rph perpuluhan tahun 4

7
MATA PELAJARAN : MATEMATIK TAHUN : EMPAT KELAS : 4 ARIF BIDANG : NOMBOR DAN OPERASI TAJUK :PERPULUHAN BILANGAN MURID : 30 ORANG STANDARD KANDUNGAN :8.3 Penambahan nombor perpuluhan STANDARD PEMBELAJARAN : Murid berupaya untuk: 8.3.1) menambah dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid sudah belajar: i) Murid sudah tahu menambah nombor bulat. ii) Mengenal, menamakan dan menulis perpuluhan menggunakan gambar rajah. iii) Menyebut dan menulis nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan dalam perkataan dan angka. iv) Menukar pecahan perseribu kepada perpuluhan dan sebaliknya. v) Membandingkan nilai dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran, murid murid dapat:

Upload: siti-khadijah

Post on 18-Dec-2015

185 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

rph perpuluhan tahun 4

TRANSCRIPT

MATA PELAJARAN: MATEMATIKTAHUN: EMPATKELAS: 4 ARIF BIDANG: NOMBOR DAN OPERASI TAJUK:PERPULUHAN BILANGAN MURID: 30 ORANGSTANDARD KANDUNGAN:8.3 Penambahan nombor perpuluhanSTANDARD PEMBELAJARAN: Murid berupaya untuk:8.3.1) menambah dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid sudah belajar:i) Murid sudah tahu menambah nombor bulat.ii) Mengenal, menamakan dan menulis perpuluhan menggunakan gambar rajah.iii) Menyebut dan menulis nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan dalam perkataan dan angka.iv) Menukar pecahan perseribu kepada perpuluhan dan sebaliknya.v) Membandingkan nilai dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran, murid murid dapat:i) Menambah dua nombor perpuluhan perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.ii) Memahami jalan pengiraan untuk menambah nombor perpuluhan.

KEMAHIRAN BERFIKIR: Mengaplikasi, menganalisis dan menilai keusahawanan.NILAI DAN SIKAP: Tanggapan, penghargaan, yakin, interaksi murid.BAHAN BANTU MENGAJAR: Kotak perpuluhan, lembaran kerja.

FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASICATATAN

PERSEDIAANPemerhatian Dan Analisis(5 minit)

a. Guru akan bertanya kepada murid tentang pengajaran lepas (membandingkan nilai dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan)b. Murid diuji dengan beberapa soalan untuk kukuhkan pemahaman murid tentang pembelajaran lepas.

c. Guru buat pembetulan/ peringatan kepada murid tentang penggunaan istilah perbandingan.

d. Murid nyatakan apa yang akan dipelajari hari ini. i) Selamat petang murid murid. Apa yang telah kamu pelajari dua hari lepas? Perbandingan nilai nombor perpuluhan.ii) Apa istilah istilah yang digunakan dalam perbandingan? Lebih kurang daripada Lebih besar daripada Sama dengan iii) Jika cikgu beri 4.517 dengan 4. 175, 0.045 dengan 0.45, mana lebih besar/ mana lebih kecil.

iv) Apa yang akan kita pelajari harini? Berkaitan dengan operasi tambah Penambahan nombor perpuluhan.

Strategi: berpusatkan murid

Teknik: penyoalan, imbas kembali

IMAGINASIa) Murid disoal soalan matematik yang melibatkan penambahan nombor bulat untuk diselesaikan seperti berikut:i) 75 + 22 = _____________ii) 18 + 68 = _____________

b) Guru bercerita tentang kisah emak membeli barang di pasaraya dan barang yang dibeli adalah seperti berikut: Ikan: 1.67 kg Udang: 1.1 kg Lobak: 0.3 kg Timun: 0.5 kg

c) Guru membimbing murid untuk memahami operasi penambahan melibatkan perpuluhan seperti berikut:i) Berat lobak dan timun0.3 kg + 0.5 kg 0.3 + 0.5

ii) Berat udang dan ikan1.67 + 1.1 = 1.67+ 1.1

d) Guru membimbing murid cara penambahan perpuluhan menggunakan kotak perpuluhan:i) Tengok contoh tadi:1.67+1.1=(dalam bentuk lazim)ii) Guna perkataan PUP( Point under Point) untuk ajar murid guna kotak perpuluhan. iii) Contoh lain: - 2. 672 + 4. 34 =- 5.145 + 3. 223 =- 3. 267 + 4.564=- 8.917 + 7.296=- 13 + 7.567=

e) Guru demonstrasi kepada murid cara penambahan perpuluhan menggunakan kotak perpuluhan.

iv) Bagi 1 contoh ayat matematik yang libatkan penambahan.v) Murid murid, cuba selesaikan soalan ini: Berapa jumlah 75 + 22 ? Berapa jumlah 18 + 68 ?

vi) Mak beli barang di pasaraya, barang barang yang mak beli seperti berikut: ikan: 1.67 kg, udang: 1.1 kg, lobak: 0.3 kg, Timun: 0.5 kg,

vii) Berapa jumlah berat lobak dan timun?

viii) Sekarang, berapa berat undang dan ikan?

ix) Bagi perhatian apa yang cikgu ingin terangkan.

Strategi: Berpusatkan murid Berpusatkan bahan

Teknik: Penyoalan Demonstrasi

Kemahiran:KBAT

BBB:Kotak perpuluhan.

PERKEMBANGANa) Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.b) Guru memberikan arahan bagi aktiviti kumpulan ini seperti berikut: Murid murid, duduk dalam kumpulan masing masing. Setiap kumpulan menerima 1 sampul surat. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang ada dalam sampul surat masing masing. Sila susun jawapan bagi setiap soalan secara menaik kemudian tambah nilai yang paling kecil dengan paling besar. Kumpulan yang siap dahulu adalah pemenang.

Murid murid, duduk dalam kumpulan masing masing. Jawab semua soalan dalam sampul surat. Sila susun jawapan bagi setiap soalan secara menaik. Tambahkan jawapan yang mempunyai nilai paling kecil dengan nilai paling besar. Kumpulan yang siap dahulu dan betul adalah pemenang. BBB Sampul surat

TINDAKANa) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. b) Murid laksanakan dan hantar kepada guru. (sebagai kerja rumah)c) Murid memberi refleksi tentang proses PdP hari ini.i) Tolong siapkan lembaran kerja dan hantar kepada cikgu pada esok hari.

ii) Apa yang kamu pelajari hari ni?

iii) Isi penting: PUP/ Titik perpuluhan perlu selari dalam bentuk lazim.BBB: Lembaran kerja.

PENILAIAN

Guru membuat penilaian kepada murid melalui pemerhatian terhadap respon murid, aktiviti berkumpulan dan lembaran kerja.