rph psv t6 keris

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun : 6 UKM Tarikh : 03 Mac 2014 (Isnin) Masa : 9.30 10.30 pagi Bilangan murid : __/__ Bidang : Mengenal Kraf Tradisional Tajuk : Keris Objektif Pengajaran dan Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : 1. Mengetahui cara penghasilan keris. 2. Meningkatkan kemahiran motor halus dalam membina sesebuah kraf tradisional. 3. Menghargai keris sebagai bahan warisan Melayu. Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah melihat pelbagai jenis keris. Penerapan Nilai : 1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati serta bekerjasama. 2. Mengutamakan kebersihan semasa melakukan aktiviti. Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis : 1. Dapat menghasilkan corak ulu keris. 2. Dapat menggunakan pelbagai warna bagi menampakkan corak pada hasil karya. Alat dan Bahan : Kertas lukisan, pensil, pensil warna, gam, dan gunting Alat Bantu Mengajar (ABM) : Contoh keris dan lukisan keris yang telah siap. LANGKAH / MASA ISI KANDUNGAN PENGAJARAN DAN STRATEGI P&P /

Upload: haryani-muharam

Post on 26-Sep-2015

294 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SENI

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran : Pendidikan Seni VisualTahun : 6 UKMTarikh : 03 Mac 2014 (Isnin)Masa : 9.30 10.30 pagiBilangan murid : __/__Bidang : Mengenal Kraf TradisionalTajuk : Keris

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :1. Mengetahui cara penghasilan keris.2. Meningkatkan kemahiran motor halus dalam membina sesebuah kraf tradisional.3. Menghargai keris sebagai bahan warisan Melayu.Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah melihat pelbagai jenis keris.Penerapan Nilai : 1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati serta bekerjasama.2. Mengutamakan kebersihan semasa melakukan aktiviti.Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis :1. Dapat menghasilkan corak ulu keris.2. Dapat menggunakan pelbagai warna bagi menampakkan corak pada hasil karya.Alat dan Bahan : Kertas lukisan, pensil, pensil warna, gam, dan guntingAlat Bantu Mengajar (ABM) : Contoh keris dan lukisan keris yang telah siap.

LANGKAH / MASAISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM / NILAI

Set Induksi(3 minit)1) Penyoalan berkenaan gambar yang ditunjukkan di hadapan kelas.-Apakah gambar yang dapat kamu lihat di hadapan ini?-Pernah lihat atau pegang keris?1. Guru menunjukkan sebahagian daripada gambar keris di hadapan kelas .2. Murid melihat gambar yang ditunjukkan di hadapan kelas.3. Guru menyoal murid mengenai pemahaman mereka berkenaan gambar tersebut.Kemahiran Berfikir Menghubungkait, menginferens

Teori Kecerdasan Pelbagai Intrapersonal, interpersonal

Langkah 1(8 minit)Pengenalan kepada : Keris senjata atau alat pertahanan untuk orang Melayu Contoh gambar keris :

1. Guru menunjukkan contoh lukisan keris.2. Murid mendengar penerangan guru dan melihat contoh hasil karya yang dihasilkan oleh guru.Kaedah Melihat dengan aktif.

BBM Contoh gambar keris.

Teori Kecerdasan Pelbagai Visual ruang, verbal linguistik.

Langkah 2(8 minit)

Langkah-langkah :1) Bahagikan kertas kepada beberapa bahagian untuk bahagian badan, kepala dan hujung keris.2) Lakarkan bentuk keris mengikut bahagian yang telah dibahagikan.3) Lukis corak pada ulu keris.4) Warnakan corak keris.5) Potongkan kertas mengikut bentuk kertas.1. Guru mengedarkan alat dan bahan.2. Guru menunjukkan langkah untuk menghasilkan kertas.3. Murid mendengar arahan serta melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah Memerhati secara kritis.

Kemahiran Berfikir Meneroka, menjana idea, menilai.

Langkah 3(28 minit)Perlaksanaan aktiviti.1. Guru memantau sambil membantu murid yang memerlukan bantuan semasa menyiapkan karya tersebut.2. Murid mendengar arahan guru dan menghasilkan kraf keris.Kemahiran Berfikir Mereka cipta, menjana idea, kreativiti.Teori Kecerdasan Pelbagai Kinestetik Nilai Bekerjasama

Penutup(3 minit)Penilaian dan rumusan.1. Murid diminta mempamerkan hasil karya mereka dan membuat ulasan secara umum.2. Guru membuat penilaian hasil murid secara rawak.3. Guru merumuskan tajuk pelajaran pada hari ini dengan bersoal jawab dengan murid.

Teori Kecerdasan Pelbagai Verbal linguistikKemahiran Berfikir Menjana idea, menghubungkaitkan, menginferensNilai Menghargai