rph ukuran bukan piawai dst

6
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas : 4 Amanah Tarikh /Hari : 21 April 2015 (Selasa) Masa : 08.45 pagi – 09.45 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 32 orang Kehadiran Murid : Tema : Sains Fizikal Tajuk : Pengukuran Standard Kandungan: Pada akhir pengajaran, murid dapat 6.1 Memahami ukuran panjang. Standard Pembelajaran: 6.1.1 Menyatakan panjang ialah ukuran jarak antara dua titik. 6.1.2 Mengukur panjang dengan menggunakan alatan yang tidak piawai seperti; jengkal, hasta, depa dan tapak kaki, klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut minuman, benang , tali dan anak mancis. Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan panjang ialah ukuran jarak antaran dua titik. 2. Mengukur panjang dengan menggunakan alat yang tidak piawai. 3. Membezakan alat ukuran piawai dan alat ukuran tidak piawai. Aktiviti P&P: 1. Memerhatikan gambar yang ditayangkan dan menjawab soalan guru. 2. Menonton video PdP dan menjawab soalan guru. 3. Mengukur objek di dalam makmal sains dengan bantuan alat pengukuran bukan piawai. 4. Membina kesimpulan ujikaji yang dijalankan. 5. Membuat kesimpulan kepentingan pengukuran kepada manusia. Pengetahuan sedia ada : Murid tahu pembaris merupakan alat untuk mengukur panjang. Kemahiran Saintifik : KPS :– memerhati, berkomunikasi, mentafsir maklumat, mengelas, meramal dan mengukur menggunakan nombor

Upload: dhilemon-dominic

Post on 19-Dec-2015

316 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

DST tahun 4 2015 obs'15 IPGKSM

TRANSCRIPT

Page 1: RPH ukuran bukan piawai DST

Mata Pelajaran : Dunia Sains dan TeknologiKelas : 4 AmanahTarikh /Hari : 21 April 2015 (Selasa)Masa : 08.45 pagi – 09.45 pagi (60 minit)Bilangan Murid : 32 orangKehadiran Murid :Tema : Sains FizikalTajuk : Pengukuran

Standard Kandungan: Pada akhir pengajaran, murid dapat6.1 Memahami ukuran panjang.

Standard Pembelajaran:

6.1.1 Menyatakan panjang ialah ukuran jarak antara dua titik.

6.1.2 Mengukur panjang dengan menggunakan alatan yang tidak piawai seperti; jengkal,

hasta, depa dan tapak kaki, klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut minuman, benang ,

tali dan anak mancis.

Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan panjang ialah ukuran jarak antaran dua titik.

2. Mengukur panjang dengan menggunakan alat yang tidak piawai.

3. Membezakan alat ukuran piawai dan alat ukuran tidak piawai.

Aktiviti P&P:

1. Memerhatikan gambar yang ditayangkan dan menjawab soalan guru.

2. Menonton video PdP dan menjawab soalan guru.

3. Mengukur objek di dalam makmal sains dengan bantuan alat pengukuran bukan piawai.

4. Membina kesimpulan ujikaji yang dijalankan.

5. Membuat kesimpulan kepentingan pengukuran kepada manusia.

Pengetahuan sedia ada : Murid tahu pembaris merupakan alat untuk mengukur panjang.

Kemahiran Saintifik : KPS :– memerhati, berkomunikasi, mentafsir maklumat, mengelas, meramal

dan mengukur menggunakan nombor

Kemahiran Berfikir : Menaakul, menerangkan sebab, sumbangsaran, menjana dan menghasilkan

idea baru, membanding dan membeza, membuat ketegori, menghubungkait

dan menganalisis

Sikap Saintifik dan Nilai Murni: yakin dan berani, bersikap objektif, sifat ingin tahu, berfikiran kritikal dan analitik, bekerjasama, adil dan saksama, bertolak ansur, minat dan bersifat ingin tahu dan berfikir secara rasional.

Sumber P&P: LCD, Video, gambar, lembaran kerja, tali, pensil, batang mancis, papan putih, meja, sisi tingkap dan buku teks.

Refleksi :

Page 2: RPH ukuran bukan piawai DST

1. Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai objektif P&P

______________________________________________________

2. Tindakan susulan (pemulihan/ pengukuhan/ pengayaan)

______________________________________________________

Fasa/ Masa Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Orientasi

(5 minit)

Penyoalan:1. Apa khabar murid semua? CJ: Khabar baik cikgu!

2. Ada yang tidak sihat hari ini? Sekiranya ada yang tidak sihat, murid boleh berurusan dengan cikgu untuk rawatan.

3. Gambar apakah yang ditunjukkan diatas?CJ: Gambar pembaris, pembaris 1 meter dan pita pengukur.

4. Berdasarkan gambar tersebut, apakah fungsi alat tersebut?CJ: Mengukur panjang.

5. Alat manakah yang biasa digunakan oleh tukang kayu membuat rumah?CJ: Pita pengukur

1. Guru bertanya khabar kepada murid.

2. Guru meminta murid untuk menyelesakan diri sebelum kelas bermula.

3. Guru menunjukkan 3 jenis gambar kepada murid.

4. Murid menamakan objek tersebut

5. Guru bertanya fungsi gambar tersebut.

6. Guru menerangkan definisi pengukuran.

7. Guru memilih seorang murid daripada mana-mana kumpulan untuk memilih alat pengukuran membuat rumah.

KB: Menaakul dan menerangkan sebab.

KPS: memerhati dan berkomunikasi

Nilai Murni: yakin dan berani, bersikap objektif

Sumber P&P:LCD, gambar dan pita pengukur.

Pencetusan Idea

(15 minit)

Sumbangsaran:

1. Sekiranya tanpa alat tersebut, boleh atau tidak tukang kayu membina rumah?CJ: tidak boleh tanpa pita pengukur.

2. Ini rumah yang dibina zaman dulu, sebelum orang mencipta pita pengukur. Kenapa orang dulu boleh membina rumah tanpa pita pengukur?CJ: Guru menerima pendapat murid dan menerangkan alat pengukuran zaman dahulu.

3. Murid tengok video ini.4. Apakah yang dimaksudkan dengan

panjang?CJ: Jarak antara 2 titik.

5. Apakah 2 jenis alat pengukuran?CJ:

i. Alat pengukuran piawai

1. Guru menyoal murid sekiranya tanpa pita pengukur, bole atau tidak tukang kayu membina rumah?

2. Guru menunjukkan rumah pada zaman sekarang. Kemudian menunjukkan rumah pada zaman dahulu.

3. Guru menyoal murid, kenapa rumah zaman dahulu boleh dibina walaupun tanpa alat pengukuran?

4. Murid disoal secara umum.5. Guru menerima pendapat

murid.6. Guru mengajak murid

menonton video dan mengenalpasti alat pengukuran piawai dan bukan piawai.

7. Guru akan menyoal secara berperingkat berdasarkan video.

8. Guru turut menunjukkan

KB: sumbangsaran, menerangkan sebab, menjana dan menghasilkan idea baru.

KPS: Berkomunikasi, mentafsir maklumat dan memerhati.

Nilai murni: Sifat ingin tahu, berfikiran kritikal dan analitik.

Sumber P&P:LCD dan video

Page 3: RPH ukuran bukan piawai DST

ii. Alat pengukuran tidak piawai.

6. Apakah contoh alat pengukuran piawai?CJ: Pembaris, pita pengukur dan pembaris 1 meter.

7. Apakah contoh alat pengukuran tidak piawai?CJ: Pensil, klip kertas, penyedut minuman, depa, hasta, jengkal dan kaki.

8. Ini adalah contoh penggunaan alat tidak piawai.

demostrasi yang sesuai supaya murid lebih faham.

Penstrukturan Idea

(25 minit)

Mengukur objek di dalam makmal sains menggunakan alat pengukuran bukan

piawai.

1. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil lembaran kerja di hadapan.

2. Setiap murid diminta untuk mengisi nama, kelas dan tarikh hari ini.

3. Isikan tempat kosong dengan tajuk hari ini.

Arahan:Sebelum menjalankan ujikaji1. Sebelum menjalankan proses

pengukuran menggunakan alat pengukuran bukan piawai, setiap kumpulan diminta untuk berikan tumpuan sepenuhnya kepada demostrasi Cikgu.

2. Ketua kumpulan diminta untuk memilih ahli dalam kumpulan alat yang akan digunakan untuk mengukur bagi memastiakan semua ahli menjalankan tanggungjawab masing-masing.

3. Sekarang semua kumpulan pilih dahulu ahli kumpulan dan alat pengukuran bukan piawai.

Semasa menjalankan ujikaji4. Guru membimbing murid menjalankan

ujikaji dan pastikan murid tidak tersilap menjalankan pengukuran.

Selepas menjalankan ujikaji5. Sekarang, cuba murid berikan hasil

ujikaji dengan menggunakan alat pengukuran tidak piawai kepada Cikgu.

6. Lihat hasil setiap ahli dalam kumpulan.7. Apakah perbezaan bagi setiap hasil

ukuran panjang objek yang telah diukur menggunakan alat pengukuran tidak piawai?CJ: Ukuran panjang objek tidak sama

1. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk tampil ke hadapan kelas bagi mendapatkan lembaran kerja.

2. Murid mengisi lembaran kerja.3. Guru menunjukkan demostrasi

penggunaan alat pengukuran tidak piawai supaya murid tahu menggunakan alat dengan betul.

4. Ketua kumpulan diminta untuk memilih ahli yang akan menggunakan alat pengukuran bukan piawai berdasarkan lembaran kerja.

5. Guru kemudian meminta ketua kumpulan untuk tampil mengambil alat pengukuran.

6. Semua murid diberikan tempoh sebanyak 15 minit untuk menyelesaikan tugasan masing-masing.

7. Guru bertindak sebagai fasilitator.

8. Guru meminta murid memberikan jawapan mereka di hadapan dan guru menyalin di papan putih.

9. Guru akan meminta murid perhatikan panjang meja dan alat yang digunakan untuk mengukur.

10. Alatan pengukuran bukan piawai tidak memberikan jumlah pengukuran yang sebenar dan bergantung kepada objek yag digunakan.

KB: membanding dan membeza, membuat ketegori.

KPS: memerhati, mengelas dan berkomunikasi

Kemahiran Manipulatif:Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahansains dengan betul

Nilai murni: bekerjasama, adil dan saksama dan bertolak ansur

Sumber P&P:Lembaran kerja, tali, pensil, batang mancis, papan putih, meja, panjang tingkap dan buku teks.

Page 4: RPH ukuran bukan piawai DST

setiap alat pengukuran tidak piawai.

Aplikasi

(10 minit)

Apakah beza alat pengukuran piawai dan alat pengukuran tidak piawai.

1. Guru meminta keluarkan pembaris masing-masing.

2. Berdasarkan apa yang telah dipelajari, pembaris anda ialah alat ukuran piawai atau tidak piawai?CJ: Pembaris ialah alat ukuran piawai.

3. Guru meminta murid lihat Negara yang mencipta pembaris tersebut:

4. Ini pembaris yang Cikgu selalu gunakan, dan pembaris ini diciptakan di Negara Taiwan.

5. Ini menunjukkan pembaris ini juga digunapakai oleh pelajar di Negara Taiwan, malah di seluruh Negara.

6. Namun, alat pengukuran tidak piawai seperti depa, hasta, batang mancis tidak boleh digunakan oleh semua orang untuk mengukur panjang kerana alat ini tidak dapat mengukur dengan tepat.

1. Guru meminta murid mengeluarkan pembaris mereka masing-masing.

2. Murid diminta meneka pembaris ialah alat ukuran piawai atau tidak piawai?

3. Murid mencari Negara yang mencipta pembaris berkenaan.

4. Guru memberikan penjelasan lanjut penggunaan pembaris digunapakai di seluruh dunia kerana alat pengukuran ini piawai.

5. Guru menunjukkan sebab kenapa alat pengukuran tidak piawai tidak dapat digunakan oleh semua orang kerana ukuran panjang yang kurang tepat.

KB: Menghubungkait dan menganalisis

KPS: Komunikasi dan mentafsir maklumat.

Nilai Murni: minat dan bersifat ingin tahu dan berfikir secara rasional

Sumber P&P: gambar dan pembaris

Refleksi

(5 minit)

Kesimpulan Pengajaran&Pembelajaran

1. Apakah kepentingan pengukuran?CJ: untuk mendapat sesuatu panjang yang tepat.

2. Cuba murid perhatikan gambar diatas. Apa yang terjadi sekiranya seorang tukang jahit dan tukang buat rumah menggunakan alat pengukuran tidak sesuai untuk menjahit pakaian dan membina rumah.

3. Murid-murid, amat penting bagi kita dalam hidupan seharian menggunakan alat pengukuran yang sesuai dan membantu kita.

4. Mari kita nyanyikan lagu “Depa Hasta Jengkal Kaki” dengan melodi “Are You Sleeping”.

1. Guru menyoal murid secara individu kepentingan pengukuran.

2. Murid disoal satu demi satu.3. Guru akan menerima

memperbetulkan jawapan yang salah.

4. Guru menunjukkan gambar pakaian yang dijahit dan rumah yang dibina menggunakan alat pengukuran yang tidak sesuai.

5. Guru membuat kesimpulan bagi proses pembelajaran dan pengajaran hari ini.

6. Murid dan guru bernyanyi bersama-sama.

KB: menjana idea dan menerangkan sebab.

KPS: Memerhati dan meramal.

Nilai: Berfikiran kritikal dan analitis, yakin dan berani mencuba.

Sumber P&P:LCD dan gambar