bab 2 - yakin-pelajar.comyakin-pelajar.com/cetusan minda ting 3/bab2.pdf · saiz sebenar 3 tujuan:...

3
1 BAB 2 Cetusan Minda 1 Tujuan: Mengenal pasti kepentingan membuat anggaran dan penghampiran dalam kehidupan seharian. Langkah: 1. Baca dan fahami situasi-situasi berikut. Situasi 1 Hashim tertarik dengan sehelai kemeja yang dijual dengan diskaun 50% di sebuah pasar raya. Harga asal kemeja itu ialah RM47.90. Hashim menganggarkan harga kemeja tersebut selepas diskaun dan membawanya ke kaunter bayaran. Juruwang memberitahu harga kemeja itu ialah RM28.70. Hashim memberitahu juruwang tersebut bahawa anggaran harga kemeja itu adalah tidak melebihi RM25. Adakah pernyataan Hashim benar? Situasi 2 Puan Tan ingin membeli 30 meter kain yang berharga RM5.85 semeter untuk menjahit langsir. Beliau membuat anggaran jumlah harga kain itu dan menyediakan RM180. Adakah jumlah wang yang disediakan oleh Puan Tan mencukupi? Perbincangan: 1. Dalam kedua-dua situasi di atas, bagaimanakah Hashim dan Puan Tan dapat membuat anggaran jumlah bayaran secara tepat tanpa mengira? 2. Bincang dengan rakan anda tentang kepentingan membuat anggaran dan penghampiran. 3. Nyatakan dua situasi lain yang memerlukan anda membuat anggaran dan penghampiran. Hasil daripada Cetusan Minda 1, didapati bahawa; Penghampiran suatu nilai kepada angka bererti tertentu membolehkan kita membuat anggaran dengan tepat. Berpasangan DISKAUN 50%

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Saiz sebenar

1

BAB 2

Cetusan Minda1Tujuan: Mengenal pasti kepentingan membuat anggaran dan penghampiran dalam kehidupan

seharian.Langkah:1. Baca dan fahami situasi-situasi berikut. Situasi 1 Hashim tertarik dengan sehelai kemeja yang dijual dengan diskaun 50%

di sebuah pasar raya. Harga asal kemeja itu ialah RM47.90. Hashim menganggarkan harga kemeja tersebut selepas diskaun dan membawanya ke kaunter bayaran. Juruwang memberitahu harga kemeja itu ialah RM28.70. Hashim memberitahu juruwang tersebut bahawa anggaran harga kemeja itu adalah tidak melebihi RM25. Adakah pernyataan Hashim benar?

Situasi 2 Puan Tan ingin membeli 30 meter kain yang berharga RM5.85 semeter untuk menjahit

langsir. Beliau membuat anggaran jumlah harga kain itu dan menyediakan RM180. Adakah jumlah wang yang disediakan oleh Puan Tan mencukupi?

Perbincangan:1. Dalam kedua-dua situasi di atas, bagaimanakah Hashim dan Puan Tan dapat membuat

anggaran jumlah bayaran secara tepat tanpa mengira?2. Bincang dengan rakan anda tentang kepentingan membuat anggaran dan penghampiran.3. Nyatakan dua situasi lain yang memerlukan anda membuat anggaran dan penghampiran.

Hasil daripada Cetusan Minda 1, didapati bahawa;

Penghampiran suatu nilai kepada angka bererti tertentu membolehkan kita membuat anggaran dengan tepat.

Berpasangan

DISKAUN

50%

Saiz sebenar

2

Hasil daripada Cetusan Minda 2, didapati bahawa;

1. Kad 1, Kad 2, Kad 3, Kad 5, Kad 6 dan Kad 7 ● Kedudukan digit sifar yang terletak di antara atau di bahagian akhir nombor,

mengekalkan nilai tempat digit 3. 2. Kad 4 dan Kad 8 ● Kedudukan digit sifar sebagai digit pertama telah mengubah nilai tempat digit 3. 3. Kad 10, Kad 11 dan Kad 12 ● Kedudukan digit sifar di bahagian akhir perpuluhan tidak mengubah nilai tempat digit 2.

Maka,

● Semua digit bukan sifar adalah angka bererti. ● Digit sifar di antara digit bukan sifar ialah angka bererti. ● Digit sifar di bahagian akhir suatu integer ialah angka bereti mengikut tahap kejituan yang

dikehendaki. ● Digit sifar di bahagian akhir suatu perpuluhan ialah angka bererti kerana menentukan tahap

kejituan perpuluhan tersebut. ● Digit sifar sebelum digit bukan sifar yang pertama bukan angka bererti.

Cetusan Minda 2Tujuan: Mengenal pasti kesan kedudukan digit sifar dalam integer dan perpuluhan.

Langkah:1. Perhatikan kad-kad integer di bawah.

3210

Kad 1

3.21

Kad 9

3021

Kad 3

3.021

Kad 7

3.2100

Kad 11

3201

Kad 2

3.201

Kad 6

3.210

Kad 10

0321

Kad 4

0.321

Kad 8

3.21000

Kad 12

Adakah kedudukan digit sifar memberi kesan kepada nilai digit 3?2. Perhatikan kad-kad perpuluhan di bawah.

Adakah kedudukan digit sifar memberi kesan kepada nilai digit 3?3. Perhatikan kad-kad perpuluhan di bawah.

Adakah bilangan digit sifar memberi kesan kepada nilai digit 2?4. Bincang bersama rakan-rakan anda, tentang kesan kedudukan digit sifar kepada nilai digit

bagi digit 3 pada kad 1 hingga kad 8 serta kesan penambahan digit sifar terhadap nilai digit bagi digit 2 pada kad 9 hingga kad 12.

5. Bentangkan hasil dapatan anda. Bandingkan hasil dapatan anda dengan kumpulan lain.Perbincangan:Apakah kesimpulan anda tentang kedudukan digit sifar dalam suatu integer atau perpuluhan?

3.210

Kad 5

Berpasangan

Saiz sebenar

3

Tujuan: Menulis sistem metrik bagi ukuran dalam bentuk piawai.Langkah:1. Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis nombor tunggal bagi nilai ukuran sistem

metrik dalam bentuk piawai.

Hasil daripada Cetusan Minda 3, didapati bahawa;

Bentuk piawai memudahkan penulisan nombor yang bernilai besar dan nombor yang bernilai kecil dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami.

Awalan SimbolNilai

Nombor Tunggal Bentuk Piawai

Eksa E 1 000 000 000 000 000 000 1 × 1018

Peta P 1 000 000 000 000 000Tera T 1 000 000 000 000Giga G 1 000 000 000Mega M 1 000 000Kilo k 1 000

Hekta h 100deka da 10

– – 1 1 × 100

deci d 0.1 1 × 10–1

centi c 0.01mili m 0.001

micro µ 0.000 001nano n 0.000 000 001pico p 0.000 000 000 001

femto f 0.000 000 000 000 001atto a 0.000 000 000 000 000 001

Perbincangan:1. Suatu nombor yang terlalu besar atau terlalu kecil nilainya boleh ditulis dalam bentuk

nombor tunggal atau dalam bentuk piawai. Bentuk manakah yang anda akan pilih untuk suatu operasi pengiraan? Berikan alasan anda.

Cetusan Minda

Berkumpulan

di Luar Belajar Bilik Darjah

BerpasanganKendiri

3