rph kssr pj

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PJ TAHUN 4 Kelas Tahun 4 Tema Rekreasi dan Kesenggangan Bil Murid 20 Orang Tajuk Ting-ting Gula Batu Masa 0730-0800 Standard Pembelajaran 1.14.3 2.14.3 5.3.1 5.4.3 Objektif Pembelajaran 1.14 Murid boleh melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan 2.14 Mengaplikasi pengetahuan dan strategi dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1) Memanaskan Badan Permainan Cabut Ekor i. Kumpulan A bertindak sebagai ‘mangsa’ dan diletakkan surat khabar di belakang seluar sebagai ‘ekor’. ii. Kumpulan B bertindak sebagai “pemangsa” yang mengejar ‘mangsa’ untuk mendapatkan ‘ekor’. iii. ‘Mangsa’ yang berjaya ditangkap akan keluar dari gelanggang. iv. Tukar peranan.

Upload: triple-r-rima

Post on 29-Nov-2015

352 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Contoh RPH PJ Kssr

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PJ TAHUN 4

Kelas Tahun 4

Tema Rekreasi dan Kesenggangan

Bil Murid 20 Orang

Tajuk Ting-ting Gula Batu

Masa 0730-0800

Standard Pembelajaran 1.14.3

2.14.3

5.3.1

5.4.3

Objektif Pembelajaran 1.14 Murid boleh melakukan aktiviti rekreasi dan

kesenggangan

2.14 Mengaplikasi pengetahuan dan strategi dalam aktiviti

rekreasi dan kesenggangan.

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

1) Memanaskan Badan

Permainan Cabut Ekor

i. Kumpulan A bertindak sebagai ‘mangsa’ dan

diletakkan surat khabar di belakang seluar sebagai

‘ekor’.

ii. Kumpulan B bertindak sebagai “pemangsa” yang

mengejar ‘mangsa’ untuk mendapatkan ‘ekor’.

iii. ‘Mangsa’ yang berjaya ditangkap akan keluar dari

gelanggang.

iv. Tukar peranan.

2) Ting-Ting Berirama

i. Guru menyediakan CD 1 Dunia muzik tahun 3, Trek 6:

Hey Kawan.

ii. Guru memperdengarkan irama muzik tersebut dan

membuat tunjuk cara perlakuan ting-ting berirama

iii. Guru meminta murid mendengar muzik dan melompat

sebelah kaki mengikut tempo perlahan, sederhana dan

laju.

3) Permainan Kecil

Mari Main Ting-Ting Gula Batu

i. Guru membahagi murid kepada kumpulan terdiri

daripada tiga orang murid.

ii. Guru mengajar lagu Ting-Ting gula batu kepada murid

Cin-cin gula batu

Bunyi loceng pukul Satu

mak-mak buka pintu

Adik takut burung hantu

iii. Setiap ahli kumpulan akan memegang tangan secara

membelakang dengan membentuk bulatan

iv. Murid pertama dalam kumpulan akan melipatkan kaki

ke belakang dan letakkan di atas pergelangan tangan

rakan yang lain.

v. Diikuti pemain kedua akan melakukan perkara yang

sama, tetapi perlu meletakkan lipatan dibahagian buku

lalinya di atas lipatan lutut kaki pemain pertama

vi. Pemain ketiga akan melakukan perkara yang sama

tetapi kaki pemain ketiga akan menjadi pengunci bagi

ketiga-tiga pemain tersebut

vii. Setiap kumpulan akan membuat lompatan serentak

sambil bertepuk tangan dan menyanyi lagu Ting-Ting

Gula Batu.

viii. Setiap kumpulan akan bertahan agar jalinan yang

dibina mereka tidak jatuh.

ix. Kumpulan yang paling lama bertahan dikira sebagai

pemenang.

4) Cooling Down

Melakukan regangan mengikut situasi yang diberikan guru.

i. Murid bebas berada dalam kawasan yang ditetapkan.

ii. Murid akan melakukan apa yang guru arahkan.

iii. Guru akan memberikan situasi.

Berjalan ke kedai. Ternampak sebuah pondok kecil di sebelah kanan. Ternampak pokok epal di sebelah kiri. Cuba mencapai buah epal di atas pokok. Kutip epal yang jatuh di atas tanah Lihat ke atas pokok. Ranting – ranting pokok sedang jatuh. Jauhkan diri dari pokok. Angin bertiup sepoi – sepoi. Menghirup udara segar.

iv. Pergerakan dilakukan mengikut kreativiti murid.

Elemen Merentas

Kurikulum

Kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar CD dunia Muzik Tahun 3, Radio,

Penilaian Pengajaran dan

pembelajaran

Menilai kemahiran murid pada akhir pembelajaran.

Refleksi

1. SK NANGA ENGKAMOP2. SK NANGA BUKU3. SK NANGA JAMBU4. SK ULU ENTABAI