rumusan jurnal

20
RUMUSAN JURNAL / KAJIAN ILMIAH TAJUK JURNAL : Power Output Of Field-Based Downhill Mountain Biking PENGENALAN Berbasikal gunung telah menjadi semakin popular sebagai aktiviti sukan dan masa lapang sejak beberapa dekad yang lalu (Baron !""#$% &ukan ini merangkumi beberapa disiplin dan yang paling popular adalah merentas desa dan menuruni bukit% Merentasi desa berbasikal telah diterima sebagai a'ara dalam &ukan Olimpik # ) di mana ia memberikan faedah yang baik kepada atlet di samping status berpro*l tinggi sukan tersebut% Berbasikal menuruni gunung pula melibatkan peserta berlumba dan bersaing melalui 'atatan masa yang dibuat oleh mereka% +alaupun sukan ini popular terdapat maklumat yang terhad mengenai sukan berbasikal yang energetik ini (,tkinsonDavison eukendrup . Pass*eld !""/$% Dalam kajian 0urst dan ,tkins (!""!$ dilaporkan bahawa kadar jantung yang konsisten adalah melebihi #1) denyutan jantung per minit% +alaupun begitu laporan tersebut adalah tidak selanjar dengan sifat semulajadi sukan berbasikal menuruni gunung ini (0urst dan ,tkins !""!$% Min kadar jantung yang dilaporkan oleh 0urst dan ,tkins (!""!$ adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh 2mpelli33eri &assi 4odrigue3-,lonso Mognoni dan Mar'ora (!""!$ dan &tapelfeldt &'hwirt3 &'huma'her dan 0illebre'ht (!""5$ telah melaporkan bahawa kadar jantung min semasa berbasikal gunung merentas desa #1# 6 ) denyutan per minit ( "7 daripada kadar jantung maksimum di lapangan$ dan #11 6 1 denyutan per minit ( #7 daripada maksimum kadar jantung di makmal$% +alau bagaimanapun nilai ini adalah selaras dengan apa yang telah dilaporkan oleh Padilla Mujika Orbananos dan ,ngulo (!"""$ di mana ujian masa prolog per'ubaan bagi pelumba berbasikal profesional adalah #11 6 8 denyutan per minit adalah bersamaan dengan 9 6 /7 daripada kadar jantung maksimum% :aedah yang biasa digunakan untuk menentukan intensiti latihan adalah dengan mengukur kadar nadi (;erbi3an Dole3al . ,lbano !""!$% 0urst dan #

Upload: adilah-mohammad-mazli

Post on 07-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kritik jurnal

TRANSCRIPT

RUMUSAN JURNAL / KAJIAN ILMIAH

TAJUK JURNAL :Power Output Of Field-Based Downhill Mountain Biking

PENGENALANBerbasikal gunung telah menjadi semakin popular sebagai aktiviti sukan dan masa lapang sejak beberapa dekad yang lalu (Baron, 2001). Sukan ini merangkumi beberapa disiplin dan yang paling popular adalah merentas desa dan menuruni bukit. Merentasi desa berbasikal telah diterima sebagai acara dalam Sukan Olimpik 1996 di mana ia memberikan faedah yang baik kepada atlet di samping status berprofil tinggi sukan tersebut. Berbasikal menuruni gunung pula melibatkan peserta berlumba dan bersaing melalui catatan masa yang dibuat oleh mereka. Walaupun sukan ini popular, terdapat maklumat yang terhad mengenai sukan berbasikal yang energetik ini (Atkinson,Davison, Jeukendrup, & Passfield, 2003). Dalam kajian Hurst dan Atkins (2002), dilaporkan bahawa kadar jantung yang konsisten adalah melebihi 176 denyutan jantung per minit. Walaupun begitu, laporan tersebut adalah tidak selanjar dengan sifat semulajadi sukan berbasikal menuruni gunung ini (Hurst dan Atkins, 2002).

Min kadar jantung yang dilaporkan oleh Hurst dan Atkins (2002) adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh Impellizzeri, Sassi, Rodriguez-Alonso, Mognoni dan Marcora (2002) dan Stapelfeldt, Schwirtz, Schumacher dan Hillebrecht (2004), telah melaporkan bahawa kadar jantung min semasa berbasikal gunung merentas desa 171 6 denyutan per minit (90% daripada kadar jantung maksimum di lapangan) dan 177 7 denyutan per minit (91% daripada maksimum kadar jantung di makmal). Walau bagaimanapun, nilai ini adalah selaras dengan apa yang telah dilaporkan oleh Padilla, Mujika, Orbananos dan Angulo (2000) di mana ujian masa prolog percubaan bagi pelumba berbasikal profesional adalah 177 5 denyutan per minit adalah bersamaan dengan 89 3% daripada kadar jantung maksimum.

Kaedah yang biasa digunakan untuk menentukan intensiti latihan adalah dengan mengukur kadar nadi (Terbizan, Dolezal, & Albano, 2002). Hurst dan Atkins (2002) telah menekankan satu paradoks untuk menilai prestasi atlet berbasikal.

METODOLOGI KAJIANPeserta17 orang peserta lelaki (berumur 27.1 5.1 tahun; ketinggian 1.79 0.01 meter; jisim badan 77.6 6.9 kg) dengan syarat diberikan kebenaran bertulis untuk menyertai kajian ini. Semua peserta kajian adalah mestilah mereka yang aktif di dalam pertandingan di peringkat kebangsaan. Peserta-peserta ini dilatih menggunakan teknik dan kaedah yang betul dalam berbasikal merentas desa dan menuruni bukit pada skala 3:1. Sebelum ujian ini, para peserta diminta tidak menjalani sebarang latihan selama 24 jam dan mestilah makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum latihan dimulakan.

Prosedur Kajiani. Peserta memakai jaket pelindung yang terdiri daripada torso, spine dan full length arm padding berserta kidney belt dan padded trousers. Di samping itu, shin pad juga dipakai. Kesemua penunggang diminta untuk memakai topi keledar yang menutup muka mereka sepenuhnya dan bersarung tangan.ii. Daripada 17 peserta tersebut, 14 daripada mereka dipilih untuk menggunakan pedal clip-in di mana ia adalah sama dengan apa yang digunakan oleh penunggang basikal di jalan raya. Hanya 3 pelumba sahaja yang menggunakan pedal BMX gaya rata.iii. SRM (Schoberer Rad Messetechnik) digunakan untuk mengukur kuasa output secara langsung di engkol lengan. Tolok ketepatan terikan dilekatkan pada bahagian dalam sebuah cakera yang terletak di dalam bolt dalam bulatan lengan engkol (crank arm). Apabila daya dikenakan kepada engkol tersebut, tolok ketepatan terikan akan menukarkan ini menjadi satu nilai bagi kuasa.iv. Engkol kuasa SRM diletakkan bagi menjalankan ujian berbasikal menggunakan peranti penyimpanan rantaian menuruni bukit. Rantaian slip adalah penting sebagai langkah keselamatan bagi penunggang basikal yang menuruni bukit. v. Output kuasa direkodkan bagi mendapatkan nilai kuasa purata dan nilai kuasa tertinggi semasa ujian dijalankan. Sebagai tambahan kepada pengukuran kuasa, SRM juga akan mengukur rentak dan kelajuan. Kedua-duanya akan dinyatakan sebagai purata dan nilai tertinggi yang diukur.vi. Kadar nadi direkodkan menggunakan sistem Short-Range Telemetry (S710, Polar, Kempele, Finland). Chest Strap dipasang berdekatan dengan sendi xiphosternal. Monitor kadar nadi telah ditetapkan kepada untuk mengukur pensampelan dengan jarak waktu selang 5-s. Umur-meramalkan kadar nadi telah ditentukan dengan menggunakan persamaan Tanaka,Monahan dan Kuncian (2001).vii. Para peserta menjalankan 2 jenis aktiviti memanaskan badan iaitu fleksibiliti dinamik dan aktiviti kumpulan otot yang besar di mana semua ini bertujuan untuk meningkatkan kadar nadi. Di samping itu juga, pelumba melaksanakan ujian pra di mana mereka diminta untuk mengenali laluan yang akan mereka lalui. Peserta kemudiannya akan melakukan dua aktiviti larian di mana setiap larian akan dipisahkan dengan 2 jam masa untuk berehat. Setiap cacatan masa terpantas peserta akan diambil untuk dianalisis.viii. Sistem SRM telah disetkan untuk merakam masa 5 saat sebelum ujian dimulakan. Selepas arahan 3, 2, 1, GO para peserta akan meninggalkan garisan permulaan. Pada akhir ujian, rakaman dihentikan dalam masa 20 saat.

PengukuranMin dan sisihan piawai dikira untuk mendapatkan purata bagi kuasa output tertinggi, rentak, kelajuan dan kadar nadi. Masa untuk kuasa tertinggi juga direkodkan. Julat bagi nilai yang diukur juga telah dikenal pasti. Data deskriptif ini telah dijana dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0. Hubungan di antara pemboleh ubah telah dikenal pasti menggunakan Pearson product-moment correlation coefficient. Nilai signifikan bagi statistik adalah P < 0.05. Kesemua peserta mencatatkan nilai sifar bagi kedua-dua ujian kuasa dan rentak semasa fasa tanpa kayuhan.

KEPUTUSANMin dan sisihan piawai telah pun dikira. Secara keseluruhannya, peserta menghabiskan 84 22 saat untuk fasa tidak mengayuh (coasting) di mana julat nya ialah 58 139 saat. Ini menunjukkan 55% daripada masa min telah digunakan.Min bagi output kuasa untuk ujian ini adalah 75 26 W di mana julat nya adalah (40 - 136 W) menyamakan kepada 9% yang telah direkodkan bagi nilai tertinggi apabila nilai sifar dimasukkan ke dalam analisis. Apabila nilai sifar dikeluarkan daripada analisis data, output kuasa bagi ujian ini telah meningkat kepada 185 41 W (julat 127 270 W). Nilai ini menyamai nilai tertinggi yang telah direkodkan iaitu 22%.

Ramalan kadar nadi maksimum bagi umur adalah 189 5 bit per minit. Minimum kadar nadi semasa ujian adalah disamakan dengan 89% daripada ramalan kadar nadi maksimum bagi umur. Ini bermakna kadar nadi telah direkodkan selang masa selama 5 saat semasa ujian tersebut.

Min bagi rentak, dikira dengan memasukkan nilai sifar, adalah 27 5 rev per minit (julat 18 - 35 rev per minit). Min tertinggi bagi rentak dalah 128 20 rev per minit (julat 99 - 163 rev per minit) telah dicapai selepas 7 1.3 saat (julat 5 10 saat). Secara keseluruhannya, apabila semua nilai sifar adalah dibuang daripada analisis data, rentak adalah meningkat kepada 60 6 rev per minit.Satu-satunya hubungan yang signifikan yang telah dikenalpasti adalah di antara purata rentak dan kelajuan (r = 0.51; P