lencana kemajuan keris emas.docx

10
LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS A) KESETIAAN 1. Lagu Patriotik

Upload: pelangiskbj

Post on 12-Nov-2015

442 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS

A) KESETIAAN

1. Lagu Patriotik

2. Mengenali Jata Negara dan lambang negeri Perak

Jata negara

Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama Islam. Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia. Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia. Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia. Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).Lambang Negeri Perak

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

3. Tokoh tempatan

Biografi RingkasNgah Ibrahim Bin Long Jaafar dilahirkan pada tahun 1837. Kawasan Bukit gantang merupakan daerah pemerintahan bapanya, Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga terdiri Kota Long Jaafar. Beliau merupakan salah seorang jutawan melayu terawal abad ke-I9, pahlawan dan pejuang kemerdekaan terawal.

4.Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

YBhg. Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd' Majid Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Y.H Dato Dr.Mohamad Shahrum Bin OsmanKetua Pesuruhjaya Pengakap Negar5. Ajaran agama5) Ajaran Agama Islam Agama Islam dibawa oleh Nabi Muhammad SAW untuk sekalian umat manusia. Al Quran diturunkan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW, sebagai Kitab panduan bagi umat Islam untuk sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Dasar ajaran Agama Islam ialah Rukun Iman dan Rukun Islam.Rukun ImanPercaya kepada AllahPercaya kepada Kitab Al QuranPercaya kepada MalaikatPercaya kepada Nabi dan RasulPercaya kepada Hari kiamatPercaya kepada TakdirRukun Islam1) Percaya dalam hati, dan mengucap secara lisan bahawa (Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah.)2) Solat 5 waktu sehari semalam.3) Berpuasa pada bulan Ramadan.4) Membayar zakat. 5) Melakukan ibadat Haji bagi yang mampu.

B) KESIHATAN DAN KESELAMATAN1) Lima peraturan hidup sihat dan bahagia

2) Cara mengatasi sakit selsema dan menjauhkannyaJenisContoh UbatFungsi

DekongestanPseudoephedrine, phenylephrine, oxymetazolineMembuka laluan dan melegakan hidung tersumbat melalui pengeluaran mukus. Ini akan membantu meningkatkan pernafasan.

Agen mukolitikBromhexineMembantu mencairkan mukus untuk memudahkan pengeluaran mukus.

Cara mencegah selsema adalah seperti berikut : Selalu menjaga kebersihan diri terutama membasuh tangan dengan bersih, menutup mulut ketika batuk atau bersin, mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dan tidak meletak tisu yang telah digunakan merata-rata. Makan makanan yang seimbang, elakkan daripada merokok dan mengambil alkohol.

3) Maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan

Untuk mendapatkan bantuan kecemasan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bagi mendapatkan bantuan.4) a) Anduh Kepala