rumah tangga jambatan ke jannah np

123
  

Upload: roziah

Post on 06-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

novel

TRANSCRIPT

  • susunan

    Shuib b. Sulaiman (Soid b. Sulaiman)

  • Rumahtangga

    Jambatan Ke Jannah

    Susunan

    Shuib b. Sulaiman (Soid b. Sulaiman)

    Shuib Sulaiman

    Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh

    dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan

    sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pihak

    Penyusun.

    Kali pertama diterbitkan Disember 2008

    ISBN 983 XXXX XX - X

    Teks diset dalam

    Tahoma 11.5 poin

    Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan peringkat masyarakat. Beberapa judul

    lagi bakal menyusul dalam tempoh terdekat. Setiap sumbangan anda merupakan

    sumbangan bagi menampung kos rawatan serta perubatan saya. Moga-moga

    Tuan/Puan mendapat manfaat besar dari buku kecil ini.

    Soid Bin Sulaiman

    No akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) : 0211 8298 3884 3563

  • Prakata

    alam buku panduan kecil ini saya tidak memperkatakan tentang syarat rukun

    rumahtangga, sah batal rumahtangga, meminang, perkahwinan, mas kahwin. Juga tidak dimasukkan persoalan tentang nusyuz, talak, zihar, rujuk, nafkah,

    giliran bagi yang berpoligami. Perbincangan, perbicaraan dan pendedahan seumpama itu sudah banyak dan sering diperkatakan. Tambahan pula kursus dan pengajian

    tentang perkahwinan dan rumahtangga juga sudah amat banyak. Buku-buku dalam topik yang sama juga turut membanjiri pasaran.

    Modul kecil ini lebih menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga. Lebih memberi

    penekanan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina keluarga. Dan turut juga memberi kefahaman tentang

    falsafah dan tujuan rumahtangga. Memahamkan betapa pentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara, bahkah umat seluruhnya. Sekaligus

    membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh. Kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan

    masyarakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat Islam, sama ada secara sedar atau tidak, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

    Penyusun

    Shuib b. Sulaiman

    D

  • Mengapa Buku ini Perlu Dibaca

    Antara sebabnya adalah seperti berikut:

    Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan persoalan apa pun faktor manusialah yang paling utama. Manusia adalah asset, manusia adalah pembuat dasar, manusia adalah

    penentu, manusia adalah pelaksana, manusia adalah pentadbir, manusia adalah pengurus dan lain-lain.

    Sesuatu sistem dan pelaksanaan sangat bergantung kepada faktor manusia. Baik buruknya, maju mundur, positif negatif, kuat lemah, sempurna kurang sesuatu sistem dan pelaksanaan dalam mana-mana institutsi, manusialah yang menjadi faktor utama.

    Apabila disebut manusia, di mana harus bemula? Tuhan yang mencipta alam semesta termasuk manusia, maka Tuhanlah yang memberi jawapan kepada persoalan di mana

    harus bermula. Tuhan telah memberitahu dengan firman-Nya:

    Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. (Ar-Rad: 11)

    Manusia terdiri dari empat unsur iaitu roh, nafsu, akal dan jasad. Apa yang Tuhan maksudkan mengubah apa yang ada dalam diri ialah perubahan roh, nafsu dan akal, sementara jasad mengikut sahaja.

    Roh, nafsu dan akal itu merupakan unsur-unsur yang memang sifatnya boleh bahkan sentiasa berubah. Namun yang paling utama sebagai paksi atau pusat perubahan itu adalah roh atau hati. Ini dijelaskan pula oleh Rasulullah SAW dengan Hadisnya:

    Maksudnya: Dalam diri manusia itu ada seketul daging yang kalau baik maka baiklah seluruh diri manusia, kalau rosak maka rosaklah seluruh diri manusia. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati (rumah kepada roh).

    Roh atau hati merupakan raja diri. Nafsu, akal dan jasad diperintah oleh roh atau hati. Sikap, tabiat atau akhlak lahiriah manusia itu terbit dari hati. Hati yang baik, yang berisi dengan iman dan taqwa, atau memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan atau merasai

    takut dan cinta kepada Tuhan akan terzahirlah pada manusia itu sikap, tabiat, tingkah laku, perangai atau akhlak yang terpuji. Atau terzahirlah berbagai-bagai sifat positif. Apa

    sahaja sifat positif yang diidamkankan oleh manusia semuanya terbit dari hati yang takut dan cintakan Tuhan. Buku ini memandu agar:

  • 1. Membawa hati kenal Tuhan, merasai kehambaan dan merasai bertuhan.

    2. Benar-benar mengubah dan mencorak hati, nafsu dan akal. 3. Terbinalah peribadi-peribadi yang memiliki segala sifat-sifat dan sikap-sikap

    positif yang sangat diperlu-kan oleh manusia. 4. Dari sifat-sifat dan sikap positif itu terhasil pula berbagai-bagai faedah, manfaat,

    keuntungan dan kejayaan kepada mana-mana institusi, seperti institusi keluarga. 5. Tuhan datangkan bantuan, pertolongan dan rahmat -Nya kepada mereka yang

    bertaqwa. 6. Mengetahui matlamat hidup yang jelas dan kaedah mencapai matlamat itu.

    7. Terjalin hubungan, atau ikatan hati, kasih sayang, lemah-lembut, bertolak ansur, bersatu-padu, bertolong-bantu sesama manusia, yang mana semua ini sangat

    diperlukan oleh semua manusia.

    Kesimpulannya umat Islam perlu faham dan yakin bahawa andainya Tuhan mahu manusia ini membangunkan tamadun material semata-mata, nescaya cukup Tuhan utus

    ahli fikir dan para intelektual. Tetapi oleh kerana Tuhan mahu manusia ini membangunkan rohaniah, bahkan itu lebih utama maka Tuhan utus para Rasul dan

    pemimpin yang berwatak Rasul. Apabila roh manusia terpimpin barulah semua aspek lain dalam kehidupan manusia menjadi baik dan bermanfaat.

  • Muqaddimah

    Apabila kita melihat dua pihak sedang berperang, masing-masing menggunakan berbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya

    kita sedang melihat mazmumah yang bersarang di hati kedua-dua pihak itu, yang dizahirkan melalui senjata.

    Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan, kita sebenarnya sedang membaca berita mengenai manusia yang hatinya sudah dikuasai oleh nafsu dan syaitan.

    Apabila kita melihat atau mengetahui mengenai manusia yang rakus dan tamak haloba

    hingga sanggup merompak, mencuri, menyamun, menipu, rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa, kita sebenarnya menyaksikan manusia yang hatinya rakus dan tamak

    haloba, dikuasai nafsu dan sentiasa terdorong untuk membuat maksiat dan kemungkaran.

    Apabila kita mendengar dua orang atau dua pihak yang sedang berkrisis, bermusuhan,

    bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci maki, kata nista, sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita sebenarnya sedang

    melihat kedua-dua orang atau pihak itu saling memuntahkan mazmumah dari hati masing-masing melalui lidahnya. Bolehlah dikiaskan kepada apa jua bentuk gejala

    negatif, sikap buruk dan perbuatan keji dan mungkar lain yang semuanya berpunca dari hati.

    Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai kebaikan, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan kemajuan dan kemakmuran, idamkan kesejahteraan dan

    keharmonian, semuanya datang dari hati yang subur sifat -sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji dalam hati.

    Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut

    kepada Tuhan, manusia menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari kebaikan manusia itu kembali kepada manusia sendiri.

    Kehidupan manusia menjadi aman damai, tenteram dan harmoni.

    Tuhan perintahkan manusia supaya cinta kepada-Nya. Kerana apabila manusia

    mencintai Tuhan, manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Apabila manusia berkasih sayang, bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari manusia yang

    berkasih sayang itu kembali kepada manusia sendiri. Manusia akan bersatu-padu, bertolong-bantu, bela-membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama

    lain.

    Dunia hari ini bingung dalam menghadapi berbagai masalah dan krisis kemanusiaan. Golongan yang bermasalah tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak

    tahu di mana tempat mengadu. Pihak yang berusaha mengatasi dan menyelesaikan masalah juga bingung kerana setelah dicuba ternyata gagal. Masalah bukan saja t idak

    berkurangan bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih menghairankan berbagai gejala baru pula timbul.

  • Bukan sedikit tenaga, masa, biaya dan idea yang dicurahkan. Berbagai kajian turut

    dibuat, berbagai cara juga sudah silih berganti dilaksanakan, namun tidak menampakkan hasil yang diharapkan.

    Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran mengapa Rasulullah SAW mengambil masa

    13 tahun memperjuangkan Tuhan yang satu berbanding hanya 10 tahun memperjuangkan syariat yang beribu. Sebabnya ialah agar manusia kenal Tuhan,

    mengagungkan Tuhan, membesarkan dan mengutamakan Tuhan. Merasai takut dan cinta kepada Tuhan. Agar menjadikan Tuhan segala-galanya dan sekaligus sebagai

    matlamat. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadi beriman dan bertaqwa yang natijahnya Tuhan tolong, Tuhan bantu untuk kecemerlangan,

    kemenangan dan kejayaan dalam apa jua aspek. Inilah ubat dan jawapan kepada segala persoalan manusia. Bahkan inilah faktor yang membawa kepada kegemilangan

    umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam sejarah.

    Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Tuhan ini kembali kepada mengenal Tuhan, memahami kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

    Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat diatas i secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, bahagia,

    selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di akhirat yang kekal abadi.

  • Bahagia dengan Tuhan

    Banyak teori, formula, pendapat dan saranan yang dikemukakan oleh berbagai pihak yang bertujuan untuk membina rumahtangga bahagia. Apakah saranan-saranan yang

    begitu banyak benar-benar berjaya dan memberi kesan kepada mencapai tujuan membina rumahtangga bahagia? Untuk menjawab persoalan ini, ianya harus melihat

    kepada realiti yang berlaku kepada rumahtangga dewasa ini. Apabila realiti menjadi ukuran, sepintas lalu didapati kesan atau hasilnya amat sedikit. Sebab itu tidak hairan

    krisis rumahtangga masih berleluasa. Kes-kes perceraian masih tinggi. Anak-anak liar masih membimbangkan. Sekurang-kurangnya harus juga diakui iaitu keresahan dalam

    rumahtangga sering sahaja melanda dan sukar diatasi. Keadaan begini tidak mengenal peringkat usia dan juga berlaku di semua peringkat serta golongan masyarakat. Di mana

    silapnya?

    Salah satu sifat wajib bagi Rasulullah SAW ialah sifat Fathanah. Menurut bahasa biasa,

    Fathanah diertikan sebagai cerdik atau pintar atau bijak. Sebenarnya tiada satu perkataan yang boleh diseertikan dengan Fathanah. Fathanah itu adalah anugerah

    Tuhan yang luar biasa kepada Rasulullah SAW. Maka kalau hendak disebut juga sebagai cerdik, maka ianya tidak sama sekali dapat disamakan dengan mana -mana manusia

    super genius sekalipun. Tiada manusia yang dapat mencapai tahap cerdik, pintar, bijak dan super genius yang dimiliki oleh Baginda SAW.

    Terlalu luar biasanya Fathanah Rasulullah SAW itu sehingga andainya berhadapan

    dengan masalah, Baginda SAW mampu mengatasinya dengan keupayaan Fathanah yang Tuhan bekalkan kepada Baginda SAW. Di sinilah umat Islam perlu fahami bahawa

    biarpun begitu Fathanahnya Rasulullah SAW, namun dalam menghadapi masalah, Baginda SAW menggunakan Wahyu Allah SWT. Yakni Rasulullah tidak menggunakan

    akal semata-mata, melainkan menyelesaikan apa jua masalah dengan panduan dari Tuhan iaitu Wahyu. Masalah akan selesai secara tuntas dan tanpa adanya sebarang

    side-effect.

    Rumahtangga atau keluarga adalah sebuah institusi masyarakat yang kecil. Namun

    perlu difahami bahawa masyarakat yang kecil ini memainkan peranan yang amat besar kepada kesejahteraan umat keseluruhannya. Masyarakat dan negara sangat ditentukan

    oleh rumahtangga. Kemusnahan rumahtangga akan turut menjejaskan perestasi masyarakat dan negara. Cuma adakalanya tidak dapat dirasai secara langsung.

    Umpamanya kerosakan rumahtangga boleh melahirkan ramai penagih dadah. Akibatnya kos yang kerajaan tanggung untuk merawat mereka amat besar dan suasana tidak

    tenteram pula berlaku dalam masyarakat.

    Kesimpulannya di sini ialah persoalan rumahtangga adalah satu perkara yang besar. Tidak boleh dipandang remeh. Tidak boleh diabaikan dan tidak boleh ditangani secara

    sambil lewa atau ambil mudah. Pendekatan yang perlu dibuat mestilah atas dasar wahyu dan bukan teori-teori akal atau formula yang dicedok entah dari mana

    sumbernya. Kebanyakan formula rumahtangga itu kadang-kadang bersandarkan kepada pandangan bijak pandai Barat yang tidak pernah terbukti berjaya. Lihat saja kepada

    institusi keluarga di Barat yang sudah punah ranah. Terdapat juga teori atau saranan

  • yang bersifat belum pasti berkesan. Ianya sebagai satu percubaan kalau-kalau berhasil

    positif. Pendekatan ini juga bahaya kerana perlaksanaan terhadap manusia tidak boleh dicuba-cuba. Kalau terhadap haiwan atau tumbuhan, boleh dicuba-cuba kerana kalau

    gagal pun boleh dicuba lagi. Kalau gagal lagi tidak rugi apa-apa, hanya musnah begitu sahaja. Terhadap manusia kalau gagal amat buruk padahnya kerana akan membawa

    kesannya sepanjang hidup di dunia bahkan yang paling dahsyat ialah ke neraka di Akhirat kelak. Kaedah wahyu bukan pendekatan cuba jaya. Ianya pasti berjaya. Sekali

    lagi diulang di sini bahawa inilah kaedah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam memimpin manusia termasuk pembinaan rumahtangga. Ada jaminan kejayaan dunia

    dan Akhirat. Dunia dapat rahmat Tuhan, petunjuk, Syurga yang disegerakan dengan kasih sayang, kebahagiaan, tenang, harmoni, aman damai, manakala Akhirat nanti

    dapat Syurga yang penuh nikmat yang kekal abadi.

    Kebahagiaan rumahtangga sangat ditentukan atau diukur atau dinilai dengan sejauh mana seluruh anggota keluarga itu bahagia dengan Tuhan. Inilah penunjuk aras atau

    pengukur yang pertama, paling asas, paling utama dan paling pokok. Sekiranya anggota keluarga itu masing-masing berbahagia dengan Tuhan maka mereka memiliki sembilan

    puluh peratus kebahagiaan sebenar rumahtangga. Unsur-unsur lain hanya pelengkap sahaja, iaitu sepuluh peratus sahaja lagi untuk sempurna seratus peratus.

    Oleh itu setiap rumahtangga yang hendak dibina mestilah atas dasar semua anggota

    keluarga itu kenal Tuhan, takut dan cintakan Tuhan, mengutamakan Tuhan, memperjuangkan Tuhan, hidup bercita-cita untuk mendapatkan Tuhan, hidup bersama

    Tuhan dan matlamatnya adalah Tuhan. Setiap anggota keluarga mesti faham peranan

    atau kerja Tuhan. Gabungan semua inilah yang menjadikan hidup berumahtangga itu ibarat Syurga yang disegerakan sebelum Syurga yang hakiki di Akhirat kelak. Kalau ini

    menjadi ukuran utama, sekarang mari kita melihat ke dalam diri dan sekaligus melihat kepada keluarga yang sedang kita bina, dan lihat juga kepada mereka yang bakal

    membina rumahtangga. Apakah perkara pokok itu sudah diketahui sebelum ini dan sedang dihayati? Andainya belum, maka sedarlah selama ini kita lebih banyak

    menggunakan akal semata-mata dan munasabahlah rumahtangga kita tidak mendapat kebahagiaan. Sejauh manalah cerdik dan pintarnya otak kita berbanding Rasulullah yang

    Fathanah itu. Namun Rasulullah SAW sangat merujuk kepada wahyu Allah SWT.

    Rasulullah SAW ada bersabda dengan maksud; Seseorang akan membenci terhadap apa-apa yang tidak diketahui mengenainya. Ini samalah dengan rangkai kata yang biasa disebut iaitu tak kenal maka tak cinta. Rangkai kata ini lazimnya disebut apabila dikaitkan dengan sesuatu benda atau perkara yang tidak disukai oleh sesiapa yang tidak

    mengenali sesuatu perkara atau benda. Lantaran itulah mereka tidak menyukainya. Kenal di sini bermaksud mengetahui dan memahami hakikat sesuatu. Misalnya

    mengenal sesuatu jenis makanan itu ialah dengan mengetahui sifat dan rupa bentuk, bahan yang terkandung hinggalah makan atau merasai makanan tersebut.

    Demikianlah sebagai misalan untuk menghampirkan kefahaman dalam konteks untuk

    mengenal Tuhan. Maha suci Tuhan tidak menyerupai makanan. Mesti bermula dengan ada ilmu tentang Tuhan, berkait dengan sifat-sifat Tuhan. Mesti ada ilmu mengenai

    peranan atau perbuatan Tuhan. Ilmu-ilmu itu hendaklah difahami sesuai dengan Tuhan

    yang sebenar yang tidak boleh ada sebarang penyerupaan dengan sesuatu yang lain. Dan tidak boleh dibanding-bandingkan dengan apa atau sesiapa pun. Dan tidak boleh

    Tuhan itu dikhayal-khayalkan. Biar pun terhadap Tuhan juga masih menggunakan istilah

  • yang sama dengan yang digunakan terhadap makhluk, namun hakikat pengertiannya

    tetap tidak sama.

    Hendaklah merasa yakin dengan sepenuh keyakinan terhadap Tuhan. Dari keyakinan itu maka mesti pula dihayati dengan merasai sungguh-sungguh terhadap sifat-sifat dan

    peranan Tuhan itu. Terutama asasnya iaitu rasa takut dan cintakan Tuhan. Apabila semua ini dilakukan, barulah kita dikatakan kenal Tuhan. Kalau sekadar memilik i ilmu

    tentang Tuhan, belumlah dikatakan sebagai kenal Tuhan. Itu baru peringkat tahu sahaja. Mengenal Tuhan mesti dengan rasa. Memiliki berbagai rasa yang selayaknya terhadap

    Tuhan, barulah dinamakan kenal Tuhan. Rasa-rasa terhadap Tuhan itu seperti merasai Tuhan itu Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Adil,

    Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan lain-lain. Apabila rasa bertuhan itu dihayati maka rasa kehambaan pun secara automatik akan dimiliki. Iaitu rasa-rasa

    yang selayaknya sebagai hamba seperti rasa takut, rasa bimbang, rasa cemas, rasa hina, lemah, dikuasai, cinta, rindu, harap dan lain-lain.

    BEBERAPA CONTOH MENGENALI SIFAT TUHAN

    1. Tuhan Maha Besar

    Kalimah Allahu Akbar memang sering dilafazkan terutamanya dalam sembahyang. Kita

    hanya tahu maknanya iaitu Allah Maha Besar. Hakikat kebesaran Tuhan memanglah tidak terjangkau oleh ilmu dan fikiran kita. Kita tahu ertinya itu belum tentu dapat

    merasakan bahawa Tuhan itu Maha Besar menurut yang sebenarnya tentang kebesaran Tuhan itu. Namun dengan adanya ilmu, setidak-tidaknya sudah ada asas untuk merasai

    kebesaran Tuhan. Selama ini umat Islam sendiri tidak pernah dapat memahami maksud Tuhan Maha Besar, jauh sekali dari menghayati. Selama ini terhenti setakat tahu

    maknanya saja yang tidak sampai menjadikan kita benar-benar membesarkan Tuhan.

    Allah Maha besar bermaksud segala sifat-sifat Maha adalah hanya milik Allah SWT. Kebesaran Tuhan itu ertinya semua dua puluh sifat-sifat Tuhan yang wajib diketahui dan

    segala nama-nama Tuhan yang popular iaitu sembilan puluh sembilan yang sekaligus itu juga sifat-sifat Tuhan adalah terhimpun dalam kalimah Allahu Akbar. Setelah kita faham

    maksud Allah Maha Besar dan kita hayati, dengan menyebut Allahu Akbar sudah amat menggerunkan kita. Betapalah pula andainya kita memahami setiap nama-nama dan

    sifat-sifat Tuhan satu persatu, tentulah kita menjadi orang yang benar-benar takut, gerun, bimbang dan cemas terhadap Tuhan. Dengan demikian itu datanglah pula rasa

    cinta. Takut itu ertinya cinta juga. Takut kehilangan cinta agungnya iaitu Tuhan.

    2. Tuhan Maha berkuasa

    Maha berkuasanya Tuhan itu tiada satu kuasa pun yang boleh atau dapat menyamai-

    Nya. Kuasa yang tidak dapat dibanding-bandingkan dengan apa-apa pun. Bahkan semua makhluk ciptaan-Nya berada dalam genggaman kekuasaan Tuhan. Kalau ada

  • pun kuasa pada makhluk, itu hanyalah persamaan pada istilah tetapi tidak sama pada

    hakikat. Bahkan kuasa makhluk itu sangat terbatas, sangat lemah dan berlaku hanya dengan izin Tuhan. Kuasa makhluk hanyalah kuasa pinjaman, Kuasa sebenar atau kuasa

    hakiki adalah milik Allah SWT. Sebab itu kuasa makhluk banyak yang tidak berhasil atau banyak berlaku kegagalan. Kuasa makhluk juga tidak berlaku menurut kehendak

    makhluk itu sendiri. Cuba lihat ketika manusia itu masih bayi, terlalu amat tidak berupaya. Begitu juga ketika berusia terlalu tua, kembali seperti bayi dalam keadaan

    nyanyuk dan tidak bermaya. Akhirnya mati. T iada siapa yang berupaya menahan dan menangguhkan mati kecuali Tuhan sendiri dengan kehendak dan izin-Nya. Setelah

    dikebumikan, mayat itu menjadi reput dan hancur menjadi tanah. Manusia juga tidak mampu menahan datangnya sakit. Dan tidak dapat menyembuhkan diri sendiri atau

    orang lain menurut kehendak manusia kecuali dengan kehendak dan izin Tuhan juga.

    Ubat-ubatan dan berbagai kaedah rawatan yang digunakan manusia hanyalah sebab musabab dan sebagai usaha sahaja. Ubat dan rawatan itu datangnya dari Tuhan juga

    dan tidak semestinya sembuh kecuali Tuhan kehendaki. Bahkan terdapat dua orang dengan penyakit yang sama tapi tidak sembuh dengan ubat atau rawatan yang sama.

    Ada juga yang langsung tidak sembuh dengan menggunakan bermacam-macam ubat. Manakala ada pula yang sembuh tanpa ubat dan rawatan. Begitulah Maha Kuasa Tuhan

    terhadap tiap-tiap sesuatu.

    Apa-apa yang berlaku sesama makhluk semuanya tidak memberi bekas sama ada yang bersifat lahiriah mahupun yang bersifat maknawiyah. Ianya sekadar hukum sebab,

    akibat atau juga disebut sebagai sunnatullah. Sunnatullah atau sunnah Allah atau

    ketetapan Allah itu tidak berubah. Tuhan sudah disiplinkan begitu. Sunnatullah atau ketetapan atau disiplin yang Tuhan buat, umpamanya kenyang oleh makan, hilangkan

    haus dengan air, membakar oleh api, memotong sesuatu dengan parang atau pisau, menyembuhkan penyakit dengan ubat, mahukan anak melalui perkahwinan, mahukan

    ilmu dengan belajar, berguru atau membaca, mahukan wang ringgit dan harta benda melalui bekerja. Hidupnya tanaman bersebabkan tanah, air, cahaya dan udara. Sebab-

    sebab yang bersifat maknawiyah pula seperti mengusahakan taqwa untuk mendapat berbagai bentuk pertolongan Allah SWT tanpa diduga, memperbanyakkan doa untuk

    Tuhan tunaikan hajat, memperbanyakkan sedekah kerana sedekah itu lebih tajam berbanding dengan doa, mendapatkan berkat dari ibu bapa, guru-guru dan orang soleh.

    Tuhan sendiri yang sudah menetapkan atau mendisiplinkan bagi tiap sesuatu itu melalui

    sebab. Mengusahakan sebab itu adalah sunnah Allah SWT yang juga adalah perintah Allah SWT. Mengusahakan sebab itu selain akan mendapat hasil, sekaligus itulah juga

    sebagai saluran untuk mendapat pahala. Menolak sunnah Allah ini pasti binasa atau tidak mendapat hasil. Umpamanya tanam pokok atas batu atau pelihara haiwan tanpa

    beri makan, atau tanaman dibiarkan tanpa pagar atau mahukan anak tanpa berkahwin. Namun usaha itu hanya berhasil dengan kehendak dan izin Tuhan. Supaya manusia

    tidak rosak aqidah dengan menyangka bahawa Tuhan dalam keadaan terpaksa terikat dengan sunnah-Nya dan juga sebagai bukti Tuhan saja yang memberi bekas dan

    memilik i kuasa mutlak, maka Tuhan jadikan beberapa kejadian di mana sebab tidak memberi bekas seperti Nabi Adam dicipta tanpa ibu dan ayah. Nabi Isa hanya ada ibu

    tanpa bapa. Nabi Ibrahim tidak terbakar selama empat puluh hari berada dalam api. Nabi Yunus tidak lemas tanpa udara, tanpa makan minum selama empat puluh hari

    dalam perut ikan nun. Inilah erti Tuhan Maha berkuasa berbuat menurut kehendak-Nya. Tiada siapa berhak mempersoal dan memprotesnya.

  • Tuhan Maha berkuasa. Apabila Tuhan hendak menjadikan sesuatu, Tuhan berkata Jadi maka akan terjadilah sesuatu itu. Dan tiada sebarang kuasa yang dapat menghalangnya. Tuhan berkuasa menjadikan atau mengadakan berbilion-bilion benda bahkan tiada

    batasan banyak dengan sekelip mata saja tanpa ada halangan. Dan Tuhan boleh musnahkan seluruh alam semesta ini serentak tanpa halangan. Tuhan boleh gerakkan

    sebahagian benda dan dalam waktu yang sama Tuhan boleh diamkan sebahagian yang lain. Tuhan berkuasa menjadikan semua rambut di satu kepala itu hitam atau semuanya

    uban atau sebahagiannya uban dan sebahagiannya hitam. Tuhan berkuasa menjadikan dagu lelaki tumbuh janggut manakala dagu wanita tiada janggut.

    Tuhan berkuasa menjadikan bulu mata dan bulu kening tidak memanjang manakala

    janggut pula boleh memanjang. Tuhan jadikan manusia dan haiwan bernyawa tetapi tidak pula diketahui di mana nyawa itu berada. Tuhan jadikan otak boleh menyimpan

    ilmu. Tetapi otak orang yang memiliki banyak ilmu tidak merasai berat dan otak orang jahil tidak pula terasa ringan. Tuhan jadikan hati manusia boleh merasai seperti rasa

    takut, ngeri, suka, benci, jemu, bosan, meluat, marah, cinta, sayang, rindu dan lain-lain. Tidak pula diketahui bagaimana perasaan itu terbentuk dan berada di mana. Ini semua

    adalah bukti-bukti Maha Berkuasa Tuhan yang menjadikan berbagai perkara yang tidak terjangkau oleh akal.

    Bermula dengan berfikir dan mengenang betapa hebatnya kuasa Tuhan, natijahnya

    akan datang pula rasa Maha Hebatnya Tuhan. Secara automatik datanglah rasa kehambaan yang mendalam. Datanglah rasa takut, cemas, bimbang dan berbagai rasa

    kehambaan. Rasa bimbang dan cemas itu bukan sekadar tinggal dalam bentuk perasaan

    semata-mata. Tetapi bimbang itu adalah terhadap nasib diri yang tidak tahu bagaimana kedudukan disisi Allah SWT. Bimbang dan cemas kerana Tuhan berkuasa berbuat apa

    saja terhadap makhluk ciptaan-Nya. Bimbang dan cemas kerana kita tidak tahu apa sukatan atau ketentuan Tuhan terhadap diri kita. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita di

    dunia ini. Kerana kaya, miskin, sihat, sakit, usia panjang atau pendek, kecelakaan atau musibah, gagal atau jaya, senang atau susah semuanya di tangan Tuhan. Setiap hari

    dan di mana saja kita lihat berbagai bencana dan malapetaka yang menimpa manusia, semuanya dalam keadaan tidak terfikir oleh kita dan berlaku tidak disangka-sangka.

    Tsunami, gunung berapi, gempa bumi, ribut taufan, kapal terbang jatuh, bas masuk gaung, kemalangan jalan raya, rumah runtuh, banjir dan berbagai bentuk lagi.

    Semuanya berlaku tanpa dapat dibendung kerana manusia amat lemah dan tidak berupaya. Sedang nasib kita belum tahu. Hanya Allah saja yang tahu.

    Di atas tadi adalah ketentuan Tuhan dalam perkara yang bersifat lahiriah. Itu pun sudah

    amat menakutkan kita.

    Bagaimana pula sukatan Tuhan terhadap kita dalam perkara yang bersifat maknawiyah. Kalau kita faham ini lebih-lebih lagi menggerunkan kita kerana padah yang bakal

    ditanggung adalah neraka yang azabnya amat dahsyat.

    Antaranya adalah seperti berikut:

    1. Ada orang yang Tuhan beri petunjuk, keimanan, kebaikan, kebenaran dan dalam

    ketaatan dari awal hingga akhir hidupnya. 2. Ada orang yang Tuhan sesatkan, dalam kejahatan dan kedurhakaan dari awal

    hingga akhir hayat.

  • 3. Ada orang yang di awalnya Tuhan tidak beri petunjuk, dalam kejahatan dan

    dalam kedurhakaan tapi di akhirnya Tuhan beri petunjuk, iman, kebaikan, dalam kebenaran dan ketaatan.

    4. Ada orang yang di awalnya Tuhan beri petunjuk tetapi di akhir hidupnya Tuhan sesatkan.

    Bagi orang yang kenal Tuhan, dengan rasa bertuhan yang tinggi dan rasa kehambaan

    yang mendalam, tidak pernah merasa tenteram dalam hidupnya. Sentiasa tertanya-tanya apa akan berlaku kepada dirinya. Kerana dirinya dalam genggaman kekuasaan

    Tuhan. Tuhan adalah penentu dan pemutus. Tuhan adalah segala-galanya. Tuhan berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Tuhan saja yang berkuasa ke atas dirinya. Sebab itu

    ada orang yang menghadapi berbagai halangan dan rintangan untuk taat dan berbuat kebaikan. Dengan kehendak dan kuasa Tuhan dia tetap kekal dapat berbuat taat dan

    dalam kebaikan. Ada pula orang mempunyai peluang, memiliki kemudahan, ada kebebasan untuk berbuat baik dan ketaatan tetapi dalam hidupnya penuh dengan

    kejahatan, kedurhakaan dan maksiat.

    Melihat ke dalam diri, di situ nampak dan dapat merasakan kekuasaan Tuhan. Melihat keluar diri iaitu kepada alam semesta, di situ dapat melihat dan merasakan kekuasaan

    Tuhan. Bencana alam dan berbagai musibah dan malapetaka yang Tuhan jadikan. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Itu juga salah satu cara Tuhan hendak mendidik

    manusia supaya merasa kerdil dan lemah, betapa tidak berupaya dalam berhadapan dengan kuasa Tuhan. Supaya manusia insaf dan sedar bahawa diri kita juga Tuhan

    berkuasa perlakukan berbagai perkara kerana Tuhan Maha Berkuasa untuk

    melakukannya.

    3. Tuhan Maha Mendengar

    Tuhan mendengar semua bunyi serentak. Tiada suatu bunyi pun yang Tuhan tidak

    dengar. Di sisi Tuhan semua bunyi didengari-Nya sama saja. Pendengaran Tuhan tiada bezanya antara yang jauh atau yang dekat. Pendengaran Tuhan tidak berbeza kerana

    Tuhan mendengar bukan dengan perantaraan alat seperti telinga. Tiada jauh dan dekat di sisi Tuhan kerana Tuhan tidak bertempat, ertinya Tuhan tidak mengambil jarak dan

    ruang maka tiada dekat dan jauh di sisi Tuhan. Maha Suci Tuhan dari sebarang kelemahan. Mustahil juga kalau sesuatu bunyi itu kuat maka Tuhan dengar pun kuat

    dan kalau sesuatu bunyi itu perlahan maka Tuhan dengar perlahan. Maha suci Tuhan hanya mampu mendengar satu bunyi pada satu masa. Sedangkan seluruh bunyi dari

    apa yang berbunyi Tuhan dapat mendengarnya serentak. Bahkan bisikan hati seluruh manusia serta segala jenis bunyi dari makhluk yang berbunyi pun Tuhan boleh

    mendengarnya serentak.

    Mengenali sifat Tuhan yang Maha Mendengar ini sudah tentulah manusia bertambah rasa kehambaan. Betapa Tuhan sentiasa mengawasi semua suara termasuk suara hati

    manusia hatta kepada apa yang terdetik dan terlintas oleh hati. Sama ada suara atau bisikan itu terhadap yang baik mahu pun yang buruk semuanya didengari oleh Tuhan.

    Menghayati sifat Tuhan ini manusia tidak boleh berpura-pura terhadap niat atau apa yang terpendam di hati. Manusia boleh berpura-pura atau menipu manusia, namun

    tidak tersembunyi sesuatu pun melainkan Tuhan mendengarnya. Bukan sekadar Tuhan

  • itu mendengar semata-mata, bahkan semuanya Tuhan tidak lupa. Mungkin manusia

    sudah melupainya. Di sisi Tuhan tidak demikian. Di Akhirat segalanya akan terbongkar. Tuhan akan dedahkan kembali dalam rekod catatan amal setiap manusia.

    4. Tuhan Maha Melihat

    Tuhan melihat bukan dengan mata seperti makhluk ciptaan Tuhan. Makhluk melihat sangat terbatas. Kita bahas khusus tentang manusia. Manakala makhluk lain itu sama

    saja. Manusia melihat dengan mata yang dicipta oleh Allah. Penglihatan manusia amat terbatas. Mata manusia tidak dapat melihat tanpa adanya cahaya. Kalau cahaya kabur

    maka apa yang dilihat juga samar-samar. Namun kalau cahaya terlalu terang, mata manusia tidak mampu melihat juga. Sebab itu manusia tidak mampu melihat matahari.

    Bahkan ketika mengalami sakit mata, melihat cahaya lilin pun tidak berupaya.

    Dari segi jarak pula, kalau terlalu jauh tidak tercapai oleh mata untuk melihat sebarang benda. Contohnya terlalu banyak bintang yang jaraknya terlalu jauh tidak dapat dilihat.

    Adakalanya sesuatu itu dapat dilihat oleh mata tetapi tidak dapat pula mengenal pasti benda itu. Mata manusia juga tidak dapat melihat kalau sesuatu objek itu terlalu dekat.

    Benda-benda yang tersembunyi, terlalu halus, terdinding, terlindung, mata manusia tidak dapat melihat benda-benda itu. Perkara yang zahir tapi kedudukannya di belakang,

    mata manusia tidak dapat melihat benda itu. Ketika manusia memandang kepada satu-satu arah atau benda atau objek maka manusia terlepas pandang kepada arah, benda,

    atau objek lain. Ertinya tidak dapat melihat banyak benda serentak pada satu-satu masa.

    Tuhan melihat seluruh alam semesta atau apa saja serentak. Tuhan melihat tiada beza

    antara yang jauh dan yang dekat, yang lahir atau tersembunyi, yang besar atau yang kecil. T iada beza penglihatan Tuhan dalam gelap atau terang. Di sisi Tuhan tiada gelap

    dan terang, tiada jauh dan dekat. Tiada depan dan belakang. Tuhan tidak melihat yang jauh itu kecil atau samar dan tidak pula yang dekat itu besar dan nyata atau jelas.

    Tuhan melihat yang zahir dan ghaib sama saja. Di sisi Tuhan tiada ruang dan jarak, tidak bertempat, tiada gelap dan terang, tiada masa dan keadaan kerana semua itu

    adalah ciptaan Tuhan.

    Kalau demikian sifat Maha Melihat Tuhan itu dan kita fahami serta kita hayati, bagaimana dapat terlepas dari pandangan Tuhan? Dapatkah manusia lari atau

    bersembunyi dari Tuhan? Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang merasa bebas dan tenteram lantas berbuat apa saja sewenang-wenangnya. Manusia yang tidak

    mengenal Tuhan saja yang merasa selamat, lantas berani membuat berbagai kemungkaran sepanjang hidupnya.

    MEMAHAMI PERANAN ATAU KERJA TUHAN

    Aspek yang amat penting dalam usaha untuk hidup bahagia bersama Tuhan ialah memahami peranan Tuhan. Tidak faham peranan atau kerja Tuhan menjadikan manusia

    mudah kecewa, putus asa, buntu seolah-olah tiada tempat bersandar terutamanya apabila mengalami masalah dan musibah. Apabila dilanda masalah tidak tahu jalan

  • keluar dan tidak ada tempat mengadu. Seolah-olah merasakan sesuatu masa lah itu

    tidak ada maksud baik dan didikan Tuhan. Dalam konteks rumahtangga, apa yang sering berlaku ialah semakin kusut dan semakin tertekan kerana tidak memahami

    hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kadang-kadang perkara yang kecil dan remeh menjadi ribut taufan rumahtangga. Perkara yang sepatutnya dapat diatasi dalam sehari

    berlarutan hingga bertahun. Hal yang sepatutnya dapat diselesaikan secara bisik-bisik menjadi riuh, satu negara pun tahu. Aib yang sepatutnya disorok menjadi tersebar

    seluruh dunia. Hal yang sewajarnya mengambil sikap berdiam diri bertukar menjadi drama serang-menyerang dengan maki hamun dan sumpah seranah.

    Tidak bergerak dan diam setiap sesuatu itu melainkan dengan izin Allah SWT. Setiap

    kejadian, setiap peristiwa dan setiap hal dan keadaan semuanya datang dari Tuhan. Tuhanlah segala-galanya. Tuhan yang mengadakan ketentuan, keputusan dan sukatan

    akan tiap-tiap sesuatu. Memahami dan menghayati peranan Tuhan ke atas makhluk khususnya kepada manusia, hidup akan menjadi indah, tenang, aman tenteram dan

    bahagia. Asas untuk memahami dan menghayati peranan Tuhan ialah setiap sesuatu peristiwa, kejadian dan keadaan yang berlaku kepada makhluk datangnya dari Tuhan.

    Samada peristiwa, kejadian dan keadaan, sama ada yang positif mahu pun negatif, samada pada diri, keluarga, masyarakat dan alam semesta, semuanya ada maksud baik

    dari Tuhan untuk manusia. Maksud baik itu ialah adanya hikmah, iktibar, didikan, peringatan dan pengajaran. Biarpun sesuatu peristiwa, kejadian dan keadaan itu dilihat

    negatif oleh manusia, namun ianya tetap ada maksud baik dari Tuhan. Hanya manusia saja yang lemah, tidak berupaya dan amat terbatas untuk memahami dan menyelami

    maksud baik Tuhan itu. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi makhluk-Nya. Tuhan Maha Baik, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Tuhan Maha Adil. Tuhan membela dan

    menghiburkan. Amat luas keampunan, rahmat dan kasih sayang-Nya, manakala Tuhan menghukum dengan penuh hikmah.

    Manusia yang tidak mengenal Tuhan saja yang menganggap perkara negatif sebagai negatif dan rasa menderita menerimanya. Manusia yang begini sikapnya, menerima

    musibah atau malapetaka itu sebagai negatif lantas menderita, keluh kesah, gelisah, mendongkol, bahkan semakin melupai dan durhaka kepada Tuhan. Mereka juga menjadi

    putus asa dan kecewa lantas bertambah melupai Tuhan. Sedangkan di sisi Tuhan ada maksud baik. Contohnya dalam Hadis Qudsi Rasulullah SAW bersabda yang menyebut

    firman Allah yang bermaksud:

    Tidaklah seseorang itu tertusuk duri melainkan disebabkan oleh dosanya.

    Sekecil-kecil musibah adalah kerana dosa dan sekaligus sebagai peringatan Tuhan supaya insaf dan sedar bahawa itu adalah peringatan Tuhan, kembali ingatkan Tuhan,

    bersabar dan bertaubat. Apabila ini dilakukan maka dengan musibah sekecil itu Tuhan ampunkan dosa, sekaligus itu juga jalan mendekati Tuhan. Betapalah kalau musibah itu

    jenis yang besar dan lebih dahsyat lagi.

    Andainya tidak memahami peranan Tuhan maka akan terjadi di mana dalam keadaan

    musibah dan kesusahan manusia menjadi kecewa, menderita dan putus asa. Kalau Tuhan beri kesenangan, kemewahan, berbagai kejayaan, kedudukan status sosial yang

    tinggi, berpangkat dan popular, tidak juga dekat kepada Tuhan. Tidak juga ingat kepada Tuhan. Sebaliknya terus lalai dan melupai Tuhan. Bahkan ada yang terus sombong dan

    mendurhakai Tuhan. Kedurhakaan yang paling utama dan jahat kepada Tuhan ialah

  • apabila dia merasakan bahawa semua kejayaan itu adalah milik mutlaknya kerana hasil

    usaha gigih, bijak, pandai dan kepintarannya. Dia lupa yang gigih, pandai, bijak dan pintar itu adalah anugerah Tuhan. Kesimpulannya, manusia yang tidak memahami

    peranan Tuhan kalau peristiwa, kejadian dan keadaan yang positif dia melupai Tuhan dan kalau negatif pun lebih-lebih lagi melupai Tuhan. Manusia yang bersikap begini

    dalam keadaan mendapat nikmat atau mendapat musibah sama-sama hilang bahagia.

    BEBERAPA CONTOH PERANAN ATAU KERJA TUHAN

    1. Tuhan angkat menjadi pemimpin.

    Kalau hanya nampak kepada habuan dan keuntungan maka ramai yang berebut untuk

    menjadi pemimpin. Yang belum dapat, berusaha untuk menjadi pemimpin. Manakala yang sudah dapat, berusaha untuk mempertahankan kedudukan sebagai pemimpin.

    Sedangkan bukan sebarangan orang yang boleh dan layak menjadi pemimpin. Kedudukan sebagai pemimpin bukan soal siapa yang mahu tetapi siapa yang mampu,

    siapa yang layak dan memiliki ciri-ciri pemimpin.

    Apabila seseorang itu Tuhan angkat menjadi pemimpin, Tuhan bermaksud agar dia

    pandai menerima amanah dan anugerah Tuhan itu. Menerimanya dengan penuh takut dan bimbang kepada Tuhan. Takut dan bimbang apakah dapat melepasi ujian Tuhan

    dalam kepimpinannya. Pada teorinya memang kelihatan mudah, pada realitinya sudah terbukti ramai yang kecundang. Ketika sebelum menjadi pemimpin berwatak baik dan

    warak bahkan berikrar kalau menjadi pemimpin mahu benar-benar mewakili Tuhan. Tetapi apabila menjadi pemimpin, bertukar watak menjadi ganas dan rakus seolah-olah

    seperti tidak pernah berikrar kepada Tuhan.

    Sebab itulah setiap pemimpin mesti faham dan menghayati apa maksud Tuhan memilih dan mengangkat seseorang menjadi pemimpin. Bukannya berebut untuk menjadi

    pemimpin seolah-olah mendabik dada mengaku mampu dan layak. Sedangkan Tuhan bermaksud agar setiap pemimpin memikul tanggungjawab menjadi khalifah atau wakil

    bagi pihak Tuhan. Mengatur dan menyusun, mentadbir kehidupan manusia menepati kehendak Tuhan. Wajib bersifat adil, meratakan kasih sayang, mendidik dan prihatin

    kepada kehidupan manusia. Kezaliman yang paling besar bagi seorang pemimpin ialah apabila pemimpin itu tidak membawa manusia kepada Tuhan. Maka sebaliknya keadilan

    yang paling utama ialah apabila pemimpin itu merasa benar-benar bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh membawa manusia kepada Tuhan.

    Rasulullah ada bersabda bermaksud,

    Penghulu kepada satu kaum adalah khadam kepada kaumnya.

    Khadam di sini bermaksud sangat memberi khidmat kepada rakyat. Sangat menyelamatkan, sangat membela dan sangat menghiburkan. Dia kena faham bahawa

    seluruh hal ehwal, Tuhan akan pertanggungjawabkan ke atas bahunya. Lantas dia menjadi takut, bimbang dan cemas di atas kepimpinannya itu. Bukan mudah untuk

  • melepasi segala persoalan rakyat di hadapan Tuhan di Akhirat kelak. Dengan sebab itu

    dia sentiasa muhasabah menghitung-hitung dirinya yang bersangkut paut dengan kepimpinannya. Dan sering bertaubat di atas segala cacat cela, kekurangan dan

    kesilapan dalam kepimpinannya. Bukan keseronokan peribadi, bukan habuan dan bukan keuntungan peribadi yang diperolehi tetapi sebaliknya terpaksa menjadi khadam

    berkorban untuk memberi khidmat terbaik kepada tuannya iaitu rakyatnya sendiri. Inilah maksud Tuhan yang mesti difahami dan dihayati oleh mereka yang Tuhan

    rezekikan menjadi pemimpin di semua peringkat kepimpinan.

    2. Tuhan beri kekayaan

    Antara maksud Tuhan dalam perkara ini ialah agar orang kaya merasai Maha Kayanya

    Tuhan yang memberi kekayaan tersebut kepadanya. Dan seterusnya dia banyak bersyukur kepada Allah SWT di atas anugerah kekayaan itu. Dari begitu ramai manusia

    di atas muka bumi ini, Tuhan pilih dirinya untuk Tuhan kayakan. Dengan kekayaan itu dia bertambah merasa kerdil dan dapat merasakan Tuhan yang Maha Kaya. Dengan

    kekayaan yang Tuhan anugerahkan itu maka bertambah alat yang memudahkan dirinya melakukan ketaatan dan amal ibadah kepada Tuhan. Sekaligus dapat menabur bakti

    kepada sesama manusia terutamanya kepada mereka yang sangat memerlukan. Dia sangat sedar bahawa Tuhanlah yang menghitam putihkan kehidupan manusia.

    Kekayaan itu adalah milik Tuhan dan semata-mata anugerah Tuhan, sedangkan usaha ikhtiar hanyalah sebagai penyebab sahaja. Ramai juga manusia lain yang berusaha gigih

    namun tidak mendapat hasil yang sama dengan dirinya. Orang kaya sepatutnya bimbang kerana ketika hidup susah pernah merayu kepada Tuhan agar dikeluarkan dari

    kepompong kesusahan, lalu Tuhan tunaikan permintaannya. Tetapi apabila Tuhan beri kesenangan dan kekayaan dia melupai Tuhan termasuk melupai seolah-olah tidak

    pernah berdoa kepada Tuhan.

    Miskin kaya, susah senang, baik buruk adalah di tangan Tuhan. Maka kekayaan anugerah Tuhan itu hanyalah satu ujian samada dia pandai bersyukur atau kufur. Dalam

    kekayaan anugerah Tuhan itu ada hak mereka yang miskin.

    Menyedari itu maka dia dengan mudah menjadi pemurah. Dia sedar bahawa kekayaan

    itu sebenarnya adalah satu saluran Tuhan untuk mengagihkan kekayaan kepada sesiapa saja yang memerlukan. Itu juga merupakan cara Tuhan mahu mengikat hubungan

    orang kaya dengan orang miskin. Orang kaya merasa bahagia dan terhibur kerana dapat berkhidmat kepada orang miskin. Manakala orang miskin juga sangat berterima

    kasih, terhibur di atas kasih sayang dan sifat pemurah orang kaya. Orang miskin tidak merasa tersisih, tidak iri hati atau hasad dengki kepada orang kaya.

    3. Tuhan beri ilmu atau menjadi Ulama

    Semua manusia suka memiliki ilmu, menjadi cerdik dan pandai, kerana ianya adalah fitrah semulajadi manusia. Sebab itu manusia memburu ilmu walau di mana saja hatta

    ke angkasa lepas atau ke dasar lautan. Bahkan manusia mencuba ke bulan dan sekarang ke bintang dan planet lain. Berbagai kajian dan penyelidikan dilakukan dalam

  • aspek yang tidak terbatas. Berbagai penemuan baru yang mengkagumkan terhasil dari

    penyelidikan dan kajian yang telah dibuat itu.

    Oleh kerana manusia tidak mengenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan, maka manusia tidak tahu apa maksud Tuhan memberi ilmu kepada mereka. Terdapat di

    kalangan manusia yang sangat arif tentang kayu. Seluruh aspek yang berkaitan dengan kayu diketahuinya. Namun mereka tidak mengenal Tuhan yang menjadikan kayu

    tersebut. Ramai yang mendapat berbagai gelaran dan pujian kerana kajiannya tentang batu. Mereka juga sangat takjub terhadap batu batan yang dikajinya itu. Namun mereka

    tidak pernah merasa takjub terhadap Tuhan yang menjadikan batu batan tersebut. Ramai yang kagum dengan gunung ganang, sungai, lautan, haiwan, pemandangan dan

    seluruh alam semesta ini. Namun mereka tidak pernah kagum dengan Tuhan yang mencipta seluruh alam semesta.

    Tuhan beri ilmu kepada manusia terutamanya kepada para ulama yang pertama dan

    utama ialah agar ulama itu mengenal Tuhan yang sangat berilmu dan menghayati hidup berTuhan. Dengan ilmu itu para ulama semakin memiliki rasa berTuhan dan merasa kehambaan. Dapat melihat dan merasai betapa tidak terbatasnya ilmu Tuhan. Tuhan beri kelebihan memiliki ilmu kerana Tuhan bermaksud agar mereka semakin

    mengenali Tuhan. Melalui ilmu yang dimiliki itu dapat melihat Tuhan dengan perasaan penuh kekaguman dan takjub. Hingga semakin tidak berupaya memperkatakan tentang

    betapa hebatnya Tuhan Yang Maha Kuasa itu. Hingga dengan itu hati merasakan Tuhan itu segala-galanya. Hingga hati amat susah untuk melupai Tuhan.

    Kehidupan orang yang berilmu ini menjadi contoh atau model kepada manusia lain. Dengan contoh teladan yang ditunjukkan oleh para ulama, manusia lain akan mudah jatuh hati dan jinak hati mereka kepada Tuhan. Ulama mesti sangat berakhlak kepada Tuhan dan kepada manusia. Seluruh watak, ciri-ciri dan sifat-sifat terpuji jelas dimiliki

    oleh ulama . Sangat tawadhuk sehingga orang lain malu lantas memuliakannya. Sangat mendidik, memberi tunjuk ajar, mengajar dan memimpin manusia lain. Tuhan beri

    mereka ilmu supaya menjadi obor kepada masyarakat. Manusia yang hidup dalam kegelapan, terutamanya tidak mengenal Tuhan maka obornya ada pada ulama. Manusia

    menjadi kenal Tuhan dan hidup dalam kebenaran hasil dari ulama yang menjadi obor menerangi kehidupan dan juga menjadi model pada peribadi, keluarga, dan dalam

    kehidupan terutamanya dalam ibadah, akhlak pergaulan, sosial, perhubungan dan hidup bermasyarakat.

    Kalau berada bersama masyarakat, akan jelas kelihatan berbeza wibawa orang berilmu.

    Kehadiran ulama di tengah-tengah masyarakat sangat diperlukan. Kehadiran mereka ditunggu-tunggu dan tidak menjemukan, ketiadaan mereka dirindui dan terasa

    kehilangan. Melihat wajah ulama, hati manusia teringat Tuhan dan sebahagian masalah sudah terasa selesai. Mereka disegani dan dihormati. I lmu itu juga adalah amanah Allah

    untuk disampaikan kepada manusia lain. Maka dengan penuh gigih dia berjuang di tengah masyarakat kerana hendak menyampaikan ilmu Tuhan. Terkorban segala

    kepentingan diri. Yang tinggal hanyalah harapan untuk memperolehi keredhaan Tuhan. Begitulah serba sedikit maksud Tuhan kepada orang-orang yang Tuhan beri ilmu dan

    diangkat menjadi ulama.

  • 4. Tuhan jadikan miskin

    Apabila manusia tidak memahami kerja Tuhan dan tidak memahami maksud Tuhan

    menjadikan sebahagian manusia miskin, maka manusia, termasuk sebahagian dari umat Islam, yang memandang negatif kepada orang yang Tuhan miskinkan. Bahkan terdapat

    bangsa-bangsa di dunia ini yang menghina orang miskin. Golongan miskin di anggap sebagai golongan bawahan yang hampir hendak disamakan dengan haiwan. Sikap

    memandang rendah dan hina kepada golongan miskin menjadikan golongan miskin terbiar, tersisih, tiada pembelaan dan tidak dipedulikan. Mereka tidak diberi pe luang

    untuk mengubah kehidupan miskin mereka itu.

    Dalam ajaran Islam, kemiskinan bukan satu masalah atau penyakit sosial. Ada pihak yang beranggapan demikian kerana sudah sangat terpengaruh dengan pemikiran

    moden dari barat. Dalam Islam, kemiskinan bukan membawa masalah kepada masyarakat dan negara. Apa yang menjadi masalah ialah ketiadaan iman dan taqwa.

    Apabila manusia tiada iman dan taqwa maka akan terjadilah berbagai gejala sosial. Kalau begitu mengapa dikaitkan kemiskinan dengan masalah. Sedangkan kalau

    ketiadaan iman dan taqwa golongan lain juga bahkan lebih teruk lagi sebagai penyumbang dan pencetus kepada masalah dan gejala sosial. Inilah di antara salah

    faham dan sikap prejudis sesetengah pihak kepada golongan miskin. Secara kebetulan golongan miskin juga turut tidak memahami kedudukan ini lantas mereka juga turut

    meletakkan golongan mereka sebagai masalah kepada masyarakat. Inilah akibat atau kesan dari tidak memahami peranan Tuhan mengapa Tuhan jadikan sebahagian

    manusia hidup dalam kemiskinan.

    Untuk memahami kerja atau peranan Tuhan dalam konteks ini, mula-mula hendaklah

    menerima hakikat bahawa Tuhan memang menjadikan manusia dengan berbagai kedudukan, peringkat, kemampuan, keupayaan, kemahiran, minat, bidang kepandaian

    dan kecenderungan. Tiada manusia yang sempurna dalam semua bidang. Tiada manusia yang mampu dan berupaya menguasai semua bidang. Tiada manusia yang

    dapat bersendiri dan dapat mengatasi semua hal secara bersendiri. Memahami hakikat ini maka kita hendaklah pula menerima hakikat bahawa tiada manusia yang dapat

    bersendiri dalam semua hal melainkan tetap saling sandar-menyandar, saling memerlukan, saling lengkap-melengkapi, saling ada pertalian dan hubungan dan saling

    berbudi dan berjasa. Hanya masing-masing dalam bidang dan aspek yang berbeza. Hanya keegoan saja yang tidak mahu menerima dan akur kepada hakikat ini.

    Umpamanya, betapa kaya pun seseorang itu, dia tetap memerlukan tukang untuk

    membina mahligainya, perlukan petani dan nelayan untuk sumber makanannya, perlukan buruh untuk mengangkat sampah, perlukan pemandu untuk kenderaannya,

    perlukan pembantu rumah untuk uruskan rumahnya dan begitu juga dalam berbagai urusan yang lain. Bayangkan kalau tiada golongan lain yang terlibat memenuhi

    keperluan hidupnya. Tiada ertinya kekayaan yang dimiliki. Kiaskan secara timbal balik kepada golongan lain seperti antara pemimpin dengan rakyat dan sebaliknya, antara

    peniaga dengan pembeli dan sebaliknya. Antara pembekal, pemborong, peruncit dan pembeli. Hubungan timbal balik, saling sandar menyandar, saling perlu memerlukan ini

    boleh dilihat secara lebih global antara keperluan negara dengan negara, antara syarikat

    dengan syarikat, antara masyarakat dengan masyarakat, antara peringkat -peringkat golongan dengan golongan yang lain. Boleh juga dilihat secara yang lebih kecil

    umpamanya antara indiv idu dengan indiv idu atau pihak lain. Contoh yang paling mudah

  • ialah antara pengguna pakaian dengan tukang jahit, kilang atau gedung pakaian,

    perusahaan membuat kain, penanam kapas atau penternak ulat sutera dan termasuk adanya hubungan dengan sistem pengangkutan seperti kapal.

    Setelah memahami serta akur akan hakikat itu, barulah kita faham bahawa tiada apa

    yang sia-sia di sisi Tuhan. Masing-masing ada peranan mengikut bidang, kedudukan, minat dan kemampuan. Yang utama ialah masing-masing dapat menerima ketentuan

    dan sukatan Tuhan terhadap diri masing-masing. Hendaklah pula bersangka baik terhadap Tuhan dalam keadaan apa pun. Bahawa Tuhan ada maksud yang amat baik

    dengan kemiskinan itu. Di situ pula dapat dijadikan saluran ibadah kepada Tuhan dan berbakti kepada manusia. Jangan rasa hina kalau Tuhan miskinkan kita kerana amat

    besar jasa dan bakti orang miskin kepada manusia. Selama ini amat banyak serta berbagai khidmat yang dicurahkan oleh orang miskin kepada golongan lain. Hanya

    manusia saja yang tidak mahu mengakui dan mengiktiraf jasa orang miskin.

    Selain itu, hidup miskin ertinya darjat yang tinggi di sisi Tuhan. Orang miskin masuk Syurga lima ratus tahun lebih dahulu berbanding orang kaya. Hisab orang miskin amat

    mudah kerana kurangnya harta benda. Tingginya Syurga orang miskin umpama penduduk bumi melihat ketinggian bintang. Rasulullah SAW berdoa untuk hidup miskin,

    mati miskin dan masuk Syurga bersama orang-orang miskin. Golongan fakir miskin juga sangat dikasihi oleh Rasulullah SAW dan Baginda sering kali duduk-duduk bersama

    golongan miskin. Orang miskin sepatutnya bimbang kalau Tuhan kayakan mereka, takut-takut nanti tidak pandai menerima kekayaan serta salah menggunakan nikmat

    Tuhan. Tetapi tidak pula salah untuk berusaha mengubah kehidupan menjadi kaya.

    Harus saja hukumnya untuk menjadi kaya. Bukan wajib atau sunat dan bukan pula haram atau makruh untuk menjadi miskin.

    Adalah satu kesilapan besar apabila menganggap kemiskinan sebagai masalah.

    Sepatutnya golongan lain tumpang seronok dan berterima kasih kepada golongan miskin kerana selain berbagai sumbangan yang mereka berikan, adanya golongan

    miskin merupakan tempat untuk menyalurkan sedekah dan pertolongan atau dengan lain perkataan sebagai saluran pahala. Yang menjadi masalah ialah apabila kemiskinan

    tanpa kenal Tuhan, tidak memahami peranan Tuhan, dan mengapa Tuhan jadikan kemiskinan. Apabila tiada iman maka jadilah orang miskin yang tidak redha dengan

    kemiskinan. Hati subur dengan sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, iri hati, cemburu melampau, rasa hina diri, kecewa, putus asa, mendongkol, keluh kesah dan

    gelisah. Kalau hujah bahawa manusia tanpa iman mendatangkan berbagai masalah, maka bukanlah kemiskinan boleh dipersalahkan. Kerana tanpa iman dan taqwa, semua

    golongan sama sahaja. Bahkan dalam banyak hal, manusia yang tiada iman dan taqwa lebih banyak dalam mencetuskan masalah.

    5. Tuhan datangkan sakit

    Menurut kelaziman atau lumrah hidup manusia, sakit hanya datang sekali sekala. Bukan pula tidak ada manusia yang sakit berpanjangan tetapi sebagai kes terpencil atau

    jarang-jarang terjadi. Apabila mengenal Tuhan dan memahami kerja Tuhan, manusia akan menerima sakit itu sebagai ketentuan Tuhan atau sunnatullah. Di situ juga kita

    akan menjadi orang yang bersyukur kepada Tuhan akan nikmat sihat sekaligus tidak

  • mahu mensia-siakan nikmat sihat itu. Apabila seseorang itu Tuhan timpakan sakit, mula -

    mula sekali Tuhan maksudkan untuk menjadi suis automatik kepada orang itu. Iaitu suis automatik untuk ingat kepada Tuhan. Melalui sakit itu Tuhan bermaksud supaya orang

    itu ingat bahawa Tuhan memanggil dirinya supaya ingat kepada Tuhan setelah mungkin terlalu lama melupai atau lalai dari mengingati Tuhan. Bagi orang yang memang

    ingatkan Tuhan, melalui sakit itu Tuhan bermaksud agar semakin dekat dengan Tuhan. Bagi orang yang beriman, dia amat faham bahawa sakit itu sendiri merupakan tanda

    atau isyarat bahawa Tuhan ambil perhatian terhadap dirinya. Sebab itu para salafussoleh risau sekiranya terlalu lama Tuhan tidak sakitkan dirinya. Bimbang kalau-

    kalau Tuhan sudah melupainya atau Tuhan sudah tidak memberi perhatian terhadapnya.

    Selain itu hikmah sakit juga adalah tanda rahmat Tuhan. Mengapa dikatakan rahmat atau kasih sayang Tuhan, iaitu melalui sakit Tuhan bermaksud untuk menghapuskan

    dosa-dosa asalkan dia sabar dan redha. Sekiranya seseorang itu tiada dosa seperti para Nabi dan Rasul serta para wali-wali Allah, kepada mereka pula Tuhan bermaksud untuk

    mengangkat darjat atau kedudukan di sisi Tuhan. Penghapusan dosa, darjat dan kedudukan di sisi Tuhan bukan mudah untuk diperolehi. Inilah yang dimaksudkan

    dengan sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

    Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam Syurga dan dia tidak dapat mencapainya dengan amal ibadah maka Tuhan datangkan ujian. Lantas dia

    bersabar di atas ujian itu maka kekallah darjat itu di dalam Syurga.

    Sebab itu betapa pentingnya kenal Tuhan dan memahami kerja Tuhan ke atas hamba-

    Nya. Kalau tiada iman dan tidak memahami kerja Tuhan maka manusia menerima sesuatu yang pada pandangan mereka negatif sebagai negatif. Dia akan bersangka

    buruk kepada Tuhan. Sangka buruk kepada Tuhan adalah satu dosa. Dengan sebab sangka buruk itu sesuatu yang amat positif dari Tuhan natijahnya menjadi suatu yang

    amat negatif bahkan berdosa kerana sangka buruk kepada Tuhannya. Umpamanya sakit. Kita juga kena faham bahawa Tuhan tidak memilik i perasaan seperti manusia. Apabila

    Tuhan mencintai hamba-hambaNya bererti bahawa Tuhan mencintai bukan dengan perasaan. Tanda Tuhan mencintai seseorang itu ia lah dengan cara Tuhan

    mendatangkan ujian kepada seseorang. Membalas cinta Tuhan itu ialah dengan sabar dan redha terhadap ujian-ujian tersebut. Apabila ini dapat dilakukan maka terjadilah

    antara orang itu dengan Tuhannya cinta mencintai.

    6. Tuhan timpakan musibah atau bala bencana

    Musibah atau bencana di sini maksudnya yang Tuhan datangkan dan terpaksa

    ditanggung bersama. Ada yang datangnya langsung dari Tuhan tanpa campur tangan manusia seperti kemarau, banjir, gempa bumi, ribut taufan, tsunami, penyakit

    berjangkit, hasil tanaman tidak menjadi dan seumpamanya. Ada pula bencana yang Tuhan jadikan melalui sebab musabab dengan adanya campur tangan manusia seperti

    permusuhan, krisis, peperangan, gejala sosial, kezaliman pemerintah, kemerosotan ekonomi, harga barang dan kos perkhidmatan mahal dan lain-lain.

    Para Sahabat apabila mendengar guruh di langit atau berlaku angin kencang, wajah

    mereka bertukar menjadi pucat ketakutan. Mereka memohon perlindungan Allah SWT

  • dari sebarang kemurkaan yang Dia datangkan melalui berbagai bencana. Mereka bukan

    takut kepada guruh petir atau ribut taufan itu tetapi mereka takut kepada Allah SWT. Mereka takut kalau dosa-dosa atau maksiat yang mereka lakukan menjadikan Tuhan

    murka dan didatangkan bencana alam. Manusia hari ini kalau berlaku musibah atau bencana alam, jarang atau hampir tidak dikaitkan dengan dosa dan maksiat dan

    kemurkaan Tuhan. Sering kali hanya dikaitkan dengan fenomena semula jadi seperti perubahan cuaca, pemanasan global, gempa bumi, dan sebagainya.

    Bersangka baiklah terhadap Tuhan. Berlakunya berbagai musibah itu sama ada yang

    bersifat langsung dari Tuhan mahupun yang berlaku melalui angkara tangan manusia, semuanya Tuhan bermaksud untuk peringatan, pengajaran, mendidik, menyedar dan

    menginsafkan manusia. Terutamanya agar manusia dapat melihat dan merasakan betapa Tuhan itu Maha Kuasa. Dengan cara itu bertambah iman dan taqwa manusia.

    Apa yang Tuhan kehendaki berlaku pasti berlaku dan tiada siapa atau tiada kuasa lain, kepintaran dan kepandaian manusia dapat menghalang. Melainkan agar manusia penuh

    akur sahaja kepada Tuhan dan bertambah takut kepada Tuhan. Agar manusia sedar dan insaf serta segera bertaubat samada taubat terhadap dosa, bagi yang berdosa, mahu

    pun taubat selaku seorang hamba bagi yang tidak berdosa. Musibah angkara manusia pula agar manusia sedar dan insaf, bahawa begitulah akibat menolak Tuhan serta

    sistem Tuhan.

    Begitulah natijah hidup tidak menjadikan Tuhan sebagai modal dan tidak menjadikan Tuhan sebagai matlamat. Kalau dalam sebuah rumahtangga atau mana-mana institusi

    yang anggotanya dalam jumlah yang kecil pun dilanda krisis, berpecah belah,

    berserabut dengan masalah kerana meminggirkan Tuhan, betapalah dalam jumlah yang besar seperti negara dan ummah.

    Takutkan Tuhan, manusia akan menjadi baik. Cintakan Tuhan manusia akan berkasih

    sayang sesama sendiri. Manusia yang takut dan cintakan Tuhan sudah pasti menjadi malaikat berwajah manusia, subur benih malaikat dalam diri mereka. Dan mereka hidup

    dengan sistem Tuhan. Manusia yang tidak takut dan tidak cintakan Tuhan akan subur sifat-sifat syaitan dan cinta dunia. Mereka ini adalah syaitan berwajah manusia. Hanya

    manusia pada fizikalnya saja tapi hati, sikap, perangai dan tingkah lakunya adalah syaitan. Cinta dunia adalah ibu segala maksiat. Maka ber leluasalah berbagai gejala

    sosial yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh manusia itu sendiri.

    Apabila Tuhan datangkan musibah atau bencana, Tuhan bermaksud agar manusia berpaling dari kelalaian dan kembali kepada Tuhan. Cuba kita lihat kepada sejarah

    kaum-kaum di zaman para Rasul. Apabila Tuhan murka kepada sesuatu kaum disebabkan oleh keingkaran mereka maka Tuhan datangkan berbagai bencana alam

    sebagai peringatan. Umpamanya kaum Nabi Nuh, Tuhan banjirkan seluruh dunia. Kaum Nabi Soleh, Tuhan datangkan pet ir serta hujan batu. Kaum Nabi Lut, Tuhan terbalikkan

    bumi. Firaun serta pengikutnya Tuhan tenggelamkan di dalam Laut Merah. Terhadap golongan yang memerangi Rasulullah SAW ketika perang Khandak, Tuhan datangkan

    taufan sejuk sehingga bertempiaran lari musuh-musuh itu dan di antara mereka itu ada yang terbunuh.

    Kalau dalam keadaan manusia beriman Tuhan datangkan juga bencana, maka dalam keadaan itu ada rahmat besar dari Tuhan bertujuan menghapuskan dosa mereka dan

    mengangkat darjat bagi mereka yang tidak berdosa. Cuba fikirkan, setelah datang

  • peringatan Tuhan tetapi masih kufur, ertinya itu satu laknat dari Tuhan. Bagaimana

    kalau mati dalam kekufuran?

    Begitulah didikan Tuhan melalui musibah dan bencana yang Tuhan timpakan kepada manusia. Sepatutnya umat Islam sangat serius memikirkan peringatan Tuhan apabila

    Tuhan datangkan banjir, ombak Tsunami, kemarau, lumpur panas, penyakit berjangkit, hasil tanaman tidak menjadi, tanah runtuh, gempa bumi, ribut salji, taufan dan lain-lain.

    Bukannya melihat kepada fenomena alam. Sedangkan fenomena alam itu juga datangnya dari Tuhan. Kerana Tuhan datangkan musibah itu melalui sebab. Apabila

    Highland Tower tumbang menyembah bumi, kajian yang dibuat hanya terhenti kepada hujan lebat, struktur tanah yang lemah, pergerakan air bawah tanah. Itu semua adalah

    sebab musabab yang Tuhan jadikan supaya Highland Tower itu tumbang. Tetapi sebab yang tersirat adalah kerana dosa-dosa manusia, samada mereka yang menjadi penghuni

    kondominium tersebut atau pihak lain yang berkaitan. Namun kejadian itu adalah peringatan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang mengenal Tuhan dan faham peranan

    Tuhan.

    7. Tuhan datangkan masalah

    Sama seperti Tuhan timpakan sakit yang datang sekali sekala, maka masalah dalam

    hidup manusia termasuk dalam rumahtangga datang sekali sekala juga. Bagi orang yang tidak kenal Tuhan dan tidak faham kerja Tuhan, satu masalah dirasainya seolah-

    olah seratus masalah. Betapalah kalau benar-benar dia ada seratus masalah. Lantas dia menjadi manusia yang kecewa dan putus asa dan menjadikan dia buruk sangka

    terhadap Tuhan iaitu dia merasakan tiada erti hidup ini kerana penuh dengan masalah. Kemuncak putus asanya ialah melakukan perbuatan membunuh diri. Ini juga sebagai

    bukti bahawa manusia yang hidup tanpa Tuhan, jiwa mereka amat lemah dan rapuh kerana mereka tiada tempat bergantung dan tiada tempat bersandar. Apabila

    menghadapi masalah, terkapai-kapai, hilang pedoman dan tiada tempat rujuk, dan tiada tempat mengadu. Jiwa mereka kosong, pergantungan mereka hanyalah kepada akal

    semata. Sedangkan akal amat terbatas keupayaannya.

    Bergantung kepada akal semata-mata tidak sampai kepada Tuhan. Tuhan juga berlepas

    tangan membiarkan manusia bergelut dengan masalah sendiri. Apabila akal semata -mata cuba mengatasi masalah, bukan saja masalah yang sedia ada tidak selesai,

    bahkan akan timbul banyak side effect. Maka berkembang biaklah masalah yang kalau cuba diatasi akan menambah kusut lagi. Telah terbukti dalam dunia ini sudah berbagai

    teori, pendapat, idea, buah fikiran, teknik dah kaedah akal yang telah disajikan untuk mengatasi masalah manusia, semuanya gagal. Atau mungkin berjaya mengatasi satu

    masalah tetapi diiringi dengan timbul sepuluh masalah baru. Sepuluh masalah baru itu kalau cuba diselesaikan dengan kaedah yang sama akan terjadi pula seratus masalah

    baru. Sebab itu dunia hari ini manusianya sudah hilang kedamaian, hilang kesejahteraan, hilang keharmonian kerana berhadapan atau dikelilingi dengan pelbagai masalah.

    Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah krisis masyarakat kecil seperti rumahtangga,

    sekiranya bermasalah dan mencari penyelesaian, rata-rata panduan yang diberikan merujuk kepada kaedah akal. Termasuk para ulama dan ustaz-ustaz turut merujuk

    kepada bagaimana masyarakat Amerika atau Jepun mengatasi masalah rumahtangga.

  • Terdapat motivator yang mengajak ahli keluarga menghilangkan ketegangan dengan

    menghayati muzik Kitaro dari Jepun. Tidak sebut Tuhan dan Rasul serta ajaran Islam. Tidak mengajak kepada takut dan cintakan Tuhan serta memahami peranan Tuhan

    dalam apa keadaan sekalipun.

    Bagi mereka yang kenal Tuhan serta memahami peranan Tuhan, bukan sahaja masalah tidak dirasakan sebagai masalah, bahkan melalui masalah itu dia anggap mendapat

    keuntungan. Keuntungan yang dirasakan itu bukan bersifat material tetapi bersifat maknawiyah dan rohaniah. Melalui masalah itu dia berpeluang mendidik diri untuk lebih

    bertaqwa dan turut mendapat keuntungan rohaniah iaitu semakin takut dan cintakan Tuhan. Semakin terasa didikan Tuhan dan memperolehi berbagai hikmah, iktibar dan

    pengajaran. Jiwanya bertambah besar, sifat-sifat mahmudah semakin subur. Melalui masalah itu hatinya semakin tercabar dan memerlukan kesabaran. Kerana melalui

    kesabaran itu Tuhan hendak hadiahkan Syurga bi-ghairi hisab (tanpa hisab), bukan mudah hendak dicapai kecuali hati atau rohnya mesti tercabar. Apabila tercabar maka

    semakin kuat bergantung dan bersandar kepada Allah SWT.

    Beberapa keuntungan lain yang diperolehi melalui masalah dan kesusahan yang Tuhan datangkan samada dalam rumahtangga mahupun dalam kehidupan masyarakat,

    antaranya ialah:

    1. Masalah yang datang itu merupakan kifarah atau penghapusan ke atas dosa-

    dosa sekiranya Tuhan timpakan kepada orang yang beriman dan bertaqwa. Samada dosa yang disedari atau tidak disedari. Sebaliknya kepada menusia yang

    tidak beriman maka masalah itu merupakan satu hukuman dari Tuhan. Namun ianya juga sebagai satu peringatan agar manusia itu sedar dan kembali kepada

    Tuhan.

    Kaum-kaum yang ingkar akan seruan para Rasul, Tuhan hukum atau beri peringatan dengan Tuhan datangkan bencana alam. Banjir kepada kaum Nabi

    Nuh, Tuhan terbalikkan bumi bagi kaum Nabi Lut. Tuhan datangkan hujan batu bagi kaum Nabi Soleh. Tuhan datangkan nyamuk yang membunuh Namrud yang

    menentang Nabi Ibrahim. Firaun ditenggelamkan dalam Laut Merah. Kemarau tujuh tahun sebagai bencana kerana hasad dengki kepada Nabi Yusuf. Rasulullah

    SAW juga ada menyebut yang maksudnya, Tidak-lah seseorang hamba itu ditahan rezekinya melainkan kerana dosa-dosanya.

    Kedua-dua bentuk dosa itu mesti ditaubatkan dan kebaikan mesti diperbanyakkan sebagai penebus dosa. Tuhan mencintai orang yang berdosa dan

    bertaubat. Bahkan rintihan orang berdosa itu lebih baik daripada zikir para wali.

    2. Tuhan Maha Adil. Tuhan tetap membalas segala kesalahan samada di dunia mahupun di Akhirat. Dia akan merasa beruntung kerana melalui masalah itu

    Tuhan membalas dosanya di dunia. Kalau Tuhan beri balasan di Akhirat maka balasannya amat azab dan tidak tertanggung dengan bakaran api neraka.

    Sedangkan api lilin di dunia ini pun tidak sanggup menahan kepanasan betapalah api neraka yang amat dahsyat itu.

    Kalau faham peranan Tuhan tidaklah masalah diterima dengan negatif,

    sebaliknya masalah itu merupakan rahmat dari Tuhan kerana Tuhan sendiri

  • hendak selamatkan dari seksaan Akhirat yang sangat tidak dapat dibayangkan

    dahsyatnya.

    3. Tuhan Maha Adil, setiap perbuatan jahat pasti Tuhan balas. Tetapi Tuhan beri balasan menurut cara Tuhan, bukan menurut logik akal manusia. Umpamanya

    kalau seseorang pernah mencuri ayam, Tuhan bukan balas dengan orang lain mencuri ayam kepunyaan dia pula. Dia mencuri ayam kerana mungkin dia tidak

    punya ayam. Kalau tidak punya ayam bagaimana orang lain hendak mencuri ayam dia pula. Caranya, Tuhan balasi dengan suatu kesusahan lain yang Tuhan

    saja yang tahu menilai tahap kesusahan atau kerugian tuan punya ayam itu. Mungkin dengan cara Tuhan pancitkan tayar kereta, atau anaknya sakit dan

    terlantar di hospital selama tiga bulan, atau telefon bimbitnya hilang, dan berbagai kemungkinan lagi. Bila bermasalah maka terus muhasabah terhadap

    serba kemungkinan apa-apa saja kesalahan yang dilakukan.

    4. Manusia serba lemah, liar dan lalai terhadap Tuhannya. Tuhan mendidik secara langsung dengan didatangkan masalah supaya hati kembali berjinak-jinak

    dengan Tuhan.

    5. Ramai manusia yang sering dilanda masalah dalam ke luarga seperti isteri atau suami meragam dan anak-anak degil dan liar. Anggota keluarga sebenarnya

    adalah saluran paling dekat dan cepat untuk Tuhan memberi isyarat terhadap apa saja yang tidak kena, dosa, maksiat, lalai dan sebarang kedurhakaan kepada

    Tuhan. Atau dengan istilah yang mudah, Tuhan jadikan anggota keluarga sebagai cermin terutamanya kepada ibu bapa. Anak-anak mereka itu Tuhan

    jadikan cermin terhadap sikap ibu bapa. Oleh itu setiap manusia perlu memahami peranan Tuhan, apabila datang masalah hendaklah cepat-cepat melihat ke dalam

    diri sendiri.

    Kemungkinan-kemungkinannya ialah ibu bapa itu suatu ketika dulu pernah meragam, liar atau degil kepada ibu bapa mereka, guru-guru atau pemimpin.

    Atau pernah bermusuh dengan jiran atau kawan, atau adanya dosa -dosa yang sengaja dilupakan dan tidak mahu bertaubat terutamanya dosa sesama manusia.

    Atau pernah menipu, menzalimi dan menindas orang lain. Setidak-tidaknya mazmumah dalam diri yang sayang hendak diungkai kerana melalui mazmumah

    itu dia dapat untung seperti kedekut, ego, suka marah orang. Maka di atas kemungkinan itulah Tuhan datangkan masalah melalui anak isteri.

    Kalau ini berlaku, janganlah marahkan atau salahkan mereka. Tetapi hendaklah membaiki diri. Hendaklah muhasabah dan mengkoreksi diri. Perbanyakkan

    sedekah sebagai penebus atau kembali berkhidmat kepada kedua ibu bapa atau kepada masyarakat lain seperti anak yatim dan ibu tunggal.

    Sebagai peringatan tambahan, cuba kita renungkan tentang kehidupan kita,

    betapa Tuhan benar-benar berkuasa serta berperanan mendidik manusia, mentadbir, mengatur dan mencatur manusia dan sekalian makhluk-Nya.

    6. Masalah atau kesusahan yang Tuhan datangkan kepada orang yang beriman,

    Tuhan bermaksud agar orang itu bertambah kuat hubungan atau tautan hati dengan Tuhan. Ini Tuhan lakukan sesuai dengan fitrah yang Tuhan bekalkan

  • kepada manusia. Sudah menjadi fitrah manusia apabila ditimpa masalah, hati

    sentiasa merintih kepada Tuhan untuk bebas dari cengkaman masalah itu. Inilah didikan Tuhan kepada para hamba-Nya.

    Melalui cara itu juga jiwa manusia bertambah kuat untuk menghadapi cabaran

    hidup. Akal juga akan bertambah cerdik kerana sering memerah otak untuk mencari jalan keluar dari masalah yang sedang dialami.

    7. Kalau masalah yang Tuhan datangkan itu dalam bentuk yang terpaksa di pikul

    bersama atau ditanggung bersama atau sama-sama terpaksa menghadapinya, sama ada dalam keluarga atau dalam satu kelompok masyarakat, Tuhan

    bermaksud untuk mereka sama-sama merasai senasib dan berganding bahu mengatasinya, maka natijahnya akan bertambah s impati antara satu sama lain.

    Akhirnya akan bertambah jalinan kasih sayang dan bertambah akrab. Datanglah semangat bertolong bantu, saling prihatin, bela membela seta perpaduan yang

    lebih utuh.

    Kesimpulannya, barulah kita dapat melihat bahawa punca tercetusnya berbagai masalah

    dalam kehidupan manusia sama ada yang bersifat indiv idu mahupun yang ditanggung bersama, samada yang datang terus dari Tuhan atau yang dilakukan oleh manusia,

    adalah kerana manusia tidak mengenal Tuhan dan tidak memahami peranan Tuhan. Akibatnya manusia menganggap masalah itu sebagai masa lah dan berburuk sangka

    terhadap Tuhan yang mengizinkan musibah itu berlaku. Memang sewajarnya umat Islam sendiri memperjuangkan Tuhan sehingga manusia kenal Tuhan dan menghayati

    peranan Tuhan. Sehingga manusia merasa bahagia dalam apa keadaan dan situasi. Dalam senang, manusia memperolehi rahmat Tuhan dan dalam menghadapi masalah

    pun tetap baik sangka terhadap Tuhan, sekaligus turut mendapat rahmat Tuhan. Inilah erti hidup bahagia dengan Tuhan dan sekaligus inilah anak kunci utama kepada

    kebahagiaan rumahtangga.

    Mana-mana keluarga yang cita-cita hidup mereka adalah Tuhan, semua masalah dalam rumahtangga dirasakan sebagai kecil saja, kerana bagi mereka yang besar adalah sama

    ada mendapat Tuhan atau tidak. Mereka tidak merisaukan masalah la in kerana tenggelam di bawah kerisauan terhadap Tuhan. Mereka tidak takut kepada yang lain

    kerana sudah tenggelam di bawah takutkan Allah SWT. Hilang kebimbangan kepada yang lain kerana yang mereka bimbangkan ialah terhadap Tuhan. Segala masalah dalam

    rumahtangga tidak akan sampai melupai Tuhan lebih-lebih lagi atau jauh sekali dari mendurhakai atau kufur terhadap Tuhan.

  • Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid

    Dalam masyarakat Melayu Islam memang sering mengungkapkan bahawa perkahwinan

    atau berumah-tangga itu sebagai membangunkan masjid. Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya

    maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid. Masjid pula adalah satu institusi yang wajib ada dalam kehidupan masyarakat. Dan

    sudah tentu dalam pembinaan masjid bukan boleh dibuat sambil lewa. Semua aspek yang berkaitan dengan masjid mesti tiada yang tertinggal. Misalnya masjid mesti tepat

    arah kiblat. Dibina dengan sempurna supaya tiada gangguan dalam penggunaannya.

    Penjagaan masjid yang berterusan mesti diperkirakan dari awal kerana masjid bukan sekadar hendak dipakai untuk tempoh yang singkat, sebaliknya penggunaan masjid

    sampai bila-bila.

    Sekarang mari kita tinjau lebih terperinci lagi tentang konsep dan falsafah masjid dan bandingannya dengan rumahtangga.

    1. Masjid dibina kerana Allah SWT. Dilarang membina masjid dengan niat-niat yang

    lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Terpesong niat akan mudah musnah rumahtangga. Umpamanya niat

    berumahtangga hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan naluri atau sekadar hendak melepaskan nafsu semata-mata. Niat-niat yang tidak murni ini awal-awal

    lagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Tuhan tidak pimpin dalam menjalani hidup berkeluarga. Hilang keberkatan dari Tuhan. Hasilnya rumahtangga itu tidak

    akan tenteram. Amat perlu diingat bahawa tanda sebuah keluarga yang hilang keberkatan ialah apabila suasana tidak tenteram, sering marah-marah, sering

    bertengkar, hilang kasih sayang, mementingkan diri sendiri, hidup nafsi-nafsi.

    2. Arah kiblat semua masjid adalah tepat. Arah kiblat yang salah membatalkan sembahyang. Semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan

    yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumahtangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah

    sepakat, bermuafakat, seia sekata, saling memiliki rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu. Andainya niat berumahtangga itu tidak tepat, ibarat masjid

    salah kiblat. Biarpun berjaya juga dibendung dari timbulnya krisis, namun

    rumahtangga itu hakikatnya sudah berpecah-belah. Untuk sementara waktu mungkin boleh bertahan kerana belum ada sebarang cabaran atau gangguan.

    Lazimnya sedikit sahaja cabaran yang melanda, rumahtanggan akan mudah rapuh dan terbarai.

    3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya rumahtangga adalah saluran anggota keluarga membesarkan Allah SWT. Bukan tempat membesarkan

    dunia, nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis adalah berpunca kerana dalam diri masing-masing subur cinta dunia, subur perangai syaitan,

    bertunjangkan nafsu dan tabiat haiwan semata-mata. Cinta dunia, angkara nafsu dan syaitan adalah punca dunia porak peranda dan tiada noktah permusuhan

    dan perperangan. Inilah juga akibat yang bakal ditanggung oleh rumahtangga

  • yang memiliki faktor yang serupa. Iaitu rumahtangga yang mana Tuhan tidak

    dipedulikan, Tuhan terpinggir, Tuhan tidak dibawa bersama dalam kehidupan.

    4. Masjid adalah tempat ibadah. Tempat beramal mengabdikan diri kepada Allah SWT. Masjid bukan tempat hingar bingar, bukan tempat kelakar dan lucu dengan

    gelak ketawa berdekah-dekah, bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert atau tempat menonton sebarang permainan.

    Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan penuh berdisiplin, kaya dengan adab sopan, tata susila dan ketertiban. Suasananya aman tenteram seolah-olah suasana

    menjaga ibadah. Sepertimana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka

    begitulah suasana dalam rumahtangga.

    5. Masjid adalah tempat berlakunya pengajian, majlis ilmu, nasihat-menasihati dan

    peringatan. Secara khususnya atau rasminya adalah Khutbah Jumaat. Begitulah keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga. Terutamanya suami,

    selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain, adab-adab

    dan membaca Al-Quran. Juga mesti mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota keluarga.

    6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormat-menghormati dan saling bermaafan. Demikianlah sewajarnya terjadi dalam

    rumahtangga. Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang, saling selamat dan menyelamatkan, saling menghiburkan, prihatin, setia dan

    bela-membela. Yang tua mengasihi, manakala yang muda menghormati. Yang tidak tahu diberi tunjuk ajar, yang bersalah meminta maaf dan yang tidak

    bersalah memberi maaf.

    7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan berbagai komponen dan bahan

    binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Ditambah lagi dengan berbagai ukiran yang menambahkan lagi cantiknya

    sesebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan antara dua orang atau sepasang suami isteri itu saja. Lebih dari itu bermula dari

    ikatan dua orang suami isteri, terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak. Sanak saudara antara kedua pihak bertukar menjadi ikatan kekeluargaan yang

    lebih besar. Termasuk juga selepas perkahwinan itu akan mendapat anak, seterusnya menantu pula, maka bertambah lagi anggota keluarga. Selepas anak-

    anak dan menantu-menantu, datang pula cucu-cucu. Cucu-cucu pula berkahwin maka bertambah lagi jumlah anggota keluarga. Seluruh ikatan kekeluargaan itu

    perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu besarnya fungsi rumahtangga.

    Cuba bayangkan andainya berlaku perceraian antara suami isteri. Maka

    perceraian itu diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan yang diibaratkan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak.

    Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh. Walaupun bercerai itu tidak

  • berdosa, namun ianya ibarat runtuhnya sebuah masjid. Kesan negatif dari

    perceraian itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya.

    Seperti mana masjid perlu ada penjagaan berterusan agar kekal berfungsi maka

    begitulah juga rumahtangga perlu sangat dijaga agar kekal hingga akhir hayat. Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk

    melaksanakan berbagai aktiv iti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai

    kepincangan dalam masyarakat.

    8. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya. Habuk, debu, sawang semuanya disingkirkan. Najis memanglah sangat diawasi. Tahi cicak pun tidak boleh ada.

    Ini kesucian yang bersifat lahir. Orang-orang yang memasuki masjid turut menjaga kesucian batin. Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar

    tidak menjalar sifat mazmumah sepanjang berada dalam masjid. Ertinya, sedikit sebanyak berusaha juga membuat penyucian hati. Kerana hati memang terasa

    diawasi oleh Allah SWT. Dengan harapan perasaan atau rasa diawasi oleh Allah SWT itu dapat dibawa keluar dari masjid.

    Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat di mana anggota keluaga menjadikannya gelangang mujahadah untuk membuang dan membakar sifat

    mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Juga dengan harapan sifat-sifat mahmudah dapat dibawa bersama ketika berada di luar rumah

    bersama masyarakat. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesannya ialah anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang baik-baik.

    Aman damailah pula masyarakat dan negara.

  • Hidup Bersama Tuhan

    Orang bertaqwa ertinya orang yang hidupnya sentiasa bersama Tuhan. Orang yang

    hatinya kuat rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Cita-cita dan matlamat mereka adalah Tuhan. Kerisauannya adalah bimbang terputus dari Tuhan. Cemasnya adalah kerana

    tidak tahu bagaimana kedudukan dirinya di sisi Tuhan. Lebih menggerunkan ialah dia tidak tahu apakah di Akhirat nanti Tuhan terima atau tidak. Sedangkan Akhirat nanti

    kekal abadi dan tiada siapa yang bersimpati serta tiada siapa yang dapat menolong. Masing-masing sibuk dengan diri sendiri.

    Orang bertaqwa ertinya orang yang mendapat Tuhan. Mendapat Tuhan ertinya

    mendapat segala-galanya. Hidup orang bertaqwa ini senang, tenang dan bahagia kerana susah dan senang sama sahaja baginya. Kedua-duanya tetap mendatangkan

    keuntungan. Kalau susah dia sabar kerana kesusahan itu datang dari Tuhan, serta yakin kesusahan itu hanya sementara dan akan Tuhan iringi pula dengan anugerah nikmat.

    Kalau senang pula dia bersyukur kerana itu adalah anugerah Tuhan. Kalau kita gembira dengan kesenangan, mengapa dukacita di atas kesusahan sedangkan kedua-duanya

    datang dari Tuhan. Alangkah bahagianya orang yang setiap situasi hidupnya sentiasa mendapat Tuhan, yang ertinya mendapat keuntungan. Inilah maksudnya mendapat

    segala-galanya. Untung di dunia hidup dalam ketenangan. Untung Akhirat pula Tuhan

    tidak sia-siakan dengan menganugerah ganjaran berlipat kali ganda tanpa diduga di Akhirat kelak.

    Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah fitrah manusia.

    Setiap manusia berbuat apa sahaja yang semuanya ingin mencapai tujuan akhir iaitu kebahagiaan, biarpun sedikit sahaja yang berjaya memperolehi kebahagiaan hakiki.

    Berbagai cara yang manusia laksanakan dengan tidak jemu-jemu memburu dan mencubanya. Itu semua bertujuan untuk merasa bahagia. Majoriti manusia tidak

    memperolehinya kecuali hanya sekadar eskapism yang bersifat sementara. Hanya sekadar melupakan sekejap penderitaan batin yang tidak kunjung padam. Manusia

    hanya mencapai utopia yang di awang-awangan, tidak berpijak di bumi nyata, tidak lebih menjadi eskapism, kepura-puraan dan menipu diri sendiri.

    Untuk mengecapi kebahagiaan yang sebenar, terimalah hakikat kehidupan ini sangat

    tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Hati yang benar-benar dapat merasai kehendak Tuhan itulah yang berlaku dan merasa beruntung dalam

    apa situasi sekalipun, akan menikmati keindahan hidup yang disebut sebagai Al-jannatul ajilah, syurga yang disegerakan sebelum Syurga yang hakiki.

    1. Banyak perkara yang kita mahu, yang kita inginkan, yang kita idam dan menjadi cita-cita kita. Kita berusaha untuk mendapatkannya, memperolehinya atau

    mencapainya. Kita pun berjaya atau usaha kita itu berhasil.

    Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Tuhan yang menganugerahkan kejayaan itu. Iringilah pula dengan rasa bimbang kerana dengan kejayaan itu

    sekaligus merupakan amanah, tanggungjawab dan ujian. Tuhan mahu melihat bagaimana hamba-hambaNya melaksanakan tuntutan syukur itu. Paling utama

  • ialah tidak merasai kejayaan itu adalah hasil usaha dan kepandaian diri. Bahkan

    kekal dengan rasa hina, dhaif, tidak upaya dan tidak layak memikul amanah.

    2. Setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya

    memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhanlah yang lebih mengetahui ke atas tiap

    sesuatu. Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan

    berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu.

    Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi

    penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat.

    3. Sering juga terjadi perkara yang kita cita-citakan dan idamkan, kita usahakan untuk mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini,

    perasaan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan.

    Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu

    pun dengan maksud supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut. Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah

    bahawa itulah yang terbaik untuk kita, cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan.

    Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak

    terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang menguruskannya untuk

    disemadikan di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk menempuh Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka.

    4. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita juga berusaha menghindari banyak perkara seperti sakit, kemalangan, kegagalan, ada yang berjaya dan ada

    yang gagal. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Di sini juga kita dapat merasakan bahawa Tuhan mengawal dan mentadbir tiap-tiap sesuatu.

    Tuhan Maha adil yang melakukan sesuatu ke atas hamba-hambaNya penuh berhikmah. Namun sedikit sahaja hikmah yang dapat diselami, sekadar yang

    dapat difikirkan oleh akal yang amat terbatas.

    Kepelbagaian keadaan yang Tuhan lakukan kepada manusia itu yang paling

    utama Tuhan mahu manusia sentiasa merasa bertuhan, tidak putus hubungan dan pergantungan kepada yang Maha Berkuasa. Ketika susah dapat dirasakan

    didikan Tuhan kepadanya, maka bertambah iman. Ketika senang terasa luasnya rahmat Tuhan, bertambah pula azam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

    Ketika susah, gagal, sakit, musibah, bencana, terasa pula cubitan kasih sayang dari Tuhan dan sekaligus sebagai suis automatik dari Tuhan untuk hamba-Nya

    kembali bermanja-manja kepada Tuhan. Andainya memahami hakikat ini, alangkah beruntungnya kerana setiap situasi tidak putus dari rasa kehambaan

    dan rasa bertuhan.

  • 5. Satu aspek yang mungkin amat jarang disedari oleh manusia iaitu terlalu banyak

    perkara dan peristiwa yang telah, sedang dan akan berlaku adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas atau terfikir. Sama ada sesuatu perkara, kejadian dan

    peristiwa itu berkait secara langsung dengan kita atau tidak ada kena mengena dengan kita. Keadaan ini yang paling banyak berlaku. Kalau ada yang mahu

    memikirkannya sering terhenti setakat kajian sebab dan akibat. Sekadar berfikir tentang punca sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku. Amat jarang bahkan

    hampir tiada yang mahu mengaitkan dengan Tuhan. Jarang atau hampir tiada yang mahu melihat dan merasakan bahawa Tuhan yang menjadikan tiap-tiap

    sesuatu.

    Sebab akibat memang merupakan ketentuan atau sunnatullah. Namun apakah sebab itu bukan dari Tuhan? Sesuatu akibat yang bermula dari sebab, sedangkan

    sebab itu Tuhan juga yang datangkan untuk menghasilkan akibat. Tuhan hendak menghasilkan kesembuhan dari sebab ubat, ubat itu juga datangnya dari Tuhan.

    Tuhan hendak kenyangkan manusia dengan sebab makan, makanan itu juga dari Tuhan dan Tuhan yang ciptakan makanan. Tuhan yang tadbir dengan

    menentukan j