keris itu masih ditanganmu - mpp

17
Ahmad Sarju Sumber : Dewan Budaya , Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur , Oktober 2000

Upload: shaiful-izham

Post on 31-Jul-2015

680 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Ahmad Sarju Sumber :

Dewan Budaya , Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur , Oktober 2000

Page 2: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap

, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris , perkataan

baris , suku kata sebaris , rangkap , rima dan sebagainya.

Karya yang dicirikan oleh perkara-perkara berikut : Bentuk yang kental , berentak , banyak berunsur muzik

bahasa. Bahasa yang lebih padat , teliti dan kadang-kadang

mendekati lagu. Temanya diolah dari hidup harian tetapi dipersembahkan

kepada pembaca atau pendengar dengan sudut pandangan yang agak luar biasa dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca atau pendengarnya.

Mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

Page 3: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Keris itu masih di tanganmuUntuk menyambung perjuanganYang sewaktu-waktunya engkau terpaksa

mengalahHati terhiris terlukaSuara terpaksa membisuDiam mematahkan fitnahBerlembut mencari hikmah

Jika terlalu pahit kau rasaiKembalilah kepada realitiPerjuangan itu pasti ada ranjau durinyaPerjuangan itu pasti ada liku-likunyaPerjuangan itu pasti ada pahit getirnyaPerjuangan itu pasti ada rebah bangunnyaJika genting janganlah kau putuskanJika tegang janganlah kau rentapkanJika retak janganlah kau hancurkanJika putus janganlah kau hanyutkanJika bocor janganlah kau karamkan

Ketika ini engkau teruji erti ketabahanSetia seorang musuh tikaman seorang sahabatJujur seorang seteru fitnah seorang kerabatKerana sewaktu-waktunyaYang diam mentertawakan kitaYang mengangguk membenci kitaYang berpura-pura rajin bersuaraYang menetang menjadi sahabatYang bijak merendah suaraYang berhemah memanjatkan doaYang setia rela mengorbankan dirinya

Keris itu masih di tanganmuUntuk menyambung perjuanganSetelah engkau menjahit dengan ketajamannyaSeharusnya engkau telah belajar dan mahirMenepis tikaman mencemburui persahabatanKerana yang mengatur kejatuhanBukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.

Page 4: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Rangkap 1 :Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan

kitasekarang perlu dimanfaatkan untuk menyambungperjuangan. Namun ada waktunya kuasa tidak patutdigunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan

dancuba untuk bertindak secara lembut dan bijaksana.

Rangkap 2 :Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlumemahami hakikat kesusahannya. Pejuang tidak bolehkecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada

sehinggamemusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.

Page 5: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Rangkap 3 :Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan bolehmengkhianati perjuangan. Rakan-rakan sekeliling adayang jujur setia namun ada yang berpura-pura.

Rangkap 4 :Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangankerana kita sudah berpengalaman dengan ranjau

perjuangan.Malah para pejuang sudah mengenali rakan dan lawan.Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangansebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri danbukan oleh kekuatan musuh.

Page 6: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Perjuangan tentang hidup. Selagi kita ada kekuatan,keupayaan, kebolehan, kemampuan, kekuasaan dansebagainya kita perlu berani menghadapi segalapancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalahdan kecewa dalam perjuangan. Realiti perjuangan adalahperlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalamperjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yangkhianat. Namun selagi kita ada kekuasaan, keupayaan,kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perluterus berjuang.

Page 7: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Persoalan hidup perlu berjuang. - Penyajak menasihatkan agar meneruskan perjuangan

supaya dapat mengenali rakan dan lawan dalam perjuangan.

Persoalan berhati-hati dengan sahabat. - Setiap perjuangan haruslah tabah dan berhati-hati

ketika berjuang kerana tidak semua rakan-rakan di sekeliling kita yang jujur namun , ada yang iri hati dengan perjuangan kita.

Persoalan memahami realiti perjuangan. - Sebagai rakan-rakan tidak perlu untuk mengkhianati

apa yang diperjuangkan oleh seseorang sebaliknya memberi sokongan supaya ia berjaya dalam perjuangannya.

Page 8: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Sajak diatas menjadikan perkataan ` keris ´ sebagai kata kunci bagi

memahami maksud keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan

kekuasaan politik maka ia boleh dikaitkan dengan survival bangsa

terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini menjurus kepada unsur

patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan survival

bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala

perlu berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain

lain bangsa yang telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang

menyedihkan ialah adanyaperbuatan khianat yang berlaku di kalangan

rakan-rakan sendiri.

Page 9: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Jika kita ingin meluaskan maksud sajak ini, kita boleh mentafsirkan

perkataan keris sebagai keupayaan, kebolehan, kekuatan, dan kemampuan

seseorang. Dalam hidup, kita memang perlu berjuang bagi menghadapi

segala halangan dalam hidup. Umpamanya, ketika umur kita

masih muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu berusaha untuk

mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh

diibaratkan sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kata

tidak mahu berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan rugi.

Kita perlu faham hakikat perjuangan dan perlu berkorban. Kepada mereka

yang tahan perjuangan, wujud pula cabaran lain termasuklah sifat dengki

dan irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita perlu berhati-hati dan

waspada.

Page 10: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Keris juga boleh dikaitkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada

pada diri kita. Jika kita mempunyai apa-apa kelebihan, maka kita perlu

menggunakannya dengan baik. Ia adalah satu peluang yang perlu

dimanfaatkan. Seseorang yang berbakat dalam boleh sepak tentunya

mempunyai kelebihan umpama mempunyai sebilah keris. Maka individu

tersebut perlu memanfaatkan kebolehannya untuk kebaikan diri. Namun

untuk berjaya sebagai pemain bola sepak, individu tersebut perlu banyak

berkorban jiwa dan raga.

Page 11: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Pengajaran tabah dan sabar dalam perjuangan. - Kita mestilah tabah apabila berjuang kerana terdapat

banyak dugaan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan untuk mencapai kejayaan.

Pengajaran berfikir dengan matang (rasional). - Kita mestilah berfikiran matang supaya tidak terpengaruh

dan mudah jatuh dengan cemuhan-cemuhan yang dilemparkan oleh rakan-rakan yang tidak senang melihat perjuangan kita.

Pengajaran berhati-hati dalam berkawan. - Kita mestilah waspada terhadap setiap rakan-rakan di

sekeliling kita , mungkin ada yang membantu perjuangan kita malah ada juga yang ingin menjatuhkan kita.

Page 12: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Anafora :Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebihpada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkankesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkanpenyataan maksud.

Contohnya :Perjuangan itu pasti ada ranjau durinyaPerjuangan itu pasti ada liku-likunyaPerjuangan itu pasti ada pahit getirnyaPerjuangan itu pasti ada rebah bangunnya.

Baris 2 hingga 11 pada rangkap 2 Baris 5 hingga 11 pada rangkap 3.

Page 13: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Responsi :

Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih

pada pertengahan baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan

kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan

penyataan maksud.

Contohnya :

Perjuangan itu pasti ada ranjau durinya

Perjuangan itu pasti ada liku-likunya

Perjuangan itu pasti ada pahit getirnya

Perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya.

Page 14: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Epifora :Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebihpada akhir baris puisi. Pengulangan ini menimbulkankesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkanpenyataan maksud.

Contohnya :Yang diam mentertawakan kitaYang mengangguk membenci kita

Sinkop :Pemendekan atau penyingkatan sesuatu kata.

Contohnya:Jika genting janganlah kau putuskan

Page 15: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Rima akhir : ( tidak terikat )Rangkap 1 : abcdaccRangkap 2 : aabbbbcccccRangkap 3 : abbccccbcccRangkap 4 : abcdbbb

Aliterasi :Pengulangan konsonan k dalam baris.Contohnya :Ketika kini engkau teruji erti ketabahan

Asonansi :Pengulangan vokal a dalam baris.Contohnya :Jika retak janganlah kau hancurkan

Page 16: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP

Jumlah perkataan dalam ayat :

3 – 6 patah perkataan dalam satu baris.

Contohnya :

Hati terhiris luka

Bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.

Jumlah suku kata dalam baris :

8 – 15 suku kata dalam satu baris.

Contohnya :

Ha/ti/ ter/hi/ris/ ter/lu/ka/

Se/te/lah/ eng/kau/ men/ja/hit/ de/ngan/ ke/ta/ja/man/nya/

Page 17: Keris Itu Masih Ditanganmu - MPP