mohd amin fitri bin othman - fp.utm.my · membezakan kehakiman islam dengan bukan islam, ia...

25
PELANTIKAN HAKIM WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DI MALAYSIA: SATU KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM), FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngohanh

Post on 17-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

PELANTIKAN HAKIM WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DI

MALAYSIA: SATU KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA

MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM), FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

vii

ABSTRAK

Institusi kehakiman adalah penting dalam sesebuah negara. Islam telah

menetapkan beberapa syarat dan garis panduan bagi pelantikan seseorang hakim.

Persoalan sama ada wanita boleh dilantik sebagai hakim menjadi isu masa kini. Oleh

itu, kajian ini bertujuan mengkaji persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

terhadap pelantikan hakim wanita menurut perspektif Islam di Malaysia.

Berdasarkan masalah ini, penyelidik telah melakukan kajian persepsi terhadap 151

orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada aspek

latar belakang, persepsi pelajar terhadap pendapat-pendapat ulama’, faktor-faktor

penghalang wanita menjadi hakim dan pelantikan hakim wanita di Malaysia. Satu set

soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian yang terdiri daripada 42 item. Bahagian

A dijawab menggunakan skala bebas-jawab dan jenis Thurston. Manakala Bahagian

B, C dan D menggunakan Skala Likert. Data yang diperoleh di analisis secara

deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science)

dengan memberi tumpuan kepada kekerapan, min dan peratusan. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α = .756. Penganalisisan data menunjukkan

terdapat pelbagai perbezaan persepsi pelajar terhadap pelantikan hakim wanita

menurut perspektif ulama’. Terdapat juga beberapa faktor-faktor larangan wanita

menjadi hakim seperti kekangan waktu, emosi, kurang pengalaman, dan pergaulan.

Pelajar juga bersetuju terhadap pelantikan hakim wanita di Malaysia.

Page 3: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

viii

ABSTRACT

The Judicial Institution is important to a country. In Islam, there are many

conditions and guidelines for appointing and selecting a judge. The appointment of a

woman as a judge becomes a controversial and disputable issue lately. Therefore, this

research is conducted to investigate the perception of students of Bachelor of Science

and Education (Islamic Studies), Faculty of Education, University Technology of

Malaysia about appointing women judge in Islamic perspective in Malaysia.151

respondents students of Bachelor of Science and Education (Islamic Studies), Faculty of

Education, University Technology of Malaysia are involved in this research. Research is

focused on many aspects such as the background of respondents, the students’

perception on ulama’s’ opinion, the students’ perception of factors that forbid women to

be appointed as judge and the students’ perception of appointing women judge in

Malaysia. The questionnaires consist of 4 sections and it has 42 questions or statements.

Section A is a free answer question using the Thurston method while Likert Scale is

employed in section B, C and D. The final data is analyzed descriptively using SPSS

(Statistical Package for the Social Science) and are calculated by using frequency,

percentage and mean. The trustworthy of this research is α = .756. The data shows that

there are many different views of the students’ perception on ulama’s’ opinion. There

are many factors that forbid women to be appointed as judge such as time constrain,

emotional aspect, inexperience, and social mingling. The students’ also agreed of

appointing women judge in Malaysia.

Page 4: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

ix

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

SENARAI SINGKATAN xix

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 8

1.3 Penyataan Masalah Kajian 11

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Rangka Kerja Konsep 12

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Takrif Istilah 14

Page 5: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

x

1.9.1 Persepsi 14

1.9.2 Pelantikan 14

1.9.3 Hakim Wanita 15

1.9.4 Pelajar 15

1.10 Ringkasan 16

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pendapat Larangan Melantik Wanita Menjadi Hakim

Secara Mutlak 19

2.2.1 Hujah Al-Quran 20

2.2.2 Hujah Sunah 22

2.2.3 Ijmak Ulama 23

2.3 Pendapat Yang Mengharuskan Melantik Hakim Selain

Hudud Dan Qisas 25

2.4 Pendapat Yang Membenarkan Melantik Hakim Secara

Mutlak 26

2.5 Pendapat-Pendapat ulama’ 27

2.6 Faktor-Faktor Larangan Wanita Menjadi Hakim 28

2.6.1 Faktor Pergaulan 29

2.6.2 Faktor Kekurangan Akal 30

2.6.3 Emosi 30

2.6.4 Masa 31

2.7 Senario Di Malaysia 31

2.8 Kajian Lepas 32

2.9 Kesimpulan 36

Page 6: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xi

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 38

3.4 Instrumen Kajian 39

3.4.1 Soal Selidik 39

3.5 Tatacara Kajian 41

3.6 Analisis Data 42

3.7 Kajian Rintis 43

3.8 Jangka Masa Kajian 43

3.9 Kesimpulan 43

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden. 46

4.3 Bahagian B : Persepsi pelajar Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap pelantikan

hakim wanita berdasarkan pendapat-pendapat ulama 49

4.3.1 Persepsi Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai

Wanita Dilarang Menjadi Hakim Secara Mutlak 50

4.3.2 Persepsi Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai

Wanita Diharuskan Menjadi Hakim Kecuali

Hudud dan Qisas 55

Page 7: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xii

4.3.3 Persepsi Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai

Wanita Diharuskan Menjadi Hakim Secara

Mutlak 58

4.4 Bahagian C : Faktor-Faktor Larangan Pelantikan

Wanita Sebagai Hakim 60

4.5 Bahagian D : Pelantikan Hakim Wanita di Malaysia 67

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 79

5.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 79

5.3 Perbincangan Mengenai Latar Belakang Responden 80

5.4 Perbincangan Mengenai Persepsi Pelajar Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Pelantikan

Hakim Wanita Berdasarkan Pendapat-Pendapat Ulama 82

5.4.1 Perbincangan Mengenai Persepsi Pelajar

Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai Wanita

Dilarang Menjadi Hakim Secara Mutlak 82

5.4.2 Perbincangan Mengenai Persepsi Terhadap

Pendapat Ulama’ Mengenai Wanita Diharuskan

Menjadi Hakim Kecuali Hudud Dan Qisas 84

5.4.3 Perbincangan Mengenai Persepsi Terhadap

Pendapat Ulama’ Mengenai Wanita Diharuskan

Menjadi Hakim Secara Mutlak 84

5.5 Perbincangan Mengenai Faktor-Faktor Larangan

Pelantikan Wanita Sebagai Hakim 85

5.6 Perbincangan Mengenai Persepsi Terhadap

Pelantikan Hakim Wanita di Malaysia 86

5.6.1 Keizinan yang terhad 88

5.6.2 Keizinan umum 89

Page 8: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xiii

5.7 Rumusan 90

5.8 Cadangan 91

5.8.1 Majlis Fatwa Kebangsaan 91

5.8.2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 92

5.8.3 Institusi Kehakiman Malaysia 92

5.8.4 Mahkamah Syariah 92

5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.10 Penutup 93

BIBLIOGRAFI 95 LAMPIRAN 100

Page 9: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Menunjukkan contoh Skala Likert dan Skor 40

3.2 Skala Penilaian Maklum Balas bagi Soal Selidik

Bahagian B, C, dan D 40

3.3 Klasifikasi Item pada bahagian B, C, dan D 41

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian di UTM 47

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal Ketika Pengajian. 48

4.5 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang Pendidikan di

Sekolah Terdahulu 48

4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi

Sebelum Ke UTM 49

4.7 Kepimpinan di dalam ayat di atas merujuk kepada semua

kepimpinan termasuk kehakiman 51

4.8 Kepimpinan di dalam ayat di atas tidak hanya merujuk kepada

kepimpinan rumah tangga 51

4.9 Kepimpinan di dalam ayat di atas hanya merujuk kepada

kepimpinan negara 52

4.10 Hadis di atas menjurus kepada wanita tidak boleh menjadi hakim 53

4.11 Kepimpinan di dalam hadis di atas tidak merujuk kepada pelantikan

hakim wanita 53

4.12 Hadis di atas hanyalah merujuk kepada pemimpin wilayah Kubra

seperti pemimpin negara’ 54

4.13 Sistem kehakiman adalah sama seperti kepimpinan negara 55

4.14 Hudud dan qisas adalah melibatkan undang-undang Allah yang

terdapat di dalam al-Quran dan hadis 55

4.15 Takzir adalah undang-undang yang digubal manusia yang

bertepatan dengan syarak’ dan hukumannya tidak seberat hudud

Page 10: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xv

dan qisas 56

4.16 Wanita boleh menjadi hakim selain daripada hudud dan qisas 57

4.17 Wanita boleh menjadi hakim di dalam hal atau perkara yang ia

dibenarkan menjadi saksi sahaja 57

4.18 Fungsi hakim adalah hampir sama dengan mufti berbanding

kepimpinan negara 58

4.19 Wanita boleh menjadi hakim di dalam hal yang berkaitan dengan

wanita sahaja 59

4.20 Wanita boleh menjadi hakim dalam semua bidang 59

4.21 Seseorang hakim mestilah bijak, berakal, tidak mementingkan

emosi, dan hawa nafsu. 60

4.22 Apabila seorang wanita menjadi hakim, maka ia perlu bergaul

dengan lelaki 61

4.23 Wanita terlalu mementingkan emosi di dalam kebanyakan

perkara termasuk kehakiman 61

4.24 Wanita kurang menggunakan akal di dalam kebanyakan

perkara termasuk kehakiman 62

4.25 Lelaki lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan berbanding

wanita. 63

4.26 Suara wanita seorang hakim dikira aurat jika mengadili

sesuatu pengadilan. 63

4.27 Wanita tidak sesuai menjadi hakim disebabkan wujudnya halangan

yang tidak dapat dielakkan seperti mengandung dan bersalin. 64

4.28 Hakim wanita mestilah berpengalaman luas di dalam bidang

kehakiman 65

4.29 Wanita yang telah putus haid tidak dibenarkan menjadi hakim 65

4.30 Wanita tidak sesuai menjadi hakim disebabkan halangan masa

seperti waktu haid 66

4.31 Seseorang hakim mestilah seorang berilmu dan pakar di dalam

bidangnya 67

4.32 Wanita yang menjadi hakim perlulah mengawal emosinya 67

4.33 Seseorang wanita menjadi hakim mestilah adil 68

4.34 Seseorang wanita yang menjadi hakim perlulah mengawal

pergaulannya 68

Page 11: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xvi

4.35 Hakim wanita perlulah tegas dan tetap pendiriannya 69

4.36 Wanita boleh menjadi hakim di Malaysia 70

4.37 Malaysia memerlukan khidmat hakim wanita bagi menampung

keperluan hakim 70

4.38 Malaysia memerlukan khidmat hakim wanita bagi mengadili kes

wanita 71

4.39 Malaysia memerlukan khidmat hakim wanita disebabkan kurangnya

calon hakim lelaki yang layak 72

4.40 Perlu ada hakim lelaki bersama-sama hakim wanita di dalam

mengadili sesuatu kes seperti di Indonesia 72

4.41 Hakim wanita diberi kuasa di dalam mahkamah tinggi bagi

menjatuhkan hukuman-hukuman berat. 73

4.42 Hakim wanita diberi kuasa mengadili kes-kes keluarga sahaja 74

4.43 Hakim wanita di Malaysia perlu dididik dan dibimbing serta

mempunyai pengalaman yang luas barulah sesuai menjadi hakim 74

4.44 Hakim wanita perlu ditapis pelantikannya 75

4.45 Pelantikan hakim wanita dapat mengurangkan rasa tidak puas

hati keputusan hukuman hakim lelaki yang menjadi rungutan

sehingga kini. 76

4.46 Pelantikan hakim wanita dapat membantu menyelesaikan banyak

kes-kes yang tertangguh di Mahkamah Syariah. 76

4.47 Sistem kehakiman negara perlu lebih terbuka dan membuka

peluang kepada wanita 77

4.48 Wanita sudah bersedia memikul tanggungjawab hakim berdasarkan

faktor pendidikan dan masa. 78

Page 12: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xvii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.0 Rangka Kerja Konsep 12

Page 13: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xviii

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 100

B Surat Pengesahan Pelajar 108

C Semakan Kajian 109

Page 14: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

xix

SENARAI SINGKATAN Dr - Doktor

FP - Fakulti Pendidikan

JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

N - Jumlah Responden

S - Setuju

s.a.w. - Salallahualaihi Wassalam

s.w.t. - Subahanahu Wa Taala

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian Islam

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package of Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kehakiman tidak akan dapat ditegakkan dan juga tidak akan mencapai

matlamat jika ia tidak memenuhi rukun yang merupakan sebahagian daripada

kehakiman itu sendiri. Tanpa adanya rukun itu tidak akan wujud kehakiman Untuk

membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun

kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai inti pati ajaran

Islam iaitu tuntutan berhubung dengan undang-undang dan pentadbiran.

Berdasarkan perbincangan ulama dapat disimpulkan terdapat tujuh rukun

kehakiman iaitu hakim, hukuman, al-Mahkum-bih, al-Mahkum-lah, al-Mahkum-

alaih, al-Mahkum fih, dan proses kehakiman.(Mahmud Saedon, 2003; 19)

Hakim atau kadi ialah seseorang yang dilantik oleh pemerintah untuk

menyelesaikan tuntutan dan persengketaan. Rasulullah s.a.w sendiri telah melantik

kadi bagi menyelesaikan tuntutan dan persengketaan di wilayah-wilayah jauh seperti

Syam dan Yaman.

Rasulullah s.a.w. telah diutus oleh Allah untuk menjadi Nabi dan Rasul,

menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi pemimpin dan ikutan, menjadi

pemerintah dan hakim. Baginda merupakan ketua pemerintah Islam yang pertama di

Madinah. Pada masa yang sama, Baginda juga merupakan ketua bagi institusi

Page 16: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

kehakiman Islam. Baginda merupakan hakim tertinggi dan rujukan terakhir dalam

bidang kehakiman. Baginda telah memutuskan kes dan menyelesaikan kes

berdasarkan undang-undang Islam, sesuai dengan firman Allah s.w.t.:

فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والرسول

Maksudnya: Jika kamu berbantah dalam sesuatu perkara hendaklah

kamu kembali kepada Allah (kitab Allah) dan Rasul-Nya.

(Surah al-Nisa’, 4:59)

Pentadbiran undang-undang dan kehakiman pada zaman Rasulullah s.a.w.

berjalan lancar dan licin kerana ia bukan sahaja diketuai oleh kadi yang bijaksana,

malah pada masa yang sama ia seorang Nabi dan Rasul yang sentiasa mendapat

bimbingan langsung dan wahyu dari Allah. Firman Allah s.w.t.:

وحي يوحىإن هو إال

Maksudnya: Dan Ia (Nabi Muhammad s.a.w. ) tidak berkata-kata

mengikut hawa nafsunya tetapi ia adalah wahyu yang

telah diwahyukan.

(Surah al-Najm 53:34)

Apabila kita melihat dan menganalisis kitab hadis kita dapati banyak contoh-

contoh kes yang telah diputuskan oleh Baginda s.a.w. dalam pelbagai aspek

permasalahan. Antaranya ialah kes yang berhubung dengan harta pusaka, rujuk,

cerai, nafkah, penjagaan anak, hudud dan qisas. Terdapat juga kitab yang ditulis

khusus tentang hukuman dan keputusan Baginda s.a.w. (Mahmud Saedon, 2003; 48)

Antara karya-karya tersebut ialah:

i. Kitab Afaq Al-Shumush Wa Ialaq Al-Nufus ditulis oleh Ahmad Abdul

Samad Al-Gharnafi (580H)

ii. Kitab Uqdiah al-Rasul, ditulis oleh Syeikh Dzahiruddin Ali Bin Abdul

Aziz Bin Abdul Raziq Al-Mirghinani Al-Hanafi (506H)

Page 17: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

iii. Kitab Uqdiah Al-Rasul, ditulis oleh Al-Muhadith Abdullah Muhammad

Bin Farj Al-Maliki Al-Qurtubi

iv. Kitab Alam Al-Muqqain ditulis oleh Ibn Qaiyyim (751H)

Rasulullah juga melantik amir bagi menyelesaikan kes-kes di wilayah-

wilayah yang jauh. Antara yang pernah memegang jawatan amir pada zaman

Rasulullah s.a.w. ialah Umar Al-Khattab, Ali Bin Abi Talib dan Muaz Bin Jabal.

Dalam sunahnya, disebut bahawa Sayidina Ali telah diutus untuk menjadi

kadi di Yaman. “Rasulullah s.a.w. telah mengutus aku ke Yaman sebagai kadi. Aku

berkata kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Rasulullah s.a.w., tuan mengutus saya

menjadi kadi sedangkan saya masih muda dan tidak mengetahui tentang

kehakiman?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya Allah akan memberikan

hidayat-Nya di hatimu, dan menetapkan lidahmu, jika engkau duduk menghakimkan

di antara dua orang yang bertikai janganlah engkau membuat keputusan sehingga

kau mendengar hujah yang satu lagi seperti mana engkau mendengar hujah yang

pertama, dengan demikian hukuman akan jelas”. Sayidina Ali berkata: “Sejak itu aku

terus menjadi kadi dan aku tidak pernah ragu-ragu dalam membuat keputusan

selepas itu.” (Mahmud Saedon, 2003; 54)

Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. sendiri melatih sahabat-sahabat baginda

menjadi kadi di dalam menyelesaikan masalah dan kes. Diriwayatkan bahawa

Baginda s.a.w. pernah menyuruh seorang sahabat Amru Al-As menyelesaikan satu

masalah berhubung dengan harta. Ketika itu Baginda s.a.w. sendiri hadir dan Amru

berasa serba salah untuk mengeluarkan pendapat sedangkan Rasulullah s.a.w. berada

di situ. Melihat keadaan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Amru silalah

hukumkan perkara ini”. Amru bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Bolehkah saya

berijtihad sedangkan Tuan hadir di sini?”. Jawab Baginda s.a.w.: “Ya, boleh, jika

engkau benar dan tepat menjatuhkan hukuman, engkau akan mendapat dua kebaikan

tetapi jika engkau tersilap, engkau akan mendapat satu kebaikan.” (Ahmad Abdul

Muniem Al-Bahai, 1965; 71-72)

Page 18: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

Berdasarkan ini dapatlah kita teliti bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w.,

sistem kehakiman adalah diputuskan oleh pemimpin. Ia tidak dipisahkan dari

pentadbiran Rasulullah s.a.w. dan pelantikan hakim adalah ditentukan Baginda s.a.w.

sendiri. Para sahabat juga tidak mempunyai masalah dalam menjadi hakim atau

memutuskan hukuman. Ini kerana jika terdapat keraguan, maka bolehlah merujuk

keputusan Baginda s.a.w.

Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, bermulalah sistem Khalifah Islam yang

pertama sebagai pemimpin utama Islam pada ketika itu. Sayidina Abu Bakar telah

dilantik menjadi Khalifah. Pentadbiran kehakiman tidak mengalami sebarang

perubahan, perjalanannya masih sama seperti mana zaman Rasulullah s.a.w. Masa

pemerintahan Sayidina Abu Bakar juga pendek iaitu dua tahun tiga bulan menjadikan

sistem kehakiman tidak dipisahkan daripada pentadbiran.

Kesibukan sebagai Khalifah mendorong Sayidina Abu Bakar melantik

Sayidina Umar sebagai kadi di Madinah. Diriwayatkan bahawa setelah Sayidina Abu

Bakar dilantik menjadi Khalifah, Abu Ubaidah dan Sayidina Umar telah bertemu

beliau. Kata Abu Ubaidah kepada Sayidina Abu Bakar: “Saya akan membantu tuan

dalam mentadbir kewangan dan harta.” Umar pula berkata: “Saya akan membantu

tuan di dalam bidang kehakiman.” Setelah pelantikan mereka tidak ada dua orang

lelaki pun yang datang untuk dibicarakan. (Mahmud Saedon, 2003; 61)

Berdasarkan riwayat di atas jelaslah bahawa semasa Sayidina Umar

memegang jawatan sebagai kadi, kurangnya kes yang dibicarakan mungkin

disebabkan keperibadian Umar dan sikap bertolak ansur masyarakat Madinah ketika

itu. Walaupun Sayidina Umar menjadi kadi, Sayidina Abu Bakar masih lagi menjadi

ketua pentadbir dan ketua hakim. Pada masa itu pemisahan kuasa kehakiman dan

pentadbiran tidak berlaku. Ia hanyalah keizinan yang diberikan Khalifah sama seperti

keizinan pada zaman Rasulullah s.a.w.

Page 19: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

Setelah Sayidina Abu Bakar kembali ke Rahmatullah, Sayidina Umar telah

dilantik menjadi Khalifah. Di sinilah bermulanya pemisahan kecil pentadbiran dan

kehakiman. Sistem ini dilakukan bagi memastikan sistem kehakiman lebih utuh, di

samping menjauhkan tohmahan dan melicinkan pentadbiran. Antara hakim yang

dilantik khusus ialah Abdullah bin Mas’ud sebagai kadi di Kufah, dan Sulaiman bin

Rabi’ah menjadi kadi di Kadisiyyah.

Namun di dalam beberapa wilayah tertentu pemisahan kuasa ini tidaklah

mutlak. Mahmud Saedon (2003:64) ada menyatakan bahawa Muhammad Abdul

Salam Madkur menegaskan, oleh sebab kehakiman adalah sebahagian daripada

kekuasaan am maka menjadi hak orang yang memiliki kekuasaan am untuk

mengkhususkan bidang kuasa mana-mana kadi. Oleh itu, apabila Khalifah Umar

melantik kadi secara khusus, beliau telah menetapkan bidang kuasa kadi adalah kes

yang berhubung dengan harta sahaja manakala kes jenayah qisas dan hudud masih

lagi dikendalikan oleh Khalifah dan gabenor. Ini membuktikan bahawa pemisahan

kuasa kehakiman dan pentadbiran pada zaman Khalifah Umar adalah tidak mutlak.

Di Madinah, Khalifah Umar telah melantik al-Saib bin Yazid Bin Ukhtu al-

Namir sebagai hakim kes kecil. Manakala selain kes kecil akan dibicarakan oleh

Sayidina Ali, Zaid Bin Thabit dan Khalifah Umar sendiri. Kes kecil adalah

melibatkan kes-kes nilaiannya di bawah dua dirham. (Ibnu Qayyim, 1968; 79)

Jika di perhatikan, Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem kehakiman

berperingkat. Bidang kuasa kes kecil bolehlah disamakan dengan Mahkamah

Rendah, manakala kes-kes yang besar di bawah Mahkamah Tinggi. Khalifah Umar

juga mendengar rayuan tertuduh selepas hukuman dijatuhkan. Ini bersamaan dengan

fungsi Mahkamah Rayuan. Khalifah Umar juga memperkenalkan sistem perbicaraan

yang didengari oleh panel hakim. Ada kalanya beliau membicarakan kes bersama-

sama Sayidina Ali dan Zaid Bin Thabit. Ini ialah sumbangan yang besar di dalam

bidang kehakiman yang menjadi ikutan ketamadunan dunia amnya dan Islam

khususnya pada masa ini.

Page 20: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

Sayidina Uthman bin Affan mengambil alih pemerintahan setelah Khalifah

Umar dibunuh pada 23H(644M). Kaedah pengadilan Khalifah Uthman adalah sama

dengan sebelumnya. Khalifah Uthman telah merombak bidang kehakiman pada

zaman Sayidina Umar. Di Madinah, jawatan hakim hanyalah dipegang oleh Khalifah

dan pemerintah sahaja. Tidak wujud dua atau tiga hakim di dalam membicarakan

sesuatu kes. Walau bagaimanapun beliau boleh melantik penasihat di dalam

menyelesaikan kes-kes tertentu. Khalifah Uthman juga melantik gabenor yang

berfungsi sebagai hakim dan pemerintah. Sumbangan Khalifah Uthman yang

berkekalan pada masa kini ialah mewujudkan bangunan khas di dalam

membicarakan kes.

Khalifah Ali menggantikan Sayidina Uthman yang dibunuh ketika membaca

al-Quran pada 34H (656M). Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas di

dalam bidang kehakiman. Beliau pernah menjadi kadi pada zaman Rasulullah dan

Abu Bakar, hakim di Madinah pada zaman Umar dan penasihat kehakiman pada

zaman Uthman. Kepakarannya menjadikan ia sesuai sebagai Khalifah selepas

Uthman.

Khalifah Ali telah mengembalikan pemisahan kuasa bidang kehakiman dan

pentadbiran seperti zaman Sayidina Umar. Beliau juga memperkenalkan ganjaran

dan kedudukan serta pangkat kepada hakim. Syarat-syarat pelantikan hakim juga

diperkenalkan supaya mudah gabenor-gabenornya melantik hakim. Beliau tidak

sempat menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat disebabkan pemberontakan dan

pemecahan masyarakat Islam ketika itu. (Mahmud Saedon, 2003; 89)

Bidang kehakiman terus mengalami perkembangan pada zaman Bani

Ummaiyyah. Kehakiman telah dipisahkan daripada pentadbiran kerajaan. Hakim

bebas menjatuhkan hukuman. Jika masalah terlalu rumit maka ia boleh merujuk

fuqaha, gabenor atau khalifah. Bidang kuasa hakim meliputi kes kekeluargaan dan

jenayah. Pada zaman ini juga diperkenalkan catatan hukuman. Amalan ini dimulakan

hakim Salim Bin Atar, Hakim Mesir. (Mahmud Saedon, 2003; 90)

Page 21: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

Zaman Bani Abbasiyyah merupakan zaman kegemilangan Islam bermula

pada 132H hingga 650H. Institusi kehakiman tidak terlepas daripada mengalami

revolusi. Penggunaan ijtihad yang baik pada zaman ini menjadikan pelaksanaan

bidang kehakiman menjadi lancar. Institusi kehakiman telah dipisahkan daripada

pentadbiran. Ia mempunyai bangunan tersendiri, mempunyai pengawal dan petugas

yang mencukupi. Walau bagaimanapun, khalifah dan gabenor boleh mencampuri

urusan kehakiman. Ini menyebabkan ramai fuqaha menolak jawatan hakim. Hakim

pada masa itu telah diberikan pakaian rasmi, mempunyai cap mohor dan mempunyai

kerani sebagai pencatat.

Jika zaman Bani Ummaiyyah mempunyai catatan mengenai keputusan dan

alasan, zaman selepasnya telah dikemaskinikan dengan menambah catatan rekod

perbicaraan, perjalanan perbicaraan, keterangan saksi, dan nombor giliran diberikan.

Tuntutan yang hendak didengari di mahkamah hendaklah didaftarkan. Pada zaman

tersebut institusi kehakiman mencapai perkembangan yang pesat sehinggakan

menjadi contoh kepada negara-negara Barat di dalam mencapai kegemilangan

mereka. (Mahmud Saedon, 2003; 92-93)

Selepas zaman Bani Abbasiyyah berakhir, penguasaan Islam semakin

berkurangan. Ketika ini bermulalah revolusi dari Barat yang mempengaruhi Islam.

Walau bagaimanapun ia masih bertahan sehinggalah Kerajaan Turki Uthmaniyyah

tumbang. Satu perkembangan yang baik pada zaman tersebut dalam institusi

kehakiman adalah pembahagian badan kehakiman kepada empat bahagian di Mesir,

iaitu(Mahmud Saedon, 2003; 96):

i. Mahkamah Syariah, mentadbir dan melaksanakan hukum bersumberkan

fikah Islam.

ii. Mahkamah Nizamiyyah, mentadbir dan melaksanakan undang-undang

yang berasal dari undang-undang luar Islam.

iii. Mahkamah Ahliyyah, melaksana dan mentadbir undang-undang yang

diambil daripada Perancis dan dipinda mengikut undang-undang Itali.

Page 22: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

iv. Mahkamah Mili, (Agama), mengendalikan kes untuk orang Mesir yang

bukan beragama Islam.

Jelaslah bahawa negara Barat sentiasa berusaha melemahkan bidang kuasa

mahkamah Syariah. Sebagai contoh Malaysia juga tidak terlepas daripada

menggunakan undang-undang Barat di dalam kehakiman. Mahkamah Syariah

menjadi mahkamah yang rendah tarafnya dan kecil bidang kuasanya. Ini bukanlah

pengalaman Malaysia sahaja, malahan pengalaman seluruh negara Islam terutama

yang pernah dijajah oleh kuasa asing sama ada pemerintahan ataupun pemikiran.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Berdasarkan kronologi sebelum ini, jelaslah bahawa institusi kehakiman

adalah penting di dalam sesebuah negara. Ia sudah wujud dalam jangka masa yang

panjang dan sentiasa berkembang dari satu masa ke satu masa. Islam juga tidak

ketinggalan di dalam arus kehakiman ini. Jika dilihat dari sudut sejarah, terdapat

banyak sistem kehakiman di dunia ketika ini mengambil sistem kehakiman Islam. Ini

terbukti dengan wujudnya bangunan yang asing di dalam membicarakan sesuatu kes,

mahkamah rayuan, ganjaran seseorang hakim dan sebagainya.

Islam juga adalah agama Allah yang tersusun. Allah memberi ilham kepada

khalifah dan ulama di dalam menetapkan siapa yang layak menjadi hakim,

kekuasaan hakim, ganjaran dan pangkat seseorang hakim setelah disandarkan kepada

al-Quran dan hadis.

Di dalam menetapkan siapa yang layak menjadi hakim, Islam telah

menggariskan syarat dan panduan. Zakaria Ansari (t.t:207) menyatakan syarat sah

seorang kadi adalah ia harus memenuhi syarat untuk menjadi saksi iaitu Islam,

mukalaf, laki-laki, merdeka, adil, mampu mendengar, melihat, mampu berfikir dalam

masalah kehakiman, tidak berada di bawah kekuasaan kafir, tidak seorang kanak-

Page 23: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

kanak atau orang gila, tidak juga khunsa, tidak fasiq, tidak sempurna berfikir kerana

terlalu tua atau sakit.

Menurut Ibnu Rusyd (1991:679) pula di dalam Bidayatul Mujtahid sifat-sifat

hakim adalah merdeka iaitu bukan hamba, Muslim, baligh, berakal dan adil. Ulama’

mazhab hanya berbeza pendapat mengenai dua perkara besar dalam menentukan

syarat kelayakan menjadi hakim iaitu sama ada mujtahid dan lelaki.

Menurut Imam al-Syafi’i, hakim harus ahli ijtihad. Sebaliknya Imam Abu

Hanifah menyatakan keputusan hakim dari orang-orang yang bukan ahli ijtihad itu

diakui. (Ibnu Rusyd, 1991;679)

Perkara yang menjadi perdebatan hangat di kalangan ulama adalah syarat

lelaki sebagai hakim. Berdasarkan sejarah, hakim atau kadi semuanya adalah lelaki.

Tidak timbul mengenai wanita yang menjadi hakim. Terdapat pendapat yang

bersetuju dan terdapat yang menentang pelantikan tersebut. Ulama-ulama fikah

mempunyai pendapat yang berbeza di dalam membenarkan wanita menjadi hakim.

Persoalan timbul apabila muncul negara-negara Islam yang membolehkan

wanita menjadi hakim, dan Malaysia tidak terlepas dari isu ini. Pelantikan hakim

wanita pertama di Malaysia ialah Datuk Siti Norma Yaakob pada 4 April 1983

sebagai hakim mahkamah seksyen. (Norizan, 2004;21)

Pelantikan tersebut jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa

Kebangsaan Malaysia di dalam persidangan yang kelima bertarikh 16-17 November

1982 yang telah menetapkan (Nuradilah, 2004;88):

“Dilarang melantik hakim wanita kerana institusi kehakiman adalah

termasuk dalam urusan kepimpinan umum dan berpandukan hadis

nabi s.a.w: Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang dipimpin oleh

kaum wanita.”

Page 24: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

Selain di Malaysia, pelantikan hakim wanita dibenarkan di Indonesia.

Seramai 100 orang wanita telah dilantik menjadi hakim dan mereka dikenali sebagai

Ibu Hakim. Manakala di Pakistan, mahkamah-mahkamah telah membenarkan wanita

menjadi hakim walaupun dalam perkara-perkara jenayah. (Rozi Bainon, 2003;141)

Kajian ini juga bukan bermaksud mencari sebab mengapa institusi fatwa di

pandang ringan oleh sesetengah pihak. Ini hanyalah bertujuan sebagai menyelidiki

persepsi pelajar yang mempelajari ilmu agama di dalam isu ini.

Justeru itu, kajian ini merupakan kajian ilmiah yang mengkaji persepsi

masyarakat dan faktor yang menjadi penghalang kepada wanita menjadi hakim.

1.3 Penyataan Masalah Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap pelantikan hakim wanita menurut perspektif

Islam di Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini dijalankan ialah untuk:

i) Mengkaji persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap hakim wanita berdasarkan pendapat-pendapat

ulama.

ii) Mengenal pasti persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap faktor-faktor wanita dilarang dilantik menjadi

hakim.

Page 25: MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN - fp.utm.my · membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai

iii) Mengkaji persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap pelantikan hakim wanita di Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji:

i) Apakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam) terhadap hakim wanita berdasarkan pendapat-pendapat ulama ?

ii) Apakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam) terhadap faktor-faktor wanita dilarang dilantik menjadi hakim?

iii) Bagaimanakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) mengenai pelantikan hakim wanita di Malaysia?