rukun islam - rujukan

6
RUKUN ISLAM & HURAIANNYA Di dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada kekuatannya. Ia dinamakan ‘al-arkan al-Islam’ ataupun ‘rukun Islam’. Lima rukun itu ialah: 1. Mengucap dua kalimah syahadah 2. Mendirikan solat lima waktu 3. Menunaikan zakat 4. Berpuasa Ramadan 5. Mengerjakan haji di Baitullah Huraian: 1. Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita. Namun, tidaklah cukup jika kita sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah ini, jika tidak memahami maksud dan tuntutan di sebalik pengucapannya. Bandingannya samalah seperti sighah (ijab dan kabul) semasa akad nikah dalam perkahwinan. Ucapan yang dilafaz itu, menatijahkan suatu tanggungjawab maha berat bagi sepasang suami dan isteri. Pesan Rasulullah SAW: “Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah

Upload: nor-masyiah

Post on 24-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahan Rujukan dan Lampiran Laporan Pelatih

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun Islam - Rujukan

RUKUN ISLAM & HURAIANNYA

Di dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada kekuatannya. Ia

dinamakan ‘al-arkan al-Islam’ ataupun ‘rukun Islam’. Lima rukun itu ialah:

1. Mengucap dua kalimah syahadah

2. Mendirikan solat lima waktu

3. Menunaikan zakat

4. Berpuasa Ramadan

5. Mengerjakan haji di Baitullah

Huraian:

1. Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara.

Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua,

mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan

Allah SWT kepada kita.

Namun, tidaklah cukup jika kita sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah ini, jika tidak

memahami maksud dan tuntutan di sebalik pengucapannya. Bandingannya samalah seperti

sighah (ijab dan kabul) semasa akad nikah dalam perkahwinan. Ucapan yang dilafaz itu,

menatijahkan suatu tanggungjawab maha berat bagi sepasang suami dan isteri.

Pesan Rasulullah SAW: “Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW

bersabda yang maksudnya: “Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa

sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan

sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka

membakarnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Page 2: Rukun Islam - Rujukan

Hadis di atas menjelaskan, mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan

penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka daripada bakaran

api neraka. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura sahajalah, yang akan menjadi bakaran

neraka Allah, wal’iyazubillah!

Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan

menjadi pembeza iman dan kufur, iaitu:

1. Dikrarkan dengan lidah

2. Ditasdikkan (diakui) dengan hati

3. Dibuktikan dengan amal

2. Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Ia jelas dipaparkan di

dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, misalnya:

“Ajaklah mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan

selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya, maka

ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari

semalam.” (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)

Solat yang dididirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya daripada

cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya. Firman Tuhan:

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan

dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan)

keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar

Page 3: Rukun Islam - Rujukan

(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu

kerjakan.” (al-Ankabut (29): 45)

3. Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat diindikasikan rukun ketiga,

kerana ia sering digandingkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan

amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya.

Nabi menyatakan: “Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan

bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah

mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu

diberikan kepada orang-orang fakir,” (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim)

Zakat adalah amalan yang mempunyai nilai ukhuwwah dan juga solidariti yang tinggi. Zakat

juga mempunyai konotasi pembersihan harta, penyucian jiwa dan peningkatan peribadi

yang terpuji. Orang yang istiqamah menunaikan zakat, maka mereka diberikan keberkatan

dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya.

4. Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT

sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka

yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat seperti

solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa

atau tidak, puasa ‘yang yuk’ atau puasa apa maqamnya.

Page 4: Rukun Islam - Rujukan

Rasulullah SAW menukilkan: “Semua amal anak

Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali

ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus

memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya),” (Riwayat Muslim)

Berpuasa mampu melentur nafsu agar tunduk kepada Allah SWT. Bahkan puasa juga

adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit.

5. Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang lima. Ia menjadi

bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan.

Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita.

Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya: “Kami pergi haji dengan Rasulullah SAW, bersama-

sama dengan wanita dan anak-anak. Setelah

sampai di Mekah, kami tawaf di Baitullah, saie antara Safa dan Marwah…” (Hadis

Riwayat Muslim)

Namun begitu, Nabi SAW sendiri hanya menunaikan haji sekali dalam usianya. Ini

menunjukkan, yang penting bukan berapa kali ‘naik haji’ melainkan hikmah dan iktibar di

sebalik perlakuan haji. Jika rukun Islam yang lain, lebih lembut dan sederhana sifatnya,

namun haji adalah perlakuan ibadah yang menzahirkan kesepaduan, kekuatan ummah dan

kehebatan individu muslim.

Page 5: Rukun Islam - Rujukan

Sebab itulah haji mewajibkan ihram sebagai busananya, menzahirkan tubuh badan yang

sihat dan kuat. Semuanya berihram, bukti kita ini hakikatnya sama sahaja tarafnya di sisi

Allah SWT. Perlakuan haji juga memerlukan kekuatan tubuh badan, berlarian antara Safa

dan Marwah, melontar ketulan batu, bermalam di Muzdalifah dan sebagainya.

Paling agung, haji adalah kongres umat Islam sedunia. Tempat saling kenal-mengenali,

mencipta kekuatan ummah dan juga medan pernyataan emosi yang tidak terbatas. Apa lagi

yang tidak dinamakan ‘demontrasi’ jika masing-masing mengelilingi Ka’abah dan berarak

sambil mengucapkan talbiyah…Labbaikallahu malabaik!!!

Wallahua’lam