rukun negara merupakan cetusan idea para pemimpin dan cendekiawan negara yang ingin melihat rakyat...

22
1.0 Pengenalan Pewujudan kehidupan masyarakat yang adil, bersatu padu serta dapat menjamin kehidupan yang lebih demokratik hanya boleh dilakukan melalui persefahaman antara rakyat. Malaysia, negara yang mempunyai pelbagai budaya, adat resam dan pemahaman agamanya tersendiri. Namun apa yang menjadi persoalannya ialah bagaimanakah kepelbagaian ini dapat diseragamkan agar peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi? Jawapannya Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi yang menyatukan kefahaman bagi semua masyarakat. Malah Rukun Negara juga merupakan hasrat Malaysia dalam membentuk sebuah bangsa Malaysia yang patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan negara. Secara umumnya, ideologi negara, iaitu Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Walaupun negara kita mengejar arus kemajuan namun Rukun Negara perlu sentiasa di hayati oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia. 1.1 Sejarah Pembentukan Rukun Negara Rukun negara dibentuk disebabkan oleh peristiwa 13 mei yang mencetuskan rusuhan. Setelah negara merdeka, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pada ketika itu menghadapi

Upload: angeline

Post on 02-Feb-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

huraian mengenai rukun negara

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

1.0 Pengenalan

Pewujudan kehidupan masyarakat yang adil, bersatu padu serta dapat

menjamin kehidupan yang lebih demokratik hanya boleh dilakukan melalui

persefahaman antara rakyat. Malaysia, negara yang mempunyai pelbagai

budaya, adat resam dan pemahaman agamanya tersendiri. Namun apa

yang menjadi persoalannya ialah bagaimanakah kepelbagaian ini dapat

diseragamkan agar peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi? Jawapannya

Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi yang menyatukan

kefahaman bagi semua masyarakat. Malah Rukun Negara juga merupakan

hasrat Malaysia dalam membentuk sebuah bangsa Malaysia yang patriotik

dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan negara.

Secara umumnya, ideologi negara, iaitu Rukun Negara diisytiharkan pada 31

Ogos 1970. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan

yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat

yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil

dan saksama. Walaupun negara kita mengejar arus kemajuan namun Rukun

Negara perlu sentiasa di hayati oleh rakyat kerana pembentukannya adalah

mengikut acuan masyarakat Malaysia.

1.1 Sejarah Pembentukan Rukun Negara

Rukun negara dibentuk disebabkan oleh peristiwa 13 mei yang mencetuskan

rusuhan. Setelah negara merdeka, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri

pada ketika itu menghadapi masalah dalam menguruskan sistem ekonomi

yang diwarisi sejak penjajahan Bristish iaitu orang Melayu tinggal di

kampung, orang cina di pekan atau bandar dan orang india di estet. Sikap

liberal Tunku dan ditambah pula oleh kelembutan beliau untuk melayan

permintaan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan orang Melayu

merasakan kehidupan mereka diabaikan. Tumpuan Tunku yang terlalu

berlebihan pada pertumbuhan material dan pasaran bebas tanpa

menggunakan kuasa kerajaan untuk melakukan campur tangan telah

menyebabkan jurang di antara golongan berada dengan golongan tidak

berada semakin melebar. Titik-titik jurang antara kemewahan

Page 2: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan

kesempitan hidup orang Melayu, dan berbagai-bagai lagi adalah punca-

punca yang mencetuskan keresahan kaum dan manifestasinya Peristiwa 13

Mei 1969 (Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin, 2009).

Peristiwa 13 Mei berlaku selepas beberapa hari Pilihan raya ketiga

berlalu. Dalam Pilihan raya ini, Parti Perikatan gagal mendapat undi Majoriti

dan telah kehilangan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Dalam pilihan

raya itu, Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik

(DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah memenangi 25kerusi manakala PAS

memenangi 12 kerusi Parlimen. Oleh itu, bagi meraikan kemenangan

mereka Parti GERAKAN telah mengadakan perarakan sebagai lambang

kemenangan mereka. Keadaan ini menimbulkan ketegangan di antara

orang Melayu dan juga orang Cina. Pada 13 Mei, UMNO telah mengadakan

perarakan balas dan mengakibatkan tercetusnya rusuhan di antara kedua-

dua pihak. Isu pilihan raya ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai

kemuncak kepada ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia.

Titik tolak daripada peristiwa itu, maka sistem kerajaan berparlimen

telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan

bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-

undang negara dan memupuk suasana harmoni dan saling percaya di antara

masyarakat berbilang kaum. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai

pengarah operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan

sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan. Parlimen kembali dipulihkan

semula pada 22 September 1970. Melalui MAGERAN telah ditubuhkan

Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab dalam menjadi pemikir

dalam merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya

satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah

negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa

yang stabil. RukunNegara ini telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos

1970 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Page 3: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

1.2 Rukun Negara lambang demokratik

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, demokratik secara literalnya disifatkan

sebagai keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas. Hal ini

bermakna pemerintahan di negara kita Malaysia pemerintahan tidak melihat

pada keadaan sosial seseorang dan semuanya memiliki keistimewaan yang

sama. Oleh itu Rukun Negara dianggap sebagai lambang demokratik kerana

unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak menampakkan hak

milik sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina

lingkaran yang luas, sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tata

kelakuan, mengendalikan, dan memberi arah kepada kelakuan dan

perbuatan yang sebenarnya bercirikan Malaysia.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara ini dibentuk

berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga

agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini adalah bagi memperkukuhkan

perpaduan kaum. Oleh itu menurut Tun Abdul Razak,

“Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya.

Tanpa amalan Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang

tidak mempunyai makna”.

“.... adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh

setiap rakyat, tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala

hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiap-taip perkataan dan

kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.”

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut :

i) Kepercayaan kepada Tuhan

ii) Kesetiaan kepada raja dan negara

iii) Keluhuran perlembagaan

iv) Kedaulatan undang-undang

Page 4: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

v) Kesopanan dan kesusilaan.

Di dalam Rukun Negara terdapat lima cita-cita negara antaranya

adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakat, untuk memelihara satu cara hidup yang

demokratik. Seterusnya untuk mencipta satu masyarakat yang

adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara

adil dan saksama, untuk menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-

bagai corak dan yang terakhir adalah untuk membina satu

masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden.

2.0 PRINSIP RUKUN NEGARA MELAHIRKAN MASYARAKAT

DEMOKRATIK

Setiap prinsip yang dibentuk dalam Rukun Negara mempunyai

sifatnya sendiri dalam melahirkan masyarakat yang adil, bersatu

padu serta dapat menjamin kehidupan yang lebih demokratik.

Setiap satunya mempunyai nilai-nilai yang boleh diterapkan dalam

diri setiap insan yang bergelar rakyat Malaysia. Jika prinsip-

prinsip ini dihayati maka keberhasilan Rukun Negara dalam

melahirkan masyarkat yang demokratik adalah tinggi.

Page 5: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

2.1.1 Kepercayaan kepada Tuhan

Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana

ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang,

sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang kukuh terhadap

agama akan dapat menahan seseorang itu daripada melakukan

jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan,

tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan

dengan aman. Menyedari betapa pentingnya keteguhan

pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-

masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam

Rukun Negara. Apabila prinsip ini diamalkan, maka seseorang itu

dapat memikirkan mana yang baik dan jahat serta tidak mudah

dikuasai oleh emosi. Seseorang yang mempunyai kepercayaan

terhadap Tuhan dan melaksanakannya mengikut ajaran agama

masing-masing sudah tentu akan membina hubungan yang baik

dengan orang disekelilingnya. Prinsip ini sangat bertepatan

dengan konsep kehidupan masyarakat Malaysia.

Masyarakat yang mengamalkan prinsip ini dapat

mewujudkan suasana yang baik dan juga aman. Hal ini kerana,

agama merupakan asas dalam membentuk peribadi yang unggul

dan peribadi yang unggul sudah semestinya dapat mewujudkan

kemesraan dalam sesuatu perhubungan tanpa melihat status

sosial dan ekonomi. Masyarakat yang tidak melihat status sosial

dan ekonomi akan mewujudkan masyarakat yang adil, bersatu

padu serta dan menjamin kehidupan masyarakat yang lebih

demokratik dan peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kembali.

Page 6: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

Oleh itu, dalam Rukun Negara, MAGERAN meletakkan

prinsip ini sebagai prinsip yang pertama kerana agama

merupakan satu asas yang sangat kuat dalam membentuk

Masyarakat yang demokratik. Agama kunci kepada perpaduan

dan agama jugalah yang membentuk peribadi seseorang manusia

yang diberikan pemikiran dalam menentukan sesuatu yang baik

dan jahat. Setiap agama mengajar sesuatu yang baik dan

meminta umatnya menghormati agama yang lain. Hal ini sangat

bertepatan dengan negara kita Malaysia.

“Perpaduan dan keamanan yang wujud dalam negara ini

hasil daripada sikap toleransi dan memahami di antara satu sama

lain (mutual understanding) perlu diperkukuhkan, bukan

diperkotak katikkan demi kepentingan diri dan perjuangan politik

berunsurkan perjuangan perkauman atau bercirikan konsep

komunisme yang membelakangkan tradisi masyarakat

beragama.”

“Kebebasan beragama yang diamalkan oleh negara

Malaysia perlu dihormati supaya setiap individu dapat memahami

bahawa menghindari atau mencegah sesuatu kaum daripada

mengamalkan tradisi agama dan budaya mereka merupakan satu

perkara yang sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan dan

mencetuskan permusuhan” - Utusan Malaysia-

Kesimpulannya, prinsip kepercayaan kepada Tuhan yang

terkandung dalam Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat

Page 7: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

yang bukan sahaja adil,bersatu padu tetapi demokratik dan

mempunyai asas agama yang kuat.

2.2 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong sebagai Ketua Negara dan sistem beraja juga diamalka ndi

setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang

tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua

Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka

setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,

jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong . Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki

menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri

tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia

kepada Yang di-Pertuan Agong.

Prinsip ini sebenarnya sudah lama diterapkan dalam diri

masyarakat terutama sekali orang Melayu. Kita boleh lihat

melalui pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang menitik

beratkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Sesiapa yang

ingkar akan dibuang negeri atau dijatuhkan hukuman. Raja

sebagai lambang kedaulatan negara dan perpaduan negara.

Jatuhnya empayar Melaka kerana kecurangan si Kitul dan

beberapa pembesar yang mengkhianati Melaka sehingga

Page 8: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

empayar yang agung itu musnah. Hal tersebut dijadikan sebagai

penyebab kenapa prinsip ini dimasukkan dalam Rukun Negara.

Kesetiaan itu sangat penting dalam sesuatu perhubungan, begitu

juga dengan negara. Prinsip ini mengajar kita sebagai manusia

dan rakyat untuk menjaga keharmonian negara, bersatu padu

dalam menentang musuh dengan menumpahkan kesetiaan

kepada negara sendiri. Maka, prinsip ini membuktikan bahawa

sesuatu masyarakat dapat bersatu padu dengan menumpahkan

taat setia kepada raja dan negara sekaligus dapat memelihara

keamanan negara.

2.3 Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan

mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan

Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan

yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada

setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka

sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki

menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan

kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan

Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara merupakan asas kepada hala tuju

Malaysia dalam memerintah negara sendiri. Kemenangan Parti

Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun

1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua

Menteri Pertama.

Page 9: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri

selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada

Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan

Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah

Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British

sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan

ke London untuk membincangkan soal penggubalan

Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh

kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya

Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk

merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan

parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu

tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses

runding cara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah

mendapat keutamaan.

Dalam memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni,

persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama

serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh

lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu,

kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan

istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf

Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos

Page 10: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

1957. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah

Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan

Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada

Malaysia.

Melalui sejarah pembentukan perlembagaan ini , kita dapat

melihat bagaimana usaha para pemimpin dahulu berusaha untuk

mendapatkan satu kemerdekaan juga hak-hak yang sepatutnya

dimiliki oleh orang Tanah Melayu. Dalam prinsip ini, ia mengajar

kita sebagai masyarakat Malaysia untuk menghormati setiap apa

yang termaktub dalam perlembagaan untuk kesejahteraan

bersama dan tidak boleh mempersoalkannya kerana ia

merupakan rang undang-undang yang pertama dibina sejak

Malaysia merdeka. Prinsip ini juga mengajar kita sebagai rakyat

Malaysia untuk menghormati antara satu sama lain dan

memastikan hak semua orang tidak dipertikaikan. Hal ini kerana,

setiap apa yang terkandung dalam perlembagaan adalah untuk

mewujudkan satu perpaduan dalam masyarakat. Oleh itu dapat

dibuktikan bahawa prinsip keluhuran perlembagaan dapat

melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mempertikaikan

hak-hak yang terdapat dalam perlembagaan dan mewujudkan

kehidupan yang demokratik.

Page 11: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

2.4 Kedaulatan Undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana

setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan .

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa

undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman

dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh

institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Tuntutan kepada

prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-sama menghormati

undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya

serta memelihara kedaulatannya.

Dalam prinsip ini, ia menekankan akan keadilan bagi setiap

masyarakat. Undang-undang yang dibuat semuanya sama bagi

setiap rakyat tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka.

Selain itu, prinsip ini juga akan mewujudkan perasaan puas hati

dalam setiap masyarakat kerana tugas penguatkuasaan undang-

undang dijalankan dengan penuh keadilan. Kerajaan dan rakyat

terikat oleh undang-undang dan wajib mengikutinya dan inilah

prinsip utama dalam konsep kedaulatan undang-undang.

AV Dicey, seorang ahli falsafah perlembagaan British,

memperkenalkan kedaulatan undang-undang dengan tiga elemen

asas; ketiadaan kuasa yang dilaksanakan secara sewenang-

Page 12: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

wenangnya; keluhuran undang-undang dan kuasa budi bicara

yang terhad.

Beberapa lagi prinsip utama di bawah konsep kedaulatan

undang-undang ialah, undang-undang hendaklah stabil, tidak

mudah dan tidak berubah, badan kehakiman yang bebas,

pemakaian prinsip semakan kehakiman dan kebebasan asasi. Di

samping itu, prinsip yang lebih terkini dalam konsep kedaulatan

undang-undang ialah mahkamah juga harus mudah diakses oleh

masyarakat, prosesnya tidak mahal dan terbuka kepada orang

ramai Ringkasnya, kedaulatan undang-undang mengandungi

prinsip bahawa semua orang dan institusi tertakluk kepada dan

bertanggungjawab kepada undang-undang yang sedang

dikuatkuasakan. Prinsip kedaulatan undang-undang. Prinsip

kedaulatan undang-undang berkaitan hak asasi ada dalam

Bahagian II Perlembagaan, kebebasan kehakiman ada dalam

Perkara 125 dan beberapa peruntukan lain.

Oleh itu dapat dibuktikan bahawa prinsip kedaulatan

undang-undang ini berkaitan dengan keadilan bagi setiap

masyarakat untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan yang

sama rata. Kesamarataan itulah yang akan melahirkan

masyarakat yang adil, bantu-membantu dan dapat membina

perhubungan yang demokratik sesame rakyat.

Page 13: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

2.5 Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk

warga negara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu

yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam

konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat

pelbagai kaum di negara ini. prinsip ini menjadi panduan supaya

perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai

dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Masyarakat Timur terkenal dengan kesopanan dan

keramahan mereka dalam percakapan begitu juga dengan negara

kita Malaysia. Seseorang yang mempunyai kesopanan dan

kesusilaan dapat menghindarkan diri daripada perbalahan dan

dapat menyejukkan hati yang marah. Prinsip ini memberi

penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku

seseorang dalam menggambarkan kebudayaan negara ini. Sifat

sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks

perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat

menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormat

menghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang

berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan yang berhemah dapat

menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi

dalam suasana bersatu padu dan aman.

Page 14: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

Prinsip ini mengajak masyarkat untuk menanamkan sifat ini

dalam diri sendiri. Hal ini kerana, perlakuan yang sopan dan juga

tatasusila yang baik dalam sesuatu perhubungan tanpa mengira

bangsa, kaum dan agama akan membentuk satu masyarakat

yang hidup harmoni dan bersatu padu, sekaligus dapat

mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih demokratik.

Oleh itu, prinsip ini membuktikan bahawa masyarakat yang

adil, bersatu padu dan memiliki kehidupan yang demokratik dapat

diwujudkan melalui prinsip kesopanan dan kesusilaan ini.

Page 15: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

RUMUSAN

Kesimpulannya, Rukun Negara ini bukan hanya ideology yang

kosong semata-mata tetapi mempunyai prinsip-prinsip yang

sememangnya dapat melahirkan masyarakat yang adil, bersatu

padu serta dapat membentuk keamanan negara sekiranya

diamalkan. Selain itu, kehidupan yang demokratik juga turut

terbina.

Rukun Negara terdapat lima cita-cita negara antaranya

adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakat, untuk memelihara satu cara hidup yang

demokratik. Seterusnya untuk mencipta satu masyarakat yang

adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara

adil dan saksama, untuk menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-

bagai corak dan yang terakhir adalah untuk membina satu

negara. Tun Abdul Razak dengan jelas memberikan jamin cita-

cita negara ini akan tercapai apabila semua rakyat mengamalkan

prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

“Amalan Rukun Negara keseluruhan memberikan kita

jaminan mengekalkan tradisi-tradisi kebudayaan yang

berbagai-bagai corak di mana anggota-anggotanya bebas

untuk mengamalkan tradisi agama dan adat resam masing-

masing. Tujuan kita pada akhirnya ialah membina satu

Page 16: Rukun Negara Merupakan Cetusan Idea Para Pemimpin Dan Cendekiawan Negara Yang Ingin Melihat Rakyat Negara Ini Peka Kepada Perlunya Pembangunan Bangsa Yang Bukan Sahaja Mempunyai Identiti

masyarakat progresif dan yang bergerak maju selaras

dengan kemajuan sains dan teknologi.”