kertas 1 ekonomi asas f4

22
SULIT 3757/1 3757/1 Ekonomi Asas Kertas 1 Mei 2009 1 jam PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG EKONOMI ASAS KERTAS 1 Satu Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan 3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan. 3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT 1

Upload: panitia-ekonomi-asas-smk-tanah-putih-kuantan

Post on 11-Jun-2015

5.006 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

3757/1Ekonomi AsasKertas 1Mei 20091 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

NEGERI PAHANG

EKONOMI ASASKERTAS 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan

3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

1

Page 2: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

1. Apakah motif isirumah membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?A Mengutamakan keselesaan

B Memaksimumkan kepuasan

C Memaksimumkan perbelanjaan

D Mengutamakan barang kehendak

2. Kehendak merujuk kepada keinginan individu untuk

A mendapatkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan

B mendapatkan pelbagai sumber-sumber ekonomi

C meningkatkan pendapatan serta kedudukan sosialnya

D memaksimumkan perbelanjaan dan kepuasan

3 Antara berikut, manakah bukan sumber ekonomi

A Wang

B Mesin

C Usahawan

D Buruh Kasar

Soalan 4 berdasarkan pernyataan berikut

Memberi sumbangan produktif sama ada dalam bentuk fizikal atau mental

4 Kenyataan di atas sangat sesuai untuk sumber-sumber ekonomi

A Modal

B Tanah

C Buruh

D Usahawan

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

2

Page 3: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah.

5 Keterangan di atas sangat sesuai untuk jenis barang

A awam

B percuma

C ekonomi

D kerajaan

6 Bukan semua barang atau kehendak seseorang pengguna boleh diperoleh atau dipenuhi. Ini

disebabkan oleh

A masalah pilihan

B masalah ekonomi

C masalah kos lepas

D masalah kekurangan

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

3

- Tidak perlu dibayar untuk menggunakannya- Penawaran tidak terhad

Page 4: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

7 Firma Minuman Fatimah memiliki sumber-sumber terhad untuk mengeluarkan air

mineral dan air berkarbonat. Kombinasi keluaran Firma Minuman Fatimah adalah seperti

berikut.

Kombinasi Keluaran Air Mineral Air Berkarbonat

W

X

Y

Z

0

30

70

85

100

95

65

0

Jika kombinasi keluaran berubah dari W ke Y, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 70 botol

Air Mineral?

A 30 botol air berkarbonat

B 40 botol air berkarbonat

C 65 botol air berkarbonat

D 100 botol air berkarbonat

8 Konsep pilihan menjelaskan bagaimana unit-unit ekonomi terpaksa membuat suatu keputusan

terhadap dua atau lebih pilihan yang ada. Pilihan terpaksa di lakukan kecuali untuk

A memberikan kepuasan yang maksimum

B mendapatkan keuntungan yang maksimum

C memaksimumkan kos pengeluaran

D memaksimumkan kebajikan masyarakat

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

4

Page 5: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

Soalan 9 adalah berdasarkan maklumat berikut dan ia berkaitan dengan suatu situasi dalam

ekonomi.

Pengeluar pakaian seragam sekolah Cantik telah menambahkan bilangan pekerja untuk meningkatkan

pengeluaran bagi memenuhi permintaan pada awal sesi persekolahan 2009.

9 Apakah masalah asas ekonomi yang telah dapat diatasi dalam situasi tersebut.

I Apakah barang yang hendak dikeluarkan

II Berapakah barang yang hendak dikeluarkan

III Bagaimanakah barang hendak dikeluarkan

IV Untuk siapakah barang dikeluarkan.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

10 Setiap sistem ekonomi akan menghadapi masalah asas ekonomi yang berikut , kecuali

A Jenis barang yang hendak dikeluarkan

B Kualiti barang yang akan dikeluarkan

C Teknik pengeluaran yang akan digunakan

D Untuk siapa barang dikeluarkankan

11 Syarikat RMN Enterprise bercadang untuk mengeluarkan pemakanan kesihatan yang

menggunakan intensif modal. Syarikat ini bercadang mengeluarkan 50 000 botol jus madu

sebagai permulaan. Apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

A Apakah barang yang hendak dikeluarkan

B Berapakah barang yang hendak dikeluarkan

C Bagaimanakah barang dikeluarkan

D Untuk siapa barang dikeluarkan

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

5

Page 6: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

12 Sistem ekonomi yang diamalkan di Negara Hong Kong bertujuan untuk

A Memaksimumkan keuntungan yang diperolehi oleh firma

B Menjana kebajikan masyarakat sepenuhnya

C Menggalakkan kegiatan ekonomi tanpa riba

D Mengagihkan sumber ekonomi secara adil dan saksama

13 Bagaimanakah kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah apakah yang hendak

dikeluarkan di Malaysia.

A Mengawal tingkat harga barang

B Mengeluarkan barang awam

C Menggalakkan penggunaan teknologi moden

D Menghadkan pengeluaran lesen perniagaan

14 Pasangan yang manakah tidak benar ?

SISTEM EKONOMI CIRI-CIRI

A Sistem ekonomi

perancangan pusat

Pengguna tidak bebas membuat pilihan

Kebajikan masyarakat diutamakan

B Sistem ekonomi kapitalis Harga ditentukan oleh mekanisme harga

Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma.

C. Sistem ekonomi campuran Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan

dikawal oleh kerajaan

Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma

D Sistem ekonomi Islam Wujud persaingan sihat

Kebajikan masyarakat dititikberatkan

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

6

Page 7: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

15 Sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah bagaimana barangan hendak dikeluarkan

melalui

A Kaedah pengeluaran yang ditentukan oleh kerajaan

B Kaedah persaingan antara firma dan juga kerajaan

C Kaedah meningkatkan permintaan dan penawaran

D Kaedah pengeluaran paling cekap dan meminimumkan kos

16 Berikut adalah jenis pekerjaan yang terdapat dalam sektor ketiga.

A Jurutera

B Jurukimpal

C Jurubina

D Jururawat

17 Antara faktor-faktor yang berikut, manakah yang dapat membezakan upah antara seorang

individu dengan individu yang lain?

I Minat

II Kelayakan

III Pengaruh keluarga

IV Faedah sampingan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

7

Page 8: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

18 Antara berikut yang manakah merupakan bayaran pindahan?

A Bonus yang diterima oleh pekerja bank

B Komisen yang diterima oleh seorang jurujual

C Biasiswa yang diterima oleh pelajar-pelajar miskin

D Untung yang diterima oleh seorang usahawan

19 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah pendapatan yang diterima oleh Encik Hamid?

A Bayaran pindahan dan upah

B Dividen dan sewa

C Faedah dan untung

D Untung dan sewa

20 Mengapakah caruman KWSP diwajibkan oleh kerajaan?

I Jaminan masa depan pekerja selepas bersara

II Menggerakkan tabungan di kalangan pekerja

III Pembangunan negara

IV Sumber pinjaman kepada yang yang memerlukan pinjaman bagi tujuan produktif

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

8

Encik Hamid telah mengusahakan perniagaan batik. Beliau juga mempunyai sebidang tanah yang disewakan kepada seorang

petani.

Page 9: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

21 Mengapakah cukai pendapatan yang dikenakan kepada individu dikatakan sebagai cukai

langsung?

A Beban cukai secara langsung dapat dipindahkan kepada orang lain

B Beban cukai ini mesti dibayar oleh orang yang dikenakan cukai dan tidak boleh

dipindahkan kepada orang lain

C Cukai yang dikenakan adalah berkadar langsung dengan tingkat pendapatan

D Cukai ini dikenakan secara langsung kepada seseorang pengguna yang membeli sesuatu

barang yang dikenakan cukai

22 Antara berikut, yang manakah merupakan pelepasan-pelepasan cukai pendapatan perseorangan?

I Insurans nyawa

II Caruman KWSP

III Caruman PERKESO

IV Perubatan ibu bapa

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

23 Encik Hariz ialah seorang pegawai di sebuah syarikat swasta. Gaji bulanan beliau ialah RM

5,500. Beliau mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan seorang isteri yang tidak

bekerja Pada setiap bulan beliau mencarum sebanyak 11% daripada pendapatan bulanannya

dalam KWSP dan membayar RM 150 untuk premium insurans pendidikan. Beliau juga

menanggung kos perubatan ibunya sebanyak RM 400 dan membayar ansuran kereta sebanyak

RM 720.

Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan pelepasan cukai Encik Hariz.

A RM15 550

B RM16 155

C RM16 875

D RM16 985

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

9

Page 10: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

24 Antara berikut , pendapatan manakah yang tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan boleh

cukai?

A bonus

B pencen

C dividen

D sewa

25 Manakah susunan langkah penyediaan belanjawan peribadi yang baik?

I menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan

II mencatat semua perbelanjaan yang dibuat

III kenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib

IV imbangkan pendapatan boleh guna dengan jumlah perbelanjaan

A I,II,III dan IV

B III,II,I dan IV

C II,III,I dan IV

D IV,I,II dan III

26 Maklumat berikut menunjukkan beberapa kenyataan.

. Membeli barang tahan lama

. Memulakan perniagaan

. Membiayai perbelanjaan pendidikan

Penyataan di atas berkaitan dengan tujuan

A melabur

B menabung

C meminjam

D mengguna barang

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

10

Page 11: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

Gambar 1

27 Gambar 1 di atas menunjukkan simpanan yang akan dibuat oleh Puan Rashidah dan

anaknya.Berdasarkan gambarajah di atas, apakah tujuan beliau dan anaknya menyimpan?

A membeli barangan seperti rumah dan kereta

B membeli barangan keperluan harian

C menambahkan modal perniagaan

D mengurangkan bayaran cukai pendapatan

28 Apakah kesan daripada perbelanjaan yang tidak dirancang ?

I memaksimumkan kepuasan

II. tabungan yang berkurangan

III perbelanjaan melebihi pendapatan

IV beban hutang semakin meningkat

A I,II dan III

B I,III dan IV

C I,II dan IV

D II,III dan IV

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

11

Amir, lepas kira duit ni nanti,kita akan simpannya ke dalam bank.

Page 12: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

29 Overdraf merupakan sejenis pinjaman yang membolehkan orang ramai mengeluarkan wang

melebihi simpanannaya. Institusi kewangan manakah yang mengeluarkannya?

A Syarikat Takaful

B RHB Bank

C Maybank Finance

D MNI Insurance

30 Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti pelaburan ?

I Syarikat B & C menggantikan mesin lama dengan yang baru.

II Encik Ismail membeli sebuah bangunan kedai untuk disewakan

III Firma Tan & Co menghantar pekerjanya berkursus di Jerman

IV Encik Ragu membeli sebuah kereta untuk isterinya.

A I ,II dan III

B I ,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

12

Page 13: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

31 Gambar 2 menunjukkan seorang individu sedang membeli belah

Gambar 2

Mengapakah isi rumah tersebut berbelanja demikian?

A bertujuan mencapai keuntungan maksimum

B memenuhi kehendak diri

C untuk memaksimumkan kepuasan

D untuk keperluan harian dan keluarga

32 Berdasarkan maklumat dalam jadual permintaan di bawah, yang manakah selaras dengan

hukum permintaan.

Harga

asal

(RM)

Kuantiti permintaan

asal

(unit)

Harga baru

(RM)

Kuantiti permintaan

baru

(unit)

A 2 100 3 80

B 4 100 4.5 120

C 5 120 3 80

D 4 150 5 150

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

13

Terima kasih kerana berbelanja di sini. Ini wang bakinya

Page 14: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

33 Apabila harga barang X menurun, kuantiti barang Y diminta juga menurun. Apakah

kemungkinan barang X dan Barang Y?

Barang X Barang Y

A Kamera Filem

B Kereta Petrol

C Pen Dakwat

D Mentega Marjerin

34 Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer riba pada tahun 2007 hingga 2008.

Tahun Permintaan (unit)

2007 40 000

2008 70 500

Antara faktor berikut, yang manakah menyebabkan perubahan permintaan terhadap komputer

pada tahun 2008?

I Penurunan kos pengeluaran komputer

II Kenaikan pendapatan pengguna

III Harga komputer dijangka akan meningkat pada tahun depan

IV Kerajaan memberi insentif pembelian komputer

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

14

Page 15: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

Rajah 1

35 Berdasarkan Rajah 1 di atas, apakah faktor yang menyebabkan pergerakan daripada titik R ke

titik S?

A Penurunan harga barang penggenap

B Penurunan harga barang itu

C Kenaikan pendapatan pengguna

D Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan

Rajah 2

36 Berdasarkan Rajah 2 di atas, antara faktor berikut yang manakah menyebabkan keluk permintaan

kereta beralih dari DD ke D1D1?

I Jangkaan harga kereta akan naik pada masa depan

II Penurunan harga kereta

III Kenaikan tambang seperti teksi dan bas

IV Kerajaan membenarkan pelepasan cukai RM 5 000 kepada pembeli kereta

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

15

Page 16: Kertas 1 Ekonomi Asas f4

SULIT 3757/1

Soalan 37 hingga 40 berdasarkan jadual berikut.

Pilihan Pernyataan 1 Pernyataan 2

A Betul Salah

B Salah Betul

C Salah Salah

D Betul Betul

37 I Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

II Keluk permintaan berhubung secara negatif antara harga dengan kuantiti yang diminta

38 I Kenaikan harga pen akan menyebabkan kuantiti permintaan untuk dakwat akan jatuh.

II Pen dan dakwat merupakan barang pengganti

39 I Objektif penggunaan isi rumah untuk mencapai keuntungan maksimum

II Isi rumah berperanan membekalkan faktor-faktor pengeluaran.

40 I Musim hujan menyebabkan keluk permintaan untuk payung beralih ke kanan

II Musim merupakan salah satu faktor penentu permintaan

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/1 © 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah SULIT

16