rph ekonomi asas

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Ekonomi Asas Tingkatan 4 Mata pelajaran : Ekonomi Asas Tingkatan : 4 Fikri Tarikh/Hari : 8 Julai 2014/ Selasa Masa : 8.15 pagi – 8.55 pagi Bilangan pelajar : 40 orang 15 lelaki 25 perempuan Tahap pelajar : Sederhana Tajuk : 1.0 Pengenalan kepada ekonomi Subtajuk : b. Jenis barang Objektif umum : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat : 1) Mengenal pasti barang percuma, barang awam dan barang ekonomi dari satu senarai yang diberi (Aras 1) 2) Menghuraikan ciri-ciri barang percuma, barang awam dan barang ekonomi (Aras 2) Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, kerjasama, berjimat-cermat, amanah, berani, rajin,menghormati guru

Upload: syedsaifullah123

Post on 29-Dec-2015

187 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Ekonomi Asas

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANEkonomi Asas Tingkatan 4

Mata pelajaran : Ekonomi Asas

Tingkatan : 4 Fikri

Tarikh/Hari : 8 Julai 2014/ Selasa

Masa : 8.15 pagi – 8.55 pagi

Bilangan pelajar : 40 orang 15 lelaki

25 perempuan

Tahap pelajar : Sederhana

Tajuk : 1.0 Pengenalan kepada ekonomi

Subtajuk : b. Jenis barang

Objektif umum : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :1) Mengenal pasti barang percuma, barang awam dan barang ekonomi dari satu senarai yang diberi (Aras 1)2) Menghuraikan ciri-ciri barang percuma, barang awam dan barang ekonomi (Aras 2)

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, kerjasama, berjimat-cermat, amanah, berani, rajin,menghormati guru

KBKK : Mencirikan, membanding dan membeza, menilai, menjana idea, meramal

ABM : Papan putih, marker pen, buku teks ekonomi asas tingkatan 4

Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah tahu tentang maksud/ pengertian ekonomi.

Page 2: RPH Ekonomi Asas

Langkah/ Masa Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

CatatanAktiviti guru Aktiviti pelajar

Set induksi(5 minit)

Pengenalan/Pra-pengajaranApa khabar murid-murid?Duduk di tempat masing-masing dan sedia untuk belajar.Doa mula pelajaran.

Set induksiSiapa suka mandi hujan/sungai?Apa akan jadi jika air hujan/sungai diproses jadi air paip/air mineral?

1) Guru memberi salam dan bertanya khabar kepada pelajar2) Guru arah murid duduk di tempat masing-masing dan sedia untuk belajar.3) Guru bertanya pelajar kegemaran mereka mandi hujan/sungai dan perkara yang akan terjadi jika air berkenaan diproses.

1) Pelajar menjawab salam dan menjawab khabar.2) Pelajar duduk di tempat masing-masing dan sedia untuk belajar.3) Pelajar menjawab kegemaran mereka mandi sungai/hujan

Guru perlu tahu kesediaan murid belajar terlebih dahulu.

NilaiMenghormati guru, berani

KBKKMeramal

Langkah 1(10 minit)

Jenis-jenis barang dalam dalam ekonomi merangkumi tiga jenis barang1) Barang percumaContohnya air sungai/hujan. Contoh lain daripada pelajar

2) Barang awamContohnya jalan raya, lampu jalan, hospital kerajaan. Contoh lain daripada pelajar

3) Barang ekonomiContohnya kereta, rumah banglo, televisyen, rangkaian internet

1) Guru menerangkan terdapat tiga jenis barang dalam ekonomi.2) Guru memberi contoh-contoh setiap daripada jenis barang tersebut.3) Guru bertanya contoh-contoh lain kepada setiap jenis barang.

1) Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota.2) Pelajar memberikan contoh-contoh setiap jenis barang selain daripada contoh guru.

ABM :Buku teks ekonomi asas tingkatan 4, marker pen, papan putih

Nilai :Kepercayaan kepada Tuhan, amanah, rajin

Page 3: RPH Ekonomi Asas

Langkah 2 (10 minit)

Ciri-ciri barang percuma : Anugerah alam

semulajadi(ciptaan Allah) penawaran tidak terhad tiada bayaran tiada kos lepas Contoh : matahari,udara,angin

Ciri- ciri barang awam : disediakan oleh kerajaan penawaran terhad tiada pengecualian untuk

menggunakannya ada kos lepas Contoh : jalan raya,lampu

isyarat,perkhidmatan polis

Ciri-ciri barang ekonomi: dikeluarkan oleh pihak swasta penawaran terhad ada bayaran ada kos lepas Contoh :kereta,perabot

1) Guru menerangkan ciri-ciri barang percuma, barang awam dan barang ekonomi2) Guru bertanya kepada pelajar sama ada mereka pernah menggunakan barang-barang berkenaan dan kaitannya dengan ekonomi.

1) Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota.2) Pelajar menjawab sama ada mereka pernah menggunakan barang-barang berkenaan berkenaan dan menjelaskannya.

Nilai :Berjimat cermat

KBKK :Mencirikan

Langkah 3(10 minit)

Pengukuhan (kuiz)Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut lajur kedudukan tempat duduk. Setiap kumpulan pilih nama kumpulan dengan nama kartun/anime pilihan @ lain-lain.Ketua kelas bertugas mencatat nama

1) Guru membahagikan pelajar mengikut kumpulan.2) Guru bertanya soalan terbuka kepada semua pelajar.

1) Pelajar berada dalam kumpulan masing-masing.2) Pelajar menjawab soalan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Setiap pelajar telah berada dalam lajur kedudukan tempat duduk. Guru boleh membahagikan kumpulan pelajar mengikut lajur kedudukan atau

Page 4: RPH Ekonomi Asas

kumpulan dan markah pada papan putih.Setiap jawapan yang betul diberikan markah 10.Guru akan bertanya soalan mengenai isi pelajaran dan pelajar yang mengangkat tangan berpeluang menjawab.

membentuk kumpulan baru bergantung kepada situasi. Bagi menarik minat pelajar, guru boleh membuat kelainan semasa pelajar menjawab soalan. Misalnya apabila menjawab betul, ahli kumpulan yang lain menepuk tangan.

Nilai :Kerjasama, berani, rajin

KBKK :Menyenaraikan, membandingbezakan

Penutup(5minit)

Rumusan dan refleksiLatihan dan ulasan guru

1) Guru menyatakan kepentingan mengenal jenis-jenis barang dalam ekonomi supaya dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian2) Guru merumus isi pelajaran hari ini.3) Guru meminta beberapa orang pelajar untuk memberitahu secara ringkas isi pelajaran hari ini.

1) Pelajar mendengar penyataan guru dan berusaha mempraktikkannya dalam kehidupan seharian2) Pelajar mendengar rumusan guru.3) Pelajar sukarela memberikan rumusan ringkas mengenai pelajaran pada hari ini.

Nilai :Menghormati guru, berani

KBKKMembuat rumusan

Refleksi :

Page 5: RPH Ekonomi Asas