh guru besar yang kebetulan lalu. Dia disoal oleh guru besar dan kemudian dibawa ke bilik guru disiplin untuk direkodkan kesalahannya. Peristiwa pagi itu menjadi pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi kesilapannya lagi.

Contoh Jawapan

Antara pengajarannya, kita hendaklah bijak menguruskan masa untuk mengelakkan masalah seperti bangun lambat. Kesihatan diri perlu dijaga dengan tidur awal supaya mendapat rehat yang secukupnya. Kita juga mesti mendengar nasihat ibu bapa. Keselamatan diri semasa di jalan raya harus diutamakan, contohnya, tidak menunggang basikal dengan laju. Akhir sekali, kita hendaklah insaf dan mengakui kesalahan serta tidak mengulangi kesalahan kita.

Page 49: Tips BM UPSR Kertas 2

Tulis lima nilai dan pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ayah dan ibu bersembahyang tarawih di surau. Ayah menyuruh aku ikut sama, tetapi aku berdalih dengan menyatakan bahawa perutku sakit selepas berbuka tadi. Setelah ayah dan ibu ke surau, aku segera turun ke halaman untuk menemui kawan-kawanku, Husin dan Manaf. Kami bermain bunga api dan mercun dengan gembira. Malang tidak berbau. Ketika aku mencucuh sumbu mercun pada api pelita, mercun itu tiba-tiba meletup dan mengenai tanganku. Aku menjerit kesakitan. Husin dan Manaf berlari pulang kerana takut melihat keadaanku. Mak Cik Esah, jiran di sebelah rumah segera mendapatkan aku. Dia dan anak lelakinya telah membawa aku ke klinik yang berhampiran. Aku menyesal kerana bermain mercun dan berbohong kepada ayah dan ibu.

Cadangan Jawapan:

Antara pengajarannya ialah kita tidak boleh berbohong kepada ibu bapa. Kita juga tidak seharusnya melanggar peraturan dengan bermain mercun. Kita hendaklah mengutamakan keselamatan dalam apa-apa jua yang kita lakukan. Meninggalkan tempat kejadian apabila berlaku perkara yang tidak diingini merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab. Akhir sekali, kita hendaklah tolong menolong selain insaf akan kesalahan kita.

Page 50: Tips BM UPSR Kertas 2

Tulis lima nilai atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada puisi di bawah.Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sungaiku,dahulu airmu mengalir jernih berkilauan,

tumbuhan merimbun memayungimu,Sang Ikan melompat riang,

Si Burung berkicau keseronokan,Si Katak dan Si Kura, engkau jadikan teman.

Kini,tiada lagi mereka hendak menemanimu,

mereka lari jauh darimu,yang tinggal si pohon yang sudah kecundang,

di perutmu kini penuh racun berbisa,sampah sarap, minyak, racun, sisa toksik, dan bangkai binatang,

memenuhi dasar setiap ruang.Mungkin, gembira itu tidak akan kembali lagi,

jika manusia rakus mengejar kepentingan sendiri,belum sedar dan insaf untuk memeliharamu,

tetapi belum terlambat,mudah-mudahan kegembiraan dahulu akan kembali.

Contoh jawapan:

Kita hendaklah menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan. Kita hendaklah memelihara sumber alam ini, contohnya sungai, agar sentiasa bersih. Kita bertanggungjawab mengekalkan sumber alam, selain perlu mempunyai kesedaran untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan sungai agar terus terpelihara. Kita tidak boleh mementingkan diri, seterusnya mengabaikan tanggungjawab kita menjaga alam sekitar.