rujukan bil. ( 33 )dlm. sm/6/1 jld. 8 - llm.gov.my bil 4-2014.pdf · rujukan: bil. ( 33 ) dlm. sm...

6
Rujukan : Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8 LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH BIL. 4 TAHUN 2014 KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN DI HOSPITAL DAN KLINIK PANEL LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA 1. TUJUAN 1.1 Surat Pekeliling Ketua Pengarah ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung kemudahan rawatan perubatan dan pergigian di hospital dan klinik panel Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). 2. LATAR BELAKANG 2.1 Mengikut Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran, Bab F (Perubatan), Pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau pergigian yang percuma yang ada pada kerajaan termasuklah pembekalan alat-alat ortopedik dan anggota-anggota palsu tetapi tidak termasuk pembekalan gigi palsu. Bagi ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tetapi tidak diperolehi di dalam stor ubat kerajaan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh mengarahkan pembelian setempat ubat-ubat tersebut. Walau bagaimanapun, tuntutan bayaran balik bagi pembelian ubatan dan peralatan otopedik untuk rawatan tersebut yang didahulukan perlu dilakukan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009: Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan. 2.2 Namun begitu, bagi kepentingan dan kemudahan serta mempercepatkan proses perawatan seseorang pegawai, LLM telah melantik beberapa hospital dan klinik swasta sebagai hospital dan klinik panel.

Upload: lehuong

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rujukan Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8 - llm.gov.my Bil 4-2014.pdf · Rujukan: Bil. ( 33 ) dlm. SM ... Bagi ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tetapi ... Rawatan

Rujukan : Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8

LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH BIL. 4 TAHUN 2014

KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN DI HOSPITAL

DAN KLINIK PANEL LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

1. TUJUAN

1.1 Surat Pekeliling Ketua Pengarah ini adalah bertujuan untuk memberi

penjelasan berhubung kemudahan rawatan perubatan dan pergigian

di hospital dan klinik panel Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Mengikut Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran, Bab F

(Perubatan), Pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit

akan mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau

pergigian yang percuma yang ada pada kerajaan termasuklah

pembekalan alat-alat ortopedik dan anggota-anggota palsu tetapi

tidak termasuk pembekalan gigi palsu. Bagi ubat-ubat yang perlu

untuk rawatan seseorang pegawai tetapi tidak diperolehi di dalam

stor ubat kerajaan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua

Yayasan Perubatan Persekutuan boleh mengarahkan pembelian

setempat ubat-ubat tersebut. Walau bagaimanapun, tuntutan

bayaran balik bagi pembelian ubatan dan peralatan otopedik untuk

rawatan tersebut yang didahulukan perlu dilakukan mengikut

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009: Peraturan

Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan.

2.2 Namun begitu, bagi kepentingan dan kemudahan serta

mempercepatkan proses perawatan seseorang pegawai, LLM telah

melantik beberapa hospital dan klinik swasta sebagai hospital dan

klinik panel.

Page 2: Rujukan Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8 - llm.gov.my Bil 4-2014.pdf · Rujukan: Bil. ( 33 ) dlm. SM ... Bagi ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tetapi ... Rawatan

3. KEMUDAHAN RAWATAN YANG DIBENARKAN

3.1 Kemudahan rawatan di hospital dan klinik panel LLM adalah untuk

kebajikan dan kepentingan semua pegawai dan kakitangan serta

keluarga masing-masing. LAMPIRAN I mengandungi kemudahan

rawatan yang dibenarkan dan senarai pegawai yang layak. Kadar

maksimum kos bayaran wad adalah berdasarkan gred pegawai

seperti yang ditunjukkan dalam JADUAL I.

3.2 Bagi pesara LLM yang memohon rawatan perubatan di bawah

peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21/2009, kos rawatan

perubatan yang ditanggung adalah tertakluk kepada syarat-syarat

yang terkandung dalam pekeliling tersebut.

3.3 Perkongsian had perbelanjaan perubatan antara kakitangan yang

ada talian persaudaraan (adik-beradik) hanya dibenarkan untuk

membiayai kos perubatan ibu bapa mereka sahaja. Perkongsian had

perbelanjaan perubatan antara kakitangan yang ada ikatan

perkahwinan pula hanya dibenarkan bagi membiayai kos perubatan

anak-anak sahaja. Kedua-dua perkongsian had perbelanjaan

perubatan meliputi kos rawatan in patient sahaja.

3.4 Bayaran penggunaan ambulans untuk membawa seseorang pegawai

dan kakitangan atau keluarganya dari hospital ke rumah dan sebalik

adalah tidak ditanggung oleh LLM. Namun sekiranya rawatan

perubatan tidak diperolehi di hospital asal pegawai/kakitangan atau

keluarganya mendapat rawatan, penggunaan ambulans untuk

membawa pesakit tersebut ke hospital panel LLM yang lain sekiranya

diperlukan adalah ditanggung oleh LLM.

3.5 Bagi kes-kes tertentu dan kecemasan iaitu di mana hospital dan klinik

panel LLM tidak terdapat di kawasan pegawai dan kakitangan

bertugas rasmi, berkursus atau bercuti, pegawai dan kakitangan

tersebut boleh menggunakan perkhidmatan mana-mana hospital dan

klinik swasta yang berhampiran. Mereka boleh membuat tuntutan

bayaran balik bagi kos rawatan yang telah didahulukan tertakluk

kepada kemudahan rawatan yang dibenarkan dan kelayakan

pegawai di LAMPIRAN I.

Page 3: Rujukan Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8 - llm.gov.my Bil 4-2014.pdf · Rujukan: Bil. ( 33 ) dlm. SM ... Bagi ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tetapi ... Rawatan

3.6 Bagi kemudahan rawatan pergigian di klinik panel pergigian pula

haruslah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:-

3.6.1 Ahli-ahli Lembaga, Pegawai, Kakitangan serta keluarga dan

Pesara Lantikan LLM hanya layak untuk mendapatkan rawatan

pergigian biasa sahaja. Sebarang rawatan pakar adalah tidak

dibenarkan.

3.6.2 Perkhidmatan rawatan yang dibenarkan adalah terhad

kepada mencabut dan menampal gigi sahaja.

3.6.3 Rawatan pencucian gigi adalah dibenarkan kepada Ahli-ahli

Lembaga, Pegawai dan Kakitangan tidak termasuk keluarga

dan kekerapan rawatan pencucian gigi ini terhad sekali bagi

setahun.

4. TARIKH KUATKUASA

4.1 Surat Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai 1 September 2014

kecuali pelaksanaan bagi bayaran wad adalah mulai 1 Julai 2013.

Dengan pelaksanaan Surat Pekeliling ini, maka Surat Pekeliling Ketua

Pengarah Bil. 2/2013 adalah dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ IR HJ. ISMAIL B. MD. SALLEH)

Ketua Pengarah

Lembaga Lebuhraya Malaysia

Page 4: Rujukan Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8 - llm.gov.my Bil 4-2014.pdf · Rujukan: Bil. ( 33 ) dlm. SM ... Bagi ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tetapi ... Rawatan

JADUAL I

KADAR MAKSIMUM KOS BAYARAN WAD

LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

GRED PEGAWAI DAN KAKITANGAN KADAR MAKSIMUM

KOS BAYARAN WAD (RM)

Ahli Lembaga serta Gred 54 dan ke atas

250.00

Gred 48 & 52

180.00

Gred 41 & 44

130.00

Gred 22 hingga 40

110.00

Gred 1 hingga 17

90.00

Nota: - Kadar maksimum kos bayaran wad adalah untuk pegawai dan

kakitangan LLM sahaja.

- Jika pegawai dan kakitangan memohon untuk dimasukkan ke dalam

wad yang lebih tinggi dari kadar maksimum kos bayaran wad yang

ditetapkan, maka pegawai dan kakitangan berkenaan akan

dikehendaki membayar perbezaan kos bayaran wad tersebut.

Page 5: Rujukan Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8 - llm.gov.my Bil 4-2014.pdf · Rujukan: Bil. ( 33 ) dlm. SM ... Bagi ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tetapi ... Rawatan

JADUAL II

KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM TAHUNAN

KOS RAWATAN PERUBATAN SEBAGAI PESAKIT DALAM (IN-PATIENT)

LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

GRED PEGAWAI DAN

KAKITANGAN

TETAP

(RM)

KONTRAK

SEBELUM 15

OGOS 2011

(RM)

PADA ATAU

SELEPAS 15

OGOS 2011

(RM)

Ahli Lembaga 70,000.00 Tidak Berkaitan

Gred 54 & Ke Atas.

70,000.00 60,000.00 30,000.00

Gred 48 & 52

60,000.00 45,000.00 23,000.00

Gred 41 & 44

45,000.00 35,000.00 18,000.00

Gred 22 hingga 40

35,000.00 25,000.00 13,000.00

Gred 1 hingga 17

25,000.00 20,000.00 10,000.00

Nota: - Kadar kelayakan termasuk bayaran wad adalah bagi pegawai

dan kakitangan SAHAJA, tidak termasuk isteri/suami dan anak-

anak.

- Kos inpatient termasuk kos wad ICU bagi pegawai dan kakitangan

sahaja

- Bagi pegawai dan kakitangan lantikan kontrak sebelum 15 Ogos 2011,

(*) keluarga adalah termasuk pegawai, isteri/suami, dan anak-anak.

Pegawai dan kakitangan lantikan kontrak pada dan selepas 15 Ogos

2011, kos rawatan adalah hanya untuk pegawai dan kakitangan

sahaja.

Page 6: Rujukan Bil. ( 33 )dlm. SM/6/1 Jld. 8 - llm.gov.my Bil 4-2014.pdf · Rujukan: Bil. ( 33 ) dlm. SM ... Bagi ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tetapi ... Rawatan

LAMPIRAN I

KELAYAKAN PEGAWAI DAN KEMUDAHAN RAWATAN YANG DIBENARKAN

Bil.

SENARAI PEGAWAI

KEMUDAHAN RAWATAN YANG DIBENARKAN

Rawatan

sebagai

Pesakit

Luar

Rawatan sebagai

Pesakit Dalam

Pemeriksaan

Kesihatan

Berkala

Rawatan Untuk Wanita Bersalin

(maksimum RM1,500.00)

(Pegawai & kakitangan

LLM/isteri)

Rawatan

Pergigian

1. Ahli-ahli Lembaga LLM serta isteri/suami dan

anak-anak(*).

X X X

2. Pegawai dan Kakitangan LLM Lantikan Tetap

serta isteri/suami dan anak-anak(*).

(kadar kelayakan di

JADUAL II)

3. Pegawai dan Kakitangan LLM Lantikan Kontrak

sebelum 15 Ogos 2011 serta isteri/suami dan

anak-anak(*).

(kadar kelayakan di

JADUAL II)

4. Pegawai dan Kakitangan LLM Lantikan Kontrak

pada dan selepas 15 Ogos 2011

(kadar kelayakan di

JADUAL II)

5. Ibu Bapa yang sah Pegawai dan Kakitangan

Lantikan Tetap LLM.

(kadar kelayakan di

JADUAL II)

X X X

6. Pesara Wajib/Pilihan LLM selepas 1 April 2003 X X -

7. Pesara Wajib/Pilihan LLM selepas 23

September 2000 Tidak Berkaitan

8. Keluarga Pegawai/Kakitangan LLM lantikan

Tetap/Kontrak yang meninggal dunia dalam

perkhidmatan.

X X

X X X

Nota : (*)

Anak yang tidak melebihi 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh

kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai.

Kos rawatan bersalin RM1,500.00 terhad kepada 5 kelahiran sahaja.

Bagi pasangan suami isteri yang bekerja di LLM juga terhad kepada 5 kelahiran sahaja.

Bagi Rawatan Pemeriksaan Kesihatan Berkala hanya layak sekali setahun.