rph kuda kepang mencorak

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Kelas Masa Isi Pembelajaran Catatan / Impak

Upload: lily-suzana

Post on 18-Jun-2015

3.091 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph kuda kepang mencorak

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaranKelasMasa

Isi Pembelajaran Catatan / Impak

Pendidikan SeniVisual

Tahun 6 Amal

1 Ogos 2012

8 – 9 pagi

27 Orang

BIDANG : Membuat Corak dan Rekaan

TAJUK : Kuda Kepang

SUB TAJUK : Kaedah Cetakan Bermotifkan Kulit Haiwan

OBJEKTIF :i. Menghasilkan model kuda kepang.ii. Menghias kuda kepang dengan kaedah cetakan

bermotifkan kulit haiwan.

HASIL PEMBELAJARAN :Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

i. Melatih diri untuk bekerja dengan lebih tekun, teratur dan cermat.

ii. Menghias kuda kepang dengan corak yang dihasilkan.iii. Berbangga dengan hasil kerja sendiri dan rakan.

Pengetahuan sedia ada murid :i. Murid mahir menggunting dan melakar objek dalam tajuk-

tajuk sebelum ini.ii. Murid telah sedia maklum tentang kegunaan setiap alatan

yang dibawa.

Page 2: Rph kuda kepang mencorak

iii. Murid sedia maklum untuk menggunakan pensil sebagai lakaran awal.

Nilai murni : Kreatif, keseronokan, ketekunan dan menghargai kesenian Melayu.

Kemahiran berfikir : Membuat turutan, menyusun dan menjana idea.

Alat dan bahan : kertas manila, kertas lukisan, renyukan kertas, pensel, gam, gunting, dan warna air.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :i. Klip video tarian kuda kepang.ii. Persembahan multimedia sejarah ringkas kuda kepang,

alat dan bahan yang digunakan, beberapa contoh motif kulit haiwan, cara-cara membuat model kuda kepang dan kepentingan membuat corak dan rekaan.

iii. Beberapa contoh gambar model kuda kepang.iv. Beberapa contoh corak kulit haiwan.

Page 3: Rph kuda kepang mencorak

Langkah Pengajaran /

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Page 4: Rph kuda kepang mencorak

Set Induksi(5minit)

Penayangan klip video tarian kuda kepang dan sejarah ringkas mengenai kuda kepang.

Contoh soalan:1. Apakah jenis tarian yang ditayangkan?2. Di manakah anda pernah melihat tarian

ini?3. Apakah corak yang terdapat pada kuda

kepang tersebut?

Contoh jawapan:1. Tarian kuda kepang2. Melihat tarian di televisyen.3. Corak batik dari Jawa, Indonesia dan

corak bintik-bintik.

Guru menayangkan klip video tarian kuda kepang.

Murid dapat melihat dan mengenal tarian kuda kepang.

Bersoal jawab dengan murid tentang klip video yang ditayangkan.

Nilai : Keseronokan, menghargai kesenian Melayu

BBM : Klip video tarian kuda kepang.

Langkah 1(5 minit)

Pengenalan tajuk pelajaran hari ini iaitu membuat corak dan rekaan (kuda kepang).

Menunjukkan beberapa contoh gambar kuda kepang dan corak bermotifkan kulit haiwan.

Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu menghasilkan sebuah model kuda kepang dengan kaedah cetakan bermotifkan kulit haiwan.

Guru menunjukkan beberapa contoh gambar kuda kepang, corak kulit haiwan dan memberi penerangan tentang alatan sambil memaparkan persembahan multimedia.

BBM : Persembahan multimedia tentang alatan yang diperlukan dan kegunaannya, corak kulit haiwan dan gambar kuda kepang.

Page 5: Rph kuda kepang mencorak

Contoh model kuda kepang

Contoh corak kulit haiwan (kuda belang)

Penerangan tentang alatan yang diperlukan mengikut kegunaannya untuk membuat model kuda kepang.

1. Kertas manila2. Kertas lukisan3. Renyukan kertas

Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan untuk membuat kuda kepang.

Page 6: Rph kuda kepang mencorak

4. Warna air5. Pensel6. Gam7. Gunting

Langkah 2(15 minit)

Penerangan tentang langkah-langkah untuk menghasilkan model kuda kepang dan cetakan corak kulit haiwan.

Langkah-langkah penghasilan kuda kepang:

1. Buat lakaran kuda pada kertas manila dengan menggunakan pensel dan guntingkan lakaran tadi.

2. Tekap lakaran yang siap di atas kertas lukisan.

3. Seterusnya guntingkan lakaran kertas lukisan dan tampalkan di atas lakaran kertas manila.

Guru menunjukkan langkah-langkah untuk menghasilkan kuda kepang dengan menggunakan persembahan multimedia.

Guru tunjuk cara bagi menghasilkan kuda kepang tersebut.

Murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru membuat tunjuk cara.

Murid-murid dapat menyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan model kuda kepang.

Nilai : Kreatif, keseronokan

BBM : Persembahan multimedia tentang cara-cara membuat model kuda kepang dan cetakan corak kulit haiwan.

KBKK: Menyusun, Membuat turutan

Page 7: Rph kuda kepang mencorak

4. Renyuk beberapa helai kertas untuk dijadikan bahan cetak.

5. Celup renyukan kertas tadi pada warna air dan cetak secara berulangan di atas model kuda kepang dengan motif kulit haiwan yang dipilih.

6. Gunakan renyukan kertas yang berbeza untuk menghasilkan pelbagai warna.

7. Lakukan kemasan pada model kuda kepang dengan diletakkan tali rafia pada ekornya.

Page 8: Rph kuda kepang mencorak

Murid menjalankan aktiviti membuat kuda kepang.

Guru mengarahkan murid menjalankan aktiviti membuat kuda kepang.

Guru membimbing murid dalam menyiapkan model kuda kepang dan menambahbaikkan hasil kerja secara kreatif. Murid diberikan kebebasan untuk memilih cetakan corak haiwan yang diinginkan. .

Murid dapat menghias kuda kepang mengikut kreativiti dan cetakan corak kulit haiwan.

Sesi Apresiasi Dan Refleksi(5 minit)

Sesi apresiasi dan refleksi hasil karya yang dihasilkan oleh murid:

- Baik- Sederhana- Kurang memuaskan

Guru mempamerkan hasil kerja murid sambil membuat ulasan.

Murid berasa gembira dengan hasil karya masing-masing.

Murid dapat menilai tahap keupayaan masing-masing.

Murid dapat berinteraksi dan menyatakan pendapat tentang karya rakan lain.

Nilai : Kreatif

Penutup Merumus hasil kerja murid. Guru merumus hasil kerja BBM : Persembahan

Langkah 3

(25 minit)

Nilai : Kreatif, ketekunan dan keseronokan

KBKK: Membuat turutan, menyusun dan menjana idea.

Page 9: Rph kuda kepang mencorak

(5 minit)Tiga soalan menguji minda:

1. Apakah langkah-langkah membuat model kuda kepang?

2. Apakah corak kulit haiwan yag boleh dicetak pada model kuda kepang?

3. Apakah kepentingan membuat corak dan rekaan?

murid.

Guru menerangkan kepentingan membuat corak dan rekaan dan menanya tiga soalan untuk menguji minda.

Murid dapat menyatakan beberapa kepentingan membuat corak dan rekaan.

multimedia tentang kepentingan membuat corak dan rekaan.