bm tahun 6 kertas 1

19
Soalan 1 hingga Soalan 17 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. 1. ________ akan mencemar duli sebagai tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan _________ nanti, kata Puteri Najihah Batrisya kepada wartawan. A Baginda aku B Baginda saya C Tuanku hamba D Tuanku patik 2. ________ betul teh ubat ini, kata May Fong kepada emaknya. A Payau B Masin C Kelat D Tawar 3. Soalan 3 berdasarkan gambar 1. Gambar 1 3. Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya. A tergamam B tersentak 1

Upload: verbatimpcs

Post on 10-Nov-2015

250 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bm kertas 1, tahun 6 upsr

TRANSCRIPT

Soalan 1 hingga Soalan 17Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ________ akan mencemar duli sebagai tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan _________ nanti, kata Puteri Najihah Batrisya kepada wartawan.ABagindaakuBBagindasayaCTuankuhambaDTuankupatik

2. ________ betul teh ubat ini, kata May Fong kepada emaknya.APayauBMasinCKelatDTawar

3. Soalan 3 berdasarkan gambar 1.

Gambar 13. Nyambek ___________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

A tergamam

B tersentak

C terdiam

D terpukauSoalan 4 berdasarkan gambar 2.

Gambar 24. Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?

A ringan tulang

B berat mulut C habis akal D rambang mata

5. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu ____________oleh sorakan penonton.

A mundar-mandir

B hiruk-pikuk

C lintang-pukang D simpang-siur

Soalan 6Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.

6. Kecantikan Mahsuri yang itu menjadi bualan penduduk Langkawi.

A bagai pinang dibelah dua

B bagai bulan dipagari bintang

C bagai cincin dengan permata

D bagai bertih digoreng

7. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan laporan kegiatan itu ____________ lewat petang.

A hingga

B bahawa

C jika

D sejak

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 3

8. Gadis itu menyelitkan bunga mawar pada sanggulnya. A sejambak B seikat C seuntai D sekuntum

Soalan 9 berdasarkan gambar 4

Gambar 49. Wah, enak __________ kek coklat yang kamu buat ini! kata Suraya kepada Anis.ApalingBsungguhCnianDsangat

Soalan 10 berdasarkan gambar 5

Gambar 5

10. ________beratur mengikut kelas masing-masing, kata Cikgu Mustazza kepada murid-murid Tahun Enam itu.ASilaBHarap CUsahDJemput

Soalan 11 berdasarkan gambar 6

Gambar 611. Di ________ rumah nenek terdapat pokok rambutan dan pokok durian.AbelakangBbawahCluarDatas

12. Kalau tak silap saya, dia sampai ke sini ________ jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi tadi, kata Azmir kepada Baharum.AdaripadaBsepertiCantaraDpada

13. Hampir ________ daripada pembinaan bangunan dua puluh tingkat itu telah siap.AsetiapBseluruhCsepuluhDseparuh

14. Mereka dikehendaki menjawab soalan kuiz Matematik itu ________ masa satu minit saja bagi ____________ soalan yang dikemukakan. A padasebahagian B dalamsetiap C disemua D dalamsesetengah

15. Wahida rajin mengemas rumah. ___________, dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.A Lantaran itu B Namun demikian C Tambahan pulaDSelain ituPilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris.16. Kanak-kanak yang petah berkata-kata itu memenangi hadiah pertama pertandingan bercerita.A fasihB cekapC arifD kencang

17. Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris. Wahid terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana masalah kewangan. A menarik B menyerahkan C menerima D mengambil

Soalan 18 hingga 22Pilih ayat yang betul18. A Oh, panasnya cuaca pada hari ini! B Eh, sakitnya kakiku tersepak batu! C Wah, tergamak engkau mencuri notaku! D Nah, tingginya lelaki dari Scotland itu!

19. A Lambat amat sekali kura-kura itu berjalan. B Tutur kata anak Puan Maimon benar sopan. C Paling cantik nian lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal itu. D Hasil kraf tangan golongan istimewa itu sungguh unik.

20. A Fazli lebih bijak dari abangnya. B Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan. C Setiap bulan, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayah. D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.

21. A Sudah satu setengah jam saya menunggu Kamil di perhentian bas. B Semua orang pekerja tidak dibenarkan meninggalkan bangunan itu. C Nazir menabung separuh daripada gaji bulanannya. D Tiap malam, William mengikuti kelas muzik.

22. Soalan 22 berdasarkan dialog dalam Gambar 7

Gambar 7Liza : ____________________________________________________Mak cik : Rumah mak cik bersebelahan dengan restoran makanan laut.A Di manakah rumah mak cik?B Sejak bilakah mak cik berpindah ke rumah di sebelah restoran makanan laut?C Itukah rumah mak cik?D Bagaimanakah saya dapat ke rumah mak cik?Soalan 23 dan Soalan 24Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.23. Saya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh, kata Haiza kepada Jamil.A Jamil menjelaskan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.B Jamil dan Haiza diberitahu bahawa mereka berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.CJamil dimaklumkan bahawa Haiza berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.D Haiza memberitahu Jamil bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.24. Kenaikan tambang bas akan membebankan golongan berpendapatan rendah.A Golongan berpendapatan rendah akan terbeban oleh kenaikan tambang bas.B Bebanan golongan berpendapatan rendah bertambah jika tambang bas dinaikkan.C Kenaikan tambang bas mungkin akan menjejaskan pendapatan golongan berpendapatan rendah.D Tambang bas akan dinaikkan jika tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

Soalan 25 dan Soalan 26Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.25. I Bas itu padat dengan penumpang yang hendak ke tempat kerja.II Bahasa yang digunakan dalam cerpen itu sungguh padat.III Pak Samad padat tanah di dalam pasu bunga itu.IV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai padat penduduk yang paling tinggi di Malaysia.A I dan II sajaB II dan III sajaC I, II, dan III saja.D II, III, dan IV saja

26. ITerdapat batu karang yang cantik-cantik di dasar laut di sekitar pulau ini.IIRakyat Iraq menderita kerana dasar kuku besi yang diamalkan oleh pemerintahnya.IIIDasar kain langsir yang dibelinya itu berwarna hijau muda.IVDasar kasut sukan abang yang lama itu telah haus.

AI dan II sajaBIII dan IV sajaCI, II, dan III sajaDII, III, dan IV saja

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.27. Di manakah kamu meletakkan buku latihan Matematik saya tadi?ABukan saya yang mengambil buku latihan Matematik kamu.BSaya nampak Halim yang mengambil buku latihan Matematik kamu tadi.CSudah saya letakkan latihan Matematik di atas dalam meja kamu.DSaya akan meletakkan buku latihan Matematik itu di atas meja kamu.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.28. Mungkin budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini.AAdakah budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini?BMengapakah budak-budak nakal merosakkan telefon awam ini?CSiapakah agaknya yang merosakkan telefon awam ini?DApakah yang dirosakkan oleh budak-budak nakal itu?

Soalan 29 dan Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.29. IKamu yang mesti meminta maaf pada Hezry.IISampah sarap itu dibakar oleh mereka.IIIKamala sedang menggulung kertas pembalut hadiah itu.IVSurinder tidak boleh berjalan oleh kerana kakinya lumpuh.AI dan IVsajaBII dan III sajaCI, II, dan III sajaDII, III, dan IV saja

30. I Semua pelajar diminta berkumpul di tempat letak kereta.II Beg sekolah itu dihempaskannya ke lantai.III Beliau akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Bahaya Merokok.IV Pemilihan Jasni sebagai ketua murid adalah berdasarkan sifat kepemimpinannya.A I, II, dan III sajaB I, III, dan IV sajaC II, III, dan IV sajaD I, II, III, dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

4824, Kg. Lumadan,P/S 394, 91000,Beaufort, Sabah.

12 April 2007.

Menemui sahabatku saudara Syafiq yang berada di Melaka. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saudara, Surat saudara yang bertarikh 4 April 2007 yang lalu berserta sehelai kemeja-T telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan. Calitan warna pada lukisan Kota A Famosa itu tampak seolah-olah asli. Kawan-kawan saya terpegun menatap keindahan lukisan tersebut ketika saya memakainya.Kali ini saya akan bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah yang lepas. Saya telah mengikut kedua-dua ibu bapa saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada mulanya, saya berasa gerun untuk mendaki gunung itu, tetapi ibu bapa saya memberi kata-kata semangat kepada saya.Kami mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, kami terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Untuk pengetahuan saudara, kami terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan. Kami hanya sampai ke hotel pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk.Keesokan harinya, pada pukul 2.00 pagi, selepas mengambil sedikit makanan, kami memulakan pendakian. Kami terpaksa menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta curam dengan bantuan tali. Saya berasa sungguh penat. Tekanan udara pula rendah. Kami dinasihatkan supaya bernafas menggunakan hidung agar dapat mengurangkan keletihan. Saya kembali bersemangat apabila mula ternampak akan bayangan puncak Gunung Kinabalu. Kami sampai ke puncak kira-kira pukul 4.30 pagi. Kami perlu menunggu seketika untuk menikmati pemandangan yang sukar saya lupakan, iaitu melihat matahari terbit.Sampai di sini dulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara kali ini. Pada surat yang akan datang, saya akan ceritakan pula tentang pengalaman saya menuruni puncak Gunung Kinabalu. Sehingga kita berjumpa lagi. Sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara sekeluarga.Sahabatmu,Rosmadi Raffendy

31Rosmadi mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana....Amenghantar surat kepadanya.Bmembawanya melawat negeri Melaka.Cmenghadiahkannya sehelai kemeja-T.Dmenceritakan keindahan Kota AFamosa.

32Apakah yang dimaksudkan dengan kata terpegun dalam petikan?AbanggaBhairanCpelikDkagum

33Yang manakah antara yang berikut bukan isi kandungan surat Rosmadi?Alukisan Kota A Famosa pada kemeja-T amat menarik.Bkegiatan yang dilakukannya pada cuti sekolah yang lalu.Cpengalaman menuruni puncak Gunung Kinabalu.Dkeindahan matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu.

34Yang berikut ialah pengalaman Rosmadi ketika mendaki Gunung Kinabalu, kecualiAkeadaan cuacanya buruk dan sejuk.Bterdapat bahagian gunung yang licin serta curam.Ctekanan udara di puncak Gunung Kinabalu tinggi.Ddia terpaksa bernafas dengan menggunakan hidung.

35Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.ARosmadi mengikut ibu bapanya mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.BRosmadi terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan.CRosmadi sampai ke hotel penginapan pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk.DRosmadi memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada pukul 2.00 petang.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2002.Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain.Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun.Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.

36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksudA keunikan. B kebesaran.C kelebihan. D keindahan.

37. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid Antarabangsa Serendah, kecuali

A pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.D orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

38. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka masa empat tahun itu?A 500 orangB 25 000 orangC 50 000 orangD 100 000 orang

39. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Taman Orkid Antarabangsa mendapat perhatianorang ramai?A banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman ituB pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenanganC bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk setempatD pengunjung sering menaiki menara tinjau

40. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?A untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baruB untuk memperindah Bandar Raya Kuala LumpurC untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kitaD untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid

16