rph minggu 1

9
SEMESTER 1 SESI 2014/2015 AT14 – IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DENGAN KEPUJIAN KPR3974 LATIHAN MENGAJAR 1 KUMPULAN: K00422 (A142PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON SHAMSUDIN BIN JUSOH @ YUSOF D20112052271 0133787424 RPH MINGGU 1

Upload: din

Post on 29-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

AT14 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DENGAN KEPUJIAN

KPR3974 LATIHAN MENGAJAR 1

RPH MINGGU 1

KUMPULAN: K00422 (A142PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :NAMANO. IDNO. TELEFON

SHAMSUDIN BIN JUSOH @ YUSOFD201120522710133787424

NAMA PENSYARAH: PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH

TARIKH SERAH: 23 MAC 2015RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TINGKATAN 1

Nama Guru Pelatih:SHAMSUDIN BIN JUSOH @ YUSOFMata Pelajaran:MATEMATIKBilangan Murid:23 (L: 6, P: 18)Tingkatan:1 KIAMBANGTarikh:24 MAC 2014Masa:1.20 - 2.30 PM

Tajuk:BAB 3: PECAHAN3.1Pecahan

Objektif Pembelajaran:Murid akan diajar untuk memahami dan menggunakan pengetahuan tentang pecahan sebagai nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

Hasil Pembelajaran:Di akhir pembelajaran, murid akan dapat :a)Menyebut suatu pecahan.b)Menerangkan pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.c)Mewakilkan suatu pecahan dengan gambar rajah.d)Menulis pecahan berdasarkan gambar rajah yang diberi.

Pengetahuan sedia ada:Murid sudah mempelajari tajuk pecahan semasa di peringkat sekolah rendah.Alat bantu mengajar:Pizza, dan pisau pemotong pizza.

Nilai-nilai murni: Bekerjasama, berkeyakinan, dan bersyukur.

Langkah/ MasaKandunganAktiviti (Perbincangan)Strategi / Kaedah/ ABM/ KBKK/ Nilai Murni

Peranan guruPeranan murid

Langkah 1Set induksi(5 minit)

1. Pecahan1. Guru meminta semua murid membersihkan lantai dan mengosongkan tong sampah.

2. Guru menunjukkan dua keping pizza yang berbentuk bulat kepada murid. Kemudian guru memotong setiap keping pizza kepada 12 bahagian.

3. Guru membuat penerangan tentang hasilpembelajaran pada hari ini.

1. Murid membersihkan lantai dan mengosongkan tong sampah.

2. Murid melihat guru memotong kepingan pizza tersebut kepada 24 bahagian selari dengan bilangan murid yang ada di dalam kelas.

3. Pelajar memberi perhatianStrategi :

Kaedah :Kuliah, kaedah pendedahan

ABM :Pizza dan pisau pemotong pizza

KBKK:Menjana idea

Nilai murni :Kebersihan, kosentrasi

Langkah 2Perkembangan pembelajaran(30 minit)

1. Menyebut suatu pecahan

2. Menerangkan pecahan sebahagian daripada keseluruhan1. Guru mengambil sebahagian daripada potongan pizza dan diberikan kepada seorang murid dan menyoal bahaigan yang tinggal.

2. Guru memberitahu bahawa 1 bahagian yang diberikan kepada murid bermaksud dan bahagian yang tingga adalah .

3. Guru mengedarkan 2 keping pizza tadi kepada murid.

4. Guru mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap murid dan meminta murid melipat kepada 2 bahagian, kemudian kepada 4 bahagian, kemudian kepada 8 bahagian dan akhir sekali kepada 16 bahagian. Setiap lipatan guru meminta murid menanda bahagian-bahagian tertentu.

1. Murid menjawab bahagian yang tingga adalah 11 bahagian.

2. Murid dapat memahami dengan jelas situasi tersebut.

3. Setiap murid mendapat 1 bahagian pizza dan murid membuat rumusan sendiri berapa bahagian pizza yang tinggal.

4. Murid membuat setiap arahan guru dan menanda bahagian-bahagian yang telah diarahkan oleh guru.Strategi :Mengenal pasti pola

Kaedah :Kuliah, kaedah pendedahan, perbincangan, praktikal

ABM :Kertas A4

KBKK:Menjana idea

Nilai murni :Kekemasan, kosentrasi

Langkah 3Perkembangan pembelajaran(20 minit)

1. Mewakilkan suatu pecahan1. Guru menerangkan angka yang berada di atas dinamakan 'pengangka' dan angka di bawah dinamakan 'penyebut'.

2. Guru meminta murid membuka buku teks m/s: 46 dan melihat contoh 3.1.3

3. Guru juga memberi beberapa contoh lain supaya murid lebih memahami.1. Murid menulis contoh dan menyebut perkataan pengangka dan penyebut bagi setiap contoh pecahan yang diberikan.

2. Murid membuka buku teks.

3. Murid melihat contoh yang diberkan oleh guru dan memahaminya.

Strategi :Mengenal pasti pola

Kaedah :Kuliah, kaedah pendedahan, perbincangan, praktikal

ABM :Kertas A4

KBKK:Menjana idea

Nilai murni :Kekemasan, kosentrasi

Langkah 4Penilaian(5 minit)Guru melukis beberapa rajah di papan putih dan meminta murid meulis dalam bentuk pecahan.

Murid menulis pecahan berdasarkan rajah yang dilukis oleh guru di papan putih.

Langkah 5Penutup(10 minit)Ringkasan pengajaran

Guru meminta setiap murid memberitahu berapa bahagian pizza yang mereka dapat dalam bentuk pecahan.Setiap murid bangun dan memberitahu kepada guru dan murid yang lain bahawa mereka mendapat pizza.

Refleksi

Alat bantu mengajar yang digunakan seperti pizza sebenar dapat meningkatkan pemahaman murid dan murid sangat gembira kerana selaian alat atau bahan sebenarnya digunakan, murid dapat merasai keenakan pizza. Ini merupakan suatu kekuatan dalam pengajaran dan pebelajaran bagi tajuk ini.

Namun begitu, murid agak sukar untuk mengingat sebutan 'pengangka' dan 'penyebut'. Ini membuatkan guru terpaksa mengulangi banyak kali bagi memastikan murid dapat memahami dan mengingat dengan baik.

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3