kajian tindakan di smk(p) bukit kuda

18
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) BUKIT KUDA NURUL AKMAL BINTI BAHARUDIN D20111048180 PROF.MADYA ABD LATIF BIN HJ GAPOR

Upload: nurul-akmal

Post on 26-Jul-2015

51 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) BUKIT KUDA

NURUL AKMAL BINTI BAHARUDIND20111048180

PROF.MADYA ABD LATIF BIN HJ GAPOR

Page 2: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

Latar Belakang Smk (P) Bukit Kuda

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

Perempuan (Inggeris) Bukit Kuda.

Nama ini telah diberi oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Selangor.

Ditubuhkan pada 8hb Januari 1968.

Oleh kerana pembinaan bangunan-bangunan sekolah masih belum siap,

murid-murid sekolah ini terpaksa berkongsi bangunan di Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan (P) Bukit Kuda, Klang selama lima bulan.

Pada 13 hb Mei 1968 murid-murid perintis ini telah berpindah ke bangunan

sekolah yang telah siap dibina.

Nama sekolah ini telah diubah menjadi Sekolah Menengah Perempuan Bukit

Kuda pada bulan Jun 1981.

Page 3: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

Bilangan Guru dan Pelajar

Pada awal penubuhan sekolah ini, jumlah pelajarnya adalah

232 orang menjelang tahun 1990-an, bilangan ini pernah

mencecah seramai 2000 orang pelajar. Kini, bilangan warga

warga pelajar SMK(P) Bukit kuda adalah seramai 1526 orang.

Dari segi jumlah tenaga pengajar juga mengalami perubahan

yang amat ketara. Peningkatan ini daripada 9 orang tenaga

pangajar pada awal penubuhan sehingga 94 orang pada tahun

2014.

Manakala staf sokongan sekolah terdiri daripada 15 orang.

Page 4: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Page 5: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

Lencana Sekolah SMK(P) Bukit

Kuda

Direka oleh Pn. Asra bt Samsuddin pada

tahun 1971,seorang guru di sekolah

ini.Maksud lambang di dalam lencana

ialah seperti berikut:

a) Tiga jalur merah, putih

dan biru melambangkan tiga bangsa

utama. Warna merah membawa makna

ketekunan, biru membawa erti

persahabatan dan kasih sayang

b) Lambang pelita bermaksud cahaya

ilmu pengetahuan

c) Garisan condong ke atas bermaksud

kemajuan yang meningkat dan ianya

diambil dari nama kawasan sekolah ini

iaitu Bukit Kuda.

d) Cogan kata BELAJAR DAN BERBAKTI

Page 6: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

Misi dan Visi Sekolah

MisiMelestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

VisiPendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.

Page 7: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

KAJIAN TINDAKAN :MENINGKATKAN KEBERKESANAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI

AKTIVITI BERKUMPULAN DI DALAM KELAS

Page 8: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

REFLEKSI YANG LALU

Pelajar malas untuk menjawab soalan ketika

aktiviti hands-on.

Aktiviti hand-on yang dilakukan tidak menarik

minat pelajar di dalam kelas apabila mereka tidak

menjawab pertanyaan guru ketika sesi

perbincangan jawapan.

Tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar.

Sikap pelajar tidak aktif dan kurang keyakinan diri

Page 9: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

PENGENALAN Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan

kefahaman dan menarik minat pelajar untuk

melibatkan diri terhadap aktiviti yang dilakukan di

dalam kelas melalui aktiviti berkumpulan.

Terdapat ramai pelajar yang bosan terhadap aktiviti

yang dilakukan oleh guru-guru di dalam kelas.

Masalah ini mula timbul apabila pelajar mula

mengantuk dan tidak mahu terlibat sepenuhnya

terhadap aktiviti yang dilakukan di dalam kelas.

Page 10: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

ISU KEPERIHATINAN

Pelajar tidak tertarik terhadap aktiviti hands-on

yang saya lakukan.

Tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang

diajar adalah rendah.

Apabila aktiviti soal jawab soalan dilakukan

tiada seorang pelajar pun yang ingin

mewakilkan diri mereka untuk menjawab

soalan guru.

Page 11: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

FOKUS KAJIAN

Di dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran sebelum

ini saya dapati terdapat banyak kelemahan.

Namun, dalam kajian tindakan ini, saya memfokuskan

kajian ini kepada keberkesanan aktiviti berkumpulan di

dalam kelas supaya pelajar tidak bosan dan ingin

melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti dijalankan.

Hal ini kerana saya dapat mengesan aktiviti individu yang

saya lakukan dalam sesi pengajaran yang lepas tidak

menarik minat pelajar dan membosankan.

Page 12: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

OBJEKTIF KAJIANObjektif Umum : Memberi kefahaman kepada pelajar. Memastikan pelajar dapat menjawab pelbagai jenis soalan

yang berkaitan dengan topik yang diajar di dalam kelas

Objektif Khusus :1. Memastikan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tidak

membosankan pelajar.2. Memastikan semua pelajar terlibat di dalam aktiviti yang

dilakukan.3. Memastikan pelajar dapat menjawab pelbagai jenis soalan

yang diberikan dengan betul.4. Memastikan para pelajar memahami topik yang diajar oleh

guru.

Page 13: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan pelajar yang terlibat dalam

kajian ini ialah 20 orang pelajar Tingkatan

4V1 di dalam pembelajaran subjek

Teknologi Maklumat dan Komunikasi di

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit

Kuda, Klang.

Page 14: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Di dalam kajian yang dilakukan, data dikumpulkan

menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan

soal selidik.

Kaedah soal selidik ialah penyediaan satu set soalan

dan setiap pelajar yang mengikuti pengajaran dan

pembelajaran ini akan menjawab soalan tersebut.

Data akan dikumpulkan mengikut pilihan jawapan

yang telah dijawab oleh setiap pelajar.

Page 15: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

CONTOH SOAL SELIDIKBIL JENIS SOALAN YA TIDAK

1. Saya lebih memahami pembelajaran berbentuk aktiviti berkumpulan.

15 5

2. Aktiviti berkumpulan menarik minat saya untuk belajar.

16 4

3. Aktiviti berkumpulan membantu saya dalam keterlibatan sepenuhnya di dalam aktiviti yang dilakukan

14 6

4. Saya lebih aktif di dalam aktiviti berkumpulan. 12 8

5. Pada pendapat saya, aktiviti berkumpulan lebih menarik dan mudah difahami terhadap sesuatu topik yang diajar berbanding kaedah hands-on.

16 4

Page 16: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 50

10

20

30

40

50

60

70

80

90

YaTidak

%

Jenis Soalan

Page 17: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

CADANGAN

Guru boleh mempelbagaikan aktiviti berkumpulan supaya

lebih kreatif dan menarik pelajar untuk belajar.

Setiap tugasan yang ingin diberikan di dalam aktiviti

berkumpulan hendaklah soalan yang membolehkan pelajar

mengeluarkan idea-idea, berkongsi idea bersama-sama rakan-

rakan mereka dan lebih berkeyakinan untuk bercakap di

hadapan.

Melalui cara ini, ianya boleh menggalakkan pelajar berfikir dan

sekali gus menghilangkan perasaan bosan ketika berada di

dalam kumpulan mereka.

Page 18: Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda

KESIMPULAN

Berdasarkan data dan huraian dapatan kajian, saya dapat

membuat rumusan bahawa pelajar lebih cenderung dan

berminat melakukan aktiviti secara berkumpulan di dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas .

Aktiviti berkumpulan yang mana lebih menarik,

menggalakan kerjasama sesama mereka, boleh menjana

idea dan tidak membosankan mereka untuk mereka

melibatkan diri terhadap aktiviti di dalam kelas.